SlideShare a Scribd company logo
1 of 49
BAHAGIAN C

         MEMBUAT
          ULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C
             20 minit
Membuat Ulasan
• 20 markah
• Ulasan yang dibuat berpandukan soalan
  kepada situasi yang diberikan.
• Tidak kurang 50 patah perkataan.
• *Tidak lebih daripada 50 patah
  perkataan.
Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/
pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang
mengandungi banyak pengajaran/amalan
baik atau nilai-nilai murni.

Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi
soalan ini ialah 20 markah.
BAHAGIAN C
• Bahagian ini amat penting .
• Perlu memahami dan meneliti dengan jelas
  petikan yang diberi.
• Calon tidak digalakkan mencatat atau
  menyalin semula .
• Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan
  berdasarkan petikan yang disediakan.
• Tidak perlu menulis semula nama orang yang
  diceritakan .
JENIS SOALAN : 1.             AMALAN BAIK

   Belajar bersungguh-sungguh
   Mendisiplinkan diri
   Menolong orang yg. ditimpa kesusahan
   Mengambil berat / memberi perhatian
   Luhur tanpa menyimpan rasa dendam
   Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan
   Tidak buang masa
   Menanam sikap rajin bekerja
• Pastikan mengikut arahan soalan .
• Nilai murni yang disampaikan boleh
  dicampur-aduk .
• Nilai yang negatif tidak boleh diterima.
• Jawapan yang disampai dalam satu
  perenggan.
• Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu
  perenggan tidak diterima .
• Penggunaan watak contoh nama orang , saya ,
  kita boleh diterima.
JENIS SOALAN : 2.     NILAI-NILAI MURNI

   Baik hati            Toleransi
   Berdikari            Kesyukuran
   Berhemah tinggi      Harmoni
   Hormat               Berdisiplin
                         Berwawasan
   Kasih sayang
                         Semangat bermasyarakat
   Keadilan
                         Patriotisme
   Kebebasan            Rasional
   Keberanian           Kesederhanaan
   Kejujuran            Kerjasama
                         Kerajinan
JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN

   Memelihara dgn. kasih        Bersimpati pada golongan
    sayang                        lemah
   Jasa dihargai dan dibalas    Sifat bertanggungjawab
   Menyayangi ibu bapa          Menepati masa
    dan keluarga                 Amanah
   Mensyukuri anugerah          Kesabaran membawa
    tuhan                         kejayaan
   Bersifat murah hati          Menjaga keselamatan
   Ucap terima kasih            Bersikap prihatin
                                 Mematuhi peraturan
BAHAGIAN C – 20 MARKAH
PENSKORAN                                  KRITERIA
CEMERLANG      i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
  ( 17 -20 )        berdasarkan bahan rangsangan.
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta
                    sesuai dengan bahan rangsangan.
               iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
    BAIK       i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
                    berdasarkan bahan rangsangan.
 ( 12 – 16 )
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
                    serta sesuai dengan bahan rangsangan.
               iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan
                    tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN      i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas.
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
  ( 6 – 11 )
                    sesuai.
               iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN     i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.
  TAHAP        ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan
 MINIMUM            bahan rangsangan.
               iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
  (1–5)
Cara Menulis ulasan

• Baca dan fahami situasi.
• Gariskan amalan baik dalam soalan.
• Sediakan rangka ulasan. Catatkan
  nilai-nilai murni atau pengajaran yang
  terdapat dalam teks.
• Tulis ulasan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat
  sahaja.
• Panjang jawapan tidak kurang 50 patah
  perkataan/panjang jawapan tidak lebih 50 patah
  perkataan.
Darma seorang pelajar yang sering membantu ibunya
 ketika berada di rumah.


 Selepas mandi dan menyiapkan diri, Salasiah bersarapan
 bersama-sama ibu bapanya.



Ketika melihat keadaan jalan raya yang sibuk, Borhan pun
melintas jalan menggunakan jejantas yang disediakan..
Contoh Soalan
              Membuat Ulasan
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah
 menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu
 ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya
 akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke
 sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan
 ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca
 buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia
 akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan
 memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
AMALAN BAIK         NILAI/PENGAJARAN +SEBAB

BANGUN AWAL PAGI

MEMBANTU IBU

BERSARAPAN
BERSAMA-SAMA

BERSARAPAN

BERSALAMAN DENGAN
AYAH DAN IBU

MEMBACA BUKU

MEMBERSIH KELAS

KELAS YANG CERIA
AMALAN BAIK         NILAI/PENGAJARAN +SEBAB

BANGUN AWAL PAGI    DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI
                    MASA



MEMBANTU IBU       RAJIN/MERINGANKAN BEBAN
                   KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB


BERSARAPAN         MENGERATKAN HUBUNGAN
BERSAMA-SAMA       KASIH SAYANG/
                   SILATURRAHIM

                   MENJAGA KESIHATAN/TIDAK
BERSARAPAN
                   LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN
                   KETIKA BELAJAR
AMALAN BAIK             NILAI/PENGAJARAN +SEBAB

BANGUN AWAL PAGI         DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI
                         MASA
KITA HARUSLAH MENGHARGAI MASA DENGAN BANGUN
AWAL PAGI.


