SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU DAN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Oleh: Azura binti Awang
PENDAHULUAN

Pembangunan modal insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka
membangunkan sesebuah masyarakat yang maju dan proaktif yang diredai Allah SWT.
Membina dan membina dan membangunkan masyarakat sejahtera adalah merupakan
persoalan yang amat penting dan relevan untuk dibincangkan secara serius dalam arus
perdana masa kini. Kesejahteraan yang diidamkan perlu dibangunkan secara kolektif
berasaskan kepada teras penting dalam sistem pembangunan iaitu melalui amalan
pembangunan insan.1 Insan adalah modal utama kepada sesebuah masyarakat yang mesti
dicanang dan dibentuk berteraskan nilai-nilai mulia dalam agama Islam.2 Insan yang
terbangun dengan jiwa dan mindanya mampu membangunkan seluruh peradaban dan
kehidupan umat Islam keseluruhannya.3 Justeru, pembangunan insan adalah tunggak
terpenting dalam membina masyarakat Islam yang rabbani.

Membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah
jalan yang mesti dilalui dan perlu diaplikasikan ke dalam seluruh ahli masyarakat.
Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pengamalan akhlak dan menyeluruh secara

1

Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan
Berteraskan Pembangunan Insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Feb
2010, Brunei Darussalam : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada
http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf.
2

Ibid, hal.2

3

Op.cit hal.3

1
konsisten berasaskan ajaran agama Islam seperti jujur, amanah dalam tanggungjawab,
mengambil berat, tolong-menolong dan sebagainya.

MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU

Manusia mempunyai dua unsur dalaman iaitu naluri dan akhlak.4 Ahli psikologi
mengaitkan naluri dengan motif biologi iaitu lapar, haus dan seks.5 Unsur dalaman ini akan
membentuk peribadi seseorang dalam melahirkan tindakan luaran. Menurut perspektif Islam,
sesuatu yang mendatangkan kerosakan kepada diri seseorang dan masyarakat perlu dikawal
supaya tidak mendatangkan mudarat. Tindakan dan cara hidup yang tidak dikawal oleh nilai
akhlak yang murni akan mendedahkan seseorang kepada tindakan dan budaya negatif seperti
penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, curang dan sebagainya.6

Nilai-nilai murni seperti rasa tanggungjawab, tidak menghina, berkasih sayang
bersifat amanah dan sebagainya hendaklah disemai bagi menyalurkan naluri manusia yang
suka kepada wanita, anak-anak dan kekayaan. Pengabaian terhadap tanggungjawab ini boleh
merosakkan struktur organisasi kekeluargaan dan masyarakat.7

Seseorang yang berpegang teguh kepada norma-norma agama akan sentiasa berfikir
bahawa segala tindakan yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal sama ada di
dunia mahupun di akhirat. Balasan yang dijanjikanNya ini boleh menjadi motivasi dalam

4

Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), h.21.
5

Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h.91-106.

6

Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia
IKIM, h.22.
7

Ibid, h.22.

2
mencapai kehidupan yang cemerlang di dunia dan di akhirat

8

seperti firman Allah SWT

yang berbunyi:






























   

























     
   
  
Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut):
ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa
sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan
ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.
(adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya)
sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang
menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)!
(Surah Muhammad : Ayat 15)
Firman Allah S.W.T lagi yang berbunyi:

    










   

8



Op.cit, h.22

3








   
    
  
KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah Yang benar. Sesungguhnya Dia
lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup
semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air
panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar
(Surah Yunus : Ayat : 4)

PENGERTIAN MODAL INSAN

Modal menurut Kamus Dewan ialah wang atau harta benda yang dipergunakan
sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan
atau mencapai sesuatu yang lain. Manakala manusia pula ditakrifkan sebagai makhluk yang
mempunyai akal budinya dan dengannya manusia dapat mencapai sesuatu yang lain. 9

Menurut perspektif Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang insan itu berpotensi
melalui akal, hati dan jasmani yang menjadi sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus
sistem. Allah SWT memberi petunjuk kepada makhluknya menerusi al-Quran dan Rasulullah
SAW memimpin umatnya melalui peribadinya sebagai modal insan yang terbaik dan menjadi
contoh teladan dalam menguruskan kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah tersebut

10

menerusi nilai-nilai akhlak. 11

9

Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
h.832
10

Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan
berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari
2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3 , Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013
Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf.

4
Firman Allah SWT yang berbunyi:

  


























   
Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah;
dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan
bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami
dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
( Surah al-‘Araf : 58 )

Seseorang yang mempunyai modal insan bererti memiliki sakhsiah yang terpuji ,
menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip, berintergriti, berwawasan,
berperancangan rapi, berketerampilan diri dan berakhlak terpuji.12

Pembangunan dalam Islam adalah satu proses dinamik dan harmonis dalam
meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhan di dunia dan di akhirat. Fokus utama
pembangunan dalam Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri.13

11

Abdul Aziz Mohd Zin, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2002, h.235
Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011), Profesionalisme
guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang, Prosiding Seminar Majlis
Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang : Universiti Putera Malaysia, h.1. Dimuat turun pada Oktober 29,
2013 , Daripada www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM
12

5
Pembangunan modal insan ini pula dilihat dari seluruh aspek manusia meliputi
jasmani dan rohani. 14 Malah, konsep pembangunan modal insan yang diutarakan oleh YAB
Perdana Menteri memperlihatkan satu agenda kerajaan dalam usaha meningkat dan
memperkukuhkan jati diri rakyat dalam segenap lapangan hidup. Kesedaran masyarakat
tentang peri pentingnya pembangunan modal insan memberi implikasi kepada usaha
mempertingkatkan lagi sistem pendidikan.

Falsafah dan prinsip Islam yang berjaya membina tamadun manusia umumnya dan
tamadun Islam khususnya tidak boleh disangkal. Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu
dan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya
pendidikan Islam berteraskan ilmu wahyu dan disokong oleh ilmu aqal. Kecemerlangan
peradaban dan pembangunan insan yang dinamik dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal
melahirkan ramai intelek Islam yang melahirkan pelbagai kepakaran.15

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi perutusannya di Hari Kemerdekaan
pada 30 Ogos 2005 menekankan pembangunan modal insan yang perlu dimantapkan oleh
setiap rakyatnya Malaysia :

13

Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan
berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25
Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.4 , Dimuat Turun pada September 29,
2013, Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad
14

Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan, Jurnal
Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h.168, Dimuat Turun pada Oktober 25, 2013,
Daripada www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?78.pdf.
15

Ibid, h.168-169.

