Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 1
SK. ST. Francis, Melaka
Penjajahan & Keban...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 2
Umur : 11 tahun
Tarikh Lahir : 30.05.2003
...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 3
Penghargaan yang tidak terhingga serta uca...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 4
Perkara Muka
Surat
1.0 Pengenalan (Konsep ...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 5
Kedudukan Negara kita yang strategik dan k...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 6
Negara kita terletak di tengah – tengah la...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 7
Tahun 1511 Portugis menakluk Melaka.
Tahun...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 8
Kuasa luar yang datang ke negara kita dise...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 9
British mula bertapak di negara kita pada ...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 10
Penjajahan kuasa luar tidak disenangi ole...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 11
ii) Raja Haji – Raja Haji Menentang Belan...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 12
iv) Rentap – Rentap Menentang British
Ren...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 13
vi) Angkatan Force 136 – Angkatan Force 1...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 14
6.0 Kesimpulan
Dalam bab ini , saya telah...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 15
7.0 Lampiran
Lampiran 1
Laluan Pelayaran ...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 16
Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Mela...
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 17
Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 18
7.0 Bibliografi
a) Buku Teks Kajian Tempa...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

kt

  • Be the first to comment

Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

  1. 1. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 1 SK. ST. Francis, Melaka Penjajahan & Kebangkitan tokoh Nama : Akhilan a/l Loga Nathan Kelas : 5 Neptune No. I/C : 030530 – 04 - 0163 Nama Guru : Puan Norsham Biodata Murid Nama : Akhilan a/l Loga Nathan
  2. 2. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 2 Umur : 11 tahun Tarikh Lahir : 30.05.2003 Nama Ayah : Loga Nathan Nama Ibu : Ginny Ganga Gouri Bil. Adik beradik : Tiada Cita – cita : Jurutera Hobi : Memetik gitar dan baca komik. Falsafah Hidup : Don’t worry be happy. Penghargaan
  3. 3. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 3 Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan Norsham, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak bagi menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang penghasilan folio ini. Isi Kandungan
  4. 4. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 4 Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan) 5 2.0 Kedatangan Kuasa Luar a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai b) Kronologi Kedatangan Penjajah 6 6 7 3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar 8 4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun 9 5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan 10 10 10 6.0 Kesimpulan 14 7.0 Lampiran 15 8.0 Bibliografi 18 1.0 Pengenalan(KonsepPenjajahan)
  5. 5. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 5 Kedudukan Negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang ke Negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah mula berminat untuk menjajah Negara kita untuk pelbagai tujuan. Konsep penjajahan boleh terbahagi kepada tiga iaitu: a) Konsep Imperialisme : Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara. b) Konsep Kolonialisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah. c) Konsep Mekantilisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah. Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung. 2.0 KedatanganKuasa Luar
  6. 6. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 6 Negara kita terletak di tengah – tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang untuk meakluki Negara kita. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat kuasa luar datang ke Melaka. *Sila rujuk Lampiran 1 untuk Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka. a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah. Kuasa tersebut ialah:  Portugis - Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511.  Belanda - Belanda telah pun bertindak di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.  British - Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, British telah dapat menduduki Melaka.  Jepun - Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember, melalui daripada kawasan utara Tanah Melayu mengikut jalan darat daripada Negara Thailand. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 selama lebih kurang tiga tahun setengah. *Sila rujuk Lampiran 2 untuk pelancaran Jepun dua arah. b) Kronologi Kedatangan Penjajah
  7. 7. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 7 Tahun 1511 Portugis menakluk Melaka. Tahun 1641 Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis. Tahun 1786 British Berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian dengan Sultan Kedah. Tahun 1824 Menerusi Perjanjian Inggeris – Belanda, British mendapat hak meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Tahun 1841 British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak. Tahun 1882 British menguasai Sabah. Tahun 1942 Pendudukan Jepun dari Tahun 1942 hingga Tahun 1945. Jepun menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar
  8. 8. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 8 Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan. Faktor Huraian Perdagangan Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah. Kemegahan Negara-negara Eropah bersaing untuk menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain. Penyebaran Agama Agama Islam sudah berkembang luas di Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara. Keperluan Bahan Mentah Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah. Peluasan Tanah Jajahan British dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. *Sila rujuk Lampiran 3 untuk Peluasan kuasa Luar 4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun
  9. 9. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 9 British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786 manakala Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942. Kedua – dua Negara, British dan Jepun telah menakluk Negara ini mempunyai tujuan mereka masing – masing yang agak sama namun ada juga yang berbeza. Ianya seperti jadual dibawah: British Jepun  Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan bijih besi bagi kilang di negara mereka.  Pasaran barang kilang.  Menunjukkan kemegahan dan kuasa.  Bersaing dengan kuasa barat yang lain untuk mendapatkan tanah jajahan.  Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan getah untuk kilang di Jepun.  Pasaran barang kilang.  Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara dengan slogan ‘Asia untuk Asia’.  Membentuk sebuah empayar yang kuat di Asia. 5.0 PenentanganOlehTokohTempatan
  10. 10. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 10 Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut. a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan ZAMAN PENJAJAHAN TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN Portugis di Melaka Sultan Mahmud Shah Belanda di Perak Raja Haji British di Perak Dato’ Maharaja Lela British di Sarawak Rentap British di Sabah Mat Salleh Jepun di Tanah Melayu Anggota Force 136 b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan i) Sultan Mahmud Shah – Sultan Mahmud Shah menentang Portugis. Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota AFamosa oleh Portugis.
  11. 11. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 11 ii) Raja Haji – Raja Haji Menentang Belanda. Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor- Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini. iii) Dato’ Maharaja Lela – Dato’ Maharaja Lela menentang British J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membunuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.
  12. 12. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 12 iv) Rentap – Rentap Menentang British Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke. v) Mat Salleh – Mat Salleh menentang British Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambi hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB juga bertindak memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju untuk mendamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900.
  13. 13. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 13 vi) Angkatan Force 136 – Angkatan Force 136 menentang Jepun Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun.
  14. 14. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 14 6.0 Kesimpulan Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta mengenali Pahlawan – pahlawan yang pernah wujud di Negara kita. Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari bencana alam serta Selat Melaka di Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat disamping Negara yang kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara , Pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. Walaupun mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu. Maka, sebagai rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini adalah, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan Negara.
  15. 15. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 15 7.0 Lampiran Lampiran 1 Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka (Portugis, Belanda dan British) Lampiran 2
  16. 16. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 16 Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu pantai Timur dan Pantai Barat melalui jalan darat daripada Negara Thailand. Lampiran 3
  17. 17. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 17
  18. 18. Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh Akhilan 5 Neptune Page 18 7.0 Bibliografi a) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5 b) Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan d) http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=139&xslFile =orange e) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmud_Shah_of_Malacca f) http://en.wikipedia.org/wiki/Lela_Pandak_Lam g) http://en.wikipedia.org/wiki/Rentap h) http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh i) http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136

×