SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
KERTAS CADANGAN PENGAJIAN




TAJUK: PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
KEPADA ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS : KAJIAN KES DI SK. BUKIT
                           RAYA.




                  OLEH: AZURA BINTI AWANG

                         (GP 01905)

                  FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

                   DAKWAH DAN KEPIMPINAN

                        UKM, BANGI.

                             1
1.1.   PERNYATAAN MASALAH

       Di saat kelahiran seseorang kanak-kanak, harapan kedua ibu bapa adalah
semoga bayi yang dilahirkan itu selamat, sempurna dan tidak cacat. Anak yang
mengalami kecacatan fizikal atau bukan fizikal adalah satu igauan buruk bagi sesebuah
keluarga. Namun, ujian ini mesti dihadapi dengan hati yang redha. Anak yang
berkeperluan khas ini mesti diberi kasih sayang dan diberi didikan yang sama seperti
anak-anak normal dan sempurna yang lain.

       Proses pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa merupakan acuan bagi
mencorakkan kehidupan anak istimewa. Penerapan nilai-nilai Islam banyak ditekankan
oleh ibu bapa bagi anak-anak normal. Persoalannya, adakah sama penerapan dan
nilai-nilai Islam diberikan kepada anak-anak berkeperluan khas dan anak normal oleh
ibu bapa masing-masing?

       Cabaran utama yang menjadi persoalan kajian ini ialah penerimaan ibu bapa
kepada kanak-kanak istimewa itu sendiri. Kajian barat mendapati tidak semua ibu bapa
dapat menerima kehadiran anak istimewa (Belgrave, 1991 ; Heinmann & Shontz, 1992 ;
Linkowski & Dunn, 1994). Stigma sosial yang negatif dan diskriminasi masyarakat yang
menyebabkan ibu bapa takut menerima kenyataan mereka adalah ibu atau bapa
kepada kanak-kanak istimewa tersebut (Nancy 1999).

       Banyak kajian juga menunjukkan ibu bapa mengalami tekanan yang hebat dalam
membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas. Tekanan tersebut tentu
akan menjadi berbeza dan lebih mencabar bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak
berkeperluan khas dan mempunyai masalah perkembangan pembesaran.


       Terdapat enam jenis emosi yang diekspresikan oleh penjaga keluarga ini seperti
kerisauan, tekanan, hilang harapan, rasa kehilangan, malu dan rasa bersalah. Penjaga
keluarga turut mengalami kesan-kesan psikososial seperti masalah kewangan, kesan
ke atas keluarga, gangguan aktiviti sosial, masalah kesihatan fizikal dan keperluan
                                           2
sokongan. Penjagaan anak-anak berkeperluan khas di rumah turut menyebabkan
penjaga berhadapan dengan stigma sosial yang wujud dalam komuniti yang berkait
rapat dengan penyakit mental.1

         Persepsi masyarakat terhadap anak istimewa juga berbeza. Mereka dilihat
sebagai liabiliti (beban) dan bukan sebagai aset. Ada sebilangan kecil masyarakat yang
berpandangan golongan ini tidak perlu diberikan pendidikan Islam yang sewajarnya
atau berbuat apa-apa kerana mereka „cacat‟.

        Namun, sebagai seorang muslim, cara terbaik untuk membina semangat dan
motivasi diri ibu bapa dan anak itu sendiri ialah dengan menanamkan nilai keimanan
dan unsur-unsur Islam agar tidak terjerumus ke dalam jurang kekecewaan ke atas
ketentuan Ilahi ini.2

        Sehubungan dengan itu, penyelidik memilih tajuk “ Peranan ibu bapa terhadap
penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas : Kajian kes di
SK. Bukit Raya ” untuk mengkaji lebih mendalam apakah unsur-unsur Islam
diterapkan oleh ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas ini?




1
 Mohd Suhaimi Mohamad, Sheau Tsuey Chong, Norulhuda Sarnon, Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi dan Noremy
Md Akil, Manifestasi Penjagaan Keluarga : Tekanan psikologi dalam menjaga pesakit mental, Jurnal Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, vol.7, no.1, April 2012, pp: 59-75.

2
  A.Fatih Syuhud, 2012, Pendidikan Islam Anak Cacat, ://www.fatihsyuhud.net/2012/09/pendidikan-
islam-anak-cacat-1 (26/12/12)



                                                       3
1.2.   PERSOALAN KAJIAN

             Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan di atas, terdapat 3
persoalan dalam kajian ini iaitu:




1.2.1 Apakah perbezaan antara persepsi ibu bapa berkenaan tahap penerapan unsur-
unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak normal?



1.2.2 Apakah nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh ibu bapa semasa membesarkan
dan mendidik anak-anak berkeperluan khas ini?




1.2.3 Apakah cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai
Islam kepada anak-anak berkeperluan khas ini?




                                        4
1.3.   OBJEKTIF KAJIAN




       1. Mengkaji perbezaan peranan ibu bapa berkenaan tahap penerapan unsur-
          unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak normal.




       2. Menganalisis nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh ibu bapa semasa
          membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas.



       3. Mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam
          menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas.




   1.4.    METODOLOGI KAJIAN


Reka bentuk Kajian


Reka bentuk penyelidikan ini ialah:


          1) Penyelidikan Kepustakaan


       Kajian kepustakaan sangat penting digunakan dalam penyelidikan ini bagi
membolehkan penyelidik mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam
mengenai fokus kajian.


       Kajian ini melibatkan pencarian bahan sekunder seperti buku, kertas
kerja,jurnal,laporan tesis dan artikal-artikal berkaitan. Data sekunder ini digunakan
untuk menyokong, menambah dan memperinci serta memperdalamkan pengetahuan
penyelidik dari aspek teoritikal.


                                          5
2) Kajian Lapangan


   Sebahagian data yang digunakan dalam kajian ini adalah data yang diperolehi
daripada lapangan. Data ini adalah data primer kajian. Bagi mendapatkan maklumat
berdasarkan kajian lapangan, kajian ini melibatkan beberapa proses iaitu dari aspek:


   a. Pemilihan Lokasi

Pemilihan lokasi yang tepat kerana sekolah ini mempunyai murid pendidikan khas
yang paling ramai di daerah Hulu Langat.




   b. Pemilihan Sample




Sampel dan populasi yang dipilih adalah ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang
ditempatkan dalam Program Intergrasi Pendidikan Khas, SK. Bukit Raya, Jalan Hulu
Langat, Cheras, Selangor.




Kajian meliputi keseluruhan 180 orang ibu bapa bagi murid-murid pendidikan khas di
Sekolah Kebangsaan Bukit Raya yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.




                                           6
3) Kajian Tinjauan (survey research)



      Kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan berdasarkan kepada
kenyataan Fink dan Kasecoff (1985) yang berpendapat bahawa kaedah tinjauan sesuai
digunakan kerana kedudukan sample yang bertaburan. Tambah mereka lagi, kaedah
tinjauan sesuai digunakan apabila kajian terebut bertujuan untuk menerangkan sesuatu
perkara, mempamerkan perubahan dan juga membuat perbandingan. Malah, Wiersma
(1995) pula menyatakan kaedah tinjauan merupakan kaedah yang baik jika kajian
tersebut yang ingin mengukur atau menilai sikap, persepsi dan pencapaian.




        Kajian ini juga merupakan satu reka bentuk penyelidikan kualitatif (qualitative
research design) merangkap satu bentuk kajian tinjauan kerana melibatkan sejumlah
sample di lokasi yang tertentu dan menggunakan ujian yang signifikan.




      Kajian Tinjauan (survey research) ini lakukan melalui penggunaan soal selidik
atau temu bual ke atas sampel yang mewakili sesuatu populasi. Tujuannya adalah
untuk mengenal pasti unsur-unsur Islam yang diterapkan oleh ibu bapa yang memiliki
anak-anak berpendidikan khas di sekolah ini dalam aspek yang dikaji.




      Kaedah Pengumpulan Data


   Kaedah pengumpulan data bagi kajian yang dinamakan juga kajian rentas ini adalah
mudah kerana data dikumpul       sekali sahaja daripada responden sepanjang kajian.
Kajian ini juga melibatkan empat elemen berikut iaitu:-




                                           7
1. Analisis Dokumen

   Kandungan dokumen yang dianalis boleh membantu pengkaji memperolehi
informasi mengenai sumber ibu bapa dan informasi mengenai unsur-unsur Islam yang
diterapkan oleh ibu bapa dalam pendidikan anak-anak berkeperluan khas. Dokumen
yang boleh dikaji ialah seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan sukatan
pelajaran pendidikan Agama Islam Pendidikan Khas,




   2. Soal selidik

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai penyelidikan ini.
Penyelidik membahagikan soal selidik ini kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B,
C dan D.

