2. Panduan Guru
Buku Petua Asas Membaca ini merupakan satu inovasi bagi
memudahkan murid-murid membaca dan menulis dengan
lebih cepat.
Kaedah ini telah dipraktikkan lama dan amat berkesan.
Cuma ianya memerlukan sedikit kesabaran.
Caranya, setiap perkataan dibaca 5 kali dengan suara kuat
dan ulang semula sebanyak 5 kali tanpa melihat buku. Sekiranya
murid masih lagi tidak dapat membaca dengan baik, hendaklah
diulang sehingga mereka lancar membaca tanpa dibantu.
Eja dan sebut bola
5 kali. Kemudian tanpa melihat
gambar atau perkataan,
minta murid mengeja dan
bo la meny ebut bol a sebany ak
5 kali.
bola
Diharapkan, dengan usaha kecil ini dapat membantu
murid-murid membaca dengan baik dan menjadi amal
kebajikan kepada kita semua.
Dari meja penulis,
Che Rosli Bin Haji Ibrahim
52. 47 Mari Menyanyi
Bapaku Pulang
Dari Kota
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon
pon pon pon pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek
53. 48 Mari Menyanyi
Pok Amai-Amai
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar pandai
Emak upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak buat kerja
54. 49 Mari Menyanyi
Tanya Sama Pokok
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Tanya sama angin
Apa sebab hujan
Nanti jawab angin
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Lihat dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu
Bayang pun hilang