Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
AHLI KUMPULAN :   MOHD LATIF BIN LATIF                  JAMILI BIN SUMPO                  MOHD. YASSER BIN AMIRKASAN      ...
*Cabaran Pembinaan Negara Bangsa-Peranan dan fungsi Institusi Keluarga dalam pemodenan-Ledakkan teknologi maklumat dan kes...
   Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi    sebuah negara yang berbilang kaum dan    agama seperti Malaysia. Keupayaa...
   “...membentuk sebuah negara yang bersatu    padu serta menyanjung masa hadapan yang    dikongsi bersama. Bangsa itu me...
   Lingua Franca – bahasa yang dikongsi    bersama oleh rakyat dalam perhubungan    rasmi dan kehidupan bermasyarakat.  ...
   Patriotisme – merupakan perasaan cintakan    tanah air yang mendalam berasaskan    kesedaran seseorang terhadap    kew...
   Bagaimana menyatukan masyarakat dari segi    wilayah-wilayah yang terpisah oleh faktor-    faktor geografi.   Proses ...
   ibu bapa mestilah menyediakan kekuatan jati    diri dan akhlak kepada anak-anak.   Biarlah proses globalisasi yang di...
   Ledakan TM. mudah mempengaruhi perasaan    dan sensitiviti masyarakat   Budaya ganas, tidak berterima kasih, tidak   ...
   Setiap pihak dan pelbagai golongan disiplin    ilmu perlu mengambil tanggungjawab dalam    proses pemuliharaan dan pen...
   lestari > kekal, tidak berubah   melestarikan > mengekalkan, menetapkan   pelestarian > perlindungan daripada kemusn...
   Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang    menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi    perhubungan manusia ...
   Satu proses untuk meletakkan dunia dibawah    satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh    sempadan dan kedudukan geogra...
   Perkembangan ini memungkinkan    perhubungan diantara sesebuah negara    dengan negara yang lain dan perhubungan    se...
   Barat dan dikatakan telah mendominasi dunia dari    semua aspek iaitu ekonomi, politik, sosial dan    teknologi.   me...
   Perusahaan multinasional atau PMN adalah    perusahaan yang berusaha di banyak negara;    perusahaan ini biasanya sang...
   E-learning mencakupi pembelajaran jarak jauh secara    maya   E-learning di negara kita lebih terarah kepada    pembe...
   Terdapat banyak definisi tentang K-ekonomi,    semuanya berkisar kepada ekonomi yang    berasaskan pengeluaran,pengeda...
Di antara sebab-sebab Malaysia membangunkan  K-ekonomi adalah: Memastikan negara berupaya bersaing di  peringkat global....
   Blog-penulisan    peribadi,pendapat,komen,perkongsian ilmu   Twitter-Laman sosial,perkongsian    komentar,pendapat,ma...
1.http://negara-bangsa.blogspot.com/2.http://www.maele.net/articles/ekom2005/Paper/Mohd%20Im  ran.pdf3.http://www.emelaka....
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Cabrn pmbinaan ngara bgsa

2,175 views

Published on

  • I think you need a perfect and 100% unique academic essays papers have a look once this site i hope you will get valuable papers, ⇒ www.HelpWriting.net ⇐
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • I pasted a website that might be helpful to you: ⇒ www.WritePaper.info ⇐ Good luck!
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

