Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
kajian sejarah perkembangan syiah
1. UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY
PENGAJIAN ISLAM ( MPW2143 )
SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
1BME 2
NATASHA NABILA BINTI RANI ( 53259313224 )
NUR HALIMATUN RADZIAH BINTI YAHAYA (53259313354)
2. 1SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PENGAJIAN ISLAM
MPW2143
USTAZ TENGKU SAIPULIZAN BIN TENGKU HUSSAIN
1BME 2
NATASHA NABILA BINTI RANI
53259313224
NUR HALIMATUN RADZIAH BINTI YAHAYA
53259313354
3. 2SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
KANDUNGAN
BIL BAB TAJUK MUKA SURAT
1 Penghargaan 3
2 Abstrak 4
3 Pendahuluan 5
4 1 Pengenalan Syiah 6
5 Istilah Syiah Yang Digunakan Dalam Al - Quran 7
6 Istilah Syiah Yang Digunakan Dalam Hadis 9
7 2 Sejarah Awal Kemunculan Syiah 13
8 Kemunculan Puak Syiah 14
9 Gerakan Anti – Sahabat 15
10 Pengganti Khalifah Umar Al – Khattab 18
11 Khalifah Uthman Bin Affan 21
12 Pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib 24
13 Perang Jamal ( Perang Unta ) 28
14 Perang Siffin 38
15 Perlantikan Khalifah Muawiyah 45
16 Pertempuran Karbala 48
17 3 Syiah Di Malaysia 57
18 Penyebaran Syiah Di Malaysia 58
19 Faktor Penyebaran Syiah Di Malaysia 61
20 Cara - Cara Syiah Disebarkan Di Malaysia 62
21 Kesimpulan 65
22 Rujukan 66
23 Lampiran 67
4. 3SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PENGHARGAAN
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pertama sekali, kami dengan rendah diri ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada
Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia nikmatNya, kami berjaya menyiapkan kajian ilmiah
kami ini dalam masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran serta dugaan telah kami tempuh
dengan jayanya di dalam proses penyiapan kajian ilmiah ini. Justeru, kami berasa amat
terharu dan gembira kerana berkat usaha gigih, kami berjaya tiba ke penghujung kajian ini.
Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga
khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian
ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Pengorbanan mereka tidak dapat kami balas
melainkan sekadar menghadiahkan kejayaan kami ini. Berkat doa dari mereka juga menjadi
bekalan untuk kami terus maju dalam kehidupan.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Universiti Kuala Lumpur, Malaysian
Institute of Aviation Technology kerana memberikan kami kemudahan sumber rujukan dan
yang sewaktu dengannya semasa proses kajian ilmiah ini dijalankan. Ucapan ribuan terima
kasih juga ditujukan kepada pensyarah Pengajian Islam kami iaitu Ustaz Tengku Saipulizan
Bin Tengku Hussain kerana menjadi pendorong serta penyumbang idea bagi kami
menyiapkan tugasan ilmiah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan
yang sudi berkongsi pendapat dalam isu yang dikaji ini.
Akhir kata dari kami, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam tugasan ilmiah ini. Semoga kajian ini dapat
memberikan manfaat buat kita semua dan semoga kita akn lebih maju dalam kehidupan.
Sekian. Wallahuaklam.
5. 4SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
ABSTRAK
Syiah merupakan satu bentuk fahaman keagamaan yang kian tersebar luas di serata
dunia. Fahaman ini amat bercanggah dari landasan agama serta bercanggah dari fahaman
Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kita amalkan sejak sekian lamanya. Fahaman Syiah ini
terdapat beberapa peringkat yang bermula atas dasar politik dan kian berkembang hingga
memesongkan akidah. Kebanyakan umat Islam khususnya di Malaysia mengalami masalah
untuk membezakan pengikut antara dua fahaman ini dan menyebabkan ramai yang kian
terpengaruh dengan ajaran yang menyimpang ini. Justeru itu, kajian ini menyingkap tentang
sejarah fahaman Syiah yang mana jika kita telusurinya, maka kita akan faham akan
perbezaannya dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kajian ini menggunakan beberapa
sumber rujukan serta pandangan dari pakar bidang Islam untuk memastikan sumber yang
diperolehi adalah sahih dan boleh diguna pakai bagi tujuan kajian ilmiah ini. Menerusi kajian
ilmiah ini, dapat disimpulkan bahawa Syiah kini amat berbeza dengan Syiah pada zaman
sahabat Rasulullah S.A.W. Perbezaan jurang yang amat besar dari pergolakan politik dan kini
menyimpang hingga ke fahaman akidah. Kajian ilmiah ini akan menyingkap sejarah
perkembangan Syiah dan diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat buat seluruh umat
Islam walau dimana jua berada.
6. 5SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PENDAHULUAN
PEMILIHAN TAJUK
Kami memilih tajuk “Sejarah Perkembangan Syiah” sebagai kajian utama kami
kerana fahaman Syiah ini telahpun sampai ke Malaysia sejak sekian lamanya. Tajuk ini selari
dengan tujuan kami iaitu untuk mengetahui asal – usul fahaman Syiah ini dan seterusnya
dapatlah kami lebih memahami dan membezakan antara pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah
dan pengikut Syiah.
OBJEKTIF KAJIAN
Semasa kami melakukan pembacaan umum mengenai Syiah, kami telah memperolehi
beberapa objektif yang ingin kami capai dan seterusnya menjadikan ia sebagai isi kajian
kami. Objektif kajian tersebut antaranya ialah : -
1. Mengenal pasti maksud sebenar Syiah, dari segi bahasa serta penggunaan istilah syiah
yang diguna pakai dalam al-Quran dan hadis.
2. Mengetahui susur galur perkembangan Syiah bermula dari zaman Rasulullah S.A.W
sehinggalah ke hari ini.
3. Mengetahui tentang penyebaran Syiah yang berlaku dalam Malaysia, dan langkah-
langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk membanteras serta hukum-hukum
yang telah difatwakan.
8. 7SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
MAKNA SYIAH
Menurut kamus Tahzib al-Lughat oleh Abu Mansur Muhammad al-Azhari, Syiah merujuk
kepada para pengikut seseorang. Ia juga bermakna : “Sesuatu kelompok manusia yang
mempunyai kepentingan yang sama “, “pengiring “, dan “tersebar dan menjadi kuat.”
Syiah secara bahasa bermakna pengikut atau pengiring.Kalimah ini kemudiannya
digunakan oleh para penyokong Sayidina Ali Bin Abi Talib. Mereka berkata: “Kami Syiah
Ali (penyokong Ali).” Mereka asalnya adalah sebuah gerakan politik, namun berubah
menjadi sebuah aliran akidah yang memiliki ajaran-ajaran yang menyalahi Islam sebenar.
Walaubagaimanapun, perkataan Syiah akhirnya difahami sebagai gelaran kepada orang yang
setia kepada Sayidina Ali dan ahlulbaitnya, sehingga menjadi gelaran khusus bagi mereka.
ISTILAH „SYIAH‟ YANG DIGUNAKAN DALAM AL-QURAN
Seterusnya, perkataan Syiah ini memang terdapat di dalam Al-Quran dan pada 12 tempat
kesemuanya merujuk kepada hubungan kemanusiaan sesama mereka
9. 8SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Antara ayat yang mengandungi kalimah syiah dan maknanya
“Dan masuklah ia ke Bandar (Mesir) ketika penduduknya tidak menyedarinya, lalu
didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi; seorang daripada golongannya
sendiri (syiaan) dan seorang lagi daripada golongannya meminta tolong kepadanya
melawan pihak musuhya.Mua pun menumbuknya lalu orang itu mati. Musa berkata: “Ini
adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang menyesatkan lagi nyata.
(Surah al-Qasas:15)
“Dan sesungguhnya Ibrahim adalah tergolong dari syiahnya (Nuh)”
(As-Saaffaat:83)
“Syiah” seperti yang ditunjukkan di atas adalah perkataan khusus yang digunakan oleh Allah
di dalam al-Qur'an untuk rasul-rasulNya yang bermartabat tinggi berserta pengikut-pengikut
mereka.
“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta
ia menjadikan penduduknya berpuak puak (syiaan).Ia menindas segolongan daripada
mereka dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anal-anak
perepuam mereka. Sesungguhnya dia termasuk golongan yang membuat kerosakan.”
(Surah al-Qasas:4)
“Katakanlah: „Dialah yang berkuasa menghantar kepadamu azab seksa, dari atas atau
bawah kakimu, atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah belah (Syiaan), dan
Dia merasakan kepada sebahagiaan daripada kamu akan keganasan sebahagiaan yang
lain.‟ Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Kami) supaya
mereka memahaminya.
(Surah al-An‟am: 65)
10. 9SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
“Demi sesungguhnya!Kami telah utuskan Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad),
dalam kalangan kaum-kaum (Syiaan) yang telah lalu.”
(Surah al-Hijr:10)
Sebaliknya,sekiranya seseorang itu menjadi syiah (pengikut) kepada hamba yang saleh, maka
tidak salah untuk menjadi syiah. Sebaliknya, jika seseorang itu syiah kepada pemerintah
zalim atau orang yang melakukan kejahatan, maka dia akan mendapat balasan yang sama
dengan orang yang diikutinya. Al-Qur'an menceritakan bagaimana manusia akan
dibangkitkan secara berkumpulan pada Hari Kebangkitan, dan setiap kumpulan atau
golongan akan mempunyai ketuanya (Imam) di hadapannya. Allah berfirman:
“(Ingatlah) pada Hari di mana Kami akan memanggil setiap orang dengan Imamnya”
(Al-Israa‟:71)
ISTILAH „SYIAH‟ YANG DIGUNAKAN DALAM HADIS
Selain itu, terdapat juga istilah Syiah yang digunakan dalam Hadis.Sepanjang sejarah Islam,
"syiah" telah digunakan untuk pengikut Imam 'Ali (a.s).Ia bukanlah merupakan satu istilah
yang dicipta kemudian.
Orang pertama yang menggunakan istilah ini adalah Rasulullah (s.a.w.) sendiri. Apabila ayat
berikut diturunkan:
(Bagi )mereka yang beriman dan melakukan amal saleh, sesungguhnya merekalah makhluk
terbaik
(Qur'an 98:7)
11. 10SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Rasulullah (s.a.w.) bersabda kepada Ali: "Ia adalah untuk kamu dan syiahmu."
Baginda menambah: "Aku bersumpah dengan Dia yang memegang nyawaku bahawa lelaki
ini (Ali) dan syiahnya akan mendapat kejayaan pada Hari Kebangkitan."
Rujukan:
Jalal al-Din al-Suyuti, Tafsir al-Durr al-Manthur, (Kaherah) Jilid. 6, ms. 379
Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir Jami' al-Bayan, (Kaherah) Jilid. 33, ms. 146
Ibn Asakir, Tarikh Dimashq, Jilid. 42, ms. 333, ms. 371
Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa'iq al-Muhriqah, (Kaherah) Bab 11, Bahagian 1, ms.
246-247
Rasulullah (s.a.w.) bersabda: "Wahai Ali! (Pada Hari Pembalasan) kamu dan syiahmu akan
datang menghadap Allah (dalam keadaan) disukai dan menyukai, dan akan datang
kepadaNya musuh-musuhmu dalam keadaan marah dan degil.