6
“…Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang
secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, yang
mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai
kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara
ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajinserta
menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi”.

Pendidikan akhlak yang sempurna dapat melahirkan insan yang berkualiti sesuai
dengan penciptaan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Sebagaimana
firman Allah SWT yang berbunyi:









  
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu.
( Al-Quran, surah az-Zaariat (51) : 56)

Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen yang paling kritikal dalam
mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insan akan menjadi pembangunan
utama dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal

insan akan

dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau
dinamakan modal intelek. Modal intelek ini termasuk keupayaan keusahawanan dan

7
pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif
melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.16

Kesimpulannya, kejayaan pembangunan modal insan dapat direalisasikan dalam
mempertingkatkan peradaban ummah kelas pertama sebagaimana janji Allah SWT yang
berbunyi :









  














  
Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah
Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya,
dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka
dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Al-Quran, surah al-‘Araf (7) : 96)

KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN
16

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh
2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi,
di Parlimen pada 31 Mac 2006. , Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan

8
Pembangunan modal insan adalah keupayaan untuk meningkatkan kesejahteraan
masyarakat secara keseluruhan sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam proses yang
harmonis dan dinamik. Menurut Shohana, terdapat 6 konsep pembangunan insan berteraskan
Islam iaitu pembangunan ilmu, akidah, ibadah, anggota tujuh, rohani dan akhlak serta
pembangunan adab sosial.17

1. Pembangunan Ilmu
Pembangunan ilmu menjadi asas utama yang membawa ketakwaan kepada Allah SWT
Penguasaan ilmu meliputi ilmu fardu ain yang dikategorikan kepada ilmu Usuluddin, ilmu
Fiqah dan ilmu Tasawuf, menerangkan cara manusia mengurus sistem kehidupan di dunia
sebagai individu dan masyarakat. Mengutamakan ilmu fardu ain merupakan prinsip tarbiah
yang tepat kerana ilmu fardu ain yang juga dikenali dengan ilmu akhirat

18

mengandungi

prinsip keimanan, petunjuk serta peraturan iaitu syariat, ibadat dan akhlak yang bertindak
sebagai penyuluh kepada perkembangan ilmu fardu kifayah yang lain.19

Begitu juga dengan ilmu dunia. Manusia merupakan haiwan sosial yang perlu
menjalani kehidupan sosial bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Pemahaman

17

Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan.
Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3-14 Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf
18

Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.244

19

Shohana Hussin, ibid, h.3

9
ilmu yang boleh mendatangkan manfaat untuk diri, masyarakat agama dan negara seperti
ilmu saintifik, psikologi, pendidikan dan sebagainya juga penting untuk dipelajari.20
Kesepaduan kedua-dua ilmu ini menghasilkan insan yang tahu menjaga kepentingan
kesejahteraan hubungan dengan Allah SWT tanpa melupakan memelihara hubungan dan
tanggungjawab dengan manusia dan alam.21

2. Pembangunan Akidah
Memahami dasar Rukun Iman seperti sifat-sifat ketuhanan, kenabian dan hakikat-hakikat
ghaib merupakan peringkat pertama ke arah pembangunan keimanan insan. Kewajipan
beriman kepada Allah SWT diterangkan melalui kewajipan mendalami sifat ketuhanan yang
merupakan asas keimanan yang sentiasa dijadikan pegangan dalam seluruh aspek kehidupan
manusia.22

Pembangunan akidah ini menekankan aspek pembentukan akidah Islam yang menjadi
asas yang kukuh dalam membina sesebuah masyarakat untuk membanteras kezaliman,
penindasan dan pencabulan kepada kemuliaan seseorang insan. Asas akidah ini telah
membawa perubahan yang besar dalam masyarakat pada zaman Arab Jahilliyyah.23

20
21

22

Ab Aziz Mohd Zin, ibid , h.244-245
Shohana Hussin, ibid, h.4
Op.cit, h.6

23

Dr. Abdul Karim Zaidan, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur : Pustaka Salam, h.167168.

10
Menurut Abdul Karim Zaidan,24 terdapat tiga ciri dalam sistem sosial Islam iaitu
mengutamakan akhlak, berpegang kepada konsep keadilan dan melindungi institusi keluarga.

3. Pembangunan Ibadah
Pembangunan ibadah merupakan satu bentuk pengabdian diri dam merupakan manifestasi
kekuatan iman dan taqwa kepada Allah SWT Amal ibadah yang dirangkumkan dalam taklif
Rukun Islam merupakan pendekatan yang disarankan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani
dalam kitabnya Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin untuk membangunkan nilai
spiritual dan meningkatkan kesejahteraan dan kedamaian.

Aspek pembangunan ibadah yang disentuh di dalam kitab ini meliputi 13 perkara
ibadah. Senarai ibadah tersebut termasuklah adab qada hajat, wuduk, adab mandi, tayamum,
adab keluar masjid, adab masuk masjid hingga ke terbit matahari, adab bersedia untuk
mengerjakan solat, solat, adab imam dan makmum, adab hari Jumaat, puasa dan zikir. 25

4. Pembangunan Anggota Tujuh
Menurut pandangan Islam, taklif Ilahi ke atas setiap insan terbahagi kepada dua dimensi iaitu
taklif berbentuk suruhan dan taklif berbentuk larangan. Taklif berbentuk suruhan dinyatakan
melalui tuntutan kefardhuan ibadah khusus berupa amalan fardu dan amal soleh. Sementara
taklif kedua dihubungkan dengan tegahan yang bersangkutan dengan penggunaan anggota

24

Ibid, h. 173-226
Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan.
Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.8, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf
25

11
lahir manusia yang tujuh. Pembangunan ibadah menurut pandangan pengarang kitab ini
menekankan tumpuan ketaatan yang dituntut secara zahir terhadap anggota tujuh yang
terdapat pada jasad manusia yang ingin dibangunkan iaitu mata, telinga, lidah, perut,
kemaluan, tangan dan kaki. 26

5. Pembangunan Rohani dan Akhlak
Pembangunan akhlak sesama insan dan pembangunan akhlak dangan Allah SWT merupakan
dua bentuk pembangunan yang diklasifikasikan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki
maslakil-muttaqin ini. Sifat-sifat kesejahteraan hati insan yang dizahirkan oleh akhlak luaran
adalah satu bentuk pembangunan akhlak semasa manusia. Manakala pembinaan sifat-sifat
mulia yang tertanam di dalam hati adalah bentuk pembangunan akhlak dengan Allah SWT.

