SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya   105

     PEMBANGUNAN ORGANISASI PENDIDIKAN YANG CEMERLANG
           BERASASKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN ISLAM

                             Ahmad Zabidi Abdul Razak
                                 Universiti Malaya

       This article discusses the role of leadership in developing educational or-
       ganizations based on Islamic leadership characteristics. The focus of dis-
       cussion is to propose the development of educational organizations not just
       for material achievement, but more than that, for its emphasis on spiritual
       aspect.

Kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan boleh diukur daripada pelbagai aspek
sarna ada berdasarkan pencapaian dan disiplin pelajar, kepuasan kerja guru, persekitaran
yang selesa dan selamat serta penerimaan masyarakat. Oleh itu, untuk membina dan
mengekalkan kecemerlangan, sesebuah organisasi pendidikan perlu melakukan pemba-
haruan-pembaharuan mengikut tuntutan semasa. Antara kaedah yang boleh dilaksanakan
adalah melalui pendekatan Pembangunan Organisasi.
     Prinsip Pembangunan Organisasi adalah proses peningkatan kemampuan organisasi
untuk melakukan pembaharuan-pembaharuan kendiri (Owens, 1995). Dengan kata yang
lain, sekiranya persekitaran ataupun situasi semasa menuntut organisasi melakukan
perubahan, maka pemimpin dan ahli-ahli organisasi perlu bersedia melaksanakan pemba-
haruan-pembaharuan yang diperlukan tanpa menunggu arahanltuntutan daripada lain-lain
pihak di luar organisasi. Menurut Pullan (dlm, Owens, 1995, ms. 222):

       Organization Development in school districts is a coherent, systematically-
       planned, sustained effort at system self-study and improvement, focusing
       explicitly on change in formal and informal procedures, process, norms or
       structure, using behavioral science concepts. The goals of Organizational
       Development include both the quality of life of individual as well as improving
       organizational functioning and performance.

Berasaskan kepada pendapat di atas menunjukkan pelaksanaan Pembangunan Organisasi
melibatkan proses perancangan yang sistematik; dan organisasi melaksanakan perubahan
mengikut kehendak perubahan-perubahan semasa. Tujuan Pembangunan Organisasi
adalah untuk meningkatkan kualiti ahli-ahli organisasi, selain secara tidak langsung
membantu organisasi tersebut supaya dapat berfungsi dengan baik; dan seterusnya
menjadikan organisasi tersebut cemerlang.
      Menurut Owens (1995) terdapat sepuluh konsep berkaitan Pembangunan Organisasi
iaitu:
      Pertama, matlamat pembangunan organisasi. Konsep ini bermaksud organisasi
berusaha meningkatkan fungsi dan produktivitinya; memperkembangkan kebolehan
organisasi dalam meningkatkan kualiti dengan menggunakan sumber-sumber yang ada
seperti teknologi dan manusia; memaksimumkan penglibatan ahli organisasi dalam mem-
buat keputusan; membuat program baru; membuat penyusunan semula organisasi; dan
mendapatkan komitmen untuk mencapai matlamat organisasi.
106 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

      Kedua, konsep sistem pembaharuan. Mengikut konsep inl, sesebueh organises! be leh berkembang
dengan ciri-ciri yang ada di dalamnya. Ciri-ciri ini yang terdapat di dalam sesebuah organisasi
membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan untuk berubah dan juga dapat mencapal matlamat
yang ditetapkan,
      Ketiga, Pendekaten-bersistem - merujuk Pembangunan Organlsas! berdasarkan kon sep sosio-
teknikal kerana keseluruhan sistem organlsas! ada hubungan dengan kompo nen-komponen
subsistemnya seperti manusia, struktur, teknologl dan tugas. Contohnya, di sekolah yang juga
berdesarkan konsep sosio-teknikal kerana di dalamnya ada [abatan, kumpulan tidak formal, taraf yang
berbeza, kerja secera berkumpulan/berpasukan dan sebagainya yang berkait rapat antara satu same
lain.
      Keempat, Strategi Terancang. Konsep lni menunjukkan bahawa organisasi perlu a da perancangan
yang sistematik meliputi pelaksanean aktiviti dan teknik -tekniknya. Rancangaan Pembangunan
Organisasi mestilah spesifik - mengenal pasti saseran jadual yang tetapj mempunyeisumber -sumber
yang cukup; dan sesuai dengan keupayaan organisasi it u sendiri, selain penglibatan semua pihak dalam
organisasi diperlukan dslam memberi idea untuk membangunkan organises]. Pembangunan Organisasi
yang sisternatik akan dapat membantu pemimpin melaksanakan eebarang pembaharuan secara
praktikal di dalam organisasi.
      Kelima, Fokus kepada Manusta. Pembangunan Organises! perlu mementingkan sistem hubungan
kemanusiean dalam organisasi - dalam aspek tugas, teknologi atau di mensi struktur. Hubungan
kemanusiaan penting kerana dapat meningkatkan keberkesanan or ganisasi melalui pemberian idea,
kritikan dan analisis masalah dan penyelesaiannya.
      Keenam, Strategi Pendidikan. Sesebuah organisasi boleh berkembang apabila indi vldu-Individu
dalam organisasi boleh mengubah tingkah laku mereka melalui pendidi kan. Contohnya, di sekolah
penggunaan Urnu pengetahuan dapat menyelesalkan masalah dalam organisasi berkenaan berdasarkan
kepada iklim dan budaya sekolah, Dengen adan ya budaya seperti Inl, ahli organisasi akan dapat
memainkan peranannya dengan mellbat kan kerja secare berpasukanlberkumpulanlbekerjasama dalam
menyelesaikan mesalah.
      Ketujuh, Belajar melalui Pengalaman. Ahli -ahl! organisasi menggunakan sctiap pengalaman yang
telah berlaku di dalam organlsas! sebagai asas untuk Pernbangunan Organisasi. Pengalaman tersebut
boleh didapati melalui dua langkah/proses: 1) Berkongsi pengalaman; dan 2) Mengkaji pengalaman -
pengalaman yang telah berlaku di dalam organisasi untuk diambil pengajaran daripadanya. Belajar
melalui pengalaman bertujuan untuk menyesuaik an teknik-teknik dan elemen-elemen yang terdapat
dalam organisasi supaya setiap anggota organises! boleh menerima proses pembaharuan,
      Kelapan, Mengurus Masalah Sebenar. Jika perkara ini terdapat dalam organisasi
bermakna organisasi tersebut dapat menangani keadaan yang boleh menghalangnya
daripada terus berfungsi. Contohnya, di sekolah terdapat masalah-masalah yang
menghalang pembangunan sekolah. Antaranya, perubahan dilakukan secara drastik;
berlaku krisis kepimpinan; organisasi lembab; dan terlalu banyak konflik. Oleh itu,
masalah yang sedang dihadapi peril di kenalpasti selain cuba menyelesaikan masalah di
peringkat permulaan lagi.
       Kesembila,Penglibatan Pentadbiran Atasan. Sebarang perubahan yang dilakukan
memerlukan penglibatan pentadbir atasan (yang bertanggungjawab untuk mengetahui dan
juga menyelia apa juga perkara), untuk meningkatkan prestasi organisasi. Pentadbir perlu
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya   107

membentuk para pekerjanya sebagai satu pasukan dan tidak boleh membiarkan mereka melakukan
perubahan tanpa diselia. Bagi melaksanakan pembaharuan perlu adanya mesyuarat, rundtngan, kerja
berkumpulan dan motivasi melalui latihan. Pemimpin juga perlu mengumumkan kejayaan keeil yang
dilakukan oleh subordinatnya supaya mereka lebih bersernangat untuk menjayakannya.
     Kesepuluh, Pembangunan Organisasi adalah agen perubahan. Penglibatan agen pe rubahan
diperlukan untuk melaksanakan pembaharuan. Agen perubah yang terdirl dati pada pemimpin dan guru-
guru perlu menjalankan rundingan di antara mereka supaya program Pembangunan Organisasi dapat
dijalankan tanpa sebarang kekeliruan. Selain dari itu, organisasi juga boleh mendapatkan nasihat dan
pandangan daripada agen luaran yang bertindak sebagai perunding (memberi sumber-sumber yang
diperlukan) dalam pembaharuan.
     Berdasarkan perbincangan sebelum lnl menunjukkan Pembangunan Organisasi melibatkan proses
peraneangan yang sistematik. Oleh itu, pelaksanaan Pembangunan Organises! hanya dapat dilaksanakan
dengan sempurna sekiranya terdapat seorang pe mimpin yang mampu menerajui proses -proses
perencangan dan pembaharuan dalam organlsasi. Ini menunjukkan kepentingan seseorang pemimpin
untuk menjadikan sesebuah organisasi Itu cemerlang. Kepentingan peranan pemimpin akan dapat dilihat
di dalam dapatan-dapatan kajian dan juga pandangan pengkaji -pengkaji terdahulu mengenal perkara
tersebut, Antaranya, menurut Wan Liz Ozman Wan Omar (1996), ketua sesebuah organises!
memainkan peranan yang besar dalam meneorakkan suasana kerja, motivasi, dan keberkesanan sesuatu
organisasi. Seseorang ketua jabatan yang tidak jelas mengenal objektif dan arah tujuan [abatannye
sudah tentu tidak akan dapat mengemudi organisasi tersebut ke arab matlamat yang tepat. Tidak syak
lagi bahawa maju atau mundurnya sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kualiti dan stail
keplmplnan pemimpinnya.
     Begitu juga, keberkesanan sesebuah sekolah amat bergantung kepada pengetua! guru besarnya.
Mortimore, Sammons, dan Thomas (l99S) mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialab
pengetue sekolab tersebut mempunyai kepimpinan profesional yang bersikap tegas; bermatlarnat:
mengamalkan pendekatan bersama dan permuafaka tan rumah-sekolah seperti dalam scel-soal
pembelajaran, pelajar dan membuat kepu tusan, selain keunggulan pengetua itu sendiri selaku seorang
pemimpin yang berupaya menangani sebarang masalah di sekolah.
     Purkey dan Smith (1983) mengatakan pengetua selaku pemimpin yang paling pen ting di sekolah
adalah pemboleh ubah yang paling kritikal di dalam dunia-keplmplnan. Apatah lagi, stail
kepimpinannya boleh mempengaruhi dan memajukan pelbagai tahap perubahan dan pembaharuan di
sekolahnya. Dalam seal ini l Abdul Shukor Abdullah (199S) mengatakan pengetua sebagai pengurus
sekolah adalah faktor penentu dalam melahirkan keberkesanan sekolah. Begitu juga, Levin dan
Lockheed (1991) mengatakan kepimpinan pengetua adalah faktor terpenting dalam menentukan
sesebuah sekolah itu berkesan, maju dan cemerlang.
      Tidak dapat dinafikan lagi, peranan seseorang pemimpin sangat penting untuk memastiksn
kejayaan dan kecemerlangan sesebueh organlsas]. Sebagai seorang individu yang mempunyai
kedudukan yang penting di dalam sesebuah organisasi, seseorang pemimpin memerlukan karektor dan
ke1ayakan yang istimewa nilainya. An-
108   Masalali Pendidikan 2005, Universiti Malaya


