SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Download to read offline
LM 2025
BAHASA MELAYU KERJAYA (PERNIAGAAN)
TEMA: JUALAN PRODUK
SYARIKAT: KEMBANG KASTURI SDN BHD
JENAMA: MEKAR (PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN)
SLOGAN: SURI, SUCI & SEMULA JADI
SEKSYEN 3
AHMAD FIKRI RIDZUAN BIN MOHAMED SOOUDIN 1423045
AFIFAH NABILAH BINTI MOHAMAD SAFEI 1321976
NUR LIYANAA AQMAL BINTI ABD RAHMAN 1319912
SITI NURAFIQAH BADJENID BINTI ABDUL HAMID 1423326
NOORFAIZAH BT YUSOFF 1234784
NUR ATHIRAH BINTI MOHD SALEH 1421162
PEMERIKSA: PUAN M MASCITAH MANSOR
SEMESTER 3, 2014/2015
~ 2 ~
ISI KANDUNGAN
1. RINGKASAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN ....................................................... 3
2. PENGENALAN ............................................................................................................... 4
3. TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN ................................... 5
4. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN ....................................................................6 - 8
5. LATAR BELAKANG PEMILIK ...........................................................................9 - 14
6. RANCANGAN ORGANISASI/PENGURUSAN .................................................15 - 21
7. RANCANGAN PEMASARAN .............................................................................21 - 29
8. RANCANGAN OPERASI .....................................................................................30 - 31
9. RANCANGAN KEWANGAN ..............................................................................32 - 33
10. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK ...................................................................... 33
11. RUMUSAN/JUSTIFIKASI ........................................................................................ 34
12. LAMPIRAN .....................................................................................................................i
~ 3 ~
1.0 RINGKASAN KERTA KERJA PERNIAGAAN
Sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam bidang kosmetik, Kembang Kasturi Sdn.
Bhd. menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang sesuai untuk semua
peringkat umur. Untuk pengetahuan umum, bidang kosmetik merupakan satu bidang yang
sedang meningkat naik pada masa kini dengan memonopoli pasaran sebagai salah satu
industri yang mendatangkan hasil jualan yang tertinggi saban tahun. Oleh itu, syarikat ini
mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berkembang dek permintaan yang sangat tinggi
daripada pengguna terhadap produk kesihatan dan kecantikan. Perancangan di bawah
menjelaskan tentang strategi pemasaran dan analisis kewangan bagi syarikat kembang Kasturi
Sdn. Bhd.
~ 4 ~
2.0 PENGENALAN
Kembang Kasturi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perkongsian di antara enam
orang pekongsi iaitu Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin, Siti Afiqah Badjenid Binti
Abdul Hamid, Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman, Afifah Nabilah Binti Mohamad Safei,
Nur Athirah Binti Mohd Saleh dan Noor Faizah Binti Yusoff.
Syarikat Kembang Kasturi Sdn Bhd secara khususnya menghasilkan produk-produk
kosmetik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kami memilih untuk menceburi bidang
kosmetik ini kerana permintaan terhadap produk-produk kosmetik semakin bertambah saban
tahun. Selain itu, bidang ini dipilih kerana terdapat banyak produk kosmetik di pasaran yang
boleh membawa kepada masalah kesihatan kepada pengguna –pengguna di luar sana.
Secara amnya, syarikat ini dilihat mempunyai potensi untuk berkembang kerana
permintaan terhadap produk-produk kosmetik berkembang dari tahun ke tahun. Selain itu,
pendedahan tentang kepentingan dermatologi dalam kehidupan seharian juga dilihat telah
berkembang di semua peringkat umur terutamanya golongan remaja dan dewasa.
Dengan penubuhan syarikat Kembang Kasturi Sdn Bhd ini sedikit sebanyak
diharapkan dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan ekonomi negara ini. Selain
itu, dengan penubuhan syarikat ini juga dapat membuka peluang pekerjaan terhadap rakyat
Malaysia seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran negara yang yang kian
runcing.
~ 5 ~
3.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan
perniagaan yang telah dirangka khas bagi menjalankan perniagaan penjualan produk-produk
kosmetik keluaran Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. Melalui kertas kerja ini, segala aspek
perkhidmatan, pengurusan, permasaran, dan kewangan akan dibentangkan dengan lebih
terperinci bagi memohon pembiayaan perniagaan daripada pihak Public Bank Sdn. Bhd.
Berjumlah sebanyak RM 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit Sahaja).
Selain itu, kertas kerja ini disediakan sebagai sebuah pelan pelaksanaan projek yang
akan menjadi garis panduan kepada pihak pengurusan dalam menguruskan perniagaan agar
syarikat ini dapat beroperasi dengan lebih cekap dan sistematik. Kertas kerja ini juga
bertujuan untuk meyakinkan para pelabur yang berpotensi untuk membuat pelaburan dan
menandatangani kontrak usaha sama jangka panjang dengan syarikat kami. Hal ini kerana,
kami telah menyediakan laporan kewangan syarikat dan menjelaskan dengan lebih terperinci
tentang modal–modal yang kami peruntukkan agar sebarang kekeliruan atau penyelewengan
modal tidak berlaku.
Maka, amatlah diharapkan agar penyediaan kertas kerja ini dapat meyakinkan mereka
yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rantaian operasi perniagaan Syarikat
Kembang Kasturi Sdn. Bhd. sama ada sebagai pelabur, pembekal atau pengedar produk
keluaran kami.
~ 6 ~
4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama syarikat : Kembang Kasturi Sdn. Bhd.
Alamat syarikat : No. 22 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur
Nombor telefon : 011-25376893
Nombor faks : 03-61155891
Alamat e-mel : inquiry@kembangkasturi.com
Laman sesawang : www.kembangkasturi.com
Bentuk syarikat : Perkongsian
No. daftar perniagaan : K002884735-M
Tarikh daftar perniagaan : 21 Jun 2013
Tarikh mula berniaga : 15 Jun 2013
Aktiviti perniagaan : Pengeluar dan pengedar produk keantikan dan kesihatan
jenama Mekar
Nama bank : Public Bank Sdn Bhd
Nombor akaun : 1201919384938323
Jenis Akaun : Akaun Semasa
Status Perniagaan : Sendirian Berhad
Setiausaha Syarikat : Afifah Nabilah Binti Mohamad Safei
Pegawai Kewangan : Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman
~ 7 ~
4.1 LOGO
4.2 MOTO
Suri, suci dan semula jadi
Kembang Kasturi ialah
nama syarikat kami.
Simbol ini mempunyai dua maksud:
1) Daun bermaksud syarikat kami menggunakan bahan
semula jadi untuk menghasilkan produk kami.
2) Bunga berbentuk wajah wanita ini melambangkan
bidang syarikat kami iaitu bidang kosmetik.
Bunga Kasturi
ini ialah simbol
kepada nama
syarikat kami
iaitu Kembang
Kasturi.
Perkataan Suri, Suci & Semula jadi
ini ialah motto syarikat kami.
~ 8 ~
4.3 MISI
 untuk menghasilkan keuntungan sebanyak 55% pada suku pertama tahun
2015.
 meraih keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap produk kami
dengan menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang
memberikan kesan yang sangat positif kepada pengguna.
 memperkenalkan produk kosmetik jenama Mekar di pasaran Malaysia.
4.4 VISI
 untuk menjadi pengeksport dan pengeluar terbesar di semenanjung
Malaysia.
 menjadikan Mekar sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di
rantau Asia Tenggara.
 menguasai pasaran produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia.
 Meluaskan pasaran produk ke negara-negara di Asia Tenggara seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan China.
~ 9 ~
5.0 LATAR BELAKANG AHLI LEMBAGA PENGARAH
AHLI LEMBAGA PENGARAH 1
Nama : Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin
Jawatan : Ketua Pengarah Eksekutif
Alamat tetap : Lot 5595, Lorong Pelindung Maju 1, Jalan Beserah,
26100 Kuantan, Pahang
Nombor telefon : 014-5012836
Alamat e-mel : fikri.sooudin@gmail.com
Nombor kad pengenalan : 850111065667
Tarikh lahir : 11 Januari 1985
Umur : 29 Tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status Perkahwinan : Bujang
Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), University of
Auckland, New Zealand (2004-2008)
Pengalaman Bekerja : Pembantu Pegawai Kewangan Syarikat Carinno Sdn Bhd,
Subang Jaya, Selangor (2008-2010)
: Pengurus Kewangan Syarikat – Shin Etsu (M) Sdn Bhd,
Shah Alam, Selangor (2010-2013)
~ 10 ~
AHLI LEMBAGA PENGARAH 2
Nama : Afifah Nabilah binti Mohamad Safei
Jawatan : Setiausaha
Alamat tetap : Lot 4381, Jalan SK Amer, Kampung Amer,
22200 Besut, Terengganu
Nombor telefon : 011-19495947
Alamat e-mel : afifahnabilah.safei@gmail.com
Nombor kad pengenalan : 891213115536
Tarikh lahir : 12 Disember 1989
Umur : 26 Tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status Perkahwinan : Bujang
Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2008-2011)
Pengalaman Bekerja : - Pembantu Tadbir Separuh Masa di pejabat
Entrepreneurship Development Club (EDC), UIAM
(2010-2011)
- Pembantu Peribadi kepada Ketua Pengarah Eksekutif
Syarikat Impian Bestari Enterprise, Kuala Lumpur
(2012-2014)
~ 11 ~
AHLI LEMBAGA PENGARAH 3
Nama : Siti Nurafiqah Badjenid binti Abdul Hamid
Jawatan : Pegawai Operasi
Alamat tetap : 10, Jalan 1/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Nombor telefon : 016-4567802
Alamat e-mel : afianur@gmail.com
Nombor kad pengenalan : 900607145042
Tarikh lahir : 7 Jun 1990
Umur : 25 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status perkahwinan : Bujang
Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian), UITM 2013
Pengalaman kerja : Guru ganti subjek perdagangan, SMKA Al-Irshad 2013-2014
~ 12 ~
AHLI LEMBAGA PENGARAH 4
Nama : Noor Faizah binti Yusoff
Jawatan : Pegawai Pengurusan Sumber Manusia
Alamat tetap : Kg. Beris Panchor, 16020, Tawang, Bachok Kelantan.
Nombor telefon : 014-5057106
Alamat e-mel : faizahsoffie@gmail.com
Nombor kad pengenalan : 920310-03-5690
Tarikh lahir : 10 Mac 1992
Umur : 23 Tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status perkahwinan : Bujang
Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2009-2012)
Pengalaman kerja : Pembantu Pegawai Pentadbiran,
Syarikat MZA Holdings (2012-2014)
~ 13 ~
AHLI LEMBAGA PENGARAH 5
Nama : Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman
Jawatan : Pegawai Kewangan
Alamat tetap : No.22, Block C, Lestari Apartment, No. 1, Jalan PJU 10/1B,
PJU 10, Damansara Damai, 47830 Sungai Buloh,
Petaling Jaya, Selangor
Nombor telefon : 014-5169122
Alamat e-mel : liyanaa.aqmal@gmail.com
Nombor kad pengenalan : 880402-06-5394
Tarikh lahir : 02 April 1988
Umur : 27 Tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status perkahwinan : Bujang
Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2007-2010)
Pengalaman kerja : Pengurus Kewangan Syarikat Perkapalan Sendayu Sdn. Bhd.
(2010-2015)
~ 14 ~
AHLI LEMBAGA PENGARAH 6
Nama : Nur Athirah binti Mohd Saleh
Jawatan : Pegawai Pemasaran
Alamat tetap : No.13, Jalan Jana Mulia Dua, Taman Jana Mulia,
34600, Kamunting, Perak
Nombor telefon : 013-4388749
Alamat e-mail : athirahsaleh@yahoo.com
Nombor kad pengenalan : 900906085426
Tarikh lahir : 6 September 1990
Umur : 25 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status perkahwinan : Bujang
Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran,