Pembangunan rohani dan akhlak modal insan dibincangkan dalam konteks maksiat
batin diklasifikasikan kepada sepuluh sifat kekejian yang menjadi halangan kepada
pencapaian kesejahteraan. Perkara yang boleh membangun kerohanian umat Islam
termasuklah amalan ibadat, zikir, munajat, doa, tawakal, Qiamullail, mujahadah, membaca
al-Quran dan sebagainya mampu meningkatkan pembangunan kejiwaan umat Islam. 27

26

Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan.
Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.10, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf
27

Ab Aziz Mohd Zin et al,(2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.246

12
Syeikh Abdul Samad al-Falimbani membentangkan secara teoritikal bahawa seseorang
insan boleh dibangunkan bagi mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup yang hakiki
dalam kitabnya Hidayah al-Salikin 28.

Sepuluh sifat ini dibincangkan secara terperinci di bawah sepuluh bab yang meliputi sifat
gemar kepada makan, gemar kepada bercakap, marah, hasad dengki, bakhil dan kasihkan
harta, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, takabbur dan membesar diri, ujub dan riya’.
Sementara sifat kepujian yang membantu melonjakkan kesejahteraan ialah taubat, khauf
(takut), zuhud, sabar, syukur, ikhlas dan benar, tawakal, mahabbah (kasihkan Allah), redha
dan mengingati mati.29

6. Pembangunan Adab Sosial
Adab adalah natijah isi kerohanian seseorang insan. Hasil daripada ketulusan dan kejernihan
hati budi seseorang akan dimanifestasikan melalui adab sopan dan tingkah laku yang telus
ikhlas. Perbincangan prinsip kesejahteraan dalam aspek pembangunan sosial yang
dibincangkan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin ini dibahaskan
melalui lima tahap aturan adab iaitu: 30
i.

Adab berhubungan dengan Allah SWT.

28

Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi
Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah.
29

Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi
Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah, hal. 175-251 Rujuk juga Al-Sheikh
Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, Dato’
Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, h.677-1488.
30

Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan.
Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.14, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf

13
ii.

Adab berinteraksi dalam keluarga

iii.

Adab dalam lingkungan pendidikan

iv.

Adab bersama sahabat

v.

Adab terhadap masyarakat Islam

MATLAMAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Terdapat dua matlamat Pembangunan Modal Insan : 31
1. Mencapai mardhatillah.
2. Mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup.

Kesejahteraan menjadi satu prinsip asas yang mendasari konsep pembangunan modal
insan berteraskan Islam. Kesejahteraan dan kedamaian dalam maksud al-falah merupakan
matlamat kedua selepas mencapai mardhatillah. Seseorang individu yang tidak berpegang
kepada prinsip kesejahteraan dan kedamaian bukan sahaja gagal membangunkan akal, jiwa
dan dirinya di dunia tetapi turut gagal menempatkan dirinya dalam golongan orang yang
mendapat hasanah di alam akhirat.

31

Shohana h.1-3

14
Allah SWT mengurniakan alam ini dengan pelbagai kenikmatan bagi memenuhi
keperluan insan. Oleh itu, pembangunan fizikal dengan pelbagai ilmu keduniaan dan
kemahiran penting dalam memakmurkan dunia.32 Perancangan fizikal juga boleh
menyumbang ke arah pendidikan insan dari aspek fizikal dan juga rohani. Antara tindakan
fizikal yang boleh membantu ke arah pembinaan insan adalah seperti berikut:33

1. Pembinaan kemudahan tempat ibadat, masjid, pusat pendidikan, perpustakaan, tamantaman riadah, tanah perkuburan, kawasan perniagaan, kawasan perumahan dan
kemudahan-kemudahan lain yang sesuai dengan sifat manusia yang memerlukan
pegangan agama, ilmu pengetahuan, pembangunan minda dan pengisian dari segi
rohani.

2. Memelihara alam sekitar daripada kemusnahan sebagai usaha menjaga dan
menghargai anugerah Pencipta yang mempunyai hikmah dalam segala ciptaannya.

3. Bentuk perancangan yang meletakkan elemen-elemen utama seperti masjid dan
institusi pendidikan di tempat yang menjadi tumpuan dan menghadap ke arah kiblat
sebagai elemen yang mengingatkan manusia kepada Pencipta.

4. Menyediakan elemen dan kemudahan-kemudahan yang dapat menjalin hubungan
yang dapat menjalin hubungan yang rapat sesama manusia dalam persekitaran
kejiranan yang bersesuaian serta mewujudkan peraturan bagi memastikan hak-hak
orang lain dihormati seperti dewan komuniti.

32

Ab Aziz Mohd Zin et al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.245

33

Laman web rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober 29, 2013,
Daripada
:
www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05PembangunanInsan.htm

15
5. Penerapan nilai-nilai kerohanian dalam pembinaan bangunan-bangunan dengan
menyediakan ruang-ruang ibadat yang khusus di bangunan-bangunan pejabat,
kompleks membeli-belah dan tempat tumpuan rekreasi.

KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN 34

Modal insan tidak saja harus dibangunkan dengan prinsip-prinsip nilai yang
berasaskan agama semata-mata tetapi memerlukan olahan bijaksana bagaimana cabaran
perubahan hari ini dapat dibentuk sesuai dengan acuan kita sendiri. Faktor nilai adalah faktor
yang amat penting dalam proses membangunkan modal insan.

Oleh itu, nilai moral, etika dan akhlak iaitu standard atau prinsip untuk mengukur dan
menghukum sama ada sesuatu perlakuan dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai
keputusan etika. Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan
kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab, amanah dan jujur yang mendorong
rakyatnya berganding bahu membangun negara atau tamadun.

Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus,
benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan
juga kepada orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika, dalam erti
kata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan
tujuan untuk mendapatkan keredaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan,
pujian dan pengiktirafan daripada manusia.

Selain itu, akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku yang baik
adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan
34

Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan
berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari
2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.7-8 , Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013
Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad

16
keredaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta bagi semua makhluk. Oleh itu konsep akhlak
mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala
makhluk. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang
membuahkan dalam perlakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani. Akhlak sangat penting
untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan
pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu
kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya memacu dan
membina tamadun manusia.

MODAL INSAN : CABARAN DAN PENYELESAIAN 35

Dalam membangun modal insan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat
masa kini. Antara cabaran-cabarannya ialah:
a) Amalan rasuah yang masih menjadi amalan dalam sesetengah organisasi yang akan
melemahkan sistem pengurusan.

b) Jenayah berat yang kian meningkat seperti membunuh, merompak, merogol sering
menjadi bahan berita utama di media massa sama ada cetak atau elektronik. Ini menunjukkan
bahawa manusia sudah tidak mempunyai moral atau muflisnya nilai harmoni dalam diri
masyarakat itu sendiri.

c) Hubungan kekeluargaan yang kian renggang. Manusia kini kurang mementingkan
hubungan kekeluargaan. Kejadian penderaan anak-anak kecil, dicabul dan dirogol kini
menjadi semakin serius. Hal ini terjadi kerana nilai dan perasaan kasih sayang sudah pudar
dan terhakis dalam konteks hubungan kekeluargaan.