 MEMBANTU IBU         RAJIN/MERINGANKAN BEBAN
                      KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB

SELAIN ITU, KITA DAPAT MERINGANKAN BEBAN KERJA
IBU SEPERTI MEMBANTU IBU.

BERSARAPAN              MENGERATKAN HUBUNGAN
BERSAMA-SAMA            KASIH SAYANG

DI SAMPING ITU, KITA PERLULAH MENGERATKAN HUBUNGAN
KASIH SAYANG DENGAN BERSARAPAN BERSAMA-SAMA.
AMALAN BAIK        NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

BERSALAMAN DENGAN   MENGHORMATI IBU BAPA/
AYAH DAN IBU        MOHON RESTU


                     RAJIN/MENGHARGAI
MEMBACA BUKU
                     MASA

MENYAPU/             TANGGUNGJAWAB/
MEMBERSIH KELAS      MENJAGA KEBERSIHAN

                     SERONOK & SELESA
KELAS YANG CERIA
                     BELAJAR
BAGAIMANA MENULIS ULASAN
             Nilai murni/   Kata                  Penanda
Kata Bantu   pengajaran     Hubung     Huraian
                                                  Wacana

     mesti                  dengan
                                                  Selain itu,
                             kerana
     perlu                                       Di samping itu
                              agar
   hendak                                          Seterusnya,

                             supaya               Akhir sekali,
     harus

                             seperti
     patut
Contoh ulasan


  Antara nilai yang terdapat dalam petikan
  ialah kita mestilah menghargai masa
  dengan bangun awal pagi. Selain itu,
  kita perlulah meringankan beban kerja
  ibu dengan membantu ibu. Seterusnya,
  kita dapat mengeratkan hubungan kasih
  sayang dengan bersarapan bersama-sama.
  Di samping itu, kita perlu menghormati
  kedua-dua ibu bapa kita dengan bersalaman
  dengan mereka sebelum pergi ke sekolah.
  Akhirnya , kita dapat menambah ilmu
  pengetahuan dengan membaca buku.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Izzati untuk
 bangun awal setiap hari. Pukul 5.30 pagi lagi
 Izzati sudah bangun dan mengemas tempat
 tidurnya. Setelah mandi dan menyiapkan
 dirinya dengan pakaian sekolah yang lengkap,
 Izzati bersarapan dengan ayah dan ibunya
 serta adik beradiknya.
Bangun awal setiap hari     Berdisiplin / menghargai masa

 Mengemas tempat tidur      Tanggungjawab / rajin

Mandi dan menyiapkan diri    Menjaga kebersihan diri /
                             berdisiplin


Bersarapan dengan ayah dan ibu    Mengeratkan hubungan
                                  kasih sayang
Sebelum loceng persekolahan berbunyi, Izzati
sudah berada di dalam kelasnya. Dia akan
menjalankan tugas seperti yang tertera pada
jadual tugasan kelasnya. Ketika belajar, Izzati
memberi sepenuh tumpuan terhadap setiap
mata pelajaran khususnya matapelajaran yang
dia agak lemah. Dia sentiasa bertanya
gurunya jika dia tidak faham. Dia dan rakan-
rakannya selalu membuat perbincangan
dalam kumpulan bagi memantapkan lagi
pemahaman dan pengetahuannya.
2009

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang
Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

  Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut
telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir
lemas.

 Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun
agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan
dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

 Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang
mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera
menggigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar.
Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk
mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

 Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
AMALAN BAIK         NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

 KELUAR MENCARI
 MAKANAN

MENCARI MAKANAN
UNTUK KUMPULANNYA

BERSUNGGUH-
SUNGGUH
MENJALANKAN TUGAS
 TIDAK JATUH KE
 DALAM SUNGAI

MENJATUHKAN
SEHELAI DAUN

MENYELAMATKAN DIRI
AMALAN BAIK       NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

