SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
HUBUNGAN ETNIK
(MPU3113)
LAPORAN
KUMPULAN ETNIK
MELANAU
NAMA AHLI KUMPULAN NO.ID
OOI KAI YANG 0315663
CHONG CHUI WERN 0321359
SIEW JOHN LOONG 0315871
LOH KHAI JHUNG 0318908
LEE YEN CHEI 0320568
NICHOLAS LEE NGANG KIM 0320504
GOH YEN NEE 03155551
NAMA PENSYARAH: EN. SERIT ANAK BAYAN
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK MUKA SURAT
1 1.0 PENGENALAN 1
1.1 BUDAYA DAN
ADAT RESAM
2-3
1.2 TARIAN
TRADITIONAL
3
1.3 MAKANAN
TRADITIONAL
4
1.4 PAKAIAN
TRADITIONAL
5
1.5 BAHASA 6
1.6 JENIS RUMAH
DAN KEGIATAN
7
1.7 PERMAINAN
TRADITIONAL
7
2 2.0 PERANCANGAN
DAN PERSEDIAAN
PERBENTANGAN
8
3 3.0 JURNAL AHLI
KUMPULAN
9-15
4 4.0 CADANGAN 16
5 5.0 KESIMPULAN 17
6 6.0 RUJUKAN 18
7 7.0 LAMPIRAN 19-22
1.0 PENGENALAN
Masyarakat Melanau merupakan salah satu masyarakat etnik yang terdapat di
negeri Sarawak. Secara umumnya, masyarakat Melanau dikatakan mempunyai
banyak persamaan dengan masyarakat Melayu dari segi kepercayaan, kebudayaan
mahupun adat resam. Walaupun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai
budaya dan adat resam yang unik dan hanya dimiliki oleh mereka untuk diamalkan.
Adat resam ini jelas dilihat daripada aspek kehidupan yang dijalankan oleh mereka
setiap hari seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.Budaya dan adat
resam ini diwarisi secara turun-temurun sejak dahulu lagi dan masih diamalkan oleh
masyarakat Melanau sehingga zaman moden hari ini.
Nama perkataan ‘ Melanau’ muncul daripada asal usul dan sejarah yang terjadi pada
kira-kira setengah abad yang lalu. Pada masa itu, Daerah Bintulu masih di bawah
jagaan dan penguasaan Kerajaan Kesultanan Brunei. Kerap kali Baginda Sultan
akan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan dan situasi yang muncul di daerah ini
serta memungut hasil tempatan daripada penduduk di situ. Pada suatu hari, sebuah
perahu kerajaan Brunei sedang belayar dan menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba
bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi
yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah
yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk."
Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa
dan begitu terjadinya perkataan 'Melanau' sehingga sekarang.
1.1 Budaya Dan Adat Resam
Orang melanau menyambut Perayaan Kaul pada bulan Mac/April , iaitu bulan
Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok
yang mengawal laut.
Tujuannya adalah bagi memperoleh tangkapan yang memuaskan , selamat semasa
berada di laut, mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit ,melambangkan
permulaan musim menangkap ikan.
Pada hari itu, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah
diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur
ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Terendak Melanau
iaitu topi, atau juga lebih dikenali sebagai Seraong oleh bangsa itu sendiri.
Seroang merupakan salah satu warisan sen irupa anyaman bagi masyarakat
Melanau yang diperbuat dari rotan dan dahan pokok rumbia yang dianyam. Dahulu,
terendak ini sebagai pelindung panas dan hujan terutamanya bagi nelayan atau
petani untuk melindungi mereka sendiri dari terkena sinaran matahari yang terik.
Malah, Terendak ini juga digunakan untuk tujuan tradisi seperti Upacara Pesta Kaul.
dianyam dengan pelbagai corak dan jalur yang berwarna-warni yang melambangkan
kaum Melanau yang pelbagai.
Perkahwinan
Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang
sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat kepadanya.Namun, asas
adat perkahwinan sama seperti masyarakat lain iaitu acara merisik, meminang dan
majlis perkahwinan
Jenis-jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tuning, termasuk
sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih, lima betirih. Barang yang mengiringi mas
kahwin ialah, adat menuga, adat medin dan pakan
Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status
sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang
berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Sekiranya gadis itu belum
berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas
kahwinnya.
Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak keluarga, maka diadakanlah
adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan
yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan. Dengan
penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil
keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu.
Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki
dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat
handai. Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada
tengah hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti
dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Selesai bersanding di
rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan
untuk menjalani ‘adat petudui’.
Selepas itu, diadakan pula upacara ‘begendang’. Hadirin dijemput untuk ikut serta
tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan
sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut
malam. Pada hari ketujuh, upacara pembebasan diadakan bagi membebaskan
mereka daripada pantang yang dikenakan pada tempoh hari perkahwinan.
1.2 Seni Tari Tradisional
Seni Tari Orang Melanau: Menyak, Seladai, Alu-Alu, Mengalai, Makak,Seraheng,
Nyambut Tua Labeh
Tarian mereka dibuat perayaan "Pesta Kaul" atau Puja Pantai, menyambut orang
kenamaan serta upacara perkahwinan Tariannya biasanya menari secara
berpasangan atau secara berkumpulan. Ia dipengaruhi melalui unsur gerak
kehidupan seharian, gerak silat dan gerak berbentuk ritual dan tidak ada ditarikan
secara solo baik oleh lelaki mahupun wanita. Gerakan mereka lemah-lembut dan
sangat elegant.
1.3 Makanan tradisional
Tebaloi-ebaloi ialah satu produk tradisional yang berasaskan
pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan
bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum
Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai
bahan utama.Selisi ialah sejenis makanan yang diperbuatan daripada kuah
kari ikan dengan sago. Dahulunya makanan ini adalah amat terkenal sebab
ia sangat sedap.Ulat Mulung pula merupakan makanan ini adalah terkenal
di kalangan masyarakat Melanau tetapi majority melanau matu daro
memang tidak makan ulat mulung ini. Rasanya lebih sedap dari udang
goring. Linut adalah sejenismakanan asli bagi masyarakat melanau di
Sarawak. Ianya diperbuat daripada sagu mentah yang berasal dari pohon
sagu.Umai merupakan sejenis recipe ikan yang terkenal di Sarawak.Pipiuh
dan Sagok adalah sayu makanan ruji masyarakat Melanau yang berasa
lemak lemak. Biasanya makan sagu campus kacang dan ikan bilis.
1.4 Pakaian Tradisional
Bagi kaum Melanau di kawasan Sarawak, pakaian mereka adalah
sangat menarik dan berbeza dengan kaum lain.
Bagi pakaian tradisional Melanau lelaki, bajunya adalah berbeza
daripad perempuan. Dalam kes ini, lelaki akan mengggayakan baju
potongan moden bersampin broked oren keemasan, pinggang berikat
delendang sifon dan berkopiah. Pakaian lelaki Melanau pula daripada satin
berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian
kepala sengkulon dari Jawa.
Bagi pakaian tradisional Melanau perempuan, mereka mempunyai
dua jenis baju, iaituBaju Baldu dan Baju Babam. Wanita Melanau
menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan
Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan
kepala kepih sanggul.
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung
soket Brunei tenunan Sarawak. Bukan sahaja itu, tali pinggang pending
besar dan diserikan dokoh dan perhiasan kepada kepih sanggul. Apabila
wanita memakai baju bajan ini pula, wanita Melanau akan menggayakan
Baju Baban alsal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna
hitam dipadankan dengan kain soket. Di dada memakai 2 helai selendang
merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul
1.5 Bahasa Kaum Melanau
Seperti bahasa lain di Sarawak, Bahasa Melanau merupakan cabang dari
keluarga Bahasa Austronesia atau bahasa Malayo-Polinesia. Bahasa Austronesia
tersebar daripada keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di selatan
Negeri China.
Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu
sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa
melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan
ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja.
Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan
oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian
bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan
bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.
Berikut adalah contoh- contoh perkataan Melanau:
 pagi = Song, ,suab
 Makan = Keman
 Minum = Tuteng
 Air = Nya'am, Anum
 Siapa = Sai, Yai
 Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan
 Nama = Ngadan,Radan
 Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin
 Apa = Inou, Nau
 Khabar = Dengah
 Bagus = Da'au,Dao, diak
 Bila = Pidan ,Paya
 Siapa = Yai, sai
 Kenapa = Inauhal,Wakno, minew
 kamu = mo, kan ,ka'au
 tidur = tudui,Tudoy,Tudoi
1.6 Jenis rumah dan kegiatan ekonomi
Jenis rumah, kaum Melanau tinggal di dalam rumah tinggi. Rumah itu
merupakan rumah tradisi masyarakat Melanau dahulu kala. Ia juga ketinggian 10m
dan keatas daripada permukaan tanah. Biasanya rumah itu akan dibina dekat tepi
sungai kerana ekonomi meraka yang menangkap hasil laut atau dibina berdekatan