35

Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar,ibid , h.8-12

17
d) Terdapat segolongan manusia yang begitu rakus menebus tanah untuk pembangunan. Ini
kerana manusia sangat mementingkan pembangunan fizikal tanpa mengambil kira
kepentingan pembangunan mapan. Kegiatan pembalakan dan pembersihan hutan untuk
menjalankan projek pembangunan tidak memberi pertimbangan kepada keceriaan dan
keseimbangan alam sekitar. Dalam erti kata lain, konsep pembangunan mapan tidak
dilaksanakan dengan sewajarnya.

e) Kadar pengangguran di kalangan siswazah menjadi isu negara. Pengangguran siswazah
menjadi salah satu isu penting negara. Kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah
kerana kekurangan pelbagai kemahiran generik yang dikehendaki oleh pihak industri atau
organisasi. Di samping itu, siswazah kurang berkemahiran dari aspek komunikasi, kerja
berpasukan, kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran teknologi maklumat dan sebagainya.

PENYELESAIAN KEPADA CABARAN
Setiap cabaran atau masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.
Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan insan semestinya
memerlukan kepada sifat-sifat mahmudah seperti sikap amanah, tanggungjawab, toleransi,
ilmu pengetahuan agama yang mantap serta hubungan kasih sayang antara manusia dengan
Pencipta dan hubungan yang baik antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, dalam
pembangunan masyarakat kini nilai-nilai dan sikap amanah perlulah diterapkan dalam diri
masing-masing. Ini kerana selagi umat Islam memelihara amanah Allah S.W.T maka akan
lurus segala amalan dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Pekerja adalah pemegang
amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya. Antara tonggak penting bagi seorang
pekerja yang baik ialah:
a) Kemampuan melaksanakan kerjanya.
b) Amanah dalam melaksanakan kerjanya.

18
Amanah adalah sifat terpuji dan terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik
yang mesti dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan dengan
sesuatu tanggungjawab dan sering berurusan dengan orang lain. Dengan adanya sifat amanah
dan tanggungjawab serta ikhlasnya seseorang itu bekerja kerana Allah, dengan pastinya
masalah rasuah, curi tulang, penipuan, pecah amanah dan sebagainya tidak akan berlaku pada
masyarakat kini. Selain itu, antara penyelesaian kepada kebahagiaan rumah tangga yang
harmoni adalah melalui penekanan dari aspek agama, kerohanian, jasmani yang menjadi
landasan utama.

Segala aktiviti hidup dan aspek kehidupan manusia mestilah didasarkan kepada sifat
takwa, kerana ia merupakan tujuan akhir dan punca segala bentuk aktiviti dan tingkah laku.
Sifat ini juga merupakan kunci keberkatan rezeki, keamanan, kemakmuran, ketenteraman dan
kesejahteraan. Takwa mengatur kebudayaan iaitu perhubungan manusia dengan tuhan,
hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungannya dengan alam sekeliling.

Selain itu, penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah pada
hari ini adalah berdasarkan kepada kualiti modal insan yang bergantung pada kekuatan ilmu
dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh seseorang. Ilmu merangkumi bidang yang
luas dan pelbagai. Orang yang berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang
dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja, berakhlak dengan akhlak yang
baik, melaksanakan ajaran Islam mengikut apa yang diajar oleh Islam. Menyedari kehidupan
yang sementara ini, manusia hendaklah menggunakan masa yang ada untuk seluruh
kehidupan mereka. Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti
akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus diri dengan masa yang ada. Masa yang ada
digunakan untuk belajar, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat hingga tercapai matlamat
kehidupan yang sebenar.

Elemen lain ialah menggunakan akal fikiran dengan sebaik mungkin. Akal yang
sempurna berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah mampu meletakkan manusia menjadi
khalifah (pentadbir) alam dengan sebaik mungkin. Penggunaan akal yang maksimum mampu

19
untuk menjadikan manusia berjaya di dalam perkara yang dilakukannya. Firman Allah SWT
yang berbunyi:









  






 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang
yang berakal;

(Al-Quran, surah Ali Imran (3) : 190)

PENUTUP
Kesimpulannya, elemen pembangunan Insan adalah merupakan nadi utama dalam
kerangka menjana kesejahteraan masyarakat. Pembangunan insan melalui dimensnya yang
tersendiri adalah satu kekuatan yang mampu merubah seluruh kehidupan ke arah kebaikan
dan kebahagiaan yang sebenarnya. Dalam konteks ajaran Islam, insan adalah modal
terpenting yang perlu dibangunkan segala kapasitinya demi untuk menjana dan
membangunkan peradaban umat secara total. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam
konteks membangunkan modal insan hakikatnya potensi insan tetap mampu dibangunkan
melalui proses pendidikan dan pembangunan yang bersifat menyeluruh. Kejayaan dan
kesejahteraan masyarakat dan umat mesti dicipta dan dijana berasaskan kepada keutuhan dan
kekuatan ajaran Islam itu sendiri. Justeru, pembangunan modal insan perlu dipastikan terus
menjadi teras dalam mengupayakan masyarakat ke arah nilai kesejahteraan yang sebenarnya.

20
BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya

Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal
insan, Jurnal Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Dimuat Turun
pada Oktober 25, 2013, Daripada
www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?78.pdf.

Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM).

Abdul Aziz Mohd Zin,(2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Abdul Karim Zaidan Dr, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur :
Pustaka Salam.

Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mau’izhoh al-Mukminin
min Ihya’ Ulumuddin, Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr,

21
Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011),
Profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan
seimbang, Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang :
Universiti Putera Malaysia, Dimuat turun pada Oktober 29, 2013 , Daripada
www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM

Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah
kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan
Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan
Sharif

Ali,

Dimuat

Turun

pada

Oktober

29,

2013

Daripada

http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad

Shohana Hussin,

(2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan

pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25
Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat turun pada
Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf

Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin,
Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah.