Rujukan:
Ibn al-'Athir, al-Nihaya fi gharib al-hadith, (Beirut, 1399), Jilid. 4 ms. 106
al-Tabarani, Mu'jam al-Kabir, Jilid 1 ms. 319
al-Haythami, Majma' al-Zawa'id, Jilid. 9, nombor 14168
Perlu diingatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) tidak pernah ingin untuk memecah-belahkan
kaum Muslimin kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Baginda memerintahkan semuanya
untuk mengikut Imam Ali (a.s.) sebagai wakilnya pada masa hayatnya, dan sebagai Pewaris
dan Khalifah selepasnya. Malangnya mereka yang mengikut suruhan Rasulullah ini hanya
sedikit dan dikenali sebagai "syiah Ali".Mereka dikenakan pelbagai bentuk penindasan dan
kezaliman, dan menderita semenjak hari Nabi Muhammad (s.a.w.) wafat. Sekiranya semua
kaum muslimin patuh kepada suruhan Rasulullah, sudah pasti tidak akan wujud banyak
kumpulan dan pelbagai mazhab dalam Islam sebagaimana sekarang. Di dalam sebuah hadis,
Rasulullah (s.a.w.) bersabda:
12. 11SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
"Selepas dariku perpecahan dan kekacauan akan muncul di kalangan kamu, apabila situasi
ini berlaku, pergilah cari Ali kerana beliau boleh memisahkan di antara Kebenaran dari
Kepalsuan."
Rujukan :
Ali Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Ummal, (Multan) jilid. 2 ms. 612, nombor 32964
Mengenai ayat Qur‟an di atas, beberapa ulama Ahlussunah meriwayatkan sebuah hadis
daripada Imam Ja'far al-Sadiq (a.s.), Imam keenam syiah daripada keluarga Rasulullah (ahlul
bait), bahawa:
"Kamilah tali Allah yang dimaksudkan oleh firman Allah : Dan berpegang teguhlah, kamu
semuanya, kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.
Rujukan:
al-Tha'labi, Tafsir al-Kabir, pada tafsir surah Ali-Imran ayat 103
Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa'iq al-Muhriqah, (Kaherah) Bab. 11, bahagian 1, ms.
233
Oleh itu, sekiranya Allah menentang mereka yang taksub, Allah juga menentang mereka
yang menjauhkan diri daripada tali-Nya, dan bukannya kepada mereka yang berpegang teguh
kepadanya.
Jelaslah bahawa penggunaan kalimah Syiah dan variasinya dalam al-Quran merujuk kepada
golongan manusia sama ada yang memiliki sifat baik atau buruk. Ia langsung tiada kaitan
dengan golongan Syiah yang ada pada pada hari ini.
13. 12SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Dalam erti kata yang sebenar, golongan Syiah ini yang muncul sejak zaman Ali bin Abi Talib
ini dikenali sebagai Syiah, kerana penyatuan gaya berfikir mereka yang mengutamakan Ali
mengatasi sahabat yang lain. Skala golongan ini pula berbza-beza, bermula daripada yang
biasa,, sederhana sehinggalah yang ekstrem.
15. 14SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
KEMUNCULAN PUAK SYIAH
Berdasarkan beberapa pendapat umum, dapat disimpulkan bahawa Syiah merupakan
puak yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib r.a di dalam pertelingkahannya dengan
Muawiyah bin Abi Sufyan r.a. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pengikut
Saidina Ali itu merupakan puak Syiah manakala pengikut Muawiyah itu puak Sunni. Selain
itu, ramai tokoh dari kalangan ahli Sunni berkeyakinan dan berpendapat bahawa dalam
perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat Rasulullah s.a.w ini, kebenaran lebih
berpihak kepada pihak Saidina Ali berbanding dengan pihak Muawiyah.
Berdasarkan beberapa kajian, puak Syiah ini muncul selepas berlakunya
pertelingkahan di antara Saidina Husain bin Ali dan Yazid bin Muawiyah. Pertelingkahan ini
terjadi apabila Saidina Husain tidak mengiktiraf kekhalifahan Yazid. Kisahnya bermula
apabila Saidina Husain berangkat dari Madinah menuju ke Kufah, Iraq rentetan setelah
penduduk Kufah berjanji untuk menyokong, melindungi serta membantunya sekiranya
diserang oleh mana-mana pihak. Namun begitu, janji-janji penduduk Kufah tersebut tidak
dilaksanakan dan akhirnya menjadi punca syahidnya Saidina Husain di pertempuran Karbala.
Setelah Saidina Husain syahid, sebahagian dari mereka telah menyesali akan dosa
tersebut dan mereka memberontak kepada pemerintahan Bani Umayyah. Mereka inilah yang
dikenali sebagai puak Syiah. Ketika itu, tidak ada perbezaan dari segi akidah melainkan
perbezaan dari segi gerakan politik yang menentang pemerintahan Bani Umayyah. Ini dapat
disimpulkan bahawa Syiah adalah satu gerakan politik semata-mata di awal kemunculannya.
16. 15SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
GERAKAN ANTI – SAHABAT
Abdullah ibn Saba‟ (Ibn Saba') yang berasal dari kota Sana‟a, Yaman merupakan
pengasas kepada Gerakan anti – sahabat Rasulullah. Dia merupakan seorang yang berbangsa
Yahudi yang juga menganut agama Islam pada zaman Khalifah Uthman tetapi dia tidak
memperbaiki keislamannya.
Kisah ini bermula pada zaman Saidina Uthman bin Affan yang diangkat menjadi
Khalifah selepas Khalifah Umar bin Khatab dibunuh oleh Abu Lu‟luAl Nahawandi. Ketika
itu, berlakunya pergolakan dan keresahan di kalangan umat Islam. Namun begitu, dengan
sikap ketegasan dan kebijaksanaan Saidina Uthman, suasana pemerintahan yang teratur dapat
dikendalikan dengan aman dan semakin ramai yang memeluk agama Islam termasuk seorang
pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'.
Hakikatnya, Ibn Saba' mempunyai tujuan lain untuk memeluk Islam. Dia berharap
Khalifah Uthman selaku pemerintah negara Islam pada ketika itu akan memberi
penghormatan kepadanya dengan cara diberikan jawatan yang berkedudukan tinggi dalam
kerajaan. Namun begitu, Khalifah Uthman menolak permintaan tersebut dan berkata;
"Aku hanyalah pelayan umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas
keinginan aku, tetapi atas kesepakatan umat Islam. Tidakkah tuan tahu
bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi berupa satu amanah. Apakah
tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan
lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana
Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang".
17. 16SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Oleh disebabkan itu, Ibn Saba' kecewa dan menyimpan dendam terhadap Khalifah
Uthman, umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Lantaran itu, antara dakyahnya untuk
membalas dendam ialah menabur fitnah dan menimbulkan keraguan kepada umat Islam.
Beliau mengatakan bahawa pewaris Nabi dan Khalifah yang sah selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w adalah Saidina Ali bin Abi Talib, dan bukannya Saidina Abu Bakar, Saidina
Umar, Saidina Uthman mahupun sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang lain.
Ibn Saba' menjelajah ke seluruh tempat untuk menyebarkan fitnah dan meluaskan
pengaruhnya. Fitnah telah tersebar luas ke Mesir, Kufah dan Basrah. Bagi meyakinkan orang
ramai akan kebenaran kata-katanya dan apa yang dibicarakan bukannya atas kepentingan
dirinya sendiri, Ibn Saba' sanggup menggunakan dan menjajakan nama Saidina Ali dan
keluarga Rasulullah s.a.w (ahlul bait). Kononnya, hujah-hujah beliau adalah datangnya dari
mulut Saidina Ali dan Rasulullah s.a.w sendiri.
Ibn Saba' jugalah orang yang terawal meletakkan Saidina Ali ke tahap yang lebih
tinggi daripada Rasullullah s.a.w. Beliau pernah berkata;
"Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib.
Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibril mengantuk sehingga wahyu
Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".
Setelah mendengar berita tersebut, Saidina Ali bin Abi Talib berasa sangat marah.
Setelah beliau diangkat menjadi khalifah ke - empat bagi mengganti Khalifah Uthman, beliau
memerintahkan supaya Ibn Saba' diusir dari Madinah lantaran dari fitnah yang telah tersebar.
Namun begitu, Ibn Saba' tetap berusaha dengan liciknya, meneruskan usaha untuk memporak
perandakan sesama kaum Muslimin dan juga hubungan Saidina Ali dengan para sahabat yang
lain secara halus tanpa disedari oleh mereka.
18. 17SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Jelaslah dapat kita lihat bahawa Ibn Saba' serta pengikut-pengikutnya bukanlah
penyokong tulen atau Syiah Saidina Ali tetapi hanya berpura - pura menjadi pengikut kuat
Saidina Ali dan ahlul baitnya. Beliau juga mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai
Sabaiyyah. Mereka tergolong sebagai orang - orang Munafik yang lagaknya seperti orang
Islam yang taat pada agama tetapi hanya berpura – pura dengan keislamannya. Mereka ini
juga turut menyelinap dalam angkatan tentera Khalifah Ali. Golongan Sabaiyyah ini lah yang
menjadi punca berlakunya Perang Jamal dalam tamadun Islam.
Golongan Sunni berpendapat bahawa Ibn Saba' atau pengikut Sabaiyyah adalah
perintis kepada perpecahan umat Islam dan seterusnya mendorong kepada beberapa pecahan
ummah termasuklah kemunculan fahaman Syiah yang semakin lama semakin jauh dari jalan
kebenaran. Beliaulah seorang tokoh berperanan utama yang menyelitkan pemikiran -
pemikiran sesat dan dangkal dalam ajaran Syiah.
Walau bagaimanapun, terdapat kitab - kitab Syiah seperti “Syarh Nahjul Balaghah Li
Ibn Abil Hadid” yang ada menceritakan berkenaan Ibn Saba' walaupun terdapat juga
segelintir golongan Syiah yang menafikan kewujudan seseorang yang bernama Ibn Saba'
ataupun Abdullah bin Saba'.
19. 18SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PENGGANTI KHALIFAH UMAR AL - KHATAB
Pada tahun 644Masihi, Khalifah Umar Al Khattab mati dibunuh oleh seorang hamba
Parsi berbangsa Majusi yang bernama Abu Lu'lu'ah al-Nahawandi. Pembunuhan ini berpunca
daripada dendam Abu Lu'Lu'ah kepada Khalifah Umar yang tidak memihaknya dalam isu
kharaj (cukai tanah) dengan majikannya iaitu Mughira ibn Shu'ba yang juga merupakan
seorang pemerintah Basrah.
Sehingga zaman ini, pembunuh kepada Saidina Umar r.a ini disanjung tinggi dan
dipuja oleh penganut Syiah Imamiyyah. Mereka juga turut mengunjungi dan menghormati
kuburnya di Kashan, Iran kerana beliau telah berjaya membunuh Saidina Umar r.a.
Tambahan pula, Abu Lu'lu'ah turut digelar sebagai Baba Syuja'uddin (Sang pembela agama
yang gagah berani).
Abu Lu'lu'ah telah menikam Khalifah Umar sebanyak enam kali dengan sebilah pisau
yang bermata dua sewaktu Khalifah Umar sedang mengimamkan solat Subuh di Masjid
Nabawi, Madinah. Tikaman beliau di bahagian perut itu menjadi punca utama kematian
Khalifah Umar. Sebaik saja menikam Khalifah Umar, Abu Lu'lu'ah cuba melarikan diri tetapi
berjaya ditahan oleh para sahabat yang lain.
ApabilaAbu Lu'lu'ah ditahan oleh para sahabat yang lain, dia bertindak ganas dengan
terus menggunakan pisaunya itu untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini
mengakibatkan berbelas orang sahabat yang gugur syahid dan tidak kurang juga ada yang
tercedera. Akhirnya, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin 'Auf Az Zuhri berjaya
memegang baju Abu Lu'lu'ah dan terus menariknya sehingga dia rebah ke atas lantai.
Melihat dirinya telah terkepung, maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan
menggunakan pisau ditangannya itu.
20. 19SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Ketika Khalifah Abu Bakar meninggal dunia, beliau hanya menamakan Saidina Umar
sebagai penggantinya yang layak sebagai khalifah seterusnya.Berbeza pula dengan Khalifah
Umar Al Khattab yang telah menamakan enam orang sebagai penggantinya. Antaranya ialah
Abu Ubaidah Al Jarrah, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan.
Pada mulanya Saidina Umar ingin memilih Abu Ubaidah Al Jarrah tetapi beliau telah
meninggal dunia di Syam kerana terkena wabak taun.
