SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 1

_______________________________________________________________________________

OBJEKTI
Objektif Am

: Mengenali istilah-istilah umum yang digunakan di
dalam kawalan proses

Objektif Khusus

: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:



Menakrifkan pemboleh ubah yang digunakan dalam kawalan proses



Menyatakan tujuan suatu sistem diwakili dengan gambarajah blok



Melukis gambarajah blok elemen-elemen asas kawalan proses



Membezakan sistem kawalan gelung tertutup dan terbuka



Mengenalpasti gelung suapbalik positif dan negatif



Menyenaraikan kebaikan dan keburukan di antara sistem kawalan gelung
terbuka dan sistem kawalan gelung tertutup



Memberi takrifan sistem kawalan automatik



Menyenaraikan kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 2

_______________________________________________________________________________

INPUT
1.0

PENGENALAN

Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan berbagai proses semulajadi alam seperti hujan,
angin, suhu, tekanan dan lain-lain lagi. Kejadian seperti ini terjadi dengan sendiri dan prosesnya dikatakan
proses lazim. Daripada kejadian seperti ini manusia mula berfikir serta berminat untuk mengawal dan
menyuai tepat parameter-parameter ini untuk kebaikan mereka. Hasilnya beberapa proses yang berguna
seperti yang terdapat sehingga ke hari ini. Proses kawalan moden telah menjadi satu bidang teknologi
yang berasingan apabila diketahui bahawa prinsip-prinsip dan teknik-teknik kawalan boleh digunakan di
dalam proses-proses pengilangan.
Seperti bidang kejuruteraan yang lain, banyak kejayaan baru dari segi teknikal telah dicapai. Teori-teori
baru telah dicipta dan pengetahuan ini sangat berguna supaya lebih ramai pakar dalam bidang ini dapat
dilahirkan. Jurutera kawalan proses bertugas untuk merekabentuk keseluruhan sistem kawalan proses.
Pengetahuan yang mendalam mengenai ciri-ciri pengawal, ciri-ciri gelung kawalan dan kestabilan proses
diperlukan. Ahli teknologi kawalan pula bertugas merekabentuk elemen-elemen tertentu dalam gelung
kawalan supaya keluaran proses yang dikehendaki tercapai.

Pengetahuan yang mendalam tentang

pengukuran, sistem pneumatik, elektrik, elektronik dan rekabentuk adalah diperlukan.
Manakala seorang juruteknik kawalan proses pula bertanggungjawab untuk memasang dan menguji
elemen-elemen gelung kawalan proses.

Dengan itu pengetahuan tentang cara kerja proses secara

keseluruhan, pendawaian, elektronik, pneumatik dan alat bengkel adalah perlu.
Kegunaan sistem kawalan automatik di dalam industri memerlukan ramai orang yang mahir di dalam
bidang-bidang yang disebutkan seperti jurutera kawalan, ahli teknologi dan juga juruteknik.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 3

_______________________________________________________________________________

SISTEM KAWALAN ELEKTRIK,PNEUMATIK DAN HIDRAULIK
1.1KAWALAN ELEKTRIK
Hukum asas yang menguasai litar elektrik ialah hukum arus dan hukum voltan Kirchoff. Hukum arus
Kirchoff, (hukum nod) menyatakan bahawa jumlah aljabar semua arus yang memasuki dan meninggalkan
nod adalah sifar. Hukum voltan Kirchoff, (hukum gelung) menyatakan pada mana-mana ketika jumlah
aljabar voltan di keliling sebarang gelung dalam litar elektrik adalah sifar. Model matematik litar elektrik
boleh diperolehi dengan mengenakan satu atau kedua-dua hukum Kirchoff terhadapnya. Pengkajian
terhadap sistem kawalan elektrik melibatkan perintang, pemuat, pearuh dan penguat kendalian.
Contoh 1.1

(a) Litar L-R-C
(b) Galangan kompleks

L

R

C

ei

eo

(a) Litar L-R-C

Z1

Z2

Z1
ei

e1

Z2

eo

e2
e

(b) i. Galangan kompleks

(b) ii. Galangan kompleks

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 4

_______________________________________________________________________________
1.2KAWALAN PNEUMATIK
Sebagai bahantara paling cekap untuk menghantar isyarat dan kuasa, bendalir sama ada cecair atau gas,
mempunyai penggunaan yang meluas dalam perusahaan. Dalam bidang kejuruteraan, istilah pneumatik
memerihal sistem bendalir yang yang menggunakan udara atau gas manakala hidraulik merujuk kepada
yang menggunakan minyak.
SISTEM KAWALAN PNEUMATIK
Pneumatik adalah sistem yang digerakkan dengan menggunakan media udara bertekanan. Perkembangan
teknologi yang berterusan telah menyaksikan pembangunan yang drastik dalam sistem kawalan pneumatik
tekanan rendah bagi sistem kawalan perusahaan. Di antara sebabnya termasuklah ciri tahan letupan,
kepermudahan dan mudah senggaraan. Hari ini, perancangan dan pembangunannya dalam bidang
automasi membolehkan sistem ini beroperasi untuk menggantikan kerja manusia.

PENGGUNAAN SISTEM PNEUMATIK
i.

Proses perindustrian

ii.

Sistem kawalan kedudukan dan kelajuan

iii.

Sistem brek kenderaan, hon dan hentakan

iv.

Sistem penyemburan air, lift dan pintu automatik.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM PNEUMATIK

1

Kebaikan
Bekalan udara yang tidak terputus-putus

2
3

Pengaruh suhu ke atas kelikatan udara amat kecil
Tidak memerlukan saluran balik seperti hidraulik.

4

Keburukan
Tidak dapat berperanan sebagai pelincir

Udara dibebaskan ke atmosfera selepas digunakan
Sistem ini bersih

terhadap bahagian-bahagian yang bergerak.
Mempunyai ciri masa lengah yang panjang.

1.3KAWALAN HIDRAULIK
Udara termampat jarang digunakan bagi kawalan berterusan pergerakan peranti yang mempunyai jisim
yang berkasar disebabkan oleh daya beban dari luar, kecuali untuk pengawal pneumatik bertekanan
rendah. Bagi kes sebegini sistem pengawal hidraulik biasanya lebih disukai. Dalam bidang kejuruteraan,
istilah hidraulik memerihal sistem bendalir yang menggunakan minyak.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 5

_______________________________________________________________________________
SISTEM KAWALAN HIDRAULIK
Penggunaan meluas litar hidraulik dalam perkakas mesin, sistem kawalan pesawat udara dan
pengendalian yang serupa berlaku kerana faktor seperti kepositifan, kejituan, kebolehlenturan, nisbah
kuasa kuda berat yang tinggi permulaan cepat, menghenti dan balikan yang lancar dan tepat dan
kepermudahkendalian. Gabungan sistem elektronik dan hidraulik digunakan dengan meluas kerana ia
menggabungkan kebaikan kedua-dua kawalan elektronik dan kuasa hidraulik.
PENGGUNAAN SISTEM HIDRAULIK
i.

Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan

ii.

Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar

iii.

Sistem kawalan mesin

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM HIDRAULIK
1

Kebaikan
Bendalir hidraulik bertindak sebagai pelicin,

Keburukan
Kuasa hidraulik tidak mudah terdapat

2

sebagai tambahan pembawa haba yang sesuai
Penggerak hidraulik bersaiz kecil tetapi boleh

berbanding dengan kuasa elektrik
Kos sistem hidraulik lebih tinggi berbanding

3

membina daya atau kilas yang besar
Pengerak hidraulik mempunyai laju tindak

sistem elektrik untuk fungsi yang serupa
Kebakaran dan bahaya letupan melainkan

balas yang lebih tinggi dengan mula, henti dan

penggunaan bendalir api digunakan

balikan laju yang pantas
Penggerak hidraulik boleh dikendalikan dalam

Minyak tercemar boleh menyebabkan sistem

keadaan berterusan, terputus-putus, membalik

hidraulik tidak boleh berfungsi dengan baik

dan bertegun tanpa rosak
Laju jatuh apabila beban dikenakan adalah

Sistem ini mudah menjadi serabut kerana

kecil memandangkan bocoran yang rendah

kesukaran dalam menyenggara sistem

dalam penggerak

hidraulik yang bebas dari kebocoran

4

5

AKTIVITI

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 6

_______________________________________________________________________________
Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan.
1.1 Nyatakan hukum-hukum asas yang terdapat dalam sistem elektrik?
1.2 Apakah tiga komponen utama dalam sistem elektrik dan lukiskan simbol-simbol yang
1.3 Penggunaan meluas dalam perkakasan mesin dan sistem kawalan pesawat udara disebabkan
oleh faktor kejituan, kebolehlenturan, dan nisbah kuasa kuda berat yang tinggi. Nyatakan sistem
kawalan yang dijelaskan oleh penyataan tersebut.
1.4 Senaraikan penggunaan sistem kawalan pneumatik dan sistem kawalan hidraulik secara praktik.
1.5 Nyatakan satu (1) perbezaan utama di antara sistem kawalan pneumatik dan sistem kawalan
hidraulik.