dengan pantai. Pada asalnya, struktur asas rumah panjang itu diperbuat daripada
kayu belian dan atapnya pula menggunakan daun pokok sagu.
Kegaitan ekonomi meraka yang mengutama ialah menangkap hasil laut dan
menjadi petani padi sawah. Selain itu, ekonomi meraka juga ada penrusahaan sagu
kaum ini. Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti
Mengarang. Dalam ekonomi Malaysia, Sarawak merupakan pengeksport sagu yang
terbesr di Malaysia.
1.7 Permainan Traditional
Permainan Tradisi Melanau ialah TIBOW- The Giant Swing. Tibow yang
sejenis permainan tradisi masyarakat Malanau yang sangat popular.Tibow ialah
sejenis permainan buaian gergasi pula merupakan antara sebagai simbol perpaduan
dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Permainan tradisi
biasanya dimainkan sewaktu berlangsungnya Pesta Kaul yang merupakan festival
unik dari etnik Melanau Sarawak yang dirayakan saban tahun dan merupakan
antara acara tahunan di dalam kalendar pelancongan Sarawak Bumi
Kenyalang.Pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang sampai
larut malam. Mengenai permaian ini, dua tiang kayu yang masing-masing panjang
melebihi 30 kaki diperlukan untuk membuat tiang Tibow dan semasa mengangkat
tiang untuk mendirikan, pantun dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng
udat, Tibow idei pada 'mekat' pantuan ini yang dibuat untuk dewa yang menguasai
permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-
tugas mendirikan tiang itu.
2.0 Perancangan Dan Persediaan Perbentangan
Guru daripada subjek Hubungan Etnik telah memperkenalkan projek yang
perlu dilaksanakan iaitu persembahan yang mengikut kumpulan etnik masing-
masing dengan menyampaikan imu pengetahuan tentang adat resam, seni tarian,
permainan tradisional, makanan tradisional, pakaian tradisional, bahasa dan
sebagainya kepada kawan-kawan lain di hadapan kelas.
Pada masa itu, kami dikehendaki memilih kumpulan etnik Malaysia yang
menarik dan disetujui oleh semua ahli kumpulan. Kami merupakan kumpulan yang
terdiri daripada tujuh orang dan kami telah memilih kumpulan etnik Melanau sebagai
topik kami untuk dipersembahkan di depan orang ramai. Ketua kumpulan kami iaitu
Ooi Kai Yang bertanggungjawab dalam membahagikan kerja-kerja yang perlu
dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan termasuk melayari internet untuk
mengumpul maklumat yang mencukupi, bahan-bahan yang diperlukan dan yang lain
lagi.
Selepas itu, kami telah pergi ke kedai sewa pakaian di SS15 untuk mendapat
pakaian tradisional orang Melanau. Tetapi, mereka tidak mempunyai pakaian
tersebut disebabkan kurang orang ingin menyewanya. Kami telah pergi kedai lain di
Kepong yang mempunyai pakaian orang Melanau yang amat serupa seterusnya.
Kami telah menyewa pakaian tradisional orang Melanau bagi pihak lelaki dan
perempuan yang berharga RM110 sewa untuk tiga hari sahaja.
Pada masa itu, kami juga telah pergi ke Taman tasik Perdana untuk membuat
sebuah video dokumentari yang mengenai adat resam dan seni tari Orang Melanau
dengan memakai pakaian tersebut yang baru disewa. Dua ahli kumpulan kami telah
dipilih untuk menjadi model pakaian dan direkod di dalam video tersebut. Ketua kami
telah membuat satu model rumah tradisional orang Melanau bagi projek tersebut.
Selain itu, kira-kira tiga orang ahli kumpulan telah membuat Powerpoint tentang
keseluruhan orang Melanau supaya persembahan tersebut dapat difahami dengan
teliti. Video yang telah direkod pula dikendali oleh salah seorang ahli kumpulan kami
sebelum sehari persembahan bermula.
3.0 Jurnal Ahli Kumpulan
JurnalLoh KhaiJhung 0318908
Pada peringkat awal projek ini, kami akhirnya mengambil keputusan untuk
memilih etnik Melanau. Seperti biasa, kami bermula dengan menjalankan
penyelidikan kami dengan melayari laman web. Kebanyakan informasi yang kita
dapati ialah dari laman web. Dengan membaca setiap data yang kami terserempak,
kita dapat mengkategorikan maklumat yang kami dapati kepada budaya dan adat
resam, tarian traditional, makanan traditional, pakaian traditional, permainan
traditional, bahasa, jenis rumah dan kegiatan ekonomi mereka.
Selepas beberapa perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan saya, kami
bersetuju membuat video dengan menggunakan teknik video documentary. Ahli
kumpulan saya telah sewa pakaian traditional Orang Melanau, dan akhirnya saya
dipilih sebagai model dan pelakon dalam video tersebut. Kami telah membuat video
tentang process dan ciri-ciri perkahwinan Orang Melanau. Kami juga menari dalam
video tersebut.
Pada hari pembentangan, ahli kumpulan saya telah memberikan ucapan
kepada semua murid dan cikgu dalam kelas.Walaupun saya bukan penceramah
pada hari itu, tetapi saya sebagai ahli kumpulan telah membuat usaha mencatatkan
semua maklum balas dari cikgu mahupun kawan-kawan kami.
Dengan catatan ini, akhirnya saya dapat menyumbangkan sedikit kepada
report yang terakhir.Projek kumpulan semestinya boleh dijalankan dengan baik
kerana ada banyak ahli kumpulan yang dapat memudahkan tugas-tugas kami.
Tetapi, kekurangan komunikasi dalam kumpulan telah menyusahkan projek ini bagi
semua ahli-ahli kumpulan. Nasib baik akhirnya kami dapat mengatasi semua
kesusahan yang kami temu. Itulah semuanya jurnal aku bagi projek ini.
JurnalSIEW JOHN LOONG (0315871)
Pada hari itu, kami berhimpun di university di Taylors’ University dan
seterusnya, kami memandu ke destinasi tersebut, iaitu Taman Tasik Perdana. Yen
Nee dan saya telah pergi mengambil daripada costume yang telah ditempah awal
dan bertolak ke destinasi. Di Taman Tasik Perdana, ahli kumpulan yang
bertanggungjawab untuk berlakon, iaitu Khai Jhung dan Chui Wern pun menukar
pakaian. Apabila mereka memakai pakaian traditional Orang Melanau, mereka
menjadi lebih bersemangat. Selepas itu, kami telah memilih sebuah pondok rumah
sebagai tempat perlakonan. Di sana, kami telah berbincang tentang script sebelum
berlakon. Setelah semua bersiap sedia, kami pun bermula untuk berlakon. Skript itu
telah menceritakan cara perkahwinan dan cara tarian orang Melanau. Saya bertugas
sebagai video recorder. Suara senyuman dan ketawa boleh didengar di seluruh
proses perlakonan kerana Khai Jhung dan Chui Wern berlakon dengan aksi yang
lucu. Kami tidak dapat menahan untuk ketawa. Walaupun hari itu sangat panas dan
kami telah digigit nyamuk teruk sekali, kami tetap bekerjasama untuk menghabiskan
dan menyempurnakan video itu. Setelah kira-kira 3 jam setengah, kami habis
berlakon dan video itu telah siap dibuat. Khau Jhung dan Chui Wern menyalin baju
mereka dan kami pulang dengan perasaan gembira. Kami berasa sangat letih, tetapi
senyuman tetap dapat dilihat daripada muka kami.
JurnalGoh Yen Nee (0315551)
Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa projek yang perlu
dilaksanakan dalam subjek Hubungan Etnik iaitu persembahan dan penbentangan
berdasarkan kumpulan etnik yang dipilih. Pada masa itu, kami dalam kumpulan yang
mempunyai tujuh orang ahli kumpulan telah berbincang tentang kumpulan etnik
yang kami ingin pilih dan kami telah berputus untuk membuat satu perbentangan
yang berkaitan dengan kumpulan Melanau bahawa orang Melanau mempunyai
banyak persamaan dengan orang Melayu. Ketua kumpulan kami iaitu Ooi Kai Yang
telah membahagikan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh setaip ahli kumpulan
seperti mengumpul maklumat dari segi yang mengenai orang Melanau, membuat
video, dan sebagainya.
Kami telah pergi ke kedai sewa pakaian untuk menyewa pakaian tradisional
orang Melanau untuk digunakan semasa membuat video di Taman Tasik Perdana.
Harga sewa untuk kedua-dua pakaian iaitu bagi pihak lelaki dan perempuan ialah
RM 110 untuk tiga hari sahaja. Selepas itu, kami telah pergi ke Taman tasik Perdana
untuk membuat sebuah video dokumentari yang mengenai adat resam dan seni tari
Orang Melanau. Kami berasa amat gembira semasa pembuatan video tersebut.
Selain itu, kami juga telah membuat sebuah model rumah bagi pihak orang
Melanau yang mereka tinggal. Pada hari sebelum penbentangan, kami telah
membuat Powerpoint berdasarkan maklumat yang perlu disampaikan pada hari
perbentangan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada kawan-kawan lain tentang
Orang Melanau.
JurnalChong ChuiWern (0321359)
Pada permulaan projek ini, selepas lama berdebat, kami telah memilih Etnik
Melana bagi projek ini. Kami telah mencari dan mendapat kebanyakkan infomasi
dari laman web. Kami telah mengumpul dan membahagikan infomasi yang telah
didapati kepada beberapa topic seperti makanan, pakaian, ekonomi, sejarah,
budaya, adat-adat resam dan sebagainya.
Selepas perbingancan, kami telah memilih until membuat pembentangan dan
video dokumenteri. Kami pergi ke SS15 tetapi kedai sewa baju di sana tidak ada
pakaian tradisional Melanau. Kami pun cari internet bagi mencari tempat sewa baju
yang lain. Akhirnya, pakaian dapat disewa di sebuah kedai di Kepong. Kami sewa
satu pasang baju, lelaki dan perempuan, bagi membuat video kami. Kami pun
membahagikan kos sewa dengan sama rata.
Kami membuat video tentang perkahwinan etnik melanau dan juga sikit
tentang tarian mereka. Dalam video itu, saya dipilih untuk manjadi pelakon dalam
video itu. Pada akhir video itu, kami pun cuba menari tarian tradisional melanau.
Video itu dibentang bersama dengan penbentangan slides. Saya tidak
membentangkan slides pada hari itu.
Setiap ahli kumpulan melaksanakan tanggungjawab yang dibahagikan