Ketika Khalifah Umar merasakan dirinya tidak mampu bertahan lama untuk hidup,
beliau telah mengusulkan (penggantinya);
"Aku tidak akan membuatnya maka sesungguhnya orang yang lebih mulia
daripadaku telah meninggalkan urusan ini (pemilihan) kepada muslimin maka
Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat
pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu
Saidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup, nescaya aku
akan melantiknya. Jika Salim Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan
melantiknya".
Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu berkata;
"Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu".
Mendengar kata - kata Saidina Umar itu lalu Abdul Rahman bin 'Auf bertanya;
"Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini? ".
Jawab beliau;
"Demi Allah aku belum lagi berbuat demikian".
Kata Abdul Rahman bin 'Auf;
"Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masalah ini selama-lamanya".
Perintah Saidina Umar;
21. 20SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
"Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka
yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan
mereka".
Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil Saidina Ali, Saidina Uthman, Zubair bin Al
Awwam dan Sa'ad bin Al Waqas. Dia berkata;
"Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di
luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu".
Setelah berlalunya dua hari selepas peristiwa serangan itu, iaitu pada waktu Subuh
hari pertama bulan Muharram tahun 22 Hijrah, Khalifah Umar telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu sama umurnya dengan umur Rasulullah
s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika wafat. Seorang sahabat bernama Suhaib Ar Rumi telah
mengimamkan solat jenazah tersebut. Beliau telah dikebumikan dalam bilik Saidatina 'Aisyah
selepas mendapat keizinannya, iaitu disebelah makam Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu
Bakar r.a.
Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermusyawarah. Daripada keenam -
enam sahabat, kesemua mereka menolak kecuali Ali, Abdul Rahman dan Uthman sahaja.
Abdul Rahman bin Auf juga menarik diri tetapi beliau sendiri menawarkan diri untuk
menjadi orang tengah dalam mencari pengganti khalifah. Beliau akan membuat bancian di
kalangan penduduk Madinah sama ada mereka mahukan Saidina Ali bin Abi Talib ataupun
Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah seterusnya. Setelah membuat bancian beliau telah
berjumpa dengan keduanya dan mereka redha dengan apa juga keputusan Abdul Rahman.
Kemudian, Saidina Abdul Rahman telah mengangkat tangan Saidina Uthman dan
menyatakan orang Madinah lebih ramai memilih beliau. Perkara ini menjadi titik tolak
perpecahan umat Islam ketika itu kerana pihak yang menyokong Saidina Ali mendakwa
Saidina Abdul Rahman tidak berlaku adil kerana beliau mempunyai hubungan persaudaraan
iaitu sepupu dengan Saidina Uthman. Bagaimanapun, Saidina Ali menyakini amanah yang
dilakukan oleh Sadina Abdul Rahman dan membaiat Saidina Uthman sebagai khalifah Islam.
22. 21SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Khalifah Uthman bin Affan merupakan seorang pemimpin yang lemah lembut, zuhud
dan sangat penyabar. Beliau memegang jawatan sebagai khalifah ke - tiga ketika umurnya
hampir mencecah 80 tahun. Kerajaan Islam dalam keadaan aman semasa enam tahun awal
pemerintahannya, sehinggalah berlakunya fitnah semasa enam tahun terakhir
pemerintahannya yang dicetuskan oleh Ibn Saba' yang amat memusuhi Khalifah Uthman.
Ibn Saba' telah menfitnah Khalifah Uthman dengan fitnah seperti menyalahgunakan
kuasa dengan memberikan kekayaan kepada keluarga dan saudara maranya, merampas tanah
orang miskin serta terdapat juga gabenor – gabenor Khalifah Uthman yang zalim dan
sebagainya. Khalifah Uthman telah menghantar surat rasmi bagi menjelaskan perkara sebenar
kepada jajahan pemerintahan Islam tetapi usaha ini tidak berjaya meredakan fitnah tersebut.
Mereka yang terpengaruh dengan fitnah dari Ibn Saba' antaranya termasuklah rakyat
dari Kufah, Basrah dan Mesir yang telah datang berjumpa dengan Khalifah Uthman untuk
meminta beliau supaya meletak jawatan. Sejarawan Islam telah menggelar mereka dengan
gelaran kumpulan Sabaiyyah. Pada masa itu, para sahabat di Madinah mencadangkan supaya
Khalifah Uthman menahan kumpulan ini tetapi beliau berlembut dan memaafkan mereka.
Selepas itu, Golongan Sabaiyyah semakin berani membuat surat palsu dari Saidina
Ali kepada penduduk Mesir, surat palsu dari Zubir Awwam kepada penduduk Kufah dan
surat palsu dari Abi Talhah kepada penduduk Basrah untuk memujuk mereka menyerang
Madinah. Golongan Sabaiyyah menggunakan nama tersebut kerana mereka merupakan
sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga dan juga dihormati. Walau bagaimanapun,
penduduk Syam tidak berjaya dipengaruhi oleh golongan ini kerana penduduk di situ tidak
akan mempercayai surat palsu tersebut memandangkan Gabenor Syam pada ketika itu yakni
Muawiyah merupakan saudara kepada Khalifah Uthman.
23. 22SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Golongan Sabaiyyah akhirnya berjaya mempengaruhi ramai orang Islam untuk
mengepung rumah Khalifah Uthman di Madinah ketika musim haji. Mereka memilih musim
haji kerana ramai sahabat Nabi akan pergi menunaikan haji ke Mekah. Terdapat beberapa
sahabat yang cuba menolong Khalifah Uthman termasuk Abu Hurairah serta Hisam iaitu
wakil yang dihantar oleh Saidina Ali dan beberapa orang lain. Tetapi Khalifah Uthman
menyuruh mereka pulang kerana tidak memerlukan perlindungan daripada mereka.
Khalifah Uthman sudah dapat merasakan beliau akan dibunuh pada hari pengepungan
tersebut. Beliau juga bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan bermimpi dapat berbuka puasa
dengan baginda Rasulullah s.a.w pada malam tersebut. Beliau juga turut memakai seluar
kerana khuatir auratnya akan terlihat tatkala beliau dibunuh nanti.
Pada tahun 656Masihi, Khalifah Uthman telahpun menjangkau usia 90 tahun.
Pemberontak terus menyerbu masuk ke rumahnya ketika beliau sedang berpuasa dan sedang
membaca masyhaf suci Al-Quran. Pemberontak tersebut menghentak kepala Khalifah
Uthman dengan sebatang besi sehingga darahnya tepercik pada masyhaf suci Al-Quran
tersebut. Masyhaf suci tersebut masih dapat dilihat pada hari ini. Pemberontak juga
kemudiannya memotong jari tangan isteri kepada Khalifah Uthman iaitu Nailah.
Rentetan dari kejadian itu, maka terjadilah fitnah terbesar dalam dunia Islam ketika
itu iaitu pembunuhan seorang khalifah Islam yang menyebabkan perpecahan yang lebih besar
telah berlaku berbanding perpecahan yang pernah berlaku sebelum itu. Selama 5 hari selepas
itu umat Islam tidak ada seorang pemimpin yakni khalifah, sedangkan pemberontak masih
berada di dalam Madinah iaitu kira-kira 2 000 ke 3 000 orang.
Akhirnya, Ahli Majlis Syura dan penduduk Madinah mendesak Saidina Ali supaya
menjadi pengganti khalifah walaupun pada awalnya Saidina Ali menolak cadangan tersebut.
Perkara pertama yang beliau ingin lakukan ialah mencari pembunuh Saidina Uthman dan
menghapuskan golongan Sabaiyyah yang menghasut para sahabat dan orang Islam.
24. 23SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Namun begitu, beliau tidak bertindak dengan segera dan perlu lebih berhati - hati
kerana pemberontak - pemberontak masih ramai berada di Madinah dan orang Islam masih
berpecah belah kerana ada yang memihak kepada Saidina Uthman dan sebahagian lagi
mereka yang termakan hasutan golongan Sabaiyyah dan memihak kepadanya. Walaupun
begitu, kedua - dua pihak di Madinah ini tidak memusuhi dan memerangi Khalifah Ali. Lain
pula bagi penduduk luar Madinah yang tidak berpuas hati dengan kelewatan Khalifah Ali
untuk bertindak bagi menangkap dalang dalam pembunuhan Khalifah Uthman.
25. 24SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PEMERINTAHAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Selepas kematian Khalifah Uthman, lebih ramai pemberontak masuk ke dalam ibu
kota Madinah sehinggakan jumlahnya mencecah 5 000 ke 6 000 orang. Pemberontak tersebut
juga merupakan dari kalangan orang - orang Islam terutamanya dari Kufah, Basrah dan Mesir
yang berjaya diperdaya oleh golongan Sabaiyyah.
Kota Madinah kian tidak tenteram dengan ketiadaan pemimpin dan ini mendedahkan
umat Islam kepada bahaya, maka bersegeralah para sahabat Nabi mencari calon yang paling
layak. Sebanyak 3 nama diusulkan untuk menggantikan Khalifah Uthman iaitu Ali bin Abi
Talib, Abi Talhah dan Zubair bin Awwam. Walau bagaimanapun, ketiga – tiga mereka
menolaknya. Menurut Muhammad Al-Hanafiah (Muhammad bin Ali bin Abi Talib r.a),
ayahnya pernah berkata kepada orang ramai;
“Janganlah kamu memilih aku, sesungguhnya aku lebih baik menjadi Wazir
(pembantu Khalifah) berbanding menjadi Amir (Khalifah)”.
Menurut riwayat lain pula, daripada Abu Basyir Al-‟Abidi, selepas terbunuhnya
Uthman r.a, berhimpunlah golongan Muhajirin dan Ansar termasuk Talhah dan AlZubair
berjumpa dengan Saidina Ali r.a untuk di baiat sebagai khalifah. Namun, Saidina Ali
berkata;
“Aku tidak berhajat akan urusan kamu, aku bersama kamu, sesiapa sahaja
yang kamu pilih, aku akan meredhainya, maka pilihlah (selain aku) demi
Allah”.
Lalu mereka (para sahabat) berkata;
“Kami tidak akan memilih selain kamu”.
26. 25SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Kata Abu Basyir lagi, mereka datang kepada Saidina Ali berkali-kali sehingga yang kali
terakhirnya mereka berkata kepadanya;
“Sesungguhnya tidak boleh bagi manusia tanpa adanya pemimpin sedangkan
telah berlanjutan masa (tanpa pemimpin)”.
Lalu kata Saidina Ali kepada mereka;
“Sesungguhnya kamu telah berulang kali datang kepada aku dan kamu enggan
(memilih selain aku) dan sesungguhnya aku hendak berkata suatu perkara jika
kamu menerimanya, maka aku menerima permintaan kamu, jika tidak maka
aku tidak berhajat akannya (tidak berhajat menjadi Khalifah)”.
Mereka berkata;
“Apa sahaja yang kamu katakan, akan kami akan terima In Shaa Allah”.
Akhirnya Saidina Ali ketika itu berumur 58 tahun, menerima jawatan tersebut dan
orang pertama yang membaiat beliau adalah Talhah dengan lisan, diikuti dengan Sa‟ad ibn
Abi Waqqas r.a dengan tangannya. Turut membaiat beliau ialah Zubair bin Al Awwam r.a.
Namun begitu, terdapat sesetengah riwayat mengatakan Talhah dan Zubair membaiat dalam
keadaan paksa - rela oleh situasi yang ditimbulkan oleh pemberontak. Malah Saidina Ali juga
sendiri tidak mahu dilantik sebagai khalifah sekiranya tiada baiat dari para sahabat. Oleh
kerana itu, pemberontak mendesak para sahabat supaya Saidina Ali dilantik sebagai khalifah.
Jika tidak kota Madinah akan berubah menjadi lebih parah.