MAKLUM BALAS

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 7

_______________________________________________________________________________

1. 1

Hukum Kirchoff arus dan hukum Kirchoff voltan

1.2
i.
ii.
iii.

Perintang
Pemuat
Pearuh

1.3

Sistem kawalan hidraulik.

1.4

Penggunaan sistem pneumatik
i.

Proses perindustrian

ii.

Sistem kawalan kedudukan dan kelajuan

iii.

Sistem brek kenderaan, hon dan hentakan

iv.

Sistem penyemburan air, lift dan pintu automatik.

Penggunaan Sistem Hidraulik
i.
ii.

Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar

iii.
1.5

Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan
Sistem kawalan mesin

Sistem pneumatik menggunakan medium udara bertekanan dan sistem hidraulik
menggunakan minyak.

INPUT

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 8

_______________________________________________________________________________

1.4

ISTILAH-ISTILAH UMUM KAWALAN PROSES

Di dalam bahagian ini kita akan memberi tumpuan terhadap istilah-istilah yang biasa digunakan dalam
kawalan proses.
Sistem kawalan suapbalik. Sistem kawalan suapbalik merupakan sebuah sistem di mana keluaran
sentiasa dibandingkan dengan titik set masukan dan perbezaan di antara nilai tersebut dijadikan asas untuk
kawalan.
Sistem kawalan servo. Sistem kawalan servo merupakan sebuah sistem kawalan suapbalik di mana
keluarannya adalah kedudukan, halaju atau pecutan.
Sistem kawalan proses. Sistem kawalan proses merupakan sebuah sistem penyuaitepatan (kawalan
automatik) di mana pembolehubah keluarannya berupa suhu, tekanan, aliran, paras, nilai pH atau
sebagainya.
Proses. Proses adalah suatu saling tindak yang komplek yang mengandungi aksi dan reaksi mengikut
aturcara yang tertentu.
Pembolehubah. Pembolehubah ialah sebarang parameter fisikal seperrti suhu, tekanan, paras, kadar
aliran dan sebagainya.
Pemboleubah dinamik. Pembolehubah dinamik ialah sebarang parameter fisikal yang boleh berubah
nilainya secara spontan atau melalui pengaruh luar.
Penyuaitepatan. Penyuaitepatan adalah suatu operasi untuk menetapkan berbagai nilai pembolehubah
dinamik kepada nilai yang dikehendaki atau berhampirannay.
Proses pembolehubah tunggal. Proses pembolehubah tunggal proses yang mempunyai satu
pembolehubah sahaja.
Proses pembolehubah majmuk. Proses pembolehubah majmuk adalah proses yang mengandungi lebih
dari satu pembolehubah.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 9

_______________________________________________________________________________
Kawalan proses. Kawalan proses merupakan suatu tindakbalas fisikal di dalam satu proses di mana satu
masukan (bahan mentah) boleh menghasilkan beberapa keluaran yang ditetapkan.
Kawalan proses lazim. Kawalan proses lazim adalah suatu operasi yang menyuaitepat berbagai ciri
fisikal yang berlaku dengan sendiri. Contohnya ialah penyuaitepatan suhu dalam badan, perjalanan darah
dalam badan, sistem perpeluhan dan sebagainya.

AKTIVITI
_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 10

_______________________________________________________________________________

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada
maklumbalas di halaman berikutnya.
1. 6 Dalam lajur 1 terdapat takrifan-takrifan yang terdapat dalam kawalan proses. Lajur 2 ialah
pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan takrifan tersebut. Padankan butiran dalam
lajur 2 ke dalam ruang-ruang kosong dalam lajur 1. Setiap istilah boleh digunakan sekali atau tidak
digunakan langsung.
Lajur 1

Lajur 2
Parameter fisikal yang boleh

A Kawalan suapbalik

berubah secara spotan.
B Proses
Nilai pembolehubah yang dikehendaki
dalam suatu proses.

C Pembolehubah dinamik

Perbezaan antara nilai diukur dengan

D Sistem servo

nilai titik set.
E Ralat
Sistem kawalan suapbalik di mana
keluarannnya adalah halaju sdan pecutan.

F Gangguan

Keluarannya dibandingkan dengan titik set

H Titik set

dan dijadikan asas kawalan.

MAKLUM BALAS
_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 11

_______________________________________________________________________________

1.6
C
H
E
D
A

INPUT
_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 12

_______________________________________________________________________________

1.5

ELEMEN-ELEMEN ASAS DALAM KAWALAN PROSES

Di dalam bahagian ini anda akan di dedahkan kepada contoh-contoh yang berkaitan dengan sistem
kawalan proses.

masukan
Kaca
penglihatan
keluaran
Tinggi
paras
cecair, T

injap
keluaran

Gambarajah di atas menunjukkan seorang operator mengawal kadar aliran cecair keluaran dengan
membuka atau menutup injap dan pada ketika yang sama memerhatikan paras cecair di dalam tangki
melalui kaca penglihatan. Cecair di dalam tangki tersebut masuk melalui paip masuk.
Dalam kawalan sistem ini:
I. Proses ialah kombinasi cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran.
II. Pembolehubah dinamik ialah paras di dalam tangki.
III. Penyuaitepatan ialah penentuan paras cecair pada satu nilai yang dikehendaki.
Jika pada satu ketinggian, T, injap keluaran dilaraskan supaya kadar aliran keluaran sama dengan kadar
aliran masukan dan keadaan ini berterusan, ketinggian paras, T tidak berubah.
Apabila gangguan berlaku kepada aliran masukan di mana aliran masukan melebihi aliran keluaran, paras
cecair akan meningkat. Sekiranya tidak ada operator untuk mengawal injap

supaya paras dikembalikan ke nilai T, air akan terus melimpah keluar. Sistem ini dinamakan Sistem
Gelung Terbuka.
Jika ada operator untuk mengawal injap keluaran supaya ketinggian paras dikembalikan pada nilai T, maka
keadaan adalah terkawal. Ini kerana operator menyuapbalik maklumat paras melalui pemerhatian dan

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 13

_______________________________________________________________________________
kemudian mengambil kira perbezaan paras untuk bertindak (mengawal).

Sistem ini dipanggil Sistem

Gelung Tertutup. Semua sistem gelung tertutup mempunyai suapbalik.
Dalam hal ini terdapat tiga istilah penting yang digunakan untuk pengawalan :
a. Sukatan
b. Penilaian
c.

Elemen Kawalan

Gambarajah berikut menjelaskan susunatur untuk ketiga-tiga istilah dalam suatu proses.

a. SUKATAN
Pembolehubah dinamik disukat supaya nilainya dapat dibandingkan dengan nilai titik set. Nilai sukatan
adalah dalam voltan, arus, tekanan dan sebagainya. Selalunya suatu tranducer digunakan untuk sukatan
awal dan sukatan ini ditukarkan kepada isyarat-isyarat tentuan (signal conditioning)
b. PENILAIAN
Sukatan diteliti untuk menentukan tindakan jika perlu. Penelitian ini dilakukan oleh pengawal yang
memproses isyarat pneumatik, elektronik atau menggunakan komputer.
Penilaian mengandungi satu perbandingan antara nilai titik set dengan nilai yang disukat dan kemudiannya
mengeluarkan tindakan supaya nilai pembolehubah dapat dikembalikan ke titik set.

c. ELEMEN KAWALAN
Elemen yang terakhir dalam gelung kawalan ialah elemen kawalan terakhir (final control element) yang
bertujuan untuk menetapkan perubahan yang dikehendaki supaya nilai pembolehubah dikembalikan ke

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 14

_______________________________________________________________________________
titik set. Elemen ini menerima isyarat masukan dari pengawal dan isyarat ini diubahsuai kepada gerakan
yang dikehendaki dalam proses. Contoh ialah alat pemanas, injap, alat pembesar, motor dan lain-lain lagi.