Rujukan laman web :
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober
29,
2013,
Daripada
www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05Pembanguna
nInsan.htm

22
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan

23

More Related Content

What's hot

Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunairenahmad
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratFatin Ain Nabila
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxMok Ming yan
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifAinismaira Smile
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 

What's hot (20)

Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Kaedah bercerita
Kaedah berceritaKaedah bercerita
Kaedah bercerita
 
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
 
Pedagogi berkesan
Pedagogi berkesanPedagogi berkesan
Pedagogi berkesan
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Huraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppmHuraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppm
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitif
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 

Viewers also liked

Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0   youtube slide share docstoc scribdWeb 2.0   youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribdZainal Osman
 
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
 KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAHShariff Syapruddin
 
Shikin rosli
Shikin rosliShikin rosli
Shikin roslicgzue123
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanRizki Lia Ismawati
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjAzura Aqura
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Hamidah Adong
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Mohamed Amin Embi
 
Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)fazrul
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1Cg Zue
 

Viewers also liked (15)

Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0   youtube slide share docstoc scribdWeb 2.0   youtube slide share docstoc scribd
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
 
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
 KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
 
Unit 1 final
Unit 1 finalUnit 1 final
Unit 1 final
 
Shikin rosli
Shikin rosliShikin rosli
Shikin rosli
 
20150217220202 unit 1
20150217220202 unit 120150217220202 unit 1
20150217220202 unit 1
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjj
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
 
Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1
 

Similar to MODALINSAN

Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadunajiex96
 
(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1sadn1013
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratsakura rena
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamIzzat Najmi
 
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
 lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamnur afrina
 
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamlmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamnur afrina
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islamsafwanpbs
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Filsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamFilsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamIdrus Abidin
 
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk AnakMetode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk AnakGuru Online
 
analisis tujuan pendidikan nasional
analisis tujuan pendidikan nasionalanalisis tujuan pendidikan nasional
analisis tujuan pendidikan nasionalsofwan jamiel
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaSuhaiza Shuib
 

Similar to MODALINSAN (20)

ISLAM HADHARI
ISLAM HADHARIISLAM HADHARI
ISLAM HADHARI
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadun
 
Nota bab-2
Nota bab-2Nota bab-2
Nota bab-2
 
(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1(Sadn1013 h) kump 1
(Sadn1013 h) kump 1
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
 lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
 
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamlmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islam
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Filsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islamFilsafat pendidikan islam
Filsafat pendidikan islam
 
Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk AnakMetode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
 
Uas muhen
Uas muhenUas muhen
Uas muhen
 
analisis tujuan pendidikan nasional
analisis tujuan pendidikan nasionalanalisis tujuan pendidikan nasional
analisis tujuan pendidikan nasional
 
Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
 
Islam dan Kebudayaan
Islam dan KebudayaanIslam dan Kebudayaan
Islam dan Kebudayaan
 

