Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Transformasi Pendidikan VokasionalPengenalan ;1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?Aliran teknikal dikhususkan kepad...
Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan bolehmemilih jurusan kemahiran seawal usia 13 ...
Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihanamali sejak dibangku sekolah akan membolehka...
pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasidengan mengubah Sekolah Menengah Vokasi...
Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinmerangkap Menteri Pelajaran menutup Perak Expo...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

7

Share

Download to read offline

Transformasi pendidikan vokasional

Download to read offline

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Transformasi pendidikan vokasional

  1. 1. Transformasi Pendidikan VokasionalPengenalan ;1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkatPenilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantumelahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan(pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).2. Apakah pula makna aliran vokasional?Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dansederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan(vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliranini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantuteknik.3. Maksud aliran kemahiran?Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendahtetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamatkursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursusaliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, KementerianSumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah denganSijil Kemahiran Malaysia (SKM).Transformasi Pendidikan VokasionalAPABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 makaaliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umumberanggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliranakademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jikadibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yangakan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkanpeperiksaan SPM.Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, TanSri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalamsistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga keperingkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepastingkatan tiga.
  2. 2. Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan bolehmemilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan dikebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selaridengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberipenekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkankomposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akandiperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu.Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) padatahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada ditingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepastingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehinggaperingkat diploma iaitu SKM tahap empat.Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS),SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime,oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalamaliran ini.Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakansupaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utamapelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajaryang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengannegara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%,Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yangberjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%.Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasionalakan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranyapihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahanpendidikan tersebut.Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan inidiperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yangberkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.
  3. 3. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihanamali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri denganmudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernahmengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaanadalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpakemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatanbulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan.Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan bolehmeningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan iniadalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatantinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju padatahun 2020.Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaanbagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlahpelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiaptahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramaipelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikanpeluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudahtentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untukmengikuti aliran ini.Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkanlagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran danberpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.Program Asas Vokasional (PAV)Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program AsasVokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akandilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikanarus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedangdiajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajianteknik dan vokasional."Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan
  4. 4. pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasidengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yangkita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf SijilPelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagaisekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalamPAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalahsama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitupenubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar kekolej vokasional sedia ada.Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilihpelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkatmenengah adalah menggunakan penilaian psikometrik."Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untukmelihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan KementerianPengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajaryang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahapDiploma atau SKM Tahap IV.Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dania adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun merekamempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa."Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratusvokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan dinegara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech danhanya 30 peratus akademik," katanya.Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahundi kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk job training yang penting bagi melahirkan graduanberkemahiran tinggi.
  5. 5. Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinmerangkap Menteri Pelajaran menutup Perak Expo for Young Scientis bertemakanInnovation of Science and Technology for Environmental Sustainability yangberlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti PendidikanSultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and CoordinationCorporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiransains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurusserta mengekalkankesejahteraan alam.
  • DURGADEVI77

    Oct. 4, 2016
  • noorafiqahrazak

    Apr. 22, 2016
  • sitiwahidahmubin

    Nov. 13, 2015
  • LynnAzrae

    Oct. 8, 2015
  • kkpiipo

    Mar. 27, 2015
  • NurulFaizahUmar

    Aug. 11, 2014
  • 143chips

    Apr. 6, 2013

Views

Total views

15,155

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

10

Actions

Downloads

593

Shares

0

Comments

0

Likes

7

×