Dokumen ini memberikan panduan untuk tugasan projek yang berkaitan dengan isu-isu sains, teknologi dan masyarakat. Pelajar perlu mencipta alat tenaga, membuat persembahan powerpoint tentang topik berkaitan, dan menjalankan projek pemuliharaan atau pencemaran secara berkumpulan. Tugasan ini bertujuan menilai hasil pembelajaran pelajar dalam bidang berkenaan.
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
Projek STM IPG
1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
TUGASAN PROJEK
TARIKH MULA 23/01/2015 TARIKH HANTAR 6/03/2015
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Membincangkan secara kristis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang berkaitan dengan
sains, teknologi dan masyarakat.
2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu sains, teknologi dan masyarakat
3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian bumi.
4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan projek-projek sains, teknologi dan
masyarakat.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4
Objektif Kerja Kursus:
1. Mengenalpasti pelbagai kaedah mudah untuk menghasilkan tenaga.
2. Menghasilkan satu persembahan powerpoint tentang isu-isu yang berkaitan dengan sains, teknologi
dan masyarakat.
3. Mengadakan pembelajaran berasaskan projek untuk pemuliharaan, bahan tambah dalam makanan
dan pencemaran serta kesannya.
TAJUK PROGRAM:
PPG SAINS
NAMA GURU PELATIH:
KOD DAN NAMA KURSUS:
SCE 3143: SAINS,TEKNOLOGI DAN
MASYARAKAT
SEMESTER: 8
2. Tugasan Projek (100%)
“Kepentingan Alam Sekitar semakin diberi perhatian berikutan pelbagai isu-isu pencemaran alam sekitar
yang semakin kerap berlaku. Pendidikan tentang Alam Sekitar dapat membantu pelajar memahami
perkaitan komponen alam sekitar dan interaksi manusia dengan alam sekitar di samping membantu
pelajar menguasai kemahiran inkuiri dan saintifik tentang isu-isu dan penentuan kualiti alam sekitar
serta tindakan yang wajar dalam meningkatkan kualiti alam sekitar”.
1. Dengan merujuk kepada internet, bahan cetak atau jurnal, cipta satu alat atau prototaip mudah untuk
menghasilkan tenaga. Alat yang dicipta perlu berfungsi dan terbukti dapat menghasilkan tenaga.
(individu-40%)
2. Secara individu rancang dan rekabentuk satu persembahan powerpoint bagi mana-mana satu tajuk
yang berikut:
i. Pemuliharaan tentang air, tanah, hutan dan kehidupan liar.
ii. Tenaga dalam Biosfera
iii. Kemapanan sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Iv. Bahan tambah dalam makanan yang terdiri daripada semulajadi dan bahan kimia
v. Pencemaran dan kesannya kepada bumi
Semua persembahan powerpoint perlu dibentangkan secara individu.
(individu-30%)
3. Melaksanakan satu pojek untuk pemuliharaan, bahan tambah dalam makanan dan pencemaran serta
kesannya. sediakan satu laporan bertulis tentang mana-mana satu berikut:
i. Menjalankan kajian tentang pemuliharaan air dalam keadaan yang mencabar.
ii. Mengekstrak bahan tambah makanan dalam sampel makanan
iii. Melaksanakan kajian lapangan tentang pencemaran dan mengenal pasti kaedah-kaedah
rawatan
(kumpulan-30%)
Panduan Pelaksanaan Projek
1. Tugasan 1 dan tugasan 2 adalah tugasan individu manakala tugasan 3 adalah secara berkumpulan (2
hingga 3 orang).
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. 3. Bahagian kulit luar tugasan perlu dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Ahli Kumpulan
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan.
iv. Kumpulan
v. Kod dan Mata pelajaran
vi. Tarikh Serahan
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i. Font Arial
ii. Saiz huruf-11
iii. Langkau 1.5 baris
vi. Rujukan mengikut format APA
5. Amalan Plagiat tidak dibenarkan.
6. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%.
Disediakan oleh: Disemak Oleh
(OOI ENG HONG) (MURUGAN A/L MINI RATAMUN)
Pensyarah, Pakar Bidang (SME) Sains,
Jabatan Sains, Jabatan Sains,
IPG Kampus Batu Lintang IPG Kampus Batu Lintang
Disahkan Oleh,
(YAHYA B SEDIK)
Ketua Jabatan Sains,
Jabatan Sains,
Ipg Kampus Batu Lintang