dengan sempurna, oleh sebab itu kami dapat menghabiskan projek ini secara
lancer. Saya berasa lega kerana dapat menghabiskan video dan pembentangan
dengan lancer kerana kumpulan kami merupakan kumpulan ketiga untuk
membentang, iaitu pada hari pertama. Oleh itu, masa kami bagi membuat
penyediaan amat singkat
JurnalOoi Kai Yang (0315663)
Pada peringkat awal projek ini, kumpulan kami telah memilih etika orang
melanau. Selepas itu, kami menguna laman web untuk bermula dengan
menjalankan penyelidikan dengan informasi etika melanau. Selepas mencari
informasi, kami dapat banyak informasi mengenai etnik melanau dan kami dapat
mengkategorikan maklumat yang kami dapati kepada budaya dan adat resam, tarian
traditional, makanan traditional, pakaian traditional, permainan traditional, Bahasa,
jenis rumah dan kegiatan ekonomi etnik melanau.
Selepas perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan, kami memutuskan
mengguna video dan power point slide untuk membuat presentation kita. Video yang
kami buat ialah video documentary tentang adat resam perkahwinan mereka. Pada
9 of may 2015, kami membuat video dekat taman tasik perdana dan ahli kumpulan
Loh Khai Jung dan Chong Chui Wern sewa pakaian dan mejadi model dan menari
tarian traditional dalam video tersebut. Pada hari pembentangan, ahli kumpulan saya
telah memberikan ucapan kepada semua murid dan cikgu dalam kelas.
Semasa projek ini, projek ini boleh dijalankan dengan baik kerana kumpulan
kami ada membuat tugas-tugas kami. Selain itu, pengurusan masa juga penting
dalam kumpulan sebab kurang itu aksn menyusahkan projek ini. Akhirya, kami
semua menyelesaikan kesusahan dan lengkap projek ini.
JurnalNicholas Lee Ngang Kim (0320504)
Pada hari pertama, kumpulan kami berhimpun di Taylor’s University Lakeside
Campus yang dibincangkan sebelum ini. Kemudian, John yang memandu kereta
membawa kami ke destinasi tersebut, iaitu Taman Tasik Perdana. Kami pergi ke
tempat itu untuk merekod video. Di samping itu, John danYen Nee pun pergi
mengambil costume yang telah ditempah awal sebelum bertolak ke destinasi.
Apabila kumpulan kami berada di Taman Tasik Perdana, kami bertanggungjabwar
membuat kerka kami, iaitu berlakon, Khai Jhung dan Chui Wern menukar pakaian
untuk video tersebut. Mereka disebut untuk memakai pakaian traditional Orang
Melanau. Selepas itu, kami memilih sebuah pondok rumah untu perlakonan. Kami
berasa tempat itu adalah satu tempat yang mempunyai suasana yang baik.
Seterusnya, kami berbincang tentang script bersama-sama sebelum berlakon.
Selepas membuat semua persedian, kami pun bermula berlakon. Skript itu adalah
menceritakan cara perkahwinan dan cara tarian orang Melanau. Saya mengambil
jawatan yang menentukan isi-isi mereka supaya tak salah sebeb saya yang
membuat pembentangan dalam kelas selepas ini. Cuaca hari itu adalah sangat
panas. Sekira 3 jam setangah, kami pun balik. Selepas itu, saya harus
mengumpulkan semua data dari Internat, dan membuat slide pembentangan. Bukan
sahaja itu, saya harus menghafarkan isi-isi penting dan juga membuat
pembentangan di depan kelas. Saya berasa sangat takut apabila membuat
pembentangan di depan kelas sebab itu adalah kali pertama.
JurnalLee Yen Chei (0320568)
Tutor kami, iaitu Encik Serit Bayan telah memberi satu projek yang berkaitan dengan
etnik- etnik di Malaysia kepada kami. Dalam projek ini, kami hendaklah menubuhkan
kumpulan sendiri daripada pelajar- pelajar yang mengambil subjek ini, iaitu Hubungan Etnik.
Kumpulan saya terdiri daripada 7 orang iaitu Loh khai Jhung, Chong Chui Wern,
Crysmond Goh, John Siew, Nicholas Lee, Ooi Kai Yang dan saya sendiri. Ooi Kai Yang telah
dipilih oleh kami sebagai ketua kumpulan. Kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih Etnik
Melanau melalui perbincangan ahli-ahli kumpulan.
Bagi Projek ini, kami telah membentangkan tajuk kami kepada beberapa
bahagian.iaitu budaya dan adat resam, tarian traditional, makanan traditional, pakaian
traditional, permainan traditional, bahasa, jenis rumah dan kegiatan ekonomi mereka.
Kebanyakan informasi yang kita dapati ialah dari laman web.
Kami ingin menunjukkan etnik Melanau melalui video dokumenteri dan pertunjukkan
powerpoint. Untuk membuat video sendiri, kami perlu sewa pakaian tradisional Melanau. Ahli
kumpulan saya telah mencari tempat sewa baju melalui internet. Akhirnya, pakaian dapat
disewa di sebuah kedai di Kepong. Kami sewa satu pasang baju, lelaki dan perempuan, bagi
membuat video kami.
Video kami telah menunjukkan ciri-ciri perkahwinan etnik melanau dan juga sikit
tentang tarian tradisional mereka. Pelakon- pelakon bagi video ini ialah Ahli kumpulan saya,
iaitu Khai Jhung, Chui Wern, dan Kai Yang. Selain itu, Crysmond ialah narrator dan John ialah
perakam video. Saya tidak ada menyertai perakaman video ini. Saya bertanggungjawab untuk
membuat slides yang dibentangkan semasa hari pembentangan kami di universiti.
Pada hari pembentangan, ahli kumpulan saya, Nicholas merupakan petutur bagi
kumpulan kami. Selain daripada persembahan video dan Slide powerpoint kami, kami juga
telah menunjukkan mimik Rumah tinggi yang dibuat oleh kami sendiri. Rumah tinggi itu
merupakan tempat tinggal tradisional orang Melanau.
Saya berasa gembira kerana dapat menyediakan video dan pembentangan kami
dalam masa yang singkat. kerana kumpulan kami merupakan kumpulan ketiga untuk
membentang, iaitu pada hari pertama. Projek kami dijalankan dengan lancar atas kerjasama
daripada semua ahli kumpulan.
4.0 Cadangan
Selepas penyampaian kami, beberapa kelemahan daripada kumpulan kami telah
dilihat dan boleh diubah supaya dalam menyampaikan penyampaian yang lebih baik
pada masa depan. Dengan melihat dan mendengar penyampaian kumpulan lain
dengan teliti, kami juga dapati beberapa idea yang boleh dimasukkan ke dalam
penyampaian kami. Walaupun penyampaian kami dijalankan dengan lancer, tetapi
sebagai pelajar yang bersemangat baik dan bersemangat untuk membelajari ilmu
yang baru, selalu berperasaan tidak cukup boleh melahir ruang untuk meningkatkan
diri kita.
Kelemahan yang perlu dibaiki daripada perbentangan ini termasuk :
1) Saiz tulisan dalam PowerPoint boleh diperbesarkan supaya penonton dalam
membaca informasi yang kami sediakan dengan baik.
2) maklumat dalam PowerPoint boleh dipendekkan supaya PowerPoint tidak
mempunyai terlalu banyak informasi yang menggangukan
3) jumlah penceramah boleh ditambah supaya mereka dapat bekerjasama untuk
menyampaikan ucapan yang lebih baik
4) warna background dan tulisan yang digunakan dalam PowerPoint perlulah
mendapat contrast yang bagus supaya penonton dalam lihat
5) boleh menyediakan tarian traditional Melanau untuk dibentangkan pada hari
pembentangan
6) makanan traditional boleh disediakan untuk diedarkan dalam kelas untuk
menlahirkan atmosfera yang lebih baik
7) Latihan boleh dijalankan sebelum hari penyampaian untuk melatih penceramah
supaya mereka lebih yakin semasa cakap
8) Sebelum penyampaian dimulakan, kami juga boleh sampai ke kelas lebih awal
untuk menbuat persediaan yang terakhir.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak ilmu pengetahuan telah kami perlajari daripada
assignment tersebut, iaitu document (Powerpoint) dan video perlakonan. Kami telah
mengetahui tentang budaya Orang Melanau dari segi seni tarian, perkahwinan, adat
resam perkahwinan, makanan, permainan, pakaian, dan sebagainya. Pada masa
yang sama, kami juga telah mempelajari budaya dan bahasa orang Melanau. Ini
memudahkan kami untuk berkomunikasi dengan mereka kalau kami bertemu
dengan mereka. Selain itu, rumah orang Melanau yang tradisional juga mempunyai
persamaan dengan rumah papan dan mereka tinggal sekeluarga di dalam rumah
tersebut. Bagi makanan orang Melanau, kami tidak mempunyai peluang untuk
menikmati makanan orang Melanau kerana kami tidak dapat mencari makanan di
Semenanjung Malaysia. Akan tetapi, kami dapat melihat gambar-gambar makanan
orang Melanau daripada layaran Internet dan makanan tersebut kelihatan sangat
sedap. Keseluruhannya, kami berasa amat gembira dan syukur kerana kami
berpeluang untuk memahami dan menambah ilmu pengetahuan tentang budaya
orang Melanau. Ini telah membantu kami untuk menguatkan ilmu pengetahuan
tentang kaum lain dan ini juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
6.0 Rujukan
1. Adat Dan Budaya Etnik Di Malaysia. (n.d.). Retrieved June 2, 2015, from
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-melanau.html
2. Melanau. (n.d.). Retrieved June 3, 2015, from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau
3. BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUM MELANAU. (2012, August 8). Retrieved
June 3, 2015, from
https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budaya-dan-adat-
resam-kaum-melanau/
4. . (n.d.). Retrieved June 5, 2015, from
http://sueshanizam.blogspot.com/2008/12/asal-usul-melanau.html
5. Tarikan Di Negeri Sarawak: PERAYAAN PESTA KAUL MELANAU. (n.d.).
Retrieved June 5, 2015, from
http://afifbolhan.blogspot.com/2013/07/perayaan-pesta-kaul-melanau.html
6. Makanan Tradisi Masyarakat Melanau di Sarawak. (n.d.). Retrieved June 6,
2015, from http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/04/makanan-tradisi-
masyarakat-melanau-di.html
7. Melanau Community. (2014, April 20). Retrieved June 6, 2015, from
https://sarawakculturalvillage.wordpress.com/2014/04/21/melanau-
community/
7.0 Lampiran
~ TAMAT ~