Bagi mengelak masalah yang lebih besar berlaku dan sebelum para pemberontak itu
bertindak di luar jangkauan dengan melantik golongan mereka sebagai khalifah dan
menyebabkan urusan pemilihan khalifah terkeluar dari tangan sahabat dan Majlis Syura,
maka Talhah dan Zubair bergegas membaiat Saidina Ali r.a. Talhah dan Zubair mengakui
Saidina Ali adalah orang yang paling layak dilantik sebagai khalifah tetapi bukan dalam
keadaan situasi yang mendesak seperti itu.
27. 26SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah menyebabkan ramai dikalangan penduduk
Mekah, Mesir dan beberapa kawasan jajahan Islam lain mempersoalkan perlantikan tersebut.
Ini adalah rentetan kerana mereka pernah mendapat surat palsu daripada Saidina Ali, yang
kononnya meminta penduduk di situ menyerang kota Madinah sewaktu pemerintahan
Khalifah Uthman. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa surat itu adalah palsu yang
diedarkan oleh golongan Sabaiyyah yang dipimpin oleh Ibn Saba'.
Kenaikan Saidina Ali sebagai seorang khalifah seolah - olah mengesahkan surat palsu
itu benar - benar ditulis oleh Saidina Ali sendiri. Ini merupakan satu perancangan licik
golongan Sabaiyyah dalam memecahkan perpaduan umat Islam. Malah Khalifah Ali sendiri
tidak tahu siapa penulis sebenar surat tersebut. Hakikatnya Khalifah Ali juga tidak menyedari
terdapat dalang dalam hal tersebut kerana mereka juga hidup seperti orang Islam (Munafik).
Khalifah Ali berpendapat bahawa pemberontakan yang berlaku terhadap Khalifah
Uthman adalah berpunca daripada gabenor - gabenor di tanah jajahan yang tidak disenangi
rakyatnya kerana rata – ratanya merupakan saudara Saidina Uthman dan mereka gagal
menententeramkan rakyatnya daripada memberontak terhadap pemerintahan Uthman.
Lantaran itu, beliau telah menggantikan kesemua gabenor - gabenor yang dilantik oleh
Khalifah Uthman termasuk Muawiyah di Syam. Di Basrah, Abdullah bin Amir digantikan
dengan Uthman bin Hanif, Saad bin Al- As menggantikan Amran bin Syahab di Kufah dan di
Syam sendiri, Muawiyah digantikan dengan Syahab Bin Hanif.
Khalifah Ali juga berpendapat tindakan ini juga dapat meredakan kemarahan orang
yang tidak suka kepada gabenor – gabenor pemerintahan Khalifah Uthman sebelum ini.
Namun hal ini semakin menimbulkan prasangka di kalangan sahabat yang lain. Malah
seorang sahabat iaitu Al-Mughirah menasihati Khalifah Ali supaya jangan memecat kesemua
gabenor Khalifah Uthman ketika itu. Khalifah Uthman tidak pernah terus memecat gabenor
yang dilantik oleh Khalifah Umar sebelumnya kerana ia akan menimbulkan fitnah. Walau
bagaimanapun, Khalifah Ali tetap bertegas meneruskan hasratnya.
28. 27SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Pada awalnya, misi Khalifah Ali adalah untuk mencari pembunuh Saidina Uthman
yang sebenar, namun pergolakan umat Islam ketika itu menyebabkan Khalifah Ali lebih
menumpukan untuk memperkukuhkan dahulu negara Islam dan menenangkan kembali umat
Islam. Selain itu, tiada seorang saksi pun yang berani tampil bagi mengakui melihat
pembunuhan Khalifah Uthman. Khalifah Ali tidak mampu untuk menghukum kesemua
pemberontak kerana jumlahnya yang ramai. Mereka terdiri kaum Muslimin dan tidak semua
di antara mereka terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.
Sebelum Perang Jamal tercetus, Khalifah Ali pernah berkata;
“Bagaimana aku hendak bertindak dengan kaum yang kita tidak kuasai? Tiada
cara hendak cari pembunuh Uthman kerana mereka ramai dan tiada saksi
ketika pembunuhan di rumah Uthman. Siapa yang tahu cara untuk mencari
pembunuh Uthman sila bagitahu aku!“.
Sahabat semua terdiam termasuk Zubair dan Talhah dan akhirnya mereka taat kepada
Khalifah Ali. Namun, akibat daripada fitnah dan perancangan licik golongan pemberontak
dan golongan Sabaiyyah, maka berlakulah peperangan Jamal.
Khalifah Ali kemudiannya telah mengubah ibukota negara Islam dari Madinah ke
Kufah atas alasan Madinah tidak selamat untuk diduduki lagi bagi mentadbir negara Islam.
Beliau wafat selepas sembahyang Subuh di Masjid Kufah pada 17 Ramadan 41 Hijrah
bersamaan 661Masihi kerana dibunuh oleh seorang puak Khawarij iaitu Abdul Rahman bin
Muljam. Puak Khawarij merupakan bekas pengikut Khalifah Ali yang tidak berpuashati
dalam perjanjian damai dengan Muawiyah sewaktu Perang Siffin. Puak Khawarij berpakat
untuk membunuh Khalifah Ali r.a, Muawiyah r.a, Amr bin Ash r.a dan Abu Musa Al-Asy‟ari
r.a. Walau bagaimanapun rancangan pembunuhan itu hanya berjaya dilakukan ke atas
Khalifah Ali seorang sahaja.
Jenazah Khalifah Ali kemudiannya dikebumikan di Dar Al-Imarah (Kufah). Namun
begitu, bagi golongan Syiah, mereka beranggapan bahawa Khalilah Ali telah dikebumikan di
Mashhad Al-Najf.
29. 28SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PERANG JAMAL ( PERANG UNTA )
PENGENALAN
Perang Jamal atau juga dikenali sebagai Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir
36Hijrah atau Disember 657Masihi yang mengambil masa tidak sampai sehari. Peperangan
ini berpunca daripada salah faham di antara pihak Khalifah Ali dan pihak Saidatina Aishah
yang menyebabkan 10 000 ke 13 000 tentera terkorban termasuk dua sahabat besar
Rasulullah s.a.w, Talhah dan Zubair Al Awwam. Salah faham ini ditimbulkan oleh golongan
Sabaiyyah yang membuat huru - hara selepas perbincangan perdamaian tercapai di antara
kedua - dua pihak. Peperangan ini merupakan perang saudara pertama kaum Muslimin yang
berakhir dengan kemenangan dipihak Khalifah Ali. Peperangan ini dinamakan perang Jamal
kerana Saidatina Aisyah menunggang unta ketika berperang.
ROMBONGAN SAIDATINA AISYAH, TALHAH DAN ZUBAIR
Ketika pemberontakan ke atas Khalifah Uthman tercetus, Saidatina Aisyah pada masa
itu telahpun berumur 40 tahun berada di Mekah bagi menunaikan haji. Saidatina Aisyah telah
mengumpul orang Islam dan penduduk di Mekah untuk membantu Khalifah Uthman bagi
menghadapi pemberontakan di Madinah. Ketika dalam perjalanan menuju ke Madinah,
diberitakan bahawa Khalifah Uthman telah dibunuh. Ketika itu para sahabat mempunyai
beberapa cadangan kepada Saidatina Aisyah iaitu sama ada meneruskan perjalanan ke
Madinah ataupun menuju ke Syam untuk meminta bantuan daripada Muawiyah. Akhirnya
mereka memilih jalan menuju ke Basrah sebagai pilihan lain.
30. 29SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Mereka merasakan Kota Madinah dalam keadaaan tidak tenteram setelah jatuh ke
tangan pemberontak yang masih ramai disitu. Sekiranya mereka tetap meneruskan perjalanan
ke Madinah, Saidatina Aisyah dan rombongannya akan berada dalam situasi yang getir dan
membahayakan kerana mereka adalah dari kalangan kaum Musliminyang menyokong kuat
Khalifah Uthman.
Mereka menuju ke Basrah untuk merancang strategi dan mengumpul kekuatan
menangani pemberontak yang memecah belahkan umat Islam, dan mereka juga berazam
untuk memulih kembali perpaduan umat Islam. Walaupun Saidina Ali kemudiannya telah
dilantik sebagai Khalifah, mereka tetap tidak berpuas hati kerana Saidina Ali dilihat gagal
menghukum pembunuh Khalifah Uthman, dan seolah - olah Khalifah Ali dalam keadaan
terikat dan tertekan dikelilingi golongan pemberontak tersebut.
Selepas Talhah dan Zubair membaiat Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta
izin untuk melakukan umrah. Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Saidatina
Aisyah dan di dalam pertemuan itulah mereka bersepakat untuk meminta Khalifah Ali
mempercepatkan qisas (hukuman) ke atas pembunuh Khalifah Uthman. Apabila melihat
Saidatina Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, golongan Munafik Sabaiyyah menyalakan
api fitnah dengan menyebar berita kononnya pemergian Saidatina Aisyah tersebut adalah
untuk mengumpul kekuatan dan menuju ke Madinah bagi melakukan pemberontakan ke atas
kekhalifahan Saidina Ali.
SEMANGAT PERDAMAIAN
Apabila Khalifah Ali mendengar khabar angin itu, beliau mengutuskan al-Qa‟ qa‟
untuk berjumpa Saidatina Aisyah, Talhah dan Zubair di Basrah. Menurut Ibn Kathir menulis;
31. 30SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
“Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagai utusan menemui
Talhah dan Zubair untuk mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan
menyatakan kepada mereka berdua betapa bahayanya perpecahan dan
perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama
ditemuinya ialah Aishah”.
Beliau berkata;
“Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di
bumi ini?”.
Saidatina Aishah menjawab;
“Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia”.
Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya Saidatina Aishah memanggil Talhah dan Zubair, lalu
mereka berdua pun datang. Al-Qa`qa` berkata kepada mereka;
“Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau
menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara
manusia”.
Lalu mereka berdua menyatakan;
“Kami pun dengan tujuan yang sama”.
Talhah dan Zubair juga mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara
manusia. Mereka juga menjawab;
“Kamu memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika
Ali datang dan dia berpandangan seperti kamu, keadaan akan menjadi baik.”
Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Khalifah Ali dan mencerita apa yang berlaku, maka
Khalifah Ali berasa amat gembira. Saidatina Aishah telah menulis surat kepada kepada
Khalifah Ali dan menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian sahaja. Kemudian,
Khalifah Ali menulis kembali kepada Talhah dan Zubair:
32. 31SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
“Jika pendirian kamu berdua masih kekal seperti ketika al-Qa`qa`
meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan
membincangkan perkara ini.”
Lalu mereka berdua menjawab:
“Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa`
meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.”
Lantaran dari itu, Khalifah Ali telah menghebah berita perdamaian ini kepada semua
kaum Muslimin, namun masih terdapat golongan yang membenci situasi perdamaian ini
terutamanya dari golongan Sabaiyyah.
PERTEMUAN KHALIFAH ALI DAN SAIDATINA AISYAH
Walau bagaimanapun, Khalifah Ali bersama tentera-tenteranya sebagai langkah
berjaga-jaga menuju ke Basrah untuk tujuan perdamaian dengan Saidatina Aisyah.
Malangnya kebanyakan tentera yang mengikuti Khalifah Ali adalah dikalangan pemberontak
dari golongan Munafik Sabaiyyah yang menyelinap di dalam tentera Muslimin. Ramai
dikalangan para sahabat tidak mahu ikut serta dalam rombongan tersebut. Abu Musa dan
anaknya, Hassan bin Ali telah menasihati Khalifah Ali supaya jangan keluar kerana tindakan
itu lebih membawa keburukan. Tetapi ijtihad Khalifah Ali adalah untuk membawa keamanan.
