SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
HBMT 4203
                                 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




         FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

                   SEMESTER MEI 2012

                   HBMT 4203SMP

         TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




 NAMA                        :    IZEANTIE BINTI IBRAHIM

 NO. MATRIKULASI             :

 NO. KAD PENGENALAN          :

 NO. TELEFON                 :

 E-MEL                       :    azzean79@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN       :       OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

                                 SHAH ALAM




                             1
HBMT 4203
                                                  TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




                                             PENGENALAN


       Kebimbangan Matematik merupakan fenomena yang sering dikaitkan dengan masalah
pembelajaran Matematik di sekolah. Kebimbangan Matematik ditakrifkan sebagai perasaan
bimbang dan tegang yang berlaku dalam diri seseorang individu dan mengganggu proses
kecekapan penggunaan nombor dan penyelesaikan masalah Matematik dalam kehidupan
seharian. Dalam bidang pembelajaran pula, kebimbangan Matematik boleh menyebabkan
seseorang murid lupa dan hilang keyakinan terhadap diri sendiri.
       Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan murid dalam
pembelajaran Matematik ialah biasanya disebabkan oleh masa menjawab dan sifat malu di
khalayak umum. Masalah ini telah menjadi perhatian para guru sekian lama dan banyak
kajian serta usaha yang dilakukan untuk membasmi masalah kebimbangan Matematik di
kalangan murid.
       Murid yang berasa bimbang, bosan, takut atau menganggap Matematik tidak penting
biasanya cuba mengelakkan diri daripada mempelajari subjek ini dan melakukan perbuatan
yang boleh menyebabkan kegagalan memahami subjek ini. Murid-murid yang mengalami
kebimbangan Matematik sering kali menganggap Matematik sukar bagi mereka dan menjadi
pengalaman     yang   membebankan     untuk mempelajarinya.        Antara   simptom-simptom
kebimbangan Matematik ialah :
           •   Berpandangan negatif terhadap diri sendiri
           •   Kurang motivasi semasa menjalankan tugasan Matematik
           •   Kurang membuat ulangkaji
           •   Lambat menyiapkan kerja rumah Matematik
           •   Berasa panik semasa menghadapi ujian
           •   Menghadapi kesukaran menghafal fakta Matematik
           •   Bergantung kepada hafalan berbanding pemahaman


       Penawar bagi masalah kebimbangan Matematik terletak pada diri murid sendiri dan
juga terletak di bahu guru yang menyampaikan ilmu Matematik kepada murid. Kebijaksanaan
guru memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dan menarik amat penting

                                             2
HBMT 4203
                                                 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




dalam usaha mengurangkan seterusnya membasmi masalah kebimbangan Matematik di
kalangan murid.
       Sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu topik
Matematik, guru perlu mengenal pasti dan mendalami penyebab berlakunya kebimbangan
Matematik di kalangan murid. Setelah punca masalah diketahui, maka barulah seseorang
guru dapat mencari dan cuba menggunakan pelbagai alternatif serta cara yang terbaik untuk
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik.
       Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bukan sahaja dapat
mengurangkan kewujudan masalah kebimbangan Matematik tetapi juga dapat meningkatkan
kefahaman dan kemahiran yang dipelajari oleh murid. Peranan guru sebagai perancang,
penyokong dan pembimbing yang berfungsi secara optimum, secara tidak langsung juga
dapat meminimumkan timbulnya kebimbangan Matematik di kalangan murid.
       Murid masa kini memerlukan pembelajaran Matematik yang lebih praktikal. Oleh itu,
Matematik perlulah relevan dengan kehidupan seharian murid. Murid-murid juga cenderung
untuk berasa seronok jika melakukan aktiviti penyiasatan. Dengan perasaan bimbang dan
tekanan menghadapi Matematik, guru perlu memupuk unsur humor dalam pengajaran
Matematik. Individu pada usia muda menggemari kartun dan jenaka. Kebanyakan murid akan
dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik melaui pengajaran berperingkat bermula
dengan bahan maujud kemudan diikuti dengan bahan bergambar serta simbol-simbol. Oleh
itu, pengajaran Matematik perlu lebih menekankan kaedah yang lebih berpusatkan murid dan
melibatkan banyak perbincangan serta penglibatan aktif murid.


       Berdasarkan kajian literatur daripada beberapa sumber, didapati bahawa terdapat
beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti dapat mengurangkan
kebimbangan Matematik di kalangan murid di samping menggalakkan berlakunya
pembelajaran aktif yang akan dibincangkan dalam tugasan ini.




                                            3
HBMT 4203
                                                  TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




                AKTIVITI PENGAJARAN YANG DAPAT MENGURANGKAN
            KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID DAN
                           MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN




PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Pembelajaran ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara kolaboratif.
Kolaborasi yang akan berlaku ialah kolaborasi murid dengan guru dan juga kolaborasi murid
dengan murid. Aktiviti biasanya dijalankan secara berpasangan.
       Dalam pembelajaran kolaboratif, murid berusaha mencapai matlamat yang sama.
Matlamat yang sama ini akan menggalakkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam
aktiviti yang dijalankan. Murid juga dapat berkongsi maklumat serta idea bagi menyelesaikan
tugasan yang diberi.
        Perasaan kebersamaan dalam menyelesaikan tugasan akan dapat meningkatkan
penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan meningkatkan kefahaman serta motivasi
murid dalam mempelajari subjek Matematik. Apabila keyakinan diri murid terhadap subjek
Matematik semakin meningkat, maka kebimbangan Matematik akan turut berkurangan.
CONTOH PEMBELAJARAN KOLABORATIF :
•   Tajuk          : Bentuk Piawai
•   Objektif       : Memahami dan menggunakan konsep bentuk piawai untuk
    pembelajaran        menyelesaikan masalah.
•   Hasil          : Menggunakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan
    pembelajaran        dua nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk piawai.
•   Contoh aktiviti :
        Murid duduk secara berpasangan secara berhadapan dan masing-masing
            menghadap papan ‘My Maths Board’.




                                              4
HBMT 4203
                                                  TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




        Murid menjawab soalan pertama pada papan ‘My Maths Board’ masing-masing.
        Setelah kedua-dua murid selesai menjawab, ‘My Maths Board’ dipusingkan.
        Setiap murid memeriksa jawapan pasangan masing-masing dan membincangkan
             sebarang kesilapan atau memberikan cadangan cara yang lebih mudah untuk
             menyelesaikan soalan.
        Aktiviti diulang dengan menggunakan soalan-soalan lain.


PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN
Seiring dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat pada hari ini, banyak perisian
instruksional yang telah dihasilkan bagi membantu guru dan murid menjalankan aktiviti
pembelajaran secara interaktif. Pembelajaran secara interaktif boleh dilaksanakan dengan
menggunakan perisian-perisian yang boleh didapati daripada cakera padat, coswer dan juga
perisian pembelajaran atas talian (online).
    e-Pembelajaran biasanya merujuk kepada sistem pembelajaran atas talian dan telah mula
digunakan oleh murid-murid bermula dari peringkat awal pembelajaran seawal umur 4 tahun.
Namun begitu, penggunaan e-pembelajaran masih belum meluas kerana perisian memerlukan
talian internet dan perkakasan komputer yang lengkap dan sesuai dengan sistem yang hendak
digunakan.
     Bagi murid-murid yang berada dalam kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai
liputan internet serta kemudahan yang lengkap, e-pembelajaran merupakan salah satu kaedah
yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid.
Modul pembelajaran yang interaktif, pelbagai dan menarik dengan aktiviti-aktiviti yang
bervariasi bukan sahaja dapat menambat minat murid untuk belajar tetapi juga dapat
meningkatkan keinginan belajar di kalangan murid serta meningkatkan keyakinan murid
terhadap pembelajaran Matematik.
CONTOH PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN
•   Tajuk           : Trigonometri II
•   Objektif             : Memahami dan menggunakan konsep sin Ɵ, kos Ɵ dan tan Ɵ
    Pembelajaran          ( 00 ≤ Ɵ ≤ 3600 ) untuk menyelesaikan masalah.

                                              5
HBMT 4203
                                                 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




•   Hasil          : Menentukan nilai sin Ɵ, kos Ɵ dan tan Ɵ bagi 900 ≤ Ɵ ≤ 3600.
    Pembelajaran


•   Contoh aktiviti :




                                            6
HBMT 4203
                                                 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




PEMBELAJARAN PERMAINAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif wujud apabila murid bekerjasama untuk mencapai satu matlamat
yang sama. Matlamat kumpulan bukan semata-mata untuk mempelajari Matematik tetapi juga
memastikan semua ahli kumpulan sama-sama berjaya. Dalam pembelajaran koperatif yang
berkesan, murid berpeluang memberi penerangan antara satu sama lain,         mendengar
pandangan rakan sekumpulan, memerhatikan dan mendapatkan pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah serta saling memberi sokongan kepada sesama rakan. Peluang seperti
ini sangat penting dalam membina kefahaman konsep Matematik yang lebih mendalam di
kalangan murid.
    Kanak-kanak belajar tentang kehidupan dengan bermain, permainan pula merupakan salah
satu cara yang dapat membawa kanak-kanak menerima pembelajaran dengan lebih efektif.
Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka konsep pembeajaran
melalui penggunaan pengetahuan sedia ada dan mengatur strategi bagi menyelesaikan
masalah. Aktiviti permainan memberi pengalaman yang baik kepada murid iaitu tidak gentar
mendapat jawapan yang salah kerana kesilapan akan membina pengetahuan yang betul dalam
memahami konsep sebenar topik Matematik yang dipelajari.
       Aktiviti permainan secara koperatif dapat meningkatkan minat murid terhadap
pembelajaran Matematik. Permainan koperatif juga dapat membina semangat ‘saya boleh’ di
kalangan murid yang dapat mengurangkan kadar kebimbangan Matematik murid.
    Kajian menunjukkan bahawa melalui aktiviti permainan Matematik, penglibatan murid
adalah lebih aktif dalam melakukan tugasan. Aktiviti permainan juga dapat menggalakkan
hubungan sosial yang positif di kalangan murid di samping membina keyakinan dan minat
terhadap Matematik.
CONTOH PEMBELAJARAN PERMAINAN MATEMATIK
•   Tajuk          : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik


•   Objektif          : Memfaktorkan ungkapan kuadratik
    Pembelajaran

                                             7
HBMT 4203
                                                    TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




•   Hasil            : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c,
    Pembelajaran         a, b dan c tidak sama dengan 0.
•   Contoh aktiviti :
         Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan
             diberikan lembaran ‘Jawapannya ialah..’ untuk menjawab soalan terkumpul.
         Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap stesen.
         Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen
             seterusnya untuk menjawab soalan baru.
         Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua kumpulan.
         Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah tertinggi
             akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah mereka.

        S1              S2            S3           S4




        S8              S7            S6           S5




         SENARAI TAJUK MATEMATIK YANG SERING MENIMBULKAN
    KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT
        TOPIK                              KEBIMBANGAN MATEMATIK
     Ungkapan dan            •   Pemfaktoran ungkapan kuadratik
Persamaan Kuadratik
                             •   Memahami konsep implikasi.
      Penaakulan                     Jika p, maka q
       Matematik                     p jika dan hanya jika q
                             •   Memahami konsep hujah.
    Kebarangkalian I         •   Memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian
                                 peristiwa bagi menyelesaikan masalah.
      Bulatan III            •   Memahami dan menggunakan sifat-sifat       tangen      untuk
                                 menyelesaikan masalah.



                                               8
HBMT 4203
                                                  TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




    Trigonometri         •   Mencari nilai sudut antara 00 hingga 3600 apabila nilai sin, kos
                             dan tan diberikan.
Sudut dongakan dan       •   Menyelesaikan masalah melibatkan sudut dongakan dan sudut
    sudut tunduk             tunduk.


  KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT
                              DARI KACA MATA GURU
Nama guru : Mariani Sanan
Sekolah     : SMK Sri Serdang
Pengalaman mengajar : 15 tahun


Nama guru : Mohamad b. Tuah
Sekolah     : SMK Sri Indah
Pengalaman mengajar : 12 tahun
Hasil temubual bersama dua orang guru yang dinyatakan, beberapa kaedah
pengajaran Matematik yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di
kalangan murid tingkatan empat telah dikenal pasti.
PENGAJARAN SECARA PENERANGAN
Pengajaran secara penerangan yang lebih berpusat kepada guru merupakan salah satu kaedah
mengajar secara tradisional di mana guru memberi penerangan dan contoh kepada murid dan
kemudian murid akan membuat latihan samada dalam buku teks mahupun buku kerja secara
individu.
    Pengajaran secara penerangan ini menyebabkan murid menjadi pendengar yang pasif.
Pengajaran berpusat guru ini juga biasanya membantutkan keinginan murid untuk bertanya
sekiranya tidak memahami konsep atau kemahiran yang dipelajari kerana murid hanya
bekerja secara perseorangan. Murid yang bersifat pemalu akan menjadi lebih pasif dan boleh
mengakibatkan terjadinya situasi tidak faham konsep yang akan terbawa-bawa ke masa akan
datang. Apabila murid ketinggalan konsep awal, maka sukar untuk murid meneruskan
pembelajaran untuk kemahiran seterusnya dalam suatu topik yang sama.
   Contohnya sekiranya murid tidak memahami konsep garis selari, maka murid akan sukar
menguasai kemahiran seterusnya iaitu menentukan sifat kecerunan dua garis yang diberi.


                                             9
HBMT 4203
                                                 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




Kurangnya kefahaman konsep awal sesuatu topik akan menimbulkan kebimbangan
Matematik kepada murid untuk mempelajari kemahiran seterusnya yang lebih tinggi. Apabia
kebimbangan Matematik wujud, motivasi dan minat murid untuk mempelajari Matematik
juga akan semakin berkurangan dan boleh menyebabkan berlakunya tekanan dan perasaan
terbeban bagi murid.
     Cadangan mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid adalah dengan
menjalankan aktiviti yang lebih berpusatkan murid dan bahan.