taranya, menurut hasil mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan (5 Mac, 1998, di Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang) ialah: 1) Mengamalkan cara berkomu-
nikasi yang cekap; 2) Prihatin terhadap hubungan kemanusiaan; 3) Prihatin dan peka
mengenai perbezaan budaya dan adat resam masyarakat; 4) Mempunyai wawasan yang
jelas; 5) Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik; 6) Menerima tugas-
an sebagai satu profesion; 7) Membuat keputusan secara konsensus; 8) Memanfaatkan
teknologi maklumat; dan 9) Ketrampilan lain temasuk: i) Menganalisis masalah secara
berkesan; ii) Membuat pertimbangan yang saksama; iii) Mengurus dan membuat kepu-
tusan, selain 10) Ketrampilan peribadi yang merangkumi: i) Menilai pendidikan seeara
jelas; ii) Mempunyai minat dan motivasi yang tinggi; dan iii) Menjaga perwatakan diri.
Seseorang pengetua itu juga perlu mengetahui mengenai kekuatan dan kelemahan dirinya
dan juga kepimpinannya. Jika ada kelemahan, seseorang pengetua itu perlu berusaha
meng-atasi kelemahan tersebut di samping mengekalkan dan mempertingkatkan kekuatan
yang ada padanya. Dengan cara ini, pengetua tersebut dapat meningkatkan kemahiran
dan keupayaannya untuk mengurus dan mengendalikan organisasi dengan berkesan.
Pengetua boleh membuat penilaian kendiri dengan menggunakan inventori penilaian
kendiri; dan beliau hendaklah membuat penilaian ke atas dirinya secara ikhlas dan jujur
kerana tugas pengetua sememangnya meneabar kebolehan dan juga keupayaannya untuk
mengatasi kelemahan-kelemahannya sendiri (Institut Aminuddin Baki, 1998). Semua
eiri-ciri pengetua tersebut menunjukkan kepada kita, untuk membina kualiti dalam
kepimpinan bukannya suatu perkara yang mudah. Malah, untuk memenuhi keperluan
tersebut, ia memerlukan sekumpulan pendidik yang perlu dipilih dan ditapis lebih dahulu
berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang baik.
      Beberapa kajian di barat menunjukkan terdapat pelbagai ciri kepimpinan pengetua
yang berkesan. Antaranya, Sweeney (1982), dengan kajiannya yang berfokus kepada
hubungan antara kepimpinan pengetua dengan pengajaran dan peneapaian akademik pe-
lajar, telah mengemukakan enam ciri kepimpinan pengetua yang mempunyai hubungan
yang rapat dengan keberkesanan sekolah, iaitu: 1) Memberi penekanan terhadap
pencapaian para pelajar dalam bidang akademik; 2) Menyusun dan menetapkan strategi
pengajaran; 3) Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah; 4) Kerap
menilai pencapaian pelajaran para pelajar; 5) Menyelaras program pengajaran; dan 6)
Membantu dan memberi semangat kepada para guru. Ciri-ciri lain pengetua berkesan
adalah: 7) Pintar dan berinisiatif tinggi (Blumberg & Greenfield, 1986); 8) Berwawasan
dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran (Blumberg &
Greenfield, 1986); 9) Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf lain
(Ubben & Hughes, 1987); 10) Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan
mereka (Ubben & Hughes, 1987); 11) Mengetahui batasan kepimpinan yang formal dan
yang tidak formal; 12) Kerkemahiran interpersonal, ramah dan baik hati (Blumberg &
Greenfield, 1986; Ubben & Hughes, 1987) dan 13) Proaktif dan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas tug as (Blumberg & Greenfield, 1986).
      Walaupun tinjauan kajian dan penulisan berkaitan eiri-eiri kepimpinan pengetua
yang berkesan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan untuk membolehkan seseorang
pemimpin yang berjaya menjadikan organisasi yang dipirnpinnya cemerlang, tetapi
penulis hanya akan mengenengahkan beberapa ciri-ciri kepimpinan di dalam Islam
sebagai input tambahan yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin untuk
mengukuhkan lagi
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya   109

kepimpinannya khususnya, untuk Pembangunan Organisasi pendidikan.
     Sebelum membincangkan secara mendalam mengenai ciri-ciri kepimpinan Islam
yang diperlukan dalam Pembangunan Organisasi, lebih dahulu penulis akan membin-
cangkan konsep kepimpinan Islam bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas menge-
nai kepimpinan Islam.

                                KoosepKepimpinan Islam
Menurut Hisham AI- Talib (1992) kepimpinan adalah satu proses menggerakkan
sekumpuIan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang
tidak memaksa. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi
kehendakjangka panjang. Sementara itu, Mustafa Daud (1994) berpendapat kepimpinan
adalah satu proses untuk menyelaraskan arahan, mengatur dan mengelakkan penggunaan
pendapat sendiri yang boleh merosakkan sesebuah organisasi. Dengan kata yang lain,
pemimpin adalah bertanggung jawab untuk menjaga keperluan organisasi secara
keseluruhannya.
     Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) berpendapat kepimpinan ialah penyusun interaksi
seluruh anggota organisasi untuk mencapai matlamat bersama. Fungsi pemimpin ialah
menyatu dan menyelaras semua pendapat, usaha dan tenaga untuk mencapai matlamat or-
ganisasi. Menurut beliau lagi, terdapat tiga asas utarna dalam sesuatu kepimpinan iaitu:

1. Kumpulan manusia itu yang mesti mengandungi sekurang-kurangnya dua orang atau
   lebih;
2. Kumpulan yang dibentuk mempunyai tujuan dan hasrat yang sarna; dan
3. Seorang ketua yang mendapat sokongan dari semua pihak dan dilantik untuk men-
jayakan tujuan kumpulannya.

Ini menunjukkan konsep kepimpinan di dalam Islam memberi lebih fokus kepada meng-
gerakkan anggota organisasi dengan dorongan yang tidak memaksa. Selain dari itu,
kepimpinan Islam juga bertindak mengajak anggota-anggota organisasi dan menyelaras
serta menyusun interaksi ahli-ahli organisasi. Bagi penulis, semua aktiviti ini menunjuk-
kan kepimpinan di dalam Islam lebih bersifat terbuka; lebih menekankan konsep per-
saudaraan serta hubungan kemanusiaan (antara pemimpin dan anggota organisasi) dalam
us aha untuk mencapai matlamat organisasi.
      Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) ketua hendaklah menunjukkan kemam-
puan bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan.
Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan wujud hubungan yang erat antara pe-
mimpin dengan yang kena pimpin - tanpa ada sebarang garis pemisah antara mereka.
Malah, seorang pemimpin perlu menjadi contoh, tidak kira dalam aspek kebajikan atau-
pun tindak tanduknya.
      Perbincangan tersebut menunjukkan ada hubungan dua hala antara yang memimpin
dengan yang kena pirnpin, selain wujudnya elemen sentiasa memberi galakan satu sarna
lain. Ini bererti, pemimpin bukan sahaja bertanggungjwab untuk memberi galakan bahkan
sanggup menerima teguran, cadangan dan pandangan daripada kakitangannya. Sikap
saling memberi dan menerima inilah yang menjadi salah satu unsur penting, dan perlu
ada dalam apa juga institusi kepimpinan kita hari ini, selain ini juga selaras dengan tun-
tutan Allah ke atas hamba-hambaNya:"Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh
itu, damaikanlah antara dua saudaramu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu
110 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

mendapat rahmat" (Mak!lud AI -Qur' an 49: 10) dan juga: liSesungguhnya ini, umat kamu, umat yang satu
dan Aku Tuhanmu, sebab itu takutlah kamu kepadaKu" (Maksud AI Qur'an 4O:S2).
     Penekanan terhadap kcnsep persaudaraan di dalam sesebuah organisasi menjadikan seseorang
pemimpin ltu bukan untuk ditakut] tempi untuk ditcladani; mudah dibawa ber bincang (proses
perbincangan ini akan mewujudkan pula rangkaian maklum balas yang efektif di antara yang memimpin
dengan yang kena pimpin), Pemfmpin -pemlmpin yang mengamalkan slkap -sikap positif ini di dalam
pentadblran mereka sebenarnya mendorong ke arab pencapaian matlamat organisasi, s elain memperolehi
ganjaran dl hari akhirat.