1.6GAMBARAJAH BLOK ELEMEN-ELEMEN ASAS KAWALAN PROSES
Untuk memudahkan analisa kawalan proses selalunya elemen-elemen di dalam gelung kawalan
digambarkan sebagai satu blok. Gambarajah blok ialah perwakilan bergambar fungsi yang dilakukan oleh
setiap komponen dan aliran isyarat. Ianya bertujuan untuk memudahkan sistem dianalisa sebagai suatu
interaksi di antara system-sistem yang lebih kecil dan memudahkan rekaan sistem-sistem kecil apabila ciri
keseluruhan sistem diketahui.
Gambarajah blok di bawah menerangkan gelung kawalan proses yang mengandungi elemen asas seperti
pengawal elemen kawalan terakhir, proses dan sukatan.

masukan

Isyarat
ralat (e)

keluaran
Pengawal

Proses

Sukatan

Gambarajah blok sebuah gelung kawalan proses
Masukan / Rujukan: Isyarat yang disuap kepada sistem dan dikenali juga sebagai rujukan atau titik set.
Isyarat Ralat: Perbezaaan di antara isyarat masukan dan isyarat suapbalik / keluaran.
Pengawal: Peranti yang mengawal proses sesuatu sistem dan bertindak terhadap isyarat ralat untuk
mengurangkan ralat bagi mengeluarkan keluaran seperti yang dikehendaki.
Proses: Satu proses yang berterusan yang terdiri daripada pergerakan-pergerakan yang dikawal secara
sistematik untuk menghasilkan keputusan yang tertentu.
Keluaran: Biasanya terdiri daripada pembolehubah seperti suhu, tekanan, halaju dan lain-lain.
Elemen Pengukuran / Sukatan: Peranti yang digunakan untuk mengukur isyarat keluaran.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 15

_______________________________________________________________________________

PERBEZAAN ANTARA SISTEM KAWALAN GELUNG TERBUKA DAN GELUNG
TERTUTUP
Sistem Kawalan Gelung Buka
1
2
3

Sistemnya mudah
Ketepatannya ditentukan dengan penentukuran
(calibration) elemennya
Sistem tidak mempunyai masalah dengan
ketidakseimbangan

Sistem Kawalan Gelung Tertutup
Pembinannya lebih komnplek
Ketepatannya lebih tinggi
Ketidak linearan dapat dikurangkan

PENGGUNAAN SISTEM
a) Gelung terbuka
I. Mesin basuh
II. pemanas
III. Lampu dll
b) Gelung tertutup
i.
lampu trafik
ii.
Pendingin udara
iii.
saterika

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 16

_______________________________________________________________________________

AKTIVITI

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada yang
disediakan.
1.7 Berdasarkan rajah di bawah, tentukan parameter yang mewakili proses, pembolehubah dinamik
dan penyuaitepat.

masukan
Kaca
penglihatan
keluaran
Tinggi
paras
cecair, T

injap
keluaran

1.8

Nyatakan dan terangkan dengan ringkas tiga istilah penting yang digunakan dalam pengawalan.

1.9

Nyatakan tujuan gambarajah blok.

1.10

Lukiskan gambarajah blok kawalan proses yang mengandungi pengawal, proses, sukatan,
masukan, keluaran dan ralat.

1.11

Berdasarkan gambarajah dibawah huraikan proses kawalan yang berlaku serta lukiskan
gambarajah blok bagi sistem tersebut

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 17

_______________________________________________________________________________

MAKLUM BALAS

Injap pneumatik

pengawal

masukan
pelampong

keluaran

1.7

i. Proses - cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran.
ii. Pembolehubah dinamik – tinggi paras cecair, T
iii. Penyuaitepatan – kotak kaca penglihatan

1.8

a. Sukatan – merupakan pembolehubah dinamik yang diukur dan dibandingkan dengan
titik set.
b. Penilaian – mengandungi satu perbandingan di antara titik set dengan nilai yang diukur.
c. Elemen kawalan – mempunyai tujuan untuk menetapkan perubahan yang berlaku dan
mengembalikan nilai pembolehubah ke titik set.

AKTIVITI 1e
1.9

i. Untuk membolehkan sistem kawalan proses boleh dianalisa sebagai suatu interaksi di
antara sistem-sistem yang lebih kecil dan mudah.
ii. Untuk memudahkan rekaan sistem-sistem kecil (subsistem) bila ciri keseluruhan sistem
diketahui.

1.10

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 18

_______________________________________________________________________________
masukan

Isyarat
ralat (e)

Keluaran
Pengawal

Proses

Sukatan

1.11

Dalam sistem di atas pengawal akan mengimbangkan paras cecair dalam tangki dengan
membandingkan paras cecair tersebut dengan masukan dan membetulkan sebarang ralat dengan
mengawal bukaan injap pneumatik.

Berikut adalah gambarajah blok bagi pengawal tersebut:

Nilai
seben
ar

Nilai dikehendaki
Pengawal

Injap pneumatik
Injap pneumatik

Air tangki

Pelampung

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 19

_______________________________________________________________________________

INPUT

1.7

KAWALAN PROSES GELUNG TERBUKA DAN GELUNG TERTUTUP

Pengkajian yang dilakukan di dalam bidang kejuruteraan kawalan membolehkan sistem kawalan
diklasifikasikan kepada dua.
a. Sistem kawalan gelung terbuka
b. Sistem Kawalan gelung tertutup
Sistem Kawalan Gelung Buka. Sistem di mana keluarannya tidak memberikan kesan ke atas tindakan
kawalan di namakan sistem kawalan gelung buka. Dengan lain perkataan, tindakan kawalan bagi sesuatu
sistem tidak bergantung kepada keluarannya.

masukan

SISTEM

keluaran

Sistem Kawalan Gelung Tertutup. Sistem kawalan suapbalik seringkali dirujuk sebagai sistem kawalan
gelung tertutup. Dalam keadaan praktik, istilah kawalan suapbalik dan kawalan gelung tertutup sering
digunakan bertukar ganti.

pembanding
masukan

i.

keluaran

E(s)

+

SISTEM

-

Gelung suapbalik

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 20

_______________________________________________________________________________
Terdapat DUA (2) jenis gelung suapbalik iaitu:
i.

Suapbalik positif

ii.

Suapbalik negatif

Contoh : Gambarajah blok sebuah sistem gelung tertutup suapbalik negatif.

pembanding
masukan

keluaran

E(s)

+

R(s)

G(s)

C(s)

H(s)
Gambarajah blok sebuah gelung kawalan proses

Keluaran C(s) didapati dengan mendarab masukan ,E(s) dengan G(s). Manakala E(s) didapati dengan
mendapatkan perbezaan di antara masukan, R(s) dengan hasil darab keluaran dan gandaan tetap, H(s).

C(s) = E(s) G(s) …………………… (i)
E(s) = R(s) – C(s)H(s)………………. (ii)
Masukan (ii) ke dalam (i)
C(s) = [R(s) – C(s) H(s) ]G(s)
C(s) = R(s)G(s) – C(s) H(s) G(s)
C(s)[ 1 + H(s) G(s)] = R(s) G(s)
C(s)
R(s)

=

G(s)
1 + H(s) G(s)

C(s)/R(s) adalah fungsi pemindahan sistem gelung tertutup dengan suapbalik negatif.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 21

_______________________________________________________________________________
Contoh: Gambarajah 1.4.1 menunjukkan gambarajah skematik sebuah sistem kawalan suhu automatik.
Lukiskan gambarajah bloknya.

Titik set

Pengawal

masukan

keluaran

jangkasuhu

pemanas

GAMBARAJAH 1.4.1
Untuk mendapatkan gambarajah blok;
Pertama kita mesti mengetahui pembolehubah dinamik sistem misalnya, bagi proses di atas ialah suhu.
Suhu disukat oleh jangkasuhu rintangan dan nilainya diubahsuai oleh tranducer kepada nilai rintangan.
Nilai rintangan ini dimasukkan ke titik perbandingan. Kemudian nilai rintangan titik set dan nilai yang
disukat dibandingkan. Perbezaan yang didapati dari bandingan ini dinamakan isyarat ralat. Isyarat ralat
disampaikan ke pengawal yang menentukan tindakan elemen kawalan terakhir iaitu pemanas. Pemanas
akan mengawal suhu cecair mengikut isyarat yang diterima dari pengawal suhu.