Apabila kedua - dua pasukan saling berhadapan, Khalifah Ali berjumpa dengan
Talhah dan Zubair. Beliau mengimbas kembali akan saat manis ketika bersama Rasulullah
s.a.w dan berperang melawan orang Musyrikin. Saidatina Aisyah, Zubair dan Talhah
meminta Khalifah Ali bagi mencari pembunuh Saidina Uthman. Tetapi Khalifah Ali dengan
tegas menjelaskan dalam keadaan sekarang, permintaan itu adalah mustahil tanpa sokongan
dan perpaduan umat Islam khususnya dari kalangan para sahabat. Malah bilangan
33. 32SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
pemberontak yang juga dari kalangan umat Islam sangat ramai di Madinah dan amat sukar
mengenapasti siapakah pembunuh Saidina Uthman yang sebenar dan adalah mustahil untuk
menghukum kesemua pemberontak tersebut.
Saidatina Aisyah menyedari akan kesilapan mereka tidak berbaiat kepada Khalifah
Ali dan beliau segera memberitahu kepada rombongannya, mereka tersilap dalam hal ini dan
mereka akan bersatu bersama Khalifah Ali untuk menguatkan kembali perpaduan umat Islam
dan mencari pembunuh Saidina Uthman yang sebenar. Menurut al-Imam Ibn Hazm
rahimahullah pada tahun 456Hijrah;
“Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al- Zubair dan Talhah
radhiallahu 'anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah),
tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka
tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan
yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan
mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui baiah
kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh
sesiapa jua dengan apa cara jua.”
Golongan Sabaiyyah berasa terancam dengan perdamaian tersebut, maka pada
malamnya, mereka merancang untuk melagakan kedua - dua pihak di antara Khalifah Ali dan
Saidatina Aisyah. Pada pendapat mereka, jika umat Islam bersatu, ia pasti akan memudahkan
lagi tindakan diambil ke atas para pembunuh Khalifah Uthman. Sekiranya umat Islam kekal
berpecah, selagi itulah para pembunuh Khalifah Uthman akan terselamat daripada apa-apa
tindakan. Jika mereka tidak bertindak cepat, lambat laun penipuan mereka akan terlihat oleh
kaum Muslimin dan mereka pasti di hukum.
Dianggarkan jumlah mereka yang menyelinap ke dalam tentera Khalifah Ali ketika
itu dikatakan mencecah 1000 ke 2000 orang. Mereka segera mengatur rancangan dan
membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak Saidatina
Aishah manakala satu lagi kumpulan kekal di dalam pasukan Khalifah Ali. Mereka akan
34. 33SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
bertindak secara senyap untuk mencetuskan kekacauan dan huru – hara dengan saling
menyerang di antara satu sama lain dan akan menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua
- dua belah pihak dalam pertikaian tersebut nanti.
BERLAKUNYA PERANG
Menjelang sebelum Subuh, golongan Sabaiyyah telah menyerang pasukan Saidatina
Aisyah dahulu secara mengejut. Maka, dalam suasana terperanjat daripada tidur, pasukan
Saidatina Aisyah telah menyangka bahawa tentera Khalifah Ali telah berlaku khianat dan
bertindak dengan menyerang mereka dahulu. Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan
Saidatina Aisyah pula berteriak bahawa tentera Khalifah Ali telah menyerang secara curi dan
menipu mereka. Sebagai alasan tindakan mempertahankan diri sendiri, mereka menyerang
balas pula ke atas tentera Khalifah Ali.
Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Khalifah Ali pula berteriak bahawa
rombongan Saidatina Aisyah yang telah menyerang mereka dahulu. Lalu Pasukan Khalifah
Ali menyangka pasukan Saidatina Aisyah telah berlaku khianat dengan menyerang mereka.
Maka dengan alasan itu pula mereka menyerang balas untuk mempertahankan diri. Tiada
sesiapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang telah terjadi. Disitulah
bermulanya Perang Jamal walaupun kedua - dua pihak pada asalnya tidak berniat untuk
berperang dalam menyelesaikan perbalahan tersebut.
Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pada tahun 728Hijrah meringkaskan
detik - detik ini dalam satu perenggan;
“Mereka (para pembunuh Uthman ) menyerang khemah Talhah dan al-Zubair.
Lalu Talhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka,
maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Seterusnya Ali
35. 34SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
pula menyangka bahawa mereka ( Talhah dan al-Zubair) menyerangnya,
maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah
fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak).
Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya,
beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang
diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah
(Ahl al-Ma‟rifat bi al-Akhbar).”
[Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi„ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh
M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms 317]
Akhirnya, tentera Khalifah Ali berjaya menguasai peperangan tersebut kerana pada
masa itu, pasukan Saidatina Aishah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini
adalah kerana tujuan kedatangan mereka adalah bukan untuk berperang melainkan hanya
untuk mencari jalan perdamaian antara dua pihak kaum Muslimin pada ketika itu.
Selain itu, di dalam peperangan inilah Saidatina Aisyah tidak melibatkan diri dalam
medan pertempuran.Walau bagaimanapun, unta yang dinaiki Saidatina Aisyah telah terbunuh
kerana tertusuk tombak. Lalu Saidatina Aisyah pun terjatuh dari unta tersebut.
PEMBUNUHAN TALHAH DAN ZUBAIR
Sewaktu pertempuran berlaku, Khalifah Ali sempat bertemu Zubair dan Talhah,
katanya;
“Wahai Zubair, aku minta kau jawab kerana Allah!”
36. 35SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
“Tidakkah engkau ingat, sewaktu Rasulullah menghampiri kita yang sedang
berkumpul bersama, lalu beliau (Rasulullah s.a.w ) bersabda; “Wahai Zubair,
tidakkah engkau mengasihi Ali..”
Kemudian engkau menjawab; “Kenapa pula aku tidak mengasihi saudara
sepupuku, anak kepada ibu dan bapa saudaraku, serta seakidah denganku…”
Rasulullah bersabda lagi; “Hai Zubair demi Allah, bila engkau memeranginya
(Ali), jelas engkau telah berlaku zalim kepadanya”
Sewaktu itu Zubair tersedar akan kesilapannya.
“Ya, sekarang aku ingat, hampir aku terlupa (sabda Rasulullah s.a.w ), demi
Allah aku tidak akan memerangimu."
Talhah dan Zubair menarik diri dari perang saudara itu. Mereka mengundur diri setelah tahu
kedudukan sebenar peperangan itu, tambahan pula apabila mereka terlihat Ammar bin Yasir
berperang di pihak Khalifah Ali. Mereka teringat akan sabda Rasulullah s.a.w kepada
Ammar;
“Yang akan membunuhmu ialah golongan yang derhaka…”
Walau bagaimanapun, Zubair diekori oleh Amru bin Jurmuz dan dibunuh sewaktu
Zubair sedang solat, manakala Talhah dipanah dengan lembing oleh rakan sepasukannya
iaitu, Marwan bin Hakam setelah mendapati Talhah mengundur diri dari berperang. Ketika
itu Talhah berusia 63 tahun. Ketika Khalifah Ali terlihat jasad Talhah yang terkorban, beliau
turun dari kudanya untuk mengangkat mayat Talhah, lalu menangislahnya sambil berkata;
“Semoga Allah merahmatimu Aba Muhammad, sesungguhnya aku berasa
amat sedih melihat engkau dibunuh di bawah bintang di langit. Kalaulah aku
mati dahulu tentu aku tak melihat peristiwa ini“.
Si pembunuh juga membawa pedang Zubair bin Awwam yang dibunuh dengan
gembira dan menyatakan mereka berjaya membunuh Zubair. Lalu Khalifah Ali berteriak
bahawa si pembunuh itu akan dibalas dengan api neraka. Ini adalah kerana Khalifah Ali
37. 36SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
mendengar Rasulullah s.a.w berkata dalam hadisnya yang menyatakan, berikan neraka
kepada pembunuh Zubair. Zubair adalah penolong Nabi kerana Rasulullah s.a.w pernah
berkata;
“Setiap nabi mempunyai seorang penolong, Zubair ini adalah penolongku“.
Khalifah Ali telah menyembahyangkan kesemua mayat dari kedua-dua tentera. Ketika
Khalifah Ali menatap pedang Zubair beliau berkata;
“Demi Allah pedang ini sudah banyak berjasa, digunakan oleh pemiliknya
(Zubair) untuk melindungi Rasulullah dari ancaman bahaya…”
KESAN PEPERANGAN
Dapat kita simpulkan di sini bahawa peperangan ini membawa kepada kesedihan dan
penyesalan di antara kedua - dua belah pihak. Mereka menyedari ditipu oleh golongan yang
tidak menyokong perdamaian yakni golongan Sabaiyyah. Ramai kaum Muslimin dari
pasukan tentera Khalifah Ali mahupun pasukan tentera Saidatina Aisyah gugur syahid dalam
pertempuran tersebut. Begitulah liciknya golongan Munafik Sabaiyyah yang berjaya
melakukan tipu daya dalam pasukan tentera Khalifah Ali dan tentera pasukan Saidatina
Aisyah. Saidina Hassan Bin Ali r.a pernah berkata kepada ayahnya;
“ Wahai Ayah, telah aku nasihati mu, supaya engkau jangan menghantar
tentera keluar.”
Demi menyelesaikan masalah, Saidatina Aisyah juga dihantar pulang ke Madinah
dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Khalifah Ali berpesan kepada
tenteranya supaya tidak menjadikan peperangan ini seperti peperangan menentang kaum
Musyrikin kerana perang ini berlaku sesama kaum Muslimin. Harta peperangan dari pihak
Saidatina Aishah tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah ( harta rampasan perang ). Mereka
38. 37SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
yang lari pula tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang
pejuang Islam yang gugur syahid.
Akibat daripada peperangan itu, penentangan terhadap Khalifah Ali semakin
memuncak terutamanya dari pihak Muawiyah bin Abu Sufiyan. Muawiyah berpendapat
bahawa Khalifah Ali sepatutnya mencari dan menghukum pembunuh Saidina Uthman apabila
mula memerintah. Walaupun telah dipecat oleh Khalifah Ali sebagai gabenor tetapi seluruh
negara Syam masih lagi taat kepada Muawiyah. Beliau tidak akan berbaiah kepada Khalifah
Ali sehingga pembunuh Saidina Uthman pula dibunuh. Inilah yang menyebabkan berlakunya
pula peperangan Siffin yang juga merupakan peperangan antara kaum muslimin.
39. 38SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PERANG SIFFIN
SEBELUM PERTEMPURAN
Situasi pembunuhan Khalifah Uthman dan kekhalifahan Saidina Ali telah
dimanipulasi oleh Ibn Saba‟ serta pengikut-pengikutnya. Mereka menyebarkan fitnah di
kalangan penduduk Syam yang mengatakan bahawa Saidina Ali telah bersubahat di dalam
peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah - lengah dalam
mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman.
Di Madinah pula, mereka menimbul cerita mengatakan bahawa Muawiyah dan
penduduk Syam tidak mahu membaiah dan mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah. Apabila
keadaan semakin tegang, tampil dua sahabat Rasulullah s.a.w untuk meredakan keadaan.
Sahabat tersebut ialah Abu Umamah Al-Bahili dan Abu Dharda r.a. Mereka berdua pergi ke
Syam untuk bertemu dengan Muawiyah.
Setibanya mereka di hadapan Muawiyah, mereka pun berkata,
“Wahai Muawiyah. Mengapakah kamu tidak mahu bai„ah dan mengakui
Saidina Ali sebagai Khalifah yang ke-empat? Lupakah kamu tentang siapakah
Saidina Ali itu? Bukankah kamu tahu bahawa Ali Bin Abi Thalib merupakan
orang yang terawal memeluk Islam, lebih awal dari kamu dan dan lebih awal
dari bapak kamu memeluk Islam. Adakah kamu lupa bahawa Saidina Ali itu
merupakan sepupu dan juga menantu kepada Nabi SAW? Wahai Muawiyah..
jangan kamu lupa siapa sebenarnya Saidina Ali, dan dengan segala
keistimewaan yang ada pada dia, sesungguhnya dia layak untuk menjadi
Khalifah. Maka kenapa kamu tidak mahu bai„ah kepadanya?”
Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya itu, lalu Muawiyah menjawab;
40. 39SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
“Janganlah kamu salah faham. Sesungguhnya, aku bukan tidak mengakui
Saidina Ali sebagai Khalifah. Sememangnya dia layak menjadi khalifah dan
sememangnya aku tidak layak. Tetapi, aku tidak puas hati kerana dia tidak
mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman. Aku tidak berpuas
hati pembunuh Uthman dibiarkan bebas. Aku berijtihad bahawa hukuman
Qisas mesti dijatuhkan kerana orang ini telah membunuh Uthman. Aku
mahukan ini bukan kerana Uthman sepupu aku, tetapi Uthman itu seorang
yang baik dan dia tidak patut dibunuh”.
Namun jawapan itu tidak mampu menenangkan keadaan tegang kerana situasi itu
tidak boleh dikawal lagi. Walaupun Muawiyah telah dipecat oleh Khalifah Ali sebagai
gabenor Syam tetapi rakyatnya masih lagi mengaku taat setia kepada Muawiyah. Beliau tidak
akan berbaiah kepada Khalifah Ali sehingga pembunuh Khalifah Uthman pula dihukum
bunuh. Jika tidak, Muawiyah sendiri pula yang bertekad akan mengambil tindakan.
Mendengar jawapan yang sedemikian, Khalifah Ali menyiapkan pasukannya seramai
150 000 tentera yang disertai oleh penduduk Kufah dan Basrah. Mereka mula bergerak dari
Kufah ke arah Syam. Maka dengan ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan
pasukannya seramai 130 000 orang untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Menurut Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah pada tahun 1389Hijrah
menjelaskan;
“lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang
menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap
tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berada
kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali
sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam
mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk
berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju
ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju
41. 40SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Siffin juga. Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari
Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).”
TERCETUSNYA PERANG SIFFIN
Akhirnya kedua - dua angkatan perang ini bertemu di satu lembah yang bernama
Lembah Siffin. Khalifah Ali membuat tuntutan terakhir kepada tentera Muawiyah supaya
menyerah diri dan mengiktiraf beliau sebagai khalifah, tetapi Muawiyah menolak dengan
meminta pembunuh Saidina Uthman dihukum terlebih dahulu sebelum membaiah Saidina Ali
sebagai khalifah yang sah.
Akibatnya, pada 8 Safar 36Hijrah bersamaan 26 Julai 657Masihi, Khalifah Ali
mengarahkan serangan pertama bermula dan berlakulah Perang Siffin. Peperangan ini
bermula pada hari Rabu dan berakhir pada malam Sabtu. Seramai 70 000 tentera terkorban
dari kedua belah pihak. Antara sahabat yang gugur di dalam perang ini ialah Ammar Bin
Yasir r.a dan Hashim ibn Utba r.a.
Ketika pertempuran berlaku, Tentera Khalifah Ali di unit pasukan Basrah diketuai
oleh Al - Ashtar berjaya membuatkan Muawiyah berundur dari medan pertempuran. Apabila
pertempuran berterusan kepada hari ketiga, Muawiyah berasakan tentera mereka akan kalah.
Amru Al-As akhirnya mencadangkan agar digunakan masyaf suci Al - Quran untuk
melakukan perundingan. Muawiyah menerima cadangan ini dan mengarahkan orang-
orangnya meletakkan 500 buah masyaf suci Al - Quran di hujung tombak sambil menjerit;
"Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!"
42. 41SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Dengan ini ia bermaksud kedua - dua pihak hendaklah berhenti bertempur dan menyelesaikan
pertelingkahan dengan perundingan aman di bawah tatatertib agama Islam.
Tindakan ini menyebabkan tentera Khalifah Ali serba salah dan berhenti bertempur.
Walau bagaimanapun, Khalifah Alitetap menyeru tenteranya untuk terus berjuang dengan
mengatakan Muawiyah hanya melakukan helah ketika hampir kalah dalam pertempuran
tersebut tetapi tentera Khalifah Ali tetap merasa serba salah dan ragu - ragu untuk
meneruskan kembali pertempuran tersebut.
Ali dan Al - Ashtar terus memberikan arahan kepada tenteranya tetapi ia tidak dapat
mengubah fikiran mereka semua. Mereka menuduh Al - Ashtar menjadi penghasut kepada
Khalifah Ali yang sukakan peperangan, malah mereka juga mengugut akan berpihak kepada
Muawiyah. Dengan keadaan tersebut Khalifah Ali tidak mempunyai pilihan lain selain
daripada menamatkan pertempuran dan menerima perundingan dengan pasukan Muawiyah.
Beberapa bulan kemudian, Khalifah Ali menghantar ketua utusannya Abu Musa Al-Asy‟ari
untuk berunding dengan utusan Muawiyah, Amru bin Al-As yang perundingan itu dinamakan
Peristiwa Tahkim.
PERISTIWA TAHKIM
Terdapat 2 versi penceritaan berkenaan Peristiwa Tahkim ini. Menurut versi yang
popular dan menjadi pegangan Syiah ialah dari kitab „Tarikh Al-Tabari r.h‟ yang
diriwayatkan oleh Abu Mikhnaf Lut bin Yahya Al-Kufi sebagai berikut:
“Kedua-dua utusan bersetuju untuk memecat Ali r.a dan Muawiyah r.a dan
menyerahkan perlantikan Khalifah yang baru kepada kaum muslimin. Abu
Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan mengembalikan hak perlantikan
Khalifah kepada kaum muslimin. Kemudian Amru bangun mengisytiharkan
43. 42SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan Abu
Musa al-Asy‟ari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil
beliau sebagai pengkhianat dan anjing. Kemudian kedua-dua pihak kembali
kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a kecuali Abu Musa
yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah”
[Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Ali dan Muawiyah)].
Abu Mikhnaf Lut bin Yahya Al-Kufi adalah periwayat yang banyak meriwayatkan
kisah - kisah sejarah dan menjadi rujukan fakta bagi golongan Syiah. Abu Mikhnaf adalah
seorang yang tidak boleh dipercayai pada riwayatnya oleh golongan Sunni. Menurut
pandangan Sunni ada menyatakan Imam Al - Bukhari ada membicarakan Peristiwa Tahkim
di dalam kitab Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam kitab Tarikh Damsyiq [46/175 ],
Al-Daruqatni sebagaimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn Al- Arabi r.h dalam kitab Al-
Awasim [ms 143-144] sebagai berikut:
“Setelah Muawiyah r.a memecat Amru bin Al-As r.a daripada jawatan
gabenor Mesir (ketika itu Muawiyah r.a telah menjadi Khalifah ), Amru bin
Al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan
dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu
Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata:
„Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku
sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan
peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy‟ari (semasa
Peristiwa Tahkim) bagaimana mereka lakukan?‟
Maka aku pergi kepadanya dan berkata:
„Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu
berjumpa dengan Abu Musa al-Asy‟ari?‟.
Kata beliau:
„Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka
ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah
44. 43SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat
kamu berkenaan perkara ini? Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini
(pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredhai Rasulullah s.a.w
ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan
Muawiyah? Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua
maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan
kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.
KESAN PERISTIWA TAHKIM
Peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad dan tidak sah kerana
tidak ditandatangani oleh Khalifah Ali. Saidina Ali terus kekal sebagai Khalifah dan
Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam. Perundingan dalam Peristiwa Tahkim ini
dibuat beberapa bulan selepas peperangan kerana jika perundingan dibuat serta merta,
Khalifah Ali mungkin akan meneruskan kembali pertempuran.
Sementara itu para pengikut Khalifah Ali pula berlakunya beberapa perpecahan.
Sekumpulan tentera berjumlah 12 000 orang berpecah daripada tentera utama yang tidak
bersetuju dengan hasil perbincangan ini. Tentera ini akhirnya menjadi teras kepada golongan
Khawarij. Khawarij berpakat untuk membunuh Khalifah Ali r.a, Mu‟awiyah r.a, Amr Al- As
r.a dan Abu Musa Al- Asy‟ari r.a. Walau bagaimanapun rancangan mereka hanya berjaya
membunuh Khalifah Ali seorang sahaja. Akhir sekali, Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah
rahimahullah telah menegaskan;
“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk
memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling
menghendaki agar tidak berlaku perang. Yang benar adalah (dengan) tidak
(sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih
baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang
45. 44SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati
kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana
fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan
perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih
benar. Dan ini merupakan pendapat (al – Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli
hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para
tokoh sahabat dan tabi‟in yang selalu mendapat kebaikan.”
[Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms 447-448]
46. 45SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PERLANTIKAN KHALIFAH MUAWIYAH
Semasa Khalifah Ali memegang tampuk pemerintahan, beliau tidak pernah
mewasiatkan sesiapa untuk menjadi calon penggantinya. Menurut Al- Imam Al-Baihaqi
rahimahullah pada tahun 458Hijrah meriwayatkan bahawa orang ramai meminta Khalifah Ali
melantik bakal pengganti beliau. Lalu Khalifah Ali menjawab:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti
(maka aku tidak akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah
mengkehendaki kebaikan kepada manusia, Allah akan mengumpul mereka
sesudah aku di atas kebaikan mereka (sendiri) sebagaimana Allah telah
mengumpul mereka (para sahabat) sesudah Nabi mereka shallallahu 'alaihi
wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).”
[al-Sunan al-Kubra (diteliti oleh Muhammad „Abd al-Qadir „Atha‟; Dar al-Kutub al-Ilmiah,
Beirut, 1999), riwayat no: 16573]
Pengikut Khalifah Ali juga pernah meminta kepada beliau agar mengangkat Saidina
Hassan r.a sebagai Khalifah ketika menghampiri saat kematiannya. Namun beliau tetap
menegaskan;
"Saya tidak memerintahkan kalian dan saya juga tidak melarang kalian, saya
tinggalkan kalian sebagaimana Rasulullah meninggalkan kalian."
( H.R. Ahmad )
Selepas kemangkatan Khalifah Ali, masyarakat Islam telah bermuswarah untuk
mengangkat Saidina Hassan sebagai khalifah bagi menggantikan ayahnya. Orang pertama
yang mencadangkan beliau ialah Qays ibn Sa‟d ibn Ubadah. Qays juga mencadangkan
kepada Saidina Hassan untuk menghantar bala tentera bagi memerangi Muawiyah. Khalifah
Hassan menghantar ribuan tentera ke Syam dan bertembung dengan tentera Muawiyah yang
47. 46SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
sedang menunggu di Al-Madain. Seterusnya, berlakulah pertempuran yang dikuasai
sepenuhnya oleh tentera Muawiyah. Maka, berlakulah sekali lagi pertempuran di kalangan
kaum Muslimin itu sendiri.
Selain itu, penduduk Kufah sendiri tidak bersatu padu dan tidak menyokong
sepenuhnya kepada Saidina Hassan. Terdapat sebilangan yang mengkhianati, belot dan
meragui Saidina Hassan sebagai pemimpin. Apabila Saidina Hassan melihat keadaan
masyarakat Islam telah berpecah belah, lalu beliau menulis sepucuk surat kepada Muawiyah
yang telah kembali ke Syam untuk mengadakan perdamaian antara dua pihak. Saidina Hassan
lebih mengingini keamanan dan perpaduan umat Islam. Pada saat itu umat Islam juga masih
berselisih kerana para pembunuh Khalifah Uthman yang masih belum dikesan. Saidina
Hassan ingin menutup perselisihan ini dengan perdamaian tersebut yang menjadi asas kepada
penyerahan jawatan khalifah kepada Muawiyah.
Muawiyah menerima cadangan tersebut lalu menghantar Abdullah ibn Amir dan
Abdul Rahman ibn Samurrah kepada Sadina Hassan di Kufah. Dalam perbincangan tersebut,
Saidina Hassan menyampaikan hasratnya untuk menyerahkan jawatan khalifah. Muawiyah
juga diminta agar tidak melantik pengganti jawatan khalifah seterusnya. Urusan perlantikan
khalifah hendaklah diserahkan kepada ahli Majlis Syura. Muawiyah juga hendaklah
mengekalkan keamanan dengan tidak memerangi penyokong - penyokong Saidina Ali dan
Saidina Hassan sendiri. Selain itu beliau hendaklah menjaga kebajikan ahlulbait. Muawiyah
juga tidak dibenarkan menghukum orang yang tidak disukainya sebelum itu, mahupun
membalas dendam atau sebagainya. Perdamaian ini mengingatkan ramai para sahabat dan
Muawiyah sendiri akan sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan
dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.”
