SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
TINJAUAN LITERATUR




       Istilah pliometrik adalah berasal daripada Greek iaitu „pleythein‟ yang bermaksud
menambah atau meningkatkan, manakala „metric‟ bermaksud ukuran (Chu,1983).
Pliometrik juga dikenali sebagai pergerakan „hopping‟, ‟jumping‟ dan „leaping‟ yang
boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee, 1998). Latihan
pliometrik adalah satu bentuk latihan yang diterima dalam dunia sukan selaras dengan
perkembangan sukan dan mendapat pengiktirafan, ia diterima melalui kajian saintifik
(Bosco dan Komi,1981). Pliometrik sebenarnya adalah satu kaedah latihan yang
menekankan kepada pergerakan pantas yang akan terhasil kesan daripada program
latihan yang diberi. Manakala aspek biomekanik, pliometrik banyak diterangkan dalam
buku” Jumping Into Plyometric” yang boleh di dapati melalui Human Kinetik. Perkara
yang penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk mengaplikasikan
kepantasan dalam kekuatan

       Objektif utama latihan pliometrik adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan
eksplosif. Latihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau
menggunakan alatan seperti bola segardan kotak pelbagai ketinggian.

       Latihan pliometrik boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan pliometrik
bahagian bawah badan termasuk beberapa jenis aktiviti lompatan dan latihan pliometrik
bahagian atas badan adalah latihan menggunakan medicine ball                (Sport Fitness
Advisor, 2007). Antara contoh latihan asas untuk membina kekuatan eksplosif anggota
bahagian atas ialah     medicine ball chest pass,       ballistic push-up dan     tire throw
(Starzynski, Sozanski & Kurz, 1999). Antara otot bahagian atas yang terlibat semasa
melakukan latihan pliometrik ialah otot pectoral, deltoid, triceps dan latissimus dorsi.

     Menurut Glashan (2004) menyatakan bahawa latihan pliometrik bahagian atas
badan bermula dengan medicine ball yang ringan diperlukan (biasanya 2-4 pounds) dan
peningkatan secara berperingkat kepada medicine ball yang lebih berat.Sekiranya tidak
mempunyai pasangan semasa latihan, boleh menggunakan dinding atau lantai untuk
membalingkan medicine ball tersebut.


     Menurut Mcglynn dan Moran (1997) pembinaan otot bukan sahaja penting untuk
atlit yang ingin meningkatkan prestasi tetapi juga pada orang yang inginkan gaya hidup
yang sihat ataupun yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut Mcglynn dan
Moran (1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting.Seseorang individu hanya
perlukan rasa keinginan dan semangat yang jitu untuk melakukannya.


        Menurut suatu kajian dalam Journal The Applied Physiology(1990), latihan
kekuatan otot juga dapat membantu meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi
hormon tumbesaran badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan otot
dapat    meningkatkan    produktiviti   hormon      tumbesaran   badan   sehingga      50
peratus.Daripada kajian ini didapati bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan
saiz badan menjadikan badan lagi besar dan segak.


        Menurut Mcglynn dan Moran (1997), phrasa kekuatan, dayatahan otot dan
tenaga otot merupakan istilah yang berlainan maksudnya.Kekuatan otot bermaksud
jumlah daya yang boleh dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau
pergerakan yang berulang.Manakala dayatahan otot pula ialah keupayaan otot itu
melakukan sesuatu aktiviti pada penggunaan kuasa yang sama selama satu jangka
masa yang ditetapkan. Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa.
        Menurut Charel B. Corbin, Linus J. Dowell, Ruth Lindsay dan Homer
Tolson(1981), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen yang penting iaitu
ketahanan otot dan kekuatan otot. Kedua-dua perkara ini amat berbeza bagi jenis
aktiviti, sukan atau kerja yang hendak dilakukan.


        Latihan bebanan pula adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan
kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan
ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz otot atau hipertropi otot. Bebanan dan
ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan.
Exco Kecergasan Yayasan Kecergasan Sukan dan Wanita Malaysia (WSFFM),
Datin Noor Sheena Maideen berkata bagi yang pertama kali melakukan latihan
bebanan dinasihatkan mendapat bimbingan jurulatih terutama jika membabitkan
peralatan yang berat seperti pengangkat besi (barbell) dan trap bar. Untuk pembinaan
otot tangan, kaedah dan ulangan latihan berbeza dengan kaki dan perut (Rohaniza,
2007).Bagi menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repetation
Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan
maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga
otot atau kumpulan ototyang bekerja mencapai tahap kegagalan otot sementara
(temporary muscular failure). Latihan bebanan untuk pembentukkan otot sesuai bagi
mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna dan seimbang (Rohaniza, 2007).


         1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara
2RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu,
bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2RM, bebanan untuk 2RM adalah
lebih berat berbanding 3RM dan seterusnya (Sumber Sains Sukan Tingkatan 4, Julai
2002).
Menurut Chad Tackett(2001), faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan otot
seseorang ialah tempat perlekatan otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan yang
sistematik serta jenis fiber otot.


       Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia iaitu Slow Twitch
Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau seseorang individu itu mempunyai jumlah
atau kuantiti Fast Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu tersebut lebih
sesuai untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang memerlukan
penghasilan tenaga dalam dalam jangka masa yang singkat. Bagi individu yang
mempunyai jumlah atau kuantiti Slow Twitch Muscles yang banyak, maka badan
individu itu lebih sesuai untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bolasepak serta
sesuai unutk aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular.


       Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak mempunyai kaitan
dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan kuantiti ataupun jumlah tisu otot.Lelaki
mempunyai kuantiti tisu otot yang lebih banyak daripada wanita.Faktor hormon
memainkan peranan disini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki
mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot.


       Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling sesuai untuk pembinaan
otot yang sempurna adalah daripada umur 10 tahun sehingga 20 tahun.Latihan yang
sistematik perlu diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan otot berkembang
dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua, otot- otot yang diberikan latihan
ini akan berkembang dengan lambat.


       Faktor tempat perlekatan otot juga memainkan peranan dalam menentukan
kekuatan otot seseorang. Contohnya seseorang individu yang otot bisepnya yang
melekat
lebih jauh dari sendi siku dapat megangkat lebih banyak beban daripada individu yang
otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku.


       Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada individu yang memilikinya
untuk membina saiz dan kekuatan otot yang lebih berbanding inidividu yang
mempunyai otot yang pendek.Otot yang panjang mempunyai potensi yang tinggi untuk
meningkat dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang pendek.


       Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang ditetapkan adalah
penting dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Menurut Charles Tackett(2001),
salah satu cara untuk meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang sempurna
ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihan-latihan yang
diberikan kepada atlit perlulah mengambil kira intensiti, set serta ulangan.


       Menurut Brian J.Sharkey(1990) perkara- perkara seperti isokinetik, latihan
bebanan, kalistenik, frekuensi, set dan ulangan merupakan enam perkara yang dapat
meningkatkan kekuatan otot seseorang individu. Teori ini telah dikukuhkan lagi oleh
Mcglynn(1997) dengan menyataan bahawa apabila seseorang individu menjalani
latihan yang sistematik dan teratur maka secara tidak langsung kekuatan otot individu
tersebut akan meningkat.


       Menurut Mcglynn dan Moran(1997) juga menyatakan akan kebaikan melakukan
aktiviti membina daya tahan otot serta kekuatan otot. Diantara kelebihan yang
dinyatakan adalah meningkatkan ketebalan rawan, meningkatkan kelembutan,
meningkatkan skil, meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot, menguatkan
ligament dan tulang, meningkatkan kepadatan kapilari dalam otot, mengurangkan
kecederaan, mengurangkan lemak, mengurangkan tekanan dan mempercepatkan
kadar penyembuhan badan.


       Kajian Mohd Anizu Mohd Noor dan rakan (2008) dalam tajuk kajian mereka
“Keberkesanan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Tangan Bagi Atlet Renang
SUKMA Johor” mendapatilatihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif
dalam mempertimbangkan tigaprinsip utama iaitu halangan progresif, penumpuan
latihan dan pengkhususan latihan. Kajian inibertujuan untuk mengukur kesan program
latihan bebanan ke atas kekuatan maksimum otottangan setelah mengikuti sesi latihan
selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggudi kalangan atlet – atlet
renang SUKMA Johor.Seramai empat orang atlet dalam lingkunganumur 15 tahun
hingga 18 tahun dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Ujian 25 meterspeed
swimm digunakan sebagai alat pengukur ujian. Hasil daripenganalisaan data dikenal
pasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan
dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang
disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan.Prosedur
latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu
latihan.


       Hafizah Harun dan rakan (2008) dalam kajian mereka bertajuk “Keberkesanan
Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran Lonjakan Untuk Atlit Lompat Jauh” yang
dijalankan ke atas seramai 15 orang subjek lelaki yang terdiri daripada atlit lompat jauh
Sukan Malaysia (SUKMA) Johor (N=3) dan Universiti Teknologi Malaysia (N=6) dan
pelajar sains sukan (N=6). Subjek berusia antara 17 dan 23 tahun (M=20.3±2.16
tahun). Subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2 kumpulan diberikan
latihan pliometrik Death Drop Jumps (DDJ, N=5) dan Lunge Jumps (LJ, N=5) dan 1
kumpulan sebagai kumpulan kawalan (K, N=5). Subjek menjalani latihan sebanyak 2
kali seminggu selama 4 minggu.Ujian Standing Long Jump (SLJ) dan Vertical Jump
(VJ)   digunakan    untuk   menguji   keberkesanan     latihan   pliometrik   yangdiberi.
Hasilkeputusan menunjukkan keputusan ujian pra bagi SLJ (M±SD), 202.56±4.01cm
dan keputusan ujian pos,205.69±4.32cm menunjukkan peningkatan sebanyak 3.13cm
atau 1.5% dengan nilai p=0.00. Keputusanujian VJ, pula menunjukkan ujian pra,
44.35±0.88cm dan ujian pos 46.4±1.73cm juga meningkatsebanyak 2.05cm atau 4.6%
dengan nilai p=0.018. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap tahap ujian SLJ dan VJ bagi kesemua kumpulan latihan pliometrik
(p≤0.05).Berdasarkan keputusan ini, latihan pliometrik yang diberikan dapat membantu
meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh berdiri (standing long
jump) dan lompatan menegak (vertical jump).
       Menurut Rohana Hashim (2008) telah menjalankan kajian ke atas 19 orang
pemain hoki wanita SUKMA Johor dan 14 orang pemain hoki wanita UTM . Kajian ini
bertujuan untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap
kekuatan otot bahagian atas badan.dibahagikan secara rawak. Sampel kajian
dibahagikan kepada 3 kumpulan latihan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan
(LB) dan kawalan (K). Pengujian 1RMarm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi-
Station dan 1RM biceps-curl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur
keberkesanan latihan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan
pada arasp<0.05) bagi skor kekuatan 1RM, 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan
LP dan LB subjek UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam kedua-
dua kumpulan kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan
berkesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan.Oleh itu, pemain
hoki boleh mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan
latihan pliomerik dan latihan bebanan.


