SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Download to read offline
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

        Hubungan Etnik
        NOTA KULIAH




COPY RIGHT BY MOHD AMRI DIN
Hubungan Etnik


KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP MASYARAKAT

   •   Masyarakat menurut definasi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup
       bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
       - Masyarakat
       - Keluarga
       - Kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat

   •   Pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan rotong royong, bersama-sama
       merayakan sesuatu perayaan dan lain-lain.

   •   Kekerapan pergaulan ini membina satu kepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit
       sosial. (hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina masyarakat
       Malaysia yang teguh.)

   •   Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan
       rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.

   •   Budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, ini adalah berasaskan fakta sejagat bahawa
       manusia sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab mecipta, mengubah, menokok
       dan melestari budaya dan telah menurunkan daripada generasi kepada generasi untuk jutaan
       tahun.

   •   Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi
       - Generasi menurunkan budaya
       - Generasi menerima budaya

   •   Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya
           - Budaya metarial – tembok besar china, pyramid di Mesir
           - Bukan metarial – kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan dll.
   •   Kita perlu memahami secara jelas konsep Masyarakat itu sendiri atas sebab-sebab berikut:
           a) Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi
               untuk hidup bermasyarakat;justeru
           b) Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.
           c) Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan
           d) Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain.
               Sehubungan dengan itu, sifat ciri-ciri masyarakat juga perlu di ketahui dan difahami
               kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik.

   •   Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut
             a) Berkelompok
             b) Berbudaya
             c) Mengalami perubahan
             d) Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
             e) Mempunyai kepimpinan
             f) Mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas, status dan kasta)

                                                                     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                 MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme

   •   Etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
       seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

   •   Etnik dapat dikelaskan kepada perbezaan budaya, adat resam, pola keluarga, pakaian,
       pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

   •   Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu menganggap bahawa ciri budayanya adalah
       sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta
       dianggap ganjil ataupun berada di tahap rendah atau tidak bermoral.

   •   Etnisiti adalah merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu

   •   Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan
       anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik
       dan hebat daripada kelompok lain.


Konsep Ras Dan Rasisme

   •   Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan
       kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal.

   •   Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
       kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan wajah
       fizikal-biologikal atau ras semata-mata.

   •   Rasisme wujud dalam dua tahap
           - Tahap individu – kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada
              yang berstatus lebih rendah.
           - Tahap institusi – melibatkan dasar dan perlaksanaan yang bersifat diskriminasi,
              seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

Konsep Prejudis Dan Steriotaip

   •   Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat
       dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.
   •   Sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapat sesuatu yang
       terhad.
   •   Steriotaip wujud apabila prejudis disuarakan.
   •   Steriotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan
       etnik seperti “semua orang arab itu beragama Islam”, “orang Islam itu bersifat kedekut” dan
       sebagainya
   •   Dalam kata lain steriotaip adalah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik
       yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik lain.



                                                                   UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                               MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Konsep Diskriminasi

   •   Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang
       atau sekelompok etnik anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak
       yang berpandangan negatif.
   •   Diskriminasi dalam bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik
       cuba mengelak diri daripada individu atau etnik yang diperasangkakan.


KONSEP BUDAYA

   •   Budaya pada definasi Kamus Dewan (2005) sebagai kemajuan fikiran akal budi (cara berfikir),
       kelakuan dan sebagainya.
   •   Budaya boleh didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu
       dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
       resam, sikap dan nilai)
   •   Budaya boleh dibahagikan kepada dua
              - Budaya kebendaan – peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu.
              - Budaya bukan kebendaan – kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
   •   Terdapat dua peranan utama dalam pembentukan sesuatu budaya
             - Membina imej negara kearah kewujudan keperibadian serta identiti.
             - Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berdirikan kerohanian kemanusiaan
                dan spritual dan mental.
   •   Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah:
           i.   Dipelajari
          ii.   Dikongsi
         iii.   Sejagat
         iv.    Diwarisi
          v.    Berubah
         vi.    Mempunyai perlambangan
        vii.    Adanya pandangan semesta.


KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

   •   Integrasi merupakan “satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
       kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
   •   Unsur integrasi terdiri daripada
           a) Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan
               ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Dimalaysia,
               tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia barat dengan Malaysia timur dan
               Pantai Barat dengan Pantai Timur.
           b) Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan
               jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik;
           c) Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.
           d) Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program
               sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.


                                                                    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


           e) Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang
              bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
           f) Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui
              kerjasama dan pembahagiaan kuasa politik.

