SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses
menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Menurut Ustaz Kenali, metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji). Metodologi menerangkan cara
sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan
metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang
pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
4.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini
adalah untuk mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian di SMK
Taman Kluang Barat dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar membeli pakaian
secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat.
4.2 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat
mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta
sering tersembunyi di “sebalik topeng”, maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai
mewakili pemikiran. Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang
dipilih. Menurut Ustaz Kenali, instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa
kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian diperlukan untuk
mendalami konsep berkaitan sikap, persepsi, keterangan latar belakang dan segala sumber yang
berbentuk primer ataupun sekunder. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan untuk
mendapatkan data adalah menggunakan borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah
rujukan.
Kaedah Instrumen kajian
Kualitatif Borang temu bual, rujukan (perpustakaan, internet)
Kuantitatif Borang soal selidik
Jadual 1: Instrumen Kajian
4.3 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN
Pengkaji memilih responden secara sampel bertujuan .
4.3.1 PEMERHATIAN
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tempat kajian sebelum mendapat responden.
Tempat kajian yang dipilih adalah SMK Taman Kluang Barat. Pemerhatian yang dibuat oleh
pengkaji adalah tempat, kemudahan internet dan suasana di SMK Taman Kluang Barat supaya
mendapat kerjasama dan layanan yang baik daripada mereka.
4.3.2 PEMILIHAN RESPONDEN
Responden dipilih secara bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan
dengan tajuk kajian. Mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian
di SMK Taman Kluang Barat. Responden yang telah dipilih dalam kajian ini adalah golongan
pelajar sekolah menengah. Responden merupakan pelajar SMK Taman Kluang Barat dipilih
mengikut kategori berasaskan jantina, umur, bangsa, agama dan wang saku bulanan.
4.3.3 PENGEDARAN BORANG SOAL SELIDIK
Apabila kajian ini dijalankan, pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada 30 orang
responden yang terdiri daripada golongan pelajar di SMK Taman Kluang Barat. Kaedah ini
digunakan untuk memudahkan pelaksanaan kajian ini dan maklumat responden dikumpulkan
bagi mendapat data yang berunsur kuantitatif. Kesemua responden ini dipilih bertujuan untuk
mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian. Dalam proses
mengedarkan borang soal selidik, masalah yang dihadapi oleh pengkaji adalah kebanyakan
responden kurang memberi kerjasama mereka dan tidak mampu menjawab soalan yang ditanya
oleh pengkaji. Seterusnya, terdapat segelintir responden yang tidak faham akan perkataan-
perkataan dalam borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji, oleh itu pengkaji telah
menjelaskan maksud dan menerangkan kepada mereka dengan contoh-contoh jika tidak dapat
difahami. Walau bagaimanapun, akhirnya pengkaji telah berjaya menyempurnakan borang soal
selidik atas kerjasama 30 responden tersebut selepas masalah yang dihadapi diselesaikan.
4.4 CARA MENDAPATKAN DATA/MAKLUMAT
4.4.1 SOAL SELIDIK
Borang soal selidik telah disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis
pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian dan faktor yang mempengaruhi pelajar
untuk membeli pakaian secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat. Borang soal selidik
ini terdiri daripada 3 bahagian, bahagian A berkenaan dengan data demografi responden,
bahagian B berkenaan soalan tentang mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar
secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat dan bahagian C berkenaan faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar membeli pakaian secara dalam talian di SMK Taman Kuang Barat.
Kajian ini menggunakan Skala Likert lima mata yang mengandungi lima aras seperti dalam
jadual berikut:
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Jadual 2: Skala Likert 5 Aras
4.4.2 TEMU BUAL
Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menemu bual dengan 5 orang pelajar di SMK Taman
Kluang Barat. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan bebrapa soalan yang berkaitan dengan
aktiviti pembelian pakaian secara dalam talian dalam kalangan pelajar. Demi mendapat data
dan maklumat ini, pengkaji teah memilih responden secara rawak dalam kalangan pelajar.
Antara soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
Contoh soalan yang dikemukakan Contoh jawapan responden
Sudah berapa lamakah anda membeli pakaian
secara dalam talian?
Dalam tempoh dua tahun
kebelakangan ini
Apakah media yang sering digunakan untuk
membeli pakaian secara dalam talian?
Telefon pintar
Apakah jenis pakaian yang sering anda beli
secara dalam talian?
Baju kurung moden yang mengikut
trend terkini
Adakah membeli pakaian secara dalam talian
adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya?
Tidak kerana pembelian dalam
talian telah menjadi satu trend
masa kini
Adakah membeli pakaian secara dalam talian
mudah mendapati pakaian yang sukar didapati
di pasaran?
Ya kerana membeli pakaian di
pasaran memerlukan saya untuk
mencari pakaian yang diingini di
setiap kedai
4.4.3 RUJUKAN PERPUSTAKAAN
Selain itu, bagi melengkapkan kajian tersebut, pengkaji juga membaca pelbagai sumber seperti
buku, kamus, blog dan internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Kesannya,
bahan-bahan tersebut banyak membantu pengkaji menyiapkan kerja kursus ini.
4.5 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA
Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala likert.
Data skala likert ini dikira secara manual dengan mengambil kira kekerapan dan peratus. Data
yang dikumpul akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai dan graf bar. Selepas itu,
skala tersebut digunakan untuk membuat penerangan kepada graf bar.