       Ng Teng Ong (2004) telah menjalankan satu kajian yang                bertujuan untuk
menyelidiki keberkesanan programpliometrik berkhususkan kemahiran bola tampar
untuk meningkatkan lompatanmenegak dan mengurangkan masa sentuhan masa.
Empat puluh orang (min=15.4 *1.2 tahun, tinggi = 168.1 k 7.9 sm, berat = 57.4 k 9.1 kg)
pemain bola tampar lelakiremaja telah menyertai kajian ini. Sebelurn mereka dirawak ke
dalam kumpulaneksperimen (n=20) atau kumpulan kawalan (n=20); terlebih dahulu
mereka perluberjaya mengangkat bebanan (60% daripada berat badan) sebanyak lima
ulangandalam lima saat dengan menggunakan cara 'cangkung separuh'. Rekabentuk
kajianini    adalah    bentuk   praujian     dan     posujian       bersertakan         kurnpulan
kawalan.Intervensiyang diberi antara dua fasa pengujian adalah program yang
menggabungjalinkanaktiviti      pliometrik     dan       kemahiran          merejam          dan
menghadang.Peserta       kumpulansksperimen        menjalankan       program      ini     dengan
kekerapan dua kali seminggu dankrlangsung untuk selama enam minggu.Manakala
peserta     kumpulan   kawalan3anya      meneruskan      aktiviti    bola   tampar        seperti
biasa.Pembolehubah bersandardah.rn kajian ini adalah ujian lompatan menegak CMJ,
DJ dan perolehan masasentuhan bumi ketika DJ dijalankan. Perlakuan DJ bagi semua
peserta telahdirakarnkan melalui    video. Ini adalah membolehkan analisis gerakan
dijalankan denganmenggunakan perisian DIGIMAN untuk memperoleh masa sentuhan
bumi.
        Kesemua lompatan adalah diukur dengan VERTEC. Perbandingan min dalam
CMJ, DJ dan masa sentuhan bumi dianalisis dengan Ujian-t tak bersandar, paras
signifikan ditetapkan pada 0.05. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan
dalam min lompatan CMJ dan DJ (P<0.05) di kalangan peserta eksperimen selepas
mengikuti program pliometrik. Di mana CMJ telah meningkat sebanyak 4.3 cm (7.1 %);
manakala DJ meningkat sebanyak 5.3 cm (8.6%.). Masa sentuhan burni pula
dikurangkan sebanyak -1 8.2% selepas mengikuti intervensi program.Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa peningkatan prestasi peserta eksperimen adalah akibat daripada
adaptasi dan penyelarasan neuro-otot.Ini membuktikan modaliti suaian fizikal ini adalah
berkesan untuk meningkatkan ketinggian lompatan serta mengurangkan masa
sentuhan bumi di kalangan atlet bola tampar.
        Meninjau pula kajian yang dijalankan oleh Avery D. Faigenbaum et al.(2007)
dengan tujuan kajian mereka untuk membandingkan keberkesanan latihan pliometrik 6
minggu dengan gabungan latihan pliometrik dan latihan rintangan (PRT, n = 13) atau
latihan rintangan itu sendiri (RT, n = 14) ke atas prestasi kecergasan budak lelaki
berumur 12-15 tahun. Kumpulan RT melaksanakan senaman regangan statik diikuti
latihan rintangan manakala kumpulan PRT melaksanakan latihan pliometrik diikuti
latihan rintangan yang sama. Tempoh masa latihan bagi kedua-dua kumpulan ialah 90
minit. Pada hujung latihan dan selepas latihan semua subjek diuji dengan ujian
lompatan menegak, lompat jauh, lontaran bola segar, pecut 9.1m, pro agility shuttle run
dan fleksibiliti. Kumpulan PRT menunjukkan signifikan (p < 0.05) peningkatan besar
daripada kumpulan RT dalam in lompat jauh (10.8 cm vs. 2.2 cm), lontaran bola segar
(39.1 cm vs. 17.7 cm) pro agility shuttle run time (-0.23 sec vs. -0.02 sec) mengikuti
latihan. Dapatan mencadangkan bahawa tambahan latihan pliometrik ke atas latihan
rintangan mungkin lebih memberi manfaat berbanding latihan rintangan dan regangan
statik untuk meningkatkan ukuran terpilih   kuasa bahagian atas dan bawah badan
budak lelaki.


       Raj Kumar et. Al (2005) menguji keberkesanan 2 latihan pliometrik selama 6
minggu ke atas presatsi lompatan dengan membuat perbandingan ke atas pemain kolej
perempuan dengan atlet. Dua jenis latihan pliometrik yang digunakan ialah program
latihan pliometrik program latihan litar-1 menggunakan Depth Jump digabungkan
dengan hop (lompatan) dan lompat pagar serta pliometrik program latihan litar-II yang
hanya menggunakan Depth Jump dari kotak dengan ketinggian 15-45 cm. Keputusan
kajian mendapatikeputusan    keupayaan melompat bagi     CTP-II telah m lebih tinggi
daripada keputusan CTP-1. Jumlah perolehan keupayaan tidak seragam.Perolehan
berbeza daripada keupayaan ke keupayaan.CTP-II telah dibuktikan lebih berkesan di
dalam meningkatkan keupayaan melompat subjek disebabkan ianya lebih tepu dengan
latihan Depth Jump.


