SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
Download to read offline
1

PEMBERITAHUAN
Hakcipta Terpelihara © daripada BelajarGitar.com dan penulis. Tiada
bahagian di dalam ebook ini yang boleh di tiru sama ada sebahagian atau
secara penuh. Ini bukan ebook percuma. Ebook ini hanya boleh di dapati di
laman web www.belajargitar.com, jika anda memperolehinya daripada
sumber lain bermaksud ianya tidak sah.
Ebook ini adalah untuk penggunaan sendirian sahaja. Anda
dibenarkan menjual atau mengedarkan ebook ini sama ada secara
atau cetakan tanpa kebenaran daripada penulis. Sebarang cubaan
menjual, mengedar, meniru atau mengubah isi kandungan di dalam
ini adalah salah di sisi undang-undang dan agama.

tidak
digital
untuk
ebook

Isi kandungan ebook ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan
kajian yang dilakukan. Tiada jaminan yang dapat kami berikan kepada
anda kerana setiap keputusan mungkin berbeza berdasarkan dedikasi,
keinginan dan kesungguhan anda untuk bermain gitar.

Isi kandungan buku ini bermula pada mukasurat seterusnya

Copyright © www.BelajarGitar.com
2

Isi Kandungan
Pendahuluan.............................................................................3
Bab 1: Pengenalan....................................................................5
1.1 Peralatan Yang Diperlukan..............................................6
1.2 Bahagian-Bahagian Pada Gitar........................................9
1.3 Neck Gitar..................................................................10
1.4 Tali Gitar Anda............................................................11
1.5 Bagaimana Memilih Gitar Anda......................................12
1.6 5 Kesalahan Utama “Newbie”........................................14
1.7 “Kecederaan” Semasa Bermain Gitar..............................16
1.8 Soalan Lazim Dari Newbie.............................................17
1.9 Cara Menggunakan Panduan.........................................19
Bab 2: Asas Bermain Gitar......................................................20
2.1 Cara Memegang Pick....................................................20
2.2 Pengenalan Kepada Kord..............................................22
2.3 Pengenalan Kepada Strum............................................25
Bab 3: Bermain Kord Asas.......................................................27
3.1 Kord Asas 1................................................................27
3.2 Kord Asas 2................................................................31
3.3 Kord Asas 3................................................................35
3.4 Kord Asas 4................................................................39
3.5 Kord Asas 5................................................................43
3.6 Ada Berapa Jenis Kord?................................................49
Bab 4: Strumming...................................................................50
4.1 Corak Strum...............................................................51
Bab 5: Scaling/Lead................................................................54
Bab 6: Latihan Jari..................................................................56
6.1 Latihan Kekuatan Jari...................................................56
6.2 Latihan Menukar Kord Dengan Cepat..............................60
Penutup..................................................................................62

Copyright © www.BelajarGitar.com
3

Pendahuluan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membeli panduan ini.
Saya juga sebelum ini seperti anda, mencari-cari panduan yang boleh membantu
saya bermain gitar dengan mudah. Cemburu juga rasanya apabila saya melihat
kawan-kawan dapat bermain gitar, apa sahaja lagu dapat dimainkan mereka tanpa
perlu bersusah payah. Tanpa membuang masa saya pun mula cari panduan di kedaikedai buku.

Kebanyakkan panduan yang saya baca lebih menekankan kepada perkara teknikal
bermain gitar yang sukar difahami.

Saya tidak berminat untuk tahu pasal aspek

teknikal bermain gitar. Apa yang saya inginkan adalah satu panduan yang mudah
agar saya dapat bermain lagu yang saya gemari, itu sahaja. Selepas berapa lama
cuba mempelajari gitar melalui buku-buku “tebal” saya mula sedari ini bukanlah cara
terbaik untuk bermain gitar.

Jangan salah anggap pula. Saya tidak bermaksud mengatakan panduan saya ini
lebih baik daripada buku-buku yang terdapat di luar sana. Cuma apa yang saya ingin
katakan adalah oleh kerana buku-buku diluar sana lebih “padat” membuatkan anda
mudah hilang fokus kerana information overload.

Anda akan terkejut betapa mudahnya untuk bermain gitar dengan panduan yang
akan saya berikan. Saya tidak akan menerangkan tentang sesuatu yang dapat
mengganggu konsentrasi anda bermain gitar. Apa yang saya berikan adalah straight

Copyright © www.BelajarGitar.com
4

to the point dengan satu fokus; selepas anda habis mengikuti panduan ini anda akan
mahir bermain lagu kegemaran anda dengan mudah.

Melalui panduan ini saya akan terangkan cara-cara mudah untuk anda mahir
bermain gitar. Saya juga akan terangkan bagaimana anda boleh mainkan lagu
kegemaran anda dengan singkat. Anda tidak perlu risau kerana saya tidak akan
menerangkan aspek teknikal. Saya hanya akan berikan langkah demi langkah yang
jelas, terang dan senang difahami agar apa yang anda pelajari dapat dipraktikkan
dengan mudah.

Di harap anda mendapat manfaat melalui panduan ini. Akhir sekali terima kasih
sekali lagi kerana membuat pelaburan dalam menambahkan satu lagi kemahiran
dalam hidup anda, iaitu kemahiran bermain gitar. Selamat belajar!

Tengku Nuruddeen & Shamsul Bahari
Pengasas mykord.com

Copyright © www.BelajarGitar.com
5

Bab 1: Pengenalan
Bermain gitar merupakan satu kemahiran yang menarik untuk dimiliki. Ianya boleh
dimainkan dimana sahaja dan boleh dibawa kemana-mana dengan mudah. Tidak
lupa juga ianya sangat menarik perhatian wanita (atau lelaki).

Mengikut survey yang dibuat di internet, kebanyakkan wanita menganggap lelaki
yang pandai bermain gitar adalah seksi dan romatik manakala Lelaki pula
mengganggap wanita yang pandai bermain gitar sebagai seorang yang lemah lembut
atau manja!

Gitar merupakan sebuah instrumen musik yang popular di serata dunia. Ianya juga
merupakan sebuah instrumen yang sangat versetile kerana ianya sesuai dimainkan
untuk pelbagai jenis genre musik seperti rock, balada, jazz malahan hip hop.

Anda mungkin berminat mempelajari gitar untuk memainkan lagu kegemaran anda,
ataupun mungkin juga anda berminat bermain gitar untuk menulis lagu anda sendiri
(atau untuk memikat awek). Walau apapun tujuan anda, gitar merupakan instrumen
yang hebat dan sesuai untuk anda.

Seperti instrumen yang lain, untuk mempelajari seni bermain gitar memerlukan
latihan yang kerap, ketekunan dan kesabaran. Bermain gitar boleh memberikan
anda kepuasan yang berpanjangan jika anda betul-betul tekun berlatih, malahan
ianya juga boleh menjadi sesuatu kelebihan yang istimewa buat anda.

Copyright © www.BelajarGitar.com
6

Sebelum kita mulakan dengan penerangan bagaimana untuk bermain gitar, mari kita
lihat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda belajar bermain gitar.

1.1 Peralatan Yang Diperlukan
1.1.1 Gitar
Sudah tentulah anda perlukan sebuah gitar. Gitar ada bermacam jenis seperti
akustik, klasikal, elektrik dan sebagainya. Mungkin anda lebih berminat bermain lagu
klasikal atau rock, tetapi sebagai permulaan saya syorkan anda membeli Gitar
Akustik enam tali kerana ianya sesuai untuk mereka yang baru ingin belajar bermain
gitar.

Gitar Acoustic Takamine EG541SSC

Untuk permulaan anda tidak perlu membeli gitar yang mahal. Memadai dengan gitar
jenama “Kapok” atau “Rhythm” yang kualitinya boleh tahan dengan harga serendah
RM100. Ketika saya mula bermain saya hanya menggunakan sebuah gitar kapok.
Ianya

lebih

mudah

untuk

di

mainkan

kerana

gitar

jenama

ini

selalunya

menggunakan tali nylon yang lembut. Walaupun sekarang saya sudah mempunyai
gitar yang lebih berjenama tetapi saya lebih suka bermain gitar kapok kerana ianya

Copyright © www.BelajarGitar.com
7

ringan dan tahan lasak. Di dalam tajuk yang akan datang saya akan ajarkan
bagaimana anda dapat memilih gitar pertama anda.

1.1.2 Pick
Pick

merupakan

satu

alat

yang

penting

dalam

bermain

gitar.

Anda

boleh

menggunakan kuku anda untuk strumming dan petik gitar anda tetapi dengan
menggunakan pick bunyi yang dihasilkan adalah lebih jelas dan kuat. Ianya juga
boleh membantu anda mendapatkan bunyi yang sekata.

Jim Dunlop Plectrums

Tips memilih pick
Memilih pick yang betul adalah penting dalam bermain gitar. Ketebalan pick
memainkan faktor dalam penghasilan bunyi yang dikehendaki. Pick mempunyai
pelbagai saiz dan bentuk, jadi bagaimanakah caranya untuk memilih pick yang
benar-benar sesuai dengan anda? Sebuah pick yang nipis sesuai untuk mereka yang
ingin bermain secara strum manakala pick yang tebal lebih sesuai untuk mereka
yang bermain lead dan single note.

Copyright © www.BelajarGitar.com
8

1.1.3 Tuner
Tuner bukanlah satu keperluan kerana ada beberapa cara lain yang boleh anda
gunakan untuk tune sendiri gitar anda, tetapi jikalau gitar anda tidak ditune dengan
baik pasti sumbang bunyinya. Bayangkan ketika anda ingin membuat persembahan
dan gitar anda pula out of tune, tentu malu besar anda!

Ada pelbagai cara untuk tune gitar secara manual tetapi jikalau anda ingin cara yang
mudah anda boleh gunakan guitar tuner untuk mendapatkan bunyi yang tepat dan
sekata. Sebagai alternatif anda juga boleh dapatkan guitar tuner online percuma di
laman web www.mykord.com dan klik pada “Online Guitar Tuner”.

Korg GA30 Tuner

Tips: Untuk mengetahui dengan lebih lajut bagaimana untuk tune gitar anda
sendiri sila lihat bonus yang di berikan

Copyright © www.BelajarGitar.com
9

1.2 Bahagian-Bahagian Pada Gitar
Bahagian-bahagian pada gitar penting untuk anda tahu. Janganlah kerana anda tidak
tahu orang gelakkan anda pula. Disamping itu ianya juga penting untuk mempelajari
teknik bermain gitar yang saya akan terangkan sebentar lagi. Antara bahagianbahagian utama gitar adalah head, neck dan body. Berikut merupakan bahagianbahagian yang terdapat pada sebuah gitar;

Bahagian pada gitar

Copyright © www.BelajarGitar.com
10

1.3 Neck Gitar

Cuba lihat pada neck gitar anda. Anda akan lihat pada neck gitar tersebut akan
terdapat pembahagi-pembahagi di sepanjang neck tersebut. Pembahagi-pembahagi
itu ada yang diperbuat daripada besi dan ada juga yang diperbuat daripada plastik.
Pembahagi-pembahagi yang saya maksudkan itu di panggil Fret. Ruangan diantara
pembahagi itu, di antara Nut dengan pembahagi pertama dipanggil First Fret (Fret
Pertama) dan yang disebelahnya dipanggil Second Fret (Fret kedua) dan seterusnya.
Sebuah gitar akustik atau classical selalunya mempunyai 19 fret manakala gitar
elektrik pula boleh sampai kepada 21 hingga 24 atau lebih (sebuah jenama gitar,
Ibanez dikatakan mengeluarkan gitar elektrik 36 fret!).