Bahagian A adalah untuk mengetahui jantina, umur, pekerjaan pendapatan, taraf
perkahwinan dan tahap pendidikan responden.




Bahagian B pula adalah untuk mengetahui persepsi ibu bapa         berkenaan tahap
penerapan unsur-unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak
normal.




Bahagian C adalah soalan-soalan yang berkaitan       apakah nilai-nilai Islam yang
diterapkan oleh ibu bapa semasa membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan
khas.



Dan terakhir, bahagian D pula adalah soalan-soalan berkaitan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh para ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak
berkeperluan khas.

                                         8
3. Temubual

Penerangan yang lebih mendalam dapat diperolehi melalui temu bual. Dalam
penyelidikan ini, temu bual tidak berstruktur dengan penyelaras, guru mata pelajaran
Agama Islam dan pegawai Pendidikan Khas dari bahagian Jabatan Agama Islam dan
Moral digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang unsur-unsur Islam dalam
Pendidikan Khas. Rakaman audio turut dibuat semasa sesi temu bual.




   4. Pemerhatian

   Pengkaji akan menggunakan protokol pemerhatian sebagai garis panduan dalam
bentuk soalan yang perlu dijawab oleh pengkaji semasa melaksanakan sesi
pemerhatian. Soalan yang       menjadi garis panduan untuk sesi pemerhatian adalah
dalam bentuk senarai semak seperti yang dicadangkan oleh Spradley (1980). Pengkaji
menggunakan senarai semak tersebut kerana ianya boleh membantu pengkaji mencari
jawapan kepada persoalan kajian yang kedua yang telah ditetapkan. Senarai semak
tersebut disediakan terlebih dahulu oleh pengkaji sebelum sesi pemerhatian
dilaksanakan. Ia bertujuan memudahkan pengkaji membuat pemerhatian pada skop
yang harus diberi keutamaan.


      1.4.5 Prosedur Penganalisisan Data


              Penganalisan Data Kuantitatif


      Data    kuantitatif   dianalisa   menggunakan   statistik   deskriptif   iaitu   untuk
mendapatkan skor kekerapan dan min. Objektif utama kajian deskriptif menekankan
kepada aspek siapa, apa, bila, dimana, dan bagaimana dalam sesuatu perkara. Data
kuantitatif diperolehi melalui senarai semak pemerhatian, soalan tertutup soal selidik

                                            9
serta laporan pencapaian akademik menerusi analisis dokumen. Data tersebut
dilaporkan dalam bentuk matriks ( jadual ) dan carta supaya ringkas dan mudah untuk
kefahaman.


      Dapatan ciri-ciri setiap subjek kajian yang dikumpul menerusi soalan tertutup
soal selidik berdasarkan kekerapan pemaparan tingkah laku dengan menggunakan
skala kekerapan iaitu 1:. Tidak (T) 2: Kadang–kadang (K) 3: Ya (Y).



      Penyelidikan     kuantitatif   merupakan     manipulasi    dan   wakil   data
bernombor daripada pemerhatian yang dijalankan bagi tujuan untuk mengulas dan
menerangkan tentang sesuatu fenomena daripada pemerhatian yang dijalankan. Ianya
bermula dengan pengumpulan data statistik yang berdasarkan kepada data sebenar.
Penyelidikan kuantitatif digunakan untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah
dalam sesebuah populasi (Hopkins, 2001).




      1.4.6 Kajian Rintis

      Kajian rintis merupakan kajian pra lapangan sebelum kajian sebenar dilakukan.
Kebaikan menjalankan kajian rintis adalah pengkaji dapat mengenalpasti kelemahan
soalan temu bual intrumen kajian, kesesuaian masa mengumpul data dan kesesuaian
pemilihan peserta kajian. Di samping itu, kajian rintis dapat memberi latihan kepada
pengkaji untuk berinteraksi dengan peserta kajian, mengumpul data dan menganalisis
data mengikut prosedur yang betul. Segala kelemahan dikenalpasti hasil daripada
kajian rintis seperti kefahaman soalan, penggunaan ayat, bahasa dan sasaran soalan
kepada jawapan yang menepati persoalan kajian dapat dinilai bagi menghasilkan
protokol temubual yang lebih baik untuk kajian sebenar.




                                           10
Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data kajian rintis adalah soal selidik,
temu bual dan pemerhatian. Alat yang membantu pengkaji untuk memperoleh data
adalah soalan soal selidik separa, protokol temu bual dan protokol pemerhatian.




     1.5 LIMITASI KAJIAN




   Batasan kajian ini adalah kajian ini tertumpu kepada 180 orang ibu bapa beragama
Islam sahaja bagi murid-murid berpendidikan khas bermasalah pembelajaran berumur
antara 7 hingga 12 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Jalan
Hulu Langat, Cheras, Selangor. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili keseluruhan ibu bapa
di Malaysia kerana sampelnya yang terhad.

   Kajian ini juga hanya menumpukan tiga aspek penting unsur-unsur Islam iaitu
meliputi aspek akidah, ibadah dan akhlak yang diterapkan dalam diri kanak-kanak
berkeperluan khas oleh ibu bapa masing-masing.

   Maklumat yang diperolehi secara lisan adalah        berdasarkan temubual dengan
Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru matapelajaran Agama Islam dan pegawai
Pendidikan Khas dari bahagian Jabatan Agama Islam dan Moral yang terlibat

   Soal selidik juga hanyalah dari sudut pandangan ibu bapa sahaja dan ketepatan
maklumat bergantung kepada kejujuran ibu bapa menjawab item-item soal selidik yang
dikemukakan. Dari sudut masa, penyelidikan ini hanya meliputi jangka masa dua tahun
iaitu tahun 2013 sehingga 2014 iaitu jangka masa penyelidik membuat program Sarjana
Pengajian Islam.




                                          11
1.6 TINJAUAN LITERATUR



    Apabila mendirikan rumah tangga, suami isteri sudah tentu menginginkan cahaya
mata untuk menambah kebahagiaan hidup berkeluarga. Memiliki anak-anak yang sihat,
cergas dan pintar adalah impian setiap pasangan ibu bapa. Menjadi ibu bapa adalah
perkara yang paling mengembirakan dengan pengalaman-pengalaman baru dan
menarik. Walau bagaimanapun pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh ibu bapa dalam
membesarkan dan mendidik anak-anak. Hal ini boleh menimbulkan tekanan bagi ibu
bapa dalam menghadapi kehidupan seharian.




    Usaha murni kerajaan melalui pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan
Falsafah Pendidikan Khas (FPK) yang berfokus kepada pembentukan insan sepadu
iaitu memiliki pengetahuan, kemahiran di samping mempunyai akhlak yang mulia. 3
Anak-anak berpendidikan khas atau dinamakan anak-anak istimewa juga sangat
memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan
meneruskan kehidupan walaupun dibelengu dengan pelbagai masalah kerana
ketidakupayaan mereka.




    Kajian mengenai penglibatan ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas telah
didokumentasi dalam banyak jillid. Namun begitu, kajian berbentuk penerokaan unsur-
unsur Islam yang diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak khas di Malaysia
masih belum luas diterokai. Sehubungan dengan itu, kajian unsur-unsur Islam yang
diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak normal juga digunakan sebagai
rujukan. Pengkaji percaya, terdapat perbezaan ketara dalam proses penerapan unsur-
unsur Islam semasa mendidik dan membesarkan anak-anak berkeperluan khas ini
kerana penerimaan dan kesediaan ibu bapa juga berbeza antara memiliki anak
istimewa dengan memiliki anak yang normal.

3
      Laman      Rasmi,    Bahagian     Pendidikan        Khas,   Kementerian   Pelajaran   Malaysia.
2013.kssr.bpk.my/pengenalan/pendidikan_khas, ( 4/1/2013 ).

                                                    12
Tidak ada satu kajian pun yang mengkhusus kepada dimensi unsur-unsur Islam
dalam pendidikan anak istimewa bermasalah pembelajaran. Bagi mendapatkan
informasi berkaitan unsur-unsur Islam semasa mendidik anak-anak berkeperluan khas
dan dua lagi aspek yang dikaji ini, pengkaji merujuk kepada kajian pengalaman ibu
bapa dalam kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas.




    Kajian Dewi Imroatul (2010) dalam tesis Sarjana Pendidikan Islamnya yang
bertajuk “Pelaksanaan Pendidiikan Agama Islam Bagi Anak Berkebutuhan Khusus
Autistik di Sekolah Inklusif SDN Sumbersari 1 Malang, Indonesia” menyatakan
pelaksanaan pendidikan Islam bagi kanak-kanak berkeperluan khas Autistik di
Indonesia   khususnya    di   negara   Malang       adalah   sesuai   dan   boleh   dibuat
pengubahsuaian berdasarkan kemampuan murid. Peranan pendidik dan ibu bapa
penting dalam memaksimumkan dan memperkembangkan potensi rohani yang terdapat
dalam diri kanak-kanak istimewa itu.



   Hakikatnya, penghayatan agama Islam di kalangan golongan kurang upaya kurang
diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Kajian Zainab, Badlihisham dan Zulklple
(2010) yang bertajuk “ Penghayatan Agama dalam kalangan Orang Kurang Upaya di
Terengganu : Satu kajian dari perspektif dakwah ”, mendapati faktor pengetahuan
akhlak, sikap keluarga dan kualiti hubungan kekeluargaan menyumbang secara
signifikan kepada penghayatan agama orang kurang upaya. Oleh itu, kajian ini cuba
mengkaji apakah sikap ibu bapa tersebut dalam menerapkan unsur-unsur Islam kepada
anak-anak berkeperluan khas ini sejak kecil lagi.




   Begitu juga Jamila, M.Hanafi dan Rosadah (2009) menyatakan dalam pascasidang
wacana pendidikan Islam siri ke 7 (peringkat Nusantara) bahawa pengajaran dan


                                           13
pembelajaran amali solat di Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah
Pembelajaran kurang berkesan kerana faktor komunikasi secara normal. Namun begitu,
kenyataan M. Mokhtar dan Atiza (2003)     dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Pelajar Berkeperluan Khas bertajuk “ Perkaedahan dan Pengajaran
Pendidikan Islam : Antara Tradisi dan Inovasi ” , Pascasidang Wacana Pendidikan
Islam (siri 3), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengatakan
keberkesanan kaedah pengajaran Pendidikan Islam kepada pelajar khas bergantung
penuh kepada pengetahuan dan kebijaksanaan guru dalam menggunakan pendekatan
sesuai dengan keperluan khas pelajar.




   Kajian Jawiah Dakir (2012) yang mengkaji tahap penghayatan akhlak pelajar
sekolah menengah di Malaysia yang dibentangkan dalam Seminar           Kebangsaan
Pendidikan Islam di Malaysia, menyatakan bahawa sistem Pendidikan Islam di
Malaysia bertujuan untuk membangun pelajar daripada setiap sudut atau dengan lain
perkataan pembangunan holistik. Pembangunan akhlak adalah salah satu daripada
aspek yang ditekankan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia tidak kira di aliran
perdana mahupun di aliran Pendidikan Khas.




   Analisis kajian terdahulu oleh Masitah (2010) yang bertajuk “Penglibatan Ibu bapa
dalam Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran”, mendapati dimensi
penglibatan ibu bapa anak-anak berkeperluan khas berfokus kepada pengalaman ibu
bapa semenjak dari kelahiran sehingga penglibatannya dalam intervensi awalan di
rumah dan di sekolah mengikut kontek kehidupannya. Kesan penglibatan ibu bapa ke
atas anak dan juga guru juga sangat positif. Oleh itu, pengkaji cuba mengenalpasti
adakah unsur-unsur Islam diterapkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak
berkeperluan khas itu.




                                         14
Anak-anak berpendidikan khas atau dinamakan anak-anak istimewa sangat
memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan
meneruskan kehidupan walaupun dibelengu dengan pelbagai masalah kerana
keupayaan mereka. Ini bersesuaian dengan dengan kajian Wan Nazilah (2009) dalam
latihan ilmiahnya yang bertajuk “Potensi Pelajar Autistik Berdasarkan Kecerdasan
Pelbagai Gardner” menunjukkan bahawa pelajar autistik sangat berpotensi setelah
diberi pendidikan semaksimum mungkin berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai
Gardner.



       1.7 KERANGKA KERJA TEORITIKAL DAN KONSEPTUAL


       1.7.1 KERANGKA TEORI KAJIAN


       Kajian ini adalah untuk mengenalpasti unsur-unsur Islam yang diterapkan oleh ibu
bapa dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas. Model kajian yang digunakan ialah
kajian Torres dan Bandura. Analisis model Torres et al (2006), model Albert Bandura
(1986, 1991) yang disokong oleh asas al-Quran dan hadis serta pandangan sarjana
Islam dan barat, maka model dan teori kajian ini secara umum (Rajah 1.1) dan secara
khususnya ( Rajah 1.2) sebagaimana di bawah:



    Pemboleh ubah                   Pemboleh ubah                Pemboleh ubah tidak
   Bersandar / Tidak                  Bersandar                      bersandar
      bersandar
    Metod / Kaedah                Tingkahlaku Ibubapa             Konsep Pendidikan
     Pendidikan                                                     /Tarbiah Islam




----     Hubungan antara pemboleh ubah




Rajah 1.1 Model Teori Kajian secara umum (Ubah suaian dari Model Torres et.al 2006)

                                            15
1.7.2 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

    Kerangka konseptual kajian dibina berasaskan teori Torres et.al (2006) dan Albert
Bandura (1986, 1991) yang selari dengan teori pendidikan Islam anak-anak daripada
para sarjana Islam dan disahkan oleh al-Quran dan hadis. Ia bermula dengan penelitian
konsep pendidikan menurut Islam yang mencakupi akidah, ibadah dan akhlak yang
terangkum di dalamnya dari segi hukum dan matlamat pendidikan Islam berdasarkan
kepada isu-isu dalam dunia pendidikan khas. Ia menjadi tumpuan kerana melibatkan
kerangka syariah Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak dan juga matlamat dalam
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

    Walaupun aspek-aspek yang dipilih dalam kajian ini iaitu akidah ibadah dan akhlak
menurut Sukatan Agama Islam Pendidikan Khas KSSR di sekolah, namun, ketiga-tiga
aspek ini sebenarnya merupakan kerangka asas Islam sebagaimana dari Tabbarah
(1992) menyatakan konsep asas Islam merangkumi tiga aspek iaitu akidah, syariah dan
akhlak.

    Unsur-unsur penerapan Islam oleh ibubapa kepada anak-anak berkeperluan khas
dalam kajian ini dinilai melalui 7 metod pendidikan Islam yang dirumuskan oleh
Muhammad Qutb dan an-Nahlawi iaitu:

          1. Mendidik melalui dialog Qurani dan Nabawi

          2. Mendidik melalui kisah Qurani dan Nabawi

          3. Mendidik melalui perumpamaan

          4. Mendidik melalui teladan

          5. Mendidik melalui amal perbuatan

          6. Mendidik melalui „ibrah dan mau‟izah

          7. Mendidik melalui targhib dan tarhib


                                            16
Al-Quran                     Al-Sunnah




        _______________         Kefahaman Konsep
                                Pentarbiahan Islam
                                                              Metod pentarbiahan yang
                                                                    digunakan :

        _____________                                         1.Dialog     Qurani      dan
                                Tingkahlaku ibu bapa
                                                              Nabawi

                                                              2.Kisah Qurani dan nabawi

      Hubungan langsung                                       3. Perumpamaan

                                                              4. Teladan
      Hubungan tidak langsung
                                                              5.Amal perbuatan

                                                              6.’Ibrah dan mau’izhah

                                                              7.Targhib dan tarhib




Rajah 1.2 Kerangka Konseptual ( Ubah suaian dari Yusaidi Yusoff 2012 )




    Rajah 1.3 -1.6 merupakan perincian aspek-aspek kajian ini iaitu akidah, ibadah
dan akhlak yang mewakili elemen tasawwur (konsep) dan kefahaman. Menurut Azma
Mahmood (2005), aspek aqidah merangkumi perkara-perkara mengenai Rukun Iman,
aspek Ibadat mengandungi perkara-perkara Rukun Islam. Manakala aspek akhlak pula


                                             17
beliau telah bahagikan kepada lima bahagian iaitu diri, keluarga, masyarakat, negara
dan alam sekitar. Pembahagian kajian ini mempunyai persamaan dengan Darraz
(1987). Beliau telah mengkategorikan bahagian-bahagian akhlak Islam kepada lima
bahgian iaitu perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan agama.




    Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih empat bahagian
sahaja iaitu perseorangan (diri), kekeluargaan, kemasyarakatan dan Negara. Bahagian
agama di bawah aspek akhlak ditinggalkan bagi mengelak pertindihan dengan sikap
akidah dan sikap ibadah yang telah menampung bahagian agama yang ditinggalkan.
Begitu juga dengan bahagian alam sekitar dalam kajian Azma (2005), pengkaji
menggugurkan perkara „alam sekitar‟ di bawah aspek akhlak kerana didapati kurang
relevan dengan kajian.




                                          Aspek Aqidah




                                     Sikap Ke atas Rukun Iman




         Beiman          Beriman       Beriman         Beriman        Beriman        Beriman
       kepada Allah      kepada      kepada Rasul    kepada Kitab   kepada Qada’   kepada Hari
                         malaikat                                    dan Qadar        Kiamat



                               Rajah 1.3 Perincian Aspek Akidah




                                            18
Aspek Ibadah




                        Sikap Ke atas Rukun Islam




Syahadah        Solat         Puasa             Zakat          Haji




                 Rajah 1.4 Perincian Aspek Ibadah




                              Aspek Akhlak



                              Sikap Sosial




Diri       Ibu bapa     Masyarakat           Negara     Alam Sekitar   Agama




                 Rajah 1.5 Perincian Aspek Akhlak




                               19
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN




      Pada masa kini, kajian mengenai unsur-unsur Islam dalam mendidik anak-anak
berkeperluan khas amat kurang. Kajian ini sangat penting dan bermakna kerana
penyelidikan seumpamanya belum begitu meluas dan boleh dikatakan tidak ada.
Pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian secara serius dan lebih mendalam.
Antara kepentingan kajian ini dapat dilihat kepada sumbangannya secara teori dan
amalan.




1.8.1 Sumbangan Teoritikal

      Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan dari sudut disiplin ilmu, teori,
literature, polisi dan keperluan kehidupan kepada umat Islam kerana belum kedapatan
lagi kajian seperti ini dalam kontek pengajian Islam yang menyentuh secara langsung.




1.8.2 Sumbangan Amalan

      Membantu dalam bentuk kesedaran diri secara tabii manusia, berkesan dan
sistematik agar ia dapat memberi manfaat kepada keluarga, agama, masyarakat dan
negara.




                                         20
1.9   DEFINISI ISTILAH OPERASI KAJIAN



       Beberapa konsep dan teori berkaitan unsur-unsur Islam dalam pendidikan yang
diterapkan kepada anak-anak berkeperluan khas oleh ibu bapa yang perlu diberi
penjelasan untuk kefahaman, keperluan skop kajian dan ruang lingkup kajian ini adalah
seperti berikut:




1.9.1 Persepsi ibu bapa

Iaitu proses yang digunakan oleh individu ibu bapa untuk mengurus dan mentafsirkan
kesan deria mereka yang memberi makna kepada persekitaran yang membolehkan ibu
bapa tersebut mentafsir dan mengatur pola ransangan terhadap persekitaran mereka
dalam mendidik dan mengurus anak-anak berkeperluan khas. Persepsi mereka dalam
proses penerapan nilai-nilai Islam semasa mendidik anak-anak berkeperluan khas ini
adalah berdasarkan pengalaman masa lalu ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.




1.9.2 Penerapan nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak-anak

Bermaksud mengkaji proses transformasi dan kelestarian ilmu pengetahuan dan nilai-
nilai Islam yang diterapkan dalam diri anak-anak melalui pertumbuhan dan
perkembangan potensi fitrah semulajadinya untuk mencapai kesempurnaan hidup
dalam segala aspek. Unsur-unsur Islam dalam pendidikan anak-anak ini mestilah
berasaskan kepada aqidah dan syariat Allah SWT. Kesyumulan Islam terjelma dalam
sistem atau manhaj pendidikan. Pendidikan atau tarbiah Islam dilaksanakan untuk
mengembangkan tasawwur (konsep) dan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan
al-Quran di dalam jiwa anak-anak.




1.9.3 Anak-anak berkeperluan khas

                                         21
Anak-anak berkeperluan khas ialah anak-anak istimewa yang mengalami masalah
perkembangan pembesaran kanak-kanak iaitu antaranya ialah sindrom autistik,
gangguan kurang tumpuan (Attention Defisit Disorder/ADD), gangguan kurang tumpuan
dengan hiperaktiviti (Attention Defisit Disorder with Hyperactivity/ADHD), disleksia dan
masalah perkembangan pelajaran yang lain.4 Kebanyakan            mereka    masalah       atau
gangguan dalam bidang komunikasi, interaksi sosial dan perilaku.




        1.10 RUJUKAN




Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan akhlak dan adab Islam : Konsep dan amalan.Kuala
    Lumpur: Utusan Publications.


Azma Mahmood. 2005. Pengukuran tahap penghayatan Islam pelajar-pelajar sekolah
    menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Belgrave, F.Z . 1991. Psychosocial predictors of adjustment to disability in African
    Americans. Journal of rehabilitation. 57, 37- 40.


Dewi Imroatul Azizah.       2009. Pelaksanaan pendidikan agama Islam bagi anak
    berkebutuhan khusus autistik di Sekolah Inklusif SDN Sumbersari 1 Malang, Tesis
    Sarjana Pendidikan Islam, Indonisia: Fakultas Tarbiah Islam, Universitas Islam
    Negara, Malang.


H.M Ariffin, M.Ed, Prof.1991. Psikologi dakwah – suatu pengantar studi, BUMI Aksara.




4
 Ja'afar, Zuraidah dan Abu Bakar, 2007, Tekanan ibu bapa yang mempunyai anak autistik.
Dalam Perbezaan Individu Menurut Teori dan Amali. Penerbit UTM , Johor, pp. 44-70.


                                            22
Ja‟afar, Zuraidah dan Abu Bakar. 2007. Tekanan Ibu bapa yang mempunyai anak
   autistik, Perbezaan individu menurut teori dan amali, Penerbit UTM, Johor, pp 44-
   70.


Jamila K.A Muhamed Kuty, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Rosadah Abd. Majid. 2009.
   Pengajaran dan pembelajaran amali solat di program pendidikan khas intergrasi
   bermasalah pembelajaran, Pascasidang Wacana Pendidikan Islam Siri ke 7
   (Peringkat Nusantara) pp 43-54.


Jawiah Dakir. 2012. Tahap penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Malaysia.
   Seminar Kebangsaan Pendidikan Islam di Malaysia. Pp : 87-98


Kamaruddin Azman.1990. Membina keperibadian anak-anak. Majalah Dakwah Julai :
   25-27.


Masitah Taib. 2010. Penglibatan Ibu bapa dalam Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah
   Pembelajaran, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti
   Kebangsaan Malaysia.


Mohd Mokhtar Tahar dan Aliza Alias. 2003. Isu pengajaran dan pembelajaran
   Pendidikan Islam pelajar berkeperluan khas. Perkaedahan dan pengajaran
   Pendidikan Islam : antara tradisi dan inovasi. Pascasidang Wacana Pendidikan
   Islam ( siri 3 ), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. pp : 32-51.


Mohd Suhaimi Mohamad, Sheau Tsuey Chong, Norulhuda Sarnon, Fauziah Ibrahim,
   Khadijah Alavi dan Noremy Md Akil. 2012. Manifestasi penjagaan keluarga :
   tekanan psikologi dalam menjaga pesakit mental. Jurnal Fakulti Sains Sosial dan
   Kemanusiaan, vol.7 , no. 1, pp: 59-75.



Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan penulisan tesis gaya UKM. Edisi Semak
   Kedua. Bangi: Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
                                            23
Saedah Siraj. 2001. Pendidikan rumahtangga. Alam Pintar Enterprise.



Rahil Mahyuddin. 2001. Psikologi pendidikan untuk perguruan. Edisi Kedua. PTS
    Publication Sdn Bhd.


Rohaida Mohamad Dhalan.1998. Pendekatan psikologi dalam pembentukan akhlak
    kanak-kanak Islam masa kini. Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam,
    Universiti Malaya.


‟Ulwan, Abdullah Nasih.1998.Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam. Terj.
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam.


Wan Nazilah Mohamad Zain. 2009. Potensi pelajar autistik berdasarkan kecergasan
    pelbagai Garder, Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
    Malaysia.