       Fouré A et al. (2010) dengan tajuk kajian Latihan Pliometrik berkesan ke atas
tendon archiless telah melakukan kajian ke atas 19 orang subjek yang dipilih secara
rawak dan dibahagikan kepada kumpulan yang dilatih dan kumpulan kawalan. Kawasan
lintasan seksonal (CSA), kekerasan, dan pekali penguraian tendon arkiles diukur
sebelumdan selepas tempoh latihan.Dalam kumpulan yang dilatih, pengurangan dalam
pekali penguraian (_35.0%; P _ 0.05) dan trend menaik kekerasan (_24.1%) tendon
arkiles telah diperolehi, tanpa sebarang perubahan dalam CSA tendon Arkiles (P _
0.05).Latihan pliometrik meluaskan pemindahan ketegangan otot terutamanya melalui
pengurangan penguraian tenaga oleh tendon.Sedikitnya       perubahan yang berlaku
dalam CSA tendon menunjukkan bahawa perubahan dalam sifat mekanikal yang besar
kemungkinannya terjadi daripada satu perubahan kualitatif dalam tisu tendon
berbanding daripada perubahan dalam geometri tendon arkiles.


       Hubert Makaruk at.el.(2010) dalam kajian bertajuk “EFFECTS OF PLYOMETRIC
TRAINING ON MAXIMAL POWER OUTPUT AND JUMPING ABILITY” menguji 44
orang pelajar yang tidak dilatih dalam pendidikan fizikal. Secara rawak, kumpulan
eksperimen melaksanakan Latihan Pliometrik selama 6 minggu mana kala kumpulan
kawalan hanya terlibat dengan kuliah. Subjek melaksanankan gerakbalas gerakan
lompatan (CMJ), depth jump (DP) dan 5 ujian hop. Dapatan utama kajian mendapati
peningkatan dalam pengeluaran kuasa maksimal relatif     (p _ 0.001) dalam CMJ dan
DJ dipantau, di mana titik tengah aras ketinggian jisim dan jarak panjang 5 ujian hop
tidak berubah secara signifikan (p > 0.05). tambahan pula, masa pantulan dalam DJ
signifikan rendah dan lingkungan gerakbalas pergerakan pada lutut berkurangan. Ini
menunjukkan latihan pliometrik 6 minggu tersebut telah membuktikan bahawa ianya
memberi kesan ke atas pengeluaran kuasa maksima dan keupayaan lompatan.
Tinjauan literatur

More Related Content

What's hot

kemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangkemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangIzzuliani Yassim
 
Persatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaPersatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaAmykoty
 
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Zatil Nabilah
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelolaJun Yan Lim
 
Senarai cadangan penambahbaikan
Senarai cadangan penambahbaikanSenarai cadangan penambahbaikan
Senarai cadangan penambahbaikanShift Sheraff
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
5.6 kesepaduan dalam_sukan
5.6 kesepaduan dalam_sukan5.6 kesepaduan dalam_sukan
5.6 kesepaduan dalam_sukanSing Lin Tiong
 
Undang-undang bola baling
Undang-undang bola balingUndang-undang bola baling
Undang-undang bola balingAnantha Shirota
 
Slide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriketSlide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriketamirah87
 
Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Noor Leeza
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanfiro HAR
 
Surat persetujuan lawatan ke Kuala Lumpur
Surat persetujuan lawatan ke Kuala LumpurSurat persetujuan lawatan ke Kuala Lumpur
Surat persetujuan lawatan ke Kuala LumpurMat Yus
 
Sejarah bola baling
Sejarah bola balingSejarah bola baling
Sejarah bola balingPei Wen Tan
 
Surat kebenaran Lawatan langkawi
Surat kebenaran Lawatan langkawiSurat kebenaran Lawatan langkawi
Surat kebenaran Lawatan langkawiMat Yus
 

What's hot (20)

kemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangkemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjang
 
Persatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaPersatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysia
 
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
 
Senarai cadangan penambahbaikan
Senarai cadangan penambahbaikanSenarai cadangan penambahbaikan
Senarai cadangan penambahbaikan
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
5.6 kesepaduan dalam_sukan
5.6 kesepaduan dalam_sukan5.6 kesepaduan dalam_sukan
5.6 kesepaduan dalam_sukan
 
Undang-undang bola baling
Undang-undang bola balingUndang-undang bola baling
Undang-undang bola baling
 
Surat minta sumbangan
Surat minta sumbanganSurat minta sumbangan
Surat minta sumbangan
 
Contoh surat rasmi
Contoh surat rasmi Contoh surat rasmi
Contoh surat rasmi
 
5.1 psikologi sukan
5.1 psikologi sukan5.1 psikologi sukan
5.1 psikologi sukan
 
S4 Laluan PPDa.pptx
S4 Laluan PPDa.pptxS4 Laluan PPDa.pptx
S4 Laluan PPDa.pptx
 
Slide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriketSlide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriket
 
Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakan
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Surat persetujuan lawatan ke Kuala Lumpur
Surat persetujuan lawatan ke Kuala LumpurSurat persetujuan lawatan ke Kuala Lumpur
Surat persetujuan lawatan ke Kuala Lumpur
 
Sejarah bola baling
Sejarah bola balingSejarah bola baling
Sejarah bola baling
 
1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor
 
Surat kebenaran Lawatan langkawi
Surat kebenaran Lawatan langkawiSurat kebenaran Lawatan langkawi
Surat kebenaran Lawatan langkawi
 

Viewers also liked

Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarulwmkfirdaus
 
Bab 2 kajian lepas
Bab 2 kajian lepasBab 2 kajian lepas
Bab 2 kajian lepasjimiey
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literaturDwi Karyani
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literaturVisy Asmery
 
Contoh penulisan literature
Contoh penulisan literatureContoh penulisan literature
Contoh penulisan literatureyurlisalim
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literaturDwi Karyani
 
Kajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis Ilmiah
Kajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis IlmiahKajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis Ilmiah
Kajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis Ilmiahmateri-x2
 