Copyright © www.BelajarGitar.com
11

1.4 Tali Gitar Anda

Gitar enam tali mempunyai tali-tali yang disusun mengikut ketebalan khas iaitu tali
E, A, D, G, B dan E. Tali E pertama pada gitar anda adalah yang paling nipis iaitu
yang paling bawah dan semakin menebal sehingga ke tali E anda yang terakhir iaitu
tali yang paling tebal.

Copyright © www.BelajarGitar.com
12

1.5 Bagaimana Memilih Gitar Pertama Anda
Membeli gitar buat pertama kali mungkin boleh menyebabkan anda berasa segan
atau malu lebih-lebih lagi apabila memasuki kedai gitar yang berjenama. Anda
mungkin masih “blur” dan tidak tahu bagaimana memilih gitar yang sesuai dengan
anda. Di dalam tajuk kali ini saya akan membincangkan tentang bagaimana anda
dapat memilih gitar yang sesuai dengan anda.

Jikalau anda ingin membeli gitar anda perlulah tahu serba sedikit bagaimana untuk
memilih gitar kerana ianya merupakan suatu pelaburan yang besar. Sama ada anda
ingin membeli gitar pertama anda, naik taraf atau menambah koleksi anda, perkara
pertama yang anda perlu lakukan adalah membuat kajian mengenai gitar yang anda
ingini.

Mencuba gitar yang ingin dibeli buat pertama kali mungkin membuatkan seorang
merasa malu, tetapi perlu diingat, anda di kedai gitar bukanlah untuk menunjukkan
skill anda, tetapi anda di sana adalah untuk memastikan apa yang anda dapat
berbaloi dengan apa yang anda belanjakan. Berikut merupakan beberapa tips yang
anda boleh gunakan untuk memilih gitar anda:

1. Pilih gitar yang mudah dimainkan, dapat di tune dengan baik dan
menghasilkan intonasi serta bunyi yang “kaya” dan sedap didengar. Cuba
petik gitar anda dan dengarkan tone yang dihasilkan.

Copyright © www.BelajarGitar.com
13

2. Pilih gitar yang sesuai dengan saiz anda, lebih-lebih lagi jika anda bersaiz
kecil. Gitar yang besar menyebabkan kesukaran untuk bermain dan mungkin
menyakitkan.
3. Pilih sama ada anda ingin bermain gitar bertali besi atau nylon. Tali nylon
adalah

lebih

lembut

dan

tidak

terlalu

menyakitkan

jari

anda.

Saya

mengesyorkan tali nylon sebagai permulaan.
4. Pilihlah gitar yang paling anda minati dengan warna dan corak yang anda
suka, ia mungkin boleh memberikan inspirasi kepada anda untuk berlatih.
5. Jangan terlalu memilih gitar yang berjenama. Sebagai permulaan, cuba pilih
gitar-gitar lain yang kurang berjenama, kerana ia mungkin lebih baik untuk
newbie. Apabila anda sudah mahir anda bolehlah menaik taraf gitar anda
kepada yang lebih baik.
6. Lihat kepada kualiti penghasilan gitar, periksa jika ada kecacatan akibat dari
kecuaian. Cuba tune gitar anda dan pastikan tuner tersebut dapat di tune
dengan mudah.
7. Jangan beli gitar yang terlalu murah yang tidak masuk akal. Jika ianya
terlalu murah, mungkin ada masalah pada gitar tersebut dan disebabkan itu,
ianya tidak mendapat sambutan. Selalunya pekedai akan mengurangkan
harga untuk menghabiskan stok-stok lama yang orang tak mahu (tak laku).

Maklumat diatas merupakan serba sedikit berkenaan cara memilih gitar pertama
anda yang anda boleh ikuti. Anda juga boleh bertanya kepada pekedai tersebut
berkenaan gitar yang anda mahukan. Apa yang penting, anda tidak perlu malu untuk
memilih gitar yang benar-benar anda minati dan selesa.

Copyright © www.BelajarGitar.com
14

1.6 5 Kesalahan Utama “Newbie”
Perkataan “newbie” adalah merujuk kepada mereka yang baru dalam sesuatu
bidang. Sebagai seorang newbie seseorang itu akan cenderung melakukan kesilapan
sama ada sengaja ataupun tidak. Mari kita lihat beberapa kesalahan utama yang
selalu dilakukan oleh seorang newbie;

1. Cepat berputus asa:
Memang sukar untuk kita mempelajari sesuatu yang baru tetapi janganlah itu
dijadikan alasan kenapa kita tidak boleh bermain gitar. Ingin saya katakan
disamping memperbanyakkan latihan, untuk mahir dalam bermain gitar, adalah
penting untuk kita tekun dan tidak cepat berputus asa. Tiada siapa yang diberi
keistimewaan untuk bermain gitar hanya dalam beberapa minit. Mereka yang baru
belajar mestilah melalui proses yang sukar dan mereka yang tidak berputus-asalah
yang akan menerima ganjaran daripadanya.

2. Tidak belajar dengan betul
Didalam buku ini terdapat cara-cara betul bagaimana untuk bermain gitar. Fahami
dan ikuti cara-cara yang diterangkan dan anda akan dapat bermain gitar dalam
masa yang singkat. Tidak salah untuk belajar sesuatu dengan sendiri tetapi jika anda
inginkan cara yang cepat, anda perlulah mengikuti langkah yang diberikan.
Tingkatkan disiplin dan cuba ikuti rutin-rutin yang diberikan, anda pasti akan
terkejut dengan hasilnya.

Copyright © www.BelajarGitar.com
15

3. Belajar terlalu banyak kord dalam satu masa
Dalam mempelajari gitar memang kita akan berasa teruja untuk mempelajari kordkord baru, lebih-lebih lagi jika anda sudah mahir dalam beberapa kord-kord utama.
Tetapi perlulah di ingat bahawa cara terbaik untuk mempelajari sesuatu kord adalah
dengan cara mempelajari kord tersebut satu demi satu. Cuba hafal dahulu kord-kord
tersebut. Terlalu banyak kord dalam satu masa mungkin boleh mengelirukan anda.

4. Terlalu gopoh
Janganlah anda terlalu gopoh dan ingin bermain dengan laju. Ikut pace yang
sederhana. Kesalahan utaman seorang newbie dalam bermain gitar adalah dengan
cuba bermain dengan terlalu gopoh dan cepat yang tidak sesuai dengan tahap
mereka. Apa yang anda perlu lakukan adalah bermain dengan relaks dan
memastikan bunyi kord yang anda anda hasilkan jelas dan sekata. Kemudian dari
situ bina kepantasan anda secara berperingkat.

5. Kurang latihan
Untuk mahir dalam apa bidang sekalipun anda memerlukan latihan yang kerap dan
ketekunan. Gitar juga tidak terkecuali. Jika anda ingin mahir dalam bermain gitar
anda haruslah selalu membuat latihan dan mempelajari kord-kord yang baru. Jika
anda baru belajar bermain gitar, jari anda masih perlukan masa untuk membiasakan
diri dengan corak-corak kord. Untuk membiasakan dan memahirkan jari anda
dengan cepat, anda perlulah membuat latihan dengan kerap.

Copyright © www.BelajarGitar.com
16

1.7 “Kecederaan” Semasa Bermain Gitar
Jangan ingat bersukan sahaja boleh menyebabkan anda cedera, main gitar pun
boleh mendatangkan “kecederaan”. Tapi janganlah takut sangat, “kecederaan” ini
bukanlah serius tetapi sudah menjadi sebahagian dalam adat bermain gitar.
Janganlah pula anda terkejut jika anda mengalami kecederaan-kecederaan ini
semasa bermain gitar.

Perkara pertama yang tidak boleh dielakkan apabila anda bermain gitar adalah,
hujung jari anda akan keras dan berkematu. Pada awal bermain, jari anda akan
merasa sakit dan ia akan lebih ketara setelah beberapa minggu bermain kerana
hujung jari anda dalam proses mengeras kerana tekanan yang terlalu lama.

Ianya akan kelihatan teruk sehingga kulit boleh dikopek. Apabila anda sudah lama
bermain gitar, kulit mati akan berkurangan dan jari anda akan menjadi keras. Kalau
anda seorang perempuan dan risaukan tangan anda menjadi keras janganlah takut
sangat, sapu sahaja losyen 

Kemudian anda juga mungkin akan mengalami masalah terseliuh pada pergelangan
tangan anda. Ianya merupakan antara perkara biasa yang berlaku ketika bermain
gitar. Jika anda mengalami masalah ini, anda perlulah berehat sebentar. Mungkin
ianya disebabkan oleh anda bermain dengan terlalu lama. Apapun, jangan jadikan
masalah ini sebagai penghalang untuk anda bermain gitar. Teruskan berlatih
sehingga anda mahir.

Copyright © www.BelajarGitar.com
17

1.8 Soalan Lazim Dari Newbie
S: Adakah saya perlu mempunyai gitar sendiri?
J: Terpulanglah kepada anda. Untuk mahir bermain gitar anda perlulah selalu
berlatih. Jika anda hanya bermain seminggu sekali dirumah kawan anda, ianya
memerlukan masa yang lama untuk anda mahir. Nasihat saya, belilah satu gitar
sendiri yang murah atau second hand untuk memudahkan anda belatih.

S: Apakah cara terbaik untuk berlatih?
J: Cara terbaik untuk berlatih adalah dengan mengekalkan konsistensi latihan. Cuba
luangkan masa setiap hari untuk berlatih agar anda boleh mahir dengan cepat.
Latihan yang berterusan contohnya 5 hingga 10 minit sehari, 7 hari seminggu,
adalah lebih baik daripada anda berlatih selama 2 hingga 3 jam hanya pada hari
ahad.

S: Berapa lama harus saya berlatih?
J: Ada sesetengah orang yang boleh mahir dengan cepat tetapi ada juga yang
memerlukan masa yang lama untuk mahir. Jadi, ianya banyak bergantung
kepada individu tersebut. Walau apapun kemampuan anda, saya syorkan anda
berlatih paling kurang 10 hingga 15 minit setiap hari. Dengan latihan kerap ianya
lebih mudah untuk mengingati apa yang anda pelajari.

Copyright © www.BelajarGitar.com
18

S: Berapa lama baru saya boleh bermain lagu?
J: Anda sudah boleh bermain lagu-lagu asas dalam masa 4 hingga 5 jam melalui
latihan yang dibuat dalam masa seminggu. Pada permulaan mungkin ia tidak
sempurna, tetapi anda akan dapat mengenal pasti lagu-lagu yang anda mainkan
melalui melodi yang dihasilkan. Kira ok la tu... Apa yang dapat saya kataan
adalah, berapa lama masa yang diperlukan untuk anda dapat bermain lagu-lagu
asas adalah bergantung pada kesungguhan untuk anda berlatih.

S: Apakah caranya supaya saya dapat bermain dengan cepat?
J: Saya telah menyediakan banyak tips agar anda dapat bermain dengan cepat dan
baik di dalam buku ini. Di harap anda dapat membaca dan mempraktikkan apa
yang telah diterangkan.