 SEGERA MENGGIGIT
 KAKI PEMBURU

MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH

BERSAHABAT BAIK
AMALAN BAIK        NILAI/PENERANGAN/SEBAB

 KELUAR MENCARI
                        RAJIN
 MAKANAN


MENCARI MAKANAN
UNTUK KUMPULANNYA   BERTANGGUNGJAWAB


BERSUNGGUH-
                    TEKUN / BERUSAHA /
SUNGGUH
                    DISIPLIN
MENJALANKAN TUGAS


 TIDAK JATUH KE
 DALAM SUNGAI         BERHATI-HATI
AMALAN BAIK           PENERANGAN/SEBAB

MENJATUHKAN SEHELAI   MEMBANTU/MENOLONG/
DAUN                  BAIK HATI


                      BERTINDAK PANTAS/
MENYELAMATKAN DIRI
                      BIJAK/PRIHATIN

SEGERA MENGGIGIT      MEMBALAS JASA/
KAKI PEMBURU          MENGENANG BUDI

MENGUCAPKAN TERIMA    MENGHARGAI
KASIH                 PERTOLONGAN

                       SETIA KAWAN/
  BERSAHABAT BAIK
                       HUBUNGAN MESRA
Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton
televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi
ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan
bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-
kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah
tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.
Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci
basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam
barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati
bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang
oleh rakan untuk pulang ke rumah.
1.   Tidur larut malam
2.   Membuang masa menonton televisyen
3.   Tidak bersarapan
4.   Tidak menghormati ibu bapa
5.   Tidak mematuhi peraturan jalanraya
6.   Tergesa-gesa
7.   Tidak menjaga keselamatan harta sendiri
8.   Tidak menghormati lagu kebangsaan
9.   Menolong orang yang dalam kesusahan.
CONTOH JAWAPAN

Kita mestilah menghargai masa dengan tidur
pada masanya dan bangun awal kerana masa itu
emas. Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu
bapa dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah
sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah.
Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan
jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat
merah bernyala demi keselamatan diri sendiri.
Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab
dengan menjaga harta benda sendiri seperti
basikal agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya,
kita wajarlah bersemangat patriotik dengan
berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan
sebagai tanda taat kepada Negara.
CARA MENGULAS
         MENGULAS SEBAB / MENGULAS NILAI



I.    APA? + MENGAPA? (SEBAB)

II.   APA? + BAGAIMANA? (CARA/NILAI)

III. APA? + KESAN / AKIBAT (+ / -)
Kembangkan idea ikut kesesuaian

  – Apa? (nilai yang dikesan)
   bangun awal pagi

  – Bagaimana? (perlakuan nilai)
   disiplin diri

  – Contoh (peribahasa / rujuk teks)
   masa itu emas

  – Kesan / Akibat (baik / buruk)
   tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu
Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C


Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya …
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …


Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya …
Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya …



 Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
 Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...


  Sebagai seorang pelajar, kita haruslah……………….
BAHAGIAN C – Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
ini ialah ……………………………..(huraian).
Seterusnya, ………………………..……………………
...................................(huraian)……………...
Di samping itu, ……………………….……………......
(huraian)………………………………………..
Selain itu, ……………………….……………………….
……………………………..(huraian)………….
………………………………………………………………
Akhirnya, kita……………………….(huraian)
……………………………………………………………..
    •Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja.
     Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..
………………….agar………………………(huraian)
Kita juga perlu………………………untuk…………
………………………………………….……(huraian)
Seterusnya, kita perlu……………………………….
untuk………………………………………..(huraian)
Kita juga harus……………………………supaya…
……………………………………………….(huraian)
Kita mestilah juga……………………………………
bagi…………………………………………(huraian)

                 Apa yang penting setiap amalan/nilai/
                 pengajaran mesti ada huraian
Elakkan daripada menulis ulasan
menggunakan perkataan,

“………………..itu merupakan amalan yang
baik”.
“……………….itu merupakan sikap yang
terpuji”.
“……………….itu merupakan amalan yang
mulia”.
Untuk mendapat markah yang cemerlang
Dalam bahagian C ini, anda mestilah:

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
   yang sesuai dan menarik.
5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
   yang digunakan betul.
6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang
   betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
   dibina. Kenalpasti penanda wacana.
Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah
yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat
menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.
Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-
main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.
Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan
cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih
melihat cenderamata yang diperolehi daripada
sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik
kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa
bersalah dan meminta maaf kepada kakak.
Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada
  petikan di bawah.
Azizul : Apa khabar Rahim?
Rahim : Khabar baik. Gembiranya saya melihat kamu datang hari ini.
Azizul : Bukankah kita sudah lama berkawan. Saya bimbang apabila mendapat
           tahu kamu sakit. Oh, ya! Kawan-kawan di sekolah berkirim salam
           kepada kamu. Ini, saya ada bawakan karipap kegemaran kamu.
           Rasalah.
Rahim : Terima kasih, Azizul. Saya hanya sakit perut biasa saja. Tak perlulah
           awak bimbang.
Azizul : Syukurlah. Walau bagaimanapun, kamu mestilah makan ubat mengikut
           nasihat doktor supaya cepat sembuh. Lain kali pilihlah gerai makanan
           pyang bersih. Jangan makan makanan yang tercemar.
Rahim : Betul cakap kamu tu Azizul. Eh, Azizul, rindu pula saya pada kawan-
           kawan di sekolah.
Azizul : Ya, kami semua rindukan kamu. Cikgu Siti pun kirim salam dan
           berpesan supaya kamu menyiapkan kerja sekolah sepanjang kamu tidak
           hadir.
Rahim : Terima kasih. Kamu memang sahabat sejati saya.
Azizul : Hari dah hampir petang. Saya pulang dulu. Nanti emak saya bimbang
           pula.
Rahim : Hati-hati mengayuh basikal di jalan raya itu.
Azizul : Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada
petikan di bawah,

  Saudari,

   Apa khabar saudari sekarang? Surat saudari telah selamat saya terima dua
hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana
sudi mengirim surat kepada saya walaupun sudah lama kita tidak berjumpa.
Bagaimana kehidupan saudari sekarang?

   Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah
kepada saudari kerana telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR
yang baru diumumkan mingu lepas. Kejayaan saudari dalam peperiksaan
UPSR tersebut telah memberi peluang kepada saudari untuk menjejakkan kaki
ke sekolah berasrama yang diidamkan oleh semua murid. Saya berasa kesal
kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan masa yang
ada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi
peperiksaan UPSR.
Walau bagaimanapun, saya bertekad untuk memperbaiki kesilapan saya. Saya
berasa keputusan saya belum terlambat. Mulai saat ini, saya akan belajar
bersungguh-sungguh dan mendengar nasihat kedua-dua ibu bapa saya. Jika
sebelum ini saya sering tidur lewat dan sentiasa lewat bangun, maka saya akan
memperbaiki kesilapan tersebut.

Sebenarnya, saya berasa amat malu kepada guru-guru dan ibu bapa saya. Nasihat
guru-guru sering saya abaikan. Kerja sekolah yang diberi jarang dapat saya
siapkan. Kawan-kawan sering mengajak saya belajar bersama-sama dalam satu
kumpulan, tetapi tidak pernah saya endahkan. Saya dinasihat untuk
membahagikan masa dengan seimbang tetapi segalanya saya tidak ambil kisah.
Saya sering kali keluar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. Kini saya menyesal dan
berusaha untuk menjadi yang terbaik di sekolah saya pula. Doakanlah
kesejahteraan saya.

Sampai di sini dahulu warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari akan
menempuh kejayaan yang cemerlang dalam hidup dan semoga berbahagia
selalu.
Sekian.
Kesilapan yang biasa dilakukan
        oleh calon semasa menjawab
             soalan peperiksaan


1
1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan
. - kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
      Kurang teliti membaca dan memahami arahan,


2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak
   tersusun dengan kemas.
   - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk
      format yang teratur dan betul.
3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi
            dan penutup.
           - tiada mempunyai perenggan.

4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta
   struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau
   dialog dalam jawapan.

6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal
   menjawab cukup soalan.

7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang
   diminta oleh soalan.
8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah.
   Tidak menarik.

9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun
   kemas. Kurang menggunakan penanda wacana.
   Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.
SEKIAN, TERIMA KASIH
KALAU TAK FAHAM JUGA,
 TANYALAH GURU-GURU
        ANDA.
OK KAWAN-KAWAN…..   TERIMA KASIH DAUN KELADI
DAH HABIS…          PANJANG UMUR, JUMPA LAGI;
AMIN…….             SUNGAI KLANG SUDAH BERSIH
KITA JUMPA LAGI…    SEKIAN….TERIMA KASIH…..
KALAU ADA JARUM YANG PATAH,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI;
KALAU ADA SILAP DAN SALAH,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.


                                 BETUL…..
                                 BETUL……
                                 BETUL……
SELAMAT BERTEMU LAGI.
                        JUMPA LAGI PADA LAIN MASA &
                                  KETIKA.




Dihasilkan oleh:-
Suwaibah Sussana Abdullah
SK Tok Muda, Kapar, Klang.
suwaibahsu@yahoo.com.my
SENYUMLAH…..SENYUMLAH……
AHAI….CIK MEK MOLEK……
SENYUMLAH…..SENYUMLAH….
AHAI….CIK MEK MOLEK…..
GADIS IDAMANKU
HANYA ENGKAU YANG SATU
HADIRLAH……
DALAM MIMPI….MIMPIKU….
BIAR BERIBU…
RAMAI DATANG MENGANGGU…
PADAKU….
ENGKAULAH YANG SATU……

More Related Content

What's hot

Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
suseintay
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
nashahrin
 

What's hot (20)

Subjek dan predikat
Subjek dan predikatSubjek dan predikat
Subjek dan predikat
 
Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2
 
Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khas
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
 
Kata seru
Kata seruKata seru
Kata seru
 
Latihan kata pemeri
Latihan kata pemeriLatihan kata pemeri
Latihan kata pemeri
 
Karangan keperihalan
Karangan keperihalanKarangan keperihalan
Karangan keperihalan
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Simpulan bahasa tahun 3
Simpulan bahasa tahun 3Simpulan bahasa tahun 3
Simpulan bahasa tahun 3
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014
 