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011Hishamuddin Salim
 
Panduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposalPanduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposalainaa1510
 
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuCik BaCo
 
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)Haslina Ina
 
Gaya penulisan apa uni sza
Gaya penulisan apa uni szaGaya penulisan apa uni sza
Gaya penulisan apa uni szawmkfirdaus
 
Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...
Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...
Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...Dwi Putra Mahardhika
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusAhmad NazRi
 
Penyediaan laporan pta
Penyediaan laporan ptaPenyediaan laporan pta
Penyediaan laporan ptaAzlifa Aziz
 
Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)afzan93
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Laporan Projek Akhir
Laporan Projek AkhirLaporan Projek Akhir
Laporan Projek Akhirwanamateur_48
 

Viewers also liked (20)

Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 
Bab 2 kajian lepas
Bab 2 kajian lepasBab 2 kajian lepas
Bab 2 kajian lepas
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 
Contoh penulisan literature
Contoh penulisan literatureContoh penulisan literature
Contoh penulisan literature
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 
Kajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis Ilmiah
Kajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis IlmiahKajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis Ilmiah
Kajian Teori/Pustaka dalam penyusunan Karya Tulis Ilmiah
 
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
 
Panduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposalPanduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposal
 
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
 
48078893 latihan-1-minggu-bola-tampar
48078893 latihan-1-minggu-bola-tampar48078893 latihan-1-minggu-bola-tampar
48078893 latihan-1-minggu-bola-tampar
 
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
 
Gaya penulisan apa uni sza
Gaya penulisan apa uni szaGaya penulisan apa uni sza
Gaya penulisan apa uni sza
 
Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...
Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...
Sistematika Penulisan Karya Ilmiah (Landasan Teori,Kerangka Brepikir,dan Hipo...
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
 
Penyediaan laporan pta
Penyediaan laporan ptaPenyediaan laporan pta
Penyediaan laporan pta
 
Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Laporan Projek Akhir
Laporan Projek AkhirLaporan Projek Akhir
Laporan Projek Akhir
 

Similar to Tinjauan literatur

Latihan kondisi fisik
Latihan kondisi fisikLatihan kondisi fisik
Latihan kondisi fisiksyahrul81
 
Fisiologi otot
Fisiologi ototFisiologi otot
Fisiologi ototindahINS
 
tes-kebugaran-jasmani
tes-kebugaran-jasmanites-kebugaran-jasmani
tes-kebugaran-jasmaniArief Ace
 
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxmakalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxbagusotnaimar
 
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3RahmatHidayatHaqiqi
 
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasiRiviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasialfinNugraha3
 
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasiRiviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasiMuhammadMuslim30
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikalChem Mil
 
0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmani0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmaniIwan Saputra
 
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptxKondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptxSyahrizalMohammad1
 
Kebugaran jasmani
Kebugaran jasmaniKebugaran jasmani
Kebugaran jasmaniNur Huda
 
ppt fisiologi kebugaran.pptx
ppt fisiologi kebugaran.pptxppt fisiologi kebugaran.pptx
ppt fisiologi kebugaran.pptxMochAfif9
 
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4RahmatHidayatHaqiqi
 

Similar to Tinjauan literatur (20)

Latihan kondisi fisik
Latihan kondisi fisikLatihan kondisi fisik
Latihan kondisi fisik
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Smk hj
Smk hjSmk hj
Smk hj
 
Smk
SmkSmk
Smk
 
130032517 fisiologi-dan-kesehatan-olahraga
130032517 fisiologi-dan-kesehatan-olahraga130032517 fisiologi-dan-kesehatan-olahraga
130032517 fisiologi-dan-kesehatan-olahraga
 
SENAM.pptx
SENAM.pptxSENAM.pptx
SENAM.pptx
 
Fisiologi otot
Fisiologi ototFisiologi otot
Fisiologi otot
 
tes-kebugaran-jasmani
tes-kebugaran-jasmanites-kebugaran-jasmani
tes-kebugaran-jasmani
 
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxmakalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
 
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 3
 
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasiRiviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
 
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasiRiviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
Riviw jurnal 5 peran fisiologi olahraga prestasi
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmani0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmani
 
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptxKondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
 
Tugas penjass
Tugas penjassTugas penjass
Tugas penjass
 
Kebugaran jasmani
Kebugaran jasmaniKebugaran jasmani
Kebugaran jasmani
 
ppt fisiologi kebugaran.pptx
ppt fisiologi kebugaran.pptxppt fisiologi kebugaran.pptx
ppt fisiologi kebugaran.pptx
 
kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal
 
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4
Rahmat hidayat haqiqi 053 2020_b_riview jurnal 4
 

