SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
SULIT                                                                        1103/1


1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2005

2¼ jam



                           JABATAN PELAJARAN PERAK



                              LEARNING TO SCORE 2005




                                       BAHASA MELAYU

                                                Kertas 1

                                     Dua jam lima belas minit




JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.




   Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak          SKEMA SET 1   Halaman 1
SULIT                                                                                    1103/1




                                  PANDUAN PEMERIKSAAN


BAHAGIAN A



PERINGKAT                         CIRI-CIRI KARANGAN

           A                           a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan.
    26 – 30 markah                     b. Huraian jelas dan matang
                                       c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan ayat
                                          serta penggunaan tanda baca yang betul.
                                       d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan
                                          ungkapan yang menarik.


           B                           a.   Isi berkaitan dengan tema dan bahan rangsangan.
     20-25 markah                      b.   Huraian jelas.
                                       c.   Bahasa masih gramatis dari segi kosa kata dan ayat
                                       d.   Unsur bahasa yang digunakan bervariasi


           C                           a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan.
    15 – 19 markah                     b. Huraian masih jelas
                                       c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat
                                       d.. Unsur bahasa masih bervariasi


           D                           a. Isi kurang berkaitan dengan bahan rangsangan
    10 – 14 markah                     b. Kurang kepelbagaian jenis ayat
                                       c. Penggunaan kosa kata yang terhad dan penggunaan yang tidak
                                           tepat.
                                       d.. Unsur bahasa kurang bervariasi


           E                           a. Penguasaan kemahiran menulis lemah
    01 – 09 markah                     b. Tidak memahami tema bahan rangsangan.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak         SKEMA SET 1                Halaman 2
SULIT                                                                                  1103/1


BAHAGIAN B

Keterangan                    Peringkat
                                                                  Ciri-Ciri Karangan
          Markah                           Markah

1. Takrif                                           sangat tepat, contoh yang sesuai dan
                                   Cemerlang
   ( 10 markah )                                    huraian yang tepat dan jelas.
                                    ( 9 – 10 )

                                                    Takrif tepat, contoh yang sesuai dan huraian
                                      Baik
                                                    yang jelas
                                     (7–8)

                                  Masih baik /
                                                    Takrif masih tepat, contoh masih jelas dan
                                  memuaskan
                                                    huraian masih jelas.
                                    (5–6)
                                   Kurang
                                  memuaskan         masih betul, tetapi tidak ada contoh dan
                                    (3–4)           huraian kurang jelas


                                     Lemah          Takrif kurang tepat / kurang jelas
                                     (1–2)

                                                    - Minimum 3 isi utama
2. Isi / Fikiran                   Cemerlang        - Huraian sangat berkembang
  ( 25 markah )                    ( 21 – 25 )      - Contoh tepat dan jelas
                                                    - Fikiran sangat matang
                                                    - Minimum 3 isi utama
                                       Baik         - Huraian berkembang
                                    ( 16 – 20 )     - Contoh tepat dan jelas
                                                    - Fikiran matang

                                                    - Minimum 3 isi
                                  Masih Baik /      - Huraian masih berkembang
                                  Memuaskan         - Contoh masih tepat dan jelas
                                   ( 11 – 15 )      - Fikiran masih matang


                               Kurang Memuaskan     - Tiga / kurang / campur aduk / tidak sesuai.
                                    ( 8 – 10 )      - Huraian kurang / tidak berkembang
                                                    - Contoh kurang tepat / kurang jelas
                                                    - Fikiran kurang matang

                                                    - Isi tidak jelas / kabur
                              Lemah                 - Huraian lemah
                              (1–5)                 - Contoh tidak tepat / Tiada
                                                    - Fikiran tidak matang




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 1                 Halaman 3
SULIT                                                                            1103/1