Universiti Antarabangsa INTI (2009-2012)
Pengalam kerja : Pembantu Pegawai Pemasaran, Syarikat M&M Sdn. Bhd.,
Butterworth, Pulau Pinang (2012-2015)
~ 15 ~
6.0 RANCANGAN PENTADBIRAN
6.1 PENTADBIRAN
Kembang Kasturi Sdn. Bhd. Diketuai oleh pemegang saham terbesar syarikat iaitu
Encik Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin selaku Ketua Pengarah Eksekutif. Beliau
dibantu oleh seorang setiausaha iaitu Cik Afifah Nabilah bt Mohamad Safei yang juga
merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat.
Pentadbiran syarikat dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bahagian Kewangan,
Bahagian Pemasaran, Bahagian Operasi dan Bahagian Sumber Manusia. Setiap bahagian
diketuai oleh pegawai masing-masing, yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah syarikat.
Bahagian kewangan diketuai oleh Cik Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman selaku pegawai
pemasaran, Bahagian Pemasaran diketuai oleh Cik Nur Athirah binti Mohd Saleh selaku
pegawai pemasaran, Bahagian Operasi diketuai oleh Cik Siti Nurafiqah Badjenid binti Abdul
Hamid selaku pegawai operasi dan Bahagian Sumber Manusia diketuai oleh Cik Noor Faizah
binti Yusoff selaku pegawai pengurusan sumber manusia.
~ 16 ~
6.2 CARTA ORGANISASI
6.3 SENARAI JAWATAN DAN BILANGAN PEKERJA
Bil. Jawatan Bilangan Pekerja
1 Ketua pegawai eksekutif 1
2 Penolong ketua pegawai eksekutif 1
3 Setiausaha 1
4 Pegawai kewangan 1
5 Pegawai pemasaran 1
6 Pegawai operasi 1
7 Pegawai pengurusan sumber manusia 1
8 Pembantu pegawai setiap bahagian 4
9 Pengurus kilang 1
10 Pekerja kilang 5
11 Penjaga kilang 1
Ketua Pegawai Eksekutif
Ahmad Fikri Ridzuan b. Mohamed Sooudin
Setiausaha
Afifah Nabilah bt. Mohamad Safei
Pegawai Kewangan
Nur Liyanaa Aqmal bt. Abd Rahman
Pegawai Pemasaran
Nur Athirah bt. Mohd Saleh
Pegawai Operasi
Siti Nurafiqah Badjenid bt. Abdul Hamid
Pegawai Pengurusan Sumber Manusia
Noor Faizah binti Yusoff
~ 17 ~
6.4 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS
Jawatan Tanggungjawab
Ketua Pegawai Eksekutif  mengawal dan memberi arahan kepada pekerja
bawahan.
 memastian operasi syarikat berjalan dengan lancar.
 meyakinkan pelabur dan menandatangani kontrak
usaha sama dengan pelabur.
Penolong Ketua Pegawai Eksekutif  membantu ketua pegawai eksekutif menjalankan
tugas-tugas berkaitan dengan syarikat.
 membincangkan dan membuat perancangan
perniagaan syarikat bersama-sama dengan ketua
pegawai eksekutif.
 menguruskan hal-hal berkaitan dengan kelancaran
operasi syarikat.
Setiausaha  menyediakan minit mesyuarat dan kertas kerja
syarikat.
 memastikan surat permohonan dan kertas kerja
siap dan dihantar tepat pada tarikh yang diberikan.
 membuat dan menghantar surat permohonan dan
surat-surat rasmi syarikat kepada pihak berkenaan.
 terlibat dengan pentadbiran syarikat secara
keseluruhannya dengan membantu ketua dan
penolong ketua pegawai eksekutif menguruskan
hal-hal rasmi syarikat.
Pegawai Kewangan  menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat
agar selaras dengan apa yang dirancang.
 melakukan urusan pembahagian keuntungan,
penyata untung rugi, penyata pendapatan, dan
penyata kira-kira.
 bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan
menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk
dijadikan modal pusingan dan urusan lain yang
berkaitan dengan perniagaan.
Pegawai Pemasaran  memastikan hasil keluaran produk memenuhi
citarasa pelanggan.
 menyelia urusan promosi serta menghebahkan
kepada orang ramai tentang syarikat.
 mengeluarkan tanda pengenalan syarikat.
 memastikan pelanggan berpuas hati dengan mutu
perkhidmatan syarikat dan memastikan sasaran
~ 18 ~
pasaran harian dicapai.
Pegawai Operasi  memastikan keaadan kedai sentiasa bersih dan
kemas.
 merekod jualan harian.
 membuat penyata keperluan stok dan inventori.
Pegawai Pengurusan Sumber Manusia  menjaga kebajikan pekerja.
 mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya
dengan berkeasn.
 menyusun jadual dan menguruskan produktiviti
perniagaan.
Penolong Pegawai Kewangan  membantu pegawai kewangan memantau status
kewangan dan menyediakan laporan kewangan
syarikat.
Penolong Pegawai Pemasaran  membantu pegawai pemasaran membuat analisa
pasaran dan merancang pelan pemasaran.
Penolong Pegawai Operasi  membantu pegawai operasi memantau kelancaran
operasi syarikat dan merancang pelan operasi.
Penolong Pegawai Pengurusan
Sumber Manusia
 membantu pegawai pengurusan sumber manusia
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan
pekerja.
Pengurus Kilang  menguruskan hal-hal berkaitan dengan operasi
kilang.
 memantau pekerja kilang melakukan kerja mereka.
 memastikan mesin dan peralatan dalam keadaan
baik.
Pekerja Kilang  menghasilkan produk-produk syarikat dengan
menggunakan mesin dan peralatan yang telah
disediakan di kilang pembuatan.
Penjaga Kilang  menjaga kilang dengan sebaiknya.
 memastikan semua mesin dan peralatan yang ada
di kilang berada dalam keadaan selamat.
~ 19 ~
6.5 SENARAI IMBUHAN DAN GAJI PEKERJA
Bil Jawatan Gaji Bulanan
(RM)
SOCSO
(RM)
KWSP
(RM)
Jumlah
(RM)
1 Ketua Pegawai Eksekutif 5,828.00 62.00 310.00 6,200.00
2 Penolong Ketua Pegawai
Eksekutif
4,888.00 52.00 260.00 5,200.00
3 Setiausaha 3,384.00 36.00 180.00 3,600.00
4 Pegawai Kewangan 4,136.00 44.00 220.00 4,400.00
5 Pegawai Pemasaran 3,948.00 42.00 210.00 4,200.00
6 Pegawai Operasi 3,948.00 42.00 210.00 4,200.00
7 Pegawai Pengurusan Sumber
Manusia
3,948.00 42.00 210.00 4,200.00
8 Penolong Pegawai Kewangan 3,478.00 37.00 185.00 3,700.00
9 Penolong Pegawai Pemasaran 3,290.00 35.00 175.00 3,500.00
10 Penolong Pegawai Operasi 3,290.00 35.00 175.00 3,500.00
11 Penolong Pegawai Pengurusan
Sumber Manusia
3,290.00 35.00 175.00 3,500.00
12 Pengurus Kilang 2,632.00 28.00 140.00 2,800.00
13 Pekerja Kilang 1 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00
14 Pekerja Kilang 2 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00
15 Pekerja Kilang 3 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00
16 Pekerja Kilang 4 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00
17 Pekerja Kilang 5 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00
18 Penjaga Kilang 1,128.00 12.00 60.00 1,200.00
Jumlah sebulan 53,288.00 577.00 2,835.00 56,700.00
Jumlah setahun 639,456 6,924.00 34,020 680,400
BAYARAN IMBUHAN KEPADA PEKERJA
1) Cuti Sakit
 Pihak syarikat akan memberikan cuti bergaji dan rawatan percuma sekiranya
terdapat pekerja yang mengalami kecederaan atau kemalangan SEMASA bekerja.
2) Cuti Tahunan
 Pihak syarikat akan memberikan cuti tahunan kepada pekerja.
3) Kenaikan Gaji
~ 20 ~
 Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang baik akan diberikan kenaikan gaji.
Pekerja juga akan diberikan bonus pada hujung tahun bergantung kepada peratus
keuntungan yang diperoleh oleh syarikat.
4) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 Diwajibkan untuk menyertai KWSP bagi menjamin masa depan pekerja.
6.6 PERABOT DAN KELENGKAPAN PEJABAT
SENARAI KEPERLUAN AWAL
Bil Jenis Peralatan Kuantiti Harga Seunit
(RM)
Harga (RM)
1 Penghawa dingin 6 1,600.00 9,600.00
2 Jeriji keselamatan (pintu masuk) 2 2,000.00 4,000.00
3 Jeriji keselamatan (tingkap) 4 1,200.00 4,800.00
4 Cat dinding 2 190.00 380.00
5 Kertas dinding 5 79.00 395.00
6 Lampu 9 120.00 1,080.00
7 Karpet 1 1,200.00 1,200.00
Jumlah 21,455.00
SENARAI KEPERLUAN PERABOT
Bil Jenis Perabot Kuantiti Harga Seunit
(RM)
Harga (RM)
1 Meja kerja (bilik eksekutif) 2 1,300.00 2,600.00
2 Kerusi pusing (bilik eksekutif) 2 590.00 1,180.00
3 Set sofa (bilik eksekutif) 1 1,100.00 1,100.00
4 Meja pegawai 9 799.00 7,191.00
5 Kerusi pusing pegawai 9 290.00 2,610.00
6 Set sofa (ruang menunggu) 1 1,000.00 1,000.00
7 Rak dan kabinet (bilik eksekutif) 2 2,200.00 4,400.00
8 Kabinet fail 1 1,598.00 1,598.00
9 Rak buku 2 538.00 1,076.00
10 Kabinet dapur 1 3,598.00 3,598.00
11 Pemisah ruang kerja (Partition) 10 499.00 4,990.00
~ 21 ~
12 Mesin fotostat 2 1,095.00 2,190.00
13 Set komputer 12 1,500.00 18,000.00
14 Modem internet 1 400.00 400.00
15 Telefon 4 200.00 800.00
16 Mesin faks 1 450.00 450.00
17 Dispenser air 2 600.00 1,200.00
18 Pemanas air elektrik 2 120.00 240.00
19 Microwave 1 600.00 600.00
Jumlah 55,223.00
7.0 RANCANGAN PEMASARAN
7.1 ANALISIS PASARAN (SWOT)
Kekuatan Kelemahan
1. Produk berasaskan sumber yang halal
dan 100% bahan semula jadi.
2. Produk telah diuji oleh pakar
dermatologi dan disahkan selamat untuk
diguna.
3. 50% untung jualan produk akan
didermakan ke tabung kemanusiaan
Gaza dan Syria
1. Jenama yang baharu dan belum terkenal
dalam pasaran kosmetik di Malaysia.
2. Kekurangan tenaga kerja.
3. Produk masih dalam proses untuk
mendapatkan sijil pengiktirafan Halal
daripada JAKIM.
Peluang Ancaman
1. Permintaan yang tinggi terhadap produk
kesihatan dan kecantikan.
1. Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia.
2. Pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) di Malaysia.
3. Terdapat banyak syarikat yang berebut
peluang untuk menceburi bidang
kosmetik dan menghasilkan produk
kesihatan dan kecantikan.
~ 22 ~
1. KEKUATAN
Produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan oleh syarikat Kembang Kasturi
Sdn. Bhd. adalah dihasilkan dengan menggunakan sumber yang halal dan 100%
berasaskan bahan semula jadi. Produk kami telah pun disahkan tidak mengandungi bahan
kimia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain daripada mendapat pengesahan bebas daripada bahan kimia oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, produk kami juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan disahkan
selamat dan tidak berbahaya untuk digunakan. Di samping itu, 50% daripada untung
jualan produk akan didermakan kepada tabung kemanusiaan Gaza dan Syria.
2. KELEMAHAN
Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang boleh dikatakan
masih lagi baharu dalam bidang kosmetik. Syarikat kami juga mengeluarkan produk
menggunakan jenama kami sendiri iaitu Mekar. Jenama ini masih lagi baharu dalam
pasaran kosmetik dan belum dikenali ramai. Jadi, bagi mengatasi kelemahan ini, kami
telah pun membuat promosi besar-besaran dan mengedarkan risalah dan poster tentang
produk untuk menguar-uarkan tentang produk kami kepada orang ramai.
Oleh kerana syarikat kami masih baharu dan tidak mempunyai modal yang cukup
untuk mengupah pekerja yang ramai, jadi, kuantiti produk yang dapat dihasilkan pada
setiap bulan adalah sangat terhad. Oleh itu, kami membuat pilihan untuk mengupah
pekerja yang benar-benar produktif dan dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang
maksimum pada setiap bulan.
Di samping itu, produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan oleh syarikat
Kembang Kasturi Sdn. Bhd. masih belum mendapat sijil pengiktirafan Halal daripada
~ 23 ~
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Meskipun begitu, permohonan untuk
mendapatkan sijil Halal tersebut telah pun dibuat dan segala prosedur yang berkaitan telah
pun selesai diproses. Sijil Halal dijangka akan diterima dalam tempoh seminggu sahaja
lagi.
3. PELUANG
Kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan dalam
kehidupan harian mereka telah menyebabkan permintaan terhadap produk kesihatan dan
kecantikan semakin meningkat saban hari. Oleh yang demikian, peluang untuk syarikat
kami untuk kekal dalam bidang kosmetik ini adalah sangat tinggi. Malah, kami percaya
bahawa kami akan berhasil untuk mendapat pulangan modal yang tinggi dalam tempoh