Latih tubi BM tahun 2
Latih tubi BM tahun 2Latih tubi BM tahun 2
Latih tubi BM tahun 2
 
Kata tanya
Kata tanyaKata tanya
Kata tanya
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Latihan Susun Ayat Tahun 1
Latihan Susun Ayat Tahun 1Latihan Susun Ayat Tahun 1
Latihan Susun Ayat Tahun 1
 

Viewers also liked (9)

50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
Bm bina ayat (1)
Bm  bina ayat (1)Bm  bina ayat (1)
Bm bina ayat (1)
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
Eviden B.Melayu Tahun 3
Eviden B.Melayu Tahun 3Eviden B.Melayu Tahun 3
Eviden B.Melayu Tahun 3
 
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharuSoalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 

Similar to Bahagian c membina ulasan

Modul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian a
Modul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian aModul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian a
Modul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian a
aidabatrisya_11
 
Rpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaranRpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaran
maisya sarah
 
Rpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaranRpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaran
maisar4h
 
Ceramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simeeCeramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simee
sue_hairi73
 
Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Nilai murni std 5
Nilai murni std 5
Tan Choon
 
Pendedahan penulisan
Pendedahan penulisanPendedahan penulisan
Pendedahan penulisan
Suhaimi Samat
 
Tanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptx
Tanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptxTanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptx
Tanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptx
Ikhrar1
 
Tapak pembelajaran bmm3105
Tapak pembelajaran bmm3105Tapak pembelajaran bmm3105
Tapak pembelajaran bmm3105
Epolz Adha
 
If and suggestion iv 01 listening
If and suggestion iv 01 listeningIf and suggestion iv 01 listening
If and suggestion iv 01 listening
Peppy Violetta
 
RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)
RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)
RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)
Teguh Hidayat
 

Similar to Bahagian c membina ulasan (20)

Modul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian a
Modul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian aModul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian a
Modul 1 dan 2 teknik menjawab 011 dan 012 bahagian a
 
Ceramahpenulisan
CeramahpenulisanCeramahpenulisan
Ceramahpenulisan
 
Rpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaranRpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaran
 
Rpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaranRpp evaluasi pembelajaran
Rpp evaluasi pembelajaran
 
Elvikus endang ppt siklus 3
Elvikus endang ppt  siklus 3Elvikus endang ppt  siklus 3
Elvikus endang ppt siklus 3
 
Silabus akhlak kelas 1 smt 2
Silabus akhlak kelas 1 smt 2Silabus akhlak kelas 1 smt 2
Silabus akhlak kelas 1 smt 2
 
Silabus akhlak kelas 2 smt 2
Silabus akhlak kelas 2 smt 2Silabus akhlak kelas 2 smt 2
Silabus akhlak kelas 2 smt 2
 
Ceramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simeeCeramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simee
 
Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Nilai murni std 5
Nilai murni std 5
 
RPP kelas 1 smt 2 2017
RPP kelas 1 smt 2 2017 RPP kelas 1 smt 2 2017
RPP kelas 1 smt 2 2017
 
Pendedahan penulisan
Pendedahan penulisanPendedahan penulisan
Pendedahan penulisan
 
Contoh LKS Sekolah Dasar KD 7
Contoh LKS Sekolah Dasar KD 7Contoh LKS Sekolah Dasar KD 7
Contoh LKS Sekolah Dasar KD 7
 
Tanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptx
Tanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptxTanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptx
Tanggung_Jawab_Seorang_Siswa.pptx
 
Tapak pembelajaran bmm3105
Tapak pembelajaran bmm3105Tapak pembelajaran bmm3105
Tapak pembelajaran bmm3105
 
CERAMAHUPSR.ppt
CERAMAHUPSR.pptCERAMAHUPSR.ppt
CERAMAHUPSR.ppt
 
K1 t4-st3-p6 rpp tema 3 kelas 1 sub tema 1 (3)
K1 t4-st3-p6 rpp tema 3 kelas 1 sub tema 1 (3)K1 t4-st3-p6 rpp tema 3 kelas 1 sub tema 1 (3)
K1 t4-st3-p6 rpp tema 3 kelas 1 sub tema 1 (3)
 
If and suggestion iv 01 listening
If and suggestion iv 01 listeningIf and suggestion iv 01 listening
If and suggestion iv 01 listening
 
SEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri Riau
SEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri RiauSEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri Riau
SEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri Riau
 
Kemampuan guru
Kemampuan guruKemampuan guru
Kemampuan guru
 
RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)
RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)
RPP Kelas 2a t1 st3 pb 2 ( teguh hidayat)
 