PENGAJARAN SECARA LATIH TUBI YANG BERTERUSAN
Latih tubi adalah aktiviti yang baik untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran
Matematik murid. Biasanya aktiviti latih tubi yang banyak digunakan terutama bagi murid-
murid yang terlibat dengan Peperiksaan Berpusat seperti Sijil Pelajaran Malaysia dengan
tujuan memberikan pengalaman kepada murid menjawab pelbagai jenis soalan di samping
digunakan sebagai penilaian oleh guru. Namun begitu, longgokan latih tubi yang terlalu
banyak akan menimbulkan perasaan tegang di kalangan murid. Murid yang sudah mahir akan
berasa bosan dengan latih tubi yang sama manakala murid yang belum menguasai kemahiran
pula akan merasakan tekanan yang hebat kerana terpaksa dibebani dengan tugasan yang
banyak dan sukar bagi mereka. Hal ini akan mewujudkan dan boleh meningkatkan
kebimbangan Matematik di kalangan murid terutama murid yang masih belum menguasai
konsep dan kemahiran yang dipelajari.
  Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah
dengan menyediakan tugasan yang pelbagai jenis kepada murid agar minat murid terhadap
pembelajaran Matematik dapat ditngkatkan.


MEMBERIKAN TUGASAN YANG SAMA KEPADA SEMUA MURID
Setiap murid mempunyai kecerdasan tersendiri dan ini mempengaruhi cara pembelajaran
mereka. Murid yang dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik akan dapat
menyelesaikan tugasan mudah dengan cepat. Murid yang belum menguasai kemahiran
Matematik sepenuhnya pula akan memakan masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan
yang sama. Murid-murid ini akan diselubungi perasaan yang kurang senang apabila melihat
rakan-rakan lain yang telah dapat menyiapkan tugasan lebih awal. Tekanan akan dirasakan

                                            10
HBMT 4203
                                                                TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




oleh murid-murid ini dan menimbulkan rasa kurang berminat terhadap pelajaran Matematik.
Akibatnya, kebimbangan Matematik akan tersemai dalam diri murid-murid ini yang akan
membawa mereka ke arah sikap tidak menyukai mata pelajaran Matematik.
    Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah
dengan menyediakan tugasan yang pelbagai mengikut aras murid. Dengan ini, setiap murid
akan membuat tugasan yang sesuai dengan tahap mereka dan dapat menyelesaikan tugasan
dalam tempoh masa yang diberikan.


GURU MENETAPKAN HANYA SATU CARA UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU
SOALAN ATAU MASALAH
Dalam mata pelajaran Matematik, terdapat situasi adanya beberapa konsep atau kemahiran
yang boleh digunakan untuk menyelesaikan satu soalan atau masalah yang sama. Guru yang
hanya menekankan satu jenis cara sahaja untuk menyelesaikan soalan / masalah akan
menyebabkan murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran berasa terbeban kerana tidak
dapat menyelesaikan soalan / masalah yang diberi. Hal ini menyumbang kepada tersemainya
kebimbangan Matematik di kalangan murid.
    Contohnya, soalan darab melibatkan angka dua digit boleh diselesaikan melalui dua cara
iaitu melalui pengiraan bentuk lazim biasa dan juga melalui pengiraan menggunakan kotak
Matemagik :

•   1576 x 25 =



•   Cara 1 :            1576

                    x       2 5_
                        7880
               + 3 1 5 2__
               __3 9 4 0 0_

•    Cara 2 :               1       5       7       6
                                            1           1
                0       0           1       1       1       2
                                2       0       4           2
                        0           2       3       3
                3               5       5       5           0
                        9           4       0       0 11
HBMT 4203
                                                    TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




                                                5


Penggunaan cara penyelesaian yang pelbagai untuk menjawab soalan yang sama akan
memberi lebih pilihan dan kemudahan kepada murid kerana setiap murid mempunyai tahap
pemahaman yang berbeza dan masing-masing boleh menggunakan cara yang lebih mudah
dan sesuai bagi mereka.


MEMBERIKAN TUGASAN MATEMATIK SEBAGAI HUKUMAN BAGI SALAH LAKU
MURID
Murid yang melakukan kesalahan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kadang kala
digunakan oleh guru sebagai alasan untuk memberi tugasan kepada murid terlibat. Contohnya
murid yang berbuat bising semasa penerangan guru dipanggil untuk menjawab soalan di
papan tulis sebagai hukuman. Murid terlibat akan berasa bimbang dan malu sekiranya tidak
dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan betul. Selain itu, murid juga berasa malu
kerana tugasan yang diberi adalah sebagai hukuman kepada kesalahan yang dilakukan.
Perasaan seperti ini akan menimbulkan kebimbangan Matematik dalam diri murid terlibat dan
menghasilkan tanggapan yang tidak baik terhadap subjek Matematik.


       CADANGAN PENGAJARAN MATEMATIK BAGI MEMINIMUMKAN
    KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT
•   Tajuk          : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik


•   Objektif        : Memfaktorkan ungkapan kuadratik
    Pembelajaran
•   Hasil           : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c,
    Pembelajaran      a, b dan c tidak sama dengan 0.
•   Contoh aktiviti :
        Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan
            diberikan     lembaran   ‘Jawapannya      ialah..’   untuk   menjawab   soalan
            terkumpul.
        Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap

                                           12
HBMT 4203
                                               TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




            stesen.
       Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen
            seterusnya untuk menjawab soalan baru.
       Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua
            kumpulan.
       Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah
            tertinggi akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah
            mereka.

       S1             S2         S3           S4




       S8             S7         S6           S5




Mengapa saya memilih pengajaran dengan aktiviti permainan Matematik ?
Guru perlu mengetahui bahawa Matematik itu lebih daripada sekadar menghafal dan
aturan prosedur. Murid yang menghadapi kebimbangan Matematik tidak akan
menghargai kepentingan dan hubungkait Matematik dengan kehidupan seharian.
Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengekalkan kebimbangan Matematik seperti
mengajar menggunakan buku teks semata-mata tanpa mengambil kira kecerdasan
pelbagai murid dan juga menetapkan hanya satu cara menyelesaikan masalah dalam
Matematik. Keadaan ini tidak menggalakkan murid menggunakan kreativiti dalam
menyiapkan tugasan. Sebagai seorang guru, kita seharusnya lebih peka terhadap
masalah kebimbangan Matematik dan sentiasa berusaha untuk membasmi masalah ini.
  Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka Matematik
dengan cara yang lebih menyeronokkan seterusnya membantu mengurangkan perasaan
bimbang dan takut di kalangan murid. Memandangkan kanak-kanak belajar dengan
lebih baik menerusi aktiviti yang praktikal, permainan Matematik merupakan salah
satu kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran ini.