Keluaran
Tranducer

STS

Pengawal

Proses

Sukatan

Gambarajah blok bagi sistem kawalan automatik
Nota: Mulai sekarang apabila istilah pembolehubah digunakan, ia akan membawa erti pembolehubah
dinamik dan istilah ralat akan membawa erti isyarat ralat.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 22

_______________________________________________________________________________

AKTIVITI

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke INPUT selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan.
1.12

Item ini terdiri daripada peralatan yang digunakan seharian. Sila nyatakan samada peralatan
tersebut menggunakan sistem kawalan gelung terbuka atau gelung tertutup.
1.
2.

Mesin basuh

3.

Pembakar roti

4.

Seterika elektrik

5.

Pendingan udara

6.

Pam tandas

7.

Sistem kawalan kapalterbang

8.

Pendarat kapalterbang secara automatik

9.

1.13

Cerek elektrik

kawalan radar dan meriam

Buktikan nisbah keluaran terhadap masukan bagi gambarajah blok di bawah adalah

J(s)
T(s)

=

G(s)
1 – G(s)H(s)
pembanding
masukan

T(s)

keluaran

E(s)

+

G(s)

J(s)

H(s)

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 23

_______________________________________________________________________________
1.14

Gambarajah dibawah menunjukkan gambarajah blok bagi sistem bersuapbalik negatif. Labelkan
isyarat masukan (r), isyarat ralat (e), isyarat keluaran (c) , isyarat suapbalik (b) dan G dan H adalah
gandaan tetap.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 24

_______________________________________________________________________________

MAKLUM BALAS

1.12
1.

Gelung terbuka

2.

Gelung terbuka

3.

Gelung terbuka

4.

Gelung terbuka

5.

Gelung tertutup

6.

Gelung tertutup

7.

Gelung tertutup

8.

Gelung tertutup

9.

Gelung tertutup

1.13
J(s) = E(s) G(s) …………………… (i)
E(s) = R(s) – J(s)H(s)………………. (ii)
Masukan (ii) ke dalam (i)
J(s) = [T(s) – J(s) H(s) ]G(s)
J(s) = T(s)G(s) – J(s) H(s) G(s)
J(s)[ 1 + H(s) G(s)] = T(s) G(s)
J(s)
T(s)

=

G(s)
1 + H(s) G(s)

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 25

_______________________________________________________________________________

INPUT
1.8 SISTEM KAWALAN AUTOMATIK
Sistem kawalan automatik ialah satu sistem kawalan di mana nilai pembolehubah yang dikawal seperti
suhu, tekanan, kadar aliran, paras dan lain-lain dibandingkan dengan nilai titik set pembolehubah.
Kemudian gerakan pembetulan diambil supaya ralat dikecilkan. Dalam keseluruhan sistem ini manusia
tidak campur tangan. Semua sistem kawalan automatik adalah sistem gelung tertutup yang mempunyai
suapbalik (feedback).
Kegunaan sistem kawalan automatik semakin meluas di dalam industri dan mempunyai banyak kebaikan.
Di antaranya ialah:
I.

Mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan bilangan pekerja.

II. Menghasilkan keluaran yang bermutu tetap.
III. Meninggikan kadar pengeluaran dan kecekapan.
IV. Boleh digunakan di tempat yang merbahaya dan yang tidak boleh dicapai oleh
manusia seperti di dasar laut, planet dan sebagainya.
V. Komputermikro yang murah boleh digunakan dalam pross kawalan automatik.
VI. Memberikan kesenangan serta kemudahan kepada manusia seperti mesin basuh
automatik, penghawa dingin dan lain-lain.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 26

_______________________________________________________________________________

AKTIVITI

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke INPUT selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan.

1.15

Berikan difinisi sistem kawalan automatik.

1.16

Nyatakan kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik.

1.17

Senaraikan EMPAT (4) sistem kawalan automatik yang digunakan didalam sektor perindustrian.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 27

_______________________________________________________________________________

MAKLUM BALAS

1.15

Sistem kawalan automatik ialah satu sistem kawalan di mana nilai pembolehubah yang
dikawal seperti suhu, tekanan, kadar aliran, paras dan lain-lain dibandingkan dengan nilai
titik set pembolehubah.

1.16

Kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik

1
2
3

KEBAIKAN
Mengurangkan kos pengeluaran dengan

KEBURUKAN
Mengurangkan peluang pekerjaan kepada

mengurangkan bilangan pekerja.
Menghasilkan keluaran yang bermutu

manusia.

tetap.
Meninggikan kadar pengeluaraan dan

Kos penyelenggaraan yang tinggi.

kecekapan.

1.17
1. pengawalan mutu barang-barang buatan kilang
2. pengautomatan
3. pengawalan sistem memesin
4. sistem berkomputer
5. sistem pengangkutan
6. teknologi moden bagi angkasa
7. sistem senjata moden
8. robotik
9. sistem pembuatan

PENILAIAN
KENDIRI

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 28

_______________________________________________________________________________

ANDA telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang
dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga BERJAYA!!!.
Arahan : Jawab semua soalan
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Kawalan Suapbalik?

2.

Nyatakan 2 (DUA) jenis Sistem Kawalan Suapbalik.

3.

Dengan bantuan gambarajah, lukis dan labelkan gambarajah blok sistem kawalan suapbalik positif
dan sistem kawalan suapbalik negatif

R(s)

+
_

_

G1(s)

C(s)

H1(s)

H2(s)
4

Dapatkan rangkap pindah keseluruhan bagi gambarajah blok di atas dengan menggunakan teknik
pengurangan rajah blok.

_______________________________________________________________________________________________
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 29

_______________________________________________________________________________

MAKLUM BALAS
KENDIRI
1.

Sistem kawalan suapbalik ialah suatu sistem di mana keluarannya akan disuapbalik bagi tujuan
perbandingan jika terdapat sebarang perubahan pada prosesnya.

2.

i. Gelung tertutup
ii. Gelung terbuka.

3

pembanding
masukan

keluaran

E(s)

+

R(s)

C(s)

PROSES

+
SUAPBALIK
Gambarajah blok suapbalik positif

pembanding
masukan

keluaran

E(s)

+

R(s)

C(s)

PROSES

SUAPBALIK
Gambarajah blok suapbalik positif

4.

R(s)

G1H1

C(s)

1 + G H1 H2
C(s) / R(s) = G1H1 / (1 + G H1 H2)

_______________________________________________________________________________________________

More Related Content

What's hot

Jenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaJenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaRaz Garai
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanPeterus Balan
 
Litar kawalan pendawaian satu fasa
Litar kawalan pendawaian satu fasaLitar kawalan pendawaian satu fasa
Litar kawalan pendawaian satu fasazulKefli1
 
Teknologi sensor
Teknologi sensorTeknologi sensor
Teknologi sensornia249
 
Penyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganPenyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganWan Shah
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelmrqiff12
 
Nota plc
Nota plcNota plc
Nota plcMirzan
 
Asas Sistem pneumatik -123
Asas Sistem pneumatik -123Asas Sistem pneumatik -123
Asas Sistem pneumatik -123KEN KEN
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektroniksaifuladlihjyusoff
 
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa TunggalLnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa TunggalBadrolhisam Jaafar
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2Ziana J
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motorEncik Mirul
 
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponenErli Asila Alias
 
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel keselamatan bengkel
keselamatan bengkel qulai
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatanshrim shaharin
 

What's hot (20)

Jenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaJenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinya
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalan
 
Litar kawalan pendawaian satu fasa
Litar kawalan pendawaian satu fasaLitar kawalan pendawaian satu fasa
Litar kawalan pendawaian satu fasa
 
Modul 1 talisawat
Modul 1 talisawatModul 1 talisawat
Modul 1 talisawat
 
Motor dc
Motor dcMotor dc
Motor dc
 
Teknologi sensor
Teknologi sensorTeknologi sensor
Teknologi sensor
 
Penyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan TanganPenyenggaraan Alatan Tangan
Penyenggaraan Alatan Tangan
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkel
 
Nota plc
Nota plcNota plc
Nota plc
 
Preventive (tahap 2)
Preventive (tahap 2)Preventive (tahap 2)
Preventive (tahap 2)
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Asas Sistem pneumatik -123
Asas Sistem pneumatik -123Asas Sistem pneumatik -123
Asas Sistem pneumatik -123
 
motor dc
motor dcmotor dc
motor dc
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
 