Tinjauan literatur

  • 1. TINJAUAN LITERATUR Istilah pliometrik adalah berasal daripada Greek iaitu „pleythein‟ yang bermaksud menambah atau meningkatkan, manakala „metric‟ bermaksud ukuran (Chu,1983). Pliometrik juga dikenali sebagai pergerakan „hopping‟, ‟jumping‟ dan „leaping‟ yang boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee, 1998). Latihan pliometrik adalah satu bentuk latihan yang diterima dalam dunia sukan selaras dengan perkembangan sukan dan mendapat pengiktirafan, ia diterima melalui kajian saintifik (Bosco dan Komi,1981). Pliometrik sebenarnya adalah satu kaedah latihan yang menekankan kepada pergerakan pantas yang akan terhasil kesan daripada program latihan yang diberi. Manakala aspek biomekanik, pliometrik banyak diterangkan dalam buku” Jumping Into Plyometric” yang boleh di dapati melalui Human Kinetik. Perkara yang penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk mengaplikasikan kepantasan dalam kekuatan Objektif utama latihan pliometrik adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif. Latihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau menggunakan alatan seperti bola segardan kotak pelbagai ketinggian. Latihan pliometrik boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan pliometrik bahagian bawah badan termasuk beberapa jenis aktiviti lompatan dan latihan pliometrik bahagian atas badan adalah latihan menggunakan medicine ball (Sport Fitness Advisor, 2007). Antara contoh latihan asas untuk membina kekuatan eksplosif anggota bahagian atas ialah medicine ball chest pass, ballistic push-up dan tire throw (Starzynski, Sozanski & Kurz, 1999). Antara otot bahagian atas yang terlibat semasa melakukan latihan pliometrik ialah otot pectoral, deltoid, triceps dan latissimus dorsi. Menurut Glashan (2004) menyatakan bahawa latihan pliometrik bahagian atas badan bermula dengan medicine ball yang ringan diperlukan (biasanya 2-4 pounds) dan peningkatan secara berperingkat kepada medicine ball yang lebih berat.Sekiranya tidak
  • 2. mempunyai pasangan semasa latihan, boleh menggunakan dinding atau lantai untuk membalingkan medicine ball tersebut. Menurut Mcglynn dan Moran (1997) pembinaan otot bukan sahaja penting untuk atlit yang ingin meningkatkan prestasi tetapi juga pada orang yang inginkan gaya hidup yang sihat ataupun yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut Mcglynn dan Moran (1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting.Seseorang individu hanya perlukan rasa keinginan dan semangat yang jitu untuk melakukannya. Menurut suatu kajian dalam Journal The Applied Physiology(1990), latihan kekuatan otot juga dapat membantu meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi hormon tumbesaran badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan produktiviti hormon tumbesaran badan sehingga 50 peratus.Daripada kajian ini didapati bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan saiz badan menjadikan badan lagi besar dan segak. Menurut Mcglynn dan Moran (1997), phrasa kekuatan, dayatahan otot dan tenaga otot merupakan istilah yang berlainan maksudnya.Kekuatan otot bermaksud jumlah daya yang boleh dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau pergerakan yang berulang.Manakala dayatahan otot pula ialah keupayaan otot itu melakukan sesuatu aktiviti pada penggunaan kuasa yang sama selama satu jangka masa yang ditetapkan. Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa. Menurut Charel B. Corbin, Linus J. Dowell, Ruth Lindsay dan Homer Tolson(1981), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen yang penting iaitu ketahanan otot dan kekuatan otot. Kedua-dua perkara ini amat berbeza bagi jenis aktiviti, sukan atau kerja yang hendak dilakukan. Latihan bebanan pula adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz otot atau hipertropi otot. Bebanan dan ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan.
  • 3. Exco Kecergasan Yayasan Kecergasan Sukan dan Wanita Malaysia (WSFFM), Datin Noor Sheena Maideen berkata bagi yang pertama kali melakukan latihan bebanan dinasihatkan mendapat bimbingan jurulatih terutama jika membabitkan peralatan yang berat seperti pengangkat besi (barbell) dan trap bar. Untuk pembinaan otot tangan, kaedah dan ulangan latihan berbeza dengan kaki dan perut (Rohaniza, 2007).Bagi menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repetation Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga otot atau kumpulan ototyang bekerja mencapai tahap kegagalan otot sementara (temporary muscular failure). Latihan bebanan untuk pembentukkan otot sesuai bagi mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna dan seimbang (Rohaniza, 2007). 1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara 2RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu, bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2RM, bebanan untuk 2RM adalah lebih berat berbanding 3RM dan seterusnya (Sumber Sains Sukan Tingkatan 4, Julai 2002).
  • 4. Menurut Chad Tackett(2001), faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan otot seseorang ialah tempat perlekatan otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan yang sistematik serta jenis fiber otot. Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia iaitu Slow Twitch Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau seseorang individu itu mempunyai jumlah atau kuantiti Fast Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu tersebut lebih sesuai untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang memerlukan penghasilan tenaga dalam dalam jangka masa yang singkat. Bagi individu yang mempunyai jumlah atau kuantiti Slow Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu itu lebih sesuai untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bolasepak serta sesuai unutk aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular. Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak mempunyai kaitan dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan kuantiti ataupun jumlah tisu otot.Lelaki mempunyai kuantiti tisu otot yang lebih banyak daripada wanita.Faktor hormon memainkan peranan disini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot. Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling sesuai untuk pembinaan otot yang sempurna adalah daripada umur 10 tahun sehingga 20 tahun.Latihan yang sistematik perlu diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan otot berkembang dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua, otot- otot yang diberikan latihan ini akan berkembang dengan lambat. Faktor tempat perlekatan otot juga memainkan peranan dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Contohnya seseorang individu yang otot bisepnya yang melekat