                                       Clrl-clrl Keplmplnan Islam
Terdapat pelbagai eiri-ciri kepimpinan Islam yang telah dikemukakan oleh pemlkir -pemikir dan
cendekiawar; dalam bidang keplmplnan Islam, antaranya rnenurut Abdul Rashid Moten (2001) ciri-ciri
kepimpinan Islam ialah warak ialtu mempunyai komltmen yang tinggi terhadap kehendak Islam; berllmu
yang membolehkan beliau memahami tuntutan agama dan kehendak semasa; berkemampuar; dan
berkebolehan untuk melaksanakan tu gas-tugas pentadbiran; dan adil serta penyayang.
     Menurut Wahbah Zuhaili (2001) clri -ciri kepimpinan Islam adalah: Berpegang te guh kepada ajaran
Al-Qur'an dan Sunnah; menghldupkan semangat jihad; sabar dalam usahe mencepal metlamat:
bermesyuarat; adi1; memuliakan hak seti ap individu antaranye, memberi kebebesan tetapi masih dibatasi
oleh ketentuan syarak; berusaha menghapuskan faktor -faktor kemunduran; dan membina kekuatan
ekonoml- dengan kekuatan ekonoml akan menguatkan organtses! dan membantu mencapai matlamat
organisasl. Pemimpin juga dikehendaki menguasai Umu kontemporari; berakhlak mulia; menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran; dan ihsan kepeda orang lain.
     Fathi Yakan (200 1) menyenaraikan clri -clri kepimpinan Islam berikut: Memahami perbezaan
Indlvldu; memberi jawatan yang sesual pada seseorang; mementingkan per saudaraan - boleh berhubung
secara balk dengan setiap orang; boleh berbeza pendapat; memiliki kemahiran berscslal; memberi
kebebasan: jihad; seni mengarah; seni berkomu nikasi; sen! menyeru kebaikan; seni menyatukan; sen!
menilai; berakhlak mulla; ikhlas; adU; bijaksana; berilmu; dan seda.
     Al-Mawardi (dIm. Idris Zakaria, 1986) mengemukakan syarat berikut untuk melayakkan seseorang
menjadi pemimpin iaitu: adil; berilmu agama; ansgota tubuh dan penglihatan yang sempurna; berfikiran
wares: dan beranl berjihad. Ringkasnya, pemimpin mempunyal keistimewaan mental dan kemampuan
fizikal sena ketajaman dalaman (baUnI rohani).
     Ishak Mohd Rejab (198S), yang telah mengkaji ucapan -ucapan Nabi Muhammad saw dan para
sahabatnya, telah menyenaraikan beberapa trait personaliti yang harus dimiUki oleh pemimpin Islam iaitu:
keberanian; kesucian moral; pemurah; Iemab -lembut: pemaaf; bertimbang rasa; berhatl -hat! dan teliti;
menunal janji; benar; penyimpan rahsia; tegas; bijaksana; dan cekap berfikir;rendah dlrl; ddak mengikut
hawa nafsu; diplomasi; tidak rnemberi layanan kepada ancaman dan umpat -mengumpet; mengesan kerja -
kerja pegawai di bawahnya; memberi dan menerima nasihat.
     Mustafa Masyur (1987) pula menyenaraikan 19 sifat dan akhlak pemimpin Islam iaitu ikhlas kepade
Allah; bijaksana; tidak mudah m arah; lemah-lembut; berani; benar;
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya     111

merendah dirl; memaafkan; menepati janji; ke sabaran; al- 'iffah (menjaga maruah); warak (kuat
beribadah); zuhud (hidup dengan sederhana); adil; insaf; tidak mengangkat did; memelihara perkara -
perkara yang diperintahkan Allah; memiliki ketenangen hati; dan optlmls,
     Berdasarkan perbincangan dl ates menunjukkan matlamat utama kepimpinan Islam adalah
semata-mate bergantung kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama.
Den.ganmenu1ikisifat;..sifat tersebut seseorangpemimpin ituakan lebihmenumpukan tuges
kepimpinannya kepada menyeru kebaik an dan mencegah kemungkaran.
     Ciri-ciri peribadi pemimpin di dalam Islam pula labir daripada gabungan ciri -ciri dalaman
(batin/rohani) dan juga Iuaran (tizikal/jasmani) seseorang individu pemimpln, Cm -em dalaman adalah:
memilild hati yang tenang; insaf; jauh daripada perbuatan mengang kat dirl; rendah diri; warak; ikhlas
kepada Allah: tawaduk; 'iflah,' zuhud; bijaksana; eekap bertikir: dan bersifat benar. Sementara ciri -ciri
luaran pula ialah: optlmls: berpengeta huan agama dan semasa; berkemampuan dan kompeten; jihad;
beranl; sabar, tidak mudah marah; berakhlak; bermoral; lemah lembut; menunaikan janji; seUa;
mempunyal kemampuan flzika1; pemurah; dan boleh menyimpan rahsla.
     Ciri-ciri hubungan pemimpin dengan orang lain di dalam Islam adala h: adil; penyayang;
memuliakan hak setiap orang: lhsan; memahami perbeeaan individu; kemahlran berecslal; bijaksana;
lemah lembut; pemaaf; bertimbang rasa; diplomasi; bermesyuarat; berusahe menghapuskan
kemunduran; membina kekuatan ekonomi; mementingkan p ersaudaraan: menyatukan; menerima
perbezaen pendapat; member! kebebasan; member! dan menerima nasihat; memaafkan; kebolehan
mengarah; komunikasi; teliti dalam meni lai dan mengesan kerja pegawal bawahan; dan tidak melayan
ancaman dan umpatan.

               Pembangunan Organlnsl Berasaskan Clrl -c1rl Keplmplnan Islam
Dengan merujuk sepuluh konsep pembangunan organisasi yang telah dibincangkan se belum ini,
berikut kita akan membincangkan strategi Pembangunan Organisasi pendidi kan yang cemerlang
berdasarkan ciri-ctri kepimpinan Islam:

Matlamat Pembangunan Organisasi
Konsep ini memberi penekanen kepada usahe mengoptimumkan penglibatan semua ahli untuk
meningkatkan kualiti organisasi. Usaha ini terceeus dari dalam organisasi itu sendir! tanpa desakan atau
tuntutan luar. Sifat tuntutan dalaman seperti ini amat bersesualan dengan ciri kepimpinan Islam itu
sendiri yang lebih menekankan pelaksanaan sesuatu tugasan adalah untuk agama dan bukannya untuk
peribadi, Sekiranya seseorang pemlmpin ingin berjaya melaksanakan peranann ya, ia perlu mempunyai
motivasl dan kawalan dalaman. Kepimpinan yang berpaksikan tauhid ini akan memastikan matlamat
pembangunan organisasi menjurus kepada kcbaikan dan menolak sebarang keburukan dan kemurkaan
Allah swt Keadaan sebegln! sudah tentu lebih m enjamin kecemerlangan organisasi tersebut kerana
titrah (semulajadi) yang ada pada agama itu sendiri adalah kebaikan dan kemajuan.

Sistem Pembaharuan
Konsep ini bererti sesebuah organisllsi perlu mengoptimumkan kekuatan dalaman orge nisasi tersebut
untuk melakukan perubahan-perubahan ke arah mencapal matlamat. Sekiranya seseorang pemimpin
mempunyai ciri-clrt kepemimpinan Islam seperti ikh -
112   Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

las dalam melaksanakan pembaharuan; tidak berbangga dengan apa yang dilaksanakan;
dan merendah diri sudah tentu akan lebih memudahkan penerimaan subordinat terhadap
pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan. Selain dari itu, gabungan ilmu agama dan
kontemporari serta berani menghadapi segala cabaran akan memudahkan pencapaian
matlarnat pembaharuan organisasi.

(Konsep Ketiga dan Keempat) Pendekatan Bersistem dan Strategi Terancang
Dengan adanya pendekatan bersistem dan strategi terancang, pembangunan organisasi
dapat dilaksanakan secara tersusun dan sistematik. Di dalam memenuhi kehendak dua
konsep ini, kefahaman setiap ahli organisasi terhadap sistem yang diamalkan di dalam
organisasi tersebut amat penting. Kefahaman yang kurang jelas mengenai sistem-sistem
yang diamalkan di dalam organiasasi boleh menimbulkan percanggahan pendapat, dan ini
boleh mewujudkan suasana kurang kondusif dalam organisasi tersebut. Di sinilah ciri-ciri
kepimpinan Islam diperlukan - pemimpin yang mempu-nyai kemahiran menyampaikan
arahan kepada ahli organisasi dengan jelas. Selain itu, pemimpin yang bersifat adil;
memuliakan hak setiap individu; menerima perbezaan pendapat; diplomasi; dan teliti
dalam menilai dan mengesan kerja pegawai bawahan akan dapat memastikan yang
dipimpin menerima sistem yang diamalkan dan ini boleh membantu mencapai hasrat
pembangunan organisasi.

Fokus kepada Manusia
Konsep ini bermakna pembangunan organisasi mementingkan hubungan manusia adalah
mengatasi dimensi tugas. Bagi memenuhi fokus kepada kemanusiaan ini, pemimpin yang
mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam seperti merendah diri; jauh daripada bangga diri;
sabar; tidak mudah marah; berakhlak mulia; memuliakan hak setiap individu; adil; mahir
bersosial; memahami perbezaan individu; menerima perbezaan pendapat; mengamalkan
syura; dan mementingkan persaudaraan sudah tentu akan dapat mewujudkan hubungan
dua hala yang lebih erat antara pemimpin dan yang dipimpin.

Strategi Pendidikan
Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan untuk mengubah tingkah laku ahli
organisasi. Bagi memenuhi kehendak konsep ini, seseorang pemimpin perlu mempunyai
kekuatan ilmu agama dan ilmu kontemporari. Gabungan kedua-dua ilmu ini penting
kerana saling melengkapi satu sarna lain. Ilmu agama membantu mengawal peribadi
seseorang sementara ilmu kontemporari itu pula akan memudahkan pelaksanaan tugasan
semasa. Sekiranya, seseorang pemimpin hanya memberi penekanan kepada salah satu
sahaja ilmu, mungkin akan berlaku kepincangan dalarn organisasi tersebut. Contohnya,
jika seseorang pemimpin sebuah organisasi itu hanya mahir ilmu kontemporari tetapi
tidak bagi ilmu agama, mungkin akan berlaku penyelewengan dalam organisasi tersebut.
Selain itu, bijaksana dan cekap berfikir dapat membantu pemimpin mengubah tingkah
laku pengikut mencapai matlamat pembangunan organisasi.