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa TunggalLnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motor
 
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
 
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 

Similar to E4141 sistem kawalan 1 unit1

E4141 sistem kawalan 1 unit2
E4141 sistem kawalan 1 unit2E4141 sistem kawalan 1 unit2
E4141 sistem kawalan 1 unit2Asraf Malik
 
Workshop equipment
Workshop equipmentWorkshop equipment
Workshop equipmenthapizaf
 
07.02 traubleshoot
07.02 traubleshoot07.02 traubleshoot
07.02 traubleshootEyfa Nazifah
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE Akilan36
 
Kertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusKertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusSaidin Dahalan
 

Similar to E4141 sistem kawalan 1 unit1 (6)

E4141 sistem kawalan 1 unit2
E4141 sistem kawalan 1 unit2E4141 sistem kawalan 1 unit2
E4141 sistem kawalan 1 unit2
 
Workshop equipment
Workshop equipmentWorkshop equipment
Workshop equipment
 
07.02 traubleshoot
07.02 traubleshoot07.02 traubleshoot
07.02 traubleshoot
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
 
8. test instrument
8. test instrument8. test instrument
8. test instrument
 
Kertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusKertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terus
 

More from Asraf Malik

JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5Asraf Malik
 
Mechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and MaintenanceMechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and MaintenanceAsraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1Asraf Malik
 
Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Asraf Malik
 
Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Asraf Malik
 
Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Asraf Malik
 
Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Asraf Malik
 
Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Asraf Malik
 
Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Asraf Malik
 
Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4Asraf Malik
 
JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3Asraf Malik
 

More from Asraf Malik (20)

JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6
 
JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5
 
Mechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and MaintenanceMechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and Maintenance
 
JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4
 
JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3
 
JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2
 
JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1
 
Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Basic Control System unit6
Basic Control System unit6
 
Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Basic Control System unit5
Basic Control System unit5
 
Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Basic Control System unit4
Basic Control System unit4
 
Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Basic Control System unit3
Basic Control System unit3
 
Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Basic Control System unit2
Basic Control System unit2
 
Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Basic Control System unit1
Basic Control System unit1
 
Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Basic Control System unit0
Basic Control System unit0
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
 