More Related Content

What's hot

TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -RheMinat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhemashran saudin
 
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan JepunGerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepunladykathy
 
FAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANFAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANmnznasir
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merahIbn Abdullah
 
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALTEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALLala Aliron
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmuCikgu Naza Zaza
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
Gagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiaGagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiamunnianwar
 
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaLot Kubur
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8Faridah Abdullah
 

What's hot (20)

TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
Perkahwinan campur
Perkahwinan  campur Perkahwinan  campur
Perkahwinan campur
 
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -RheMinat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
 
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan JepunGerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
 
FAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANFAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKAN
 
Sejarah etnik jawa
Sejarah etnik jawaSejarah etnik jawa
Sejarah etnik jawa
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALTEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Gagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiaGagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysia
 
Folio along
Folio alongFolio along
Folio along
 
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
 

Similar to MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)

HE report
HE report HE report
HE report kellyxc
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuLim Yi Heng
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonyaragukannan
 
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYUPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYUAmnah Saayah Ismail
 
KAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.pptKAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.pptRISHIKHESAN
 
EDUP3073 Kaum dan Etnik di Malaysia
EDUP3073 Kaum dan Etnik di MalaysiaEDUP3073 Kaum dan Etnik di Malaysia
EDUP3073 Kaum dan Etnik di MalaysiaAfifah Yusoff
 
Hubungan Etnik - Tamil
Hubungan Etnik - TamilHubungan Etnik - Tamil
Hubungan Etnik - Tamilashleyyeap
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinanYing Yew
 
Hubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalHubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalShze Hwa Lee
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11nadarajah
 
Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Ms Yati
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahiraMiji Mina
 

Similar to MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU) (17)

HE report
HE report HE report
HE report
 
Folio tarian RIMUP
Folio  tarian RIMUPFolio  tarian RIMUP
Folio tarian RIMUP
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonya
 
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYUPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
 
KAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.pptKAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.ppt
 
Seni tari
Seni tariSeni tari
Seni tari
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 
EDUP3073 Kaum dan Etnik di Malaysia
EDUP3073 Kaum dan Etnik di MalaysiaEDUP3073 Kaum dan Etnik di Malaysia
EDUP3073 Kaum dan Etnik di Malaysia
 
Pakaian tradisional (psk)
Pakaian tradisional (psk)Pakaian tradisional (psk)
Pakaian tradisional (psk)
 
Hubungan Etnik - Tamil
Hubungan Etnik - TamilHubungan Etnik - Tamil
Hubungan Etnik - Tamil
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Hubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalHubungan etnik-final
Hubungan etnik-final
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11
 
Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)
 
Pulau borneo malaysia
Pulau borneo malaysiaPulau borneo malaysia
Pulau borneo malaysia
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahira
 

More from Crysmond Goh

PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2Crysmond Goh
 
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALL
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALLPROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALL
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALLCrysmond Goh
 
Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551
Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551
Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551Crysmond Goh
 
Project 2 Construction Solutions GYN
Project 2 Construction Solutions GYNProject 2 Construction Solutions GYN
Project 2 Construction Solutions GYNCrysmond Goh
 
Food & Culture Project 3 Magazine Style
Food & Culture Project 3 Magazine Style Food & Culture Project 3 Magazine Style
Food & Culture Project 3 Magazine Style Crysmond Goh
 
Research report Food & Culture GYN
Research report Food & Culture GYNResearch report Food & Culture GYN
Research report Food & Culture GYNCrysmond Goh
 
Comparative Analysis Essay -GYN
Comparative Analysis Essay -GYNComparative Analysis Essay -GYN
Comparative Analysis Essay -GYNCrysmond Goh
 
Synopsis 3 the eye of the skin -GYN
Synopsis 3 the eye of the skin -GYNSynopsis 3 the eye of the skin -GYN
Synopsis 3 the eye of the skin -GYNCrysmond Goh
 
Synopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYN
Synopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYNSynopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYN
Synopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYNCrysmond Goh
 
Sipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYN
Sipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYNSipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYN
Sipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYNCrysmond Goh
 
Report Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & Acoustics
Report Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & AcousticsReport Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & Acoustics
Report Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & AcousticsCrysmond Goh
 
Final report project 2 GYN integration
Final report project 2 GYN integrationFinal report project 2 GYN integration
Final report project 2 GYN integrationCrysmond Goh
 
ESSAY CULTURE & HISTORY II
ESSAY CULTURE & HISTORY IIESSAY CULTURE & HISTORY II
ESSAY CULTURE & HISTORY IICrysmond Goh
 
Esd complete essay
Esd complete essayEsd complete essay
Esd complete essayCrysmond Goh
 
PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)
PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)
PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)Crysmond Goh
 
Report final assognment
Report final assognmentReport final assognment
Report final assognmentCrysmond Goh
 
Report of the last samurai
Report of the last samuraiReport of the last samurai
Report of the last samuraiCrysmond Goh
 
English essay superhero
English essay superheroEnglish essay superhero
English essay superheroCrysmond Goh
 
Maths assignment area and volume calculation
Maths assignment area and volume calculationMaths assignment area and volume calculation
Maths assignment area and volume calculationCrysmond Goh
 

More from Crysmond Goh (20)

PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 2
 
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALL
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALLPROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALL
PROJECT MANAGEMENT PROJECT 1-A PLACE FOR ALL
 
Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551
Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551
Internship Report ARC 2615 -GOH YEN NEE 0315551
 
Project 2 Construction Solutions GYN
Project 2 Construction Solutions GYNProject 2 Construction Solutions GYN
Project 2 Construction Solutions GYN
 
Food & Culture Project 3 Magazine Style
Food & Culture Project 3 Magazine Style Food & Culture Project 3 Magazine Style
Food & Culture Project 3 Magazine Style
 
Research report Food & Culture GYN
Research report Food & Culture GYNResearch report Food & Culture GYN
Research report Food & Culture GYN
 
Comparative Analysis Essay -GYN
Comparative Analysis Essay -GYNComparative Analysis Essay -GYN
Comparative Analysis Essay -GYN
 
Synopsis 3 the eye of the skin -GYN
Synopsis 3 the eye of the skin -GYNSynopsis 3 the eye of the skin -GYN
Synopsis 3 the eye of the skin -GYN
 
Synopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYN
Synopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYNSynopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYN
Synopsis 2 Architecture Where Desire Can Live -GYN
 
Sipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYN
Sipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYNSipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYN
Sipnosis 1 In the Cause of Architecture- GYN
 
Report Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & Acoustics
Report Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & AcousticsReport Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & Acoustics
Report Bscience 2 Evaluation Performance Lighting & Acoustics
 
Final report project 2 GYN integration
Final report project 2 GYN integrationFinal report project 2 GYN integration
Final report project 2 GYN integration
 
ESSAY CULTURE & HISTORY II
ESSAY CULTURE & HISTORY IIESSAY CULTURE & HISTORY II
ESSAY CULTURE & HISTORY II
 
Esd complete essay
Esd complete essayEsd complete essay
Esd complete essay
 
PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)
PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)
PROJECT 1 (BUILDING CONSTRUCTION 1)
 
Report final assognment
Report final assognmentReport final assognment
Report final assognment
 
Report of the last samurai
Report of the last samuraiReport of the last samurai
Report of the last samurai
 
English essay superhero
English essay superheroEnglish essay superhero
English essay superhero
 
Maths assignment area and volume calculation
Maths assignment area and volume calculationMaths assignment area and volume calculation
Maths assignment area and volume calculation
 
Report survey
Report surveyReport survey
Report survey
 

MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)