beberapa bulan sahaja lagi. Selain itu, permintaan yang tinggi dan berterusan daripada
pelanggan juga membuka peluang kepada syarikat kami untuk mengeksport produk kami
dan memasuki pasaran kosmetik di luar negara pada masa hadapan.
4. ANCAMAN
Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia menyebabkan ramai pelanggan yang runsing dengan
status kewangan mereka. Hal ini menyebabkan mereka lebih berjimat-cermat dan mengawal
perbelanjaan harian mereka agar tidak terlebih daripada bajet yang sepatutnya. Oleh itu,
mereka lebih berhati-hati dalam memilih produk yang ingin dibeli dan lebih mementingkan
keperluan berbanding kehendak. Tambahan lagi, perlaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan yang baharu saja dimulakan baru-baru ini menambahkan lagi kebimbangan
dalam diri pelanggan terhadap status kewangan mereka.
Di samping itu, terdapat banyak syarikat yang mula sedar tentang peningkatan permintaan
terhadap produk kosmetik dan tidak melepaskan peluang untuk turut menceburi bidang
~ 24 ~
kosmetik dan menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan. Antara syarikat dan jenama
yang memberi saingan yang sengit kepada syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. ialah:
1. Herbalife Products Malaysia - Herbalife
2. Shaklee Sdn. Bhd. - Shaklee
3. De Herbs Healthy Marketing - D’Herbs
4. Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. - Safi
5. The World of Secret Garden Sdn. Bhd. - Secret Garden
1.1 RAMALAN JUALAN
MODAL PERMULAAN
Untuk memulakan perniagaan, setiap rakan kongsi menyumbangkan sebanyak
RM2,000.00 sebagai modal permulaan. Jumlah keseluruhan modal permulaan untuk syarikat
Kembang Kasturi Sdn. Bhd. memulakan perniagaan adalah sebanyak RM12,000.00
(RM2,000.00 x 6 orang rakan kongsi).
RAMALAN JUALAN
~ 25 ~
1. MINYAK GAMAT MEKAR
KEMBANG KASTURI SDN BHD
Ramalan Jualan bagi Tahun 2016
Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
JUMLAH
(2016)
Ramalan
Jualan
(botol)
30 70 50 50 50 50 50 50 50 50 50 50 600
Harga
Jualan
Setiap
Botol
(RM)
10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10
Hasil
Jualan
(RM)
300 700 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 6000
2. LOSYEN PELEMBAP KULIT MEKAR
KEMBANG KASTURI SDN BHD
Ramalan Jualan bagi Tahun 2016
Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
JUMLAH
(2016)
Ramalan
Jualan
(botol)
50 50 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 700
Harga
Jualan
Setiap
Botol
(RM)
15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15
Hasil
Jualan
(RM)
750 750 900 900 900 900 900 900 900 900 900 900 10500
3. SABUN PENCERAH MEKAR
~ 26 ~
KEMBANG KASTURI SDN BHD
Ramalan Jualan bagi Tahun 2016
Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
JUMLAH
(2016)
Ramalan
Jualan
(kotak)
50 50 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 700
Harga
Jualan
Setiap
Kotak
(RM)
15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15
Hasil
Jualan
(RM)
750 750 900 900 900 900 900 900 900 900 900 900 10500
4. SABUN PELEMBAP MEKAR
KEMBANG KASTURI SDN BHD
Ramalan Jualan bagi Tahun 2016
Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
JUMLAH
(2016)
Ramalan
Jualan
(kotak)
50 50 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 700
Harga
Jualan
Setiap
Kotak
(RM)
15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15
Hasil
Jualan
(RM)
750 750 900 900 900 900 900 900 900 900 900 900 10500
5. SABUN GAZA MEKAR
~ 27 ~
KEMBANG KASTURI SDN BHD
Ramalan Jualan bagi Tahun 2016
Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
JUMLAH
(2016)
Ramalan
Jualan
(kotak)
30 30 40 50 50 50 50 50 50 50 50 50
550
Harga
Jualan
Setiap
Kotak
(RM)
13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13
13
Hasil
Jualan
(RM)
390 390 520 650 650 650 650 650 650 650 650 650
7150
6. JUMLAH HASIL JUALAN BAGI TAHUN 2016
KEMBANG KASTURI SDN BHD
Jumlah Hasil Jualan bagi Tahun 2016 (Ramalan)
7.3 STRATEGI PEMASARAN
Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. telah memperkenalkan 4P dalam strategi
pemasaran kami untuk menarik minat para pelanggan untuk membeli produk kami. 4P
PRODUK HASIL JUALAN (RM)
Minyak Gamat Mekar 6,000.00
Losyen Pelembap Kulit Mekar 10,500.00
Sabun Pencerah Mekar 10,500.00
Sabun Pelembap Mekar 10,500.00
Sabun Gaza Mekar 7,150.00
Jumlah 44,650.00
~ 28 ~
tersebut ialah product (produk), price (harga), place/distribution (tempat/pengedaran) dan
promotion (promosi).
1) Produk (Product)
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan ialah produk kesihatan dan kecantikan
yang sangat berkualiti khususnya untuk wanita pada masa kini. Sesuai dengan kehendak
masyarakat pada abad ini, syarikat kami mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan
yang berasaskan sumber semula jadi dan bahan yang digunakan juga halal dan sah di sisi
syarak. Selain daripada menggunakan bahan semula jadi, produk kami juga telah diuji
oleh pakar dermatologi dan disahkan selamat untuk digunakan oleh semua peringkat
umur.
Bagi memastikan produk kami kekal berkualiti dan unik, kami menggunakan teknik
pembungkusan yang melindungi produk secara menyeluruh, di samping reka bentuk kotak
pembungkusan yang nampak eksklusif dan menarik pandangan. Kami turut meletakkan
label tentang kandungan produk, status pengiktirafan produk dan harga di kotak
pembungkusan bagi memudahkan para pelanggan untuk menyemak kandungan, status
pengiktirafan dan harga produk mengikut kesesuaian mereka.
2) Harga (Price)
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk yang ditawarkan adalah sangat
berpatutan, kompetitif dan berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu
mengikut kadar harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing lain.
3) Lokasi Pengedaran
~ 29 ~
Aktiviti perniagaan produk kami banyak tertumpu di sekitar kawasan Gombak
terutamanya di dalam Universiti Islam Antarabangsa. Produk kesihatan dan kecantikan ini
amat sesuai ditawarkan kepada pelajar-pelajar universiti tersebut termasuklah para pekerja
serta tenaga pengajar kerana produk ini dapat membantu mereka mengekalkan kesihatan
yang baik. Oleh kerana itu, kawasan ini merupakan satu lokasi yang strategik untuk
mengedarkan produk kami kerana terdapat banyak pelanggan yang berpotensi di kawasan
itu.
4) Promosi
Antara strategi promosi yang dilakukan oleh syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. bagi
memperkenalkan produk kami di pasaran adalah dengan:
 mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta
sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
 memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar.
 mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik
yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas dan sebagainya.
 mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.
 mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan
Instagram.
~ 30 ~
8.0 RANCANGAN OPERASI
8.1 SENARAI PRODUK YANG DIHASILKAN
PRODUK HARGA (RM)
Minyak Gamat Mekar 10.00
Losyen Pelembap Kulit Mekar 15.00
Sabun Pencerah Mekar 15.00
Sabun Pelembap Mekar 15.00
Sabun Gaza Mekar 13.00
8.2 CARTA ALIRAN PROSES
Penyelidikan dan pembangunan produk
 membina formula untuk setiap jenis produk
Pengumpulan bahan mentah
 membuat tempahan dan menandatangani kontrak kerja sama dengan
pembekal.
Penghasilan produk
 Produk mula dibuat dengan menggunakan mesin-mesin khas mengikut
jenis produk.
Pembungkusan produk
 Produk yang telah siap dihasilkan akan dibungkus menggunakan
mesin-mesin khas mengikut jenis produk.
Pelabelan produk
 Produk yang telah siap dibungkus akan dilabelkan dengan label yang
telah siap direka khusus mengikut jenis produk.
Penyimpanan produk
 Produk yang telah siap dibungkus dan dilabel akan disimpan di dalam
stor sebelum dihantar dan diedarkan kepada pengedar.
~ 31 ~
8.3 SENARAI BAHAN MENTAH
Senarai bahan-bahan mentah yang diperlukan (untuk setahun):
Bil Bahan Kuantiti Harga (RM)
1 Goat Milk 10,000 ml 400.00
2 Sodium Hydroxide 10,000 ml 300.00
3 Hydrolyzed Collagen 10,000 ml 600.00
4 Aloe Barbadensis Leaf Juice 10,000 ml 350.00
5 Sorbitol 10,000 ml 400.00
6 Parfum 10,000 ml 400.00
7 Pachyrrhizus Erosus Root Extract 10,000 ml 350.00
8 Blackseed Oil 10,000 ml 350.00
9 Olive Fruit Oil 10,000 ml 500.00
10 Sea Cucumber Extract 10,000 ml 350.00
11 Stearic Acid 10,000 ml 400.00
12 Cocus Nucifera Oil 10,000 ml 350.00
13 Rhizome Zingiber Officinale 10,000 ml 400.00
14 Stichopus Variegatus 10,000 ml 500.00
15 Bud Syzgium Aromaticum 10,000 ml 300.00
16 Folium Andropogon Nardus 10,000 ml 400.00
Jumlah 6,350.00
8.4 MESIN DAN PERALATAN KILANG
Bil Jenis Perabot Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM)
1 Mesin Vakum Emulsifier 1 12,000.00 12,000.00
2 Mesin Membuat Sabun 1 9,000.00 9,000.00
3 Mesin Pembungkusan 1 8,000.00 8,000.00
4 Mesin Ink-Jet Laser 1 2,000.00 2,000.00
5 Mesin Pengisi Cecair 1 5,000.00 5,000.00
Jumlah 36,000.00
~ 32 ~
9.0 RANCANGAN KEWANGAN
9.1 PENYATA PENDAPATAN PRO FORMA
KEMBANG KASTURI SDN BHD
Penyata Pendapatan Pro Forma Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
2016
(RM)
2017
(RM)
2018
(RM)
Jualan
Tolak: Kos Jualan
44,650
6,350
44,650
6,350
44,650
6,350
Untung kasar 38,300 38,300 38,300
Tolak: Perbelanjaan
Belanja Pentadbiran
Belanja Pemasaran
Perbelanjaan Lain
26,700
3,000
1,500
26,700
2,500
500
26,700
2,000
400
Jumlah Perbelanjaan (31,200) (29,700) (29,100)
Untung bersih sebelum cukai 7,100 8,600 9,200
Cukai (40%) (2,840) (3,440) (3,680)
Untung bersih selepas cukai 4,260 5,160 5,520
Untung bersih terkumpul 4,260 5,160 5,520
9.2 ANALISIS JUALAN TAHUNAN
14%
70%
6%
10%
Hasil Jualan (Tahunan)
Kos Jualan Perbelanjaan Cukai Untung Bersih
~ 33 ~
Pola Jualan, Untung Kasar dan Untung Bersih (2016 - 2018)
10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
TUGASAN BULAN
1 2 3 4 5 6 7 8
Mengenal pasti produk
Membuat penyelidikan asas tentang produk
Membina formula untuk kandungan produk
Mengumpul bahan mentah
Memulakan proses pembuatan produk
Membuat ujian dermatologi ke atas produk
Membuat permohonan pengiktirafan sijil Halal dan KKM
Menghantar kertas kerja perniagaan
Mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Membuka perniagaan di lokasi pilihan dan mula beroperasi
Mempergiat promosi dan pemasaran produk
0
5,000
10,000
15,000
20,000
25,000
30,000
35,000
40,000
45,000
50,000
2016 2017 2018
Jualan
Untung Kasar
Untung Bersih
~ 34 ~
11.0 RUMUSAN
Kertas kerja perniagaan ini sangat membantu syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd.
untuk lebih bersedia dan membuat perancangan yang rapi bagi menjamin keberlangsungan
syarikat ini dalam bidang perniagaan kosmetik. Berdasarkan segala butiran lengkap yang
telah dibentangkan dalam kertas kerja perniagaan ini tentang projek yang ingin dijalankan,
syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. menjangkakan bahawa untung bersih yang bakal dijana
oleh syarikat melalui projek ini kian meningkat saban tahun. Hal ini menunjukkan bahawa
projek yang ingin dilaksanakan ini dapat menjamin masa depan syarikat.
~ 35 ~
2.0 LAMPIRAN
2.1 BAKI STOK YANG TINGGAL (JULAI 2015)
NAMA
PRODUK
JUMLAHSABUN
PELEMBAP
SABUN
PENCERAH
LOSYEN
PELEMBAP
KULIT
SABUN
GAZA
MINYAK
GAMAT
1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7
FIKRI
SOOUDIN
1 1 1 1 2 2 1 1 2 2 7 7
AFIFAH
NABILAH
1 1 1 1 2 2 1 1 2 2 7 7
LIYANAA
AKMAL
2 1 1 0 1 1 1 0 2 1 7 3
NOOR
FAIZAH
1 1 2 2 2 1 1 0 1 0 7 4
AFIQAH
BADJENID
2 2 2 2 1 0 0 0 2 0 7 4
NUR
ATHIRAH
1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 6 5