                                         13
HBMT 4203
                                            TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




Permainan Matematik juga dapat meningkatkan keyakinan serta minat murid
terhadap Matematik.
    Kajian menunjukkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran
Matematik yang melibatkan aktiviti permainan dan kerja-kerja praktik secara
berkumpulan. Murid juga cenderung untuk lebih berusaha walaupun menyelesaikan
masalah yang sukar kerana murid terlibat secara mendalam dalam aktiviti yang dapat
menarik minat mereka.
   Aktiviti permainan Matematik juga dapat memupuk budaya perkongsian idea dan
pendapat di kalangan murid dalam usaha memahami dan mendalami sesuatu konsep
dan kemahiran Matematik. Bukan sahaja murid akan semakin banyak berbincang
tentang Matematik tetapi juga murid berasa lebih tenang dan kurang risau jika
mendapat jawapan yang salah semasa membuat tugasan. Ini kerana murid tahu
mereka boleh berbincang dengan rakan sekumpulan untuk mendapatkan jawapan
yang betul. Aktiviti permainan juga membuat murid melihat Matematik sebagai
sesuatu yang menyeronokkan, dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan
membasmi kebimbangan Matematik yang tersemat dalam diri mereka.




                                       14
HBMT 4203
                                                TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




KESIMPULAN


         Matematik merupakan landasan utama untuk menceburi bidang kejuruteraan, bidang
saintifik dan bidang teknologi yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Namun
begitu, kebimbangan Matematik di kalangan murid menegah murid daripada mencapai
kejayaan dalam subjek ini. Kebimbangan Matematik menghalang peningkatan prestasi murid.
Oleh itu, guru perlu menangani masalah ini dan menggalakkan penglibatan murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
         Melalui tugasan ini, tiga kaedah yang dikenal pasti dapat membantu mengurangkan
kebimbangan Matematik dan meningkatkan penglibatan serta keyakinan murid dalam
pembelajaran Matematik. Kaedah-kaedah tersebut ialah aktiviti pembelajaran secara
kolaboratif, pembelajaran menggunakan e-pembelajaran dan pembelajaran secara permainan
Matematik. Ketiga-tiga kaedah ini menyeronokkan bagi murid dan mengurangkan tekanan
semasa menjalankan aktiviti. Penglibatan murid yang aktif menyumbang kefahaman konsep
dan kemahiran Matematik yang lebih baik seterusnya meningkatkan prestasi Matematik
murid.
         Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Empat pula,
beberapa tajuk telah disenaraikan sebagai tajuk yang biasanya menimbulkan kebimbangan
Matematik di kalangan murid tingkatan empat dengan hasil pembelajaran yang spesifik yang
telah dinyatakan. Topik-topik yang terlibat ialah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik,
Penaakulan Matematik, Kebarangkalian I, Bulatan III, Trigonometri dan Sudut Dongak dan
Sudut Tunduk.


         Hasil temubual dengan dua orang guru Matematik yang berpengalaman mengajar
murid tingkatan empat, lima kaedah pengajaran guru yang biasanya menimbulkan
kebimbangan Matematik di kalangan murid juga telah dikenal pasti iaitu pengajaran secara


                                           15
HBMT 4203
                                               TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




penerangan, pengajaran secara latih tubi yang berterusan, memberikan tugasan yang sama
kepada semua murid, menetapkan hanya satu cara untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau
masalah dan memberikan tugasan Matematik sebagai hukuman kepada salah laku murid.


       Dalam tugasan ini, saya telah memilih topik Ungkapan Kuadratik dan Persamaan
Kuadratik untuk dibincangkan dalam cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Matematik tingkatan empat yang dapat mengurangkan kebimbangan Matematik murid. Saya
telah memilih pengajaran secara permainan Matematik kerana saya mendapati kaedah
pengajaran ini adalah kaedah yang paling menyeronokkan, dapat menarik minat murid, dapat
memupuk kerjasama dan perkongsian idea sesama murid serta sangat membantu dalam
mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid. Kaedah permainan Matematik
merupakan kaedah yang dapat memberi perasaan kejayaan kepada murid dengan suasana
yang lebih menenangkan dan sangat bermanfaat terhadap peningkatan prestasi murid dalam
subjek Matematik.


       Sesungguhnya    kebimbangan    Matematik    adalah   masalah   yang   nyata   dan
sememangnya berlaku di kalangan murid. Masalah ini timbul apabila guru kurang mengambil
perhatian terhadap penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai bagi murid yang pelbagai
kecerdasan.Guru perlu membuat perubahan dan menggunakan kepelbagaian dalam kaedah
pengajaran agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan murid dalam mempelajari
Matematik. Kebimbangan Matematik di kalangan murid boleh dibasmi dan kuasa itu terletak
di tangan guru.




                                          16
HBMT 4203
                                              TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




   RUJUKAN


1) Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Curriculum Specification Mathematics
           Form 4. PUTRAJAYA : Kementerian Pelajaran Malaysia.
2) Tobias, S. (1993). Overcoming Math Anxiety. NEW YORK : W.W Norton &
           Company.
3) Zaslavsky, C. (1994). Fear of Math : How to Get Over It and Get On With Your Life.
           NEW JERSEY : Rutgers University.

4) http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematical_anxiety

5) http://findarticles.com/p/articles/mi_hb3325/is_3_9/ai_n29219709/

6) http://nowalkcc.libguides.com/content.php?pid=259827&sid=2150242

7) http://people.exeter.ac.uk/PErnest/pome18/furner_math_anxiety_2.htm

8) http://salsa.missioncollege.org/mss/stories/storyReader$9

9) http://www.daytonastate.edu/asc/files/m50.doc

10) http://www.dowling.edu/faculty/Rispoli/TwelveWays.pdf

11) http://www.ehow.com/math-learning-strategies/

12) http://www.foliolive.com/user/a/r/arizo/TeacherHelpAides.doc

13) http://www.math.com/students/advice/anxiety.html

14) http://www.mathgoodies.com/articles/math_anxiety.html

15) http://www.mathpower.com/reduce.htm



                                         17
HBMT 4203
                                             TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




16) http://www.sinclair.edu/support/sss/pub/Math%20Anxietyfinal.ppt

17) http://www.suzannesutton.com/math_anxiety.htm




                                       18
HBMT 4203
                                                TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR




   pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan
arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Teori
beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak
sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh
normal pembelajaran.