Konsep Segregasi

   •   Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
       kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
   •   Pemisahan berlaku dari segi
           - Tempat tinggal
           - Persekolahan
           - Pengangkutan
           - Kemudahan awam

Konsep Akomodasi

   •   Proses yang menyebabkan setiap kumpulan menyedari serta menghormati norma dan nilai etnik
       lain dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
   •   A+B+C=A+B+C
   •   Pelbagai kumpulan hidup secara harmonis dengan menghormati antara satu sama lain.

Konsep Akulturasi

   •   Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
       kebudayaan lain yang berbeza.
   •   Unsur budaya asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri dan tidak
       menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat menerima.

Konsep Asimilasi

   •   Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga
       membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
   •   A+B+C=A (A mewakili golongan dominan)

Konsep Amalgamasi

   •   Budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
   •   Perkahwinan campur
   •   Wujud satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.




                                                                 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                             MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Pengenalan

   •   PLURALISME adalah pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar telah melahirkan satu
       ciri fenomena sosial yang istimewa.

PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU

   •   Dua konsep utama pluralisme alam melayu iaitu:
           - Alam melayu sebagai wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai bangsa dan
                pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.
           - Ketika dijajah pluralisme di alam melayu berlaku dengan cara paksaan.
   •   Pluralisme tidak dapat dielakkan dalam kajian mengenai jangka masa tersebut yang
       merangkumi kepelbagaian budaya dan tradisi bewarna-warni.
   •   Pada konsep pertama alam melayu hidup dalam kepluraltian semulajadi kerana ianya terjadi
       tanpa paksaan.
   •   Sebelum kedatangan penjajah, pluraliti berlaku dengan semulajadi dimana kedatangan orang
       luar ke alam melayu adalah dengan suka rela dan penetapan mereka adalah secara sukarela
       bersama keluarga.
   •   Terdapat unsur-unsur akomodasi kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman ini.
   •   Berlaku Amalgamasi dimana mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan
   •   Imperial Eropah memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan
       masyarakat pluralistik.
   •   Penghijrahan masuk orang cina dan india ketanah melayu digalakkan oleh British untuk
       memajukan sektor ekonomi-politik british, maka asimilasi budaya dan cara hidup antara
       kumpulan etnik tidak berlaku.
   •   Berlaku permisahan antara agama dan pemerintahan, pemerintahan di kawal oleh britsh
       manakala agama dan istiadat dibawah kuasa sultan.
   •   Penjelmaan dari segi metarial dan bukan metarial dapat dilihat:
           a) Perubahan bukan metarial
                   i.  Sebelum kedatangan British ilmu pengetahuan di Alam Melayu lebih banyak
                       berasaskan epistemologi bercorak metafizik (metafizik ialah ilmu bersumberkan
                       alam ghaib)
                  ii.  Salah satu contoh mengenai ilmu metafizik ialah perbomohan menggunakan
                       jampi serapah.
           b) Perubahan metarial
                   i.  Kedatangan British mengubah epistemologi bersifat bukan metarial kepada
                       metarial. Iaitu epistemologi fizikal yang bersifat rasional atau saintifik.
                  ii.  Asas epistemologi ini adalah berdasarkan pembuktian sesuatu pengetahuan
                       melalui pancaindera san sebagainya.



                                                                   UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                               MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU; KESULTANAN MELAKA

   •   Zaman ini adalah zaman kemuncak dan keemasan kerajaan melayu.
   •   Melaka dijadikan tempat pertemuan antara pedagang dari seluruh pelusuk dunia.
   •   Berlaku perkahwinan campur antara sultan melaka dengan anak perempuan pemerintah negara
       china.
   •   Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana penghijrahan
       berlaku secara semula jadi tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.
   •   Pedagang dari Arab, China, India dan negara lain telah berakomodasi dengan penduduk
       tempatan. Dan akhirnya wujudnya masyarakat yang tidak pernah wujud seperti masyarakat
       baba.


PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK OLEH PENJAJAH

   •   Apabila penjajah British datang menjajah Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu, Eropah telah
       mengalami perubahan epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama.
   •   Semasa Pertelingkahan antara agamawan dan saintis di Eropah:
           i.    Bagi barat, faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan agama
                 hanya perlu pada individu sahaja ialah agama dianggap sebagai penyumbang kepada
                 perselisihan pendapat dalam kalangan manusia dan seterusnya akan membawa kepada
                 pergaduhan dan perperangan.
          ii.    Bagi barat, ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang boleh menyatukan manusia
                 dibawah payung kefahman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara
                 aman damai.
   •   Di Alam Melayu, penjajah british meneruskan dasar ini:
           i.    Pihak British mengusai pentadbiran – memperkenalkan sistem pentadbiran mengikut
                 kehakiman, eksekutif dan perundangan.
          ii.    Hal ehwal Agama (Islam di Tanah Melayu) dan adat istiadat Melayu diletakkan dibawah
                 pengawasan sultan.
   •   Ketibaan pemerintah kolonial telah membawa pertemuan menarik antara “agama” (dibaca
       Islam) dan “negara” (pentadbiran kolonial British).
   •   Bernard Cohn mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang
       fizikal; apa yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang
       epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi.



PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

   •   Pluraliti di Malaysia kerap kali tertumpu pada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan
       India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum dan suku lain di Malaysia.



                                                                     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                 MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


    •     Perusahaan bijih timah Pada pertengahan abad ke 19 dan perusahaan getah pada awal abad ke
          20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah
          Melayu.
    •     Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara kamuniti etnik Melayu, Cina dan India.
          Keharmonian hubungan etnik ini wujud berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama
          berjuang mendapatkan kemerdekaan.
    •     Bristish memberi dampak yang sangat besar terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dalam
          bentuk material mahupun bukan metarial. British menyumbang kepada penambah baikan
          kehidupan rakyat Malaysia.
    •     Apa yang amat jelas ialah perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama daripada
          urusan sekular seperti politik, pentabiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan
          sebagainya.


MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Politik

    •     Politik Malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh aspek etnik.
    •     Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi peringkat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk
          bersatu dalam satu pakatan parti, iaitu parti perkatan. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO,
          MCA, MIC.
    •     Selepas era 60-an, kerjasama perti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah
          berkembang dengan peningkatan keahlian.
    •     Rekod Barisan Nasional yang terus kekal memerintah sehingga kini sebahagiannya adalah
          kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya.
    •     Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan
          perhubungan etnik melalui formula tolak telah berjaya mengekang pihak tertentu seperti
          pembangkang yang cuba memecah belahkannya.

Perlembagaan

    •     Terdapat persekutuan berlapis iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia,
          dimana Persekutuan Malaysia adalah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah
          Melayu.
    •     Dari segi Sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu
             i.   Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat
                  dan raja. (Perjanjian diantara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba)
            ii.   Berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh
                  pihak british untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. (sering dikaitkan
                  dengan kontrak sosial ini ialah soal kerakyatan)
    •     Pada 1949 telah terbentuk hubungan antara kaum (Communities Liason Commitee-CLC)



                                                                        UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                    MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Pendidikan

   •   Zaman penjajahan sistem pendidikan di persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada
       tiga peringkat:
           i.   Pendidikan British rendah dan menengah -dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan
                melayu dan hartawan cina dan india.
          ii.   Sekolah melayu peringkat rendah – untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih
                baik sedikit daripada ibu bapa mereka.
         iii.   Sekolah Venakular Cina dan India.
   •   Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata
       pelajaran serta orientasi matlamatnya.
   •   Era pascamerdeka telah berubah corak yang beorientasikan unsur-unsur tempatan.
           i.   Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,
                sukatan mata pelajaran dan orientasi.
          ii.   Matlamatnya adalah membentuk identiti kebangsaan Malaysia melalui dua laporan
                    1. Penyata Razak tahun 1956
                    2. Penyata Rahman Talib tahun 1960
         iii.   Matlamat kedua-dua penyata ini adalah untuk menyatukan kanak-kanak daripada
                berbilang bangsa etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan
                menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu.
   •   Penyata Razak tahun 1956
           i.   Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
          ii.   Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama.
         iii.   Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Wajib bag semua sekolah rendah dan menengah.
         iv.    Penubuhansatu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
          v.    Guru-guru adalah berkelayakan
         vi.    Sistem sekolah adalah – Menengah bawah, Menengah atas dan Pra Universiti.
   •   Penyata Rahman Talib 1960
           i.   Pelajaran diseolah rendah adalah percuma
          ii.   Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
         iii.   Murid naik darjah secara automatik
         iv.    Pendidikan agama Islam perlu sekirannya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang.
          v.    Pendidikan akhlak dititikberatkan.
   •   Akta pendidikan 1957
           i.   Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing
                dibenarkan.
          ii.   Oleh sebab bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan
                Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran;
         iii.   Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku teks yang lain mestilah
                berteraskan Malaysia.
         iv.    Bukan lagi berteraskan nega China atau India.