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
 
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
 
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
 
JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3
 

E4141 sistem kawalan 1 unit1

  • 1. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 1 _______________________________________________________________________________ OBJEKTI Objektif Am : Mengenali istilah-istilah umum yang digunakan di dalam kawalan proses Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:  Menakrifkan pemboleh ubah yang digunakan dalam kawalan proses  Menyatakan tujuan suatu sistem diwakili dengan gambarajah blok  Melukis gambarajah blok elemen-elemen asas kawalan proses  Membezakan sistem kawalan gelung tertutup dan terbuka  Mengenalpasti gelung suapbalik positif dan negatif  Menyenaraikan kebaikan dan keburukan di antara sistem kawalan gelung terbuka dan sistem kawalan gelung tertutup  Memberi takrifan sistem kawalan automatik  Menyenaraikan kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik _______________________________________________________________________________________________
  • 2. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 2 _______________________________________________________________________________ INPUT 1.0 PENGENALAN Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan berbagai proses semulajadi alam seperti hujan, angin, suhu, tekanan dan lain-lain lagi. Kejadian seperti ini terjadi dengan sendiri dan prosesnya dikatakan proses lazim. Daripada kejadian seperti ini manusia mula berfikir serta berminat untuk mengawal dan menyuai tepat parameter-parameter ini untuk kebaikan mereka. Hasilnya beberapa proses yang berguna seperti yang terdapat sehingga ke hari ini. Proses kawalan moden telah menjadi satu bidang teknologi yang berasingan apabila diketahui bahawa prinsip-prinsip dan teknik-teknik kawalan boleh digunakan di dalam proses-proses pengilangan. Seperti bidang kejuruteraan yang lain, banyak kejayaan baru dari segi teknikal telah dicapai. Teori-teori baru telah dicipta dan pengetahuan ini sangat berguna supaya lebih ramai pakar dalam bidang ini dapat dilahirkan. Jurutera kawalan proses bertugas untuk merekabentuk keseluruhan sistem kawalan proses. Pengetahuan yang mendalam mengenai ciri-ciri pengawal, ciri-ciri gelung kawalan dan kestabilan proses diperlukan. Ahli teknologi kawalan pula bertugas merekabentuk elemen-elemen tertentu dalam gelung kawalan supaya keluaran proses yang dikehendaki tercapai. Pengetahuan yang mendalam tentang pengukuran, sistem pneumatik, elektrik, elektronik dan rekabentuk adalah diperlukan. Manakala seorang juruteknik kawalan proses pula bertanggungjawab untuk memasang dan menguji elemen-elemen gelung kawalan proses. Dengan itu pengetahuan tentang cara kerja proses secara keseluruhan, pendawaian, elektronik, pneumatik dan alat bengkel adalah perlu. Kegunaan sistem kawalan automatik di dalam industri memerlukan ramai orang yang mahir di dalam bidang-bidang yang disebutkan seperti jurutera kawalan, ahli teknologi dan juga juruteknik. _______________________________________________________________________________________________
  • 3. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 3 _______________________________________________________________________________ SISTEM KAWALAN ELEKTRIK,PNEUMATIK DAN HIDRAULIK 1.1KAWALAN ELEKTRIK Hukum asas yang menguasai litar elektrik ialah hukum arus dan hukum voltan Kirchoff. Hukum arus Kirchoff, (hukum nod) menyatakan bahawa jumlah aljabar semua arus yang memasuki dan meninggalkan nod adalah sifar. Hukum voltan Kirchoff, (hukum gelung) menyatakan pada mana-mana ketika jumlah aljabar voltan di keliling sebarang gelung dalam litar elektrik adalah sifar. Model matematik litar elektrik boleh diperolehi dengan mengenakan satu atau kedua-dua hukum Kirchoff terhadapnya. Pengkajian terhadap sistem kawalan elektrik melibatkan perintang, pemuat, pearuh dan penguat kendalian. Contoh 1.1 (a) Litar L-R-C (b) Galangan kompleks L R C ei eo (a) Litar L-R-C Z1 Z2 Z1 ei e1 Z2 eo e2 e (b) i. Galangan kompleks (b) ii. Galangan kompleks _______________________________________________________________________________________________
  • 4. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 4 _______________________________________________________________________________ 1.2KAWALAN PNEUMATIK Sebagai bahantara paling cekap untuk menghantar isyarat dan kuasa, bendalir sama ada cecair atau gas, mempunyai penggunaan yang meluas dalam perusahaan. Dalam bidang kejuruteraan, istilah pneumatik memerihal sistem bendalir yang yang menggunakan udara atau gas manakala hidraulik merujuk kepada yang menggunakan minyak. SISTEM KAWALAN PNEUMATIK Pneumatik adalah sistem yang digerakkan dengan menggunakan media udara bertekanan. Perkembangan teknologi yang berterusan telah menyaksikan pembangunan yang drastik dalam sistem kawalan pneumatik tekanan rendah bagi sistem kawalan perusahaan. Di antara sebabnya termasuklah ciri tahan letupan, kepermudahan dan mudah senggaraan. Hari ini, perancangan dan pembangunannya dalam bidang automasi membolehkan sistem ini beroperasi untuk menggantikan kerja manusia. PENGGUNAAN SISTEM PNEUMATIK i. Proses perindustrian ii. Sistem kawalan kedudukan dan kelajuan iii. Sistem brek kenderaan, hon dan hentakan iv. Sistem penyemburan air, lift dan pintu automatik. KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM PNEUMATIK 1 Kebaikan Bekalan udara yang tidak terputus-putus 2 3 Pengaruh suhu ke atas kelikatan udara amat kecil Tidak memerlukan saluran balik seperti hidraulik. 4 Keburukan Tidak dapat berperanan sebagai pelincir Udara dibebaskan ke atmosfera selepas digunakan Sistem ini bersih terhadap bahagian-bahagian yang bergerak. Mempunyai ciri masa lengah yang panjang. 1.3KAWALAN HIDRAULIK Udara termampat jarang digunakan bagi kawalan berterusan pergerakan peranti yang mempunyai jisim yang berkasar disebabkan oleh daya beban dari luar, kecuali untuk pengawal pneumatik bertekanan rendah. Bagi kes sebegini sistem pengawal hidraulik biasanya lebih disukai. Dalam bidang kejuruteraan, istilah hidraulik memerihal sistem bendalir yang menggunakan minyak. _______________________________________________________________________________________________
  • 5. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 5 _______________________________________________________________________________ SISTEM KAWALAN HIDRAULIK Penggunaan meluas litar hidraulik dalam perkakas mesin, sistem kawalan pesawat udara dan pengendalian yang serupa berlaku kerana faktor seperti kepositifan, kejituan, kebolehlenturan, nisbah kuasa kuda berat yang tinggi permulaan cepat, menghenti dan balikan yang lancar dan tepat dan kepermudahkendalian. Gabungan sistem elektronik dan hidraulik digunakan dengan meluas kerana ia menggabungkan kebaikan kedua-dua kawalan elektronik dan kuasa hidraulik. PENGGUNAAN SISTEM HIDRAULIK i. Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan ii. Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar iii. Sistem kawalan mesin KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM HIDRAULIK 1 Kebaikan Bendalir hidraulik bertindak sebagai pelicin, Keburukan Kuasa hidraulik tidak mudah terdapat 2 sebagai tambahan pembawa haba yang sesuai Penggerak hidraulik bersaiz kecil tetapi boleh berbanding dengan kuasa elektrik Kos sistem hidraulik lebih tinggi berbanding 3 membina daya atau kilas yang besar Pengerak hidraulik mempunyai laju tindak sistem elektrik untuk fungsi yang serupa Kebakaran dan bahaya letupan melainkan balas yang lebih tinggi dengan mula, henti dan penggunaan bendalir api digunakan balikan laju yang pantas Penggerak hidraulik boleh dikendalikan dalam Minyak tercemar boleh menyebabkan sistem keadaan berterusan, terputus-putus, membalik hidraulik tidak boleh berfungsi dengan baik dan bertegun tanpa rosak Laju jatuh apabila beban dikenakan adalah Sistem ini mudah menjadi serabut kerana kecil memandangkan bocoran yang rendah kesukaran dalam menyenggara sistem dalam penggerak hidraulik yang bebas dari kebocoran 4 5 AKTIVITI _______________________________________________________________________________________________
  • 6. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 6 _______________________________________________________________________________ Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. 1.1 Nyatakan hukum-hukum asas yang terdapat dalam sistem elektrik? 1.2 Apakah tiga komponen utama dalam sistem elektrik dan lukiskan simbol-simbol yang 1.3 Penggunaan meluas dalam perkakasan mesin dan sistem kawalan pesawat udara disebabkan oleh faktor kejituan, kebolehlenturan, dan nisbah kuasa kuda berat yang tinggi. Nyatakan sistem kawalan yang dijelaskan oleh penyataan tersebut. 1.4 Senaraikan penggunaan sistem kawalan pneumatik dan sistem kawalan hidraulik secara praktik. 1.5 Nyatakan satu (1) perbezaan utama di antara sistem kawalan pneumatik dan sistem kawalan hidraulik. MAKLUM BALAS _______________________________________________________________________________________________
  • 7. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 7 _______________________________________________________________________________ 1. 1 Hukum Kirchoff arus dan hukum Kirchoff voltan 1.2 i. ii. iii. Perintang Pemuat Pearuh 1.3 Sistem kawalan hidraulik. 1.4 Penggunaan sistem pneumatik i. Proses perindustrian ii. Sistem kawalan kedudukan dan kelajuan iii. Sistem brek kenderaan, hon dan hentakan iv. Sistem penyemburan air, lift dan pintu automatik. Penggunaan Sistem Hidraulik i. ii. Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar iii. 1.5 Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan Sistem kawalan mesin Sistem pneumatik menggunakan medium udara bertekanan dan sistem hidraulik menggunakan minyak. INPUT _______________________________________________________________________________________________