Recently uploaded

Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 

Bahagian c membina ulasan

  • 1. BAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit
  • 2. Membuat Ulasan • 20 markah • Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. • Tidak kurang 50 patah perkataan. • *Tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
  • 3. Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/ pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang mengandungi banyak pengajaran/amalan baik atau nilai-nilai murni. Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.
  • 4. BAHAGIAN C • Bahagian ini amat penting . • Perlu memahami dan meneliti dengan jelas petikan yang diberi. • Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin semula . • Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan. • Tidak perlu menulis semula nama orang yang diceritakan .
  • 5. JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK  Belajar bersungguh-sungguh  Mendisiplinkan diri  Menolong orang yg. ditimpa kesusahan  Mengambil berat / memberi perhatian  Luhur tanpa menyimpan rasa dendam  Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan  Tidak buang masa  Menanam sikap rajin bekerja
  • 6. • Pastikan mengikut arahan soalan . • Nilai murni yang disampaikan boleh dicampur-aduk . • Nilai yang negatif tidak boleh diterima. • Jawapan yang disampai dalam satu perenggan. • Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu perenggan tidak diterima . • Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita boleh diterima.
  • 7. JENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNI  Baik hati  Toleransi  Berdikari  Kesyukuran  Berhemah tinggi  Harmoni  Hormat  Berdisiplin  Berwawasan  Kasih sayang  Semangat bermasyarakat  Keadilan  Patriotisme  Kebebasan  Rasional  Keberanian  Kesederhanaan  Kejujuran  Kerjasama  Kerajinan
  • 8. JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN  Memelihara dgn. kasih  Bersimpati pada golongan sayang lemah  Jasa dihargai dan dibalas  Sifat bertanggungjawab  Menyayangi ibu bapa  Menepati masa dan keluarga  Amanah  Mensyukuri anugerah  Kesabaran membawa tuhan kejayaan  Bersifat murah hati  Menjaga keselamatan  Ucap terima kasih  Bersikap prihatin  Mematuhi peraturan
  • 9. BAHAGIAN C – 20 MARKAH PENSKORAN KRITERIA CEMERLANG i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis ( 17 -20 ) berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul BAIK i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. ( 12 – 16 ) ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. MEMUASKAN i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan ( 6 – 11 ) sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan PENCAPAIAN i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. TAHAP ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan MINIMUM bahan rangsangan. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan. (1–5)
  • 10. Cara Menulis ulasan • Baca dan fahami situasi. • Gariskan amalan baik dalam soalan. • Sediakan rangka ulasan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks. • Tulis ulasan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja. • Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan/panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan.
  • 11. Darma seorang pelajar yang sering membantu ibunya ketika berada di rumah. Selepas mandi dan menyiapkan diri, Salasiah bersarapan bersama-sama ibu bapanya. Ketika melihat keadaan jalan raya yang sibuk, Borhan pun melintas jalan menggunakan jejantas yang disediakan..
  • 12. Contoh Soalan Membuat Ulasan Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
  • 13. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBAB BANGUN AWAL PAGI MEMBANTU IBU BERSARAPAN BERSAMA-SAMA BERSARAPAN BERSALAMAN DENGAN AYAH DAN IBU MEMBACA BUKU MEMBERSIH KELAS KELAS YANG CERIA
  • 14. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBAB BANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI MASA MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB BERSARAPAN MENGERATKAN HUBUNGAN BERSAMA-SAMA KASIH SAYANG/ SILATURRAHIM MENJAGA KESIHATAN/TIDAK BERSARAPAN LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN KETIKA BELAJAR
  • 15. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBAB BANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI MASA KITA HARUSLAH MENGHARGAI MASA DENGAN BANGUN AWAL PAGI. MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB SELAIN ITU, KITA DAPAT MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU SEPERTI MEMBANTU IBU. BERSARAPAN MENGERATKAN HUBUNGAN BERSAMA-SAMA KASIH SAYANG DI SAMPING ITU, KITA PERLULAH MENGERATKAN HUBUNGAN KASIH SAYANG DENGAN BERSARAPAN BERSAMA-SAMA.
  • 16. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB BERSALAMAN DENGAN MENGHORMATI IBU BAPA/ AYAH DAN IBU MOHON RESTU RAJIN/MENGHARGAI MEMBACA BUKU MASA MENYAPU/ TANGGUNGJAWAB/ MEMBERSIH KELAS MENJAGA KEBERSIHAN SERONOK & SELESA KELAS YANG CERIA BELAJAR
  • 17. BAGAIMANA MENULIS ULASAN Nilai murni/ Kata Penanda Kata Bantu pengajaran Hubung Huraian Wacana mesti dengan Selain itu, kerana perlu Di samping itu agar hendak Seterusnya, supaya Akhir sekali, harus seperti patut