Yusaini Yusoff. 2012. Sukan menurut Islam : kajian tasawwur dan tingkahlaku dalam
    kalangan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Tesis Ijazah Doktor
    Falsafah. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Zainab Ismail, Badlihisham M. Nasir, Zulkiple Abd. Ghani, Wan Ibrahim Wan Ahmad,
    Nor Salimah Abu Mansor . 2010. Penghayatan agama dalam kalangan orang
    kurang upaya di Terengganu : Satu kajian dari perspektif dakwah, Seminar
    Pemantauan Penyelidikan & Penerbitan Fakulti Pengajian Islam, Universiti
    Kebangsaan Malaysia. Pp: 56-69.


Zulkifli Leman, Drs.1992. Psikologi perkembangan, Penerbit Pt.Remaja Rosdakarya.
    Bandung.


                                          24
25

More Related Content

What's hot

Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islamguest42e8c4
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahLiLy Putih
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Imam ghazali
Imam ghazaliImam ghazali
Imam ghazalifirdurs
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalHaslin Bahkiar
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan maliknormizan
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazalinurAkhma
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanRashidi Ahmad
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeAsyrafRidzuan
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHanuar2u
 
Rph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap IbubapaRph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap Ibubapazalihan
 
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Ansar Azman
 
Rph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabiRph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabiismailsktb12
 

What's hot (20)

Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islam
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian Ilmiah
 
Kaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikanKaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikan
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Imam ghazali
Imam ghazaliImam ghazali
Imam ghazali
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 
Assignment big
Assignment bigAssignment big
Assignment big
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh Perubatan
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 
Rph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap IbubapaRph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap Ibubapa
 
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
Kkbi rph akhlak (sem 4) (ok)
 
Rph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabiRph tahun 5 sirah nabi
Rph tahun 5 sirah nabi
 
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mzFull fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
 

Similar to Tesis mama zura

Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationSayshare
 
Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Cikgu Nisa
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pagesSayshare
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2jejakakunak
 
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahangBab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahangMuzzamil Mnsor
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 

Similar to Tesis mama zura (20)

Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in education
 
Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pages
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Seminar penglibatan ibubapa
Seminar penglibatan ibubapaSeminar penglibatan ibubapa
Seminar penglibatan ibubapa
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Psikohbef2103
Psikohbef2103Psikohbef2103
Psikohbef2103
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahangBab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 

