SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
7.0 Analisis Ketaksaan / Ambiguiti
Ketaksaan boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan.
Menurut Abdullah Hassan ( 2007 ), menyatakan bahawa kadang-kadang kita menemui ayat
yang lebih daripada satu makna. Ayat yang taksa ini memerlukan lebih masa untuk difahami
oleh masyarakat atau penutur. Menurut Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in
Shaari ( 2009 ) , ketaksaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kekaburan makna,
ketidakpastian makna, kurang ketentuan dalam makna item dan pertentangan pada penentuan
makna item. Melalui pembacaan, saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat
yang mengandungi lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan
menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan
'Ketaksaan' bermaksud kekaburan-makna dalam ayat dapat diatasi jika tanda baca digunakan
dengan betul.
Ketaksaan yang mungkin berkaitan dengan maksud yang berganda atau mendua
makna berpunca pada sebutan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau
kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza akan dianalisis
pada ayat dibawah.
“Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”.
Ketaksaan yang wujud pada ayat tersebut amat jelas dan mempunyai lebih daripada
satu maksud jika disebut. Antara punca kesamaran dalam ayat tersebut adalah kerana
kurangnya maklumat kontekstual. Ketaksaan ayat tersebut terjadi apabila kurang maklumat
kontekstual kerana tidak diketahui konteks penggunaannya. Ini kerana terdapat kemungkinan-
kemungkinan yang terdapat pada maksud ayat tersebut sama ada mahu menyatakan si pelaku
iaitu “saya” telah terlupa membawa kunci keretanya atau terlupa untuk mengunci keretanya
ataupun seseorang yang berada di depan pintu rumah tetapi tidak dapat masuk ke dalam
rumahnya yang terkunci kerana kunci rumah tertinggal di dalam kereta yang terletak di tempat
letak kereta. Wittgenstein (1953) menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali
dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya. Jelas sekali beliau
menyatakan konteks membawa maksud untuk pemahaman sesuatu ujaran.
Ayat tersebut juga menimbulkan lewah dalam makna apabila frasa/ perkataan kereta
disebut dua kali dalam ayat yang sama sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada pembaca
walaupun membawa makna yang berbeza iaitu kereta bermaksud kenderaan, manakala tempat
letak kereta bermaksud kawasan khas meletakkan kereta. Ketaksaan tersebut boleh diperbaiki
dengan mengubah frasa “tempat letak kereta” kepada “parkir” yang juga mendukung maksud
yang sama. Secara tidak langsung memberi pemahaman yang jelas dan lebih gramatis.
Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami
ketaksaan. Ketaksaan ayat tersebut tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada
pendengar ataupun pembaca. Nahu yang tidak tepat menjadikan ayat tersebut lebih keliru. Ayat
tersebut boleh dimaksudkan seperti berikut:
Ayat asal:
“Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”.
Andaian maksud:
i. Terlupa untuk mengunci kereta.Kereta berada di tempat letak kereta.
ii. Terlupa membawa kunci kereta. Kereta berada di tempat letak kereta.
Jika maksud ayat tersebut adalah seperti maksud yang pertama. Maka, struktur ayat boleh
dibetulkan seperti:
“Saya terlupa mengunci kereta di tempat letak kereta”
Jelas sekali maksud yang hendak disampaikan dengan mengubah struktur dan menambah
imbuhan meN+ pada frasa kunci untuk mewujudkan kata kerja iaitu perbuatan mengunci kereta.
Seperti yang telah dimaklumkan bahawa ayat yang diberi mempunyai ketaksaan dan
mempunyai banyak maksud. Ketaksaan ayat tersebut akan lebih ketara jika diucapkan atau
dilafazkan dengan intonasi dan jeda yang berbeza mengikut maksud yang hendak
disampaikan.
Ayat 1 : Kereta di tempat letak kereta itu; saya terlupa kunci.
Ayat 2 : Kereta; ditempat letak kereta itu terlupa; saya kunci.
Andaian ayat 1 membawa maksud terlupa untuk mengunci kereta yang berada di tempat letak
kereta. Maksud ayat tersebut dapat ditentukan dengan membubuh tanda koma bertitik (;)
selepas perkataan “itu” , menghasilkan maksud yang jelas lebih-lebih lagi jika diikuti dengan
konteks. Ini kerana tanda koma bertitik (;) selepas frasa “itu”, menjadikan jeda dan intonasi
pada gaya bacaan ayat tersebut. Secara jelas ayat tersebut menyatakan terlupa untuk
mengunci keretanya. Tetapi jika melalui pembacaan masih lagi menimbulkan ketaksaan antara
terlupa untuk mengunci kereta atau terlupa kunci kereta atau terlupa kunci rumah ataupun
terlupa kunci almari. Dalam hal ini saya berpegang pada maksud yang telah dijelaskan pada
ayat 1. Manakala ayat 2 pula membawa maksud yang jelas berbeza daripada ayat ayat 1
secara keseluruhannya jika dilafaz dengan intonasi yang betul. Setelah dibubuh tanda koma
bertitik (;) selepas frasa “kereta” dan “terlupa”, ayat tersebut membawa maksud bahawa terlupa
dimana kereta telah diletak tetapi kereta tersebut sudah dikunci. Pembawakan ujaran lebih
bersifat seperti terkejut kerana terlupa sesuatu. Perhatikan betapa luas jurang perbezaan
makna oleh ketaksaan pada ayat tersebut jika diujar berlainan jeda ,intonasi dan tekanan dalam
bacaan.