  • 1. HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) LAPORAN KUMPULAN ETNIK MELANAU NAMA AHLI KUMPULAN NO.ID OOI KAI YANG 0315663 CHONG CHUI WERN 0321359 SIEW JOHN LOONG 0315871 LOH KHAI JHUNG 0318908 LEE YEN CHEI 0320568 NICHOLAS LEE NGANG KIM 0320504 GOH YEN NEE 03155551 NAMA PENSYARAH: EN. SERIT ANAK BAYAN
  • 2. ISI KANDUNGAN NO TAJUK MUKA SURAT 1 1.0 PENGENALAN 1 1.1 BUDAYA DAN ADAT RESAM 2-3 1.2 TARIAN TRADITIONAL 3 1.3 MAKANAN TRADITIONAL 4 1.4 PAKAIAN TRADITIONAL 5 1.5 BAHASA 6 1.6 JENIS RUMAH DAN KEGIATAN 7 1.7 PERMAINAN TRADITIONAL 7 2 2.0 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN PERBENTANGAN 8 3 3.0 JURNAL AHLI KUMPULAN 9-15 4 4.0 CADANGAN 16 5 5.0 KESIMPULAN 17 6 6.0 RUJUKAN 18 7 7.0 LAMPIRAN 19-22
  • 3. 1.0 PENGENALAN Masyarakat Melanau merupakan salah satu masyarakat etnik yang terdapat di negeri Sarawak. Secara umumnya, masyarakat Melanau dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu dari segi kepercayaan, kebudayaan mahupun adat resam. Walaupun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam yang unik dan hanya dimiliki oleh mereka untuk diamalkan. Adat resam ini jelas dilihat daripada aspek kehidupan yang dijalankan oleh mereka setiap hari seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.Budaya dan adat resam ini diwarisi secara turun-temurun sejak dahulu lagi dan masih diamalkan oleh masyarakat Melanau sehingga zaman moden hari ini. Nama perkataan ‘ Melanau’ muncul daripada asal usul dan sejarah yang terjadi pada kira-kira setengah abad yang lalu. Pada masa itu, Daerah Bintulu masih di bawah jagaan dan penguasaan Kerajaan Kesultanan Brunei. Kerap kali Baginda Sultan akan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan dan situasi yang muncul di daerah ini serta memungut hasil tempatan daripada penduduk di situ. Pada suatu hari, sebuah perahu kerajaan Brunei sedang belayar dan menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa dan begitu terjadinya perkataan 'Melanau' sehingga sekarang.
  • 4. 1.1 Budaya Dan Adat Resam Orang melanau menyambut Perayaan Kaul pada bulan Mac/April , iaitu bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya adalah bagi memperoleh tangkapan yang memuaskan , selamat semasa berada di laut, mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit ,melambangkan permulaan musim menangkap ikan. Pada hari itu, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Terendak Melanau iaitu topi, atau juga lebih dikenali sebagai Seraong oleh bangsa itu sendiri. Seroang merupakan salah satu warisan sen irupa anyaman bagi masyarakat Melanau yang diperbuat dari rotan dan dahan pokok rumbia yang dianyam. Dahulu, terendak ini sebagai pelindung panas dan hujan terutamanya bagi nelayan atau petani untuk melindungi mereka sendiri dari terkena sinaran matahari yang terik. Malah, Terendak ini juga digunakan untuk tujuan tradisi seperti Upacara Pesta Kaul. dianyam dengan pelbagai corak dan jalur yang berwarna-warni yang melambangkan kaum Melanau yang pelbagai. Perkahwinan Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat kepadanya.Namun, asas adat perkahwinan sama seperti masyarakat lain iaitu acara merisik, meminang dan majlis perkahwinan Jenis-jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tuning, termasuk sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih, lima betirih. Barang yang mengiringi mas kahwin ialah, adat menuga, adat medin dan pakan Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang
  • 5. berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya. Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak keluarga, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai. Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani ‘adat petudui’. Selepas itu, diadakan pula upacara ‘begendang’. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, upacara pembebasan diadakan bagi membebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan pada tempoh hari perkahwinan. 1.2 Seni Tari Tradisional Seni Tari Orang Melanau: Menyak, Seladai, Alu-Alu, Mengalai, Makak,Seraheng, Nyambut Tua Labeh Tarian mereka dibuat perayaan "Pesta Kaul" atau Puja Pantai, menyambut orang kenamaan serta upacara perkahwinan Tariannya biasanya menari secara berpasangan atau secara berkumpulan. Ia dipengaruhi melalui unsur gerak kehidupan seharian, gerak silat dan gerak berbentuk ritual dan tidak ada ditarikan secara solo baik oleh lelaki mahupun wanita. Gerakan mereka lemah-lembut dan sangat elegant.
  • 6. 1.3 Makanan tradisional Tebaloi-ebaloi ialah satu produk tradisional yang berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama.Selisi ialah sejenis makanan yang diperbuatan daripada kuah kari ikan dengan sago. Dahulunya makanan ini adalah amat terkenal sebab ia sangat sedap.Ulat Mulung pula merupakan makanan ini adalah terkenal di kalangan masyarakat Melanau tetapi majority melanau matu daro memang tidak makan ulat mulung ini. Rasanya lebih sedap dari udang goring. Linut adalah sejenismakanan asli bagi masyarakat melanau di Sarawak. Ianya diperbuat daripada sagu mentah yang berasal dari pohon sagu.Umai merupakan sejenis recipe ikan yang terkenal di Sarawak.Pipiuh dan Sagok adalah sayu makanan ruji masyarakat Melanau yang berasa lemak lemak. Biasanya makan sagu campus kacang dan ikan bilis.
  • 7. 1.4 Pakaian Tradisional Bagi kaum Melanau di kawasan Sarawak, pakaian mereka adalah sangat menarik dan berbeza dengan kaum lain. Bagi pakaian tradisional Melanau lelaki, bajunya adalah berbeza daripad perempuan. Dalam kes ini, lelaki akan mengggayakan baju potongan moden bersampin broked oren keemasan, pinggang berikat delendang sifon dan berkopiah. Pakaian lelaki Melanau pula daripada satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Bagi pakaian tradisional Melanau perempuan, mereka mempunyai dua jenis baju, iaituBaju Baldu dan Baju Babam. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung soket Brunei tenunan Sarawak. Bukan sahaja itu, tali pinggang pending besar dan diserikan dokoh dan perhiasan kepada kepih sanggul. Apabila wanita memakai baju bajan ini pula, wanita Melanau akan menggayakan Baju Baban alsal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain soket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul
  • 8. 1.5 Bahasa Kaum Melanau Seperti bahasa lain di Sarawak, Bahasa Melanau merupakan cabang dari keluarga Bahasa Austronesia atau bahasa Malayo-Polinesia. Bahasa Austronesia tersebar daripada keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China. Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek. Berikut adalah contoh- contoh perkataan Melanau:  pagi = Song, ,suab  Makan = Keman  Minum = Tuteng  Air = Nya'am, Anum  Siapa = Sai, Yai  Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan  Nama = Ngadan,Radan  Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin  Apa = Inou, Nau  Khabar = Dengah  Bagus = Da'au,Dao, diak  Bila = Pidan ,Paya  Siapa = Yai, sai  Kenapa = Inauhal,Wakno, minew  kamu = mo, kan ,ka'au  tidur = tudui,Tudoy,Tudoi
  • 9. 1.6 Jenis rumah dan kegiatan ekonomi Jenis rumah, kaum Melanau tinggal di dalam rumah tinggi. Rumah itu merupakan rumah tradisi masyarakat Melanau dahulu kala. Ia juga ketinggian 10m dan keatas daripada permukaan tanah. Biasanya rumah itu akan dibina dekat tepi sungai kerana ekonomi meraka yang menangkap hasil laut atau dibina berdekatan dengan pantai. Pada asalnya, struktur asas rumah panjang itu diperbuat daripada kayu belian dan atapnya pula menggunakan daun pokok sagu. Kegaitan ekonomi meraka yang mengutama ialah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah. Selain itu, ekonomi meraka juga ada penrusahaan sagu kaum ini. Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengarang. Dalam ekonomi Malaysia, Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesr di Malaysia. 1.7 Permainan Traditional Permainan Tradisi Melanau ialah TIBOW- The Giant Swing. Tibow yang sejenis permainan tradisi masyarakat Malanau yang sangat popular.Tibow ialah sejenis permainan buaian gergasi pula merupakan antara sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Permainan tradisi biasanya dimainkan sewaktu berlangsungnya Pesta Kaul yang merupakan festival unik dari etnik Melanau Sarawak yang dirayakan saban tahun dan merupakan antara acara tahunan di dalam kalendar pelancongan Sarawak Bumi Kenyalang.Pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang sampai larut malam. Mengenai permaian ini, dua tiang kayu yang masing-masing panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk membuat tiang Tibow dan semasa mengangkat tiang untuk mendirikan, pantun dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat' pantuan ini yang dibuat untuk dewa yang menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas- tugas mendirikan tiang itu.