  • 5. lebih jauh dari sendi siku dapat megangkat lebih banyak beban daripada individu yang otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku. Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada individu yang memilikinya untuk membina saiz dan kekuatan otot yang lebih berbanding inidividu yang mempunyai otot yang pendek.Otot yang panjang mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkat dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang pendek. Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang ditetapkan adalah penting dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Menurut Charles Tackett(2001), salah satu cara untuk meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang sempurna ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihan-latihan yang diberikan kepada atlit perlulah mengambil kira intensiti, set serta ulangan. Menurut Brian J.Sharkey(1990) perkara- perkara seperti isokinetik, latihan bebanan, kalistenik, frekuensi, set dan ulangan merupakan enam perkara yang dapat meningkatkan kekuatan otot seseorang individu. Teori ini telah dikukuhkan lagi oleh Mcglynn(1997) dengan menyataan bahawa apabila seseorang individu menjalani latihan yang sistematik dan teratur maka secara tidak langsung kekuatan otot individu tersebut akan meningkat. Menurut Mcglynn dan Moran(1997) juga menyatakan akan kebaikan melakukan aktiviti membina daya tahan otot serta kekuatan otot. Diantara kelebihan yang dinyatakan adalah meningkatkan ketebalan rawan, meningkatkan kelembutan, meningkatkan skil, meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot, menguatkan ligament dan tulang, meningkatkan kepadatan kapilari dalam otot, mengurangkan kecederaan, mengurangkan lemak, mengurangkan tekanan dan mempercepatkan kadar penyembuhan badan. Kajian Mohd Anizu Mohd Noor dan rakan (2008) dalam tajuk kajian mereka “Keberkesanan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Tangan Bagi Atlet Renang
  • 6. SUKMA Johor” mendapatilatihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif dalam mempertimbangkan tigaprinsip utama iaitu halangan progresif, penumpuan latihan dan pengkhususan latihan. Kajian inibertujuan untuk mengukur kesan program latihan bebanan ke atas kekuatan maksimum otottangan setelah mengikuti sesi latihan selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggudi kalangan atlet – atlet renang SUKMA Johor.Seramai empat orang atlet dalam lingkunganumur 15 tahun hingga 18 tahun dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Ujian 25 meterspeed swimm digunakan sebagai alat pengukur ujian. Hasil daripenganalisaan data dikenal pasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan.Prosedur latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu latihan. Hafizah Harun dan rakan (2008) dalam kajian mereka bertajuk “Keberkesanan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran Lonjakan Untuk Atlit Lompat Jauh” yang dijalankan ke atas seramai 15 orang subjek lelaki yang terdiri daripada atlit lompat jauh Sukan Malaysia (SUKMA) Johor (N=3) dan Universiti Teknologi Malaysia (N=6) dan pelajar sains sukan (N=6). Subjek berusia antara 17 dan 23 tahun (M=20.3±2.16 tahun). Subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2 kumpulan diberikan latihan pliometrik Death Drop Jumps (DDJ, N=5) dan Lunge Jumps (LJ, N=5) dan 1 kumpulan sebagai kumpulan kawalan (K, N=5). Subjek menjalani latihan sebanyak 2 kali seminggu selama 4 minggu.Ujian Standing Long Jump (SLJ) dan Vertical Jump (VJ) digunakan untuk menguji keberkesanan latihan pliometrik yangdiberi. Hasilkeputusan menunjukkan keputusan ujian pra bagi SLJ (M±SD), 202.56±4.01cm dan keputusan ujian pos,205.69±4.32cm menunjukkan peningkatan sebanyak 3.13cm atau 1.5% dengan nilai p=0.00. Keputusanujian VJ, pula menunjukkan ujian pra, 44.35±0.88cm dan ujian pos 46.4±1.73cm juga meningkatsebanyak 2.05cm atau 4.6% dengan nilai p=0.018. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ujian SLJ dan VJ bagi kesemua kumpulan latihan pliometrik (p≤0.05).Berdasarkan keputusan ini, latihan pliometrik yang diberikan dapat membantu
  • 7. meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh berdiri (standing long jump) dan lompatan menegak (vertical jump). Menurut Rohana Hashim (2008) telah menjalankan kajian ke atas 19 orang pemain hoki wanita SUKMA Johor dan 14 orang pemain hoki wanita UTM . Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan.dibahagikan secara rawak. Sampel kajian dibahagikan kepada 3 kumpulan latihan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan (LB) dan kawalan (K). Pengujian 1RMarm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi- Station dan 1RM biceps-curl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur keberkesanan latihan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan pada arasp<0.05) bagi skor kekuatan 1RM, 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan LP dan LB subjek UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam kedua- dua kumpulan kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan berkesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan.Oleh itu, pemain hoki boleh mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan latihan pliomerik dan latihan bebanan. Ng Teng Ong (2004) telah menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk menyelidiki keberkesanan programpliometrik berkhususkan kemahiran