                                           19

More Related Content

What's hot

Tugas pmri kelompok 4 b
Tugas pmri kelompok 4 bTugas pmri kelompok 4 b
Tugas pmri kelompok 4 b
Rusmaini Mini
 
Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...
Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...
Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...
Adz Adzan
 
Bab I, II, III Poposal
Bab I, II, III PoposalBab I, II, III Poposal
Bab I, II, III Poposal
mumukholisah
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
Alina Margono
 
Pembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SD
Pembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SDPembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SD
Pembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SD
NASuprawoto Sunardjo
 
Makalah Problematika Matematika
Makalah Problematika MatematikaMakalah Problematika Matematika
Makalah Problematika Matematika
hidayanti2013
 

What's hot (20)

Matematika realistik indonesia
Matematika realistik indonesiaMatematika realistik indonesia
Matematika realistik indonesia
 
Tugas pmri kelompok 4 b
Tugas pmri kelompok 4 bTugas pmri kelompok 4 b
Tugas pmri kelompok 4 b
 
Penerapan pendekatan rme
Penerapan pendekatan rmePenerapan pendekatan rme
Penerapan pendekatan rme
 
laporan Ptk destri saragih merangin
laporan Ptk destri saragih meranginlaporan Ptk destri saragih merangin
laporan Ptk destri saragih merangin
 
kesulitan belajar matematika untuk siswa
kesulitan belajar matematika untuk siswakesulitan belajar matematika untuk siswa
kesulitan belajar matematika untuk siswa
 
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
 
Proposal penelitian matematika penguasaan operasi hitung s…
Proposal penelitian matematika penguasaan operasi hitung s…Proposal penelitian matematika penguasaan operasi hitung s…
Proposal penelitian matematika penguasaan operasi hitung s…
 
Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...
Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...
Cara mudah-menanamkan-konsep-dasar-operasi-hitung-bilangan-bulat-dengan-mengg...
 
Agissssss
AgissssssAgissssss
Agissssss
 
Proposal Penelitian (Pendidikan Matematika)
Proposal Penelitian (Pendidikan Matematika)Proposal Penelitian (Pendidikan Matematika)
Proposal Penelitian (Pendidikan Matematika)
 
Proposal baru
Proposal baruProposal baru
Proposal baru
 
Makalah ppm
Makalah ppmMakalah ppm
Makalah ppm
 
Bab I, II, III Poposal
Bab I, II, III PoposalBab I, II, III Poposal
Bab I, II, III Poposal
 
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifModul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
 
Skripsi yang benar
Skripsi yang benarSkripsi yang benar
Skripsi yang benar
 
Pembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SD
Pembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SDPembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SD
Pembelajaran Berbasis Masalah Matematika di SD
 
Makalah Problematika Matematika
Makalah Problematika MatematikaMakalah Problematika Matematika
Makalah Problematika Matematika
 
Bab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulatBab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulat
 
Kemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik Malaysia
Kemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik MalaysiaKemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik Malaysia
Kemahiran Kurun ke 21 dalam Kurikulum Matematik Malaysia
 

Similar to Hbmt 4103 matematik form 3 final (20)

Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
17630173.ppt
17630173.ppt17630173.ppt
17630173.ppt
 
Skripsi NHT (Power Point)
Skripsi NHT (Power Point)Skripsi NHT (Power Point)
Skripsi NHT (Power Point)
 
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghariTugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
Tugas 2 ptk febridawati - sma n 1 batanghari
 
JURNAL : meningkatkan think talk-write-1
JURNAL : meningkatkan think talk-write-1JURNAL : meningkatkan think talk-write-1
JURNAL : meningkatkan think talk-write-1
 
yg baru
yg baruyg baru
yg baru
 
A410050066
A410050066A410050066
A410050066
 
Ulasan artikel
Ulasan artikel Ulasan artikel
Ulasan artikel
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Draf proposal tesis ahmad budi
Draf proposal tesis ahmad budiDraf proposal tesis ahmad budi
Draf proposal tesis ahmad budi
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Ptk eci heliza sma n 13 tebo
Ptk eci heliza sma n 13 teboPtk eci heliza sma n 13 tebo
Ptk eci heliza sma n 13 tebo
 
ppt best practice.ppt
ppt best practice.pptppt best practice.ppt
ppt best practice.ppt
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
 
Problem Based Learning
Problem Based Learning Problem Based Learning
Problem Based Learning
 
Pembelajaran materi trigonometri dalam menentukan luas daerah segitiga
Pembelajaran materi trigonometri dalam menentukan luas daerah segitigaPembelajaran materi trigonometri dalam menentukan luas daerah segitiga
Pembelajaran materi trigonometri dalam menentukan luas daerah segitiga
 