S: Adakah dengan mempunyai kemahiran bermain gitar dengan penuh gaya
boleh menaikkan “saham” saya sekaligus dapat tackle Awek(s) dengan
mudah?
J: Errr.... Minta maaf saya cuma mengajar anda bagaimana untuk bermain gitar!

Copyright © www.BelajarGitar.com
19

1.9 Cara Menggunakan Panduan
Panduan yang diberikan di dalam buku ini adalah berturut-turut mengikut tahap
perkembangan anda. Untuk memudahkan anda, saya telah aturkan satu persatu
aliran (flow) yang perlu anda ikuti untuk mahir bermain gitar. Anda perlu belajar
mengikut turutan ini untuk memudahkan anda cepat mahir dalam bermain gitar.

Anda dinasihatkan untuk belajar mengikut “pace” ataupun kemampuan anda. Apa
yang saya aturkan sudah dirangka supaya anda mahir dalam masa yang singkat
tetapi jikalau anda merasakan ianya terlalu laju, saya nasihatkan anda habiskan
terlebih dahulu tajuk yang diberikan sehingga mahir sebelum anda ke tajuk
seterusnya.

Anda mungkin menganggap bermain gitar itu sukar, apatah lagi bermain satu lagu
penuh. Tetapi tahukah anda, cara terbaik untuk mahir dalam bermain gitar adalah
dengan berlatih bermain mengikut lagu?

Ya, dengan bermain mengikut lagu dapat membantu anda mengingati kord dengan
lebih cepat. Lebih baik lagi jika anda dapat menyanyi atau “humming” sekali untuk
memastikan note anda “masuk” dan supaya anda biasa dengan bunyi note-note
yang dihasilkan. Rujuk laman web gitar seperti Mykord.com dan ultimate-guitar.com
untuk senarai lagu yang anda boleh mainkan.

Ok, cukuplah berceloteh. Sekarang tibalah masanya anda belajar cara-cara untuk
bermain gitar dalam masa yang singkat. Selamat berjaya!

Copyright © www.BelajarGitar.com
20

Bab 2: Asas Bermain Gitar
Saya pasti sekarang anda sudah mempunyai gitar di tangan anda, tetapi nanti dulu!
Sebelum anda mula memetik gitar adalah penting untuk anda mempelajari beberapa
asas bermain gitar.

2.1 Cara Memegang Pick
Pick perlulah dipegang dengan kemas bagi memastikan kelancaran permainan. Ianya
juga dapat memastikan pick anda tidak terjatuh semasa bermain gitar. Tetapi
janganlah pula anda memegangnya dengan terlampau kejap bagi mengelakkan
ketegangan pada tangan anda sehingga boleh menyebabkan bunyi tidak sekata dan
konsisten. Memadai dengan memegang dengan lembut, anda dapat menghasilkan
bunyi yang lebih baik.

Melalui gambar dibawah saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk
memegang pick dengan betul bagi membolehkan anda bermain dengan baik dan
lancar.

Copyright © www.BelajarGitar.com
21

Cara Memegang Pick

Gambar 1

Gambar 2

Copyright © www.BelajarGitar.com
22

2.2 Pengenalan Kepada Kord
Seorang pemain gitar akan menggunakan pelbagai kord untuk menghasilkan
sesebuah lagu. Sebuah kord secara am nya adalah 2 hingga 3 atau lebih note yang
dimainkan secara serentak. Untuk lebih jelas, saya ingin tunjukkan anda sebuah
diagram kord. Diagram kord ini disediakan bagi menunjukkan kepada anda
bagaimana sesebuah kord itu dimainkan. Gambar dibawah merupakan sebuah
gambar diagram kord. Cuba lihat persamaanya dengan gitar anda.

Copyright © www.BelajarGitar.com
23

Ok sekarang saya rasa anda sudah tahu bagaimana rupa diagram kord dan
bagaimana ia menyamai neck gitar anda. Seperti yang saya katakan tadi, sebuah
kord merupakan gabungan 2 hingga 3 atau lebih note yang dimainkan secara
serentak.

Fahami nombor untuk jari anda seperti dibawah supaya anda ketahui note yang
harus di tekan dan dimainkan. Nombor-nombor tersebut akan diletakkan di diagram
kord bagi memudahkan anda memahami jari yang mana harus diletakkan dan
ditekan di tali gitar anda. Apa kata anda lihat pada tangan kiri anda sekarang;

Setap jari yang aktif dalam penghasilan kord akan diberikan nombor bagi
memudahkan anda. Sekarang lihat pada diagram kord dibawah. Pada contoh kali ini
kita akan cuba menghasilkan kord Aminor;

Copyright © www.BelajarGitar.com
24

Pada diagram kord diatas kita boleh lihat kord Aminor menggunakan jari bernombor
1, 2 dan 3. Lihat bagaimana diagram kord tersebut dan bandingkan dengan gambar
diatas.

Anda juga pasti tertanya-tanya apakah maksud “X” dan “O” pada diagram kord itu.
“X” bermakna tali tersebut tidak dimainkan (mute) manakala “O” bermaksud tali
tersebut harus dimainkan.

Copyright © www.BelajarGitar.com
25

2.3 Pengenalan Kepada Strum
Strum

adalah

tindakan

dimana

anda

menggunakan

kuku

atau

pick

untuk

mengeluarkan bunyi yang sekata pada tali yang perlu dimainkan. Pada strum
terdapat dua jenis stroke iaitu up stoke dan down stroke (strum ke atas dan strum
ke bawah). Melalui buku ini kita akan mengikuti lambang seperti dibawah untuk
corak strum.

Ini cuma proses pengenalan sahaja, pada bab seterusnya saya akan berikan
beberapa contoh corak strum yang boleh anda gunakan untuk mempelbagaikan
teknik permainan anda.

Copyright © www.BelajarGitar.com
26

Sedikit tips strumming
•

Jika anda bermain gitar akustik pastikan anda strum tepat pada lubang gitar
(hole)

•

Pastikan semua tali gitar berbunyi dengan baik.

•

Pastikan bunyi strum anda, sama ada strum ke atas atau bawah (upstroke or
downstoke), menghasilkan kekuatan bunyi yang sama.

Copyright © www.BelajarGitar.com
27

Bab 3: Bermain Kord Asas
Sekarang adalah masa yang di nanti-nantikan oleh semua. Bagaimana untuk
bermain kord gitar. Kebanyakkan lagu-lagu hits boleh dimainkan menggunakan
kord-kord asas dan jika anda ingin mula bermain lagu hits anda haruslah mahir dan
menghafal kord-kord yang diberikan.

Melalui panduan ini saya akan berikan kord-kord asas yang boleh anda pelajari.
Bermain Kord-kord ini terlebih dahulu penting kerana ia dapat membantu anda
membiasakan jari anda menekan tali dengan baik supaya anda dapat bersedia untuk
bermain kord-kord yang lebih sukar.

Di akhir setiap kumpulan kord yang di ajar saya syorkan anda mencari kord-kord
gitar lagu yang sesuai yang boleh anda mainkan untuk memudahkan anda
mengingati kord-kord tersebut (boleh semak laman web mykord.com atau ultimateguitar.com).

3.1 Kord Asas 1
Kord pertama yang akan kita pelajari adalah kord E, A dan D. Ini merupakan
diantara kord termudah yang anda boleh mainkan. Saya syorkan anda berlatih tiga
kord ini sehingga anda hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord seterusnya.

Copyright © www.BelajarGitar.com
28

Kord E

Copyright © www.BelajarGitar.com
29

Kord A

Copyright © www.BelajarGitar.com
30

Kord D

Copyright © www.BelajarGitar.com
31

3.2 Kord Asas 2
Kumpulan kord kedua yang akan kita pelajari adalah kord C, F dan G. Kord ini
memerlukan anda meregangkan jari anda jauh sedikit daripada kumpulan kord yang
pertama. Seperti tadi juga, saya syorkan anda berlatih tiga kord ini sehingga anda
hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord seterusnya. Jom kita mulakan!

Copyright © www.BelajarGitar.com
32

Kord C

Copyright © www.BelajarGitar.com
33

Kord F

Copyright © www.BelajarGitar.com
34

Kord G

Copyright © www.BelajarGitar.com
35

3.3 Kord Asas 3
Kumpulan kord ketiga yang akan kita pelajari adalah kord A minor, E minor dan D
minor. Seperti tadi juga saya syorkan anda berlatih tiga kord ini sehingga anda
hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord seterusnya. Mula!

Copyright © www.BelajarGitar.com
36

Kord A Minor

Copyright © www.BelajarGitar.com
37

Kord E Minor

Copyright © www.BelajarGitar.com
38

Kord D Minor

Copyright © www.BelajarGitar.com
39

3.4 Kord Asas 4
Kumpulan kord keempat yang akan kita pelajari adalah kord B, C# minor (disebut C
sharp minor) dan F# minor (disebut F sharp minor). Ianya lebih sukar sedikit dari
kord-kord yang saya berikan sebelum ini. Seperti tadi juga saya syorkan anda
berlatih tiga kord ini sehingga anda hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord
seterusnya.

Copyright © www.BelajarGitar.com
40

Kord B

Copyright © www.BelajarGitar.com
41

Kord C#minor

Copyright © www.BelajarGitar.com
42

Kord F#minor

Copyright © www.BelajarGitar.com
43

3.5 Kord Asas 5
Kumpulan kord kelima yang akan kita pelajari adalah kord B minor, F#, Fm, G
minor dan Bb (atau A# ataupun disebut A Sharp). Ianya merupakan kord yang
sukar untuk dimainkan. Berlatih lima kord ini sehingga anda hafal dan mahir.
Dengan menghafal kesemua kord dalam kord asas ini anda boleh bermain hampir
apa sahaja lagu yang anda mahukan.

Copyright © www.BelajarGitar.com
44

Kord B minor

Copyright © www.BelajarGitar.com
45

Kord F#

Copyright © www.BelajarGitar.com
46

Kord Fm

Copyright © www.BelajarGitar.com
47

Kord Gm

Copyright © www.BelajarGitar.com
48

Kord Bb (A#)

Copyright © www.BelajarGitar.com
49

3.6 Ada berapa jenis kord?
Terdapat beratus jenis kord gitar. Setiap jenis kord contohnya G dapat dimainkan
dengan pelbagai cara. Ianya juga ada beberapa variasi contohnya seperti G7 dan
sebagainya. Walaupun terdapat beratus jenis kord anda dapat bermain kebanyakkan
lagu hanya dengan mempelajari kord-kord asas yang diberikan.

Seperti yang saya terangkan di atas, anda tidak perlu mengetahui semua jenis kord
yang ada untuk membolehkan anda bermain gitar. Cukuplah dengan mempelajari
kord asas seperti yang diterangkan sebelum ini. Saya tidak akan menerangkan
dengan lebih lanjut mengenai ratusan kord gitar yang ada. Untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai kord-kord lain saya syorkan anda melawat lamanlaman web ini:

•

http://www.all-guitar-chords.com/

•

http://chordfind.com/

•

http://www.looknohands.com/chordhouse/guitar/index_db.html

•

http://www.8notes.com/guitar_chord_chart/

Copyright © www.BelajarGitar.com
50

Bab 4: Strumming
Strumming adalah tindakan di mana anda menggunakan tangan kanan untuk
menghasilkan bunyi pada gitar anda. Strumming berbeza dengan plucking ataupun
scaling dimana plucking adalah dimana anda memetik gitar dan scaling pula adalah
“menggoreng” gitar (maaf tiada perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu).