  • 10. 2.0 Perancangan Dan Persediaan Perbentangan Guru daripada subjek Hubungan Etnik telah memperkenalkan projek yang perlu dilaksanakan iaitu persembahan yang mengikut kumpulan etnik masing- masing dengan menyampaikan imu pengetahuan tentang adat resam, seni tarian, permainan tradisional, makanan tradisional, pakaian tradisional, bahasa dan sebagainya kepada kawan-kawan lain di hadapan kelas. Pada masa itu, kami dikehendaki memilih kumpulan etnik Malaysia yang menarik dan disetujui oleh semua ahli kumpulan. Kami merupakan kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang dan kami telah memilih kumpulan etnik Melanau sebagai topik kami untuk dipersembahkan di depan orang ramai. Ketua kumpulan kami iaitu Ooi Kai Yang bertanggungjawab dalam membahagikan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan termasuk melayari internet untuk mengumpul maklumat yang mencukupi, bahan-bahan yang diperlukan dan yang lain lagi. Selepas itu, kami telah pergi ke kedai sewa pakaian di SS15 untuk mendapat pakaian tradisional orang Melanau. Tetapi, mereka tidak mempunyai pakaian tersebut disebabkan kurang orang ingin menyewanya. Kami telah pergi kedai lain di Kepong yang mempunyai pakaian orang Melanau yang amat serupa seterusnya. Kami telah menyewa pakaian tradisional orang Melanau bagi pihak lelaki dan perempuan yang berharga RM110 sewa untuk tiga hari sahaja. Pada masa itu, kami juga telah pergi ke Taman tasik Perdana untuk membuat sebuah video dokumentari yang mengenai adat resam dan seni tari Orang Melanau dengan memakai pakaian tersebut yang baru disewa. Dua ahli kumpulan kami telah dipilih untuk menjadi model pakaian dan direkod di dalam video tersebut. Ketua kami telah membuat satu model rumah tradisional orang Melanau bagi projek tersebut. Selain itu, kira-kira tiga orang ahli kumpulan telah membuat Powerpoint tentang keseluruhan orang Melanau supaya persembahan tersebut dapat difahami dengan teliti. Video yang telah direkod pula dikendali oleh salah seorang ahli kumpulan kami sebelum sehari persembahan bermula.
  • 11. 3.0 Jurnal Ahli Kumpulan JurnalLoh KhaiJhung 0318908 Pada peringkat awal projek ini, kami akhirnya mengambil keputusan untuk memilih etnik Melanau. Seperti biasa, kami bermula dengan menjalankan penyelidikan kami dengan melayari laman web. Kebanyakan informasi yang kita dapati ialah dari laman web. Dengan membaca setiap data yang kami terserempak, kita dapat mengkategorikan maklumat yang kami dapati kepada budaya dan adat resam, tarian traditional, makanan traditional, pakaian traditional, permainan traditional, bahasa, jenis rumah dan kegiatan ekonomi mereka. Selepas beberapa perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan saya, kami bersetuju membuat video dengan menggunakan teknik video documentary. Ahli kumpulan saya telah sewa pakaian traditional Orang Melanau, dan akhirnya saya dipilih sebagai model dan pelakon dalam video tersebut. Kami telah membuat video tentang process dan ciri-ciri perkahwinan Orang Melanau. Kami juga menari dalam video tersebut. Pada hari pembentangan, ahli kumpulan saya telah memberikan ucapan kepada semua murid dan cikgu dalam kelas.Walaupun saya bukan penceramah pada hari itu, tetapi saya sebagai ahli kumpulan telah membuat usaha mencatatkan semua maklum balas dari cikgu mahupun kawan-kawan kami. Dengan catatan ini, akhirnya saya dapat menyumbangkan sedikit kepada report yang terakhir.Projek kumpulan semestinya boleh dijalankan dengan baik kerana ada banyak ahli kumpulan yang dapat memudahkan tugas-tugas kami. Tetapi, kekurangan komunikasi dalam kumpulan telah menyusahkan projek ini bagi semua ahli-ahli kumpulan. Nasib baik akhirnya kami dapat mengatasi semua kesusahan yang kami temu. Itulah semuanya jurnal aku bagi projek ini.
  • 12. JurnalSIEW JOHN LOONG (0315871) Pada hari itu, kami berhimpun di university di Taylors’ University dan seterusnya, kami memandu ke destinasi tersebut, iaitu Taman Tasik Perdana. Yen Nee dan saya telah pergi mengambil daripada costume yang telah ditempah awal dan bertolak ke destinasi. Di Taman Tasik Perdana, ahli kumpulan yang bertanggungjawab untuk berlakon, iaitu Khai Jhung dan Chui Wern pun menukar pakaian. Apabila mereka memakai pakaian traditional Orang Melanau, mereka menjadi lebih bersemangat. Selepas itu, kami telah memilih sebuah pondok rumah sebagai tempat perlakonan. Di sana, kami telah berbincang tentang script sebelum berlakon. Setelah semua bersiap sedia, kami pun bermula untuk berlakon. Skript itu telah menceritakan cara perkahwinan dan cara tarian orang Melanau. Saya bertugas sebagai video recorder. Suara senyuman dan ketawa boleh didengar di seluruh proses perlakonan kerana Khai Jhung dan Chui Wern berlakon dengan aksi yang lucu. Kami tidak dapat menahan untuk ketawa. Walaupun hari itu sangat panas dan kami telah digigit nyamuk teruk sekali, kami tetap bekerjasama untuk menghabiskan dan menyempurnakan video itu. Setelah kira-kira 3 jam setengah, kami habis berlakon dan video itu telah siap dibuat. Khau Jhung dan Chui Wern menyalin baju mereka dan kami pulang dengan perasaan gembira. Kami berasa sangat letih, tetapi senyuman tetap dapat dilihat daripada muka kami.
  • 13. JurnalGoh Yen Nee (0315551) Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa projek yang perlu dilaksanakan dalam subjek Hubungan Etnik iaitu persembahan dan penbentangan berdasarkan kumpulan etnik yang dipilih. Pada masa itu, kami dalam kumpulan yang mempunyai tujuh orang ahli kumpulan telah berbincang tentang kumpulan etnik yang kami ingin pilih dan kami telah berputus untuk membuat satu perbentangan yang berkaitan dengan kumpulan Melanau bahawa orang Melanau mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu. Ketua kumpulan kami iaitu Ooi Kai Yang telah membahagikan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh setaip ahli kumpulan seperti mengumpul maklumat dari segi yang mengenai orang Melanau, membuat video, dan sebagainya. Kami telah pergi ke kedai sewa pakaian untuk menyewa pakaian tradisional orang Melanau untuk digunakan semasa membuat video di Taman Tasik Perdana. Harga sewa untuk kedua-dua pakaian iaitu bagi pihak lelaki dan perempuan ialah RM 110 untuk tiga hari sahaja. Selepas itu, kami telah pergi ke Taman tasik Perdana untuk membuat sebuah video dokumentari yang mengenai adat resam dan seni tari Orang Melanau. Kami berasa amat gembira semasa pembuatan video tersebut. Selain itu, kami juga telah membuat sebuah model rumah bagi pihak orang Melanau yang mereka tinggal. Pada hari sebelum penbentangan, kami telah membuat Powerpoint berdasarkan maklumat yang perlu disampaikan pada hari perbentangan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada kawan-kawan lain tentang Orang Melanau.
  • 14. JurnalChong ChuiWern (0321359) Pada permulaan projek ini, selepas lama berdebat, kami telah memilih Etnik Melana bagi projek ini. Kami telah mencari dan mendapat kebanyakkan infomasi dari laman web. Kami telah mengumpul dan membahagikan infomasi yang telah didapati kepada beberapa topic seperti makanan, pakaian, ekonomi, sejarah, budaya, adat-adat resam dan sebagainya. Selepas perbingancan, kami telah memilih until membuat pembentangan dan video dokumenteri. Kami pergi ke SS15 tetapi kedai sewa baju di sana tidak ada pakaian tradisional Melanau. Kami pun cari internet bagi mencari tempat sewa baju yang lain. Akhirnya, pakaian dapat disewa di sebuah kedai di Kepong. Kami sewa satu pasang baju, lelaki dan perempuan, bagi membuat video kami. Kami pun membahagikan kos sewa dengan sama rata. Kami membuat video tentang perkahwinan etnik melanau dan juga sikit tentang tarian mereka. Dalam video itu, saya dipilih untuk manjadi pelakon dalam video itu. Pada akhir video itu, kami pun cuba menari tarian tradisional melanau. Video itu dibentang bersama dengan penbentangan slides. Saya tidak membentangkan slides pada hari itu. Setiap ahli kumpulan melaksanakan tanggungjawab yang dibahagikan dengan sempurna, oleh sebab itu kami dapat menghabiskan projek ini secara lancer. Saya berasa lega kerana dapat menghabiskan video dan pembentangan dengan lancer kerana kumpulan kami merupakan kumpulan ketiga untuk membentang, iaitu pada hari pertama. Oleh itu, masa kami bagi membuat penyediaan amat singkat