Cabrn pmbinaan ngara bgsa

  1. 1. AHLI KUMPULAN : MOHD LATIF BIN LATIF JAMILI BIN SUMPO MOHD. YASSER BIN AMIRKASAN http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  2. 2. *Cabaran Pembinaan Negara Bangsa-Peranan dan fungsi Institusi Keluarga dalam pemodenan-Ledakkan teknologi maklumat dan kesan terhadap kebudayaan tempatan-Kesedaran persekitaran-Pendidikan Lestari*Cabaran globalisasi-Konsep dunia tanpa sempadan-Peranan kuasa besar dan perkembangan ideologi orde baru-Persaingan syarikat Multinasional-E-Learning-K-Ekonomi (knowledge economy)- Media baru-Blog,FB,Twitter http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  3. 3.  Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  4. 4.  “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991) http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  5. 5.  Lingua Franca – bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Integrasi – merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan-kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Kewarganegaraan – membentuk identiti rakyat dalam negara. Semangat bersatu padu dan rasa kesepunyaan dalam budaya, pendidikan, bahasa, ekonomi dan politik boleh menyatupadukan rakyat. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  6. 6.  Patriotisme – merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Demokrasi – merupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  7. 7.  Bagaimana menyatukan masyarakat dari segi wilayah-wilayah yang terpisah oleh faktor- faktor geografi. Proses mengintegrasi Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan kerjasama dan keharmonian hidup akan mempercepatkan proses pembentukan negara-bangsa. Secara umumnya, wilayah-wilayah ini mempunyai persepsi dan cadangan masing- masing terhadap identiti negara-bangsa Malaysia yang akan dibentuk. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  8. 8.  ibu bapa mestilah menyediakan kekuatan jati diri dan akhlak kepada anak-anak. Biarlah proses globalisasi yang dikehendaki adalah mengikut acuan kita sendiri dan berlaku mengikut kehendak kita Budaya Melayu dan tamadun Islam seharusnya menjadi landasan,Sebagai benteng yang kuat dalam apa juga kegiatan baik politik, budaya dan ekonomi Budi bahasa dan akhlak mulia yang diwarisi sejak turun-temurun yang menjadi ikutan http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  9. 9.  Ledakan TM. mudah mempengaruhi perasaan dan sensitiviti masyarakat Budaya ganas, tidak berterima kasih, tidak bersyukur sering meresap melalui proses sebaran maklumat dalam internet Perlakuan cara berpakaian, cara bercakap, cara bertindak ,kebanyakan menunjukkan ciri kesejagatan yang dipengaruhi ideologi dari luar Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya,pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  10. 10.  Setiap pihak dan pelbagai golongan disiplin ilmu perlu mengambil tanggungjawab dalam proses pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar Kesedaran terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar seharusnya terbentuk dalam setiap jiwa insan Ini kerana manusia sendiri mendiami alam dan alam adalah kediaman kita http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  11. 11.  lestari > kekal, tidak berubah melestarikan > mengekalkan, menetapkan pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan kelestarian > keadaan yang tidak berubah PENDIDIKAN LESTARI” ialah pendidikan yang mencari keseimbangan di antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi. Pendidikan untuk pembangunan lestari adalah luas dan menuntut usaha sepanjang hayat yang mencabar individu, institusi dan masyarakat untuk melihat hari esok sebagai kepunyaan kita bersama. Justeru, ia adalah pembelajaran yang diperlukan oleh manusia untuk membaiki dan mengekalkan kualiti kehidupan sekarang dan generasi akan datang. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  12. 12.  Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manusia mudah mendapat maklumat dan sukar menapis unsur negatif yang meresap dalam hati dan minda. Beberapa istilah seperti “dunia tanpa sempadan” dan “langit terbuka” menjadikan seperti perdagangan; pengembangan kuasa politik dan ekonomi ke arah pengembangan peradaban. Proses globalisasi sekarang sangat pantas meresap dalam pemikiran dan gaya hidup. Apa yang jelas yang menjadi tabiat kepada manusia, adalah perkara buruk mudah menjadi ikutan. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  13. 13.  Satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara. Dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  14. 14.  Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  15. 15.  Barat dan dikatakan telah mendominasi dunia dari semua aspek iaitu ekonomi, politik, sosial dan teknologi. mempunyai kebaikan dan keburukannya. membantu kita memahami transformasi masyarakat dunia dengan menarik perhatian kita kepada perubahan asas yang sedang berlaku . kuasa besar sebagai saluran dalam melebarkan ideologi baru. Negara sebagai negara sedang membangun harus bersaing dalam era globalisasi masa kini yang amat pantas. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  16. 16.  Perusahaan multinasional atau PMN adalah perusahaan yang berusaha di banyak negara; perusahaan ini biasanya sangat besar. Perusahaan seperti ini memiliki pejabat- pejabat, kilang atau pejabat cabang di banyak negara. Mereka biasanya memiliki sebuah pejabat pusat di mana mereka mengkoordinasi pengurusan global. Perusahaan multinasional pertama muncul pada 1602 iaitu Perusahaan Hindia Timur Belanda http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  17. 17.  E-learning mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama Universiti-universiti luar negara. Contoh; Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL ( Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh) Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000.Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya Contoh kelas maya yang terdapat di Amerika Syarikat ialah seperti California State University yang menawarkan program sijil perguaman kepada pemohon-pemohon yang berkelulusa ijazah dan lulus dalam Carlifonia Basic Education Skills Test (CBEST). http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  18. 18.  Terdapat banyak definisi tentang K-ekonomi, semuanya berkisar kepada ekonomi yang berasaskan pengeluaran,pengedaran dan guna pakai pengetahuan, yang merupakan jentera pertumbuhan dan penjanaan kekayaan. Dalam konteks Malaysia, ia boleh ditafsirkan sebagai ekonomi di mana pengetahuan, kreativiti dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam menjana dan memapankan pertumbuhan sesuatu bidang ekonomi. Secara dasarnya, K-Ekonomi adalah satu cabang ekonomi yang berasaskan pengetahuan. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  19. 19. Di antara sebab-sebab Malaysia membangunkan K-ekonomi adalah: Memastikan negara berupaya bersaing di peringkat global. Persaingan luar semakin meningkat Aktiviti globalisasi dan liberalisasi telah merangsang Malaysia untuk mencari produk dan perkhidmatan baru yang mampu bersaing di peringkat pasaran global http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  20. 20.  Blog-penulisan peribadi,pendapat,komen,perkongsian ilmu Twitter-Laman sosial,perkongsian komentar,pendapat,maklumat terkini F,B.-Laman sosial,pentas berkongsi pelbagai maklumat,terkini dan amat hangat dalam pasaran ketika ini. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
  21. 21. 1.http://negara-bangsa.blogspot.com/2.http://www.maele.net/articles/ekom2005/Paper/Mohd%20Im ran.pdf3.http://www.emelaka.gov.my/bm/index.php/k-ekonomi4.http://www.aspirasidigital.net.my/buletin/buletin8.pdf5.http://i-epistemology.net/attachments/1127_jp-v9n2- %20K- Ekonomi%20di%20Malaysia%20dan%20Masa%20Depannya%20 -%20W%20Sulaiman%20W%20Yusoff.pdf6.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/conte nt/article/94-perisian/303-elearning-kaedah-pembelajaran- yang-berkesan.html7.http://www.prestariang.com.my/ictindustryinfo/download.ph p?id=74&rid=39 http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

×