Mencari rentak dan mendapatkan corak strum mungkin mejadi kesukaran bagi yang
baru bermula. Jika anda bertanya kepada saya bagaimanakah caranya untuk anda
strum mengikut lagu yang anda mahukan, saya akan syorkan dua perkara; sama
ada anda dengar corak strumming yang digunakan pada rakaman lagu tersebut
ataupun cuba cari sendiri mengikut kesesuaian lagu tersebut.

Melalui bab ini saya akan berikan beberapa idea strum yang anda boleh gunakan.
Saya berharap ianya berguna untuk anda mendapatkan corak dan rentak strum yang
anda mahukan.

Copyright © www.BelajarGitar.com
51

4.1 Corak Strum
Terdapat pelbagai cara untuk strum gitar anda Seperti yang anda baca sebelum ini,
anda boleh menggunakan kuku ataupun pick untuk menghasilkan bunyi pada gitar
anda. Berikut merupakan beberapa contoh corak strum yang anda boleh gunakan
untuk bermain gitar.

Copyright © www.BelajarGitar.com
52

Corak Strum 1:

Corak Strum 2:

Corak Strum 3:

Copyright © www.BelajarGitar.com
53

Corak Strum 4:

Sebenarnya terdapat bermacam corak yang digunakan dalam strumming. Ini
merupakan sebahagian daripada corak asas yang mudah di pelajari. Semakin lama
anda bermain gitar semakin mudah anda dapat menghasilkan sendiri strum anda
apabila bermain sesebuah lagu. Apa yang anda perlukan adalah latihan, latihan dan
latihan!

Copyright © www.BelajarGitar.com
54

Bab 5: Scaling/Lead
Dalam tajuk kali ini saya akan ajarkan anda asas kepada scaling/lead atau
“menggoreng” gitar anda. Dalam ruangan ini saya akan mengajar anda cara
bagaimana anda boleh membaca scale pada tab guitar yang anda boleh dapatkan
secara online atau buku-buku tab. Berikut merupakan satu contoh tab yang saya
ambil dari laman web www.ultimate-guitar.com bertajuk Stairway to Heaven oleh
Led Zeppelin:

E-------5-7-----7-|-8-----8-2-----2-|-0---------0-----|---------------|
B-----5-----5-----|---5-------3-----|---1---1-----1---|-0-1-1---------|
G---5---------5---|-----5-------2---|-----2---------2-|-0-2-2---------|
D-7-------6-------|-5-------4-------|-3---------------|---------------|
A-----------------|-----------------|-----------------|-2-0-0--0-/8-7-|
E-----------------|-----------------|-----------------|---------------|

Anda mungkin berfikir, “Eh, bukan ke tadi saya belajar jari yang aktif ada empat jer?
Macam mana nombor dia boleh ada sampai nombor 8?”

Sebenarnya diagram kord dengan tab adalah berbeza. Seperti yang anda lihat di
atas, ianya adalah diagram tab untuk bermain scaling atau lead.

Cara membaca diagram di atas adalah dari kiri ke kanan. Seperti yang anda lihat
susunannya adalah mengikut tali gitar anda di mana baris yang paling bawah adalah
tali E (yang paling tebal) diikuti dengan A, D, G, B dan E. Nombor-nombor yang anda
lihat pada diagram di atas pula adalah nombor fret yang anda harus tekan.

Copyright © www.BelajarGitar.com
55

Jadi jika anda ingin bermain lagu diatas apa yang anda perlu lakukan adalah
membaca dari kiri ke kanan dan tekan fret mengikut tali dan susunannya. Jika
mengikut contoh diatas fret pertama yang anda tekan adalah fret ke 7 pada tali D,
diikuti dengan fret ke 5 pada tali G, kemudian fret ke 5 pada tali B dan begitulah
seterusnya. Saya harap anda faham dengan penerangan ringkas yang saya berikan.

Bermain lead agar sukar dan untuk bermain scaling atau lead dengan baik
memerlukan latihan yang kerap. Sebagai latihan anda bolehlah pilih mana-mana tab
lagu yang anda mahu kemudian mulakan dari situ. Dengan latihan yang kerap anda
dapat membiasakan jari anda dan dapat mengingati aturan pergerakan jari anda
dengan mudah.

Copyright © www.BelajarGitar.com
56

Bab 6: Latihan Jari
Selain daripada berlatih mengingati kord-kord gitar anda juga boleh melakukan
latihan pada jari anda bagi menguatkan lagi cengkaman ketika menekan kord atau
semasa bermain scale. Ini penting agar bunyi yang dihasilkan jelas dan lancar.

Anda juga boleh lakukan latihan yang dapat membantu anda meningkatkan
kepantasan jari anda menukar kord dan bermain scale. Dalam bab kali ini saya akan
mengajarkan

anda

beberapa

latihan

jari

yang

anda

boleh

gunakan

untuk

menguatkan jari anda dan meningkatkan kepantasan dalam bermain gitar.

6.1 Latihan Kekuatan Jari
Melalui latihan ini anda dapat menguatkan jari anda yang dapat membantu anda
ketika menekan kord atau scaling bagi menghasilkan bunyi yang lebih baik. Ianya
juga membantu anda untuk menghasilkan kord-kord yang sukar di mana anda harus
gunakan keempat-empat jari anda (jari kelingking selalunya yang paling lemah).

Berikut merupakan satu latihan yang boleh anda cuba untuk menguatkan jari-jari
anda dalam bermain gitar;

Copyright © www.BelajarGitar.com
57

Langkah 1

Langkah pertama adalah dengan meletakkan dan menekan keempat jari anda pada
tali E (paling tebal). Cuba letakkan jari anda di fret yang pendek bagi memudahkan
anda memposisikan jari contohnya fret ke-7.

Copyright © www.BelajarGitar.com
58

Langkah 2

Langkah kedua anda perlu mengangkat jari pertama dan ketiga dan teruskan
menekan tali gitar menggunakan jari kedua dan keempat.

Copyright © www.BelajarGitar.com
59

Langkah 3

Langkah ketiga anda perlu mengangkat jari kedua dan keempat dan menekan tali
gitar menggunakan jari pertama dan ketiga. Ulang seberapa banyak yang mungkin.

Latihan ini nampak senang. Tetapi jika anda mencuba sendiri anda dapat rasakan
betapa sukarnya untuk melakukannya lebih-lebih lagi bagi seorang newbie. Apa yang
saya syorkan adalah cuba dengan perlahan lahan dan apabila anda sudah biasa
dengan dengan latihan ini tingkatkan kelajuan jari anda.

Copyright © www.BelajarGitar.com
60

6.2 Latihan Menukar Kord Dengan Cepat
Bagi anda yang baru mula belajar bermain gitar pasti sukar rasanya untuk menukar
kord dengan baik. Ini kerana jari anda mungkin masih lembut dan tidak biasa
dengan pergerakan kord-kord tersebut. Untuk memastikan jari anda menjadi lebih
senang menukar kord dengan pantas, anda haruslah membuat latihan yang kerap.
Antara cara yang paling mudah untuk memastikan anda dapat menukar kord dengan
baik adalah dengan dengan membuat latihan menukar kord, caranya begini;

Pilih dua kord yang anda tahu, kemudiannya cuba menukar-nukar antara kedua kord
tersebut. Katakan anda tahu kord Am dan Dm, cuba anda tukar dari Am ke Dm,
kemudian

ulangi

semula

berulang-ulang

kali.

Dengan

cara

ini

anda

dapat

membiasakan jari anda menukar kord-kord tersebut. Apabila anda sudah semakin
mahir, cuba gunakan latihan ini kepada kumpulan kord yang lain pula.

Apabila anda sudah semakin mahir menukar dua kord dalam latihan anda, cuba anda
berlatih menukar kord sambil strum gitar anda. Mulakan dari kord pertama; strum 5
kali kemudian tukar ke kord kedua dan strum lagi 5 kali. Lakukan berulang-ulang
kali sehingga anda mahir.

Jika anda dapati masih sukar untuk menukar kord, cuba kaji dimana silapnya anda
dengan melihat jari anda bergerak. Pastikan jari anda bergerak dan diletakkan satu
persatu. Janganlah anda menukar kord dengan meletakkan kesemua jari anda
serentak. Katakan anda ingin menukar kepada kord Am, pertama letakkan jari
telunjuk anda (jari 1) kemudian jari hantu (jari 2) dan akhir sekali jari manis (jari 3).

Copyright © www.BelajarGitar.com
61

Cuba bayangkan secara visual pergerakan jari anda di dalam fikiran anda. Fikirkan
satu jari pada satu masa, di mana ia sepatutnya diletakkan.

Pada permulaan latihan menukar kord ini anda tidak perlu meletakkan tekanan yang
terlalu tinggi kepada tali gitar anda. Cukuplah sekadar menyentuh tali gitar sahaja
menggunakan jari anda untuk mendapat “feel” bagaimana anda dapat menukar kord
dengan mudah. Tujuan anda membuat latihan ini adalah untuk membiasakan jari
anda, jadi tekanan yang berlebihan tidak diperlukan.

Akhir sekali cuba lakukan latihan ini dengan tenang. Jangan terlalu stress dengan
latihan anda. Buat latihan regangan pada jari anda bagi memastikan ianya relaks
barulah anda mulakan latihan anda.

Copyright © www.BelajarGitar.com
62

Penutup
Akhirnya kita sudah sampai ke penghujung. Di dalam panduan ini saya telah
memberikan anda banyak panduan asas untuk bermain gitar. Dengan panduan ini,
sudah cukup untuk anda mahir bermain gitar dengan baik. Di harap ianya benarbenar dapat membantu anda bermain gitar dengan cepat dan mudah.

Anda telah pun mengetahui beberapa asas bermain gitar sekarang tiba masanya
untuk anda membaiki dan menyempurnakan apa yang anda pelajari. Cuba pelajari
kord-kord baru seperti dalam diagram kord dan cuba hafal kord-kord tersebut. Anda
mungkin boleh belajar lebih lanjut untuk memantapkan lagi skill anda di dalam
permain gitar, buku ini hanya memberikan anda “kickstart” untuk bermula,
terpulanglah pada anda bagaimana anda hendak gunakan ilmu anda itu.

Untuk meningkatkan lagi teknik bermain gitar anda, saya syorkan anda meluangkan
sedikit masa untuk bermain gitar setiap hari. Ambil masa sekurang-kurangnya 15
minit setiap hari untuk memperbaiki teknik anda. Pastikan juga bunyi yang
dihasilkan melalui strumming anda jelas dan lancar.

Ingat hanya dengan berlatih anda dapat mahir dalam bermain gitar. Tiada satu pun
panduan di dunia ini yang boleh memberikan anda kemahiran dalam sesuatu perkara
kecuali kesungguhan anda untuk berlatih, berlatih dan terus berlatih.

Copyright © www.BelajarGitar.com
63

Sampai disini sahaja daripada saya. Diharap anda dapat menggunakan segala apa
yang dipelajari dengan sebaik-baiknya. Kita jumpa lagi di lain masa.

Selamat Berjaya!

Tengku Nuruddeen & Shamsul Bahari

www.belajargitar.com
www.mykord.com

TAMAT

Copyright © www.BelajarGitar.com

More Related Content

What's hot

Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)
Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)
Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)Nabila Nazreen
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Amalan keselamatan kebun
Amalan keselamatan kebunAmalan keselamatan kebun
Amalan keselamatan kebunAIC
 
IRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAIRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAlime kasturi
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDFaFai S.
 
Pakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajaPakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajassuserc47642
 
Prinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralanPrinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralanzakirah yaakob
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpfaizzuddinz
 
Hbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalHbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalzura abdullah
 
Kraf Perkhemahan Pandu Puteri Kadet
Kraf Perkhemahan Pandu Puteri KadetKraf Perkhemahan Pandu Puteri Kadet
Kraf Perkhemahan Pandu Puteri KadetAzizi Ahmad
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 

What's hot (20)

Alat perkusi
Alat perkusiAlat perkusi
Alat perkusi
 
Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)
Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)
Ragam Hias Permainan Tradisional (Gasing)
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Amalan keselamatan kebun
Amalan keselamatan kebunAmalan keselamatan kebun
Amalan keselamatan kebun
 
IRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAIRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNA
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
 
Pakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajaPakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri raja
 
Prinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralanPrinsip asas kemoralan
Prinsip asas kemoralan
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Peranan gender
Peranan genderPeranan gender
Peranan gender
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Hbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalHbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisional
 
Kraf Perkhemahan Pandu Puteri Kadet
Kraf Perkhemahan Pandu Puteri KadetKraf Perkhemahan Pandu Puteri Kadet
Kraf Perkhemahan Pandu Puteri Kadet
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 

Viewers also liked

Belajar gitar dasar disertai gambar
Belajar gitar dasar disertai gambarBelajar gitar dasar disertai gambar
Belajar gitar dasar disertai gambarAgung Yudha Prawira
 
Kisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMS
Kisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMSKisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMS
Kisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMSFahmy Metala
 
Panduan Belajar Kunci Gitar
Panduan Belajar Kunci GitarPanduan Belajar Kunci Gitar
Panduan Belajar Kunci GitarDicky Ahmad
 
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulumcontoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulumROSMAWATIE
 
How A Guitar Works
How A Guitar WorksHow A Guitar Works
How A Guitar Worksrestebic
 
The Guitar
The GuitarThe Guitar
The GuitarILT366
 
Guitar
GuitarGuitar
Guitarcjclax
 

Viewers also liked (13)

Belajar gitar dasar disertai gambar
Belajar gitar dasar disertai gambarBelajar gitar dasar disertai gambar
Belajar gitar dasar disertai gambar
 
Kisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMS
Kisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMSKisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMS
Kisi Kisi UAS Bashasa Indonesia FEB UMS
 
Latihan dasar gitar
Latihan dasar gitarLatihan dasar gitar
Latihan dasar gitar
 
Guitar slideshow
Guitar slideshowGuitar slideshow
Guitar slideshow
 
Panduan Belajar Kunci Gitar
Panduan Belajar Kunci GitarPanduan Belajar Kunci Gitar
Panduan Belajar Kunci Gitar
 
Syarat kp-atau-ta-di-chevron
Syarat kp-atau-ta-di-chevronSyarat kp-atau-ta-di-chevron
Syarat kp-atau-ta-di-chevron
 
Dasar dasar bermain gitar
Dasar dasar bermain gitarDasar dasar bermain gitar
Dasar dasar bermain gitar
 
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulumcontoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
contoh surat panggilan mesyuarat kurikulum
 
How A Guitar Works
How A Guitar WorksHow A Guitar Works
How A Guitar Works
 
Guitar presentation
Guitar presentationGuitar presentation
Guitar presentation
 
The Guitar
The GuitarThe Guitar
The Guitar
 
Guitar
GuitarGuitar
Guitar
 
Guitar Powerpoint
Guitar PowerpointGuitar Powerpoint
Guitar Powerpoint
 

Recently uploaded

slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 

Recently uploaded (20)

slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 

BELAJAR GITAR

  • 1.
  • 2. 1 PEMBERITAHUAN Hakcipta Terpelihara © daripada BelajarGitar.com dan penulis. Tiada bahagian di dalam ebook ini yang boleh di tiru sama ada sebahagian atau secara penuh. Ini bukan ebook percuma. Ebook ini hanya boleh di dapati di laman web www.belajargitar.com, jika anda memperolehinya daripada sumber lain bermaksud ianya tidak sah. Ebook ini adalah untuk penggunaan sendirian sahaja. Anda dibenarkan menjual atau mengedarkan ebook ini sama ada secara atau cetakan tanpa kebenaran daripada penulis. Sebarang cubaan menjual, mengedar, meniru atau mengubah isi kandungan di dalam ini adalah salah di sisi undang-undang dan agama. tidak digital untuk ebook Isi kandungan ebook ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan kajian yang dilakukan. Tiada jaminan yang dapat kami berikan kepada anda kerana setiap keputusan mungkin berbeza berdasarkan dedikasi, keinginan dan kesungguhan anda untuk bermain gitar. Isi kandungan buku ini bermula pada mukasurat seterusnya Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 3. 2 Isi Kandungan Pendahuluan.............................................................................3 Bab 1: Pengenalan....................................................................5 1.1 Peralatan Yang Diperlukan..............................................6 1.2 Bahagian-Bahagian Pada Gitar........................................9 1.3 Neck Gitar..................................................................10 1.4 Tali Gitar Anda............................................................11 1.5 Bagaimana Memilih Gitar Anda......................................12 1.6 5 Kesalahan Utama “Newbie”........................................14 1.7 “Kecederaan” Semasa Bermain Gitar..............................16 1.8 Soalan Lazim Dari Newbie.............................................17 1.9 Cara Menggunakan Panduan.........................................19 Bab 2: Asas Bermain Gitar......................................................20 2.1 Cara Memegang Pick....................................................20 2.2 Pengenalan Kepada Kord..............................................22 2.3 Pengenalan Kepada Strum............................................25 Bab 3: Bermain Kord Asas.......................................................27 3.1 Kord Asas 1................................................................27 3.2 Kord Asas 2................................................................31 3.3 Kord Asas 3................................................................35 3.4 Kord Asas 4................................................................39 3.5 Kord Asas 5................................................................43 3.6 Ada Berapa Jenis Kord?................................................49 Bab 4: Strumming...................................................................50 4.1 Corak Strum...............................................................51 Bab 5: Scaling/Lead................................................................54 Bab 6: Latihan Jari..................................................................56 6.1 Latihan Kekuatan Jari...................................................56 6.2 Latihan Menukar Kord Dengan Cepat..............................60 Penutup..................................................................................62 Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 4. 3 Pendahuluan Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membeli panduan ini. Saya juga sebelum ini seperti anda, mencari-cari panduan yang boleh membantu saya bermain gitar dengan mudah. Cemburu juga rasanya apabila saya melihat kawan-kawan dapat bermain gitar, apa sahaja lagu dapat dimainkan mereka tanpa perlu bersusah payah. Tanpa membuang masa saya pun mula cari panduan di kedaikedai buku. Kebanyakkan panduan yang saya baca lebih menekankan kepada perkara teknikal bermain gitar yang sukar difahami. Saya tidak berminat untuk tahu pasal aspek teknikal bermain gitar. Apa yang saya inginkan adalah satu panduan yang mudah agar saya dapat bermain lagu yang saya gemari, itu sahaja. Selepas berapa lama cuba mempelajari gitar melalui buku-buku “tebal” saya mula sedari ini bukanlah cara terbaik untuk bermain gitar. Jangan salah anggap pula. Saya tidak bermaksud mengatakan panduan saya ini lebih baik daripada buku-buku yang terdapat di luar sana. Cuma apa yang saya ingin katakan adalah oleh kerana buku-buku diluar sana lebih “padat” membuatkan anda mudah hilang fokus kerana information overload. Anda akan terkejut betapa mudahnya untuk bermain gitar dengan panduan yang akan saya berikan. Saya tidak akan menerangkan tentang sesuatu yang dapat mengganggu konsentrasi anda bermain gitar. Apa yang saya berikan adalah straight Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 5. 4 to the point dengan satu fokus; selepas anda habis mengikuti panduan ini anda akan mahir bermain lagu kegemaran anda dengan mudah. Melalui panduan ini saya akan terangkan cara-cara mudah untuk anda mahir bermain gitar. Saya juga akan terangkan bagaimana anda boleh mainkan lagu kegemaran anda dengan singkat. Anda tidak perlu risau kerana saya tidak akan menerangkan aspek teknikal. Saya hanya akan berikan langkah demi langkah yang jelas, terang dan senang difahami agar apa yang anda pelajari dapat dipraktikkan dengan mudah. Di harap anda mendapat manfaat melalui panduan ini. Akhir sekali terima kasih sekali lagi kerana membuat pelaburan dalam menambahkan satu lagi kemahiran dalam hidup anda, iaitu kemahiran bermain gitar. Selamat belajar! Tengku Nuruddeen & Shamsul Bahari Pengasas mykord.com Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 6. 5 Bab 1: Pengenalan Bermain gitar merupakan satu kemahiran yang menarik untuk dimiliki. Ianya boleh dimainkan dimana sahaja dan boleh dibawa kemana-mana dengan mudah. Tidak lupa juga ianya sangat menarik perhatian wanita (atau lelaki). Mengikut survey yang dibuat di internet, kebanyakkan wanita menganggap lelaki yang pandai bermain gitar adalah seksi dan romatik manakala Lelaki pula mengganggap wanita yang pandai bermain gitar sebagai seorang yang lemah lembut atau manja! Gitar merupakan sebuah instrumen musik yang popular di serata dunia. Ianya juga merupakan sebuah instrumen yang sangat versetile kerana ianya sesuai dimainkan untuk pelbagai jenis genre musik seperti rock, balada, jazz malahan hip hop. Anda mungkin berminat mempelajari gitar untuk memainkan lagu kegemaran anda, ataupun mungkin juga anda berminat bermain gitar untuk menulis lagu anda sendiri (atau untuk memikat awek). Walau apapun tujuan anda, gitar merupakan instrumen yang hebat dan sesuai untuk anda. Seperti instrumen yang lain, untuk mempelajari seni bermain gitar memerlukan latihan yang kerap, ketekunan dan kesabaran. Bermain gitar boleh memberikan anda kepuasan yang berpanjangan jika anda betul-betul tekun berlatih, malahan ianya juga boleh menjadi sesuatu kelebihan yang istimewa buat anda. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 7. 6 Sebelum kita mulakan dengan penerangan bagaimana untuk bermain gitar, mari kita lihat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda belajar bermain gitar. 1.1 Peralatan Yang Diperlukan 1.1.1 Gitar Sudah tentulah anda perlukan sebuah gitar. Gitar ada bermacam jenis seperti akustik, klasikal, elektrik dan sebagainya. Mungkin anda lebih berminat bermain lagu klasikal atau rock, tetapi sebagai permulaan saya syorkan anda membeli Gitar Akustik enam tali kerana ianya sesuai untuk mereka yang baru ingin belajar bermain gitar. Gitar Acoustic Takamine EG541SSC Untuk permulaan anda tidak perlu membeli gitar yang mahal. Memadai dengan gitar jenama “Kapok” atau “Rhythm” yang kualitinya boleh tahan dengan harga serendah RM100. Ketika saya mula bermain saya hanya menggunakan sebuah gitar kapok. Ianya lebih mudah untuk di mainkan kerana gitar jenama ini selalunya menggunakan tali nylon yang lembut. Walaupun sekarang saya sudah mempunyai gitar yang lebih berjenama tetapi saya lebih suka bermain gitar kapok kerana ianya Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 8. 7 ringan dan tahan lasak. Di dalam tajuk yang akan datang saya akan ajarkan bagaimana anda dapat memilih gitar pertama anda. 1.1.2 Pick Pick merupakan satu alat yang penting dalam bermain gitar. Anda boleh menggunakan kuku anda untuk strumming dan petik gitar anda tetapi dengan menggunakan pick bunyi yang dihasilkan adalah lebih jelas dan kuat. Ianya juga boleh membantu anda mendapatkan bunyi yang sekata. Jim Dunlop Plectrums Tips memilih pick Memilih pick yang betul adalah penting dalam bermain gitar. Ketebalan pick memainkan faktor dalam penghasilan bunyi yang dikehendaki. Pick mempunyai pelbagai saiz dan bentuk, jadi bagaimanakah caranya untuk memilih pick yang benar-benar sesuai dengan anda? Sebuah pick yang nipis sesuai untuk mereka yang ingin bermain secara strum manakala pick yang tebal lebih sesuai untuk mereka yang bermain lead dan single note. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 9. 8 1.1.3 Tuner Tuner bukanlah satu keperluan kerana ada beberapa cara lain yang boleh anda gunakan untuk tune sendiri gitar anda, tetapi jikalau gitar anda tidak ditune dengan baik pasti sumbang bunyinya. Bayangkan ketika anda ingin membuat persembahan dan gitar anda pula out of tune, tentu malu besar anda! Ada pelbagai cara untuk tune gitar secara manual tetapi jikalau anda ingin cara yang mudah anda boleh gunakan guitar tuner untuk mendapatkan bunyi yang tepat dan sekata. Sebagai alternatif anda juga boleh dapatkan guitar tuner online percuma di laman web www.mykord.com dan klik pada “Online Guitar Tuner”. Korg GA30 Tuner Tips: Untuk mengetahui dengan lebih lajut bagaimana untuk tune gitar anda sendiri sila lihat bonus yang di berikan Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 10. 9 1.2 Bahagian-Bahagian Pada Gitar Bahagian-bahagian pada gitar penting untuk anda tahu. Janganlah kerana anda tidak tahu orang gelakkan anda pula. Disamping itu ianya juga penting untuk mempelajari teknik bermain gitar yang saya akan terangkan sebentar lagi. Antara bahagianbahagian utama gitar adalah head, neck dan body. Berikut merupakan bahagianbahagian yang terdapat pada sebuah gitar; Bahagian pada gitar Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 11. 10 1.3 Neck Gitar Cuba lihat pada neck gitar anda. Anda akan lihat pada neck gitar tersebut akan terdapat pembahagi-pembahagi di sepanjang neck tersebut. Pembahagi-pembahagi itu ada yang diperbuat daripada besi dan ada juga yang diperbuat daripada plastik. Pembahagi-pembahagi yang saya maksudkan itu di panggil Fret. Ruangan diantara pembahagi itu, di antara Nut dengan pembahagi pertama dipanggil First Fret (Fret Pertama) dan yang disebelahnya dipanggil Second Fret (Fret kedua) dan seterusnya. Sebuah gitar akustik atau classical selalunya mempunyai 19 fret manakala gitar elektrik pula boleh sampai kepada 21 hingga 24 atau lebih (sebuah jenama gitar, Ibanez dikatakan mengeluarkan gitar elektrik 36 fret!). Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 12. 11 1.4 Tali Gitar Anda Gitar enam tali mempunyai tali-tali yang disusun mengikut ketebalan khas iaitu tali E, A, D, G, B dan E. Tali E pertama pada gitar anda adalah yang paling nipis iaitu yang paling bawah dan semakin menebal sehingga ke tali E anda yang terakhir iaitu tali yang paling tebal. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 13. 12 1.5 Bagaimana Memilih Gitar Pertama Anda Membeli gitar buat pertama kali mungkin boleh menyebabkan anda berasa segan atau malu lebih-lebih lagi apabila memasuki kedai gitar yang berjenama. Anda mungkin masih “blur” dan tidak tahu bagaimana memilih gitar yang sesuai dengan anda. Di dalam tajuk kali ini saya akan membincangkan tentang bagaimana anda dapat memilih gitar yang sesuai dengan anda. Jikalau anda ingin membeli gitar anda perlulah tahu serba sedikit bagaimana untuk memilih gitar kerana ianya merupakan suatu pelaburan yang besar. Sama ada anda ingin membeli gitar pertama anda, naik taraf atau menambah koleksi anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membuat kajian mengenai gitar yang anda ingini. Mencuba gitar yang ingin dibeli buat pertama kali mungkin membuatkan seorang merasa malu, tetapi perlu diingat, anda di kedai gitar bukanlah untuk menunjukkan skill anda, tetapi anda di sana adalah untuk memastikan apa yang anda dapat berbaloi dengan apa yang anda belanjakan. Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih gitar anda: 1. Pilih gitar yang mudah dimainkan, dapat di tune dengan baik dan menghasilkan intonasi serta bunyi yang “kaya” dan sedap didengar. Cuba petik gitar anda dan dengarkan tone yang dihasilkan. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 14. 13 2. Pilih gitar yang sesuai dengan saiz anda, lebih-lebih lagi jika anda bersaiz kecil. Gitar yang besar menyebabkan kesukaran untuk bermain dan mungkin menyakitkan. 3. Pilih sama ada anda ingin bermain gitar bertali besi atau nylon. Tali nylon adalah lebih lembut dan tidak terlalu menyakitkan jari anda. Saya mengesyorkan tali nylon sebagai permulaan. 4. Pilihlah gitar yang paling anda minati dengan warna dan corak yang anda suka, ia mungkin boleh memberikan inspirasi kepada anda untuk berlatih. 