                                                                  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                              MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Ekonomi

   •   Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk
       mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan sosiopolitik.
   •   Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat:
          i.   Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu
               (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)
         ii.   Perancangan selepas merdeka, merangkumi Racangan Persekutuan Tanah Melayu
               Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970);
        iii.   Perancangan dalam era Dasar ekonomi Baru; dan
        iv.    Dasar Pembangunan Negara hingga kini.



   •   Sistem ekonomi Malaysia berasas laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang
       diadaptasi daripada warisan British.
   •   Terdapat dua sistem ekonomi.
           i.  Ekonomi Moden
               a) Sistem ekonomi moden yang mendominasikan organisasi pengeluaran terutamanya
                   berasaskan getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan budaya
                   bandar.
               b) Corak pengurusan dan teknik organisasi berteraskan bandar.
               c) Dibawah kawalan British dan firma asing.
          ii.  Ekonomi tradisional
               a) Sektor ekonomi pertanian – padi dan perikanan.
               b) Etnik Melayu juga tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu sebagai pekebun
                   kecil, kelapa, pesawah dan lain2.




                                                                 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                             MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

   •   Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara
       membangunkan yang akan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
   •   Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
       mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa.
   •   Pengwujudan kebudayaan Kebangsaan akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip
       yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu:
          i.   Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
         ii.   Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
        iii.   Islam Menjadi unsur yang penting dalam penbentukan kebudayaan Kebangsaan
   •   Ketiga-tiga prinsip asas diatas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan
       Kebangsaan 1971.

Objektif Kebudayaan Kebangsaan

   •   Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting
       untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu.
   •   Dengan tujuan demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan kebangsaan Malaysia adalah
       bertujuaan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
           i.  Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
          ii.  Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
               Kebudayaan Kebangsaan’; dan
         iii.  Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kemanusiaan dan kerohanian yang
               seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
   •   Strategi dan perlaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
           i.  Pemulihan pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
               kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
               pengembangan dan perhubungan budaya;
          ii.  Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
               dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya
               sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
         iii.  Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
               nasionalisme Malaysia;
         iv.   Memenuhi keperluan sosiobudaya dan
          v.   Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Badan-Badan Yang Perlu Menjayakan Kebudayaan Kebangsaan

   •   Peranan kementerian/jabatan, kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain
       adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini dalam pengurusan harian dan
       perlaksanaan dasar-dasar semasa.



                                                                  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                              MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


   •   Peranan pihak swasta dan pertumbuan kebudayaan kian diperlukan dimana badan-badan ini
       boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di
       peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-
       projek kebudayaan.

Pencapaian dan Masalah

   •   Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kerajaan yang
       boleh dibanggakan
   •   Pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan
       penerinaannya mengambil masa yang lama, melangkaui satu generasi ke satu generai yang lain.
   •   Pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telahpun
       dilaksanakan.
   •   Identiti kewarganegaraan dan senu budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaan-perayaan
       antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat rasmi
       atau tidak rasmi.
   •   Identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur.
   •   Antara kelemahan-kelemahan dan masalah yang wujud kebelakagan ini adalah berpunca
       daripada perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana perhubungan luar secara
       terbuka dan tidak terhad.
   •   Kejayaan perlaksanaan Dasar kebudayaan kebangsaan ini adalah bergantung kepada
       peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendalikan dan
       melaksanakan dasar ini.
   •   Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua pihak adalah penting bagi kejayaan
       program dan aktiviti-aktiviti dasar ini.

Penutup

   •   Penggubalan dan perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara
       Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang
       mengamalkan budaya yang berbeza.
   •   Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang
       bersatu padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa.
   •   Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita
       perlaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja kebudayaan kebangsaan akan dapat
       dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
   •   Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-
       batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Melayu itu sendiri sebagai
       negara yang merdeka dan bermaruah.




                                                                  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                              MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


PERLEMBAGAAN

   •   Merupakan dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi dalam usaha mewujudkan
       satu bentuk pentadbiran yang adil dan saksama kepada masyarakat.
   •   Undang-undang tertinggi dan menjadi punca kepada segala perundangan lain dalam sesebuah
       negera. Semua undang-undang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
   •   Perlembagaan mengadungi peruntukan-peruntukan umum tentang:
           i.  Corak pemerintahan negara.
          ii.  Hak asasi manusia
         iii.  Kewarganegaraan
         iv.   Agama
          v.   Bangsa.
   •   Perlembagaan mengandungi undang-undang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan
       semasa.