(Konsep Ketujuh dan Kelapan) Belajar Melalui Pengalaman dan Mengurus Masalah
yang Sebenar
Dua konsep ini memberi penekanan kepada ahli organisasi supaya menjadikan realiti di
dalam organisasi sebagai satu proses pembelajaran dan penyelesaian masalah. Dua
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya   113

konsep ini sukar dilaksanakan kerana pengalaman setiap individu adalah berbeza. Di sini
ciri-ciri kepimpinan Islam seperti memuliakan hak setiap individu; memahami perbezaan
individu; bertimbang rasa; menerima perbezaan pendapat; memberi kebebasan; memberi
dan menerima nasihat; dan tidak melayan umpatan amat penting untuk memastikan setiap
ahli organisasi berani belajar memperbaiki diri dan seterusnya membangunkan organisasi
melalui pengalaman-pengalaman harian tanpa perasaan takut. Keadaan ini boleh mem-
bantu ke arah kecemerlangan organisasi tersebut.

(Konsep Kesembilan dan Kesepuluh) Penglibatan Pentadbiran Atasan dan Agen
Perubah
Dua konsep ini boleh dikaitkan kerana peranan pentadbir memulakan idea-idea ke arah
pembangunan organisasi dan idea ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tiada
pengikut yang ingin melaksanakannya dan juga tiada pandangan pakar bagi menilainya.
Oleh itu, peranan pemimpin merangkumi mewujudkan satu kumpulan untuk
melaksanakan perubahan-perubahan dan sentiasa berbincang bagi mencari idea-idea yang
terbaik. Di sinilah ciri-ciri kepimpinan Islam seperti mengamalkan syura, boleh berbeza
pendapat, bertimbang rasa, boleh memberi dan menerima nasihat antara ciri yang penting
ke arah pencapaian matlamat pembangunan organisasi.

                                       RUMUSAN
Kepimpinan di dalam Islam bermatlamat setiap sesuatu dilakukan adalah semata-mata
kerana Allah. Matlamat ini hanya akan dapat dicapai oleh setiap organisasi masa kini dan
pada masa depan sekiranya setiap pemimpin memiliki keperibadian yang mulia dan juga
kebijaksanaan dalam bersosial dengan orang lain. Dengan itu, di dalam Islam, seseorang
pemimpin itu semestinya bersifat muslim sejati, selain memberi penekanan utama kepada
akhlak mulia individu. Kepimpinan di dalam Islam juga berorientasikan kemanusiaan dan
tidak pula semata-mata hanya berfokus kepada hasilan produk. Oleh itu, kita semua perlu
menyedari pada hakikatnya motivasi asas yang mempengaruhi tingkah laku kita adalah
kekuatan iman kita - yang menjadi nadi kepada pelaksanaan tanggung jawab asas
manusia sebagai makhluk ciptaan Allah, selain nilai yang perlu dimaksimumkan ialah
kesejahteraan dalaman (fikiran, perasaan dan roh).
     Kepimpinan Islam juga lebih tertumpu kepada mengenali unsur dalaman dan unsur
psikologi yang mempengaruhi kelakuan manusia. Kualiti dan produktiviti kepimpinan di
dalam Islam adalah berteraskan kepada nilai-nilai Islam yang inherent - yang berupaya
menggerakkan seseorang indidvidu untuk melakukan tugas, dengan mengambil kira bu-
kan sahaja aspek ganjaran material tetapi juga aspek dalaman (batin/rohani). Apatah lagi,
teras kepada gerakan kualiti dan produktiviti ialah pembinaan personaliti yang unggul
(Syed Othman al-Habshi, 1994).
     Kecemerlangan kepimpinan di dalam Islam itu pula adalah tertakluk kepada ukuran
mardatillah (mendapat keredaan Allah). Dengan cara ini barulah amal, ibadat dan kerja
seseorang muslim akan diterima Allah, selain etika kerja yang telah ditetapkan oleh maji-
kannya perlu dipatuhi (Siddiq Fadzil, 1992).
     Oleh kerana itu, tidak boleh dinafikan lagi bahawa Pernbangunan Organisasi yang
berteraskan ciri-ciri kepimpinan Islam akan dapat memastikan kecemerlangan organisasi
114   Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

bukan sahaja semata-mata hanya berjaya mencapai matlamat material bahkan nilai in-
tegriti yang sangat tinggi.

                                        RUJUKAN
Abdul Rashid Moten (2001). Political leadership: A comparative analysis. Kertas kerja
       Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
       Malaya.
Abdul Shukor Abdullah (1995, Julai 13-14). Membina sekolah berkesan: Aplikasi dasar.
       Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands,
       Pahang.
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991). Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: DBP.
 Blumberg, A., & Greenfield, W. D. (1986). The effective principal: Perspectives on
      school leadership. Boston, MA: Allyn.
Fathi Yakan (2001). Al-Athar al-mutarattibah 'ala qaibathi al-qiyadah ar-rasyidoh al-
      mursyidah. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam, Akademi Penga-
      jian Islam, Universiti Malaya.
HishamAl-Talib (1992). Panduan latihan bagi petugas Islam. Kuala Lumpur: Nurin.
Idris Zakaria (1986). Teori kenegaraan al-Farabi. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti
      Kebangsaan Malaysia.
Institut Aminuddin Baki. (1998, Mac 5). Profil pengetua/guru besar berkesan menurut
      model Malaysia. Kertas Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan yang tidak diterbit-
      kan.
Ishak Mohd. Rejab (1985). Kepimpinan dalam Islam. Bangi, Selangor: Fakulti Pengajian
      Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Levin, H. M., & Lockhead, M. E. (1991). Effective schools in developing countries. New
       York: The World Bank, Education and Employment Division, Population and Hu-
      man Resource Department.
Mahmud Yunus (1992). Tafsir Quran Karim. Klang, Se1angor: Klang Book Store.
Mortimore, P., Sammons, P., & Thomas, S. (1995). School effectiveness and value added
      measures. Paper presented at the Desmond Nuttal Memorial Conference on June 10,
      1994. Assessment in Education: Principles, Policy and Practice, 1(3),315-332.
Mustafa Daud (1994). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur. Utusan.
Mustafa Masyur (1987). Jalan da'wah: Antara qiadah danjundiyyah (Terj. dr. Bahasa
      Arab). Alor Setar, Kedah: Ikhwan.
Owens, R. G. (1995). Organizational behavior in education. Boston, MA: Allyn. Purkey,
S. c., & Smith, M. S. (1983). Effective schools: A review. Elementary
       School Journal, 83(4), 427-452.
Siddiq Fadzil (1992). Minda Melayu baru, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Sweeny,
J. (1982). Research synthesis on effective school leadership. Educational Leadership,
      39(5), 346-352.
Syed Othman Al-Habshi (1994, Januari 8). Islamic approach to quality, productivity.
      New Straits Times.
Ubben, G. c., & Hughes, L. W. (1987). The principal: Creative leadership for effective
      schools. New York: Allyn.
Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya   115

Wahbah Zuhaili (2001). Al-Qiyadah al- 'alam al-Islami al-hadir wa al-mustaqbal. Kertas
   kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
   Malaya.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam abad ke-21: Revolusi pengurusan
   untuk keunggulan sektor awam dan korporat. Kuala Lumpur: Utusan.

More Related Content

What's hot

Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasisiti arzmi
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsafiro HAR
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumAton Minaton
 
Apa itu refleksi
Apa itu refleksiApa itu refleksi
Apa itu refleksiAFIQAH
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikImsamad
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKCkg Nizam
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialSyahremie Teja
 
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran menyelesaikan masalahKemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran menyelesaikan masalahmunnianwar
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanCkg Nizam
 

What's hot (20)

Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Perancangan Strategik
Perancangan StrategikPerancangan Strategik
Perancangan Strategik
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Apa itu refleksi
Apa itu refleksiApa itu refleksi
Apa itu refleksi
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Kuasa
KuasaKuasa
Kuasa
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIK
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
Kepimpinan situasi
Kepimpinan situasiKepimpinan situasi
Kepimpinan situasi
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosial
 
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran menyelesaikan masalahKemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran menyelesaikan masalah
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 

Viewers also liked

Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaNur Aisyah Khor
 
Pengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiPengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiMohd Shukri Suib
 
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanTajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanZilafeeq Shafilla
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Pelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan SekolahPelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan Sekolahtengkurohana
 
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiMuhamad Bustaman Abdul Manaf
 
Importance of TECHNICAL report WRITING
Importance of TECHNICAL report WRITINGImportance of TECHNICAL report WRITING
Importance of TECHNICAL report WRITINGWaseem Ali
 
Isu Sosial & Budaya Dalam Organisasi
Isu Sosial & Budaya Dalam OrganisasiIsu Sosial & Budaya Dalam Organisasi
Isu Sosial & Budaya Dalam OrganisasiAin Dynaz
 
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan PasukanTugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan PasukanNor Azharuddin Shaharuddin
 
Taklimat Penilaian Prestasi UTeM
Taklimat Penilaian Prestasi UTeMTaklimat Penilaian Prestasi UTeM
Taklimat Penilaian Prestasi UTeMAzman Hj. Ayup
 
Konsep Pembangunan Ekonomi
Konsep Pembangunan EkonomiKonsep Pembangunan Ekonomi
Konsep Pembangunan EkonomiRully Indrawan
 
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASIPSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASIAina Faatihah
 

Viewers also liked (20)

Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
 
Pengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiPengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & Organisasi
 
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanTajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Peningkatan prestasi organisasi secara strategik
Peningkatan prestasi organisasi secara strategikPeningkatan prestasi organisasi secara strategik
Peningkatan prestasi organisasi secara strategik
 
Pelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan SekolahPelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan Sekolah
 
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
 
Importance of TECHNICAL report WRITING
Importance of TECHNICAL report WRITINGImportance of TECHNICAL report WRITING
Importance of TECHNICAL report WRITING
 
Isu Sosial & Budaya Dalam Organisasi
Isu Sosial & Budaya Dalam OrganisasiIsu Sosial & Budaya Dalam Organisasi
Isu Sosial & Budaya Dalam Organisasi
 
Phases f od
Phases f odPhases f od
Phases f od
 
Bhn modul 3 4
Bhn modul 3 4Bhn modul 3 4
Bhn modul 3 4
 
Speech organisation
Speech organisationSpeech organisation
Speech organisation
 
Persidangan rio
Persidangan rioPersidangan rio
Persidangan rio
 
my c.v 2
my c.v 2my c.v 2
my c.v 2
 
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan PasukanTugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
 