MODALINSAN

  • 1. MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Oleh: Azura binti Awang PENDAHULUAN Pembangunan modal insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka membangunkan sesebuah masyarakat yang maju dan proaktif yang diredai Allah SWT. Membina dan membina dan membangunkan masyarakat sejahtera adalah merupakan persoalan yang amat penting dan relevan untuk dibincangkan secara serius dalam arus perdana masa kini. Kesejahteraan yang diidamkan perlu dibangunkan secara kolektif berasaskan kepada teras penting dalam sistem pembangunan iaitu melalui amalan pembangunan insan.1 Insan adalah modal utama kepada sesebuah masyarakat yang mesti dicanang dan dibentuk berteraskan nilai-nilai mulia dalam agama Islam.2 Insan yang terbangun dengan jiwa dan mindanya mampu membangunkan seluruh peradaban dan kehidupan umat Islam keseluruhannya.3 Justeru, pembangunan insan adalah tunggak terpenting dalam membina masyarakat Islam yang rabbani. Membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah jalan yang mesti dilalui dan perlu diaplikasikan ke dalam seluruh ahli masyarakat. Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pengamalan akhlak dan menyeluruh secara 1 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Feb 2010, Brunei Darussalam : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf. 2 Ibid, hal.2 3 Op.cit hal.3 1
  • 2. konsisten berasaskan ajaran agama Islam seperti jujur, amanah dalam tanggungjawab, mengambil berat, tolong-menolong dan sebagainya. MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU Manusia mempunyai dua unsur dalaman iaitu naluri dan akhlak.4 Ahli psikologi mengaitkan naluri dengan motif biologi iaitu lapar, haus dan seks.5 Unsur dalaman ini akan membentuk peribadi seseorang dalam melahirkan tindakan luaran. Menurut perspektif Islam, sesuatu yang mendatangkan kerosakan kepada diri seseorang dan masyarakat perlu dikawal supaya tidak mendatangkan mudarat. Tindakan dan cara hidup yang tidak dikawal oleh nilai akhlak yang murni akan mendedahkan seseorang kepada tindakan dan budaya negatif seperti penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, curang dan sebagainya.6 Nilai-nilai murni seperti rasa tanggungjawab, tidak menghina, berkasih sayang bersifat amanah dan sebagainya hendaklah disemai bagi menyalurkan naluri manusia yang suka kepada wanita, anak-anak dan kekayaan. Pengabaian terhadap tanggungjawab ini boleh merosakkan struktur organisasi kekeluargaan dan masyarakat.7 Seseorang yang berpegang teguh kepada norma-norma agama akan sentiasa berfikir bahawa segala tindakan yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal sama ada di dunia mahupun di akhirat. Balasan yang dijanjikanNya ini boleh menjadi motivasi dalam 4 Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), h.21. 5 Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h.91-106. 6 Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM, h.22. 7 Ibid, h.22. 2
  • 3. mencapai kehidupan yang cemerlang di dunia dan di akhirat 8 seperti firman Allah SWT yang berbunyi:                                                 Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)! (Surah Muhammad : Ayat 15) Firman Allah S.W.T lagi yang berbunyi:                8  Op.cit, h.22 3 
  • 4.                KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah Yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar (Surah Yunus : Ayat : 4) PENGERTIAN MODAL INSAN Modal menurut Kamus Dewan ialah wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Manakala manusia pula ditakrifkan sebagai makhluk yang mempunyai akal budinya dan dengannya manusia dapat mencapai sesuatu yang lain. 9 Menurut perspektif Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang insan itu berpotensi melalui akal, hati dan jasmani yang menjadi sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Allah SWT memberi petunjuk kepada makhluknya menerusi al-Quran dan Rasulullah SAW memimpin umatnya melalui peribadinya sebagai modal insan yang terbaik dan menjadi contoh teladan dalam menguruskan kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah tersebut 10 menerusi nilai-nilai akhlak. 11 9 Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.832 10 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3 , Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf. 4
  • 5. Firman Allah SWT yang berbunyi:                     Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur. ( Surah al-‘Araf : 58 ) Seseorang yang mempunyai modal insan bererti memiliki sakhsiah yang terpuji , menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip, berintergriti, berwawasan, berperancangan rapi, berketerampilan diri dan berakhlak terpuji.12 Pembangunan dalam Islam adalah satu proses dinamik dan harmonis dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhan di dunia dan di akhirat. Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri.13 11 Abdul Aziz Mohd Zin, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2002, h.235 Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011), Profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang, Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang : Universiti Putera Malaysia, h.1. Dimuat turun pada Oktober 29, 2013 , Daripada www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM 12 5
  • 6. Pembangunan modal insan ini pula dilihat dari seluruh aspek manusia meliputi jasmani dan rohani. 14 Malah, konsep pembangunan modal insan yang diutarakan oleh YAB Perdana Menteri memperlihatkan satu agenda kerajaan dalam usaha meningkat dan memperkukuhkan jati diri rakyat dalam segenap lapangan hidup. Kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pembangunan modal insan memberi implikasi kepada usaha mempertingkatkan lagi sistem pendidikan. Falsafah dan prinsip Islam yang berjaya membina tamadun manusia umumnya dan tamadun Islam khususnya tidak boleh disangkal. Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu dan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya pendidikan Islam berteraskan ilmu wahyu dan disokong oleh ilmu aqal. Kecemerlangan peradaban dan pembangunan insan yang dinamik dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal melahirkan ramai intelek Islam yang melahirkan pelbagai kepakaran.15 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi perutusannya di Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2005 menekankan pembangunan modal insan yang perlu dimantapkan oleh setiap rakyatnya Malaysia : 13 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.4 , Dimuat Turun pada September 29, 2013, Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad 14 Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan, Jurnal Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h.168, Dimuat Turun pada Oktober 25, 2013, Daripada www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?78.pdf. 15 Ibid, h.168-169. 6
  • 7. “…Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajinserta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi”. Pendidikan akhlak yang sempurna dapat melahirkan insan yang berkualiti sesuai dengan penciptaan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi:        Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( Al-Quran, surah az-Zaariat (51) : 56) Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen yang paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insan akan menjadi pembangunan utama dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau dinamakan modal intelek. Modal intelek ini termasuk keupayaan keusahawanan dan 7
  • 8. pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.16 Kesimpulannya, kejayaan pembangunan modal insan dapat direalisasikan dalam mempertingkatkan peradaban ummah kelas pertama sebagaimana janji Allah SWT yang berbunyi :                    Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-Quran, surah al-‘Araf (7) : 96) KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN 16 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006. , Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan 8