  • 18. Contoh ulasan Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah menghargai masa dengan bangun awal pagi. Selain itu, kita perlulah meringankan beban kerja ibu dengan membantu ibu. Seterusnya, kita dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dengan bersarapan bersama-sama. Di samping itu, kita perlu menghormati kedua-dua ibu bapa kita dengan bersalaman dengan mereka sebelum pergi ke sekolah. Akhirnya , kita dapat menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku.
  • 19. Sudah menjadi kebiasaan bagi Izzati untuk bangun awal setiap hari. Pukul 5.30 pagi lagi Izzati sudah bangun dan mengemas tempat tidurnya. Setelah mandi dan menyiapkan dirinya dengan pakaian sekolah yang lengkap, Izzati bersarapan dengan ayah dan ibunya serta adik beradiknya. Bangun awal setiap hari Berdisiplin / menghargai masa Mengemas tempat tidur Tanggungjawab / rajin Mandi dan menyiapkan diri Menjaga kebersihan diri / berdisiplin Bersarapan dengan ayah dan ibu Mengeratkan hubungan kasih sayang
  • 20. Sebelum loceng persekolahan berbunyi, Izzati sudah berada di dalam kelasnya. Dia akan menjalankan tugas seperti yang tertera pada jadual tugasan kelasnya. Ketika belajar, Izzati memberi sepenuh tumpuan terhadap setiap mata pelajaran khususnya matapelajaran yang dia agak lemah. Dia sentiasa bertanya gurunya jika dia tidak faham. Dia dan rakan- rakannya selalu membuat perbincangan dalam kumpulan bagi memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuannya.
  • 21. 2009 Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
  • 22. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB KELUAR MENCARI MAKANAN MENCARI MAKANAN UNTUK KUMPULANNYA BERSUNGGUH- SUNGGUH MENJALANKAN TUGAS TIDAK JATUH KE DALAM SUNGAI MENJATUHKAN SEHELAI DAUN MENYELAMATKAN DIRI
  • 23. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB SEGERA MENGGIGIT KAKI PEMBURU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BERSAHABAT BAIK
  • 24. AMALAN BAIK NILAI/PENERANGAN/SEBAB KELUAR MENCARI RAJIN MAKANAN MENCARI MAKANAN UNTUK KUMPULANNYA BERTANGGUNGJAWAB BERSUNGGUH- TEKUN / BERUSAHA / SUNGGUH DISIPLIN MENJALANKAN TUGAS TIDAK JATUH KE DALAM SUNGAI BERHATI-HATI
  • 25. AMALAN BAIK PENERANGAN/SEBAB MENJATUHKAN SEHELAI MEMBANTU/MENOLONG/ DAUN BAIK HATI BERTINDAK PANTAS/ MENYELAMATKAN DIRI BIJAK/PRIHATIN SEGERA MENGGIGIT MEMBALAS JASA/ KAKI PEMBURU MENGENANG BUDI MENGUCAPKAN TERIMA MENGHARGAI KASIH PERTOLONGAN SETIA KAWAN/ BERSAHABAT BAIK HUBUNGAN MESRA
  • 26. Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau- kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.
  • 27. 1. Tidur larut malam 2. Membuang masa menonton televisyen 3. Tidak bersarapan 4. Tidak menghormati ibu bapa 5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya 6. Tergesa-gesa 7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri 8. Tidak menghormati lagu kebangsaan 9. Menolong orang yang dalam kesusahan.
  • 28. CONTOH JAWAPAN Kita mestilah menghargai masa dengan tidur pada masanya dan bangun awal kerana masa itu emas. Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah. Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat merah bernyala demi keselamatan diri sendiri. Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab dengan menjaga harta benda sendiri seperti basikal agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya, kita wajarlah bersemangat patriotik dengan berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda taat kepada Negara.
  • 29. CARA MENGULAS MENGULAS SEBAB / MENGULAS NILAI I. APA? + MENGAPA? (SEBAB) II. APA? + BAGAIMANA? (CARA/NILAI) III. APA? + KESAN / AKIBAT (+ / -)
  • 30. Kembangkan idea ikut kesesuaian – Apa? (nilai yang dikesan) bangun awal pagi – Bagaimana? (perlakuan nilai) disiplin diri – Contoh (peribahasa / rujuk teks) masa itu emas – Kesan / Akibat (baik / buruk) tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu
  • 31. Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya … Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya … Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya … Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya … Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Sebagai seorang pelajar, kita haruslah……………….
  • 32. BAHAGIAN C – Cara menulis. Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah ……………………………..(huraian). Seterusnya, ………………………..…………………… ...................................(huraian)……………... Di samping itu, ……………………….……………...... (huraian)……………………………………….. Selain itu, ……………………….………………………. ……………………………..(huraian)…………. ……………………………………………………………… Akhirnya, kita……………………….(huraian) …………………………………………………………….. •Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja. Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
  • 33. Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah….. ………………….agar………………………(huraian) Kita juga perlu………………………untuk………… ………………………………………….……(huraian) Seterusnya, kita perlu………………………………. untuk………………………………………..(huraian) Kita juga harus……………………………supaya… ……………………………………………….(huraian) Kita mestilah juga…………………………………… bagi…………………………………………(huraian) Apa yang penting setiap amalan/nilai/ pengajaran mesti ada huraian