  • 8. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 8 _______________________________________________________________________________ 1.4 ISTILAH-ISTILAH UMUM KAWALAN PROSES Di dalam bahagian ini kita akan memberi tumpuan terhadap istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kawalan proses. Sistem kawalan suapbalik. Sistem kawalan suapbalik merupakan sebuah sistem di mana keluaran sentiasa dibandingkan dengan titik set masukan dan perbezaan di antara nilai tersebut dijadikan asas untuk kawalan. Sistem kawalan servo. Sistem kawalan servo merupakan sebuah sistem kawalan suapbalik di mana keluarannya adalah kedudukan, halaju atau pecutan. Sistem kawalan proses. Sistem kawalan proses merupakan sebuah sistem penyuaitepatan (kawalan automatik) di mana pembolehubah keluarannya berupa suhu, tekanan, aliran, paras, nilai pH atau sebagainya. Proses. Proses adalah suatu saling tindak yang komplek yang mengandungi aksi dan reaksi mengikut aturcara yang tertentu. Pembolehubah. Pembolehubah ialah sebarang parameter fisikal seperrti suhu, tekanan, paras, kadar aliran dan sebagainya. Pemboleubah dinamik. Pembolehubah dinamik ialah sebarang parameter fisikal yang boleh berubah nilainya secara spontan atau melalui pengaruh luar. Penyuaitepatan. Penyuaitepatan adalah suatu operasi untuk menetapkan berbagai nilai pembolehubah dinamik kepada nilai yang dikehendaki atau berhampirannay. Proses pembolehubah tunggal. Proses pembolehubah tunggal proses yang mempunyai satu pembolehubah sahaja. Proses pembolehubah majmuk. Proses pembolehubah majmuk adalah proses yang mengandungi lebih dari satu pembolehubah. _______________________________________________________________________________________________
  • 9. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 9 _______________________________________________________________________________ Kawalan proses. Kawalan proses merupakan suatu tindakbalas fisikal di dalam satu proses di mana satu masukan (bahan mentah) boleh menghasilkan beberapa keluaran yang ditetapkan. Kawalan proses lazim. Kawalan proses lazim adalah suatu operasi yang menyuaitepat berbagai ciri fisikal yang berlaku dengan sendiri. Contohnya ialah penyuaitepatan suhu dalam badan, perjalanan darah dalam badan, sistem perpeluhan dan sebagainya. AKTIVITI _______________________________________________________________________________________________
  • 10. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 10 _______________________________________________________________________________ Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya. 1. 6 Dalam lajur 1 terdapat takrifan-takrifan yang terdapat dalam kawalan proses. Lajur 2 ialah pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan takrifan tersebut. Padankan butiran dalam lajur 2 ke dalam ruang-ruang kosong dalam lajur 1. Setiap istilah boleh digunakan sekali atau tidak digunakan langsung. Lajur 1 Lajur 2 Parameter fisikal yang boleh A Kawalan suapbalik berubah secara spotan. B Proses Nilai pembolehubah yang dikehendaki dalam suatu proses. C Pembolehubah dinamik Perbezaan antara nilai diukur dengan D Sistem servo nilai titik set. E Ralat Sistem kawalan suapbalik di mana keluarannnya adalah halaju sdan pecutan. F Gangguan Keluarannya dibandingkan dengan titik set H Titik set dan dijadikan asas kawalan. MAKLUM BALAS _______________________________________________________________________________________________
  • 11. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 11 _______________________________________________________________________________ 1.6 C H E D A INPUT _______________________________________________________________________________________________
  • 12. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 12 _______________________________________________________________________________ 1.5 ELEMEN-ELEMEN ASAS DALAM KAWALAN PROSES Di dalam bahagian ini anda akan di dedahkan kepada contoh-contoh yang berkaitan dengan sistem kawalan proses. masukan Kaca penglihatan keluaran Tinggi paras cecair, T injap keluaran Gambarajah di atas menunjukkan seorang operator mengawal kadar aliran cecair keluaran dengan membuka atau menutup injap dan pada ketika yang sama memerhatikan paras cecair di dalam tangki melalui kaca penglihatan. Cecair di dalam tangki tersebut masuk melalui paip masuk. Dalam kawalan sistem ini: I. Proses ialah kombinasi cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran. II. Pembolehubah dinamik ialah paras di dalam tangki. III. Penyuaitepatan ialah penentuan paras cecair pada satu nilai yang dikehendaki. Jika pada satu ketinggian, T, injap keluaran dilaraskan supaya kadar aliran keluaran sama dengan kadar aliran masukan dan keadaan ini berterusan, ketinggian paras, T tidak berubah. Apabila gangguan berlaku kepada aliran masukan di mana aliran masukan melebihi aliran keluaran, paras cecair akan meningkat. Sekiranya tidak ada operator untuk mengawal injap supaya paras dikembalikan ke nilai T, air akan terus melimpah keluar. Sistem ini dinamakan Sistem Gelung Terbuka. Jika ada operator untuk mengawal injap keluaran supaya ketinggian paras dikembalikan pada nilai T, maka keadaan adalah terkawal. Ini kerana operator menyuapbalik maklumat paras melalui pemerhatian dan _______________________________________________________________________________________________
  • 13. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 13 _______________________________________________________________________________ kemudian mengambil kira perbezaan paras untuk bertindak (mengawal). Sistem ini dipanggil Sistem Gelung Tertutup. Semua sistem gelung tertutup mempunyai suapbalik. Dalam hal ini terdapat tiga istilah penting yang digunakan untuk pengawalan : a. Sukatan b. Penilaian c. Elemen Kawalan Gambarajah berikut menjelaskan susunatur untuk ketiga-tiga istilah dalam suatu proses. a. SUKATAN Pembolehubah dinamik disukat supaya nilainya dapat dibandingkan dengan nilai titik set. Nilai sukatan adalah dalam voltan, arus, tekanan dan sebagainya. Selalunya suatu tranducer digunakan untuk sukatan awal dan sukatan ini ditukarkan kepada isyarat-isyarat tentuan (signal conditioning) b. PENILAIAN Sukatan diteliti untuk menentukan tindakan jika perlu. Penelitian ini dilakukan oleh pengawal yang memproses isyarat pneumatik, elektronik atau menggunakan komputer. Penilaian mengandungi satu perbandingan antara nilai titik set dengan nilai yang disukat dan kemudiannya mengeluarkan tindakan supaya nilai pembolehubah dapat dikembalikan ke titik set. c. ELEMEN KAWALAN Elemen yang terakhir dalam gelung kawalan ialah elemen kawalan terakhir (final control element) yang bertujuan untuk menetapkan perubahan yang dikehendaki supaya nilai pembolehubah dikembalikan ke _______________________________________________________________________________________________
  • 14. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 14 _______________________________________________________________________________ titik set. Elemen ini menerima isyarat masukan dari pengawal dan isyarat ini diubahsuai kepada gerakan yang dikehendaki dalam proses. Contoh ialah alat pemanas, injap, alat pembesar, motor dan lain-lain lagi. 1.6GAMBARAJAH BLOK ELEMEN-ELEMEN ASAS KAWALAN PROSES Untuk memudahkan analisa kawalan proses selalunya elemen-elemen di dalam gelung kawalan digambarkan sebagai satu blok. Gambarajah blok ialah perwakilan bergambar fungsi yang dilakukan oleh setiap komponen dan aliran isyarat. Ianya bertujuan untuk memudahkan sistem dianalisa sebagai suatu interaksi di antara system-sistem yang lebih kecil dan memudahkan rekaan sistem-sistem kecil apabila ciri keseluruhan sistem diketahui. Gambarajah blok di bawah menerangkan gelung kawalan proses yang mengandungi elemen asas seperti pengawal elemen kawalan terakhir, proses dan sukatan. masukan Isyarat ralat (e) keluaran Pengawal Proses Sukatan Gambarajah blok sebuah gelung kawalan proses Masukan / Rujukan: Isyarat yang disuap kepada sistem dan dikenali juga sebagai rujukan atau titik set. Isyarat Ralat: Perbezaaan di antara isyarat masukan dan isyarat suapbalik / keluaran. Pengawal: Peranti yang mengawal proses sesuatu sistem dan bertindak terhadap isyarat ralat untuk mengurangkan ralat bagi mengeluarkan keluaran seperti yang dikehendaki. Proses: Satu proses yang berterusan yang terdiri daripada pergerakan-pergerakan yang dikawal secara sistematik untuk menghasilkan keputusan yang tertentu. Keluaran: Biasanya terdiri daripada pembolehubah seperti suhu, tekanan, halaju dan lain-lain. Elemen Pengukuran / Sukatan: Peranti yang digunakan untuk mengukur isyarat keluaran. _______________________________________________________________________________________________
  • 15. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 15 _______________________________________________________________________________ PERBEZAAN ANTARA SISTEM KAWALAN GELUNG TERBUKA DAN GELUNG TERTUTUP Sistem Kawalan Gelung Buka 1 2 3 Sistemnya mudah Ketepatannya ditentukan dengan penentukuran (calibration) elemennya Sistem tidak mempunyai masalah dengan ketidakseimbangan Sistem Kawalan Gelung Tertutup Pembinannya lebih komnplek Ketepatannya lebih tinggi Ketidak linearan dapat dikurangkan PENGGUNAAN SISTEM a) Gelung terbuka I. Mesin basuh II. pemanas III. Lampu dll b) Gelung tertutup i. lampu trafik ii. Pendingin udara iii. saterika _______________________________________________________________________________________________
  • 16. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 16 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada yang disediakan. 1.7 Berdasarkan rajah di bawah, tentukan parameter yang mewakili proses, pembolehubah dinamik dan penyuaitepat. masukan Kaca penglihatan keluaran Tinggi paras cecair, T injap keluaran 1.8 Nyatakan dan terangkan dengan ringkas tiga istilah penting yang digunakan dalam pengawalan. 1.9 Nyatakan tujuan gambarajah blok. 1.10 Lukiskan gambarajah blok kawalan proses yang mengandungi pengawal, proses, sukatan, masukan, keluaran dan ralat. 1.11 Berdasarkan gambarajah dibawah huraikan proses kawalan yang berlaku serta lukiskan gambarajah blok bagi sistem tersebut _______________________________________________________________________________________________
  • 17. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 17 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS Injap pneumatik pengawal masukan pelampong keluaran 1.7 i. Proses - cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran. ii. Pembolehubah dinamik – tinggi paras cecair, T iii. Penyuaitepatan – kotak kaca penglihatan 1.8 a. Sukatan – merupakan pembolehubah dinamik yang diukur dan dibandingkan dengan titik set. b. Penilaian – mengandungi satu perbandingan di antara titik set dengan nilai yang diukur. c. Elemen kawalan – mempunyai tujuan untuk menetapkan perubahan yang berlaku dan mengembalikan nilai pembolehubah ke titik set. AKTIVITI 1e 1.9 i. Untuk membolehkan sistem kawalan proses boleh dianalisa sebagai suatu interaksi di antara sistem-sistem yang lebih kecil dan mudah. ii. Untuk memudahkan rekaan sistem-sistem kecil (subsistem) bila ciri keseluruhan sistem diketahui. 1.10 _______________________________________________________________________________________________