More Related Content

What's hot

Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docDaud Ayub Abdullah
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"Amirul Hafeez
 
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Said Hafiz
 
contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja PKB -> USIM
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penKedai Kami
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranShamsul De Bagio
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiMohd Nazri Awang
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea PerniagaanAyubkhan Kks
 
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANCONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANNor Syazwani
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIALAsri Mohad
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeriaasyiqin
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Muhammad Afiq Latif
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 

What's hot (20)

Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu doc
 
rancangan perniagaan
rancangan perniagaan rancangan perniagaan
rancangan perniagaan
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"
 
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
 
contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan pen
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan Restoran
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - Promosi
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
 
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANCONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeri
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 

Similar to Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

Smk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikat
Smk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikatSmk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikat
Smk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikatNor Faridah Yahya
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaHafizzah Kudus
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATummu_aiman95
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)Siti Sarah
 
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Primary School
 
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2guest2c4d07b
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanMahrajan Lanthanum
 
Kertas kerja entrepreneur week
Kertas kerja entrepreneur weekKertas kerja entrepreneur week
Kertas kerja entrepreneur weeknuraida95
 
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.Alip Anuar
 

Similar to Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025) (20)

RP Brokoli
RP BrokoliRP Brokoli
RP Brokoli
 
Smk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikat
Smk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikatSmk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikat
Smk bbs langkah meningkatkan keuntungan syarikat
 
Jahitan
JahitanJahitan
Jahitan
 
Surat Iringan
Surat IringanSurat Iringan
Surat Iringan
 
Profile syarikat
Profile syarikatProfile syarikat
Profile syarikat
 
item prince perak
item prince perakitem prince perak
item prince perak
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taska
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
Frozenfood
FrozenfoodFrozenfood
Frozenfood
 
Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)
 
REPORT_RPdocx.docx
REPORT_RPdocx.docxREPORT_RPdocx.docx
REPORT_RPdocx.docx
 
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
 
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
 
Restoran
RestoranRestoran
Restoran
 
Kertas kerja entrepreneur week
Kertas kerja entrepreneur weekKertas kerja entrepreneur week
Kertas kerja entrepreneur week
 