Hbmt 4103 matematik form 3 final

  • 1. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES SEMESTER MEI 2012 HBMT 4203SMP TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR NAMA : IZEANTIE BINTI IBRAHIM NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : azzean79@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SHAH ALAM 1
  • 2. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR PENGENALAN Kebimbangan Matematik merupakan fenomena yang sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran Matematik di sekolah. Kebimbangan Matematik ditakrifkan sebagai perasaan bimbang dan tegang yang berlaku dalam diri seseorang individu dan mengganggu proses kecekapan penggunaan nombor dan penyelesaikan masalah Matematik dalam kehidupan seharian. Dalam bidang pembelajaran pula, kebimbangan Matematik boleh menyebabkan seseorang murid lupa dan hilang keyakinan terhadap diri sendiri. Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan murid dalam pembelajaran Matematik ialah biasanya disebabkan oleh masa menjawab dan sifat malu di khalayak umum. Masalah ini telah menjadi perhatian para guru sekian lama dan banyak kajian serta usaha yang dilakukan untuk membasmi masalah kebimbangan Matematik di kalangan murid. Murid yang berasa bimbang, bosan, takut atau menganggap Matematik tidak penting biasanya cuba mengelakkan diri daripada mempelajari subjek ini dan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kegagalan memahami subjek ini. Murid-murid yang mengalami kebimbangan Matematik sering kali menganggap Matematik sukar bagi mereka dan menjadi pengalaman yang membebankan untuk mempelajarinya. Antara simptom-simptom kebimbangan Matematik ialah : • Berpandangan negatif terhadap diri sendiri • Kurang motivasi semasa menjalankan tugasan Matematik • Kurang membuat ulangkaji • Lambat menyiapkan kerja rumah Matematik • Berasa panik semasa menghadapi ujian • Menghadapi kesukaran menghafal fakta Matematik • Bergantung kepada hafalan berbanding pemahaman Penawar bagi masalah kebimbangan Matematik terletak pada diri murid sendiri dan juga terletak di bahu guru yang menyampaikan ilmu Matematik kepada murid. Kebijaksanaan guru memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dan menarik amat penting 2
  • 3. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR dalam usaha mengurangkan seterusnya membasmi masalah kebimbangan Matematik di kalangan murid. Sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu topik Matematik, guru perlu mengenal pasti dan mendalami penyebab berlakunya kebimbangan Matematik di kalangan murid. Setelah punca masalah diketahui, maka barulah seseorang guru dapat mencari dan cuba menggunakan pelbagai alternatif serta cara yang terbaik untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bukan sahaja dapat mengurangkan kewujudan masalah kebimbangan Matematik tetapi juga dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran yang dipelajari oleh murid. Peranan guru sebagai perancang, penyokong dan pembimbing yang berfungsi secara optimum, secara tidak langsung juga dapat meminimumkan timbulnya kebimbangan Matematik di kalangan murid. Murid masa kini memerlukan pembelajaran Matematik yang lebih praktikal. Oleh itu, Matematik perlulah relevan dengan kehidupan seharian murid. Murid-murid juga cenderung untuk berasa seronok jika melakukan aktiviti penyiasatan. Dengan perasaan bimbang dan tekanan menghadapi Matematik, guru perlu memupuk unsur humor dalam pengajaran Matematik. Individu pada usia muda menggemari kartun dan jenaka. Kebanyakan murid akan dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik melaui pengajaran berperingkat bermula dengan bahan maujud kemudan diikuti dengan bahan bergambar serta simbol-simbol. Oleh itu, pengajaran Matematik perlu lebih menekankan kaedah yang lebih berpusatkan murid dan melibatkan banyak perbincangan serta penglibatan aktif murid. Berdasarkan kajian literatur daripada beberapa sumber, didapati bahawa terdapat beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti dapat mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid di samping menggalakkan berlakunya pembelajaran aktif yang akan dibincangkan dalam tugasan ini. 3
  • 4. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR AKTIVITI PENGAJARAN YANG DAPAT MENGURANGKAN KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID DAN MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF Pembelajaran ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara kolaboratif. Kolaborasi yang akan berlaku ialah kolaborasi murid dengan guru dan juga kolaborasi murid dengan murid. Aktiviti biasanya dijalankan secara berpasangan. Dalam pembelajaran kolaboratif, murid berusaha mencapai matlamat yang sama. Matlamat yang sama ini akan menggalakkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Murid juga dapat berkongsi maklumat serta idea bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Perasaan kebersamaan dalam menyelesaikan tugasan akan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan meningkatkan kefahaman serta motivasi murid dalam mempelajari subjek Matematik. Apabila keyakinan diri murid terhadap subjek Matematik semakin meningkat, maka kebimbangan Matematik akan turut berkurangan. CONTOH PEMBELAJARAN KOLABORATIF : • Tajuk : Bentuk Piawai • Objektif : Memahami dan menggunakan konsep bentuk piawai untuk pembelajaran menyelesaikan masalah. • Hasil : Menggunakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan pembelajaran dua nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk piawai. • Contoh aktiviti :  Murid duduk secara berpasangan secara berhadapan dan masing-masing menghadap papan ‘My Maths Board’. 4
  • 5. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR  Murid menjawab soalan pertama pada papan ‘My Maths Board’ masing-masing.  Setelah kedua-dua murid selesai menjawab, ‘My Maths Board’ dipusingkan.  Setiap murid memeriksa jawapan pasangan masing-masing dan membincangkan sebarang kesilapan atau memberikan cadangan cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan soalan.  Aktiviti diulang dengan menggunakan soalan-soalan lain. PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN Seiring dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat pada hari ini, banyak perisian instruksional yang telah dihasilkan bagi membantu guru dan murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara interaktif. Pembelajaran secara interaktif boleh dilaksanakan dengan menggunakan perisian-perisian yang boleh didapati daripada cakera padat, coswer dan juga perisian pembelajaran atas talian (online). e-Pembelajaran biasanya merujuk kepada sistem pembelajaran atas talian dan telah mula digunakan oleh murid-murid bermula dari peringkat awal pembelajaran seawal umur 4 tahun. Namun begitu, penggunaan e-pembelajaran masih belum meluas kerana perisian memerlukan talian internet dan perkakasan komputer yang lengkap dan sesuai dengan sistem yang hendak digunakan. Bagi murid-murid yang berada dalam kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai liputan internet serta kemudahan yang lengkap, e-pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid. Modul pembelajaran yang interaktif, pelbagai dan menarik dengan aktiviti-aktiviti yang bervariasi bukan sahaja dapat menambat minat murid untuk belajar tetapi juga dapat meningkatkan keinginan belajar di kalangan murid serta meningkatkan keyakinan murid terhadap pembelajaran Matematik. CONTOH PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN • Tajuk : Trigonometri II • Objektif : Memahami dan menggunakan konsep sin Ɵ, kos Ɵ dan tan Ɵ Pembelajaran ( 00 ≤ Ɵ ≤ 3600 ) untuk menyelesaikan masalah. 5
  • 6. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR • Hasil : Menentukan nilai sin Ɵ, kos Ɵ dan tan Ɵ bagi 900 ≤ Ɵ ≤ 3600. Pembelajaran • Contoh aktiviti : 6