  • 18. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 18 _______________________________________________________________________________ masukan Isyarat ralat (e) Keluaran Pengawal Proses Sukatan 1.11 Dalam sistem di atas pengawal akan mengimbangkan paras cecair dalam tangki dengan membandingkan paras cecair tersebut dengan masukan dan membetulkan sebarang ralat dengan mengawal bukaan injap pneumatik. Berikut adalah gambarajah blok bagi pengawal tersebut: Nilai seben ar Nilai dikehendaki Pengawal Injap pneumatik Injap pneumatik Air tangki Pelampung _______________________________________________________________________________________________
  • 19. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 19 _______________________________________________________________________________ INPUT 1.7 KAWALAN PROSES GELUNG TERBUKA DAN GELUNG TERTUTUP Pengkajian yang dilakukan di dalam bidang kejuruteraan kawalan membolehkan sistem kawalan diklasifikasikan kepada dua. a. Sistem kawalan gelung terbuka b. Sistem Kawalan gelung tertutup Sistem Kawalan Gelung Buka. Sistem di mana keluarannya tidak memberikan kesan ke atas tindakan kawalan di namakan sistem kawalan gelung buka. Dengan lain perkataan, tindakan kawalan bagi sesuatu sistem tidak bergantung kepada keluarannya. masukan SISTEM keluaran Sistem Kawalan Gelung Tertutup. Sistem kawalan suapbalik seringkali dirujuk sebagai sistem kawalan gelung tertutup. Dalam keadaan praktik, istilah kawalan suapbalik dan kawalan gelung tertutup sering digunakan bertukar ganti. pembanding masukan i. keluaran E(s) + SISTEM - Gelung suapbalik _______________________________________________________________________________________________
  • 20. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 20 _______________________________________________________________________________ Terdapat DUA (2) jenis gelung suapbalik iaitu: i. Suapbalik positif ii. Suapbalik negatif Contoh : Gambarajah blok sebuah sistem gelung tertutup suapbalik negatif. pembanding masukan keluaran E(s) + R(s) G(s) C(s) H(s) Gambarajah blok sebuah gelung kawalan proses Keluaran C(s) didapati dengan mendarab masukan ,E(s) dengan G(s). Manakala E(s) didapati dengan mendapatkan perbezaan di antara masukan, R(s) dengan hasil darab keluaran dan gandaan tetap, H(s). C(s) = E(s) G(s) …………………… (i) E(s) = R(s) – C(s)H(s)………………. (ii) Masukan (ii) ke dalam (i) C(s) = [R(s) – C(s) H(s) ]G(s) C(s) = R(s)G(s) – C(s) H(s) G(s) C(s)[ 1 + H(s) G(s)] = R(s) G(s) C(s) R(s) = G(s) 1 + H(s) G(s) C(s)/R(s) adalah fungsi pemindahan sistem gelung tertutup dengan suapbalik negatif. _______________________________________________________________________________________________
  • 21. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 21 _______________________________________________________________________________ Contoh: Gambarajah 1.4.1 menunjukkan gambarajah skematik sebuah sistem kawalan suhu automatik. Lukiskan gambarajah bloknya. Titik set Pengawal masukan keluaran jangkasuhu pemanas GAMBARAJAH 1.4.1 Untuk mendapatkan gambarajah blok; Pertama kita mesti mengetahui pembolehubah dinamik sistem misalnya, bagi proses di atas ialah suhu. Suhu disukat oleh jangkasuhu rintangan dan nilainya diubahsuai oleh tranducer kepada nilai rintangan. Nilai rintangan ini dimasukkan ke titik perbandingan. Kemudian nilai rintangan titik set dan nilai yang disukat dibandingkan. Perbezaan yang didapati dari bandingan ini dinamakan isyarat ralat. Isyarat ralat disampaikan ke pengawal yang menentukan tindakan elemen kawalan terakhir iaitu pemanas. Pemanas akan mengawal suhu cecair mengikut isyarat yang diterima dari pengawal suhu. Keluaran Tranducer STS Pengawal Proses Sukatan Gambarajah blok bagi sistem kawalan automatik Nota: Mulai sekarang apabila istilah pembolehubah digunakan, ia akan membawa erti pembolehubah dinamik dan istilah ralat akan membawa erti isyarat ralat. _______________________________________________________________________________________________
  • 22. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 22 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke INPUT selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. 1.12 Item ini terdiri daripada peralatan yang digunakan seharian. Sila nyatakan samada peralatan tersebut menggunakan sistem kawalan gelung terbuka atau gelung tertutup. 1. 2. Mesin basuh 3. Pembakar roti 4. Seterika elektrik 5. Pendingan udara 6. Pam tandas 7. Sistem kawalan kapalterbang 8. Pendarat kapalterbang secara automatik 9. 1.13 Cerek elektrik kawalan radar dan meriam Buktikan nisbah keluaran terhadap masukan bagi gambarajah blok di bawah adalah J(s) T(s) = G(s) 1 – G(s)H(s) pembanding masukan T(s) keluaran E(s) + G(s) J(s) H(s) _______________________________________________________________________________________________
  • 23. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 23 _______________________________________________________________________________ 1.14 Gambarajah dibawah menunjukkan gambarajah blok bagi sistem bersuapbalik negatif. Labelkan isyarat masukan (r), isyarat ralat (e), isyarat keluaran (c) , isyarat suapbalik (b) dan G dan H adalah gandaan tetap. _______________________________________________________________________________________________
  • 24. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 24 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS 1.12 1. Gelung terbuka 2. Gelung terbuka 3. Gelung terbuka 4. Gelung terbuka 5. Gelung tertutup 6. Gelung tertutup 7. Gelung tertutup 8. Gelung tertutup 9. Gelung tertutup 1.13 J(s) = E(s) G(s) …………………… (i) E(s) = R(s) – J(s)H(s)………………. (ii) Masukan (ii) ke dalam (i) J(s) = [T(s) – J(s) H(s) ]G(s) J(s) = T(s)G(s) – J(s) H(s) G(s) J(s)[ 1 + H(s) G(s)] = T(s) G(s) J(s) T(s) = G(s) 1 + H(s) G(s) _______________________________________________________________________________________________
  • 25. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 25 _______________________________________________________________________________ INPUT 1.8 SISTEM KAWALAN AUTOMATIK Sistem kawalan automatik ialah satu sistem kawalan di mana nilai pembolehubah yang dikawal seperti suhu, tekanan, kadar aliran, paras dan lain-lain dibandingkan dengan nilai titik set pembolehubah. Kemudian gerakan pembetulan diambil supaya ralat dikecilkan. Dalam keseluruhan sistem ini manusia tidak campur tangan. Semua sistem kawalan automatik adalah sistem gelung tertutup yang mempunyai suapbalik (feedback). Kegunaan sistem kawalan automatik semakin meluas di dalam industri dan mempunyai banyak kebaikan. Di antaranya ialah: I. Mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan bilangan pekerja. II. Menghasilkan keluaran yang bermutu tetap. III. Meninggikan kadar pengeluaran dan kecekapan. IV. Boleh digunakan di tempat yang merbahaya dan yang tidak boleh dicapai oleh manusia seperti di dasar laut, planet dan sebagainya. V. Komputermikro yang murah boleh digunakan dalam pross kawalan automatik. VI. Memberikan kesenangan serta kemudahan kepada manusia seperti mesin basuh automatik, penghawa dingin dan lain-lain. _______________________________________________________________________________________________
  • 26. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 26 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke INPUT selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. 1.15 Berikan difinisi sistem kawalan automatik. 1.16 Nyatakan kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik. 1.17 Senaraikan EMPAT (4) sistem kawalan automatik yang digunakan didalam sektor perindustrian. _______________________________________________________________________________________________
  • 27. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 27 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS 1.15 Sistem kawalan automatik ialah satu sistem kawalan di mana nilai pembolehubah yang dikawal seperti suhu, tekanan, kadar aliran, paras dan lain-lain dibandingkan dengan nilai titik set pembolehubah. 1.16 Kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik 1 2 3 KEBAIKAN Mengurangkan kos pengeluaran dengan KEBURUKAN Mengurangkan peluang pekerjaan kepada mengurangkan bilangan pekerja. Menghasilkan keluaran yang bermutu manusia. tetap. Meninggikan kadar pengeluaraan dan Kos penyelenggaraan yang tinggi. kecekapan. 1.17 1. pengawalan mutu barang-barang buatan kilang 2. pengautomatan 3. pengawalan sistem memesin 4. sistem berkomputer 5. sistem pengangkutan 6. teknologi moden bagi angkasa 7. sistem senjata moden 8. robotik 9. sistem pembuatan PENILAIAN KENDIRI _______________________________________________________________________________________________
  • 28. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 28 _______________________________________________________________________________ ANDA telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga BERJAYA!!!. Arahan : Jawab semua soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Kawalan Suapbalik? 2. Nyatakan 2 (DUA) jenis Sistem Kawalan Suapbalik. 3. Dengan bantuan gambarajah, lukis dan labelkan gambarajah blok sistem kawalan suapbalik positif dan sistem kawalan suapbalik negatif R(s) + _ _ G1(s) C(s) H1(s) H2(s) 4 Dapatkan rangkap pindah keseluruhan bagi gambarajah blok di atas dengan menggunakan teknik pengurangan rajah blok. _______________________________________________________________________________________________
  • 29. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 29 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS KENDIRI 1. Sistem kawalan suapbalik ialah suatu sistem di mana keluarannya akan disuapbalik bagi tujuan perbandingan jika terdapat sebarang perubahan pada prosesnya. 2. i. Gelung tertutup ii. Gelung terbuka. 3 pembanding masukan keluaran E(s) + R(s) C(s) PROSES + SUAPBALIK Gambarajah blok suapbalik positif pembanding masukan keluaran E(s) + R(s) C(s) PROSES SUAPBALIK Gambarajah blok suapbalik positif 4. R(s) G1H1 C(s) 1 + G H1 H2 C(s) / R(s) = G1H1 / (1 + G H1 H2) _______________________________________________________________________________________________