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
 
Risalah Dewan 01.pdf
Risalah Dewan 01.pdfRisalah Dewan 01.pdf
Risalah Dewan 01.pdf
 
Chenta bakery temu bual
Chenta bakery temu bualChenta bakery temu bual
Chenta bakery temu bual
 

More from Afifah Nabilah

INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...
INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...
INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...Afifah Nabilah
 
Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)
Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)
Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)Afifah Nabilah
 
Pestle Analysis for Sony Corporation
Pestle Analysis for Sony CorporationPestle Analysis for Sony Corporation
Pestle Analysis for Sony CorporationAfifah Nabilah
 
GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)
GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)
GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)Afifah Nabilah
 
Globalization and Me (International Business)
Globalization and Me (International Business)Globalization and Me (International Business)
Globalization and Me (International Business)Afifah Nabilah
 
Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)
Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)
Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)Afifah Nabilah
 
Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)
Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)
Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)Afifah Nabilah
 
MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)
MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)
MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)Afifah Nabilah
 
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management) Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management) Afifah Nabilah
 
HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.
HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.
HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.Afifah Nabilah
 
INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...
INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...
INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...Afifah Nabilah
 
HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.
HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.
HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.Afifah Nabilah
 
Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)
Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)
Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)Afifah Nabilah
 
Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...
Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...
Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...Afifah Nabilah
 
Operation Management from Islamic Perspective
Operation Management from Islamic PerspectiveOperation Management from Islamic Perspective
Operation Management from Islamic PerspectiveAfifah Nabilah
 
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)Afifah Nabilah
 
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)Afifah Nabilah
 
CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)
CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)
CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)Afifah Nabilah
 
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)Afifah Nabilah
 
Experiential Learning (Complete)
Experiential Learning (Complete)Experiential Learning (Complete)
Experiential Learning (Complete)Afifah Nabilah
 

More from Afifah Nabilah (20)

INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...
INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...
INDIVIDUAL CHAPTER REVIEW: CONTEMPORARY BIOMEDICAL ISSUE: AN ISLAMIC PERSPECT...
 
Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)
Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)
Entrepreneurship Project PART A (KAKI COPY SDN BHD)
 
Pestle Analysis for Sony Corporation
Pestle Analysis for Sony CorporationPestle Analysis for Sony Corporation
Pestle Analysis for Sony Corporation
 
GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)
GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)
GROUP PROJECT: OPERATION STRATEGY FOR MANISHENNA (FINAL REPORT)
 
Globalization and Me (International Business)
Globalization and Me (International Business)Globalization and Me (International Business)
Globalization and Me (International Business)
 
Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)
Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)
Case Study: Adam vs Lindell (Malaysian Business Law)
 
Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)
Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)
Financial Analysis on Maybank and CIMB (Bank Management)
 
MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)
MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)
MANAGERIAL ECONOMICS FROM ISLAMIC PERSPECTIVES (PROFIT MAXIMIZATION)
 
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management) Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
 
HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.
HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.
HRM PLANNING: KAKI MAKAN SDN. BHD.
 
INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...
INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...
INDIVIDUAL ASSIGNMENT (TERM PAPER): HOW ISLAMIC TEACHING CAN CONTRIBUTE TO A ...
 
HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.
HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.
HRM PLANNING: MAS BIRU SDN. BHD.
 
Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)
Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)
Case Analysis: World Financial Crisis (International Business)
 
Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...
Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...
Case Analysis: The Battle for Value, 2004: FedEx Crop vs United Parcel Servic...
 
Operation Management from Islamic Perspective
Operation Management from Islamic PerspectiveOperation Management from Islamic Perspective
Operation Management from Islamic Perspective
 
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
 
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
Operation Strategy for Manishenna (Interim Report)
 
CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)
CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)
CIMB Stock Challenge 2016 (Investment Analysis)
 
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
Application Case - Recruiting In Europe (Human Resource Management)
 
Experiential Learning (Complete)
Experiential Learning (Complete)Experiential Learning (Complete)
Experiential Learning (Complete)
 

Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

  • 1. LM 2025 BAHASA MELAYU KERJAYA (PERNIAGAAN) TEMA: JUALAN PRODUK SYARIKAT: KEMBANG KASTURI SDN BHD JENAMA: MEKAR (PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN) SLOGAN: SURI, SUCI & SEMULA JADI SEKSYEN 3 AHMAD FIKRI RIDZUAN BIN MOHAMED SOOUDIN 1423045 AFIFAH NABILAH BINTI MOHAMAD SAFEI 1321976 NUR LIYANAA AQMAL BINTI ABD RAHMAN 1319912 SITI NURAFIQAH BADJENID BINTI ABDUL HAMID 1423326 NOORFAIZAH BT YUSOFF 1234784 NUR ATHIRAH BINTI MOHD SALEH 1421162 PEMERIKSA: PUAN M MASCITAH MANSOR SEMESTER 3, 2014/2015
  • 2. ~ 2 ~ ISI KANDUNGAN 1. RINGKASAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN ....................................................... 3 2. PENGENALAN ............................................................................................................... 4 3. TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN ................................... 5 4. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN ....................................................................6 - 8 5. LATAR BELAKANG PEMILIK ...........................................................................9 - 14 6. RANCANGAN ORGANISASI/PENGURUSAN .................................................15 - 21 7. RANCANGAN PEMASARAN .............................................................................21 - 29 8. RANCANGAN OPERASI .....................................................................................30 - 31 9. RANCANGAN KEWANGAN ..............................................................................32 - 33 10. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK ...................................................................... 33 11. RUMUSAN/JUSTIFIKASI ........................................................................................ 34 12. LAMPIRAN .....................................................................................................................i
  • 3. ~ 3 ~ 1.0 RINGKASAN KERTA KERJA PERNIAGAAN Sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam bidang kosmetik, Kembang Kasturi Sdn. Bhd. menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk pengetahuan umum, bidang kosmetik merupakan satu bidang yang sedang meningkat naik pada masa kini dengan memonopoli pasaran sebagai salah satu industri yang mendatangkan hasil jualan yang tertinggi saban tahun. Oleh itu, syarikat ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berkembang dek permintaan yang sangat tinggi daripada pengguna terhadap produk kesihatan dan kecantikan. Perancangan di bawah menjelaskan tentang strategi pemasaran dan analisis kewangan bagi syarikat kembang Kasturi Sdn. Bhd.
  • 4. ~ 4 ~ 2.0 PENGENALAN Kembang Kasturi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perkongsian di antara enam orang pekongsi iaitu Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin, Siti Afiqah Badjenid Binti Abdul Hamid, Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman, Afifah Nabilah Binti Mohamad Safei, Nur Athirah Binti Mohd Saleh dan Noor Faizah Binti Yusoff. Syarikat Kembang Kasturi Sdn Bhd secara khususnya menghasilkan produk-produk kosmetik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kami memilih untuk menceburi bidang kosmetik ini kerana permintaan terhadap produk-produk kosmetik semakin bertambah saban tahun. Selain itu, bidang ini dipilih kerana terdapat banyak produk kosmetik di pasaran yang boleh membawa kepada masalah kesihatan kepada pengguna –pengguna di luar sana. Secara amnya, syarikat ini dilihat mempunyai potensi untuk berkembang kerana permintaan terhadap produk-produk kosmetik berkembang dari tahun ke tahun. Selain itu, pendedahan tentang kepentingan dermatologi dalam kehidupan seharian juga dilihat telah berkembang di semua peringkat umur terutamanya golongan remaja dan dewasa. Dengan penubuhan syarikat Kembang Kasturi Sdn Bhd ini sedikit sebanyak diharapkan dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan ekonomi negara ini. Selain itu, dengan penubuhan syarikat ini juga dapat membuka peluang pekerjaan terhadap rakyat Malaysia seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran negara yang yang kian runcing.
  • 5. ~ 5 ~ 3.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan yang telah dirangka khas bagi menjalankan perniagaan penjualan produk-produk kosmetik keluaran Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. Melalui kertas kerja ini, segala aspek perkhidmatan, pengurusan, permasaran, dan kewangan akan dibentangkan dengan lebih terperinci bagi memohon pembiayaan perniagaan daripada pihak Public Bank Sdn. Bhd. Berjumlah sebanyak RM 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit Sahaja). Selain itu, kertas kerja ini disediakan sebagai sebuah pelan pelaksanaan projek yang akan menjadi garis panduan kepada pihak pengurusan dalam menguruskan perniagaan agar syarikat ini dapat beroperasi dengan lebih cekap dan sistematik. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk meyakinkan para pelabur yang berpotensi untuk membuat pelaburan dan menandatangani kontrak usaha sama jangka panjang dengan syarikat kami. Hal ini kerana, kami telah menyediakan laporan kewangan syarikat dan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang modal–modal yang kami peruntukkan agar sebarang kekeliruan atau penyelewengan modal tidak berlaku. Maka, amatlah diharapkan agar penyediaan kertas kerja ini dapat meyakinkan mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rantaian operasi perniagaan Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. sama ada sebagai pelabur, pembekal atau pengedar produk keluaran kami.
  • 6. ~ 6 ~ 4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Nama syarikat : Kembang Kasturi Sdn. Bhd. Alamat syarikat : No. 22 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Nombor telefon : 011-25376893 Nombor faks : 03-61155891 Alamat e-mel : inquiry@kembangkasturi.com Laman sesawang : www.kembangkasturi.com Bentuk syarikat : Perkongsian No. daftar perniagaan : K002884735-M Tarikh daftar perniagaan : 21 Jun 2013 Tarikh mula berniaga : 15 Jun 2013 Aktiviti perniagaan : Pengeluar dan pengedar produk keantikan dan kesihatan jenama Mekar Nama bank : Public Bank Sdn Bhd Nombor akaun : 1201919384938323 Jenis Akaun : Akaun Semasa Status Perniagaan : Sendirian Berhad Setiausaha Syarikat : Afifah Nabilah Binti Mohamad Safei Pegawai Kewangan : Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman
  • 7. ~ 7 ~ 4.1 LOGO 4.2 MOTO Suri, suci dan semula jadi Kembang Kasturi ialah nama syarikat kami. Simbol ini mempunyai dua maksud: 1) Daun bermaksud syarikat kami menggunakan bahan semula jadi untuk menghasilkan produk kami. 2) Bunga berbentuk wajah wanita ini melambangkan bidang syarikat kami iaitu bidang kosmetik. Bunga Kasturi ini ialah simbol kepada nama syarikat kami iaitu Kembang Kasturi. Perkataan Suri, Suci & Semula jadi ini ialah motto syarikat kami.
  • 8. ~ 8 ~ 4.3 MISI  untuk menghasilkan keuntungan sebanyak 55% pada suku pertama tahun 2015.  meraih keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap produk kami dengan menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang memberikan kesan yang sangat positif kepada pengguna.  memperkenalkan produk kosmetik jenama Mekar di pasaran Malaysia. 4.4 VISI  untuk menjadi pengeksport dan pengeluar terbesar di semenanjung Malaysia.  menjadikan Mekar sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di rantau Asia Tenggara.  menguasai pasaran produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia.  Meluaskan pasaran produk ke negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan China.
  • 9. ~ 9 ~ 5.0 LATAR BELAKANG AHLI LEMBAGA PENGARAH AHLI LEMBAGA PENGARAH 1 Nama : Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin Jawatan : Ketua Pengarah Eksekutif Alamat tetap : Lot 5595, Lorong Pelindung Maju 1, Jalan Beserah, 26100 Kuantan, Pahang Nombor telefon : 014-5012836 Alamat e-mel : fikri.sooudin@gmail.com Nombor kad pengenalan : 850111065667 Tarikh lahir : 11 Januari 1985 Umur : 29 Tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Status Perkahwinan : Bujang Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), University of Auckland, New Zealand (2004-2008) Pengalaman Bekerja : Pembantu Pegawai Kewangan Syarikat Carinno Sdn Bhd, Subang Jaya, Selangor (2008-2010) : Pengurus Kewangan Syarikat – Shin Etsu (M) Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor (2010-2013)
  • 10. ~ 10 ~ AHLI LEMBAGA PENGARAH 2 Nama : Afifah Nabilah binti Mohamad Safei Jawatan : Setiausaha Alamat tetap : Lot 4381, Jalan SK Amer, Kampung Amer, 22200 Besut, Terengganu Nombor telefon : 011-19495947 Alamat e-mel : afifahnabilah.safei@gmail.com Nombor kad pengenalan : 891213115536 Tarikh lahir : 12 Disember 1989 Umur : 26 Tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Status Perkahwinan : Bujang Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2008-2011) Pengalaman Bekerja : - Pembantu Tadbir Separuh Masa di pejabat Entrepreneurship Development Club (EDC), UIAM (2010-2011) - Pembantu Peribadi kepada Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Impian Bestari Enterprise, Kuala Lumpur (2012-2014)
  • 11. ~ 11 ~ AHLI LEMBAGA PENGARAH 3 Nama : Siti Nurafiqah Badjenid binti Abdul Hamid Jawatan : Pegawai Operasi Alamat tetap : 10, Jalan 1/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia. Nombor telefon : 016-4567802 Alamat e-mel : afianur@gmail.com Nombor kad pengenalan : 900607145042 Tarikh lahir : 7 Jun 1990 Umur : 25 tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Status perkahwinan : Bujang Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian), UITM 2013 Pengalaman kerja : Guru ganti subjek perdagangan, SMKA Al-Irshad 2013-2014
  • 12. ~ 12 ~ AHLI LEMBAGA PENGARAH 4 Nama : Noor Faizah binti Yusoff Jawatan : Pegawai Pengurusan Sumber Manusia Alamat tetap : Kg. Beris Panchor, 16020, Tawang, Bachok Kelantan. Nombor telefon : 014-5057106 Alamat e-mel : faizahsoffie@gmail.com Nombor kad pengenalan : 920310-03-5690 Tarikh lahir : 10 Mac 1992 Umur : 23 Tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Status perkahwinan : Bujang Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2009-2012) Pengalaman kerja : Pembantu Pegawai Pentadbiran, Syarikat MZA Holdings (2012-2014)
  • 13. ~ 13 ~ AHLI LEMBAGA PENGARAH 5 Nama : Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman Jawatan : Pegawai Kewangan Alamat tetap : No.22, Block C, Lestari Apartment, No. 1, Jalan PJU 10/1B, PJU 10, Damansara Damai, 47830 Sungai Buloh, Petaling Jaya, Selangor Nombor telefon : 014-5169122 Alamat e-mel : liyanaa.aqmal@gmail.com Nombor kad pengenalan : 880402-06-5394 Tarikh lahir : 02 April 1988 Umur : 27 Tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Status perkahwinan : Bujang Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2007-2010) Pengalaman kerja : Pengurus Kewangan Syarikat Perkapalan Sendayu Sdn. Bhd. (2010-2015)
  • 14. ~ 14 ~ AHLI LEMBAGA PENGARAH 6 Nama : Nur Athirah binti Mohd Saleh Jawatan : Pegawai Pemasaran Alamat tetap : No.13, Jalan Jana Mulia Dua, Taman Jana Mulia, 34600, Kamunting, Perak Nombor telefon : 013-4388749 Alamat e-mail : athirahsaleh@yahoo.com Nombor kad pengenalan : 900906085426 Tarikh lahir : 6 September 1990 Umur : 25 tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Status perkahwinan : Bujang Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran, Universiti Antarabangsa INTI (2009-2012) Pengalam kerja : Pembantu Pegawai Pemasaran, Syarikat M&M Sdn. Bhd., Butterworth, Pulau Pinang (2012-2015)