Tesis mama zura

  • 1. KERTAS CADANGAN PENGAJIAN TAJUK: PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM KEPADA ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS : KAJIAN KES DI SK. BUKIT RAYA. OLEH: AZURA BINTI AWANG (GP 01905) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM DAKWAH DAN KEPIMPINAN UKM, BANGI. 1
  • 2. 1.1. PERNYATAAN MASALAH Di saat kelahiran seseorang kanak-kanak, harapan kedua ibu bapa adalah semoga bayi yang dilahirkan itu selamat, sempurna dan tidak cacat. Anak yang mengalami kecacatan fizikal atau bukan fizikal adalah satu igauan buruk bagi sesebuah keluarga. Namun, ujian ini mesti dihadapi dengan hati yang redha. Anak yang berkeperluan khas ini mesti diberi kasih sayang dan diberi didikan yang sama seperti anak-anak normal dan sempurna yang lain. Proses pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa merupakan acuan bagi mencorakkan kehidupan anak istimewa. Penerapan nilai-nilai Islam banyak ditekankan oleh ibu bapa bagi anak-anak normal. Persoalannya, adakah sama penerapan dan nilai-nilai Islam diberikan kepada anak-anak berkeperluan khas dan anak normal oleh ibu bapa masing-masing? Cabaran utama yang menjadi persoalan kajian ini ialah penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa itu sendiri. Kajian barat mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa (Belgrave, 1991 ; Heinmann & Shontz, 1992 ; Linkowski & Dunn, 1994). Stigma sosial yang negatif dan diskriminasi masyarakat yang menyebabkan ibu bapa takut menerima kenyataan mereka adalah ibu atau bapa kepada kanak-kanak istimewa tersebut (Nancy 1999). Banyak kajian juga menunjukkan ibu bapa mengalami tekanan yang hebat dalam membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas. Tekanan tersebut tentu akan menjadi berbeza dan lebih mencabar bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak berkeperluan khas dan mempunyai masalah perkembangan pembesaran. Terdapat enam jenis emosi yang diekspresikan oleh penjaga keluarga ini seperti kerisauan, tekanan, hilang harapan, rasa kehilangan, malu dan rasa bersalah. Penjaga keluarga turut mengalami kesan-kesan psikososial seperti masalah kewangan, kesan ke atas keluarga, gangguan aktiviti sosial, masalah kesihatan fizikal dan keperluan 2
  • 3. sokongan. Penjagaan anak-anak berkeperluan khas di rumah turut menyebabkan penjaga berhadapan dengan stigma sosial yang wujud dalam komuniti yang berkait rapat dengan penyakit mental.1 Persepsi masyarakat terhadap anak istimewa juga berbeza. Mereka dilihat sebagai liabiliti (beban) dan bukan sebagai aset. Ada sebilangan kecil masyarakat yang berpandangan golongan ini tidak perlu diberikan pendidikan Islam yang sewajarnya atau berbuat apa-apa kerana mereka „cacat‟. Namun, sebagai seorang muslim, cara terbaik untuk membina semangat dan motivasi diri ibu bapa dan anak itu sendiri ialah dengan menanamkan nilai keimanan dan unsur-unsur Islam agar tidak terjerumus ke dalam jurang kekecewaan ke atas ketentuan Ilahi ini.2 Sehubungan dengan itu, penyelidik memilih tajuk “ Peranan ibu bapa terhadap penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas : Kajian kes di SK. Bukit Raya ” untuk mengkaji lebih mendalam apakah unsur-unsur Islam diterapkan oleh ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas ini? 1 Mohd Suhaimi Mohamad, Sheau Tsuey Chong, Norulhuda Sarnon, Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi dan Noremy Md Akil, Manifestasi Penjagaan Keluarga : Tekanan psikologi dalam menjaga pesakit mental, Jurnal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, vol.7, no.1, April 2012, pp: 59-75. 2 A.Fatih Syuhud, 2012, Pendidikan Islam Anak Cacat, ://www.fatihsyuhud.net/2012/09/pendidikan- islam-anak-cacat-1 (26/12/12) 3
  • 4. 1.2. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan di atas, terdapat 3 persoalan dalam kajian ini iaitu: 1.2.1 Apakah perbezaan antara persepsi ibu bapa berkenaan tahap penerapan unsur- unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak normal? 1.2.2 Apakah nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh ibu bapa semasa membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas ini? 1.2.3 Apakah cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas ini? 4
  • 5. 1.3. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengkaji perbezaan peranan ibu bapa berkenaan tahap penerapan unsur- unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak normal. 2. Menganalisis nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh ibu bapa semasa membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas. 3. Mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas. 1.4. METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk Kajian Reka bentuk penyelidikan ini ialah: 1) Penyelidikan Kepustakaan Kajian kepustakaan sangat penting digunakan dalam penyelidikan ini bagi membolehkan penyelidik mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai fokus kajian. Kajian ini melibatkan pencarian bahan sekunder seperti buku, kertas kerja,jurnal,laporan tesis dan artikal-artikal berkaitan. Data sekunder ini digunakan untuk menyokong, menambah dan memperinci serta memperdalamkan pengetahuan penyelidik dari aspek teoritikal. 5
  • 6. 2) Kajian Lapangan Sebahagian data yang digunakan dalam kajian ini adalah data yang diperolehi daripada lapangan. Data ini adalah data primer kajian. Bagi mendapatkan maklumat berdasarkan kajian lapangan, kajian ini melibatkan beberapa proses iaitu dari aspek: a. Pemilihan Lokasi Pemilihan lokasi yang tepat kerana sekolah ini mempunyai murid pendidikan khas yang paling ramai di daerah Hulu Langat. b. Pemilihan Sample Sampel dan populasi yang dipilih adalah ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang ditempatkan dalam Program Intergrasi Pendidikan Khas, SK. Bukit Raya, Jalan Hulu Langat, Cheras, Selangor. Kajian meliputi keseluruhan 180 orang ibu bapa bagi murid-murid pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya yang berumur antara 7 hingga 12 tahun. 6
  • 7. 3) Kajian Tinjauan (survey research) Kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan berdasarkan kepada kenyataan Fink dan Kasecoff (1985) yang berpendapat bahawa kaedah tinjauan sesuai digunakan kerana kedudukan sample yang bertaburan. Tambah mereka lagi, kaedah tinjauan sesuai digunakan apabila kajian terebut bertujuan untuk menerangkan sesuatu perkara, mempamerkan perubahan dan juga membuat perbandingan. Malah, Wiersma (1995) pula menyatakan kaedah tinjauan merupakan kaedah yang baik jika kajian tersebut yang ingin mengukur atau menilai sikap, persepsi dan pencapaian. Kajian ini juga merupakan satu reka bentuk penyelidikan kualitatif (qualitative research design) merangkap satu bentuk kajian tinjauan kerana melibatkan sejumlah sample di lokasi yang tertentu dan menggunakan ujian yang signifikan. Kajian Tinjauan (survey research) ini lakukan melalui penggunaan soal selidik atau temu bual ke atas sampel yang mewakili sesuatu populasi. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti unsur-unsur Islam yang diterapkan oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak berpendidikan khas di sekolah ini dalam aspek yang dikaji. Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data bagi kajian yang dinamakan juga kajian rentas ini adalah mudah kerana data dikumpul sekali sahaja daripada responden sepanjang kajian. Kajian ini juga melibatkan empat elemen berikut iaitu:- 7
  • 8. 1. Analisis Dokumen Kandungan dokumen yang dianalis boleh membantu pengkaji memperolehi informasi mengenai sumber ibu bapa dan informasi mengenai unsur-unsur Islam yang diterapkan oleh ibu bapa dalam pendidikan anak-anak berkeperluan khas. Dokumen yang boleh dikaji ialah seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan sukatan pelajaran pendidikan Agama Islam Pendidikan Khas, 2. Soal selidik Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai penyelidikan ini. Penyelidik membahagikan soal selidik ini kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A adalah untuk mengetahui jantina, umur, pekerjaan pendapatan, taraf perkahwinan dan tahap pendidikan responden. Bahagian B pula adalah untuk mengetahui persepsi ibu bapa berkenaan tahap penerapan unsur-unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak normal. Bahagian C adalah soalan-soalan yang berkaitan apakah nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh ibu bapa semasa membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas. Dan terakhir, bahagian D pula adalah soalan-soalan berkaitan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas. 8
  • 9. 3. Temubual Penerangan yang lebih mendalam dapat diperolehi melalui temu bual. Dalam penyelidikan ini, temu bual tidak berstruktur dengan penyelaras, guru mata pelajaran Agama Islam dan pegawai Pendidikan Khas dari bahagian Jabatan Agama Islam dan Moral digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang unsur-unsur Islam dalam Pendidikan Khas. Rakaman audio turut dibuat semasa sesi temu bual. 4. Pemerhatian Pengkaji akan menggunakan protokol pemerhatian sebagai garis panduan dalam bentuk soalan yang perlu dijawab oleh pengkaji semasa melaksanakan sesi pemerhatian. Soalan yang menjadi garis panduan untuk sesi pemerhatian adalah dalam bentuk senarai semak seperti yang dicadangkan oleh Spradley (1980). Pengkaji menggunakan senarai semak tersebut kerana ianya boleh membantu pengkaji mencari jawapan kepada persoalan kajian yang kedua yang telah ditetapkan. Senarai semak tersebut disediakan terlebih dahulu oleh pengkaji sebelum sesi pemerhatian dilaksanakan. Ia bertujuan memudahkan pengkaji membuat pemerhatian pada skop yang harus diberi keutamaan. 1.4.5 Prosedur Penganalisisan Data Penganalisan Data Kuantitatif Data kuantitatif dianalisa menggunakan statistik deskriptif iaitu untuk mendapatkan skor kekerapan dan min. Objektif utama kajian deskriptif menekankan kepada aspek siapa, apa, bila, dimana, dan bagaimana dalam sesuatu perkara. Data kuantitatif diperolehi melalui senarai semak pemerhatian, soalan tertutup soal selidik 9