Perlembagaan Persekutuan

   •   Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan dan hak rakyat.
   •   Perlembagaan adalah suatu kumpulan undang-undang yang menentukan bagaimana
       pemeritahan sebuah negara mesti dijalankan.
   •   Perlembagaan persekutuan adalah perlembagaan bertulis yang mana sebagai perlembagaan
       tertinggi dalam negara.
   •   Perlembagaan yang wujud hari ini adalah berdasarkan Perlembagaan persekutuan Tanah
       Melayu 1957.
   •   Kemudian dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan singapura, sabah dan
       sarawak kedalam Persekutuan Malaysia.
   •   Setiap negeri perlembagaan tersendiri untuk mecorakan pemerintahan negeri tersebut.
   •   Perlembagaan persekutuan mengandungi 181 perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian.
   •   Di Malaysia pembentukan perlembagaan turut dipengaruhi oleh beberapa faktor utama:
           i.  Sebagai negara raja berpelembagaan
          ii.  Sebagai negara demokrasi berparlimen
         iii.  Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-
               undang.
         iv.   Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-
               undang.
          v.   Perlembagaan memperuntukan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang pentadbiran.
               Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi daripada
               yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawap yang berbeza, dan
               perlembagaan memperuntukan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas
               daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif
               untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam Perlembagaan.



                                                                  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                              MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Suruhanjaya Perlembagaan

   •   Suruhanjaya Perlembagaan ini dibentuk pada bulan mac 1956 dan dipengurusikan oleh Lord
       Reid dari Britian.
   •   Suruhanjaya ini ditugaskan mengubalkan satu pelembagaan bagi tanah melayu yang berasaskan
       kepada pemerintahan demokrasi berparlimen:
          i.   Mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa keatas negeri-negeri.
         ii.   Menjelaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan
        iii.   Melantik seorang ketua negara yang dipilh dikalangan Raja-raja Melayu.
        iv.    Mewujudkan satu rupa bangsa bagi seluruh negara.
         v.    Mengekalkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.
   •   Bagi mengubal perlembagaan ini sruhanjaya reid telah menerima pemrundangan daripada
       pelbagai pihak sama ada secara bertulis atau lisan.


Perlembagaan Persekutuan sebagai Mekanisma Perpaduan
   •   Perlembagaan ini adalah hasil daripada tolak ansur kaum melayu, cina dan india. Ianya sejajar
       dengan syarat yang dikenakan oleh british untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah
       melayu sekiranya wujud perpaduan masyarakat pelbagai kaum.
   •   Dalam permuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin-pemimpin kaum utama di tanah
       Melayu akhirnya melahirkan ‘Pakatan Murni’ dalam erti kata tolak ansur dalam aspek
       menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
   •   Masyarakat melayu memiliki beberapa kelebihan dalam Perlembagaan seperti:
         i.    Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
         ii.   Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
        iii.   Raja-raja Melayu sebagai tonggak pemerintah
        iv.    Hak-hak istimewa orang Melayu.
   •   Sebaliknya masyarakat bukan melayu mendapat keistimewaan dari segi kewarganegaraan yang
       membolehkan mereka mendapat layanan yang sama dalam masyarakat.




                                                                   UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                               MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Kesultanan Melayu
   •   Merupakan satu element penting dalam sejarah pembentukan Perlembagaan.
   •   Institusi beraja dikatakan bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-buddha ke alam
       Melayu.
   •   Kedatangan Islam telah mengubah persepsi asal-usul raja daripada dewa-dewa kepada tokoh-
       tokoh agama Islam.
   •   Kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoalkan dan di ganggu gugat oleh sesiapa. Raja masih
       dianggap sebagai orang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan antara rakyat dengan
       tuhan.
   •   Sesiapa yang membantah perintah raja seolah-olah melanggar perintah Allah.
   •   Dalam sistem beraja, raja dianggap sebagai simbol negara dan pemerintahan yang bedaulat
       serta mempunyai kedudukan tertinggi dalam kerajaan.


Yang di-Pertuan Agong
   •   Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh perlembagaan Persekutuan Tanah
       Melayu pada 31 ogos 1957.
   •   Merupakan seorang raja berpelembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan
       kepada baginda oleh perlembagaan.
   •   Berada di kemuncak bidang ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
   •   Dipilih dari kalangan sembilan orang raja Melayu oleh Majlis raja-raja mengikut aturan yang
       terkandung dalam jadual ketiga.
   •   Setiap raja boleh dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali baginda belum cukup
       umur atau sengaja tidak mahu dipilih atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan
       undi sulit atas sebab lain.
   •   Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan selama 5 tahun melainkan baginda meletakkan
       jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja.
   •   Baginda akan bertindak atas nasihat kabinet atau seorang menteri yang bertindak dibawah
       kuasa am kabinet.
   •   Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan negara perlu mendapat
       persetujuan Yang dipertuan Agung.