bola tampar untuk meningkatkan lompatanmenegak dan mengurangkan masa sentuhan masa. Empat puluh orang (min=15.4 *1.2 tahun, tinggi = 168.1 k 7.9 sm, berat = 57.4 k 9.1 kg) pemain bola tampar lelakiremaja telah menyertai kajian ini. Sebelurn mereka dirawak ke dalam kumpulaneksperimen (n=20) atau kumpulan kawalan (n=20); terlebih dahulu mereka perluberjaya mengangkat bebanan (60% daripada berat badan) sebanyak lima ulangandalam lima saat dengan menggunakan cara 'cangkung separuh'. Rekabentuk kajianini adalah bentuk praujian dan posujian bersertakan kurnpulan kawalan.Intervensiyang diberi antara dua fasa pengujian adalah program yang menggabungjalinkanaktiviti pliometrik dan kemahiran merejam dan menghadang.Peserta kumpulansksperimen menjalankan program ini dengan kekerapan dua kali seminggu dankrlangsung untuk selama enam minggu.Manakala peserta kumpulan kawalan3anya meneruskan aktiviti bola tampar seperti
  • 8. biasa.Pembolehubah bersandardah.rn kajian ini adalah ujian lompatan menegak CMJ, DJ dan perolehan masasentuhan bumi ketika DJ dijalankan. Perlakuan DJ bagi semua peserta telahdirakarnkan melalui video. Ini adalah membolehkan analisis gerakan dijalankan denganmenggunakan perisian DIGIMAN untuk memperoleh masa sentuhan bumi. Kesemua lompatan adalah diukur dengan VERTEC. Perbandingan min dalam CMJ, DJ dan masa sentuhan bumi dianalisis dengan Ujian-t tak bersandar, paras signifikan ditetapkan pada 0.05. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam min lompatan CMJ dan DJ (P<0.05) di kalangan peserta eksperimen selepas mengikuti program pliometrik. Di mana CMJ telah meningkat sebanyak 4.3 cm (7.1 %); manakala DJ meningkat sebanyak 5.3 cm (8.6%.). Masa sentuhan burni pula dikurangkan sebanyak -1 8.2% selepas mengikuti intervensi program.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan prestasi peserta eksperimen adalah akibat daripada adaptasi dan penyelarasan neuro-otot.Ini membuktikan modaliti suaian fizikal ini adalah berkesan untuk meningkatkan ketinggian lompatan serta mengurangkan masa sentuhan bumi di kalangan atlet bola tampar. Meninjau pula kajian yang dijalankan oleh Avery D. Faigenbaum et al.(2007) dengan tujuan kajian mereka untuk membandingkan keberkesanan latihan pliometrik 6 minggu dengan gabungan latihan pliometrik dan latihan rintangan (PRT, n = 13) atau latihan rintangan itu sendiri (RT, n = 14) ke atas prestasi kecergasan budak lelaki berumur 12-15 tahun. Kumpulan RT melaksanakan senaman regangan statik diikuti latihan rintangan manakala kumpulan PRT melaksanakan latihan pliometrik diikuti latihan rintangan yang sama. Tempoh masa latihan bagi kedua-dua kumpulan ialah 90 minit. Pada hujung latihan dan selepas latihan semua subjek diuji dengan ujian lompatan menegak, lompat jauh, lontaran bola segar, pecut 9.1m, pro agility shuttle run dan fleksibiliti. Kumpulan PRT menunjukkan signifikan (p < 0.05) peningkatan besar daripada kumpulan RT dalam in lompat jauh (10.8 cm vs. 2.2 cm), lontaran bola segar (39.1 cm vs. 17.7 cm) pro agility shuttle run time (-0.23 sec vs. -0.02 sec) mengikuti latihan. Dapatan mencadangkan bahawa tambahan latihan pliometrik ke atas latihan rintangan mungkin lebih memberi manfaat berbanding latihan rintangan dan regangan
  • 9. statik untuk meningkatkan ukuran terpilih kuasa bahagian atas dan bawah badan budak lelaki. Raj Kumar et. Al (2005) menguji keberkesanan 2 latihan pliometrik selama 6 minggu ke atas presatsi lompatan dengan membuat perbandingan ke atas pemain kolej perempuan dengan atlet. Dua jenis latihan pliometrik yang digunakan ialah program latihan pliometrik program latihan litar-1 menggunakan Depth Jump digabungkan dengan hop (lompatan) dan lompat pagar serta pliometrik program latihan litar-II yang hanya menggunakan Depth Jump dari kotak dengan ketinggian 15-45 cm. Keputusan kajian mendapatikeputusan keupayaan melompat bagi CTP-II telah m lebih tinggi daripada keputusan CTP-1. Jumlah perolehan keupayaan tidak seragam.Perolehan berbeza daripada keupayaan ke keupayaan.CTP-II telah dibuktikan lebih berkesan di dalam meningkatkan keupayaan melompat subjek disebabkan ianya lebih tepu dengan latihan Depth Jump. Fouré A et al. (2010) dengan tajuk kajian Latihan Pliometrik berkesan ke atas tendon archiless telah melakukan kajian ke atas 19 orang subjek yang dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada kumpulan yang dilatih dan kumpulan kawalan. Kawasan lintasan seksonal (CSA), kekerasan, dan pekali penguraian tendon arkiles diukur sebelumdan selepas tempoh latihan.Dalam kumpulan yang dilatih, pengurangan dalam pekali penguraian (_35.0%; P _ 0.05) dan trend menaik kekerasan (_24.1%) tendon arkiles telah diperolehi, tanpa sebarang perubahan dalam CSA tendon Arkiles (P _ 0.05).Latihan pliometrik meluaskan pemindahan ketegangan otot terutamanya melalui pengurangan penguraian tenaga oleh tendon.Sedikitnya perubahan yang berlaku dalam CSA tendon menunjukkan bahawa perubahan dalam sifat mekanikal yang besar kemungkinannya terjadi daripada satu perubahan kualitatif dalam tisu tendon berbanding daripada perubahan dalam geometri tendon arkiles. Hubert Makaruk at.el.(2010) dalam kajian bertajuk “EFFECTS OF PLYOMETRIC TRAINING ON MAXIMAL POWER OUTPUT AND JUMPING ABILITY” menguji 44 orang pelajar yang tidak dilatih dalam pendidikan fizikal. Secara rawak, kumpulan
  • 10. eksperimen melaksanakan Latihan Pliometrik selama 6 minggu mana kala kumpulan kawalan hanya terlibat dengan kuliah. Subjek melaksanankan gerakbalas gerakan lompatan (CMJ), depth jump (DP) dan 5 ujian hop. Dapatan utama kajian mendapati peningkatan dalam pengeluaran kuasa maksimal relatif (p _ 0.001) dalam CMJ dan DJ dipantau, di mana titik tengah aras ketinggian jisim dan jarak panjang 5 ujian hop tidak berubah secara signifikan (p > 0.05). tambahan pula, masa pantulan dalam DJ signifikan rendah dan lingkungan gerakbalas pergerakan pada lutut berkurangan. Ini menunjukkan latihan pliometrik 6 minggu tersebut telah membuktikan bahawa ianya memberi kesan ke atas pengeluaran kuasa maksima dan keupayaan lompatan.