Puisi ini merupakan doa dan permohonan kepada Allah SWT. Puisi ini menyatakan bahawa semua makhluk di alam ini hanyalah faqir dan bergantung kepada kurniaan dan anugerah Allah. Puisi ini juga menyatakan komitmen penyair untuk hanya menyembah dan bergantung kepada Allah sebagai tujuan dan harapan. Penyair memohon ampunan dosa dan petunjuk dari Allah serta memohon rezki, perlindungan, dan tempat di syurga
1. Q A S I D A H M U N A J A T I M A M A L - H A D D A D
Maa Fil Wujudi
2. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
3. Semuanya sangat bergantung kepada ehsan-Nya,
semuanya sangat berhajat akan curahan anugerah,
Wahai sebaik-baik Dzat yang Maha memenuhi
hajat
4. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
5. Maha suci Dzat yang menciptakan alam-alam dari
ketiadaan dengan pemberian serta anugerah yang
menyeluruh dari-Nya
6. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
7. Dialah Allah Yang Maha memberi keberkatan, pujian
untuk-Nya tiada terhitung dan tiada pula terbatas pada
satu batasan atau bilangan
8. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
9. Hanyalah Allah, hanyalah Allah, Tuhanku tiada
sekutu bagi-Nya Hanyalah Allah, hanyalah Allah,
Dzat yang kusembah
dan tempat kubersandar
10. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
11. Hanyalah Allah, hanyalah Allah, tiada kucari selain-
Nya pengganti Hanyalah Allah, hanyalah Allah,
tujuan dan peganganku
12. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
13. Hanyalah Allah, hanyalah Allah, yang tiada
kuhitung pujian kepada-Nya. Dan tiada kuharap
selain dari-Nya untuk dapat menolak bahaya dan
musibah
14. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
15. Hanyalah Allah, hanyalah Allah, tempat aku berdoa
dan meminta Hanyalah Allah, hanyalah Allah
harapanku dan sandaranku
16. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
17. Wahai Yang Maha Esa, wahai Yang Maha Hidup,
wahai Yang Maha Mandiri, wahai Yang Maha Raja
Wahai Yang Maha Permulaan lagi Kekal, wahai
Yang Maha Akhir lagi Abadi
18. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
19. Engkaulah Yang Maha Cukup (tiada
perlu/bergantung) dari segala rupa dan sekutu.
Engkaulah Yang Maha Suci dari mempunyai
pasangan dan anak
20. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
21. Engkaulah tempat memohon pertolongan bagi
sesiapa yang kesempitan jalan. Juga bagi sesiapa
yang disakiti oleh timpaan musibah dan kesusahan
22. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
23. Engkau Maha Dekat, Maha Mengabulkan, tempat
memohon pertolongan. Dan Engkau – wahai Tuhan
– Maha memperhatikan pada orang yang berharap
24. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
25. Kuharap Engkau ampunkan dosaku, kuharap
Engkau rahmati aku Kuharap Engkau angkat dariku
segala yang dapat memesongkan
26. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
27. Kuharap Engkau beri aku petunjuk, kuharap
Engkau beri aku bimbingan. Menuju jalan yang
benar, dalam perbuatan dan akidahku
28. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
29. Kuharap Engkau cukupkan aku, kuharap Engkau
kayakan aku Dengan kurnia dari-Mu Ya Allah,
wahai tiang sandaranku
30. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
31. Kuharap Engkau pandanglah aku, kuharap Engkau
bantulah aku Kuharap Engkau perbaiki untukku
hati (jiwa) dan ragaku
32. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
33. Kuharap Engkau lindungi aku, kuharap Engkau
menjaga aku
Wahai Tuhanku! dari kejahatan orang zalim
dan orang-orang yang mendengki
34. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
35. Kuharap Engkau hidupkan aku, kuharap Engkau
matikan aku Dalam keadaan yakin (iman), ehsan
dan mendapat bimbingan
36. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
37. Kuharap Engkau anugerahi aku, kuharap Engkau
angkat derajatku Kuharap Engkau tempatkan aku di
syurga-Mu yang kekal abadi
38. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
39. Bersama ahli keluargaku serta mereka yang
kucintai, Engkau sertakan Dengan kurnia dan
kemurahan-Mu di dunia dan di hari esok (akhirat)
40. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
41. Kuhadapkan wajahku pada-Mu Ya Allah penuh
harapan. Untuk mendapat kebaikan dari-Mu yang
sentiasa mengalir tanpa henti
42. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
43. Dan aku akan sentiasa menadahkan tanganku
merayu pada-Mu dalam dua keadaan, iaitu susah
mahupun senang
44. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa
45. Sambil berkata dengan penuh harapan yang tidak
pernah meninggalkanku. Wahai Tuhanku! Wahai
Zat Yang Maha Pemurah! Capailah tanganku
46. Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;
kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa