Slaid ini menerangkan tentang 3 kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar ketika membaca untuk ujian lisan. Selain daripada 3 kesalahan membaca, slaid ini juga telah memberikan 3 solusi yang dapat pelajar lakukan untuk memperbaiki kesalahan ini.
Sila ke lelaman http://cikgumelayu.com untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran yang berguna!
5. Sebutan Huruf
Mempunyai 2 Jenis Bunyi
http://www.fcps.edu
[ ey ] [ uh ]
6. Sebutan Huruf E
Contoh perkataan yang terdapat sebutan [uh]?
• Emak
• Pedang
• Kelas
Contoh perkataan yang terdapat sebutan [ey]?
• Enak
• Kek
• Tembok
7. Kesalahan Yang Sering Dilakukan
• Adakalanya pelajar tidak pasti sama ada sebutannya
[ey] atau [uh].
• Contoh perkataan:
• Semak
• Sepak
• Perang
• Rendang
• Solusinya: Memahami makna perkataan itu dan conteks
petikan.
9. Kata Serapan Bahasa Lain
• Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik
kerana bahasa kita sentiasa berkembang dan
menambah.
• Mengambil perkataan dari bahasa lain dan
menyesuaikan untuk menjadi perkataan bahasa
Melayu.
• Contoh?
• Bisnis (Inggeris)
• Bakhil (Arab)
• Gincu (Cina)
• Gereja (Portugis)
10. Kesalahan Yang Sering Dilakukan
• Seringkali para pelajar akan menyebut perkataan-
perkataan ini mengikut sebutan asalnya, terutama
sekali bagi kata serapan bahasa Inggeris.
• Contoh?
• Ekonomi
• Elektrik
• Media
• Idea
• Identiti
• Video
• Solusinya?
• Sentiasa ingat untuk menyebut vokal dengan betul.
12. Penekanan Tanda-Tanda dalam
Dialog
• Dialog merupakan perbualan antara 2 atau lebih orang.
• Sekiranya terdapat dialog dalam petikan yang dibaca,
perlu membaca seolah-olah watak itu sedang berbual.
• Perlu menyesuaikan intonasi, kelajuan membaca dan
mengambil kira tanda-tanda yang terdapat dalam
dialog itu.
• Contoh?
• “Saya harap ibu awak cepat sembuh,” kata Jamal.
• “Awak tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu,” tegur Aishah.
13. Kesalahan Yang Sering Dilakukan
• Para pelajar tidak membezakan intonasi dalam dialog.
• Para pelajar tidak memberi penekanan pada tanda-
tanda yang terdapat dalam dialog.
• Contoh?
• “Irfan sudah makan,” beritahu Alif.
• “Irfan sudah makan!” kata Alif dengan perasaan marah.
• “Irfan sudah makan?” tanya Alif.
• Solusinya?
• Sentiasa fikirkan bagaimana awak akan mengatanya sekiranya
bukan satu bacaan.
14.
15. Petikan 1
Shida sedang membaca buku tentang elektrik sambil
menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang
perempuan tua. Perempuan tua itu bertanyakan sesuatu
kepadanya, “Cucu, bagaimana hendak ke balai polis?”
Shida membantu perempuan tua itu dengan memberikan
maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya, perempuan
itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya.
Shida berasa senang hati kerana dapat membantu
perempuan tua itu. Apabila bas sekolahnya tiba, dia pun beratur
sebelum menaiki bas.
16. Petikan 2
Zameer ialah seorang pegawai kesihatan. Beliau sudah
berkeluarga, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau
juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya
diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi lebih sibuk.
Pada satu hari, Zameer terlihat ibunya menangis. Ibunya
bersedih kerana merasakan yang dirinya telah menyusahkan
anaknya apabila dia diserang penyakit ‘kencing manis’.
Zameer pun memujuk ibunya dan berkata,”Ibu, Meer tidak
pernah menganggap ibu sebagai satu beban. Meer sayang ibu!”
Ibu Zameer pun berhenti menangis dan memeluk anak
kesayangannya.
17. Petikan 3
Cuti sekolah sudah bermula. Alif merancang untuk mengisi
masa cutinya dengan aktiviti yang berfaedah seperti ke
perpustakaan untuk meminjam buku, bersenam dan mengulang kaji
pelajaran.
Ibu Alif sering memesan anaknya, “Alif, masa itu sangat
berharga. Sentiasalah melakukan perkara yang berfaedah dan
jangan suka membuang masa.”
Kata-kata ibunya itu yang mendorong Alif untuk selalu
membantu ibunya membuat kerja rumah. Selain itu, Alif juga turut
membantu adiknya membuat kerja sekolah. Alif juga menonton
televisyen tetapi dia hanya menonton rancangan yang berfaedah.