  • 10. serta laporan pencapaian akademik menerusi analisis dokumen. Data tersebut dilaporkan dalam bentuk matriks ( jadual ) dan carta supaya ringkas dan mudah untuk kefahaman. Dapatan ciri-ciri setiap subjek kajian yang dikumpul menerusi soalan tertutup soal selidik berdasarkan kekerapan pemaparan tingkah laku dengan menggunakan skala kekerapan iaitu 1:. Tidak (T) 2: Kadang–kadang (K) 3: Ya (Y). Penyelidikan kuantitatif merupakan manipulasi dan wakil data bernombor daripada pemerhatian yang dijalankan bagi tujuan untuk mengulas dan menerangkan tentang sesuatu fenomena daripada pemerhatian yang dijalankan. Ianya bermula dengan pengumpulan data statistik yang berdasarkan kepada data sebenar. Penyelidikan kuantitatif digunakan untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah dalam sesebuah populasi (Hopkins, 2001). 1.4.6 Kajian Rintis Kajian rintis merupakan kajian pra lapangan sebelum kajian sebenar dilakukan. Kebaikan menjalankan kajian rintis adalah pengkaji dapat mengenalpasti kelemahan soalan temu bual intrumen kajian, kesesuaian masa mengumpul data dan kesesuaian pemilihan peserta kajian. Di samping itu, kajian rintis dapat memberi latihan kepada pengkaji untuk berinteraksi dengan peserta kajian, mengumpul data dan menganalisis data mengikut prosedur yang betul. Segala kelemahan dikenalpasti hasil daripada kajian rintis seperti kefahaman soalan, penggunaan ayat, bahasa dan sasaran soalan kepada jawapan yang menepati persoalan kajian dapat dinilai bagi menghasilkan protokol temubual yang lebih baik untuk kajian sebenar. 10
  • 11. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data kajian rintis adalah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Alat yang membantu pengkaji untuk memperoleh data adalah soalan soal selidik separa, protokol temu bual dan protokol pemerhatian. 1.5 LIMITASI KAJIAN Batasan kajian ini adalah kajian ini tertumpu kepada 180 orang ibu bapa beragama Islam sahaja bagi murid-murid berpendidikan khas bermasalah pembelajaran berumur antara 7 hingga 12 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Jalan Hulu Langat, Cheras, Selangor. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili keseluruhan ibu bapa di Malaysia kerana sampelnya yang terhad. Kajian ini juga hanya menumpukan tiga aspek penting unsur-unsur Islam iaitu meliputi aspek akidah, ibadah dan akhlak yang diterapkan dalam diri kanak-kanak berkeperluan khas oleh ibu bapa masing-masing. Maklumat yang diperolehi secara lisan adalah berdasarkan temubual dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru matapelajaran Agama Islam dan pegawai Pendidikan Khas dari bahagian Jabatan Agama Islam dan Moral yang terlibat Soal selidik juga hanyalah dari sudut pandangan ibu bapa sahaja dan ketepatan maklumat bergantung kepada kejujuran ibu bapa menjawab item-item soal selidik yang dikemukakan. Dari sudut masa, penyelidikan ini hanya meliputi jangka masa dua tahun iaitu tahun 2013 sehingga 2014 iaitu jangka masa penyelidik membuat program Sarjana Pengajian Islam. 11
  • 12. 1.6 TINJAUAN LITERATUR Apabila mendirikan rumah tangga, suami isteri sudah tentu menginginkan cahaya mata untuk menambah kebahagiaan hidup berkeluarga. Memiliki anak-anak yang sihat, cergas dan pintar adalah impian setiap pasangan ibu bapa. Menjadi ibu bapa adalah perkara yang paling mengembirakan dengan pengalaman-pengalaman baru dan menarik. Walau bagaimanapun pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Hal ini boleh menimbulkan tekanan bagi ibu bapa dalam menghadapi kehidupan seharian. Usaha murni kerajaan melalui pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Khas (FPK) yang berfokus kepada pembentukan insan sepadu iaitu memiliki pengetahuan, kemahiran di samping mempunyai akhlak yang mulia. 3 Anak-anak berpendidikan khas atau dinamakan anak-anak istimewa juga sangat memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan meneruskan kehidupan walaupun dibelengu dengan pelbagai masalah kerana ketidakupayaan mereka. Kajian mengenai penglibatan ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas telah didokumentasi dalam banyak jillid. Namun begitu, kajian berbentuk penerokaan unsur- unsur Islam yang diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak khas di Malaysia masih belum luas diterokai. Sehubungan dengan itu, kajian unsur-unsur Islam yang diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak normal juga digunakan sebagai rujukan. Pengkaji percaya, terdapat perbezaan ketara dalam proses penerapan unsur- unsur Islam semasa mendidik dan membesarkan anak-anak berkeperluan khas ini kerana penerimaan dan kesediaan ibu bapa juga berbeza antara memiliki anak istimewa dengan memiliki anak yang normal. 3 Laman Rasmi, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013.kssr.bpk.my/pengenalan/pendidikan_khas, ( 4/1/2013 ). 12
  • 13. Tidak ada satu kajian pun yang mengkhusus kepada dimensi unsur-unsur Islam dalam pendidikan anak istimewa bermasalah pembelajaran. Bagi mendapatkan informasi berkaitan unsur-unsur Islam semasa mendidik anak-anak berkeperluan khas dan dua lagi aspek yang dikaji ini, pengkaji merujuk kepada kajian pengalaman ibu bapa dalam kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian Dewi Imroatul (2010) dalam tesis Sarjana Pendidikan Islamnya yang bertajuk “Pelaksanaan Pendidiikan Agama Islam Bagi Anak Berkebutuhan Khusus Autistik di Sekolah Inklusif SDN Sumbersari 1 Malang, Indonesia” menyatakan pelaksanaan pendidikan Islam bagi kanak-kanak berkeperluan khas Autistik di Indonesia khususnya di negara Malang adalah sesuai dan boleh dibuat pengubahsuaian berdasarkan kemampuan murid. Peranan pendidik dan ibu bapa penting dalam memaksimumkan dan memperkembangkan potensi rohani yang terdapat dalam diri kanak-kanak istimewa itu. Hakikatnya, penghayatan agama Islam di kalangan golongan kurang upaya kurang diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Kajian Zainab, Badlihisham dan Zulklple (2010) yang bertajuk “ Penghayatan Agama dalam kalangan Orang Kurang Upaya di Terengganu : Satu kajian dari perspektif dakwah ”, mendapati faktor pengetahuan akhlak, sikap keluarga dan kualiti hubungan kekeluargaan menyumbang secara signifikan kepada penghayatan agama orang kurang upaya. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji apakah sikap ibu bapa tersebut dalam menerapkan unsur-unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas ini sejak kecil lagi. Begitu juga Jamila, M.Hanafi dan Rosadah (2009) menyatakan dalam pascasidang wacana pendidikan Islam siri ke 7 (peringkat Nusantara) bahawa pengajaran dan 13
  • 14. pembelajaran amali solat di Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran kurang berkesan kerana faktor komunikasi secara normal. Namun begitu, kenyataan M. Mokhtar dan Atiza (2003) dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Pelajar Berkeperluan Khas bertajuk “ Perkaedahan dan Pengajaran Pendidikan Islam : Antara Tradisi dan Inovasi ” , Pascasidang Wacana Pendidikan Islam (siri 3), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengatakan keberkesanan kaedah pengajaran Pendidikan Islam kepada pelajar khas bergantung penuh kepada pengetahuan dan kebijaksanaan guru dalam menggunakan pendekatan sesuai dengan keperluan khas pelajar. Kajian Jawiah Dakir (2012) yang mengkaji tahap penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Malaysia yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Islam di Malaysia, menyatakan bahawa sistem Pendidikan Islam di Malaysia bertujuan untuk membangun pelajar daripada setiap sudut atau dengan lain perkataan pembangunan holistik. Pembangunan akhlak adalah salah satu daripada aspek yang ditekankan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia tidak kira di aliran perdana mahupun di aliran Pendidikan Khas. Analisis kajian terdahulu oleh Masitah (2010) yang bertajuk “Penglibatan Ibu bapa dalam Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran”, mendapati dimensi penglibatan ibu bapa anak-anak berkeperluan khas berfokus kepada pengalaman ibu bapa semenjak dari kelahiran sehingga penglibatannya dalam intervensi awalan di rumah dan di sekolah mengikut kontek kehidupannya. Kesan penglibatan ibu bapa ke atas anak dan juga guru juga sangat positif. Oleh itu, pengkaji cuba mengenalpasti adakah unsur-unsur Islam diterapkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas itu. 14
  • 15. Anak-anak berpendidikan khas atau dinamakan anak-anak istimewa sangat memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan meneruskan kehidupan walaupun dibelengu dengan pelbagai masalah kerana keupayaan mereka. Ini bersesuaian dengan dengan kajian Wan Nazilah (2009) dalam latihan ilmiahnya yang bertajuk “Potensi Pelajar Autistik Berdasarkan Kecerdasan Pelbagai Gardner” menunjukkan bahawa pelajar autistik sangat berpotensi setelah diberi pendidikan semaksimum mungkin berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner. 1.7 KERANGKA KERJA TEORITIKAL DAN KONSEPTUAL 1.7.1 KERANGKA TEORI KAJIAN Kajian ini adalah untuk mengenalpasti unsur-unsur Islam yang diterapkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas. Model kajian yang digunakan ialah kajian Torres dan Bandura. Analisis model Torres et al (2006), model Albert Bandura (1986, 1991) yang disokong oleh asas al-Quran dan hadis serta pandangan sarjana Islam dan barat, maka model dan teori kajian ini secara umum (Rajah 1.1) dan secara khususnya ( Rajah 1.2) sebagaimana di bawah: Pemboleh ubah Pemboleh ubah Pemboleh ubah tidak Bersandar / Tidak Bersandar bersandar bersandar Metod / Kaedah Tingkahlaku Ibubapa Konsep Pendidikan Pendidikan /Tarbiah Islam ---- Hubungan antara pemboleh ubah Rajah 1.1 Model Teori Kajian secara umum (Ubah suaian dari Model Torres et.al 2006) 15