[ Shahih Al-Bukhari – hadis no: 3629]
48. 47SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Tahun perdamaian ini dikenali sebagai A‟mul Jamaah kerana kaum Muslimin kembali
bersatu dibawah satu pemimpin. Penyerahan kuasa ini berlaku di Kufah pada hari Khamis
bulan Rabiul Awwal 41Hijrah. Sesetengah pendapat mengatakan ia berlaku pada awal bulan
Jamadil Awwal. Saidina Hassan dan diikuti oleh Muawiyah telah menyampaikan
pengistiharan itu dihadapan penduduk Kufah dan para Muslimin selepas proses baiah selesai
dijalankan. Begitulah akhirnya kekhalifahan Hassan melepaskan jawatannya yang disandang
selama 6 bulan sahaja.
Salah seorang penduduk Kufah, Abu Amir Said ibn Al-Natl menemui Saidina Hassan
lalu berkata;
“Sejahtera ke atasmu wahai penghina kaum muslimin!”
Saidina Hassan menjawab;
“Janganlah berkata begitu wahai Amir. Aku bukan berniat menjadi penghina
kaum muslimin akan tetapi yang sebenarnya aku enggan (tidak suka)
memerangi mereka lantaran berebutkan kekuasaan”.
Kemudiannya, Saidina Hassan dan seluruh keluarganya termasuk Saidina Husain pun
meninggalkan Kufah dan menuju ke Madinah Al - Munawwarah. Sepanjang perjalanannya,
pelbagai rungutan dan kemarahan dilemparkan oleh penyokongnya kerana Saidina Hassan
melepaskan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Hampir sepuluh tahun Saidina Hassan
tinggal di Madinah, dan waktunya banyak dihabiskan untuk beribadah dan mengajar agama,
malah menuntut ilmu dari kalangan sahabat yang masih ada.
Pada 28 Safar 50Hijrah, Saidina Hassan meninggal dunia dalam usia 47 tahun dan
dimakamkan dipemakaman umum Baqi‟. Menurut versi Syiah pula, beliau wafat kerana
diracun oleh isterinya sendiri yang diarahkan oleh Muawiyah.
49. 48SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PERTEMPURAN KARBALA
SAIDINA HUSAIN KE KUFAH
Setelah Khalifah Muawiyah meninggal dunia, maka anaknya Yazid bin Muawiyah
telah diangkat menjadi penggantinya sebagai Khalifah. Namun begitu penduduk Kufah yang
rata - ratanya yang menyokong ahlulbait telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik
Saidina Husain sebagai khalifah yang baru.
Syits bin Rab'ie dari Kufah telah menulis surat kepada Saidina Husain dan menjemput
beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada
kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela
beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.
Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah, maka Saidina Husain
mengutuskan Muslim bin „Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Husain
memaklumkan niat pemergiannya ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga untuk
mendapatkan pandangan mereka.
Namu para sahabat serta ahli keluarganya seperti „Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad
bin Al-Hanafiyah, „Abdul Rahman bin Hisyam Al-Makhzumi, „Abdullah bin Jaafar bin Abi
Talib, Abdullah bin Muti‟ Al-Afdawi, „Amru bin Sa‟id, „Abdullah bin „Umar, Abu Sa‟id Al-
Khudri dan lain-lain menasihat dan cuba menghalang niat Saidina Husain tersebut. Ini adalah
kerana mereka tidak percayakan kejujuran penduduk Kufah. Menurut mereka, penduduk
Kufah inilah kelompok yang pernah menyokong Ibn Saba‟ yang terlibat dalam pembunuhan
Saidina Uthman bin Affan, mengkhianati Saidina Ali serta Saidina Hassan. Mereka
berpandangan bahawa sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah
50. 49SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana
kacau - bilau di dalam masyarakat Islam.
Walau bagaimanapun, nasihat mereka gagal untuk menghentikan hasrat Saidina
Husain untuk ke Kufah. Saidina Hussain pernah berkata;
"saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan
sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan
keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya. "
Lalu „Abdullah bin Yahya berkata;
“Apakah mimpi anda itu?”
Jawab Saidina Hussain;
“Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak
boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan
Allah (kematiannya)”
Malah Saidina Husain sudah tekad mengatakan;
"Saya sudah melakukan istikharah dan akan berangkat kesana".
[ Rujuk Tarikh al - Umam wa al - Muluk, jilid 4, ms 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan -
Kesalahan Terhadap Fakta - Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms 270 ]
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain bersama 72 pengikutnya
ke Kufah maka Khalifah Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin
Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain
serta kebangkitan orang-orang Kufah.
51. 50SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Pesanan Khalifah Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad:
"Saya mendapat tahu bahawa Husain telah menuju ke Iraq. Oleh itu
berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui,
tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau
perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku
tentang apa yang berlaku".
[Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Saidina
Husain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff.]
PEMBUNUH SEBENAR SAIDINA HUSSAIN
Terdapat dua versi riwayat kisah pembunuhan Saidina Husain di Karbala yang berlaku pada
10 Muharram 61Hijrah.
VERSI PERTAMA
Ubaidillah bin Ziyad, gabenor Kufah dikatakan amat membenci Saidina Husain telah
bertindak berlebihan dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan
rombongannya di Karbala. Tindakan Ubaidillah bin Ziyad bertujuan untuk menunjukkan
kehebatannya kepada khalifah. Tindakan penduduk Kufah yang sanggup untuk berkorban
jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Husain telah melarikan diri apabila melihat
kemaraan tentera Ubaidillah bin Ziyad.
Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar
70 orang berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari mereka.
Akhirnya, terbunuhlah Saidina Husain sebagai orang yang dizalimi dan sebagai syahid di
tangan kerakusan Ubaidillah. Kepala Saidina Ali dipenggal dan disusuk dengan pedang.
52. 51SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Tindakan Ubaidillah amat tidak disenangi oleh pegawai - pegawai tenteranya, Anas bin
Mâlik, Zaid bin Arqam dan Abu Barzah r.a yang berada di situ. Menurut riwayat Ath-
Thabrâni rahimahullah dari hadits Zaid bin Arqam r.a :
"Lalu dia mulai menusukkan pedang yang di tangannya ke mata dan hidung
Husain r.a. Aku (Zaid bin Arqam) mengatakan, "Angkat pedangmu, sungguh
aku pernah melihat mulut Rasulullah (mencium) tempat itu".
Demikian juga riwayat yang disampaikan lewat jalur Anas bin Malik r.a :
لى ص هلل ا يه ل ع لم س و , : "
Aku (Anas bin Malik) mengatakan kepadanya, "Sungguh aku telah melihat
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mencium tempat dimana engkau
menaruh pedangmu itu."
Lalu Ubaidullah mengangkat pedangnya.
VERSI KEDUA
Wakil Saidina Husain di Kufah iaitu Muslim bin „Aqil telah menghidu konspirasi
yang sedang dirancang oleh penduduk Syiah di sana. Muslim telah dibunuh oleh penduduk
Kufah sebelum beliau sempat mengutuskan Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina
Husain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan penduduk Kufah.
Maka, Saidina Husain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan
rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.
Penduduk Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya
Saidina Husain berbaiah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka
untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan
tergugat dan terancam.
53. 52SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Menurut ulamak Syiah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi, tentera Kufah lengkap
bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Husain dan mereka bertembung di
Karbala. Syits bin Rab‟ie mengetuai 4 000 bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan
dialah orang yang mula - mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain.
(Jilaau Al Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, ms 37)
Baqir Majlisi turut mencatat,
“Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka
berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah
dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga”
kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di
antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak
berguna apa-apa”.
( Jilaau al Uyun, ms 430)
Manakala di dalam kitab A‟yanus Syi‟ah pengarangnya Sayyid Muhsin Al-Amin mengatakan
bahawa;
“Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai‟ah kepada Husin,
kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam
keadaan bai‟ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan
membunuhnya”.
(A‟yanus Syi‟ah jilid 1 ms 34 )
Versi kedua ini menafikan kisah – kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera
Khalifah Yazid ke atas rombongan Saidina Husain. Versi kezaliman tenteraKhalifah Yazid
adalah datangnya dari sumber pengikut Syiah iaitu Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya
Hisyam dan lain – lain.
KATA - KATA TERAKHIR SAIDINA HUSAIN
54. 53SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Terdapat riwayat bahawa ucapan Saidina Husain sebelum terbunuh di Karbala;
"Ya Allah, berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang
mengajak kami untuk menolong kami, namun ternyata mereka membunuh
kami."
[Rujuk buku Pengkhianatan Pengkhinatan Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan
Umat Islam karya Dr. Imad Ali Abdus Sami‟, Pustaka Al- Kautsar, Jakarta 2006, ms 35–36]
Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Husain
sebelum syahid di Karbala:
"Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat
niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat!
Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi
bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada
kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan
kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami."
[Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-Uyun, ms 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh
Sayyidina Hussain di Karbala.]
Mulla Baaqir Majlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan
Syiah;
"Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat.
Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di
atas tubuh mu dan muka mu dan kamu akan menumpahkan darah kamu
sendiri. Kamu tidak akan mendapat keuntungan di dunia dan kamu tidak akan
sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untuk
mu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-
orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya."
55. 54SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
[Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-Uyun, ms 409. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh
Sayyidina Hussain di Karbala.]
SAKSI PERTEMPURAN
Ali Zainal Abidin salah seorang anak Saidina Husain yang turut serta di dalam
rombongan ke Kufah dan yang masih hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata
kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-
ngoyakkan baju mereka sambil menangis. Beliau berkata,
"Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh
kami selain mereka ?"
(At ThabarsiAl - Ihtijaj, ms 156 )
Thabarsi seorang ulama Syiah menukilkan kata-kata Ali Zainal Abidin kepada orang-
orang Kufah. Kata beliau;
"Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah
untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu
mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu
menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu
kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina.
Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk
dirimu".
( Al - Ihtijaj juz 2 ms 306 )
Saidatina Zainab, saudara perempuan Saidina Husain yang terselamat dari peristiwa
itu juga mendoakan keburukan untuk orang Kufah. Katanya;
56. 55SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
"Wahai orang – orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi
kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu.
Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak
ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya
kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada
kekufuran. Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang
membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu
akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan
kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang
walau dibasuh dengan air apapun".
(Jilaau Al ' Uyun, ms 424 )
Ummu Kulthum anak Saidatina Fatimah pula berkata;
"Wahai orang-orang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah
hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian
tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan
menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas
kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".
Beliau juga berkata;
"Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu
membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami.
Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti".
(Ibid, ms 426-428)
Manakala Fatimah anak perempuan Saidina Husain pula berkata,
"Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian
telah membunuh datukku Ali (Saidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis
dari hujung-hujung pedangmu. Tak lama lagi kamu akan menerima
balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan
57. 56SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu
akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-
pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab
yang pedih "
(Al- Ihtijaj juz 2 ms 306 )
SELEPAS PERTEMPURAN
Abdullah ibnu Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Rasulullah s.a.w turut
mengatakan, penduduk Kufah lah yang bertanggungjawab ke atas kematian Saidina Hussain.
Khalifah Yazid yang ketika itu berada di Syam sangat menyesal terjadinya peristiwa
menyedihkan itu kerana bapanya, Muawiyah berpesan agar berbuat baik kepada kerabat
Rasulullah s.a.w. Setelah peristiwa itu Yazid telah memberi perlindungan kepada ahli
keluarga Saidina Husain yang terselamat dari serangan tersebut sehinggalah mereka kembali
selamat ke Madinah.