  • 15. JurnalOoi Kai Yang (0315663) Pada peringkat awal projek ini, kumpulan kami telah memilih etika orang melanau. Selepas itu, kami menguna laman web untuk bermula dengan menjalankan penyelidikan dengan informasi etika melanau. Selepas mencari informasi, kami dapat banyak informasi mengenai etnik melanau dan kami dapat mengkategorikan maklumat yang kami dapati kepada budaya dan adat resam, tarian traditional, makanan traditional, pakaian traditional, permainan traditional, Bahasa, jenis rumah dan kegiatan ekonomi etnik melanau. Selepas perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan, kami memutuskan mengguna video dan power point slide untuk membuat presentation kita. Video yang kami buat ialah video documentary tentang adat resam perkahwinan mereka. Pada 9 of may 2015, kami membuat video dekat taman tasik perdana dan ahli kumpulan Loh Khai Jung dan Chong Chui Wern sewa pakaian dan mejadi model dan menari tarian traditional dalam video tersebut. Pada hari pembentangan, ahli kumpulan saya telah memberikan ucapan kepada semua murid dan cikgu dalam kelas. Semasa projek ini, projek ini boleh dijalankan dengan baik kerana kumpulan kami ada membuat tugas-tugas kami. Selain itu, pengurusan masa juga penting dalam kumpulan sebab kurang itu aksn menyusahkan projek ini. Akhirya, kami semua menyelesaikan kesusahan dan lengkap projek ini.
  • 16. JurnalNicholas Lee Ngang Kim (0320504) Pada hari pertama, kumpulan kami berhimpun di Taylor’s University Lakeside Campus yang dibincangkan sebelum ini. Kemudian, John yang memandu kereta membawa kami ke destinasi tersebut, iaitu Taman Tasik Perdana. Kami pergi ke tempat itu untuk merekod video. Di samping itu, John danYen Nee pun pergi mengambil costume yang telah ditempah awal sebelum bertolak ke destinasi. Apabila kumpulan kami berada di Taman Tasik Perdana, kami bertanggungjabwar membuat kerka kami, iaitu berlakon, Khai Jhung dan Chui Wern menukar pakaian untuk video tersebut. Mereka disebut untuk memakai pakaian traditional Orang Melanau. Selepas itu, kami memilih sebuah pondok rumah untu perlakonan. Kami berasa tempat itu adalah satu tempat yang mempunyai suasana yang baik. Seterusnya, kami berbincang tentang script bersama-sama sebelum berlakon. Selepas membuat semua persedian, kami pun bermula berlakon. Skript itu adalah menceritakan cara perkahwinan dan cara tarian orang Melanau. Saya mengambil jawatan yang menentukan isi-isi mereka supaya tak salah sebeb saya yang membuat pembentangan dalam kelas selepas ini. Cuaca hari itu adalah sangat panas. Sekira 3 jam setangah, kami pun balik. Selepas itu, saya harus mengumpulkan semua data dari Internat, dan membuat slide pembentangan. Bukan sahaja itu, saya harus menghafarkan isi-isi penting dan juga membuat pembentangan di depan kelas. Saya berasa sangat takut apabila membuat pembentangan di depan kelas sebab itu adalah kali pertama.
  • 17. JurnalLee Yen Chei (0320568) Tutor kami, iaitu Encik Serit Bayan telah memberi satu projek yang berkaitan dengan etnik- etnik di Malaysia kepada kami. Dalam projek ini, kami hendaklah menubuhkan kumpulan sendiri daripada pelajar- pelajar yang mengambil subjek ini, iaitu Hubungan Etnik. Kumpulan saya terdiri daripada 7 orang iaitu Loh khai Jhung, Chong Chui Wern, Crysmond Goh, John Siew, Nicholas Lee, Ooi Kai Yang dan saya sendiri. Ooi Kai Yang telah dipilih oleh kami sebagai ketua kumpulan. Kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih Etnik Melanau melalui perbincangan ahli-ahli kumpulan. Bagi Projek ini, kami telah membentangkan tajuk kami kepada beberapa bahagian.iaitu budaya dan adat resam, tarian traditional, makanan traditional, pakaian traditional, permainan traditional, bahasa, jenis rumah dan kegiatan ekonomi mereka. Kebanyakan informasi yang kita dapati ialah dari laman web. Kami ingin menunjukkan etnik Melanau melalui video dokumenteri dan pertunjukkan powerpoint. Untuk membuat video sendiri, kami perlu sewa pakaian tradisional Melanau. Ahli kumpulan saya telah mencari tempat sewa baju melalui internet. Akhirnya, pakaian dapat disewa di sebuah kedai di Kepong. Kami sewa satu pasang baju, lelaki dan perempuan, bagi membuat video kami. Video kami telah menunjukkan ciri-ciri perkahwinan etnik melanau dan juga sikit tentang tarian tradisional mereka. Pelakon- pelakon bagi video ini ialah Ahli kumpulan saya, iaitu Khai Jhung, Chui Wern, dan Kai Yang. Selain itu, Crysmond ialah narrator dan John ialah perakam video. Saya tidak ada menyertai perakaman video ini. Saya bertanggungjawab untuk membuat slides yang dibentangkan semasa hari pembentangan kami di universiti. Pada hari pembentangan, ahli kumpulan saya, Nicholas merupakan petutur bagi kumpulan kami. Selain daripada persembahan video dan Slide powerpoint kami, kami juga telah menunjukkan mimik Rumah tinggi yang dibuat oleh kami sendiri. Rumah tinggi itu merupakan tempat tinggal tradisional orang Melanau. Saya berasa gembira kerana dapat menyediakan video dan pembentangan kami dalam masa yang singkat. kerana kumpulan kami merupakan kumpulan ketiga untuk membentang, iaitu pada hari pertama. Projek kami dijalankan dengan lancar atas kerjasama daripada semua ahli kumpulan.
  • 18. 4.0 Cadangan Selepas penyampaian kami, beberapa kelemahan daripada kumpulan kami telah dilihat dan boleh diubah supaya dalam menyampaikan penyampaian yang lebih baik pada masa depan. Dengan melihat dan mendengar penyampaian kumpulan lain dengan teliti, kami juga dapati beberapa idea yang boleh dimasukkan ke dalam penyampaian kami. Walaupun penyampaian kami dijalankan dengan lancer, tetapi sebagai pelajar yang bersemangat baik dan bersemangat untuk membelajari ilmu yang baru, selalu berperasaan tidak cukup boleh melahir ruang untuk meningkatkan diri kita. Kelemahan yang perlu dibaiki daripada perbentangan ini termasuk : 1) Saiz tulisan dalam PowerPoint boleh diperbesarkan supaya penonton dalam membaca informasi yang kami sediakan dengan baik. 2) maklumat dalam PowerPoint boleh dipendekkan supaya PowerPoint tidak mempunyai terlalu banyak informasi yang menggangukan 3) jumlah penceramah boleh ditambah supaya mereka dapat bekerjasama untuk menyampaikan ucapan yang lebih baik 4) warna background dan tulisan yang digunakan dalam PowerPoint perlulah mendapat contrast yang bagus supaya penonton dalam lihat 5) boleh menyediakan tarian traditional Melanau untuk dibentangkan pada hari pembentangan 6) makanan traditional boleh disediakan untuk diedarkan dalam kelas untuk menlahirkan atmosfera yang lebih baik 7) Latihan boleh dijalankan sebelum hari penyampaian untuk melatih penceramah supaya mereka lebih yakin semasa cakap 8) Sebelum penyampaian dimulakan, kami juga boleh sampai ke kelas lebih awal untuk menbuat persediaan yang terakhir.
  • 19. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, banyak ilmu pengetahuan telah kami perlajari daripada assignment tersebut, iaitu document (Powerpoint) dan video perlakonan. Kami telah mengetahui tentang budaya Orang Melanau dari segi seni tarian, perkahwinan, adat resam perkahwinan, makanan, permainan, pakaian, dan sebagainya. Pada masa yang sama, kami juga telah mempelajari budaya dan bahasa orang Melanau. Ini memudahkan kami untuk berkomunikasi dengan mereka kalau kami bertemu dengan mereka. Selain itu, rumah orang Melanau yang tradisional juga mempunyai persamaan dengan rumah papan dan mereka tinggal sekeluarga di dalam rumah tersebut. Bagi makanan orang Melanau, kami tidak mempunyai peluang untuk menikmati makanan orang Melanau kerana kami tidak dapat mencari makanan di Semenanjung Malaysia. Akan tetapi, kami dapat melihat gambar-gambar makanan orang Melanau daripada layaran Internet dan makanan tersebut kelihatan sangat sedap. Keseluruhannya, kami berasa amat gembira dan syukur kerana kami berpeluang untuk memahami dan menambah ilmu pengetahuan tentang budaya orang Melanau. Ini telah membantu kami untuk menguatkan ilmu pengetahuan tentang kaum lain dan ini juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
  • 20. 6.0 Rujukan 1. Adat Dan Budaya Etnik Di Malaysia. (n.d.). Retrieved June 2, 2015, from http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-melanau.html 2. Melanau. (n.d.). Retrieved June 3, 2015, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau 3. BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUM MELANAU. (2012, August 8). Retrieved June 3, 2015, from https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budaya-dan-adat- resam-kaum-melanau/ 4. . (n.d.). Retrieved June 5, 2015, from http://sueshanizam.blogspot.com/2008/12/asal-usul-melanau.html 5. Tarikan Di Negeri Sarawak: PERAYAAN PESTA KAUL MELANAU. (n.d.). Retrieved June 5, 2015, from http://afifbolhan.blogspot.com/2013/07/perayaan-pesta-kaul-melanau.html 6. Makanan Tradisi Masyarakat Melanau di Sarawak. (n.d.). Retrieved June 6, 2015, from http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/04/makanan-tradisi- masyarakat-melanau-di.html 7. Melanau Community. (2014, April 20). Retrieved June 6, 2015, from https://sarawakculturalvillage.wordpress.com/2014/04/21/melanau- community/
  • 22.
  • 23.