  • 7. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR PEMBELAJARAN PERMAINAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif wujud apabila murid bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama. Matlamat kumpulan bukan semata-mata untuk mempelajari Matematik tetapi juga memastikan semua ahli kumpulan sama-sama berjaya. Dalam pembelajaran koperatif yang berkesan, murid berpeluang memberi penerangan antara satu sama lain, mendengar pandangan rakan sekumpulan, memerhatikan dan mendapatkan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah serta saling memberi sokongan kepada sesama rakan. Peluang seperti ini sangat penting dalam membina kefahaman konsep Matematik yang lebih mendalam di kalangan murid. Kanak-kanak belajar tentang kehidupan dengan bermain, permainan pula merupakan salah satu cara yang dapat membawa kanak-kanak menerima pembelajaran dengan lebih efektif. Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka konsep pembeajaran melalui penggunaan pengetahuan sedia ada dan mengatur strategi bagi menyelesaikan masalah. Aktiviti permainan memberi pengalaman yang baik kepada murid iaitu tidak gentar mendapat jawapan yang salah kerana kesilapan akan membina pengetahuan yang betul dalam memahami konsep sebenar topik Matematik yang dipelajari. Aktiviti permainan secara koperatif dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Permainan koperatif juga dapat membina semangat ‘saya boleh’ di kalangan murid yang dapat mengurangkan kadar kebimbangan Matematik murid. Kajian menunjukkan bahawa melalui aktiviti permainan Matematik, penglibatan murid adalah lebih aktif dalam melakukan tugasan. Aktiviti permainan juga dapat menggalakkan hubungan sosial yang positif di kalangan murid di samping membina keyakinan dan minat terhadap Matematik. CONTOH PEMBELAJARAN PERMAINAN MATEMATIK • Tajuk : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik • Objektif : Memfaktorkan ungkapan kuadratik Pembelajaran 7
  • 8. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR • Hasil : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c, Pembelajaran a, b dan c tidak sama dengan 0. • Contoh aktiviti :  Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberikan lembaran ‘Jawapannya ialah..’ untuk menjawab soalan terkumpul.  Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap stesen.  Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen seterusnya untuk menjawab soalan baru.  Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua kumpulan.  Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah tertinggi akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah mereka. S1 S2 S3 S4 S8 S7 S6 S5 SENARAI TAJUK MATEMATIK YANG SERING MENIMBULKAN KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT TOPIK KEBIMBANGAN MATEMATIK Ungkapan dan • Pemfaktoran ungkapan kuadratik Persamaan Kuadratik • Memahami konsep implikasi. Penaakulan  Jika p, maka q Matematik  p jika dan hanya jika q • Memahami konsep hujah. Kebarangkalian I • Memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian peristiwa bagi menyelesaikan masalah. Bulatan III • Memahami dan menggunakan sifat-sifat tangen untuk menyelesaikan masalah. 8
  • 9. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR Trigonometri • Mencari nilai sudut antara 00 hingga 3600 apabila nilai sin, kos dan tan diberikan. Sudut dongakan dan • Menyelesaikan masalah melibatkan sudut dongakan dan sudut sudut tunduk tunduk. KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT DARI KACA MATA GURU Nama guru : Mariani Sanan Sekolah : SMK Sri Serdang Pengalaman mengajar : 15 tahun Nama guru : Mohamad b. Tuah Sekolah : SMK Sri Indah Pengalaman mengajar : 12 tahun Hasil temubual bersama dua orang guru yang dinyatakan, beberapa kaedah pengajaran Matematik yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di kalangan murid tingkatan empat telah dikenal pasti. PENGAJARAN SECARA PENERANGAN Pengajaran secara penerangan yang lebih berpusat kepada guru merupakan salah satu kaedah mengajar secara tradisional di mana guru memberi penerangan dan contoh kepada murid dan kemudian murid akan membuat latihan samada dalam buku teks mahupun buku kerja secara individu. Pengajaran secara penerangan ini menyebabkan murid menjadi pendengar yang pasif. Pengajaran berpusat guru ini juga biasanya membantutkan keinginan murid untuk bertanya sekiranya tidak memahami konsep atau kemahiran yang dipelajari kerana murid hanya bekerja secara perseorangan. Murid yang bersifat pemalu akan menjadi lebih pasif dan boleh mengakibatkan terjadinya situasi tidak faham konsep yang akan terbawa-bawa ke masa akan datang. Apabila murid ketinggalan konsep awal, maka sukar untuk murid meneruskan pembelajaran untuk kemahiran seterusnya dalam suatu topik yang sama. Contohnya sekiranya murid tidak memahami konsep garis selari, maka murid akan sukar menguasai kemahiran seterusnya iaitu menentukan sifat kecerunan dua garis yang diberi. 9
  • 10. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR Kurangnya kefahaman konsep awal sesuatu topik akan menimbulkan kebimbangan Matematik kepada murid untuk mempelajari kemahiran seterusnya yang lebih tinggi. Apabia kebimbangan Matematik wujud, motivasi dan minat murid untuk mempelajari Matematik juga akan semakin berkurangan dan boleh menyebabkan berlakunya tekanan dan perasaan terbeban bagi murid. Cadangan mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid adalah dengan menjalankan aktiviti yang lebih berpusatkan murid dan bahan. PENGAJARAN SECARA LATIH TUBI YANG BERTERUSAN Latih tubi adalah aktiviti yang baik untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran Matematik murid. Biasanya aktiviti latih tubi yang banyak digunakan terutama bagi murid- murid yang terlibat dengan Peperiksaan Berpusat seperti Sijil Pelajaran Malaysia dengan tujuan memberikan pengalaman kepada murid menjawab pelbagai jenis soalan di samping digunakan sebagai penilaian oleh guru. Namun begitu, longgokan latih tubi yang terlalu banyak akan menimbulkan perasaan tegang di kalangan murid. Murid yang sudah mahir akan berasa bosan dengan latih tubi yang sama manakala murid yang belum menguasai kemahiran pula akan merasakan tekanan yang hebat kerana terpaksa dibebani dengan tugasan yang banyak dan sukar bagi mereka. Hal ini akan mewujudkan dan boleh meningkatkan kebimbangan Matematik di kalangan murid terutama murid yang masih belum menguasai konsep dan kemahiran yang dipelajari. Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah dengan menyediakan tugasan yang pelbagai jenis kepada murid agar minat murid terhadap pembelajaran Matematik dapat ditngkatkan. MEMBERIKAN TUGASAN YANG SAMA KEPADA SEMUA MURID Setiap murid mempunyai kecerdasan tersendiri dan ini mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Murid yang dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik akan dapat menyelesaikan tugasan mudah dengan cepat. Murid yang belum menguasai kemahiran Matematik sepenuhnya pula akan memakan masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan yang sama. Murid-murid ini akan diselubungi perasaan yang kurang senang apabila melihat rakan-rakan lain yang telah dapat menyiapkan tugasan lebih awal. Tekanan akan dirasakan 10
  • 11. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR oleh murid-murid ini dan menimbulkan rasa kurang berminat terhadap pelajaran Matematik. Akibatnya, kebimbangan Matematik akan tersemai dalam diri murid-murid ini yang akan membawa mereka ke arah sikap tidak menyukai mata pelajaran Matematik. Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah dengan menyediakan tugasan yang pelbagai mengikut aras murid. Dengan ini, setiap murid akan membuat tugasan yang sesuai dengan tahap mereka dan dapat menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan. GURU MENETAPKAN HANYA SATU CARA UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU SOALAN ATAU MASALAH Dalam mata pelajaran Matematik, terdapat situasi adanya beberapa konsep atau kemahiran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan satu soalan atau masalah yang sama. Guru yang hanya menekankan satu jenis cara sahaja untuk menyelesaikan soalan / masalah akan menyebabkan murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran berasa terbeban kerana tidak dapat menyelesaikan soalan / masalah yang diberi. Hal ini menyumbang kepada tersemainya kebimbangan Matematik di kalangan murid. Contohnya, soalan darab melibatkan angka dua digit boleh diselesaikan melalui dua cara iaitu melalui pengiraan bentuk lazim biasa dan juga melalui pengiraan menggunakan kotak Matemagik : • 1576 x 25 = • Cara 1 : 1576 x 2 5_ 7880 + 3 1 5 2__ __3 9 4 0 0_ • Cara 2 : 1 5 7 6 1 1 0 0 1 1 1 2 2 0 4 2 0 2 3 3 3 5 5 5 0 9 4 0 0 11