                                                                  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                              MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Agama Islam
   •   Agama Islam dijadikan sebahagian daripada perkembangan sejarah konsep pemerintahan
       beraja. Oleh sebab itulah ianya terkandung di dalam perlembagaan.
   •   Sudah menjadi imej kepada orang melayu bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu adalah
       Islam. Malah ada yang memberikan gelaran melayu kepada bangsa lain yang memeluk agama
       Islam.
   •   Agama Islam telah menjadi agama orang melayu sejak 500 tahun dahulu. Agama Islam dikatakan
       dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berasal dari Timur Tengah yang datang ke Melaka
       dalam abang ke 15.
   •   Hak agama Islam diperuntukkan dibawah perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang
       mengistiharkan bahawa “Islam merupakan Agama bagi persekutuan”, iaitu agama rasmi negara.
       Tetapi agama lain masih boleh dianuti oleh penganut-penganut agama Hindu, buddha, kristian
       dan lain-lain.
   •   Dalam Perlembagaan Persekutuan hal ini disebut seperti
          i.    Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk
                kepada fasal (4), mengembangkan agamanya.
         ii.    Tiada sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu
                adalah diperuntukan khas sama ada kesemuanya atau sebahagian bagi maksud-maksud
                sesuatu agama yang lain daripada agama sendiri.
        iii.    Tiap kumpulan agama adalah berhak;
                    a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
                    b) Menubuhkan dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama
                        atau khairat, dan
                    c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya
                        mengikut undang-undang.
   •   Disebabkan hak istimewa Agama Islam sebagai agama persekutuan, maka kerajaan Pusat dan
       Kerajaan negeri mempunyai kebebasan untuk menubuhkan dan menyengarakan atau hanya
       membantu penubuhan dan penyengaraan institusi-institusi Islam atau mengadakan serta
       membantu mengadakan ajaran dalam agama Islam.




                                                                   UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                               MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Bahasa Melayu
   •   Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
   •   Taraf kebangsaan yang diberikan kepada bahasa Melayu adalah lebih luas dan memberikan
       kesan yang mendalam berbanding dengan pengiktirafan sebagai bahasa rasmi sahaja.
   •   Kesan yang paling ketara adalah bahasa melayu akan menjadi bahasa pengantar dan digunakan
       dalam semua perkara-perkara rasmi.
   •   Perkara 152 dalam perlembagaan Malaysia adalah peruntukan-peruntukan yang berkaitan
       dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
          a) Perkara 152 (1) memperuntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan , tetapi
                tidak seorang pun dilarang dari bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Pada tahun
                1967 satu akta telah digubal iaitu Akta Bahasa Kebangsaan yang memperuntukan
                bahasa melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan seterusnya pada tahun 1969 nama
                bahasa melayu ditukar kepada bahasa Malaysia.
          b) Perkara 152 (2) menyebut bahawa penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa
                rasmi selama sepuluh tahun selepas kemerdekaan dan selepas itu, kecuali jika
                diperuntukan sebaliknya oleh Parlimen bahawa bahasa Inggeris boleh digunakan
                didalam Parlimen dan apa sahaja maksud rasmi yang lain.
          c) Perkara 152 (3) memperuntukan naskah sahih bagi rang undang-undang dan akta
                Parlimen hendaklah dalam bahasa Inggeris.
          d) Perkara 152 (4) menyatakan perbicaraan kes mahkamah hendaklah menggunakana
                bahasa Inggeris, ianya disebut dengan jelas dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1969.
   •   Pindaan kepada Perlembagaan 1971 telah memperuntukan bahawa status bahasa Malaysia
       sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipertikaikan dan dipersoalkan. Sesiapa yang
       mempersoalkan akan didakwa dibawah kesalahan Akta Hasutan, 1984.
   •   Alasan utama disebalik penguatkuasaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi
       negara adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan kaum-kaum dibawah satu bahasa
       yang sama, iaitu bahasa Malaysia.