  • 16. 1.7.2 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Kerangka konseptual kajian dibina berasaskan teori Torres et.al (2006) dan Albert Bandura (1986, 1991) yang selari dengan teori pendidikan Islam anak-anak daripada para sarjana Islam dan disahkan oleh al-Quran dan hadis. Ia bermula dengan penelitian konsep pendidikan menurut Islam yang mencakupi akidah, ibadah dan akhlak yang terangkum di dalamnya dari segi hukum dan matlamat pendidikan Islam berdasarkan kepada isu-isu dalam dunia pendidikan khas. Ia menjadi tumpuan kerana melibatkan kerangka syariah Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak dan juga matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas. Walaupun aspek-aspek yang dipilih dalam kajian ini iaitu akidah ibadah dan akhlak menurut Sukatan Agama Islam Pendidikan Khas KSSR di sekolah, namun, ketiga-tiga aspek ini sebenarnya merupakan kerangka asas Islam sebagaimana dari Tabbarah (1992) menyatakan konsep asas Islam merangkumi tiga aspek iaitu akidah, syariah dan akhlak. Unsur-unsur penerapan Islam oleh ibubapa kepada anak-anak berkeperluan khas dalam kajian ini dinilai melalui 7 metod pendidikan Islam yang dirumuskan oleh Muhammad Qutb dan an-Nahlawi iaitu: 1. Mendidik melalui dialog Qurani dan Nabawi 2. Mendidik melalui kisah Qurani dan Nabawi 3. Mendidik melalui perumpamaan 4. Mendidik melalui teladan 5. Mendidik melalui amal perbuatan 6. Mendidik melalui „ibrah dan mau‟izah 7. Mendidik melalui targhib dan tarhib 16
  • 17. Al-Quran Al-Sunnah _______________ Kefahaman Konsep Pentarbiahan Islam Metod pentarbiahan yang digunakan : _____________ 1.Dialog Qurani dan Tingkahlaku ibu bapa Nabawi 2.Kisah Qurani dan nabawi Hubungan langsung 3. Perumpamaan 4. Teladan Hubungan tidak langsung 5.Amal perbuatan 6.’Ibrah dan mau’izhah 7.Targhib dan tarhib Rajah 1.2 Kerangka Konseptual ( Ubah suaian dari Yusaidi Yusoff 2012 ) Rajah 1.3 -1.6 merupakan perincian aspek-aspek kajian ini iaitu akidah, ibadah dan akhlak yang mewakili elemen tasawwur (konsep) dan kefahaman. Menurut Azma Mahmood (2005), aspek aqidah merangkumi perkara-perkara mengenai Rukun Iman, aspek Ibadat mengandungi perkara-perkara Rukun Islam. Manakala aspek akhlak pula 17
  • 18. beliau telah bahagikan kepada lima bahagian iaitu diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar. Pembahagian kajian ini mempunyai persamaan dengan Darraz (1987). Beliau telah mengkategorikan bahagian-bahagian akhlak Islam kepada lima bahgian iaitu perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan agama. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih empat bahagian sahaja iaitu perseorangan (diri), kekeluargaan, kemasyarakatan dan Negara. Bahagian agama di bawah aspek akhlak ditinggalkan bagi mengelak pertindihan dengan sikap akidah dan sikap ibadah yang telah menampung bahagian agama yang ditinggalkan. Begitu juga dengan bahagian alam sekitar dalam kajian Azma (2005), pengkaji menggugurkan perkara „alam sekitar‟ di bawah aspek akhlak kerana didapati kurang relevan dengan kajian. Aspek Aqidah Sikap Ke atas Rukun Iman Beiman Beriman Beriman Beriman Beriman Beriman kepada Allah kepada kepada Rasul kepada Kitab kepada Qada’ kepada Hari malaikat dan Qadar Kiamat Rajah 1.3 Perincian Aspek Akidah 18
  • 19. Aspek Ibadah Sikap Ke atas Rukun Islam Syahadah Solat Puasa Zakat Haji Rajah 1.4 Perincian Aspek Ibadah Aspek Akhlak Sikap Sosial Diri Ibu bapa Masyarakat Negara Alam Sekitar Agama Rajah 1.5 Perincian Aspek Akhlak 19
  • 20. 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Pada masa kini, kajian mengenai unsur-unsur Islam dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas amat kurang. Kajian ini sangat penting dan bermakna kerana penyelidikan seumpamanya belum begitu meluas dan boleh dikatakan tidak ada. Pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian secara serius dan lebih mendalam. Antara kepentingan kajian ini dapat dilihat kepada sumbangannya secara teori dan amalan. 1.8.1 Sumbangan Teoritikal Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan dari sudut disiplin ilmu, teori, literature, polisi dan keperluan kehidupan kepada umat Islam kerana belum kedapatan lagi kajian seperti ini dalam kontek pengajian Islam yang menyentuh secara langsung. 1.8.2 Sumbangan Amalan Membantu dalam bentuk kesedaran diri secara tabii manusia, berkesan dan sistematik agar ia dapat memberi manfaat kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara. 20
  • 21. 1.9 DEFINISI ISTILAH OPERASI KAJIAN Beberapa konsep dan teori berkaitan unsur-unsur Islam dalam pendidikan yang diterapkan kepada anak-anak berkeperluan khas oleh ibu bapa yang perlu diberi penjelasan untuk kefahaman, keperluan skop kajian dan ruang lingkup kajian ini adalah seperti berikut: 1.9.1 Persepsi ibu bapa Iaitu proses yang digunakan oleh individu ibu bapa untuk mengurus dan mentafsirkan kesan deria mereka yang memberi makna kepada persekitaran yang membolehkan ibu bapa tersebut mentafsir dan mengatur pola ransangan terhadap persekitaran mereka dalam mendidik dan mengurus anak-anak berkeperluan khas. Persepsi mereka dalam proses penerapan nilai-nilai Islam semasa mendidik anak-anak berkeperluan khas ini adalah berdasarkan pengalaman masa lalu ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut. 1.9.2 Penerapan nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak-anak Bermaksud mengkaji proses transformasi dan kelestarian ilmu pengetahuan dan nilai- nilai Islam yang diterapkan dalam diri anak-anak melalui pertumbuhan dan perkembangan potensi fitrah semulajadinya untuk mencapai kesempurnaan hidup dalam segala aspek. Unsur-unsur Islam dalam pendidikan anak-anak ini mestilah berasaskan kepada aqidah dan syariat Allah SWT. Kesyumulan Islam terjelma dalam sistem atau manhaj pendidikan. Pendidikan atau tarbiah Islam dilaksanakan untuk mengembangkan tasawwur (konsep) dan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran di dalam jiwa anak-anak. 1.9.3 Anak-anak berkeperluan khas 21
  • 22. Anak-anak berkeperluan khas ialah anak-anak istimewa yang mengalami masalah perkembangan pembesaran kanak-kanak iaitu antaranya ialah sindrom autistik, gangguan kurang tumpuan (Attention Defisit Disorder/ADD), gangguan kurang tumpuan dengan hiperaktiviti (Attention Defisit Disorder with Hyperactivity/ADHD), disleksia dan masalah perkembangan pelajaran yang lain.4 Kebanyakan mereka masalah atau gangguan dalam bidang komunikasi, interaksi sosial dan perilaku. 1.10 RUJUKAN Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan akhlak dan adab Islam : Konsep dan amalan.Kuala Lumpur: Utusan Publications. Azma Mahmood. 2005. Pengukuran tahap penghayatan Islam pelajar-pelajar sekolah menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Belgrave, F.Z . 1991. Psychosocial predictors of adjustment to disability in African Americans. Journal of rehabilitation. 57, 37- 40. Dewi Imroatul Azizah. 2009. Pelaksanaan pendidikan agama Islam bagi anak berkebutuhan khusus autistik di Sekolah Inklusif SDN Sumbersari 1 Malang, Tesis Sarjana Pendidikan Islam, Indonisia: Fakultas Tarbiah Islam, Universitas Islam Negara, Malang. H.M Ariffin, M.Ed, Prof.1991. Psikologi dakwah – suatu pengantar studi, BUMI Aksara. 4 Ja'afar, Zuraidah dan Abu Bakar, 2007, Tekanan ibu bapa yang mempunyai anak autistik. Dalam Perbezaan Individu Menurut Teori dan Amali. Penerbit UTM , Johor, pp. 44-70. 22
  • 23. Ja‟afar, Zuraidah dan Abu Bakar. 2007. Tekanan Ibu bapa yang mempunyai anak autistik, Perbezaan individu menurut teori dan amali, Penerbit UTM, Johor, pp 44- 70. Jamila K.A Muhamed Kuty, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Rosadah Abd. Majid. 2009. Pengajaran dan pembelajaran amali solat di program pendidikan khas intergrasi bermasalah pembelajaran, Pascasidang Wacana Pendidikan Islam Siri ke 7 (Peringkat Nusantara) pp 43-54. Jawiah Dakir. 2012. Tahap penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Malaysia. Seminar Kebangsaan Pendidikan Islam di Malaysia. Pp : 87-98 Kamaruddin Azman.1990. Membina keperibadian anak-anak. Majalah Dakwah Julai : 25-27. Masitah Taib. 2010. Penglibatan Ibu bapa dalam Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Mokhtar Tahar dan Aliza Alias. 2003. Isu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam pelajar berkeperluan khas. Perkaedahan dan pengajaran Pendidikan Islam : antara tradisi dan inovasi. Pascasidang Wacana Pendidikan Islam ( siri 3 ), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. pp : 32-51. Mohd Suhaimi Mohamad, Sheau Tsuey Chong, Norulhuda Sarnon, Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi dan Noremy Md Akil. 2012. Manifestasi penjagaan keluarga : tekanan psikologi dalam menjaga pesakit mental. Jurnal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, vol.7 , no. 1, pp: 59-75. Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan penulisan tesis gaya UKM. Edisi Semak Kedua. Bangi: Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. 23
  • 24. Saedah Siraj. 2001. Pendidikan rumahtangga. Alam Pintar Enterprise. Rahil Mahyuddin. 2001. Psikologi pendidikan untuk perguruan. Edisi Kedua. PTS Publication Sdn Bhd. Rohaida Mohamad Dhalan.1998. Pendekatan psikologi dalam pembentukan akhlak kanak-kanak Islam masa kini. Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya. ‟Ulwan, Abdullah Nasih.1998.Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam. Terj. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam. Wan Nazilah Mohamad Zain. 2009. Potensi pelajar autistik berdasarkan kecergasan pelbagai Garder, Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Yusaini Yusoff. 2012. Sukan menurut Islam : kajian tasawwur dan tingkahlaku dalam kalangan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zainab Ismail, Badlihisham M. Nasir, Zulkiple Abd. Ghani, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Nor Salimah Abu Mansor . 2010. Penghayatan agama dalam kalangan orang kurang upaya di Terengganu : Satu kajian dari perspektif dakwah, Seminar Pemantauan Penyelidikan & Penerbitan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pp: 56-69. Zulkifli Leman, Drs.1992. Psikologi perkembangan, Penerbit Pt.Remaja Rosdakarya. Bandung. 24
  • 25. 25