                                                    - Bahasa sangat memuaskan dan lancar.
3. Bahasa                     Cemerlang               Semua ayat gramatis
  ( 45 markah )               ( 41 – 45 )           - Kesalahan tatabahasa tidak ketara.
                                                    - Terdapat pelbagai jenis ayat.
                                                    - Kosa Kata sangat luas dan tepat.
                                                    - Tanda baca betul dan tepat.
                              Baik                  - Bahasa memuaskan dan lancar.
                              ( 34 – 40 )           - Terdapat kesalahan yang ringan
                                                    - Terdapat pelbagai jenis ayat.
                                                    - Kosa Kata – Luas dan tepat penggunaan
                                                    - Tanda baca – Betul dan tepat
                              Masih Baik /          - Masih memuaskan dan lancar.
                              Memuaskan             - Terdapat beberapa kesalahan ringan.
                              ( 26 – 33 )           - Masih terdapat pelbagai jenis ayat.
                                                    - Kosa Kata masih luas dan tepat
                                                    - Tanda baca masih betul dan tepat
                              Kurang memuaskan      - Bahasa kurang memuaskan dan kurang lancar.
                              ( 18 – 25 )           - Banyak kesalahan tatabahasa yang ringan.
                                                    - Kurang kepelbagaian jenis ayat.
                                                    - Kosa Kata terhad dan salah penggunaannya.
                                                    - Tanda baca masih betul dan tepat.
                              Tidak Memuaskan       - Bahasa tidak memuaskan, tidak lancar.
                              ( 10 – 17 )           - Banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan
                                                    - Tiada kepelbagaian jenis ayat.
                                                      ( tetapi masih boleh difahami )
                                                    - Kosa Kata terhad, mudah, penggunaannya
                                                       banyak salah.
                                                    - Tanda baca masih betul / campur aduk
                              Lemah                 - Bahasa, tatabahasa, ayat – Lemah, banyak
                              (1–9)                   kesalahan dan sukar difahami.
                                                    - Kosa kata dan tanda baca – Tidak tepat.
4. Pengolahan /               Cemerlang             - istimewa, menarik dan sungguh berkesan.
Pemerengganan                 ( 17 – 20 )           - pemerengganan sangat sesuai, seimbang,
 ( 20 markah )                                       ada kesinambungan.
                              Baik                  - menarik dan berkesan.
                              ( 13 – 16 )           - pemerengganan sesuai dan seimbang.
                              Masih Baik /          - masih menarik dan berkesan.
                              Memuaskan             - pemerengganan sesuai.
                              ( 9 – 12 )
                              Kurang                - kurang menarik dan kurang berkesan.
                              Memuaskan             - pemerengganan masih sesuai.
                              (5–8)
                              Lemah                 - pengolahan lemah.
                              (1–4)                 - pemerengganan kurang / tidak sesuai.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 1              Halaman 4
SULIT                                                                               1103/1


C ) Karangan kurang 350 patah perkataan, terpesong dan lain daripada tajuk.


Kriteria                      300          251                                    Lain
                                                      Kurang        Terpesong
                               –            -                                   daripada
                                                       251              Isi
       Markah                 349          299                                    tajuk
1. Takrif                      6            4            4                  0       0
2. Isi / Fikiran              15           13           10                  0       0
3. Bahasa                     33           29           21                 25      18
4. Pengolahan /               13           10            6                  8       5
Pemerengganan
Markah                         67           56          41                 33     23
Maksimum


D ) Ejaan
       - potong ½ markah untuk setiap ejaan yang salah.
       - Tiada pemotongan markah pada kesalahan yang berulang.
       - Pemotongan markah keseluruhan ialah 5 markah sahaja.

E ) Markah Format
       - Maksimum pemotongan markah ialah 4 markah.

F ) Penulisan Markah

       T : 07
        I : 17
       B : 35
       P : 15
       K : 74
     - E : -2
     - F : -4
             68




1103/1     © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak          SKEMA SET 1         Halaman 5
SULIT                                                                         1103/1



                                          Karangan Contoh


                                               Warga Tua


       Warga tua merupakan insan yang telah banyak berjasa kepada keluarganya dan
negara. Malangnya, setelah banyak bakti diberikan akhirnya mereka diabaikan oleh
anak-anak dan ada pula yang menjadi penghuni tetap rumah orang-orang tua.

       Dalam meniti kehidupan ini, kita hanya boleh merancang manakala Tuhan yang
akan menentukannya. Tidak ada insan yang ingin mengakhiri riwayat hidupnya dengan
kesusahan. Terdapat orang-orang tua yang tinggal sebatang kara dan terpaksa
menyara hidup sendiri. Mereka memerlukan bantuan kewangan supaya kehidupan
mereka tidak terabai. Selain itu, terdapat ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak.
Salah satu puncanya ialah anak-anak terlalu ghairah mengejar kemewahan material
sehingga lupa akan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka. Anak-anak jarang-jarang
menziarahi ibu bapa di kampung dan tidak mengetahui nasib yang dialami oleh mereka.
Ibu bapa sebenarnya memerlukan kasih sayang daripada kita. Kita akan dianggap
sebagai anak derhaka atau seperti kacang lupakan kulit oleh masyarakat jikalau kita
mengabaikan nasib ibu bapa kita.