5. Jangan terlalu memilih gitar yang berjenama. Sebagai permulaan, cuba pilih gitar-gitar lain yang kurang berjenama, kerana ia mungkin lebih baik untuk newbie. Apabila anda sudah mahir anda bolehlah menaik taraf gitar anda kepada yang lebih baik. 6. Lihat kepada kualiti penghasilan gitar, periksa jika ada kecacatan akibat dari kecuaian. Cuba tune gitar anda dan pastikan tuner tersebut dapat di tune dengan mudah. 7. Jangan beli gitar yang terlalu murah yang tidak masuk akal. Jika ianya terlalu murah, mungkin ada masalah pada gitar tersebut dan disebabkan itu, ianya tidak mendapat sambutan. Selalunya pekedai akan mengurangkan harga untuk menghabiskan stok-stok lama yang orang tak mahu (tak laku). Maklumat diatas merupakan serba sedikit berkenaan cara memilih gitar pertama anda yang anda boleh ikuti. Anda juga boleh bertanya kepada pekedai tersebut berkenaan gitar yang anda mahukan. Apa yang penting, anda tidak perlu malu untuk memilih gitar yang benar-benar anda minati dan selesa. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 15. 14 1.6 5 Kesalahan Utama “Newbie” Perkataan “newbie” adalah merujuk kepada mereka yang baru dalam sesuatu bidang. Sebagai seorang newbie seseorang itu akan cenderung melakukan kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak. Mari kita lihat beberapa kesalahan utama yang selalu dilakukan oleh seorang newbie; 1. Cepat berputus asa: Memang sukar untuk kita mempelajari sesuatu yang baru tetapi janganlah itu dijadikan alasan kenapa kita tidak boleh bermain gitar. Ingin saya katakan disamping memperbanyakkan latihan, untuk mahir dalam bermain gitar, adalah penting untuk kita tekun dan tidak cepat berputus asa. Tiada siapa yang diberi keistimewaan untuk bermain gitar hanya dalam beberapa minit. Mereka yang baru belajar mestilah melalui proses yang sukar dan mereka yang tidak berputus-asalah yang akan menerima ganjaran daripadanya. 2. Tidak belajar dengan betul Didalam buku ini terdapat cara-cara betul bagaimana untuk bermain gitar. Fahami dan ikuti cara-cara yang diterangkan dan anda akan dapat bermain gitar dalam masa yang singkat. Tidak salah untuk belajar sesuatu dengan sendiri tetapi jika anda inginkan cara yang cepat, anda perlulah mengikuti langkah yang diberikan. Tingkatkan disiplin dan cuba ikuti rutin-rutin yang diberikan, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 16. 15 3. Belajar terlalu banyak kord dalam satu masa Dalam mempelajari gitar memang kita akan berasa teruja untuk mempelajari kordkord baru, lebih-lebih lagi jika anda sudah mahir dalam beberapa kord-kord utama. Tetapi perlulah di ingat bahawa cara terbaik untuk mempelajari sesuatu kord adalah dengan cara mempelajari kord tersebut satu demi satu. Cuba hafal dahulu kord-kord tersebut. Terlalu banyak kord dalam satu masa mungkin boleh mengelirukan anda. 4. Terlalu gopoh Janganlah anda terlalu gopoh dan ingin bermain dengan laju. Ikut pace yang sederhana. Kesalahan utaman seorang newbie dalam bermain gitar adalah dengan cuba bermain dengan terlalu gopoh dan cepat yang tidak sesuai dengan tahap mereka. Apa yang anda perlu lakukan adalah bermain dengan relaks dan memastikan bunyi kord yang anda anda hasilkan jelas dan sekata. Kemudian dari situ bina kepantasan anda secara berperingkat. 5. Kurang latihan Untuk mahir dalam apa bidang sekalipun anda memerlukan latihan yang kerap dan ketekunan. Gitar juga tidak terkecuali. Jika anda ingin mahir dalam bermain gitar anda haruslah selalu membuat latihan dan mempelajari kord-kord yang baru. Jika anda baru belajar bermain gitar, jari anda masih perlukan masa untuk membiasakan diri dengan corak-corak kord. Untuk membiasakan dan memahirkan jari anda dengan cepat, anda perlulah membuat latihan dengan kerap. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 17. 16 1.7 “Kecederaan” Semasa Bermain Gitar Jangan ingat bersukan sahaja boleh menyebabkan anda cedera, main gitar pun boleh mendatangkan “kecederaan”. Tapi janganlah takut sangat, “kecederaan” ini bukanlah serius tetapi sudah menjadi sebahagian dalam adat bermain gitar. Janganlah pula anda terkejut jika anda mengalami kecederaan-kecederaan ini semasa bermain gitar. Perkara pertama yang tidak boleh dielakkan apabila anda bermain gitar adalah, hujung jari anda akan keras dan berkematu. Pada awal bermain, jari anda akan merasa sakit dan ia akan lebih ketara setelah beberapa minggu bermain kerana hujung jari anda dalam proses mengeras kerana tekanan yang terlalu lama. Ianya akan kelihatan teruk sehingga kulit boleh dikopek. Apabila anda sudah lama bermain gitar, kulit mati akan berkurangan dan jari anda akan menjadi keras. Kalau anda seorang perempuan dan risaukan tangan anda menjadi keras janganlah takut sangat, sapu sahaja losyen  Kemudian anda juga mungkin akan mengalami masalah terseliuh pada pergelangan tangan anda. Ianya merupakan antara perkara biasa yang berlaku ketika bermain gitar. Jika anda mengalami masalah ini, anda perlulah berehat sebentar. Mungkin ianya disebabkan oleh anda bermain dengan terlalu lama. Apapun, jangan jadikan masalah ini sebagai penghalang untuk anda bermain gitar. Teruskan berlatih sehingga anda mahir. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 18. 17 1.8 Soalan Lazim Dari Newbie S: Adakah saya perlu mempunyai gitar sendiri? J: Terpulanglah kepada anda. Untuk mahir bermain gitar anda perlulah selalu berlatih. Jika anda hanya bermain seminggu sekali dirumah kawan anda, ianya memerlukan masa yang lama untuk anda mahir. Nasihat saya, belilah satu gitar sendiri yang murah atau second hand untuk memudahkan anda belatih. S: Apakah cara terbaik untuk berlatih? J: Cara terbaik untuk berlatih adalah dengan mengekalkan konsistensi latihan. Cuba luangkan masa setiap hari untuk berlatih agar anda boleh mahir dengan cepat. Latihan yang berterusan contohnya 5 hingga 10 minit sehari, 7 hari seminggu, adalah lebih baik daripada anda berlatih selama 2 hingga 3 jam hanya pada hari ahad. S: Berapa lama harus saya berlatih? J: Ada sesetengah orang yang boleh mahir dengan cepat tetapi ada juga yang memerlukan masa yang lama untuk mahir. Jadi, ianya banyak bergantung kepada individu tersebut. Walau apapun kemampuan anda, saya syorkan anda berlatih paling kurang 10 hingga 15 minit setiap hari. Dengan latihan kerap ianya lebih mudah untuk mengingati apa yang anda pelajari. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 19. 18 S: Berapa lama baru saya boleh bermain lagu? J: Anda sudah boleh bermain lagu-lagu asas dalam masa 4 hingga 5 jam melalui latihan yang dibuat dalam masa seminggu. Pada permulaan mungkin ia tidak sempurna, tetapi anda akan dapat mengenal pasti lagu-lagu yang anda mainkan melalui melodi yang dihasilkan. Kira ok la tu... Apa yang dapat saya kataan adalah, berapa lama masa yang diperlukan untuk anda dapat bermain lagu-lagu asas adalah bergantung pada kesungguhan untuk anda berlatih. S: Apakah caranya supaya saya dapat bermain dengan cepat? J: Saya telah menyediakan banyak tips agar anda dapat bermain dengan cepat dan baik di dalam buku ini. Di harap anda dapat membaca dan mempraktikkan apa yang telah diterangkan. S: Adakah dengan mempunyai kemahiran bermain gitar dengan penuh gaya boleh menaikkan “saham” saya sekaligus dapat tackle Awek(s) dengan mudah? J: Errr.... Minta maaf saya cuma mengajar anda bagaimana untuk bermain gitar! Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 20. 19 1.9 Cara Menggunakan Panduan Panduan yang diberikan di dalam buku ini adalah berturut-turut mengikut tahap perkembangan anda. Untuk memudahkan anda, saya telah aturkan satu persatu aliran (flow) yang perlu anda ikuti untuk mahir bermain gitar. Anda perlu belajar mengikut turutan ini untuk memudahkan anda cepat mahir dalam bermain gitar. Anda dinasihatkan untuk belajar mengikut “pace” ataupun kemampuan anda. Apa yang saya aturkan sudah dirangka supaya anda mahir dalam masa yang singkat tetapi jikalau anda merasakan ianya terlalu laju, saya nasihatkan anda habiskan terlebih dahulu tajuk yang diberikan sehingga mahir sebelum anda ke tajuk seterusnya. Anda mungkin menganggap bermain gitar itu sukar, apatah lagi bermain satu lagu penuh. Tetapi tahukah anda, cara terbaik untuk mahir dalam bermain gitar adalah dengan berlatih bermain mengikut lagu? Ya, dengan bermain mengikut lagu dapat membantu anda mengingati kord dengan lebih cepat. Lebih baik lagi jika anda dapat menyanyi atau “humming” sekali untuk memastikan note anda “masuk” dan supaya anda biasa dengan bunyi note-note yang dihasilkan. Rujuk laman web gitar seperti Mykord.com dan ultimate-guitar.com untuk senarai lagu yang anda boleh mainkan. Ok, cukuplah berceloteh. Sekarang tibalah masanya anda belajar cara-cara untuk bermain gitar dalam masa yang singkat. Selamat berjaya! Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 21. 20 Bab 2: Asas Bermain Gitar Saya pasti sekarang anda sudah mempunyai gitar di tangan anda, tetapi nanti dulu! Sebelum anda mula memetik gitar adalah penting untuk anda mempelajari beberapa asas bermain gitar. 2.1 Cara Memegang Pick Pick perlulah dipegang dengan kemas bagi memastikan kelancaran permainan. Ianya juga dapat memastikan pick anda tidak terjatuh semasa bermain gitar. Tetapi janganlah pula anda memegangnya dengan terlampau kejap bagi mengelakkan ketegangan pada tangan anda sehingga boleh menyebabkan bunyi tidak sekata dan konsisten. Memadai dengan memegang dengan lembut, anda dapat menghasilkan bunyi yang lebih baik. Melalui gambar dibawah saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk memegang pick dengan betul bagi membolehkan anda bermain dengan baik dan lancar. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 22. 21 Cara Memegang Pick Gambar 1 Gambar 2 Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 23. 22 2.2 Pengenalan Kepada Kord Seorang pemain gitar akan menggunakan pelbagai kord untuk menghasilkan sesebuah lagu. Sebuah kord secara am nya adalah 2 hingga 3 atau lebih note yang dimainkan secara serentak. Untuk lebih jelas, saya ingin tunjukkan anda sebuah diagram kord. Diagram kord ini disediakan bagi menunjukkan kepada anda bagaimana sesebuah kord itu dimainkan. Gambar dibawah merupakan sebuah gambar diagram kord. Cuba lihat persamaanya dengan gitar anda. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 24. 23 Ok sekarang saya rasa anda sudah tahu bagaimana rupa diagram kord dan bagaimana ia menyamai neck gitar anda. Seperti yang saya katakan tadi, sebuah kord merupakan gabungan 2 hingga 3 atau lebih note yang dimainkan secara serentak. Fahami nombor untuk jari anda seperti dibawah supaya anda ketahui note yang harus di tekan dan dimainkan. Nombor-nombor tersebut akan diletakkan di diagram kord bagi memudahkan anda memahami jari yang mana harus diletakkan dan ditekan di tali gitar anda. Apa kata anda lihat pada tangan kiri anda sekarang; Setap jari yang aktif dalam penghasilan kord akan diberikan nombor bagi memudahkan anda. Sekarang lihat pada diagram kord dibawah. Pada contoh kali ini kita akan cuba menghasilkan kord Aminor; Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 25. 24 Pada diagram kord diatas kita boleh lihat kord Aminor menggunakan jari bernombor 1, 2 dan 3. Lihat bagaimana diagram kord tersebut dan bandingkan dengan gambar diatas. Anda juga pasti tertanya-tanya apakah maksud “X” dan “O” pada diagram kord itu. “X” bermakna tali tersebut tidak dimainkan (mute) manakala “O” bermaksud tali tersebut harus dimainkan. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 26. 25 2.3 Pengenalan Kepada Strum Strum adalah tindakan dimana anda menggunakan kuku atau pick untuk mengeluarkan bunyi yang sekata pada tali yang perlu dimainkan. Pada strum terdapat dua jenis stroke iaitu up stoke dan down stroke (strum ke atas dan strum ke bawah). Melalui buku ini kita akan mengikuti lambang seperti dibawah untuk corak strum. Ini cuma proses pengenalan sahaja, pada bab seterusnya saya akan berikan beberapa contoh corak strum yang boleh anda gunakan untuk mempelbagaikan teknik permainan anda. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 27. 26 Sedikit tips strumming • Jika anda bermain gitar akustik pastikan anda strum tepat pada lubang gitar (hole) • Pastikan semua tali gitar berbunyi dengan baik. • Pastikan bunyi strum anda, sama ada strum ke atas atau bawah (upstroke or downstoke), menghasilkan kekuatan bunyi yang sama. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 28. 27 Bab 3: Bermain Kord Asas Sekarang adalah masa yang di nanti-nantikan oleh semua. Bagaimana untuk bermain kord gitar. Kebanyakkan lagu-lagu hits boleh dimainkan menggunakan kord-kord asas dan jika anda ingin mula bermain lagu hits anda haruslah mahir dan menghafal kord-kord yang diberikan. Melalui panduan ini saya akan berikan kord-kord asas yang boleh anda pelajari. Bermain Kord-kord ini terlebih dahulu penting kerana ia dapat membantu anda membiasakan jari anda menekan tali dengan baik supaya anda dapat bersedia untuk bermain kord-kord yang lebih sukar. Di akhir setiap kumpulan kord yang di ajar saya syorkan anda mencari kord-kord gitar lagu yang sesuai yang boleh anda mainkan untuk memudahkan anda mengingati kord-kord tersebut (boleh semak laman web mykord.com atau ultimateguitar.com). 3.1 Kord Asas 1 Kord pertama yang akan kita pelajari adalah kord E, A dan D. Ini merupakan diantara kord termudah yang anda boleh mainkan. Saya syorkan anda berlatih tiga kord ini sehingga anda hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord seterusnya. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 29. 28 Kord E Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 30. 29 Kord A Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 31. 30 Kord D Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 32. 