More Related Content

What's hot

Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasimauzaie2
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanMahyuddin Khalid
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PAUpper6
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Kee-Man Chuah
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIALAsri Mohad
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 

What's hot (20)

Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasi
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Tajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 EpistemologiTajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 Epistemologi
 

Similar to Contoh metodologi kajian

Bab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchBab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchSharah Ayumi
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxJAYANTHYARUMUGOM1
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal shila siti
 
Buku Kajian Tindakan
Buku Kajian TindakanBuku Kajian Tindakan
Buku Kajian Tindakandpliukm
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...hazwani1989
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Kulasingam Kula
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1v ong
 

Similar to Contoh metodologi kajian (20)

Khas untuk salihin
Khas untuk salihinKhas untuk salihin
Khas untuk salihin
 
Bab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchBab 3 Business Research
Bab 3 Business Research
 
Bab 3 terkini
Bab 3 terkiniBab 3 terkini
Bab 3 terkini
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 
Buku Kajian Tindakan
Buku Kajian TindakanBuku Kajian Tindakan
Buku Kajian Tindakan
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
Prinsip (2)
Prinsip (2)Prinsip (2)
Prinsip (2)
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Proposal bab 3
Proposal bab 3Proposal bab 3
Proposal bab 3
 
4013 t 1
4013  t 14013  t 1
4013 t 1
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1
 
Modul warna
Modul warnaModul warna
Modul warna
 

Recently uploaded

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 

Recently uploaded (12)