       Pelbagai usaha dapat dilakukan supaya anak-anak menghargai ibu bapa
mereka. Anak-anak memerlukan didikan agama yang mantap agar mereka dapat
mengetahui tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik. Dengan pendidikan
agama yang diterima, anak-anak perlu menjaga ibu bapa yang sakit dan tidak akan
membiarkan mereka hidup tanpa belaian kasih sayang. Jikalau ibu bapa kita sakit, kita
hendaklah menjaga mereka sehingga mereka sembuh. Anak-anak perlu membalas jasa
kedua-dua orang tua mereka kerana ibu bapa merekalah yang mendidik dan
menjadikan mereka berjaya dalam kehidupan. Kerajaan juga boleh mengiktiraf hari
warga tua untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

        Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi teladan kepada anak-anak. Mereka perlu
menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Apabila perkara ini
dipraktikkan, anak-anak akan meneladaninya. Situasi ini dapat dikaitkan dengan
peribahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Di samping itu, ibu bapa
perlu mewujudkan hubungan kemesraan dalam keluarga. Anak-anak akan menghargai
dan menghayati kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Sesungguhnya, anak-
anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka
sama ada menjadi anak yang baik atau anak yang derhaka.

       Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak
belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Oleh hal yang demikian, sebagai anak kita
patut menghargai dan menyayangi kedua-dua ibu bapa kita. Kita perlu sedar bahawa
kejayaan kita di alam fana ini atas usaha mereka dan tanpa mereka siapalah kita.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak      SKEMA SET 1        Halaman 6
SULIT                                                                                1103/1




                                              Bahagian B

                              [ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

                                             [ 100 markah ]

GARIS PANDUAN GURU


SOALAN 1

Kehidupan moden pada masa kini menjadikan anak-anak terlalu mengejar kebendaan.
Hal ini menyebabkan kedua-dua ibu bapa mereka terabai dan ada yang mengakhiri
hidup mereka di rumah orang-orang tua.

Beri pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan supaya anak-anak tidak
mengabaikan kedua-dua ibu bapa mereka.

(a)      Format           :         Tiada

(b)      Diharapkan       :         Pelajar dapat memberikan pendapat tentang usaha-usaha
                                    yang dapat dilakukan supaya anak-anak tidak
                                    mengabaikan kedua-dua ibu bapa mereka.

(c )     Kemungkinan :              Tiada


SOALAN 2

Pertandingan pidato telah diadakan sebagai satu daripada acara Bulan Kemerdekaan di
tempat anda. Anda telah menyertai pertandingan pidato tersebut. Tajuk pidato anda
ialah “ Keranamu Malaysia “

Sediakan pidato anda selengkapnya.


(a)      Format           :         Pidato

         Tolak markah jika tiada :

                                     Menghadap majlis         -   2 markah
                                     Tuan-tuan                -   1 markah
                                     Penutup                  -   1 markah

(b)      Diharapkan       :         Pelajar dapat menyediakan pidato yang bertajuk
                                    “ Keranamu Malaysia “ .

(c )     Kemungkinan :              Tiada



1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak        SKEMA SET 1             Halaman 7
SULIT                                                                                 1103/1


SOALAN 3


Tempat-tempat bersejarah di negara kita merupakan warisan negara yang amat
berharga serta wajar dipulihara dan dipopularkan.

Sebagai seorang peminat sejarah, jelaskan langkah-langkah untuk memulihara dan
mempopularkan tempat-tempat bersejarah.


(a)      Format            :        Tiada

(b)      Diharapkan        :        Pelajar dapat menjelaskan langkah-langkah untuk
                                    memulihara dan mempopularkan tempat-tempat
                                    bersejarah.

(c )     Kemungkinan :

         i)       Isi tidak seimbang – diterima
         ii)      Pelajar hanya menulis tentang langkah-langkah memulihara sahaja atau
                  sebaliknya - Takrif dan isi masih memuaskan.