  • 15. ~ 15 ~ 6.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 6.1 PENTADBIRAN Kembang Kasturi Sdn. Bhd. Diketuai oleh pemegang saham terbesar syarikat iaitu Encik Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin selaku Ketua Pengarah Eksekutif. Beliau dibantu oleh seorang setiausaha iaitu Cik Afifah Nabilah bt Mohamad Safei yang juga merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat. Pentadbiran syarikat dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bahagian Kewangan, Bahagian Pemasaran, Bahagian Operasi dan Bahagian Sumber Manusia. Setiap bahagian diketuai oleh pegawai masing-masing, yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah syarikat. Bahagian kewangan diketuai oleh Cik Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman selaku pegawai pemasaran, Bahagian Pemasaran diketuai oleh Cik Nur Athirah binti Mohd Saleh selaku pegawai pemasaran, Bahagian Operasi diketuai oleh Cik Siti Nurafiqah Badjenid binti Abdul Hamid selaku pegawai operasi dan Bahagian Sumber Manusia diketuai oleh Cik Noor Faizah binti Yusoff selaku pegawai pengurusan sumber manusia.
  • 16. ~ 16 ~ 6.2 CARTA ORGANISASI 6.3 SENARAI JAWATAN DAN BILANGAN PEKERJA Bil. Jawatan Bilangan Pekerja 1 Ketua pegawai eksekutif 1 2 Penolong ketua pegawai eksekutif 1 3 Setiausaha 1 4 Pegawai kewangan 1 5 Pegawai pemasaran 1 6 Pegawai operasi 1 7 Pegawai pengurusan sumber manusia 1 8 Pembantu pegawai setiap bahagian 4 9 Pengurus kilang 1 10 Pekerja kilang 5 11 Penjaga kilang 1 Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Fikri Ridzuan b. Mohamed Sooudin Setiausaha Afifah Nabilah bt. Mohamad Safei Pegawai Kewangan Nur Liyanaa Aqmal bt. Abd Rahman Pegawai Pemasaran Nur Athirah bt. Mohd Saleh Pegawai Operasi Siti Nurafiqah Badjenid bt. Abdul Hamid Pegawai Pengurusan Sumber Manusia Noor Faizah binti Yusoff
  • 17. ~ 17 ~ 6.4 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS Jawatan Tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif  mengawal dan memberi arahan kepada pekerja bawahan.  memastian operasi syarikat berjalan dengan lancar.  meyakinkan pelabur dan menandatangani kontrak usaha sama dengan pelabur. Penolong Ketua Pegawai Eksekutif  membantu ketua pegawai eksekutif menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan syarikat.  membincangkan dan membuat perancangan perniagaan syarikat bersama-sama dengan ketua pegawai eksekutif.  menguruskan hal-hal berkaitan dengan kelancaran operasi syarikat. Setiausaha  menyediakan minit mesyuarat dan kertas kerja syarikat.  memastikan surat permohonan dan kertas kerja siap dan dihantar tepat pada tarikh yang diberikan.  membuat dan menghantar surat permohonan dan surat-surat rasmi syarikat kepada pihak berkenaan.  terlibat dengan pentadbiran syarikat secara keseluruhannya dengan membantu ketua dan penolong ketua pegawai eksekutif menguruskan hal-hal rasmi syarikat. Pegawai Kewangan  menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras dengan apa yang dirancang.  melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi, penyata pendapatan, dan penyata kira-kira.  bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk dijadikan modal pusingan dan urusan lain yang berkaitan dengan perniagaan. Pegawai Pemasaran  memastikan hasil keluaran produk memenuhi citarasa pelanggan.  menyelia urusan promosi serta menghebahkan kepada orang ramai tentang syarikat.  mengeluarkan tanda pengenalan syarikat.  memastikan pelanggan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan syarikat dan memastikan sasaran
  • 18. ~ 18 ~ pasaran harian dicapai. Pegawai Operasi  memastikan keaadan kedai sentiasa bersih dan kemas.  merekod jualan harian.  membuat penyata keperluan stok dan inventori. Pegawai Pengurusan Sumber Manusia  menjaga kebajikan pekerja.  mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya dengan berkeasn.  menyusun jadual dan menguruskan produktiviti perniagaan. Penolong Pegawai Kewangan  membantu pegawai kewangan memantau status kewangan dan menyediakan laporan kewangan syarikat. Penolong Pegawai Pemasaran  membantu pegawai pemasaran membuat analisa pasaran dan merancang pelan pemasaran. Penolong Pegawai Operasi  membantu pegawai operasi memantau kelancaran operasi syarikat dan merancang pelan operasi. Penolong Pegawai Pengurusan Sumber Manusia  membantu pegawai pengurusan sumber manusia menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pekerja. Pengurus Kilang  menguruskan hal-hal berkaitan dengan operasi kilang.  memantau pekerja kilang melakukan kerja mereka.  memastikan mesin dan peralatan dalam keadaan baik. Pekerja Kilang  menghasilkan produk-produk syarikat dengan menggunakan mesin dan peralatan yang telah disediakan di kilang pembuatan. Penjaga Kilang  menjaga kilang dengan sebaiknya.  memastikan semua mesin dan peralatan yang ada di kilang berada dalam keadaan selamat.
  • 19. ~ 19 ~ 6.5 SENARAI IMBUHAN DAN GAJI PEKERJA Bil Jawatan Gaji Bulanan (RM) SOCSO (RM) KWSP (RM) Jumlah (RM) 1 Ketua Pegawai Eksekutif 5,828.00 62.00 310.00 6,200.00 2 Penolong Ketua Pegawai Eksekutif 4,888.00 52.00 260.00 5,200.00 3 Setiausaha 3,384.00 36.00 180.00 3,600.00 4 Pegawai Kewangan 4,136.00 44.00 220.00 4,400.00 5 Pegawai Pemasaran 3,948.00 42.00 210.00 4,200.00 6 Pegawai Operasi 3,948.00 42.00 210.00 4,200.00 7 Pegawai Pengurusan Sumber Manusia 3,948.00 42.00 210.00 4,200.00 8 Penolong Pegawai Kewangan 3,478.00 37.00 185.00 3,700.00 9 Penolong Pegawai Pemasaran 3,290.00 35.00 175.00 3,500.00 10 Penolong Pegawai Operasi 3,290.00 35.00 175.00 3,500.00 11 Penolong Pegawai Pengurusan Sumber Manusia 3,290.00 35.00 175.00 3,500.00 12 Pengurus Kilang 2,632.00 28.00 140.00 2,800.00 13 Pekerja Kilang 1 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00 14 Pekerja Kilang 2 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00 15 Pekerja Kilang 3 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00 16 Pekerja Kilang 4 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00 17 Pekerja Kilang 5 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00 18 Penjaga Kilang 1,128.00 12.00 60.00 1,200.00 Jumlah sebulan 53,288.00 577.00 2,835.00 56,700.00 Jumlah setahun 639,456 6,924.00 34,020 680,400 BAYARAN IMBUHAN KEPADA PEKERJA 1) Cuti Sakit  Pihak syarikat akan memberikan cuti bergaji dan rawatan percuma sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecederaan atau kemalangan SEMASA bekerja. 2) Cuti Tahunan  Pihak syarikat akan memberikan cuti tahunan kepada pekerja. 3) Kenaikan Gaji
  • 20. ~ 20 ~  Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang baik akan diberikan kenaikan gaji. Pekerja juga akan diberikan bonus pada hujung tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang diperoleh oleh syarikat. 4) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  Diwajibkan untuk menyertai KWSP bagi menjamin masa depan pekerja. 6.6 PERABOT DAN KELENGKAPAN PEJABAT SENARAI KEPERLUAN AWAL Bil Jenis Peralatan Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM) 1 Penghawa dingin 6 1,600.00 9,600.00 2 Jeriji keselamatan (pintu masuk) 2 2,000.00 4,000.00 3 Jeriji keselamatan (tingkap) 4 1,200.00 4,800.00 4 Cat dinding 2 190.00 380.00 5 Kertas dinding 5 79.00 395.00 6 Lampu 9 120.00 1,080.00 7 Karpet 1 1,200.00 1,200.00 Jumlah 21,455.00 SENARAI KEPERLUAN PERABOT Bil Jenis Perabot Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM) 1 Meja kerja (bilik eksekutif) 2 1,300.00 2,600.00 2 Kerusi pusing (bilik eksekutif) 2 590.00 1,180.00 3 Set sofa (bilik eksekutif) 1 1,100.00 1,100.00 4 Meja pegawai 9 799.00 7,191.00 5 Kerusi pusing pegawai 9 290.00 2,610.00 6 Set sofa (ruang menunggu) 1 1,000.00 1,000.00 7 Rak dan kabinet (bilik eksekutif) 2 2,200.00 4,400.00 8 Kabinet fail 1 1,598.00 1,598.00 9 Rak buku 2 538.00 1,076.00 10 Kabinet dapur 1 3,598.00 3,598.00 11 Pemisah ruang kerja (Partition) 10 499.00 4,990.00
  • 21. ~ 21 ~ 12 Mesin fotostat 2 1,095.00 2,190.00 13 Set komputer 12 1,500.00 18,000.00 14 Modem internet 1 400.00 400.00 15 Telefon 4 200.00 800.00 16 Mesin faks 1 450.00 450.00 17 Dispenser air 2 600.00 1,200.00 18 Pemanas air elektrik 2 120.00 240.00 19 Microwave 1 600.00 600.00 Jumlah 55,223.00 7.0 RANCANGAN PEMASARAN 7.1 ANALISIS PASARAN (SWOT) Kekuatan Kelemahan 1. Produk berasaskan sumber yang halal dan 100% bahan semula jadi. 2. Produk telah diuji oleh pakar dermatologi dan disahkan selamat untuk diguna. 3. 50% untung jualan produk akan didermakan ke tabung kemanusiaan Gaza dan Syria 1. Jenama yang baharu dan belum terkenal dalam pasaran kosmetik di Malaysia. 2. Kekurangan tenaga kerja. 3. Produk masih dalam proses untuk mendapatkan sijil pengiktirafan Halal daripada JAKIM. Peluang Ancaman 1. Permintaan yang tinggi terhadap produk kesihatan dan kecantikan. 1. Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia. 2. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia. 3. Terdapat banyak syarikat yang berebut peluang untuk menceburi bidang kosmetik dan menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan.
  • 22. ~ 22 ~ 1. KEKUATAN Produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan oleh syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. adalah dihasilkan dengan menggunakan sumber yang halal dan 100% berasaskan bahan semula jadi. Produk kami telah pun disahkan tidak mengandungi bahan kimia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain daripada mendapat pengesahan bebas daripada bahan kimia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, produk kami juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan disahkan selamat dan tidak berbahaya untuk digunakan. Di samping itu, 50% daripada untung jualan produk akan didermakan kepada tabung kemanusiaan Gaza dan Syria. 2. KELEMAHAN Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang boleh dikatakan masih lagi baharu dalam bidang kosmetik. Syarikat kami juga mengeluarkan produk menggunakan jenama kami sendiri iaitu Mekar. Jenama ini masih lagi baharu dalam pasaran kosmetik dan belum dikenali ramai. Jadi, bagi mengatasi kelemahan ini, kami telah pun membuat promosi besar-besaran dan mengedarkan risalah dan poster tentang produk untuk menguar-uarkan tentang produk kami kepada orang ramai. Oleh kerana syarikat kami masih baharu dan tidak mempunyai modal yang cukup untuk mengupah pekerja yang ramai, jadi, kuantiti produk yang dapat dihasilkan pada setiap bulan adalah sangat terhad. Oleh itu, kami membuat pilihan untuk mengupah pekerja yang benar-benar produktif dan dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang maksimum pada setiap bulan. Di samping itu, produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan oleh syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. masih belum mendapat sijil pengiktirafan Halal daripada