  • 34. Elakkan daripada menulis ulasan menggunakan perkataan, “………………..itu merupakan amalan yang baik”. “……………….itu merupakan sikap yang terpuji”. “……………….itu merupakan amalan yang mulia”.
  • 35. Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah: 1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat. 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik. 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. 6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.
  • 36. Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar. Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain- main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik. Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih melihat cenderamata yang diperolehi daripada sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa bersalah dan meminta maaf kepada kakak.
  • 37. Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Azizul : Apa khabar Rahim? Rahim : Khabar baik. Gembiranya saya melihat kamu datang hari ini. Azizul : Bukankah kita sudah lama berkawan. Saya bimbang apabila mendapat tahu kamu sakit. Oh, ya! Kawan-kawan di sekolah berkirim salam kepada kamu. Ini, saya ada bawakan karipap kegemaran kamu. Rasalah. Rahim : Terima kasih, Azizul. Saya hanya sakit perut biasa saja. Tak perlulah awak bimbang. Azizul : Syukurlah. Walau bagaimanapun, kamu mestilah makan ubat mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh. Lain kali pilihlah gerai makanan pyang bersih. Jangan makan makanan yang tercemar. Rahim : Betul cakap kamu tu Azizul. Eh, Azizul, rindu pula saya pada kawan- kawan di sekolah. Azizul : Ya, kami semua rindukan kamu. Cikgu Siti pun kirim salam dan berpesan supaya kamu menyiapkan kerja sekolah sepanjang kamu tidak hadir. Rahim : Terima kasih. Kamu memang sahabat sejati saya. Azizul : Hari dah hampir petang. Saya pulang dulu. Nanti emak saya bimbang pula. Rahim : Hati-hati mengayuh basikal di jalan raya itu. Azizul : Terima kasih kerana mengingatkan saya.
  • 38. Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah, Saudari, Apa khabar saudari sekarang? Surat saudari telah selamat saya terima dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengirim surat kepada saya walaupun sudah lama kita tidak berjumpa. Bagaimana kehidupan saudari sekarang? Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan mingu lepas. Kejayaan saudari dalam peperiksaan UPSR tersebut telah memberi peluang kepada saudari untuk menjejakkan kaki ke sekolah berasrama yang diidamkan oleh semua murid. Saya berasa kesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan UPSR.
  • 39. Walau bagaimanapun, saya bertekad untuk memperbaiki kesilapan saya. Saya berasa keputusan saya belum terlambat. Mulai saat ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendengar nasihat kedua-dua ibu bapa saya. Jika sebelum ini saya sering tidur lewat dan sentiasa lewat bangun, maka saya akan memperbaiki kesilapan tersebut. Sebenarnya, saya berasa amat malu kepada guru-guru dan ibu bapa saya. Nasihat guru-guru sering saya abaikan. Kerja sekolah yang diberi jarang dapat saya siapkan. Kawan-kawan sering mengajak saya belajar bersama-sama dalam satu kumpulan, tetapi tidak pernah saya endahkan. Saya dinasihat untuk membahagikan masa dengan seimbang tetapi segalanya saya tidak ambil kisah. Saya sering kali keluar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. Kini saya menyesal dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di sekolah saya pula. Doakanlah kesejahteraan saya. Sampai di sini dahulu warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari akan menempuh kejayaan yang cemerlang dalam hidup dan semoga berbahagia selalu. Sekian.
  • 40. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan 1 1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan . - kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan. Kurang teliti membaca dan memahami arahan, 2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.
  • 41. 3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. - tiada mempunyai perenggan. 4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai. 5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan. 6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan. 7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.
  • 42. 8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik. 9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas. Kurang menggunakan penanda wacana. Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.
  • 44. KALAU TAK FAHAM JUGA, TANYALAH GURU-GURU ANDA.
  • 45. OK KAWAN-KAWAN….. TERIMA KASIH DAUN KELADI DAH HABIS… PANJANG UMUR, JUMPA LAGI; AMIN……. SUNGAI KLANG SUDAH BERSIH KITA JUMPA LAGI… SEKIAN….TERIMA KASIH…..
  • 46. KALAU ADA JARUM YANG PATAH, JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI; KALAU ADA SILAP DAN SALAH, JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI. BETUL….. BETUL…… BETUL……
  • 47. SELAMAT BERTEMU LAGI. JUMPA LAGI PADA LAIN MASA & KETIKA. Dihasilkan oleh:- Suwaibah Sussana Abdullah SK Tok Muda, Kapar, Klang. suwaibahsu@yahoo.com.my
  • 49. GADIS IDAMANKU HANYA ENGKAU YANG SATU HADIRLAH…… DALAM MIMPI….MIMPIKU…. BIAR BERIBU… RAMAI DATANG MENGANGGU… PADAKU…. ENGKAULAH YANG SATU……