                                                                     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                 MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Kedudukan Istimewa Orang Melayu
   •   Kedudukan Istimewa orang melayu adalah unsur tradisi keempat. Perkara 153 memberikan
       tanggungjawap yang berat keatas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan
       Istimewa orang Melayu dan bumiputera sabah dan sarawak serta kepentingan sah perjanjian
       kaum-kaum lain.
   •   Perkara ini berbangkit setelah kerajaan British mahu Raja-Raja Melayu menurut telunjuk British
       dalam semua perkara kecuali dalam adat dan istiadat Melayu dan agama Islam. Perkara ini
       menyebabkan hak dan keistimewaan orang melayu telah berkurangan sedikit demi sedikit tanpa
       disedari.
   •   Penubuhan Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu merupakan percubaan pihak Inggeris
       menukar taraf negeri-negeri tanah Melayu daripada status naungan kepada tanah jajahan.
       -          Dibawah perlembagaan ini, bukan sahaja tidak disebut akan hak keistimewaan orang
                  Melayu, malah apa jua kuasa, keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh Sultan
                  Melayu telah dihapuskan oleh kerajaan British. Sultan hanya mempunyai hak mutlak dalam
                  hal ehwal keagamaan serta ada istiadat orang-orang melayu.
       -          Dalam Malayan Union, ia memberikan hak kewarganeraan yang longgar kepada kaum bukan
                  Melayu. Dibawa prinsip Jus Soli, kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada:
                    i.    Orang asing yang berumur18 tahun keatas dan telah bermastautin ti Tanah Melayu
                          selama 10 tahun daripada 15 tahun;
                    ii.   Semua orang yang dilahrikan di Tanah Melayu selepas penubuhan Kesatuan Malaya.
   •   Apabila Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang
       Melayu mendapat kembali kedudukan dan temat mereka dinegara ini.
   •   Persuruhjaya Tinggi Persektuan di bawah perlembagaan baru ini bertanggungjawap untuk
       melindungi “kedudukan orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain”.
   •   Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tanggungjawap telah
       diletakkan ke bahu Yang di-Pertuan Agong dan kaum bumiputera negeri sabah dan sarawak
       apabila kedua negeri ini menyertai Persekutuan Tanah Malaysia pada tahun 1963.
   •   Yang di-Pertuan Agong melindungi hak Istimewa orang melayu dari segi
            i.        Jawatan dalam perkhidmatan awam
           ii.        Pemberian biasiswa
           iii.       Bantuan dan kemudahan pelajaran
           iv.        Permit untuk perniagaan dan perdagangan.

                                                                          UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                      MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


•   Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak tetapi di seimbangkan dengan kepentingan
    sah kaum-kaum lain termasuklah hak-hak mendapatkan
       a) Kewarganegaraan Malaysia.
       b) Hak untuk menganut agama masing-masing.
       c) Hak untuk menggunakan bahasa ibunda
       d) Hak untuk mendapat layanan yang sama rata.




                                                             UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                         MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

   •   Digubal bagi mengurangkan ketidakseimbagan sosioekonomi antara kaum dan wilayah untuk
       perpaduan negara.
   •   Kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara yang ketara dalam pendapatan, guna
       tenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya
       membantu merapatkan jurang antara kaum.
   •   Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi
       matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
   •   Dasar ini adalah untuk merelisasikan matlamat oleh kerajaan untuk melahirkan golongan
       usahawan dikalangan bumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan ‘Malay
       Middle class’ setanding dengan masyarakat bukan melayu.
   •   DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan
       oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua bagi memperbaiki
       ketidakseimbangan sesoiekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama.

DEB dalam Membasmi Kemiskinan

   •   Kemiskinan orang melayu adalah disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka
       semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman
       untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang.
   •   Penglibatan orang melayu adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam diperingkat
       persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris.
   •   Diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu juga dilakukan oleh golongan
       pedagangan dan industri yang dikawal oleh orang bukan Melayu.
   •   Punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan perkerjaan yang produktif.
       Mengakibatkan berlakunya penganguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan
       pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan.
   •   Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan
       meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa
       sawit dan kelapa, nelayan dan pekerja ladang.
           a) Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam
               pekerjaan produktiviti rendah sama ada dibandar dan luar bandar dengan
               memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah
               dan modal yang perlu untuk membasmi penganguran.
           b) Mewujudkan peluang perkerjaan yang secukupnya untuk mengurangkan paras
               penganguran dan seterusnya mencapai tingkat gunatenaga penuh.
           c) Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan
               etnik.
           d) Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin diluar bandar
               melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat
               kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan reakriasi.
           e) Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat
               Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30%
               daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindutrian negara.


                                                                 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                             MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


          f)   Menstrukturkan pola gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai-
               bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum.