HARI PERINGATAN SAIDINA HUSAIN
Daripada peristiwa kekejaman di Karbala, setiap 10 Muharram pada hari Asyura
wujudnya ritual hari kesedihan dan ratapan dikalangan penganut Syiah untuk kesyahidan
Saidina Husain seperti menampar - nampar, berteriak, merobek - robek dan melaknat para
sahabat.
59. 58SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
Umum mengetahui bahawa Syiah telah bertapak lama di dunia ini. Syiah merupakan sebuah
ajaran sesat yang dilarang sama ada untuk diamalkan atau disebarkan di Malaysia. Malahan
ajaran ini telah lama bertapak di beberapa negara islam yang besar seperti Iran, Iraq, Lubnan,
Bahrain dan Yaman.
Di Malaysia pula, ajaran Syiah ini dilarang sama sekali untuk diamalkan atau disebarkan. Hal
ini berasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi, Kedah.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan
pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran
Syiah yang menetapkan seperti berikut: “Setelah berbincang dan menimbangkan
kertas kerja ini, Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa “hanya mazhab
Syiah daripada golongan al-Zaidiyah da Jaafariah sahaja yang diterima diamalkan
di Malaysia.”dimansuhkan.
Menetepkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam
yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan
akhlak.
Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuandan
Perlembagaan Negeri-negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi
Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Memperuntukkan pindaan kepada semua undang-undang negeri dan hukum syarak
bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atas undang-undang Islam seperti berikut:
“Hukum syarak atau undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah dari segi akidah. Syariah dan akhlak.
60. 59SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-uundang Islam dan demikian
penyebarab apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah dilarang.
Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-
undang hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajran Ahli Sunnah Wal
Jamaah sahaja.
Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran, dan penyebaran apa-apa buku, risalah,
filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adala diharamkan.
Melalui keputusan yang dibuat itu, telah dietapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah
hanya mengikuti ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi
akidah, syariah dan akhlak. Selain itu, muzakarah ini juga memuuskan bahawa ajaran Islam
selain pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan
undang-undang Islam. Oleh itu, apa-apa yang berkait langsung dengan penyebaran adalah
dilarang sama sekali dilakukan di Malaysia.
Keputusan ini dibuat adalah berdasarkan penemuan begitu banyak penyelewengan Syiah
dalam akidah dan syariah.Oleh itu, semua negeri di Malaysia telah menfatwakan penghraman
Syiah. Sepuluh daripandanya telah mewartakan pengharaman tersebut menjadi undang iaitu
Wilayah Persekutuan(1997), Terengganu(1997), Melaka(1997), Pulau Pinang(1997),
Selangor(1998), Negeri Sembilan(1998), Kedah(1999), Perak(2012), Johor(2012) dan
Perlis(2012).
Walaubagaimanapun, dengan pengharaman ajaran Syiah ini, masih terdapat lagi pengikut
Syiah yang berani menyebarkan ajaran ini kepada umat Islam yang lain. Baru-baru ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan sebuah pertubuhan bernama Pertubuhan
Syiah Malaysia sebagai haram berkuat kuasa serta-merta mengikut Seksyen 5 (1), Akta
Pertubuhan 1966 kerana mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
61. 60SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Kesan buruk ajaran ini dapat kita lihat pada konflik yang wujud antara puak Syiah dan Sunni
di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab.Mereka saling bermusuhan dan
berbunuhan.Apakah kita harus membiarkan gejala ini meresap masuk dan mempengaruhi
umat Melayu dan Islam di Malaysia?
Hal ini kerana, memang bukan mudah untuk pihak berkuasa dan jabatan agama mengambil
tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti penyebaran fahaman itu.Punca halangan
itu ialah terdapat beberapa negeri belum mewartakan enakmen berhubung isu Syiah
berkenaan.
62. 61SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
Terdapat beberapa faktor penyeberan Syiah di Malaysia.Antaranya, orang Melayu Islam
sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad sollallahu‟alaihiwasallam.Di atas asas
sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam
membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah sollallahu‟alaihiwasallam.
Seterusnya, hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Sesetengah orang terpengaruh
dengan hukum fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum
fekah mazhab-mazhab lain seperti boleh jama‟(himpun) solat lima waktu dalam satu waktu
sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut‟ah dalam mazhab Syiah.
Akhir sekali, kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan
risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
63. 62SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
CARA-CARA PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
Terdapat beberapa cara penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Antaranya, ziarah rasmi dan
tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia.Ziarah
tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran
Syiah.Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran disamping menghadiri
program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan
Kuala Lumpur.
Seterusnya, penyebaran ini juga berlaku melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan
mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke
Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah.Penghantaran pelajar ini bermula
semenjak 20 tahun dahulu lagi.Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah
Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran.
Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah
yang sama dan Sekolah Agama Darul al-‟Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari
Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah
Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia.
Tambahan, hal ini juga berlaku melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia.Mereka
mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah.Mereka memberi hadiah-
hadiah yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti, kolej,
masjid, dan penerbit-penerbit buku.Sebagaimana mereka juga menghantar beberapa rakyat
64. 63SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji bersama pengikut-pengikut Syiah secara percuma
dari kerajaan Iran.
Terdapat bantuan dan sokongan daripada golongan akademik dan politik di
Malaysia.Sesetengah pemimpin politik pro Islam menyokong kerajaan Iran.Antara mereka
ada yang menganggap tidak ada beza antara Syiah dan Ahli Sunnah Waljama‟ah kerana telah
dibuang oleh Ayatollah Khumeini. Pegawai Diplomasi Iran ada mempelawa Almarhum Dato
Fadhil Muhammad Nor(1937-2002) bekas presiden PAS mengubati dan merawat
penyakitnya di Tehran, Iran. Ini menunjukkan beberapa perkara, pertama: terdapat usaha dari
golongan Syiah untuk menjalinkan hubungan dengan pemimpin politik Islam di Malaysia;
kedua: kehebatan pemimpin PAS sehingga disanjung dan dipandang tinggi oleh orang Syiah;
ketiga: kemungkinan ada hubungan baik antara Iran dan PAS di Malaysia. Walaupun begitu
pada pendapat penulis hubungan tersebut bukanlah hubungan kerjasama untuk menyebarkan
Syiah di Malaysia.
Selain itu, terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada
pensyarah universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia.Ini memudahkan penyebaran ajaran
Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia apatahlagi kerajaan Iran memberi biasiswa
kepada pelajar-pelajar Malaysia bagi melanjutkan pengajian mereka di Iran dan Pakistan.
Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain,
pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut
dihadiri oleh ulama Syiah. Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan
memberi tugasan kepada pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan
teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan
terpengaruh dengannya.
Akhir sekali, pengikut Syiah ini juga berani mengambil langkah menyebarkan pamplet, buku,
dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti Majalah Fatimah dan majalah al-Quds.Buku-
buku tentang Syiah juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti
buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang ditulis oleh penulis Syiah yang bernama al-
Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy telah diterjemahkan oleh Lutfi Ibrahim ke dalam
65. 64SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
Bahasa Melayu dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah di Malaysia. Penulis buku
tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis sebagaimana dinyatakan
oleh Syah Abdul „Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy.
66. 65SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
KESIMPULAN
Pelbagai kebenaran telah disingkap menerusi kajian ilmiah ini. Jelaslah bahawa
fahaman Syiah ini yang dahulunya bermula atas dasar politik kian berkembang setelah
mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Corak motif dasar politik kian berubah ke dasar
akidah yang memang dapat kita lihat ketara dalam diri pengikut – pengikut tegar puak Syiah
ini. Kepesatan ajaran ini hingga turut tersebar ke Malaysia kian menjadi igauan ngeri bagi
umat Islam kerana bimbang akan terpengaruh olehnya. Justeru itu, menerusi kajian ilmiah ini
telah dapat membuka fikiran umat Islam dan dijadikan sebagai langkah berjaga – jaga supaya
tidak terpengaruh dengan ajaran Syiah. Pendekatan sejarah yang benar dan perbandingan
yang dilakukan diharapkan dapat menjadikan kaum Muslimin berwaspada dengan golongan
Syiah ini. Semoga fakta – fakta yang dilengkapkan dalam kajian ilmiah ini dapat dijadikan
hujah tatkala berdepan dengan puak Syiah dan semoga kita dapat membuka minda mereka
kembali untuk kembali pulang ke ajaran Islam yang benar lagi suci. Sekian. Wallahuaklam.
67. 66SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
RUJUKAN
(2012).Dunia Syiah. Dicapai pada September 1, 2013, dari http://duniasyiah.blogspot.com/
(2013). Kedutaan terlibat sebar syiah?. Dicapai pada September 15, 2013, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130904/dn_18/Kedutaan-terlibat-
sebar-Syiah
(2013).Ambil tahu penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Dicapai pada September 15,2013,
dari
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130727/re_02/Ambil-tahu-bahaya-
penyebaran-ajaran-Syiah-di-Malaysia
(2012).Apakah Maksud Syiah. Dicapai pada September 15,2013,dari
http://kenalisyiah.blogspot.com/2012/04/apakah-maksud-syiah.html
(2013). Syiah Di Malaysia.Dicapai pada September 15,2013,dari
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia
(2011).Syiah Di Malaysia.Dicapai pada September 15,2013,dari
http://akidah2u.wordpress.com/2011/12/19/syiah-di-malaysia/
(2013).Menyingkap Topeng Syiah Majalah al-Ustaz,isu no 17,Telaga Biru
(2013).Sunnahvs Bid‟ah,Penyelesaian konflik menurut Al-Qaradhawi,PTS Islamika Sdn.Bhd,
ISBN 978-967-366-183-1
69. 68SEJARAH PERKEMBANGAN SYIAH
KedutaanterlibatsebarSyiah?
Zamihan Mat Zin, menyampaikan ceramah pada Bicara Eksekutif bertajuk Ancaman Gerakan Syiah di Wisma Darul Iman,
Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 3 Sept. - Kedutaan negara tertentu didakwa memainkan peranan menyebar fahaman
Syiah dan Wahabi dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Zamihan
Mat Zin berkata, pihak kedutaan itu melantik golongan yang arif tentang agama dalam usaha menyebar fahaman
tersebut melalui penganjuran seminar, ceramah, forum dan diskusi di seluruh negara.
Tambahnya, golongan itu turut mendapat elaun khas dan bertindak berani memaklumkan kepada masyarakat
mempunyai hubungan kukuh dengan kedutaan terbabit malah dilayan seperti orang kenamaan jika hadir ke
kedutaan dalam usaha menarik perhatian orang ramai.
"Pada dasarnya, kita enggan masuk campur dalam urusan kenegaraan, walau bagaimanapun jika mengundang
rasa tidak aman masyarakat di negara ini, kita harus lakukan sesuatu dan peranan kerajaan amat penting dalam
mendapatkan bukti dan maklumat tentang perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Ancaman Gerakan Syiah
dalam program Bicara Eksekutif anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zamihan berkata, pendedahan tersebut hasil soal selidik dan penyamaran pihaknya sebelum ini.
Menurutnya, walaupun mempunyai bukti berhubung usaha penyebaran fahaman itu di kedutaan namun
ketiadaan undang-undang yang kuat dan mampu mencabar tindakan tersebut menyukarkan mereka membawa
perkara itu ke muka pengadilan.
Tambah beliau, negara mempunyai undang-undang berkaitan gerakan itu namun penguatkuasaan yang tidak
tegas selain pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan gerakan Syiah sukar
dilumpuhkan.
"Saya tidak kritik kerajaan tetapi saya harap pendedahan ini dapat membuka mata ramai pihak dan saya mahu
mereka sedar ramai ahli politik, ahli perniagaan, pelajar dan golongan akademik yang terlibat dalam fahaman
ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan segera menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas
bagi mengelak fahaman berkenaan menular dengan lebih meluas.