31 3.2 Kord Asas 2 Kumpulan kord kedua yang akan kita pelajari adalah kord C, F dan G. Kord ini memerlukan anda meregangkan jari anda jauh sedikit daripada kumpulan kord yang pertama. Seperti tadi juga, saya syorkan anda berlatih tiga kord ini sehingga anda hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord seterusnya. Jom kita mulakan! Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 33. 32 Kord C Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 34. 33 Kord F Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 35. 34 Kord G Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 36. 35 3.3 Kord Asas 3 Kumpulan kord ketiga yang akan kita pelajari adalah kord A minor, E minor dan D minor. Seperti tadi juga saya syorkan anda berlatih tiga kord ini sehingga anda hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord seterusnya. Mula! Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 37. 36 Kord A Minor Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 38. 37 Kord E Minor Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 39. 38 Kord D Minor Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 40. 39 3.4 Kord Asas 4 Kumpulan kord keempat yang akan kita pelajari adalah kord B, C# minor (disebut C sharp minor) dan F# minor (disebut F sharp minor). Ianya lebih sukar sedikit dari kord-kord yang saya berikan sebelum ini. Seperti tadi juga saya syorkan anda berlatih tiga kord ini sehingga anda hafal dan mahir sebelum anda pergi ke kord seterusnya. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 41. 40 Kord B Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 42. 41 Kord C#minor Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 43. 42 Kord F#minor Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 44. 43 3.5 Kord Asas 5 Kumpulan kord kelima yang akan kita pelajari adalah kord B minor, F#, Fm, G minor dan Bb (atau A# ataupun disebut A Sharp). Ianya merupakan kord yang sukar untuk dimainkan. Berlatih lima kord ini sehingga anda hafal dan mahir. Dengan menghafal kesemua kord dalam kord asas ini anda boleh bermain hampir apa sahaja lagu yang anda mahukan. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 45. 44 Kord B minor Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 46. 45 Kord F# Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 47. 46 Kord Fm Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 48. 47 Kord Gm Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 49. 48 Kord Bb (A#) Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 50. 49 3.6 Ada berapa jenis kord? Terdapat beratus jenis kord gitar. Setiap jenis kord contohnya G dapat dimainkan dengan pelbagai cara. Ianya juga ada beberapa variasi contohnya seperti G7 dan sebagainya. Walaupun terdapat beratus jenis kord anda dapat bermain kebanyakkan lagu hanya dengan mempelajari kord-kord asas yang diberikan. Seperti yang saya terangkan di atas, anda tidak perlu mengetahui semua jenis kord yang ada untuk membolehkan anda bermain gitar. Cukuplah dengan mempelajari kord asas seperti yang diterangkan sebelum ini. Saya tidak akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ratusan kord gitar yang ada. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kord-kord lain saya syorkan anda melawat lamanlaman web ini: • http://www.all-guitar-chords.com/ • http://chordfind.com/ • http://www.looknohands.com/chordhouse/guitar/index_db.html • http://www.8notes.com/guitar_chord_chart/ Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 51. 50 Bab 4: Strumming Strumming adalah tindakan di mana anda menggunakan tangan kanan untuk menghasilkan bunyi pada gitar anda. Strumming berbeza dengan plucking ataupun scaling dimana plucking adalah dimana anda memetik gitar dan scaling pula adalah “menggoreng” gitar (maaf tiada perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu). Mencari rentak dan mendapatkan corak strum mungkin mejadi kesukaran bagi yang baru bermula. Jika anda bertanya kepada saya bagaimanakah caranya untuk anda strum mengikut lagu yang anda mahukan, saya akan syorkan dua perkara; sama ada anda dengar corak strumming yang digunakan pada rakaman lagu tersebut ataupun cuba cari sendiri mengikut kesesuaian lagu tersebut. Melalui bab ini saya akan berikan beberapa idea strum yang anda boleh gunakan. Saya berharap ianya berguna untuk anda mendapatkan corak dan rentak strum yang anda mahukan. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 52. 51 4.1 Corak Strum Terdapat pelbagai cara untuk strum gitar anda Seperti yang anda baca sebelum ini, anda boleh menggunakan kuku ataupun pick untuk menghasilkan bunyi pada gitar anda. Berikut merupakan beberapa contoh corak strum yang anda boleh gunakan untuk bermain gitar. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 53. 52 Corak Strum 1: Corak Strum 2: Corak Strum 3: Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 54. 53 Corak Strum 4: Sebenarnya terdapat bermacam corak yang digunakan dalam strumming. Ini merupakan sebahagian daripada corak asas yang mudah di pelajari. Semakin lama anda bermain gitar semakin mudah anda dapat menghasilkan sendiri strum anda apabila bermain sesebuah lagu. Apa yang anda perlukan adalah latihan, latihan dan latihan! Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 55. 54 Bab 5: Scaling/Lead Dalam tajuk kali ini saya akan ajarkan anda asas kepada scaling/lead atau “menggoreng” gitar anda. Dalam ruangan ini saya akan mengajar anda cara bagaimana anda boleh membaca scale pada tab guitar yang anda boleh dapatkan secara online atau buku-buku tab. Berikut merupakan satu contoh tab yang saya ambil dari laman web www.ultimate-guitar.com bertajuk Stairway to Heaven oleh Led Zeppelin: E-------5-7-----7-|-8-----8-2-----2-|-0---------0-----|---------------| B-----5-----5-----|---5-------3-----|---1---1-----1---|-0-1-1---------| G---5---------5---|-----5-------2---|-----2---------2-|-0-2-2---------| D-7-------6-------|-5-------4-------|-3---------------|---------------| A-----------------|-----------------|-----------------|-2-0-0--0-/8-7-| E-----------------|-----------------|-----------------|---------------| Anda mungkin berfikir, “Eh, bukan ke tadi saya belajar jari yang aktif ada empat jer? Macam mana nombor dia boleh ada sampai nombor 8?” Sebenarnya diagram kord dengan tab adalah berbeza. Seperti yang anda lihat di atas, ianya adalah diagram tab untuk bermain scaling atau lead. Cara membaca diagram di atas adalah dari kiri ke kanan. Seperti yang anda lihat susunannya adalah mengikut tali gitar anda di mana baris yang paling bawah adalah tali E (yang paling tebal) diikuti dengan A, D, G, B dan E. Nombor-nombor yang anda lihat pada diagram di atas pula adalah nombor fret yang anda harus tekan. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 56. 55 Jadi jika anda ingin bermain lagu diatas apa yang anda perlu lakukan adalah membaca dari kiri ke kanan dan tekan fret mengikut tali dan susunannya. Jika mengikut contoh diatas fret pertama yang anda tekan adalah fret ke 7 pada tali D, diikuti dengan fret ke 5 pada tali G, kemudian fret ke 5 pada tali B dan begitulah seterusnya. Saya harap anda faham dengan penerangan ringkas yang saya berikan. Bermain lead agar sukar dan untuk bermain scaling atau lead dengan baik memerlukan latihan yang kerap. Sebagai latihan anda bolehlah pilih mana-mana tab lagu yang anda mahu kemudian mulakan dari situ. Dengan latihan yang kerap anda dapat membiasakan jari anda dan dapat mengingati aturan pergerakan jari anda dengan mudah. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 57. 56 Bab 6: Latihan Jari Selain daripada berlatih mengingati kord-kord gitar anda juga boleh melakukan latihan pada jari anda bagi menguatkan lagi cengkaman ketika menekan kord atau semasa bermain scale. Ini penting agar bunyi yang dihasilkan jelas dan lancar. Anda juga boleh lakukan latihan yang dapat membantu anda meningkatkan kepantasan jari anda menukar kord dan bermain scale. Dalam bab kali ini saya akan mengajarkan anda beberapa latihan jari yang anda boleh gunakan untuk menguatkan jari anda dan meningkatkan kepantasan dalam bermain gitar. 6.1 Latihan Kekuatan Jari Melalui latihan ini anda dapat menguatkan jari anda yang dapat membantu anda ketika menekan kord atau scaling bagi menghasilkan bunyi yang lebih baik. Ianya juga membantu anda untuk menghasilkan kord-kord yang sukar di mana anda harus gunakan keempat-empat jari anda (jari kelingking selalunya yang paling lemah). Berikut merupakan satu latihan yang boleh anda cuba untuk menguatkan jari-jari anda dalam bermain gitar; Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 58. 57 Langkah 1 Langkah pertama adalah dengan meletakkan dan menekan keempat jari anda pada tali E (paling tebal). Cuba letakkan jari anda di fret yang pendek bagi memudahkan anda memposisikan jari contohnya fret ke-7. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 59. 58 Langkah 2 Langkah kedua anda perlu mengangkat jari pertama dan ketiga dan teruskan menekan tali gitar menggunakan jari kedua dan keempat. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 60. 59 Langkah 3 Langkah ketiga anda perlu mengangkat jari kedua dan keempat dan menekan tali gitar menggunakan jari pertama dan ketiga. Ulang seberapa banyak yang mungkin. Latihan ini nampak senang. Tetapi jika anda mencuba sendiri anda dapat rasakan betapa sukarnya untuk melakukannya lebih-lebih lagi bagi seorang newbie. Apa yang saya syorkan adalah cuba dengan perlahan lahan dan apabila anda sudah biasa dengan dengan latihan ini tingkatkan kelajuan jari anda. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 61. 60 6.2 Latihan Menukar Kord Dengan Cepat Bagi anda yang baru mula belajar bermain gitar pasti sukar rasanya untuk menukar kord dengan baik. Ini kerana jari anda mungkin masih lembut dan tidak biasa dengan pergerakan kord-kord tersebut. Untuk memastikan jari anda menjadi lebih senang menukar kord dengan pantas, anda haruslah membuat latihan yang kerap. Antara cara yang paling mudah untuk memastikan anda dapat menukar kord dengan baik adalah dengan dengan membuat latihan menukar kord, caranya begini; Pilih dua kord yang anda tahu, kemudiannya cuba menukar-nukar antara kedua kord tersebut. Katakan anda tahu kord Am dan Dm, cuba anda tukar dari Am ke Dm, kemudian ulangi semula berulang-ulang kali. Dengan cara ini anda dapat membiasakan jari anda menukar kord-kord tersebut. Apabila anda sudah semakin mahir, cuba gunakan latihan ini kepada kumpulan kord yang lain pula. Apabila anda sudah semakin mahir menukar dua kord dalam latihan anda, cuba anda berlatih menukar kord sambil strum gitar anda. Mulakan dari kord pertama; strum 5 kali kemudian tukar ke kord kedua dan strum lagi 5 kali. Lakukan berulang-ulang kali sehingga anda mahir. Jika anda dapati masih sukar untuk menukar kord, cuba kaji dimana silapnya anda dengan melihat jari anda bergerak. Pastikan jari anda bergerak dan diletakkan satu persatu. Janganlah anda menukar kord dengan meletakkan kesemua jari anda serentak. Katakan anda ingin menukar kepada kord Am, pertama letakkan jari telunjuk anda (jari 1) kemudian jari hantu (jari 2) dan akhir sekali jari manis (jari 3). Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 62. 61 Cuba bayangkan secara visual pergerakan jari anda di dalam fikiran anda. Fikirkan satu jari pada satu masa, di mana ia sepatutnya diletakkan. Pada permulaan latihan menukar kord ini anda tidak perlu meletakkan tekanan yang terlalu tinggi kepada tali gitar anda. Cukuplah sekadar menyentuh tali gitar sahaja menggunakan jari anda untuk mendapat “feel” bagaimana anda dapat menukar kord dengan mudah. Tujuan anda membuat latihan ini adalah untuk membiasakan jari anda, jadi tekanan yang berlebihan tidak diperlukan. Akhir sekali cuba lakukan latihan ini dengan tenang. Jangan terlalu stress dengan latihan anda. Buat latihan regangan pada jari anda bagi memastikan ianya relaks barulah anda mulakan latihan anda. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 63. 62 Penutup Akhirnya kita sudah sampai ke penghujung. Di dalam panduan ini saya telah memberikan anda banyak panduan asas untuk bermain gitar. Dengan panduan ini, sudah cukup untuk anda mahir bermain gitar dengan baik. Di harap ianya benarbenar dapat membantu anda bermain gitar dengan cepat dan mudah. Anda telah pun mengetahui beberapa asas bermain gitar sekarang tiba masanya untuk anda membaiki dan menyempurnakan apa yang anda pelajari. Cuba pelajari kord-kord baru seperti dalam diagram kord dan cuba hafal kord-kord tersebut. Anda mungkin boleh belajar lebih lanjut untuk memantapkan lagi skill anda di dalam permain gitar, buku ini hanya memberikan anda “kickstart” untuk bermula, terpulanglah pada anda bagaimana anda hendak gunakan ilmu anda itu. Untuk meningkatkan lagi teknik bermain gitar anda, saya syorkan anda meluangkan sedikit masa untuk bermain gitar setiap hari. Ambil masa sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk memperbaiki teknik anda. Pastikan juga bunyi yang dihasilkan melalui strumming anda jelas dan lancar. Ingat hanya dengan berlatih anda dapat mahir dalam bermain gitar. Tiada satu pun panduan di dunia ini yang boleh memberikan anda kemahiran dalam sesuatu perkara kecuali kesungguhan anda untuk berlatih, berlatih dan terus berlatih. Copyright © www.BelajarGitar.com
  • 64. 63 Sampai disini sahaja daripada saya. Diharap anda dapat menggunakan segala apa yang dipelajari dengan sebaik-baiknya. Kita jumpa lagi di lain masa. Selamat Berjaya! Tengku Nuruddeen & Shamsul Bahari www.belajargitar.com www.mykord.com TAMAT Copyright © www.BelajarGitar.com