Terdapat banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan dalam ketaksaan makna seperti
homonim, sinonim, polisem dan pelbagai lagi. Tetapi apa yang dapat saya kaitkan lagi adalah
faktor sosiologis.Faktor sosiologis itu merujuk kepada masyarakat. Masyarakat dikatakan
menjadi peneraju utama dalam mentafsir sendiri makna. Dalam erti kata lain, bukan sahaja
bahasa yang diakibatkan oleh faktor sosiologis (Yayat Sudaryat, 2004) tetapi ambiguiti dalam
gambar atau imej juga diakibatkan oleh faktor sosiologis. Ini bermakna, makna dalam bahasa
bukan sahaja bergantung kepada masyarakat (Semantik leksikal, 2008) tetapi makna juga
bergantung kepada masyarakat. Contohnya masyarakat berbangsa Cina dan India di Malaysia
kurang fasih berbahasa Melayu. Dalam erti kata lain penggunaan bahasa melayu mereka ketika
bertutur dengan penutur jati berbangsa melayu pastinya berlainan seperti “ Itu orang baik
punya orang”. Maksud yang hendak disampaikan adalah hendak mengatakan “Orang itu sangat
baik”. Apa yang dapat dikaitkan disini, penggunaan struktur ayat mereka selalunya akan terbalik
daripada penutur jati kerana mereka menterjemah bahasa melayu mengikut struktur bahasa jati
mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat bukan sahaja sewenang-wenangnya dalam
memberikan kata/leksem pada sesuatu rujukan sehingga menjadikannya semakin
kompleks (Palmer, F.R., 1981/6) tetapi masyarakat/pengguna juga mempunyai kelebihan dalam
mentafsir dan menilai sesuatu itu.

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Semantik soalan 2

  • 1. 7.0 Analisis Ketaksaan / Ambiguiti Ketaksaan boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan. Menurut Abdullah Hassan ( 2007 ), menyatakan bahawa kadang-kadang kita menemui ayat yang lebih daripada satu makna. Ayat yang taksa ini memerlukan lebih masa untuk difahami oleh masyarakat atau penutur. Menurut Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari ( 2009 ) , ketaksaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kekaburan makna, ketidakpastian makna, kurang ketentuan dalam makna item dan pertentangan pada penentuan makna item. Melalui pembacaan, saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan 'Ketaksaan' bermaksud kekaburan-makna dalam ayat dapat diatasi jika tanda baca digunakan dengan betul. Ketaksaan yang mungkin berkaitan dengan maksud yang berganda atau mendua makna berpunca pada sebutan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza akan dianalisis pada ayat dibawah. “Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”. Ketaksaan yang wujud pada ayat tersebut amat jelas dan mempunyai lebih daripada satu maksud jika disebut. Antara punca kesamaran dalam ayat tersebut adalah kerana kurangnya maklumat kontekstual. Ketaksaan ayat tersebut terjadi apabila kurang maklumat kontekstual kerana tidak diketahui konteks penggunaannya. Ini kerana terdapat kemungkinan- kemungkinan yang terdapat pada maksud ayat tersebut sama ada mahu menyatakan si pelaku iaitu “saya” telah terlupa membawa kunci keretanya atau terlupa untuk mengunci keretanya ataupun seseorang yang berada di depan pintu rumah tetapi tidak dapat masuk ke dalam rumahnya yang terkunci kerana kunci rumah tertinggal di dalam kereta yang terletak di tempat letak kereta. Wittgenstein (1953) menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya. Jelas sekali beliau menyatakan konteks membawa maksud untuk pemahaman sesuatu ujaran. Ayat tersebut juga menimbulkan lewah dalam makna apabila frasa/ perkataan kereta disebut dua kali dalam ayat yang sama sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada pembaca walaupun membawa makna yang berbeza iaitu kereta bermaksud kenderaan, manakala tempat