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 

Contoh metodologi kajian

  • 1. 4.0 METODOLOGI KAJIAN Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Menurut Ustaz Kenali, metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji). Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. 4.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar membeli pakaian secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat. 4.2 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta sering tersembunyi di “sebalik topeng”, maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih. Menurut Ustaz Kenali, instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian diperlukan untuk mendalami konsep berkaitan sikap, persepsi, keterangan latar belakang dan segala sumber yang berbentuk primer ataupun sekunder. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah menggunakan borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah rujukan.
  • 2. Kaedah Instrumen kajian Kualitatif Borang temu bual, rujukan (perpustakaan, internet) Kuantitatif Borang soal selidik Jadual 1: Instrumen Kajian 4.3 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN Pengkaji memilih responden secara sampel bertujuan . 4.3.1 PEMERHATIAN Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tempat kajian sebelum mendapat responden. Tempat kajian yang dipilih adalah SMK Taman Kluang Barat. Pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji adalah tempat, kemudahan internet dan suasana di SMK Taman Kluang Barat supaya mendapat kerjasama dan layanan yang baik daripada mereka. 4.3.2 PEMILIHAN RESPONDEN Responden dipilih secara bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan tajuk kajian. Mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat. Responden yang telah dipilih dalam kajian ini adalah golongan pelajar sekolah menengah. Responden merupakan pelajar SMK Taman Kluang Barat dipilih mengikut kategori berasaskan jantina, umur, bangsa, agama dan wang saku bulanan. 4.3.3 PENGEDARAN BORANG SOAL SELIDIK Apabila kajian ini dijalankan, pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada 30 orang responden yang terdiri daripada golongan pelajar di SMK Taman Kluang Barat. Kaedah ini digunakan untuk memudahkan pelaksanaan kajian ini dan maklumat responden dikumpulkan bagi mendapat data yang berunsur kuantitatif. Kesemua responden ini dipilih bertujuan untuk mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian. Dalam proses mengedarkan borang soal selidik, masalah yang dihadapi oleh pengkaji adalah kebanyakan responden kurang memberi kerjasama mereka dan tidak mampu menjawab soalan yang ditanya oleh pengkaji. Seterusnya, terdapat segelintir responden yang tidak faham akan perkataan- perkataan dalam borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji, oleh itu pengkaji telah menjelaskan maksud dan menerangkan kepada mereka dengan contoh-contoh jika tidak dapat difahami. Walau bagaimanapun, akhirnya pengkaji telah berjaya menyempurnakan borang soal selidik atas kerjasama 30 responden tersebut selepas masalah yang dihadapi diselesaikan.
  • 3. 4.4 CARA MENDAPATKAN DATA/MAKLUMAT 4.4.1 SOAL SELIDIK Borang soal selidik telah disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian dan faktor yang mempengaruhi pelajar untuk membeli pakaian secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat. Borang soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian, bahagian A berkenaan dengan data demografi responden, bahagian B berkenaan soalan tentang mengenal pasti jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar secara dalam talian di SMK Taman Kluang Barat dan bahagian C berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar membeli pakaian secara dalam talian di SMK Taman Kuang Barat. Kajian ini menggunakan Skala Likert lima mata yang mengandungi lima aras seperti dalam jadual berikut: Sangat tidak setuju 1 Tidak setuju 2 Kurang setuju 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 Jadual 2: Skala Likert 5 Aras 4.4.2 TEMU BUAL Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menemu bual dengan 5 orang pelajar di SMK Taman Kluang Barat. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan bebrapa soalan yang berkaitan dengan aktiviti pembelian pakaian secara dalam talian dalam kalangan pelajar. Demi mendapat data dan maklumat ini, pengkaji teah memilih responden secara rawak dalam kalangan pelajar. Antara soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut: Contoh soalan yang dikemukakan Contoh jawapan responden Sudah berapa lamakah anda membeli pakaian secara dalam talian? Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini Apakah media yang sering digunakan untuk membeli pakaian secara dalam talian? Telefon pintar
  • 4. Apakah jenis pakaian yang sering anda beli secara dalam talian? Baju kurung moden yang mengikut trend terkini Adakah membeli pakaian secara dalam talian adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya? Tidak kerana pembelian dalam talian telah menjadi satu trend masa kini Adakah membeli pakaian secara dalam talian mudah mendapati pakaian yang sukar didapati di pasaran? Ya kerana membeli pakaian di pasaran memerlukan saya untuk mencari pakaian yang diingini di setiap kedai 4.4.3 RUJUKAN PERPUSTAKAAN Selain itu, bagi melengkapkan kajian tersebut, pengkaji juga membaca pelbagai sumber seperti buku, kamus, blog dan internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Kesannya, bahan-bahan tersebut banyak membantu pengkaji menyiapkan kerja kursus ini. 4.5 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala likert. Data skala likert ini dikira secara manual dengan mengambil kira kekerapan dan peratus. Data yang dikumpul akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai dan graf bar. Selepas itu, skala tersebut digunakan untuk membuat penerangan kepada graf bar.