  • 9. Pembangunan modal insan adalah keupayaan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam proses yang harmonis dan dinamik. Menurut Shohana, terdapat 6 konsep pembangunan insan berteraskan Islam iaitu pembangunan ilmu, akidah, ibadah, anggota tujuh, rohani dan akhlak serta pembangunan adab sosial.17 1. Pembangunan Ilmu Pembangunan ilmu menjadi asas utama yang membawa ketakwaan kepada Allah SWT Penguasaan ilmu meliputi ilmu fardu ain yang dikategorikan kepada ilmu Usuluddin, ilmu Fiqah dan ilmu Tasawuf, menerangkan cara manusia mengurus sistem kehidupan di dunia sebagai individu dan masyarakat. Mengutamakan ilmu fardu ain merupakan prinsip tarbiah yang tepat kerana ilmu fardu ain yang juga dikenali dengan ilmu akhirat 18 mengandungi prinsip keimanan, petunjuk serta peraturan iaitu syariat, ibadat dan akhlak yang bertindak sebagai penyuluh kepada perkembangan ilmu fardu kifayah yang lain.19 Begitu juga dengan ilmu dunia. Manusia merupakan haiwan sosial yang perlu menjalani kehidupan sosial bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Pemahaman 17 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3-14 Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 18 Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.244 19 Shohana Hussin, ibid, h.3 9
  • 10. ilmu yang boleh mendatangkan manfaat untuk diri, masyarakat agama dan negara seperti ilmu saintifik, psikologi, pendidikan dan sebagainya juga penting untuk dipelajari.20 Kesepaduan kedua-dua ilmu ini menghasilkan insan yang tahu menjaga kepentingan kesejahteraan hubungan dengan Allah SWT tanpa melupakan memelihara hubungan dan tanggungjawab dengan manusia dan alam.21 2. Pembangunan Akidah Memahami dasar Rukun Iman seperti sifat-sifat ketuhanan, kenabian dan hakikat-hakikat ghaib merupakan peringkat pertama ke arah pembangunan keimanan insan. Kewajipan beriman kepada Allah SWT diterangkan melalui kewajipan mendalami sifat ketuhanan yang merupakan asas keimanan yang sentiasa dijadikan pegangan dalam seluruh aspek kehidupan manusia.22 Pembangunan akidah ini menekankan aspek pembentukan akidah Islam yang menjadi asas yang kukuh dalam membina sesebuah masyarakat untuk membanteras kezaliman, penindasan dan pencabulan kepada kemuliaan seseorang insan. Asas akidah ini telah membawa perubahan yang besar dalam masyarakat pada zaman Arab Jahilliyyah.23 20 21 22 Ab Aziz Mohd Zin, ibid , h.244-245 Shohana Hussin, ibid, h.4 Op.cit, h.6 23 Dr. Abdul Karim Zaidan, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur : Pustaka Salam, h.167168. 10
  • 11. Menurut Abdul Karim Zaidan,24 terdapat tiga ciri dalam sistem sosial Islam iaitu mengutamakan akhlak, berpegang kepada konsep keadilan dan melindungi institusi keluarga. 3. Pembangunan Ibadah Pembangunan ibadah merupakan satu bentuk pengabdian diri dam merupakan manifestasi kekuatan iman dan taqwa kepada Allah SWT Amal ibadah yang dirangkumkan dalam taklif Rukun Islam merupakan pendekatan yang disarankan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dalam kitabnya Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin untuk membangunkan nilai spiritual dan meningkatkan kesejahteraan dan kedamaian. Aspek pembangunan ibadah yang disentuh di dalam kitab ini meliputi 13 perkara ibadah. Senarai ibadah tersebut termasuklah adab qada hajat, wuduk, adab mandi, tayamum, adab keluar masjid, adab masuk masjid hingga ke terbit matahari, adab bersedia untuk mengerjakan solat, solat, adab imam dan makmum, adab hari Jumaat, puasa dan zikir. 25 4. Pembangunan Anggota Tujuh Menurut pandangan Islam, taklif Ilahi ke atas setiap insan terbahagi kepada dua dimensi iaitu taklif berbentuk suruhan dan taklif berbentuk larangan. Taklif berbentuk suruhan dinyatakan melalui tuntutan kefardhuan ibadah khusus berupa amalan fardu dan amal soleh. Sementara taklif kedua dihubungkan dengan tegahan yang bersangkutan dengan penggunaan anggota 24 Ibid, h. 173-226 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.8, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 25 11
  • 12. lahir manusia yang tujuh. Pembangunan ibadah menurut pandangan pengarang kitab ini menekankan tumpuan ketaatan yang dituntut secara zahir terhadap anggota tujuh yang terdapat pada jasad manusia yang ingin dibangunkan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki. 26 5. Pembangunan Rohani dan Akhlak Pembangunan akhlak sesama insan dan pembangunan akhlak dangan Allah SWT merupakan dua bentuk pembangunan yang diklasifikasikan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin ini. Sifat-sifat kesejahteraan hati insan yang dizahirkan oleh akhlak luaran adalah satu bentuk pembangunan akhlak semasa manusia. Manakala pembinaan sifat-sifat mulia yang tertanam di dalam hati adalah bentuk pembangunan akhlak dengan Allah SWT. Pembangunan rohani dan akhlak modal insan dibincangkan dalam konteks maksiat batin diklasifikasikan kepada sepuluh sifat kekejian yang menjadi halangan kepada pencapaian kesejahteraan. Perkara yang boleh membangun kerohanian umat Islam termasuklah amalan ibadat, zikir, munajat, doa, tawakal, Qiamullail, mujahadah, membaca al-Quran dan sebagainya mampu meningkatkan pembangunan kejiwaan umat Islam. 27 26 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.10, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 27 Ab Aziz Mohd Zin et al,(2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.246 12
  • 13. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani membentangkan secara teoritikal bahawa seseorang insan boleh dibangunkan bagi mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup yang hakiki dalam kitabnya Hidayah al-Salikin 28. Sepuluh sifat ini dibincangkan secara terperinci di bawah sepuluh bab yang meliputi sifat gemar kepada makan, gemar kepada bercakap, marah, hasad dengki, bakhil dan kasihkan harta, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, takabbur dan membesar diri, ujub dan riya’. Sementara sifat kepujian yang membantu melonjakkan kesejahteraan ialah taubat, khauf (takut), zuhud, sabar, syukur, ikhlas dan benar, tawakal, mahabbah (kasihkan Allah), redha dan mengingati mati.29 6. Pembangunan Adab Sosial Adab adalah natijah isi kerohanian seseorang insan. Hasil daripada ketulusan dan kejernihan hati budi seseorang akan dimanifestasikan melalui adab sopan dan tingkah laku yang telus ikhlas. Perbincangan prinsip kesejahteraan dalam aspek pembangunan sosial yang dibincangkan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin ini dibahaskan melalui lima tahap aturan adab iaitu: 30 i. Adab berhubungan dengan Allah SWT. 28 Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah. 29 Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah, hal. 175-251 Rujuk juga Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, h.677-1488. 30 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.14, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 13
  • 14. ii. Adab berinteraksi dalam keluarga iii. Adab dalam lingkungan pendidikan iv. Adab bersama sahabat v. Adab terhadap masyarakat Islam MATLAMAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN Terdapat dua matlamat Pembangunan Modal Insan : 31 1. Mencapai mardhatillah. 2. Mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup. Kesejahteraan menjadi satu prinsip asas yang mendasari konsep pembangunan modal insan berteraskan Islam. Kesejahteraan dan kedamaian dalam maksud al-falah merupakan matlamat kedua selepas mencapai mardhatillah. Seseorang individu yang tidak berpegang kepada prinsip kesejahteraan dan kedamaian bukan sahaja gagal membangunkan akal, jiwa dan dirinya di dunia tetapi turut gagal menempatkan dirinya dalam golongan orang yang mendapat hasanah di alam akhirat. 31 Shohana h.1-3 14
  • 15. Allah SWT mengurniakan alam ini dengan pelbagai kenikmatan bagi memenuhi keperluan insan. Oleh itu, pembangunan fizikal dengan pelbagai ilmu keduniaan dan kemahiran penting dalam memakmurkan dunia.32 Perancangan fizikal juga boleh menyumbang ke arah pendidikan insan dari aspek fizikal dan juga rohani. Antara tindakan fizikal yang boleh membantu ke arah pembinaan insan adalah seperti berikut:33 1. Pembinaan kemudahan tempat ibadat, masjid, pusat pendidikan, perpustakaan, tamantaman riadah, tanah perkuburan, kawasan perniagaan, kawasan perumahan dan kemudahan-kemudahan lain yang sesuai dengan sifat manusia yang memerlukan pegangan agama, ilmu pengetahuan, pembangunan minda dan pengisian dari segi rohani. 2. Memelihara alam sekitar daripada kemusnahan sebagai usaha menjaga dan menghargai anugerah Pencipta yang mempunyai hikmah dalam segala ciptaannya. 3. Bentuk perancangan yang meletakkan elemen-elemen utama seperti masjid dan institusi pendidikan di tempat yang menjadi tumpuan dan menghadap ke arah kiblat sebagai elemen yang mengingatkan manusia kepada Pencipta. 4. Menyediakan elemen dan kemudahan-kemudahan yang dapat menjalin hubungan yang dapat menjalin hubungan yang rapat sesama manusia dalam persekitaran kejiranan yang bersesuaian serta mewujudkan peraturan bagi memastikan hak-hak orang lain dihormati seperti dewan komuniti. 32 Ab Aziz Mohd Zin et al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.245 33 Laman web rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober 29, 2013, Daripada : www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05PembangunanInsan.htm 15