Isu di sekolah
Isu di sekolahIsu di sekolah
Isu di sekolah
 
Taklimat Penilaian Prestasi UTeM
Taklimat Penilaian Prestasi UTeMTaklimat Penilaian Prestasi UTeM
Taklimat Penilaian Prestasi UTeM
 
Konsep Pembangunan Ekonomi
Konsep Pembangunan EkonomiKonsep Pembangunan Ekonomi
Konsep Pembangunan Ekonomi
 
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASIPSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI
 
Pemikiran strategik
Pemikiran strategik Pemikiran strategik
Pemikiran strategik
 

Similar to KepimpinanIslam

Makalah manajemen pendidikan
Makalah manajemen pendidikanMakalah manajemen pendidikan
Makalah manajemen pendidikanisalsand
 
Makalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasiMakalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasimirakomalsari
 
KEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptx
KEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptxKEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptx
KEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptxrikitwiyanto
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
Tugas supervisi pendidikan
Tugas supervisi pendidikanTugas supervisi pendidikan
Tugas supervisi pendidikanmhd_riski
 
Efektivitas Kepemimpinan.ppt
Efektivitas Kepemimpinan.pptEfektivitas Kepemimpinan.ppt
Efektivitas Kepemimpinan.pptashrafkhairulAzam
 
Ppt admin shinta
Ppt admin shintaPpt admin shinta
Ppt admin shintayu_furi
 
ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptx
ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptxADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptx
ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptxJimatul Arrobi
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudiManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudimahmudi moedy
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudiManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudimahmudi moedy
 
Nilai individu dalam membentuk organisasi pembelajar
Nilai individu dalam membentuk organisasi pembelajarNilai individu dalam membentuk organisasi pembelajar
Nilai individu dalam membentuk organisasi pembelajarnavyndl29
 
Tugasan individu npqel
Tugasan individu npqelTugasan individu npqel
Tugasan individu npqelhallic
 
BMP EKMA4565 Manajemen Perubahan
BMP EKMA4565 Manajemen PerubahanBMP EKMA4565 Manajemen Perubahan
BMP EKMA4565 Manajemen PerubahanMang Engkus
 
Kepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasi
Kepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasiKepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasi
Kepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasiJoel mabes
 
Adm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikan
Adm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikanAdm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikan
Adm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikanujangjm
 
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...keziahutajulu
 
Tesis Kepemimpinan dan Budaya Organisasi
Tesis Kepemimpinan dan Budaya OrganisasiTesis Kepemimpinan dan Budaya Organisasi
Tesis Kepemimpinan dan Budaya Organisasifyanty saja
 

Similar to KepimpinanIslam (20)

Makalah manajemen pendidikan
Makalah manajemen pendidikanMakalah manajemen pendidikan
Makalah manajemen pendidikan
 
Makalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasiMakalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasi
 
KEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptx
KEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptxKEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptx
KEAMANAN KENDARAAN MOTOR.pptx
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Tugas supervisi pendidikan
Tugas supervisi pendidikanTugas supervisi pendidikan
Tugas supervisi pendidikan
 
Efektivitas Kepemimpinan.ppt
Efektivitas Kepemimpinan.pptEfektivitas Kepemimpinan.ppt
Efektivitas Kepemimpinan.ppt
 
leadership.ppt
leadership.pptleadership.ppt
leadership.ppt
 
Leadership Kepsek
Leadership KepsekLeadership Kepsek
Leadership Kepsek
 
Ppt admin shinta
Ppt admin shintaPpt admin shinta
Ppt admin shinta
 
ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptx
ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptxADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptx
ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pptx
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudiManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudiManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-mahmudi
 
Nilai individu dalam membentuk organisasi pembelajar
Nilai individu dalam membentuk organisasi pembelajarNilai individu dalam membentuk organisasi pembelajar
Nilai individu dalam membentuk organisasi pembelajar
 
Tugasan individu npqel
Tugasan individu npqelTugasan individu npqel
Tugasan individu npqel
 
BMP EKMA4565 Manajemen Perubahan
BMP EKMA4565 Manajemen PerubahanBMP EKMA4565 Manajemen Perubahan
BMP EKMA4565 Manajemen Perubahan
 
Handout 7 ld
Handout 7 ldHandout 7 ld
Handout 7 ld
 
Kepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasi
Kepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasiKepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasi
Kepemimpinan komunikasi dan motivasi dalam organisasi
 
Adm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikan
Adm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikanAdm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikan
Adm pendidikan ke 4 prinsip dan unsur2 adm pendidikan
 
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
 
Tesis Kepemimpinan dan Budaya Organisasi
Tesis Kepemimpinan dan Budaya OrganisasiTesis Kepemimpinan dan Budaya Organisasi
Tesis Kepemimpinan dan Budaya Organisasi
 

Recently uploaded

Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxSelviPanggua1
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxGyaCahyaPratiwi
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptBennyKurniawan42
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 