  • 23. ~ 23 ~ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Meskipun begitu, permohonan untuk mendapatkan sijil Halal tersebut telah pun dibuat dan segala prosedur yang berkaitan telah pun selesai diproses. Sijil Halal dijangka akan diterima dalam tempoh seminggu sahaja lagi. 3. PELUANG Kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan dalam kehidupan harian mereka telah menyebabkan permintaan terhadap produk kesihatan dan kecantikan semakin meningkat saban hari. Oleh yang demikian, peluang untuk syarikat kami untuk kekal dalam bidang kosmetik ini adalah sangat tinggi. Malah, kami percaya bahawa kami akan berhasil untuk mendapat pulangan modal yang tinggi dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Selain itu, permintaan yang tinggi dan berterusan daripada pelanggan juga membuka peluang kepada syarikat kami untuk mengeksport produk kami dan memasuki pasaran kosmetik di luar negara pada masa hadapan. 4. ANCAMAN Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia menyebabkan ramai pelanggan yang runsing dengan status kewangan mereka. Hal ini menyebabkan mereka lebih berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaan harian mereka agar tidak terlebih daripada bajet yang sepatutnya. Oleh itu, mereka lebih berhati-hati dalam memilih produk yang ingin dibeli dan lebih mementingkan keperluan berbanding kehendak. Tambahan lagi, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan yang baharu saja dimulakan baru-baru ini menambahkan lagi kebimbangan dalam diri pelanggan terhadap status kewangan mereka. Di samping itu, terdapat banyak syarikat yang mula sedar tentang peningkatan permintaan terhadap produk kosmetik dan tidak melepaskan peluang untuk turut menceburi bidang
  • 24. ~ 24 ~ kosmetik dan menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan. Antara syarikat dan jenama yang memberi saingan yang sengit kepada syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. ialah: 1. Herbalife Products Malaysia - Herbalife 2. Shaklee Sdn. Bhd. - Shaklee 3. De Herbs Healthy Marketing - D’Herbs 4. Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. - Safi 5. The World of Secret Garden Sdn. Bhd. - Secret Garden 1.1 RAMALAN JUALAN MODAL PERMULAAN Untuk memulakan perniagaan, setiap rakan kongsi menyumbangkan sebanyak RM2,000.00 sebagai modal permulaan. Jumlah keseluruhan modal permulaan untuk syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. memulakan perniagaan adalah sebanyak RM12,000.00 (RM2,000.00 x 6 orang rakan kongsi). RAMALAN JUALAN
  • 25. ~ 25 ~ 1. MINYAK GAMAT MEKAR KEMBANG KASTURI SDN BHD Ramalan Jualan bagi Tahun 2016 Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH (2016) Ramalan Jualan (botol) 30 70 50 50 50 50 50 50 50 50 50 50 600 Harga Jualan Setiap Botol (RM) 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 Hasil Jualan (RM) 300 700 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 6000 2. LOSYEN PELEMBAP KULIT MEKAR KEMBANG KASTURI SDN BHD Ramalan Jualan bagi Tahun 2016 Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH (2016) Ramalan Jualan (botol) 50 50 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 700 Harga Jualan Setiap Botol (RM) 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 Hasil Jualan (RM) 750 750 900 900 900 900 900 900 900 900 900 900 10500 3. SABUN PENCERAH MEKAR
  • 26. ~ 26 ~ KEMBANG KASTURI SDN BHD Ramalan Jualan bagi Tahun 2016 Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH (2016) Ramalan Jualan (kotak) 50 50 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 700 Harga Jualan Setiap Kotak (RM) 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 Hasil Jualan (RM) 750 750 900 900 900 900 900 900 900 900 900 900 10500 4. SABUN PELEMBAP MEKAR KEMBANG KASTURI SDN BHD Ramalan Jualan bagi Tahun 2016 Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH (2016) Ramalan Jualan (kotak) 50 50 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 700 Harga Jualan Setiap Kotak (RM) 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 Hasil Jualan (RM) 750 750 900 900 900 900 900 900 900 900 900 900 10500 5. SABUN GAZA MEKAR
  • 27. ~ 27 ~ KEMBANG KASTURI SDN BHD Ramalan Jualan bagi Tahun 2016 Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH (2016) Ramalan Jualan (kotak) 30 30 40 50 50 50 50 50 50 50 50 50 550 Harga Jualan Setiap Kotak (RM) 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 Hasil Jualan (RM) 390 390 520 650 650 650 650 650 650 650 650 650 7150 6. JUMLAH HASIL JUALAN BAGI TAHUN 2016 KEMBANG KASTURI SDN BHD Jumlah Hasil Jualan bagi Tahun 2016 (Ramalan) 7.3 STRATEGI PEMASARAN Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. telah memperkenalkan 4P dalam strategi pemasaran kami untuk menarik minat para pelanggan untuk membeli produk kami. 4P PRODUK HASIL JUALAN (RM) Minyak Gamat Mekar 6,000.00 Losyen Pelembap Kulit Mekar 10,500.00 Sabun Pencerah Mekar 10,500.00 Sabun Pelembap Mekar 10,500.00 Sabun Gaza Mekar 7,150.00 Jumlah 44,650.00
  • 28. ~ 28 ~ tersebut ialah product (produk), price (harga), place/distribution (tempat/pengedaran) dan promotion (promosi). 1) Produk (Product) Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan ialah produk kesihatan dan kecantikan yang sangat berkualiti khususnya untuk wanita pada masa kini. Sesuai dengan kehendak masyarakat pada abad ini, syarikat kami mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan sumber semula jadi dan bahan yang digunakan juga halal dan sah di sisi syarak. Selain daripada menggunakan bahan semula jadi, produk kami juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan disahkan selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur. Bagi memastikan produk kami kekal berkualiti dan unik, kami menggunakan teknik pembungkusan yang melindungi produk secara menyeluruh, di samping reka bentuk kotak pembungkusan yang nampak eksklusif dan menarik pandangan. Kami turut meletakkan label tentang kandungan produk, status pengiktirafan produk dan harga di kotak pembungkusan bagi memudahkan para pelanggan untuk menyemak kandungan, status pengiktirafan dan harga produk mengikut kesesuaian mereka. 2) Harga (Price) Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk yang ditawarkan adalah sangat berpatutan, kompetitif dan berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu mengikut kadar harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing lain. 3) Lokasi Pengedaran
  • 29. ~ 29 ~ Aktiviti perniagaan produk kami banyak tertumpu di sekitar kawasan Gombak terutamanya di dalam Universiti Islam Antarabangsa. Produk kesihatan dan kecantikan ini amat sesuai ditawarkan kepada pelajar-pelajar universiti tersebut termasuklah para pekerja serta tenaga pengajar kerana produk ini dapat membantu mereka mengekalkan kesihatan yang baik. Oleh kerana itu, kawasan ini merupakan satu lokasi yang strategik untuk mengedarkan produk kami kerana terdapat banyak pelanggan yang berpotensi di kawasan itu. 4) Promosi Antara strategi promosi yang dilakukan oleh syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. bagi memperkenalkan produk kami di pasaran adalah dengan:  mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.  memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar.  mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas dan sebagainya.  mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.  mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram.
  • 30. ~ 30 ~ 8.0 RANCANGAN OPERASI 8.1 SENARAI PRODUK YANG DIHASILKAN PRODUK HARGA (RM) Minyak Gamat Mekar 10.00 Losyen Pelembap Kulit Mekar 15.00 Sabun Pencerah Mekar 15.00 Sabun Pelembap Mekar 15.00 Sabun Gaza Mekar 13.00 8.2 CARTA ALIRAN PROSES Penyelidikan dan pembangunan produk  membina formula untuk setiap jenis produk Pengumpulan bahan mentah  membuat tempahan dan menandatangani kontrak kerja sama dengan pembekal. Penghasilan produk  Produk mula dibuat dengan menggunakan mesin-mesin khas mengikut jenis produk. Pembungkusan produk  Produk yang telah siap dihasilkan akan dibungkus menggunakan mesin-mesin khas mengikut jenis produk. Pelabelan produk  Produk yang telah siap dibungkus akan dilabelkan dengan label yang telah siap direka khusus mengikut jenis produk. Penyimpanan produk  Produk yang telah siap dibungkus dan dilabel akan disimpan di dalam stor sebelum dihantar dan diedarkan kepada pengedar.
  • 31. ~ 31 ~ 8.3 SENARAI BAHAN MENTAH Senarai bahan-bahan mentah yang diperlukan (untuk setahun): Bil Bahan Kuantiti Harga (RM) 1 Goat Milk 10,000 ml 400.00 2 Sodium Hydroxide 10,000 ml 300.00 3 Hydrolyzed Collagen 10,000 ml 600.00 4 Aloe Barbadensis Leaf Juice 10,000 ml 350.00 5 Sorbitol 10,000 ml 400.00 6 Parfum 10,000 ml 400.00 7 Pachyrrhizus Erosus Root Extract 10,000 ml 350.00 8 Blackseed Oil 10,000 ml 350.00 9 Olive Fruit Oil 10,000 ml 500.00 10 Sea Cucumber Extract 10,000 ml 350.00 11 Stearic Acid 10,000 ml 400.00 12 Cocus Nucifera Oil 10,000 ml 350.00 13 Rhizome Zingiber Officinale 10,000 ml 400.00 14 Stichopus Variegatus 10,000 ml 500.00 15 Bud Syzgium Aromaticum 10,000 ml 300.00 16 Folium Andropogon Nardus 10,000 ml 400.00 Jumlah 6,350.00 8.4 MESIN DAN PERALATAN KILANG Bil Jenis Perabot Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM) 1 Mesin Vakum Emulsifier 1 12,000.00 12,000.00 2 Mesin Membuat Sabun 1 9,000.00 9,000.00 3 Mesin Pembungkusan 1 8,000.00 8,000.00 4 Mesin Ink-Jet Laser 1 2,000.00 2,000.00 5 Mesin Pengisi Cecair 1 5,000.00 5,000.00 Jumlah 36,000.00
  • 32. ~ 32 ~ 9.0 RANCANGAN KEWANGAN 9.1 PENYATA PENDAPATAN PRO FORMA KEMBANG KASTURI SDN BHD Penyata Pendapatan Pro Forma Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018 2016 (RM) 2017 (RM) 2018 (RM) Jualan Tolak: Kos Jualan 44,650 6,350 44,650 6,350 44,650 6,350 Untung kasar 38,300 38,300 38,300 Tolak: Perbelanjaan Belanja Pentadbiran Belanja Pemasaran Perbelanjaan Lain 26,700 3,000 1,500 26,700 2,500 500 26,700 2,000 400 Jumlah Perbelanjaan (31,200) (29,700) (29,100) Untung bersih sebelum cukai 7,100 8,600 9,200 Cukai (40%) (2,840) (3,440) (3,680) Untung bersih selepas cukai 4,260 5,160 5,520 Untung bersih terkumpul 4,260 5,160 5,520 9.2 ANALISIS JUALAN TAHUNAN 14% 70% 6% 10% Hasil Jualan (Tahunan) Kos Jualan Perbelanjaan Cukai Untung Bersih
  • 33. ~ 33 ~ Pola Jualan, Untung Kasar dan Untung Bersih (2016 - 2018) 10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK TUGASAN BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 Mengenal pasti produk Membuat penyelidikan asas tentang produk Membina formula untuk kandungan produk Mengumpul bahan mentah Memulakan proses pembuatan produk Membuat ujian dermatologi ke atas produk Membuat permohonan pengiktirafan sijil Halal dan KKM Menghantar kertas kerja perniagaan Mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Membuka perniagaan di lokasi pilihan dan mula beroperasi Mempergiat promosi dan pemasaran produk 0 5,000 10,000 15,000 20,000 25,000 30,000 35,000 40,000 45,000 50,000 2016 2017 2018 Jualan Untung Kasar Untung Bersih
  • 34. ~ 34 ~ 11.0 RUMUSAN Kertas kerja perniagaan ini sangat membantu syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. untuk lebih bersedia dan membuat perancangan yang rapi bagi menjamin keberlangsungan syarikat ini dalam bidang perniagaan kosmetik. Berdasarkan segala butiran lengkap yang telah dibentangkan dalam kertas kerja perniagaan ini tentang projek yang ingin dijalankan, syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. menjangkakan bahawa untung bersih yang bakal dijana oleh syarikat melalui projek ini kian meningkat saban tahun. Hal ini menunjukkan bahawa projek yang ingin dilaksanakan ini dapat menjamin masa depan syarikat.
  • 35. ~ 35 ~ 2.0 LAMPIRAN 2.1 BAKI STOK YANG TINGGAL (JULAI 2015) NAMA PRODUK JUMLAHSABUN PELEMBAP SABUN PENCERAH LOSYEN PELEMBAP KULIT SABUN GAZA MINYAK GAMAT 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 FIKRI SOOUDIN 1 1 1 1 2 2 1 1 2 2 7 7 AFIFAH NABILAH 1 1 1 1 2 2 1 1 2 2 7 7 LIYANAA AKMAL 2 1 1 0 1 1 1 0 2 1 7 3 NOOR FAIZAH 1 1 2 2 2 1 1 0 1 0 7 4 AFIQAH BADJENID 2 2 2 2 1 0 0 0 2 0 7 4 NUR ATHIRAH 1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 6 5