  • 2. letak kereta bermaksud kawasan khas meletakkan kereta. Ketaksaan tersebut boleh diperbaiki dengan mengubah frasa “tempat letak kereta” kepada “parkir” yang juga mendukung maksud yang sama. Secara tidak langsung memberi pemahaman yang jelas dan lebih gramatis. Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan. Ketaksaan ayat tersebut tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca. Nahu yang tidak tepat menjadikan ayat tersebut lebih keliru. Ayat tersebut boleh dimaksudkan seperti berikut: Ayat asal: “Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”. Andaian maksud: i. Terlupa untuk mengunci kereta.Kereta berada di tempat letak kereta. ii. Terlupa membawa kunci kereta. Kereta berada di tempat letak kereta. Jika maksud ayat tersebut adalah seperti maksud yang pertama. Maka, struktur ayat boleh dibetulkan seperti: “Saya terlupa mengunci kereta di tempat letak kereta” Jelas sekali maksud yang hendak disampaikan dengan mengubah struktur dan menambah imbuhan meN+ pada frasa kunci untuk mewujudkan kata kerja iaitu perbuatan mengunci kereta. Seperti yang telah dimaklumkan bahawa ayat yang diberi mempunyai ketaksaan dan mempunyai banyak maksud. Ketaksaan ayat tersebut akan lebih ketara jika diucapkan atau dilafazkan dengan intonasi dan jeda yang berbeza mengikut maksud yang hendak disampaikan. Ayat 1 : Kereta di tempat letak kereta itu; saya terlupa kunci. Ayat 2 : Kereta; ditempat letak kereta itu terlupa; saya kunci. Andaian ayat 1 membawa maksud terlupa untuk mengunci kereta yang berada di tempat letak kereta. Maksud ayat tersebut dapat ditentukan dengan membubuh tanda koma bertitik (;) selepas perkataan “itu” , menghasilkan maksud yang jelas lebih-lebih lagi jika diikuti dengan konteks. Ini kerana tanda koma bertitik (;) selepas frasa “itu”, menjadikan jeda dan intonasi
  • 3. pada gaya bacaan ayat tersebut. Secara jelas ayat tersebut menyatakan terlupa untuk mengunci keretanya. Tetapi jika melalui pembacaan masih lagi menimbulkan ketaksaan antara terlupa untuk mengunci kereta atau terlupa kunci kereta atau terlupa kunci rumah ataupun terlupa kunci almari. Dalam hal ini saya berpegang pada maksud yang telah dijelaskan pada ayat 1. Manakala ayat 2 pula membawa maksud yang jelas berbeza daripada ayat ayat 1 secara keseluruhannya jika dilafaz dengan intonasi yang betul. Setelah dibubuh tanda koma bertitik (;) selepas frasa “kereta” dan “terlupa”, ayat tersebut membawa maksud bahawa terlupa dimana kereta telah diletak tetapi kereta tersebut sudah dikunci. Pembawakan ujaran lebih bersifat seperti terkejut kerana terlupa sesuatu. Perhatikan betapa luas jurang perbezaan makna oleh ketaksaan pada ayat tersebut jika diujar berlainan jeda ,intonasi dan tekanan dalam bacaan. Terdapat banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan dalam ketaksaan makna seperti homonim, sinonim, polisem dan pelbagai lagi. Tetapi apa yang dapat saya kaitkan lagi adalah faktor sosiologis.Faktor sosiologis itu merujuk kepada masyarakat. Masyarakat dikatakan menjadi peneraju utama dalam mentafsir sendiri makna. Dalam erti kata lain, bukan sahaja bahasa yang diakibatkan oleh faktor sosiologis (Yayat Sudaryat, 2004) tetapi ambiguiti dalam gambar atau imej juga diakibatkan oleh faktor sosiologis. Ini bermakna, makna dalam bahasa bukan sahaja bergantung kepada masyarakat (Semantik leksikal, 2008) tetapi makna juga bergantung kepada masyarakat. Contohnya masyarakat berbangsa Cina dan India di Malaysia kurang fasih berbahasa Melayu. Dalam erti kata lain penggunaan bahasa melayu mereka ketika bertutur dengan penutur jati berbangsa melayu pastinya berlainan seperti “ Itu orang baik punya orang”. Maksud yang hendak disampaikan adalah hendak mengatakan “Orang itu sangat baik”. Apa yang dapat dikaitkan disini, penggunaan struktur ayat mereka selalunya akan terbalik daripada penutur jati kerana mereka menterjemah bahasa melayu mengikut struktur bahasa jati mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat bukan sahaja sewenang-wenangnya dalam memberikan kata/leksem pada sesuatu rujukan sehingga menjadikannya semakin kompleks (Palmer, F.R., 1981/6) tetapi masyarakat/pengguna juga mempunyai kelebihan dalam mentafsir dan menilai sesuatu itu.