  • 16. 5. Penerapan nilai-nilai kerohanian dalam pembinaan bangunan-bangunan dengan menyediakan ruang-ruang ibadat yang khusus di bangunan-bangunan pejabat, kompleks membeli-belah dan tempat tumpuan rekreasi. KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN 34 Modal insan tidak saja harus dibangunkan dengan prinsip-prinsip nilai yang berasaskan agama semata-mata tetapi memerlukan olahan bijaksana bagaimana cabaran perubahan hari ini dapat dibentuk sesuai dengan acuan kita sendiri. Faktor nilai adalah faktor yang amat penting dalam proses membangunkan modal insan. Oleh itu, nilai moral, etika dan akhlak iaitu standard atau prinsip untuk mengukur dan menghukum sama ada sesuatu perlakuan dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai keputusan etika. Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab, amanah dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangun negara atau tamadun. Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika, dalam erti kata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia. Selain itu, akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku yang baik adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan 34 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.7-8 , Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad 16
  • 17. keredaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta bagi semua makhluk. Oleh itu konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala makhluk. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkan dalam perlakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani. Akhlak sangat penting untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya memacu dan membina tamadun manusia. MODAL INSAN : CABARAN DAN PENYELESAIAN 35 Dalam membangun modal insan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat masa kini. Antara cabaran-cabarannya ialah: a) Amalan rasuah yang masih menjadi amalan dalam sesetengah organisasi yang akan melemahkan sistem pengurusan. b) Jenayah berat yang kian meningkat seperti membunuh, merompak, merogol sering menjadi bahan berita utama di media massa sama ada cetak atau elektronik. Ini menunjukkan bahawa manusia sudah tidak mempunyai moral atau muflisnya nilai harmoni dalam diri masyarakat itu sendiri. c) Hubungan kekeluargaan yang kian renggang. Manusia kini kurang mementingkan hubungan kekeluargaan. Kejadian penderaan anak-anak kecil, dicabul dan dirogol kini menjadi semakin serius. Hal ini terjadi kerana nilai dan perasaan kasih sayang sudah pudar dan terhakis dalam konteks hubungan kekeluargaan. 35 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar,ibid , h.8-12 17
  • 18. d) Terdapat segolongan manusia yang begitu rakus menebus tanah untuk pembangunan. Ini kerana manusia sangat mementingkan pembangunan fizikal tanpa mengambil kira kepentingan pembangunan mapan. Kegiatan pembalakan dan pembersihan hutan untuk menjalankan projek pembangunan tidak memberi pertimbangan kepada keceriaan dan keseimbangan alam sekitar. Dalam erti kata lain, konsep pembangunan mapan tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. e) Kadar pengangguran di kalangan siswazah menjadi isu negara. Pengangguran siswazah menjadi salah satu isu penting negara. Kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah kerana kekurangan pelbagai kemahiran generik yang dikehendaki oleh pihak industri atau organisasi. Di samping itu, siswazah kurang berkemahiran dari aspek komunikasi, kerja berpasukan, kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran teknologi maklumat dan sebagainya. PENYELESAIAN KEPADA CABARAN Setiap cabaran atau masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan insan semestinya memerlukan kepada sifat-sifat mahmudah seperti sikap amanah, tanggungjawab, toleransi, ilmu pengetahuan agama yang mantap serta hubungan kasih sayang antara manusia dengan Pencipta dan hubungan yang baik antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, dalam pembangunan masyarakat kini nilai-nilai dan sikap amanah perlulah diterapkan dalam diri masing-masing. Ini kerana selagi umat Islam memelihara amanah Allah S.W.T maka akan lurus segala amalan dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Pekerja adalah pemegang amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya. Antara tonggak penting bagi seorang pekerja yang baik ialah: a) Kemampuan melaksanakan kerjanya. b) Amanah dalam melaksanakan kerjanya. 18
  • 19. Amanah adalah sifat terpuji dan terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik yang mesti dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab dan sering berurusan dengan orang lain. Dengan adanya sifat amanah dan tanggungjawab serta ikhlasnya seseorang itu bekerja kerana Allah, dengan pastinya masalah rasuah, curi tulang, penipuan, pecah amanah dan sebagainya tidak akan berlaku pada masyarakat kini. Selain itu, antara penyelesaian kepada kebahagiaan rumah tangga yang harmoni adalah melalui penekanan dari aspek agama, kerohanian, jasmani yang menjadi landasan utama. Segala aktiviti hidup dan aspek kehidupan manusia mestilah didasarkan kepada sifat takwa, kerana ia merupakan tujuan akhir dan punca segala bentuk aktiviti dan tingkah laku. Sifat ini juga merupakan kunci keberkatan rezeki, keamanan, kemakmuran, ketenteraman dan kesejahteraan. Takwa mengatur kebudayaan iaitu perhubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungannya dengan alam sekeliling. Selain itu, penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah pada hari ini adalah berdasarkan kepada kualiti modal insan yang bergantung pada kekuatan ilmu dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh seseorang. Ilmu merangkumi bidang yang luas dan pelbagai. Orang yang berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja, berakhlak dengan akhlak yang baik, melaksanakan ajaran Islam mengikut apa yang diajar oleh Islam. Menyedari kehidupan yang sementara ini, manusia hendaklah menggunakan masa yang ada untuk seluruh kehidupan mereka. Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus diri dengan masa yang ada. Masa yang ada digunakan untuk belajar, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat hingga tercapai matlamat kehidupan yang sebenar. Elemen lain ialah menggunakan akal fikiran dengan sebaik mungkin. Akal yang sempurna berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah mampu meletakkan manusia menjadi khalifah (pentadbir) alam dengan sebaik mungkin. Penggunaan akal yang maksimum mampu 19
  • 20. untuk menjadikan manusia berjaya di dalam perkara yang dilakukannya. Firman Allah SWT yang berbunyi:             Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Al-Quran, surah Ali Imran (3) : 190) PENUTUP Kesimpulannya, elemen pembangunan Insan adalah merupakan nadi utama dalam kerangka menjana kesejahteraan masyarakat. Pembangunan insan melalui dimensnya yang tersendiri adalah satu kekuatan yang mampu merubah seluruh kehidupan ke arah kebaikan dan kebahagiaan yang sebenarnya. Dalam konteks ajaran Islam, insan adalah modal terpenting yang perlu dibangunkan segala kapasitinya demi untuk menjana dan membangunkan peradaban umat secara total. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam konteks membangunkan modal insan hakikatnya potensi insan tetap mampu dibangunkan melalui proses pendidikan dan pembangunan yang bersifat menyeluruh. Kejayaan dan kesejahteraan masyarakat dan umat mesti dicipta dan dijana berasaskan kepada keutuhan dan kekuatan ajaran Islam itu sendiri. Justeru, pembangunan modal insan perlu dipastikan terus menjadi teras dalam mengupayakan masyarakat ke arah nilai kesejahteraan yang sebenarnya. 20
  • 21. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan, Jurnal Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Dimuat Turun pada Oktober 25, 2013, Daripada www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?78.pdf. Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Abdul Aziz Mohd Zin,(2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Abdul Karim Zaidan Dr, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, 21
  • 22. Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011), Profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang, Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang : Universiti Putera Malaysia, Dimuat turun pada Oktober 29, 2013 , Daripada www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah. Rujukan laman web : Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober 29, 2013, Daripada www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05Pembanguna nInsan.htm 22
  • 23. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan 23