KepimpinanIslam

  • 1. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 105 PEMBANGUNAN ORGANISASI PENDIDIKAN YANG CEMERLANG BERASASKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN ISLAM Ahmad Zabidi Abdul Razak Universiti Malaya This article discusses the role of leadership in developing educational or- ganizations based on Islamic leadership characteristics. The focus of dis- cussion is to propose the development of educational organizations not just for material achievement, but more than that, for its emphasis on spiritual aspect. Kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan boleh diukur daripada pelbagai aspek sarna ada berdasarkan pencapaian dan disiplin pelajar, kepuasan kerja guru, persekitaran yang selesa dan selamat serta penerimaan masyarakat. Oleh itu, untuk membina dan mengekalkan kecemerlangan, sesebuah organisasi pendidikan perlu melakukan pemba- haruan-pembaharuan mengikut tuntutan semasa. Antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah melalui pendekatan Pembangunan Organisasi. Prinsip Pembangunan Organisasi adalah proses peningkatan kemampuan organisasi untuk melakukan pembaharuan-pembaharuan kendiri (Owens, 1995). Dengan kata yang lain, sekiranya persekitaran ataupun situasi semasa menuntut organisasi melakukan perubahan, maka pemimpin dan ahli-ahli organisasi perlu bersedia melaksanakan pemba- haruan-pembaharuan yang diperlukan tanpa menunggu arahanltuntutan daripada lain-lain pihak di luar organisasi. Menurut Pullan (dlm, Owens, 1995, ms. 222): Organization Development in school districts is a coherent, systematically- planned, sustained effort at system self-study and improvement, focusing explicitly on change in formal and informal procedures, process, norms or structure, using behavioral science concepts. The goals of Organizational Development include both the quality of life of individual as well as improving organizational functioning and performance. Berasaskan kepada pendapat di atas menunjukkan pelaksanaan Pembangunan Organisasi melibatkan proses perancangan yang sistematik; dan organisasi melaksanakan perubahan mengikut kehendak perubahan-perubahan semasa. Tujuan Pembangunan Organisasi adalah untuk meningkatkan kualiti ahli-ahli organisasi, selain secara tidak langsung membantu organisasi tersebut supaya dapat berfungsi dengan baik; dan seterusnya menjadikan organisasi tersebut cemerlang. Menurut Owens (1995) terdapat sepuluh konsep berkaitan Pembangunan Organisasi iaitu: Pertama, matlamat pembangunan organisasi. Konsep ini bermaksud organisasi berusaha meningkatkan fungsi dan produktivitinya; memperkembangkan kebolehan organisasi dalam meningkatkan kualiti dengan menggunakan sumber-sumber yang ada seperti teknologi dan manusia; memaksimumkan penglibatan ahli organisasi dalam mem- buat keputusan; membuat program baru; membuat penyusunan semula organisasi; dan mendapatkan komitmen untuk mencapai matlamat organisasi.
  • 2. 106 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya Kedua, konsep sistem pembaharuan. Mengikut konsep inl, sesebueh organises! be leh berkembang dengan ciri-ciri yang ada di dalamnya. Ciri-ciri ini yang terdapat di dalam sesebuah organisasi membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan untuk berubah dan juga dapat mencapal matlamat yang ditetapkan, Ketiga, Pendekaten-bersistem - merujuk Pembangunan Organlsas! berdasarkan kon sep sosio- teknikal kerana keseluruhan sistem organlsas! ada hubungan dengan kompo nen-komponen subsistemnya seperti manusia, struktur, teknologl dan tugas. Contohnya, di sekolah yang juga berdesarkan konsep sosio-teknikal kerana di dalamnya ada [abatan, kumpulan tidak formal, taraf yang berbeza, kerja secera berkumpulan/berpasukan dan sebagainya yang berkait rapat antara satu same lain. Keempat, Strategi Terancang. Konsep lni menunjukkan bahawa organisasi perlu a da perancangan yang sistematik meliputi pelaksanean aktiviti dan teknik -tekniknya. Rancangaan Pembangunan Organisasi mestilah spesifik - mengenal pasti saseran jadual yang tetapj mempunyeisumber -sumber yang cukup; dan sesuai dengan keupayaan organisasi it u sendiri, selain penglibatan semua pihak dalam organisasi diperlukan dslam memberi idea untuk membangunkan organises]. Pembangunan Organisasi yang sisternatik akan dapat membantu pemimpin melaksanakan eebarang pembaharuan secara praktikal di dalam organisasi. Kelima, Fokus kepada Manusta. Pembangunan Organises! perlu mementingkan sistem hubungan kemanusiean dalam organisasi - dalam aspek tugas, teknologi atau di mensi struktur. Hubungan kemanusiaan penting kerana dapat meningkatkan keberkesanan or ganisasi melalui pemberian idea, kritikan dan analisis masalah dan penyelesaiannya. Keenam, Strategi Pendidikan. Sesebuah organisasi boleh berkembang apabila indi vldu-Individu dalam organisasi boleh mengubah tingkah laku mereka melalui pendidi kan. Contohnya, di sekolah penggunaan Urnu pengetahuan dapat menyelesalkan masalah dalam organisasi berkenaan berdasarkan kepada iklim dan budaya sekolah, Dengen adan ya budaya seperti Inl, ahli organisasi akan dapat memainkan peranannya dengan mellbat kan kerja secare berpasukanlberkumpulanlbekerjasama dalam menyelesaikan mesalah. Ketujuh, Belajar melalui Pengalaman. Ahli -ahl! organisasi menggunakan sctiap pengalaman yang telah berlaku di dalam organlsas! sebagai asas untuk Pernbangunan Organisasi. Pengalaman tersebut boleh didapati melalui dua langkah/proses: 1) Berkongsi pengalaman; dan 2) Mengkaji pengalaman - pengalaman yang telah berlaku di dalam organisasi untuk diambil pengajaran daripadanya. Belajar melalui pengalaman bertujuan untuk menyesuaik an teknik-teknik dan elemen-elemen yang terdapat dalam organisasi supaya setiap anggota organises! boleh menerima proses pembaharuan, Kelapan, Mengurus Masalah Sebenar. Jika perkara ini terdapat dalam organisasi bermakna organisasi tersebut dapat menangani keadaan yang boleh menghalangnya daripada terus berfungsi. Contohnya, di sekolah terdapat masalah-masalah yang menghalang pembangunan sekolah. Antaranya, perubahan dilakukan secara drastik; berlaku krisis kepimpinan; organisasi lembab; dan terlalu banyak konflik. Oleh itu, masalah yang sedang dihadapi peril di kenalpasti selain cuba menyelesaikan masalah di peringkat permulaan lagi. Kesembila,Penglibatan Pentadbiran Atasan. Sebarang perubahan yang dilakukan memerlukan penglibatan pentadbir atasan (yang bertanggungjawab untuk mengetahui dan juga menyelia apa juga perkara), untuk meningkatkan prestasi organisasi. Pentadbir perlu
  • 3. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 107 membentuk para pekerjanya sebagai satu pasukan dan tidak boleh membiarkan mereka melakukan perubahan tanpa diselia. Bagi melaksanakan pembaharuan perlu adanya mesyuarat, rundtngan, kerja berkumpulan dan motivasi melalui latihan. Pemimpin juga perlu mengumumkan kejayaan keeil yang dilakukan oleh subordinatnya supaya mereka lebih bersernangat untuk menjayakannya. Kesepuluh, Pembangunan Organisasi adalah agen perubahan. Penglibatan agen pe rubahan diperlukan untuk melaksanakan pembaharuan. Agen perubah yang terdirl dati pada pemimpin dan guru- guru perlu menjalankan rundingan di antara mereka supaya program Pembangunan Organisasi dapat dijalankan tanpa sebarang kekeliruan. Selain dari itu, organisasi juga boleh mendapatkan nasihat dan pandangan daripada agen luaran yang bertindak sebagai perunding (memberi sumber-sumber yang diperlukan) dalam pembaharuan. Berdasarkan perbincangan sebelum lnl menunjukkan Pembangunan Organisasi melibatkan proses peraneangan yang sistematik. Oleh itu, pelaksanaan Pembangunan Organises! hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya terdapat seorang pe mimpin yang mampu menerajui proses -proses perencangan dan pembaharuan dalam organlsasi. Ini menunjukkan kepentingan seseorang pemimpin untuk menjadikan sesebuah organisasi Itu cemerlang. Kepentingan peranan pemimpin akan dapat dilihat di dalam dapatan-dapatan kajian dan juga pandangan pengkaji -pengkaji terdahulu mengenal perkara tersebut, Antaranya, menurut Wan Liz Ozman Wan Omar (1996), ketua sesebuah organises! memainkan peranan yang besar dalam meneorakkan suasana kerja, motivasi, dan keberkesanan sesuatu organisasi. Seseorang ketua jabatan yang tidak jelas mengenal objektif dan arah tujuan [abatannye sudah tentu tidak akan dapat mengemudi organisasi tersebut ke arab matlamat yang tepat. Tidak syak lagi bahawa maju atau mundurnya sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kualiti dan stail keplmplnan pemimpinnya. Begitu juga, keberkesanan sesebuah sekolah amat bergantung kepada pengetua! guru besarnya. Mortimore, Sammons, dan Thomas (l99S) mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialab pengetue sekolab tersebut mempunyai kepimpinan profesional yang bersikap tegas; bermatlarnat: mengamalkan pendekatan bersama dan permuafaka tan rumah-sekolah seperti dalam scel-soal pembelajaran, pelajar dan membuat kepu tusan, selain keunggulan pengetua itu sendiri selaku seorang pemimpin yang berupaya menangani sebarang masalah di sekolah. Purkey dan Smith (1983) mengatakan pengetua selaku pemimpin yang paling pen ting di sekolah adalah pemboleh ubah yang paling kritikal di dalam dunia-keplmplnan. Apatah lagi, stail kepimpinannya boleh mempengaruhi dan memajukan pelbagai tahap perubahan dan pembaharuan di sekolahnya. Dalam seal ini l Abdul Shukor Abdullah (199S) mengatakan pengetua sebagai pengurus sekolah adalah faktor penentu dalam melahirkan keberkesanan sekolah. Begitu juga, Levin dan Lockheed (1991) mengatakan kepimpinan pengetua adalah faktor terpenting dalam menentukan sesebuah sekolah itu berkesan, maju dan cemerlang. Tidak dapat dinafikan lagi, peranan seseorang pemimpin sangat penting untuk memastiksn kejayaan dan kecemerlangan sesebueh organlsas]. Sebagai seorang individu yang mempunyai kedudukan yang penting di dalam sesebuah organisasi, seseorang pemimpin memerlukan karektor dan ke1ayakan yang istimewa nilainya. An-