SOALAN 4

Syarikat anda telah berjaya menghasilkan barangan yang mendapat sambutan di
pasaran tempatan dan luar negara. Oleh hal yang demikian, anda telah diwawancara
oleh wartawan sebuah stesen televisyen swasta tentang kejayaan pemasaran
barangan tersebut .

Tulis wawancara itu selengkapnya.

(a)      Format            :        Wawancara

                                    Tolak markah jika tiada-

                                    Pendahuluan / tajuk     - 2 markah
                                    Soal / jawab            - 1 markah
                                    Penutup                 - 1 markah

(b)      Diharapkan        : Pelajar dapat menulis sebuah wawancara tentang kejayaan
                             pemasaran barangan tersebut.


(c )     Kemungkinan :              Tiada.




1103/1    © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak        SKEMA SET 1           Halaman 8
SULIT                                                                                  1103/1


SOALAN 5

Peribahasa “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”
bermaksud setiap manusia akan dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa
hidupnya.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.



(a)      Format               : Cerpen

         4 markah ditolak jika tiada format.

                     Tajuk cerpen :              2 markah
                     Nama penulis :              2 markah

(b)      Diharapkan           : Pelajar dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan maksud
                                peribahasa tersebut iaitu setiap manusia akan dikenang kerana
                                jasa yang dilakukan semasa hidupnya.


(c )     Kemungkinan :

         i        Pelajar mengulas maksud peribahasa tersebut tetapi memberikan contoh-
                  contoh yang sesuai dengan maksud peribahasa itu – diterima : Takrif dan isi
                  masih baik.

         ii       Pelajar memberikan maksud peribahasa tanpa menyertakan contoh-contoh
                  yang berkaitan dengan maksud peribahasa – terpesong isi.




                                    GARIS PANDUAN GURU TAMAT

                                               SKEMA TAMAT




1103/1       © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak       SKEMA SET 1            Halaman 9

More Related Content

Similar to BM Kertas 1 2005

Bm skema bm 2 2010
Bm skema bm  2 2010Bm skema bm  2 2010
Bm skema bm 2 2010hajmi
 
Borang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihanBorang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihanAMira LIzza
 
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docxskema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docxHaslizaSapar
 
Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017
Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017
Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017Tuisyen Geliga
 
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)sabarmohd66s
 
Rubrik Ringkasan
Rubrik RingkasanRubrik Ringkasan
Rubrik RingkasanTeacher
 
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01daud5530
 
Pentaksiran pusat bahasa melayu
Pentaksiran pusat bahasa melayuPentaksiran pusat bahasa melayu
Pentaksiran pusat bahasa melayuhakimahmas
 
1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.ppt
1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.ppt1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.ppt
1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.pptCherziccaJay
 
Panduan menjawab soalan kritis dan kreatif
Panduan menjawab soalan kritis dan kreatifPanduan menjawab soalan kritis dan kreatif
Panduan menjawab soalan kritis dan kreatiflah285
 
Panduan menjawab bahagian kritis & analitis
Panduan menjawab bahagian kritis & analitisPanduan menjawab bahagian kritis & analitis
Panduan menjawab bahagian kritis & analitisJeya Kumar
 

Similar to BM Kertas 1 2005 (16)

Bahasa malaysia k2
Bahasa malaysia  k2Bahasa malaysia  k2
Bahasa malaysia k2
 
Bm + skema 2010
Bm + skema 2010Bm + skema 2010
Bm + skema 2010
 
Bm skema bm 2 2010
Bm skema bm  2 2010Bm skema bm  2 2010
Bm skema bm 2 2010
 
Borang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihanBorang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihan
 
Instrumen lisan
Instrumen lisanInstrumen lisan
Instrumen lisan
 
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docxskema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
 
Ujian kefasihan
Ujian kefasihanUjian kefasihan
Ujian kefasihan
 
Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017
Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017
Skema BM spm Kertas 1 sbp 2017
 
Skema Jawapan Kertas 1
Skema Jawapan Kertas 1Skema Jawapan Kertas 1
Skema Jawapan Kertas 1
 
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] perak spm trial 2011 b.melayu (w ans)
 