  • 12. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR 5 Penggunaan cara penyelesaian yang pelbagai untuk menjawab soalan yang sama akan memberi lebih pilihan dan kemudahan kepada murid kerana setiap murid mempunyai tahap pemahaman yang berbeza dan masing-masing boleh menggunakan cara yang lebih mudah dan sesuai bagi mereka. MEMBERIKAN TUGASAN MATEMATIK SEBAGAI HUKUMAN BAGI SALAH LAKU MURID Murid yang melakukan kesalahan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kadang kala digunakan oleh guru sebagai alasan untuk memberi tugasan kepada murid terlibat. Contohnya murid yang berbuat bising semasa penerangan guru dipanggil untuk menjawab soalan di papan tulis sebagai hukuman. Murid terlibat akan berasa bimbang dan malu sekiranya tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan betul. Selain itu, murid juga berasa malu kerana tugasan yang diberi adalah sebagai hukuman kepada kesalahan yang dilakukan. Perasaan seperti ini akan menimbulkan kebimbangan Matematik dalam diri murid terlibat dan menghasilkan tanggapan yang tidak baik terhadap subjek Matematik. CADANGAN PENGAJARAN MATEMATIK BAGI MEMINIMUMKAN KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT • Tajuk : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik • Objektif : Memfaktorkan ungkapan kuadratik Pembelajaran • Hasil : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c, Pembelajaran a, b dan c tidak sama dengan 0. • Contoh aktiviti :  Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberikan lembaran ‘Jawapannya ialah..’ untuk menjawab soalan terkumpul.  Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap 12
  • 13. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR stesen.  Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen seterusnya untuk menjawab soalan baru.  Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua kumpulan.  Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah tertinggi akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah mereka. S1 S2 S3 S4 S8 S7 S6 S5 Mengapa saya memilih pengajaran dengan aktiviti permainan Matematik ? Guru perlu mengetahui bahawa Matematik itu lebih daripada sekadar menghafal dan aturan prosedur. Murid yang menghadapi kebimbangan Matematik tidak akan menghargai kepentingan dan hubungkait Matematik dengan kehidupan seharian. Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengekalkan kebimbangan Matematik seperti mengajar menggunakan buku teks semata-mata tanpa mengambil kira kecerdasan pelbagai murid dan juga menetapkan hanya satu cara menyelesaikan masalah dalam Matematik. Keadaan ini tidak menggalakkan murid menggunakan kreativiti dalam menyiapkan tugasan. Sebagai seorang guru, kita seharusnya lebih peka terhadap masalah kebimbangan Matematik dan sentiasa berusaha untuk membasmi masalah ini. Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka Matematik dengan cara yang lebih menyeronokkan seterusnya membantu mengurangkan perasaan bimbang dan takut di kalangan murid. Memandangkan kanak-kanak belajar dengan lebih baik menerusi aktiviti yang praktikal, permainan Matematik merupakan salah satu kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran ini. 13
  • 14. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR Permainan Matematik juga dapat meningkatkan keyakinan serta minat murid terhadap Matematik. Kajian menunjukkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran Matematik yang melibatkan aktiviti permainan dan kerja-kerja praktik secara berkumpulan. Murid juga cenderung untuk lebih berusaha walaupun menyelesaikan masalah yang sukar kerana murid terlibat secara mendalam dalam aktiviti yang dapat menarik minat mereka. Aktiviti permainan Matematik juga dapat memupuk budaya perkongsian idea dan pendapat di kalangan murid dalam usaha memahami dan mendalami sesuatu konsep dan kemahiran Matematik. Bukan sahaja murid akan semakin banyak berbincang tentang Matematik tetapi juga murid berasa lebih tenang dan kurang risau jika mendapat jawapan yang salah semasa membuat tugasan. Ini kerana murid tahu mereka boleh berbincang dengan rakan sekumpulan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Aktiviti permainan juga membuat murid melihat Matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan membasmi kebimbangan Matematik yang tersemat dalam diri mereka. 14
  • 15. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR KESIMPULAN Matematik merupakan landasan utama untuk menceburi bidang kejuruteraan, bidang saintifik dan bidang teknologi yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Namun begitu, kebimbangan Matematik di kalangan murid menegah murid daripada mencapai kejayaan dalam subjek ini. Kebimbangan Matematik menghalang peningkatan prestasi murid. Oleh itu, guru perlu menangani masalah ini dan menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui tugasan ini, tiga kaedah yang dikenal pasti dapat membantu mengurangkan kebimbangan Matematik dan meningkatkan penglibatan serta keyakinan murid dalam pembelajaran Matematik. Kaedah-kaedah tersebut ialah aktiviti pembelajaran secara kolaboratif, pembelajaran menggunakan e-pembelajaran dan pembelajaran secara permainan Matematik. Ketiga-tiga kaedah ini menyeronokkan bagi murid dan mengurangkan tekanan semasa menjalankan aktiviti. Penglibatan murid yang aktif menyumbang kefahaman konsep dan kemahiran Matematik yang lebih baik seterusnya meningkatkan prestasi Matematik murid. Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Empat pula, beberapa tajuk telah disenaraikan sebagai tajuk yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di kalangan murid tingkatan empat dengan hasil pembelajaran yang spesifik yang telah dinyatakan. Topik-topik yang terlibat ialah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik, Penaakulan Matematik, Kebarangkalian I, Bulatan III, Trigonometri dan Sudut Dongak dan Sudut Tunduk. Hasil temubual dengan dua orang guru Matematik yang berpengalaman mengajar murid tingkatan empat, lima kaedah pengajaran guru yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di kalangan murid juga telah dikenal pasti iaitu pengajaran secara 15
  • 16. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR penerangan, pengajaran secara latih tubi yang berterusan, memberikan tugasan yang sama kepada semua murid, menetapkan hanya satu cara untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau masalah dan memberikan tugasan Matematik sebagai hukuman kepada salah laku murid. Dalam tugasan ini, saya telah memilih topik Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik untuk dibincangkan dalam cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik tingkatan empat yang dapat mengurangkan kebimbangan Matematik murid. Saya telah memilih pengajaran secara permainan Matematik kerana saya mendapati kaedah pengajaran ini adalah kaedah yang paling menyeronokkan, dapat menarik minat murid, dapat memupuk kerjasama dan perkongsian idea sesama murid serta sangat membantu dalam mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid. Kaedah permainan Matematik merupakan kaedah yang dapat memberi perasaan kejayaan kepada murid dengan suasana yang lebih menenangkan dan sangat bermanfaat terhadap peningkatan prestasi murid dalam subjek Matematik. Sesungguhnya kebimbangan Matematik adalah masalah yang nyata dan sememangnya berlaku di kalangan murid. Masalah ini timbul apabila guru kurang mengambil perhatian terhadap penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai bagi murid yang pelbagai kecerdasan.Guru perlu membuat perubahan dan menggunakan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan murid dalam mempelajari Matematik. Kebimbangan Matematik di kalangan murid boleh dibasmi dan kuasa itu terletak di tangan guru. 16
  • 17. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR RUJUKAN 1) Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Curriculum Specification Mathematics Form 4. PUTRAJAYA : Kementerian Pelajaran Malaysia. 2) Tobias, S. (1993). Overcoming Math Anxiety. NEW YORK : W.W Norton & Company. 3) Zaslavsky, C. (1994). Fear of Math : How to Get Over It and Get On With Your Life. NEW JERSEY : Rutgers University. 4) http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematical_anxiety 5) http://findarticles.com/p/articles/mi_hb3325/is_3_9/ai_n29219709/ 6) http://nowalkcc.libguides.com/content.php?pid=259827&sid=2150242 7) http://people.exeter.ac.uk/PErnest/pome18/furner_math_anxiety_2.htm 8) http://salsa.missioncollege.org/mss/stories/storyReader$9 9) http://www.daytonastate.edu/asc/files/m50.doc 10) http://www.dowling.edu/faculty/Rispoli/TwelveWays.pdf 11) http://www.ehow.com/math-learning-strategies/ 12) http://www.foliolive.com/user/a/r/arizo/TeacherHelpAides.doc 13) http://www.math.com/students/advice/anxiety.html 14) http://www.mathgoodies.com/articles/math_anxiety.html 15) http://www.mathpower.com/reduce.htm 17
  • 18. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR 16) http://www.sinclair.edu/support/sss/pub/Math%20Anxietyfinal.ppt 17) http://www.suzannesutton.com/math_anxiety.htm 18
  • 19. HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran. 19