  • 4. 108 Masalali Pendidikan 2005, Universiti Malaya taranya, menurut hasil mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan (5 Mac, 1998, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang) ialah: 1) Mengamalkan cara berkomu- nikasi yang cekap; 2) Prihatin terhadap hubungan kemanusiaan; 3) Prihatin dan peka mengenai perbezaan budaya dan adat resam masyarakat; 4) Mempunyai wawasan yang jelas; 5) Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik; 6) Menerima tugas- an sebagai satu profesion; 7) Membuat keputusan secara konsensus; 8) Memanfaatkan teknologi maklumat; dan 9) Ketrampilan lain temasuk: i) Menganalisis masalah secara berkesan; ii) Membuat pertimbangan yang saksama; iii) Mengurus dan membuat kepu- tusan, selain 10) Ketrampilan peribadi yang merangkumi: i) Menilai pendidikan seeara jelas; ii) Mempunyai minat dan motivasi yang tinggi; dan iii) Menjaga perwatakan diri. Seseorang pengetua itu juga perlu mengetahui mengenai kekuatan dan kelemahan dirinya dan juga kepimpinannya. Jika ada kelemahan, seseorang pengetua itu perlu berusaha meng-atasi kelemahan tersebut di samping mengekalkan dan mempertingkatkan kekuatan yang ada padanya. Dengan cara ini, pengetua tersebut dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaannya untuk mengurus dan mengendalikan organisasi dengan berkesan. Pengetua boleh membuat penilaian kendiri dengan menggunakan inventori penilaian kendiri; dan beliau hendaklah membuat penilaian ke atas dirinya secara ikhlas dan jujur kerana tugas pengetua sememangnya meneabar kebolehan dan juga keupayaannya untuk mengatasi kelemahan-kelemahannya sendiri (Institut Aminuddin Baki, 1998). Semua eiri-ciri pengetua tersebut menunjukkan kepada kita, untuk membina kualiti dalam kepimpinan bukannya suatu perkara yang mudah. Malah, untuk memenuhi keperluan tersebut, ia memerlukan sekumpulan pendidik yang perlu dipilih dan ditapis lebih dahulu berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang baik. Beberapa kajian di barat menunjukkan terdapat pelbagai ciri kepimpinan pengetua yang berkesan. Antaranya, Sweeney (1982), dengan kajiannya yang berfokus kepada hubungan antara kepimpinan pengetua dengan pengajaran dan peneapaian akademik pe- lajar, telah mengemukakan enam ciri kepimpinan pengetua yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keberkesanan sekolah, iaitu: 1) Memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik; 2) Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran; 3) Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah; 4) Kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajar; 5) Menyelaras program pengajaran; dan 6) Membantu dan memberi semangat kepada para guru. Ciri-ciri lain pengetua berkesan adalah: 7) Pintar dan berinisiatif tinggi (Blumberg & Greenfield, 1986); 8) Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran (Blumberg & Greenfield, 1986); 9) Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf lain (Ubben & Hughes, 1987); 10) Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka (Ubben & Hughes, 1987); 11) Mengetahui batasan kepimpinan yang formal dan yang tidak formal; 12) Kerkemahiran interpersonal, ramah dan baik hati (Blumberg & Greenfield, 1986; Ubben & Hughes, 1987) dan 13) Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tug as (Blumberg & Greenfield, 1986). Walaupun tinjauan kajian dan penulisan berkaitan eiri-eiri kepimpinan pengetua yang berkesan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan untuk membolehkan seseorang pemimpin yang berjaya menjadikan organisasi yang dipirnpinnya cemerlang, tetapi penulis hanya akan mengenengahkan beberapa ciri-ciri kepimpinan di dalam Islam sebagai input tambahan yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mengukuhkan lagi
  • 5. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 109 kepimpinannya khususnya, untuk Pembangunan Organisasi pendidikan. Sebelum membincangkan secara mendalam mengenai ciri-ciri kepimpinan Islam yang diperlukan dalam Pembangunan Organisasi, lebih dahulu penulis akan membin- cangkan konsep kepimpinan Islam bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas menge- nai kepimpinan Islam. KoosepKepimpinan Islam Menurut Hisham AI- Talib (1992) kepimpinan adalah satu proses menggerakkan sekumpuIan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendakjangka panjang. Sementara itu, Mustafa Daud (1994) berpendapat kepimpinan adalah satu proses untuk menyelaraskan arahan, mengatur dan mengelakkan penggunaan pendapat sendiri yang boleh merosakkan sesebuah organisasi. Dengan kata yang lain, pemimpin adalah bertanggung jawab untuk menjaga keperluan organisasi secara keseluruhannya. Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) berpendapat kepimpinan ialah penyusun interaksi seluruh anggota organisasi untuk mencapai matlamat bersama. Fungsi pemimpin ialah menyatu dan menyelaras semua pendapat, usaha dan tenaga untuk mencapai matlamat or- ganisasi. Menurut beliau lagi, terdapat tiga asas utarna dalam sesuatu kepimpinan iaitu: 1. Kumpulan manusia itu yang mesti mengandungi sekurang-kurangnya dua orang atau lebih; 2. Kumpulan yang dibentuk mempunyai tujuan dan hasrat yang sarna; dan 3. Seorang ketua yang mendapat sokongan dari semua pihak dan dilantik untuk men- jayakan tujuan kumpulannya. Ini menunjukkan konsep kepimpinan di dalam Islam memberi lebih fokus kepada meng- gerakkan anggota organisasi dengan dorongan yang tidak memaksa. Selain dari itu, kepimpinan Islam juga bertindak mengajak anggota-anggota organisasi dan menyelaras serta menyusun interaksi ahli-ahli organisasi. Bagi penulis, semua aktiviti ini menunjuk- kan kepimpinan di dalam Islam lebih bersifat terbuka; lebih menekankan konsep per- saudaraan serta hubungan kemanusiaan (antara pemimpin dan anggota organisasi) dalam us aha untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) ketua hendaklah menunjukkan kemam- puan bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan wujud hubungan yang erat antara pe- mimpin dengan yang kena pimpin - tanpa ada sebarang garis pemisah antara mereka. Malah, seorang pemimpin perlu menjadi contoh, tidak kira dalam aspek kebajikan atau- pun tindak tanduknya. Perbincangan tersebut menunjukkan ada hubungan dua hala antara yang memimpin dengan yang kena pirnpin, selain wujudnya elemen sentiasa memberi galakan satu sarna lain. Ini bererti, pemimpin bukan sahaja bertanggungjwab untuk memberi galakan bahkan sanggup menerima teguran, cadangan dan pandangan daripada kakitangannya. Sikap saling memberi dan menerima inilah yang menjadi salah satu unsur penting, dan perlu ada dalam apa juga institusi kepimpinan kita hari ini, selain ini juga selaras dengan tun- tutan Allah ke atas hamba-hambaNya:"Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara dua saudaramu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu
  • 6. 110 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya mendapat rahmat" (Mak!lud AI -Qur' an 49: 10) dan juga: liSesungguhnya ini, umat kamu, umat yang satu dan Aku Tuhanmu, sebab itu takutlah kamu kepadaKu" (Maksud AI Qur'an 4O:S2). Penekanan terhadap kcnsep persaudaraan di dalam sesebuah organisasi menjadikan seseorang pemimpin ltu bukan untuk ditakut] tempi untuk ditcladani; mudah dibawa ber bincang (proses perbincangan ini akan mewujudkan pula rangkaian maklum balas yang efektif di antara yang memimpin dengan yang kena pimpin), Pemfmpin -pemlmpin yang mengamalkan slkap -sikap positif ini di dalam pentadblran mereka sebenarnya mendorong ke arab pencapaian matlamat organisasi, s elain memperolehi ganjaran dl hari akhirat. Clrl-clrl Keplmplnan Islam Terdapat pelbagai eiri-ciri kepimpinan Islam yang telah dikemukakan oleh pemlkir -pemikir dan cendekiawar; dalam bidang keplmplnan Islam, antaranya rnenurut Abdul Rashid Moten (2001) ciri-ciri kepimpinan Islam ialah warak ialtu mempunyai komltmen yang tinggi terhadap kehendak Islam; berllmu yang membolehkan beliau memahami tuntutan agama dan kehendak semasa; berkemampuar; dan berkebolehan untuk melaksanakan tu gas-tugas pentadbiran; dan adil serta penyayang. Menurut Wahbah Zuhaili (2001) clri -ciri kepimpinan Islam adalah: Berpegang te guh kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah; menghldupkan semangat jihad; sabar dalam usahe mencepal metlamat: bermesyuarat; adi1; memuliakan hak seti ap individu antaranye, memberi kebebesan tetapi masih dibatasi oleh ketentuan syarak; berusaha menghapuskan faktor -faktor kemunduran; dan membina kekuatan ekonoml- dengan kekuatan ekonoml akan menguatkan organtses! dan membantu mencapai matlamat organisasl. Pemimpin juga dikehendaki menguasai Umu kontemporari; berakhlak mulia; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran; dan ihsan kepeda orang lain. Fathi Yakan (200 1) menyenaraikan clri -clri kepimpinan Islam berikut: Memahami perbezaan Indlvldu; memberi jawatan yang sesual pada seseorang; mementingkan per saudaraan - boleh berhubung secara balk dengan setiap orang; boleh berbeza pendapat; memiliki kemahiran berscslal; memberi kebebasan: jihad; seni mengarah; seni berkomu nikasi; sen! menyeru kebaikan; seni menyatukan; sen! menilai; berakhlak mulla; ikhlas; adU; bijaksana; berilmu; dan seda. Al-Mawardi (dIm. Idris Zakaria, 1986) mengemukakan syarat berikut untuk melayakkan seseorang menjadi pemimpin iaitu: adil; berilmu agama; ansgota tubuh dan penglihatan yang sempurna; berfikiran wares: dan beranl berjihad. Ringkasnya, pemimpin mempunyal keistimewaan mental dan kemampuan fizikal sena ketajaman dalaman (baUnI rohani). Ishak Mohd Rejab (198S), yang telah mengkaji ucapan -ucapan Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya, telah menyenaraikan beberapa trait personaliti yang harus dimiUki oleh pemimpin Islam iaitu: keberanian; kesucian moral; pemurah; Iemab -lembut: pemaaf; bertimbang rasa; berhatl -hat! dan teliti; menunal janji; benar; penyimpan rahsia; tegas; bijaksana; dan cekap berfikir;rendah dlrl; ddak mengikut hawa nafsu; diplomasi; tidak rnemberi layanan kepada ancaman dan umpat -mengumpet; mengesan kerja - kerja pegawai di bawahnya; memberi dan menerima nasihat. Mustafa Masyur (1987) pula menyenaraikan 19 sifat dan akhlak pemimpin Islam iaitu ikhlas kepade Allah; bijaksana; tidak mudah m arah; lemah-lembut; berani; benar;
  • 7. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 111 merendah dirl; memaafkan; menepati janji; ke sabaran; al- 'iffah (menjaga maruah); warak (kuat beribadah); zuhud (hidup dengan sederhana); adil; insaf; tidak mengangkat did; memelihara perkara - perkara yang diperintahkan Allah; memiliki ketenangen hati; dan optlmls, Berdasarkan perbincangan dl ates menunjukkan matlamat utama kepimpinan Islam adalah semata-mate bergantung kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Den.ganmenu1ikisifat;..sifat tersebut seseorangpemimpin ituakan lebihmenumpukan tuges kepimpinannya kepada menyeru kebaik an dan mencegah kemungkaran. Ciri-ciri peribadi pemimpin di dalam Islam pula labir daripada gabungan ciri -ciri dalaman (batin/rohani) dan juga Iuaran (tizikal/jasmani) seseorang individu pemimpln, Cm -em dalaman adalah: memilild hati yang tenang; insaf; jauh daripada perbuatan mengang kat dirl; rendah diri; warak; ikhlas kepada Allah: tawaduk; 'iflah,' zuhud; bijaksana; eekap bertikir: dan bersifat benar. Sementara ciri -ciri luaran pula ialah: optlmls: berpengeta huan agama dan semasa; berkemampuan dan kompeten; jihad; beranl; sabar, tidak mudah marah; berakhlak; bermoral; lemah lembut; menunaikan janji; seUa; mempunyal kemampuan flzika1; pemurah; dan boleh menyimpan rahsla. Ciri-ciri hubungan pemimpin dengan orang lain di dalam Islam adala h: adil; penyayang; memuliakan hak setiap orang: lhsan; memahami perbeeaan individu; kemahlran berecslal; bijaksana; lemah lembut; pemaaf; bertimbang rasa; diplomasi; bermesyuarat; berusahe menghapuskan kemunduran; membina kekuatan ekonomi; mementingkan p ersaudaraan: menyatukan; menerima perbezaen pendapat; member! kebebasan; member! dan menerima nasihat; memaafkan; kebolehan mengarah; komunikasi; teliti dalam meni lai dan mengesan kerja pegawal bawahan; dan tidak melayan ancaman dan umpatan. Pembangunan Organlnsl Berasaskan Clrl -c1rl Keplmplnan Islam Dengan merujuk sepuluh konsep pembangunan organisasi yang telah dibincangkan se belum ini, berikut kita akan membincangkan strategi Pembangunan Organisasi pendidi kan yang cemerlang berdasarkan ciri-ctri kepimpinan Islam: Matlamat Pembangunan Organisasi Konsep ini memberi penekanen kepada usahe mengoptimumkan penglibatan semua ahli untuk meningkatkan kualiti organisasi. Usaha ini terceeus dari dalam organisasi itu sendir! tanpa desakan atau tuntutan luar. Sifat tuntutan dalaman seperti ini amat bersesualan dengan ciri kepimpinan Islam itu sendiri yang lebih menekankan pelaksanaan sesuatu tugasan adalah untuk agama dan bukannya untuk peribadi, Sekiranya seseorang pemlmpin ingin berjaya melaksanakan peranann ya, ia perlu mempunyai motivasl dan kawalan dalaman. Kepimpinan yang berpaksikan tauhid ini akan memastikan matlamat pembangunan organisasi menjurus kepada kcbaikan dan menolak sebarang keburukan dan kemurkaan Allah swt Keadaan sebegln! sudah tentu lebih m enjamin kecemerlangan organisasi tersebut kerana titrah (semulajadi) yang ada pada agama itu sendiri adalah kebaikan dan kemajuan. Sistem Pembaharuan Konsep ini bererti sesebuah organisllsi perlu mengoptimumkan kekuatan dalaman orge nisasi tersebut untuk melakukan perubahan-perubahan ke arah mencapal matlamat. Sekiranya seseorang pemimpin mempunyai ciri-clrt kepemimpinan Islam seperti ikh -