Rubrik Ringkasan
Rubrik RingkasanRubrik Ringkasan
Rubrik Ringkasan
 
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
 
Pentaksiran pusat bahasa melayu
Pentaksiran pusat bahasa melayuPentaksiran pusat bahasa melayu
Pentaksiran pusat bahasa melayu
 
1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.ppt
1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.ppt1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.ppt
1. Peraturan Pemarkahan BM Penulisan (012) UPSR.ppt
 
Panduan menjawab soalan kritis dan kreatif
Panduan menjawab soalan kritis dan kreatifPanduan menjawab soalan kritis dan kreatif
Panduan menjawab soalan kritis dan kreatif
 
Panduan menjawab bahagian kritis & analitis
Panduan menjawab bahagian kritis & analitisPanduan menjawab bahagian kritis & analitis
Panduan menjawab bahagian kritis & analitis
 

More from Kay Aniza

LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGLAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGKay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 

More from Kay Aniza (20)

LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGLAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
 
Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3
 
Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
 
Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2
 
Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
 
Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3
 
Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1
 
Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2
 
Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1
 
Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
 

BM Kertas 1 2005

  • 1. SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 2¼ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 1
  • 2. SULIT 1103/1 PANDUAN PEMERIKSAAN BAHAGIAN A PERINGKAT CIRI-CIRI KARANGAN A a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. 26 – 30 markah b. Huraian jelas dan matang c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan ayat serta penggunaan tanda baca yang betul. d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan ungkapan yang menarik. B a. Isi berkaitan dengan tema dan bahan rangsangan. 20-25 markah b. Huraian jelas. c. Bahasa masih gramatis dari segi kosa kata dan ayat d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi C a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan. 15 – 19 markah b. Huraian masih jelas c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat d.. Unsur bahasa masih bervariasi D a. Isi kurang berkaitan dengan bahan rangsangan 10 – 14 markah b. Kurang kepelbagaian jenis ayat c. Penggunaan kosa kata yang terhad dan penggunaan yang tidak tepat. d.. Unsur bahasa kurang bervariasi E a. Penguasaan kemahiran menulis lemah 01 – 09 markah b. Tidak memahami tema bahan rangsangan. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 2
  • 3. SULIT 1103/1 BAHAGIAN B Keterangan Peringkat Ciri-Ciri Karangan Markah Markah 1. Takrif sangat tepat, contoh yang sesuai dan Cemerlang ( 10 markah ) huraian yang tepat dan jelas. ( 9 – 10 ) Takrif tepat, contoh yang sesuai dan huraian Baik yang jelas (7–8) Masih baik / Takrif masih tepat, contoh masih jelas dan memuaskan huraian masih jelas. (5–6) Kurang memuaskan masih betul, tetapi tidak ada contoh dan (3–4) huraian kurang jelas Lemah Takrif kurang tepat / kurang jelas (1–2) - Minimum 3 isi utama 2. Isi / Fikiran Cemerlang - Huraian sangat berkembang ( 25 markah ) ( 21 – 25 ) - Contoh tepat dan jelas - Fikiran sangat matang - Minimum 3 isi utama Baik - Huraian berkembang ( 16 – 20 ) - Contoh tepat dan jelas - Fikiran matang - Minimum 3 isi Masih Baik / - Huraian masih berkembang Memuaskan - Contoh masih tepat dan jelas ( 11 – 15 ) - Fikiran masih matang Kurang Memuaskan - Tiga / kurang / campur aduk / tidak sesuai. ( 8 – 10 ) - Huraian kurang / tidak berkembang - Contoh kurang tepat / kurang jelas - Fikiran kurang matang - Isi tidak jelas / kabur Lemah - Huraian lemah (1–5) - Contoh tidak tepat / Tiada - Fikiran tidak matang 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 3
  • 4. SULIT 1103/1 - Bahasa sangat memuaskan dan lancar. 3. Bahasa Cemerlang Semua ayat gramatis ( 45 markah ) ( 41 – 45 ) - Kesalahan tatabahasa tidak ketara. - Terdapat pelbagai jenis ayat. - Kosa Kata sangat luas dan tepat. - Tanda baca betul dan tepat. Baik - Bahasa memuaskan dan lancar. ( 34 – 40 ) - Terdapat kesalahan yang ringan - Terdapat pelbagai jenis ayat. - Kosa Kata – Luas dan tepat penggunaan - Tanda baca – Betul dan tepat Masih Baik / - Masih memuaskan dan lancar. Memuaskan - Terdapat beberapa kesalahan ringan. ( 26 – 33 ) - Masih terdapat pelbagai jenis ayat. - Kosa Kata masih luas dan tepat - Tanda baca masih betul dan tepat Kurang memuaskan - Bahasa kurang memuaskan dan kurang lancar. ( 18 – 25 ) - Banyak kesalahan tatabahasa yang ringan. - Kurang kepelbagaian jenis ayat. - Kosa Kata terhad dan salah penggunaannya. - Tanda baca masih betul dan tepat. Tidak Memuaskan - Bahasa tidak memuaskan, tidak lancar. ( 10 – 17 ) - Banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan - Tiada kepelbagaian jenis ayat. ( tetapi masih boleh difahami ) - Kosa Kata terhad, mudah, penggunaannya banyak salah. - Tanda baca masih betul / campur aduk Lemah - Bahasa, tatabahasa, ayat – Lemah, banyak (1–9) kesalahan dan sukar difahami. - Kosa kata dan tanda baca – Tidak tepat. 4. Pengolahan / Cemerlang - istimewa, menarik dan sungguh berkesan. Pemerengganan ( 17 – 20 ) - pemerengganan sangat sesuai, seimbang, ( 20 markah ) ada kesinambungan. Baik - menarik dan berkesan. ( 13 – 16 ) - pemerengganan sesuai dan seimbang. Masih Baik / - masih menarik dan berkesan. Memuaskan - pemerengganan sesuai. ( 9 – 12 ) Kurang - kurang menarik dan kurang berkesan. Memuaskan - pemerengganan masih sesuai. (5–8) Lemah - pengolahan lemah. (1–4) - pemerengganan kurang / tidak sesuai. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 4
  • 5. SULIT 1103/1 C ) Karangan kurang 350 patah perkataan, terpesong dan lain daripada tajuk. Kriteria 300 251 Lain Kurang Terpesong – - daripada 251 Isi Markah 349 299 tajuk 1. Takrif 6 4 4 0 0 2. Isi / Fikiran 15 13 10 0 0 3. Bahasa 33 29 21 25 18 4. Pengolahan / 13 10 6 8 5 Pemerengganan Markah 67 56 41 33 23 Maksimum D ) Ejaan - potong ½ markah untuk setiap ejaan yang salah. - Tiada pemotongan markah pada kesalahan yang berulang. - Pemotongan markah keseluruhan ialah 5 markah sahaja. E ) Markah Format - Maksimum pemotongan markah ialah 4 markah. F ) Penulisan Markah T : 07 I : 17 B : 35 P : 15 K : 74 - E : -2 - F : -4 68 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 5
  • 6. SULIT 1103/1 Karangan Contoh Warga Tua Warga tua merupakan insan yang telah banyak berjasa kepada keluarganya dan negara. Malangnya, setelah banyak bakti diberikan akhirnya mereka diabaikan oleh anak-anak dan ada pula yang menjadi penghuni tetap rumah orang-orang tua. Dalam meniti kehidupan ini, kita hanya boleh merancang manakala Tuhan yang akan menentukannya. Tidak ada insan yang ingin mengakhiri riwayat hidupnya dengan kesusahan. Terdapat orang-orang tua yang tinggal sebatang kara dan terpaksa menyara hidup sendiri. Mereka memerlukan bantuan kewangan supaya kehidupan mereka tidak terabai. Selain itu, terdapat ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak. Salah satu puncanya ialah anak-anak terlalu ghairah mengejar kemewahan material sehingga lupa akan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka. Anak-anak jarang-jarang menziarahi ibu bapa di kampung dan tidak mengetahui nasib yang dialami oleh mereka. Ibu bapa sebenarnya memerlukan kasih sayang daripada kita. Kita akan dianggap sebagai anak derhaka atau seperti kacang lupakan kulit oleh masyarakat jikalau kita mengabaikan nasib ibu bapa kita. Pelbagai usaha dapat dilakukan supaya anak-anak menghargai ibu bapa mereka. Anak-anak memerlukan didikan agama yang mantap agar mereka dapat mengetahui tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik. Dengan pendidikan agama yang diterima, anak-anak perlu menjaga ibu bapa yang sakit dan tidak akan membiarkan mereka hidup tanpa belaian kasih sayang. Jikalau ibu bapa kita sakit, kita hendaklah menjaga mereka sehingga mereka sembuh. Anak-anak perlu membalas jasa kedua-dua orang tua mereka kerana ibu bapa merekalah yang mendidik dan menjadikan mereka berjaya dalam kehidupan. Kerajaan juga boleh mengiktiraf hari warga tua untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi teladan kepada anak-anak. Mereka perlu menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Apabila perkara ini dipraktikkan, anak-anak akan meneladaninya. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Di samping itu, ibu bapa perlu mewujudkan hubungan kemesraan dalam keluarga. Anak-anak akan menghargai dan menghayati kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Sesungguhnya, anak- anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka sama ada menjadi anak yang baik atau anak yang derhaka. Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Oleh hal yang demikian, sebagai anak kita patut menghargai dan menyayangi kedua-dua ibu bapa kita. Kita perlu sedar bahawa kejayaan kita di alam fana ini atas usaha mereka dan tanpa mereka siapalah kita. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 6
  • 7. SULIT 1103/1 Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ] [ 100 markah ] GARIS PANDUAN GURU SOALAN 1 Kehidupan moden pada masa kini menjadikan anak-anak terlalu mengejar kebendaan. Hal ini menyebabkan kedua-dua ibu bapa mereka terabai dan ada yang mengakhiri hidup mereka di rumah orang-orang tua. Beri pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan supaya anak-anak tidak mengabaikan kedua-dua ibu bapa mereka. (a) Format : Tiada (b) Diharapkan : Pelajar dapat memberikan pendapat tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan supaya anak-anak tidak mengabaikan kedua-dua ibu bapa mereka. (c ) Kemungkinan : Tiada SOALAN 2 Pertandingan pidato telah diadakan sebagai satu daripada acara Bulan Kemerdekaan di tempat anda. Anda telah menyertai pertandingan pidato tersebut. Tajuk pidato anda ialah “ Keranamu Malaysia “ Sediakan pidato anda selengkapnya. (a) Format : Pidato Tolak markah jika tiada : Menghadap majlis - 2 markah Tuan-tuan - 1 markah Penutup - 1 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menyediakan pidato yang bertajuk “ Keranamu Malaysia “ . (c ) Kemungkinan : Tiada 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 7
  • 8. SULIT 1103/1 SOALAN 3 Tempat-tempat bersejarah di negara kita merupakan warisan negara yang amat berharga serta wajar dipulihara dan dipopularkan. Sebagai seorang peminat sejarah, jelaskan langkah-langkah untuk memulihara dan mempopularkan tempat-tempat bersejarah. (a) Format : Tiada (b) Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan langkah-langkah untuk memulihara dan mempopularkan tempat-tempat bersejarah. (c ) Kemungkinan : i) Isi tidak seimbang – diterima ii) Pelajar hanya menulis tentang langkah-langkah memulihara sahaja atau sebaliknya - Takrif dan isi masih memuaskan. SOALAN 4 Syarikat anda telah berjaya menghasilkan barangan yang mendapat sambutan di pasaran tempatan dan luar negara. Oleh hal yang demikian, anda telah diwawancara oleh wartawan sebuah stesen televisyen swasta tentang kejayaan pemasaran barangan tersebut . Tulis wawancara itu selengkapnya. (a) Format : Wawancara Tolak markah jika tiada- Pendahuluan / tajuk - 2 markah Soal / jawab - 1 markah Penutup - 1 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis sebuah wawancara tentang kejayaan pemasaran barangan tersebut. (c ) Kemungkinan : Tiada. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 8
  • 9. SULIT 1103/1 SOALAN 5 Peribahasa “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” bermaksud setiap manusia akan dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidupnya. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut. (a) Format : Cerpen 4 markah ditolak jika tiada format. Tajuk cerpen : 2 markah Nama penulis : 2 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut iaitu setiap manusia akan dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidupnya. (c ) Kemungkinan : i Pelajar mengulas maksud peribahasa tersebut tetapi memberikan contoh- contoh yang sesuai dengan maksud peribahasa itu – diterima : Takrif dan isi masih baik. ii Pelajar memberikan maksud peribahasa tanpa menyertakan contoh-contoh yang berkaitan dengan maksud peribahasa – terpesong isi. GARIS PANDUAN GURU TAMAT SKEMA TAMAT 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 9