  • 8. 112 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya las dalam melaksanakan pembaharuan; tidak berbangga dengan apa yang dilaksanakan; dan merendah diri sudah tentu akan lebih memudahkan penerimaan subordinat terhadap pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan. Selain dari itu, gabungan ilmu agama dan kontemporari serta berani menghadapi segala cabaran akan memudahkan pencapaian matlarnat pembaharuan organisasi. (Konsep Ketiga dan Keempat) Pendekatan Bersistem dan Strategi Terancang Dengan adanya pendekatan bersistem dan strategi terancang, pembangunan organisasi dapat dilaksanakan secara tersusun dan sistematik. Di dalam memenuhi kehendak dua konsep ini, kefahaman setiap ahli organisasi terhadap sistem yang diamalkan di dalam organisasi tersebut amat penting. Kefahaman yang kurang jelas mengenai sistem-sistem yang diamalkan di dalam organiasasi boleh menimbulkan percanggahan pendapat, dan ini boleh mewujudkan suasana kurang kondusif dalam organisasi tersebut. Di sinilah ciri-ciri kepimpinan Islam diperlukan - pemimpin yang mempu-nyai kemahiran menyampaikan arahan kepada ahli organisasi dengan jelas. Selain itu, pemimpin yang bersifat adil; memuliakan hak setiap individu; menerima perbezaan pendapat; diplomasi; dan teliti dalam menilai dan mengesan kerja pegawai bawahan akan dapat memastikan yang dipimpin menerima sistem yang diamalkan dan ini boleh membantu mencapai hasrat pembangunan organisasi. Fokus kepada Manusia Konsep ini bermakna pembangunan organisasi mementingkan hubungan manusia adalah mengatasi dimensi tugas. Bagi memenuhi fokus kepada kemanusiaan ini, pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam seperti merendah diri; jauh daripada bangga diri; sabar; tidak mudah marah; berakhlak mulia; memuliakan hak setiap individu; adil; mahir bersosial; memahami perbezaan individu; menerima perbezaan pendapat; mengamalkan syura; dan mementingkan persaudaraan sudah tentu akan dapat mewujudkan hubungan dua hala yang lebih erat antara pemimpin dan yang dipimpin. Strategi Pendidikan Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan untuk mengubah tingkah laku ahli organisasi. Bagi memenuhi kehendak konsep ini, seseorang pemimpin perlu mempunyai kekuatan ilmu agama dan ilmu kontemporari. Gabungan kedua-dua ilmu ini penting kerana saling melengkapi satu sarna lain. Ilmu agama membantu mengawal peribadi seseorang sementara ilmu kontemporari itu pula akan memudahkan pelaksanaan tugasan semasa. Sekiranya, seseorang pemimpin hanya memberi penekanan kepada salah satu sahaja ilmu, mungkin akan berlaku kepincangan dalarn organisasi tersebut. Contohnya, jika seseorang pemimpin sebuah organisasi itu hanya mahir ilmu kontemporari tetapi tidak bagi ilmu agama, mungkin akan berlaku penyelewengan dalam organisasi tersebut. Selain itu, bijaksana dan cekap berfikir dapat membantu pemimpin mengubah tingkah laku pengikut mencapai matlamat pembangunan organisasi. (Konsep Ketujuh dan Kelapan) Belajar Melalui Pengalaman dan Mengurus Masalah yang Sebenar Dua konsep ini memberi penekanan kepada ahli organisasi supaya menjadikan realiti di dalam organisasi sebagai satu proses pembelajaran dan penyelesaian masalah. Dua
  • 9. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 113 konsep ini sukar dilaksanakan kerana pengalaman setiap individu adalah berbeza. Di sini ciri-ciri kepimpinan Islam seperti memuliakan hak setiap individu; memahami perbezaan individu; bertimbang rasa; menerima perbezaan pendapat; memberi kebebasan; memberi dan menerima nasihat; dan tidak melayan umpatan amat penting untuk memastikan setiap ahli organisasi berani belajar memperbaiki diri dan seterusnya membangunkan organisasi melalui pengalaman-pengalaman harian tanpa perasaan takut. Keadaan ini boleh mem- bantu ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. (Konsep Kesembilan dan Kesepuluh) Penglibatan Pentadbiran Atasan dan Agen Perubah Dua konsep ini boleh dikaitkan kerana peranan pentadbir memulakan idea-idea ke arah pembangunan organisasi dan idea ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tiada pengikut yang ingin melaksanakannya dan juga tiada pandangan pakar bagi menilainya. Oleh itu, peranan pemimpin merangkumi mewujudkan satu kumpulan untuk melaksanakan perubahan-perubahan dan sentiasa berbincang bagi mencari idea-idea yang terbaik. Di sinilah ciri-ciri kepimpinan Islam seperti mengamalkan syura, boleh berbeza pendapat, bertimbang rasa, boleh memberi dan menerima nasihat antara ciri yang penting ke arah pencapaian matlamat pembangunan organisasi. RUMUSAN Kepimpinan di dalam Islam bermatlamat setiap sesuatu dilakukan adalah semata-mata kerana Allah. Matlamat ini hanya akan dapat dicapai oleh setiap organisasi masa kini dan pada masa depan sekiranya setiap pemimpin memiliki keperibadian yang mulia dan juga kebijaksanaan dalam bersosial dengan orang lain. Dengan itu, di dalam Islam, seseorang pemimpin itu semestinya bersifat muslim sejati, selain memberi penekanan utama kepada akhlak mulia individu. Kepimpinan di dalam Islam juga berorientasikan kemanusiaan dan tidak pula semata-mata hanya berfokus kepada hasilan produk. Oleh itu, kita semua perlu menyedari pada hakikatnya motivasi asas yang mempengaruhi tingkah laku kita adalah kekuatan iman kita - yang menjadi nadi kepada pelaksanaan tanggung jawab asas manusia sebagai makhluk ciptaan Allah, selain nilai yang perlu dimaksimumkan ialah kesejahteraan dalaman (fikiran, perasaan dan roh). Kepimpinan Islam juga lebih tertumpu kepada mengenali unsur dalaman dan unsur psikologi yang mempengaruhi kelakuan manusia. Kualiti dan produktiviti kepimpinan di dalam Islam adalah berteraskan kepada nilai-nilai Islam yang inherent - yang berupaya menggerakkan seseorang indidvidu untuk melakukan tugas, dengan mengambil kira bu- kan sahaja aspek ganjaran material tetapi juga aspek dalaman (batin/rohani). Apatah lagi, teras kepada gerakan kualiti dan produktiviti ialah pembinaan personaliti yang unggul (Syed Othman al-Habshi, 1994). Kecemerlangan kepimpinan di dalam Islam itu pula adalah tertakluk kepada ukuran mardatillah (mendapat keredaan Allah). Dengan cara ini barulah amal, ibadat dan kerja seseorang muslim akan diterima Allah, selain etika kerja yang telah ditetapkan oleh maji- kannya perlu dipatuhi (Siddiq Fadzil, 1992). Oleh kerana itu, tidak boleh dinafikan lagi bahawa Pernbangunan Organisasi yang berteraskan ciri-ciri kepimpinan Islam akan dapat memastikan kecemerlangan organisasi
  • 10. 114 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya bukan sahaja semata-mata hanya berjaya mencapai matlamat material bahkan nilai in- tegriti yang sangat tinggi. RUJUKAN Abdul Rashid Moten (2001). Political leadership: A comparative analysis. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Abdul Shukor Abdullah (1995, Julai 13-14). Membina sekolah berkesan: Aplikasi dasar. Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang. Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991). Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: DBP. Blumberg, A., & Greenfield, W. D. (1986). The effective principal: Perspectives on school leadership. Boston, MA: Allyn. Fathi Yakan (2001). Al-Athar al-mutarattibah 'ala qaibathi al-qiyadah ar-rasyidoh al- mursyidah. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam, Akademi Penga- jian Islam, Universiti Malaya. HishamAl-Talib (1992). Panduan latihan bagi petugas Islam. Kuala Lumpur: Nurin. Idris Zakaria (1986). Teori kenegaraan al-Farabi. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Institut Aminuddin Baki. (1998, Mac 5). Profil pengetua/guru besar berkesan menurut model Malaysia. Kertas Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan yang tidak diterbit- kan. Ishak Mohd. Rejab (1985). Kepimpinan dalam Islam. Bangi, Selangor: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Levin, H. M., & Lockhead, M. E. (1991). Effective schools in developing countries. New York: The World Bank, Education and Employment Division, Population and Hu- man Resource Department. Mahmud Yunus (1992). Tafsir Quran Karim. Klang, Se1angor: Klang Book Store. Mortimore, P., Sammons, P., & Thomas, S. (1995). School effectiveness and value added measures. Paper presented at the Desmond Nuttal Memorial Conference on June 10, 1994. Assessment in Education: Principles, Policy and Practice, 1(3),315-332. Mustafa Daud (1994). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur. Utusan. Mustafa Masyur (1987). Jalan da'wah: Antara qiadah danjundiyyah (Terj. dr. Bahasa Arab). Alor Setar, Kedah: Ikhwan. Owens, R. G. (1995). Organizational behavior in education. Boston, MA: Allyn. Purkey, S. c., & Smith, M. S. (1983). Effective schools: A review. Elementary School Journal, 83(4), 427-452. Siddiq Fadzil (1992). Minda Melayu baru, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Sweeny, J. (1982). Research synthesis on effective school leadership. Educational Leadership, 39(5), 346-352. Syed Othman Al-Habshi (1994, Januari 8). Islamic approach to quality, productivity. New Straits Times. Ubben, G. c., & Hughes, L. W. (1987). The principal: Creative leadership for effective schools. New York: Allyn.
  • 11. Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 115 Wahbah Zuhaili (2001). Al-Qiyadah al- 'alam al-Islami al-hadir wa al-mustaqbal. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam abad ke-21: Revolusi pengurusan untuk keunggulan sektor awam dan korporat. Kuala Lumpur: Utusan.