Penyusunan Semula Masyarakat

   •   Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan
       kedudukan kawasan dapat dihapuskan.
   •   Matlamat DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-
       aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah.
   •   DEB adalah untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan dan
       perusahaan.
   •   Beberaepa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat.
       Serentak dengan program membasmi kemiskinan terutama sekali dikawasan luar bandar dan
       bandar.
   •   DEB di rangka untuk menyusun semula masyarakat seperti berikut:
           a) Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar
               melalui permodenan kawasan luar bandar.
           b) Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur gunatenaga yang terdapat
               sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi dan peringkat
               pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini.
           c) Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian
               rakyat malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham
               sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. Perhatian berat
               akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang ada pada masa ini memiliki bahagian
               modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk.
           d) Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
               kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan
               mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan
               perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta
               menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.
   •   Kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat-
       peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang-
       kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990.
   •   Penyediaan intensif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang
       sesuai serta kepakaran pengurusan.]
   •   Program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak usahawan
       bumiputera di peringkat koporat.

Mengapa DEB Penting Kepada Bumiputera Melayu?

Masalah yang dihadapi oleh orang melayu

   •   Pada peringkat awal orang melayu masih tidak terdedah dengan konsep-konsep perniagaan
       yang kompleks. Mereka hanya menjalani kehidupan sebagai:
          i.  Nelayan
         ii.  Menanam buah-buahan dan tanaman
        iii.  Hasil-hasil hutan.


                                                                 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                             MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


        iv.   Membuat ikan kering dan kelapa kering.

   •   Orang melayu tidak mempunyai satu tempat yang khusus untuk tujuan proses atau memasarkan
       hasil-hasil keluaran. Mereka menjalankan perniagaan ditepi jalan.
   •   Akibat daripada ketiadaan usaha yang berterusan ke arah memupuk budaya niaga di kalangan
       orang Melayu telah mengakibatkan tahap pencapaian ekonomi orang Melayu semakin merosot,
       lebih-lebih lagi dengan kehadiran golongan migran seperti Cina dan India yang dibawa masuk
       oleh British ke Tanah Melayu.
   •   Jaringan perhubungan yang agak mundur turut menyumbang ke arah kegagalan network
       peniaga-peniaga Melayu untuk memperluaskan hasil jualan mereka.
   •   Kedudukan perkembangan usahawan Melayu sebelum merdeka masih tidak membayangkan
       satu pencapaian yang memberangsangkan. Ini didasari oleh pelbagai faktor terutamanya dasar
       penjajah British yang tidak mahu melihat kemajuan dikalangan orang melayu pribumi.
   •   Modal dan Instrument ekonomi orang-orang Melayu yang rapuh turut menghalang sebarang
       perkembangan kegiatan keusahawanan.

Dasar Ekonomi Baru Penting Untuk Perpaduan Kaum Dari Aspek Ekonomi

   •   Tindakkan yang diambil kerajaan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi selepas 13 mei 1969
       adalah berdasarkan keperluan untuk berkempromi didalam politik dan akhirnya telah
       mendorong pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik.
   •   DEB yang bertindak sebagai pemangkin kepada peningkatan penyertaan orang Melayu dalam
       bidang perniagaan dan perdagangan.
   •   Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah:
            a) Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan
               terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui
               program-program yang dirangka kepada seluruh peringkat produktiviti. Perkembangan
               peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti rendah
               keperingkat yang lebih tinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya
               dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-
               kumpulan yang berpendapatan rendah.
            b) Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan
               ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan
               pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah
               pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti bandar yang pesat dan
               seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat
               industri dan komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan
               kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara.
   •   Perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi,
       perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan
       pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar.
   •   Terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu
       dalam perlaksanaan DEB iaitu lahir golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap
       istimewa sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB.
   •   Pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat kerajaan untuk menjamin agar ekonomi
       Melayu tidak ketinggalan.



                                                                 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                             MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


Dalam Membantu Proses Kemunculan Golongan Peniaga dan Keusahawanan Melayu

   •   Kerajaan telah melancarkan DEB dengan tujuan dapat mewujudkan masyarakat Bumiputera
       Melayu yang berkecimpung dalam arena perdagangan dan perniagaan.
   •   DEB tidak terdedah kepada pemilikan harta semata-mata tetapi yang paling penting adalah
       mewujudkan satu masyarakat pengusaha dikalangan orang-orang Melayu.
   •   Pelbagai intensif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dikalangan
       pengusaha-pengusaha Melayu. Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk
       memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta dapat
       menjalankan perniagaan sendiri.
   •   Perlaksanaan DEB oleh pihak kerajaan pada tahun 1970 melalui rancangan-rancangan jangka
       panjang turut berperanan membantu ke arah membentuk satu generasi usahawan Melayu yang
       dinamik serta berdaya saing.
   •   Sejak dua dekad kebelakangan ini, semakin ramai usahawan melayu dapat dihasilkan yang
       memperlihatkan mereka dapat memecah dominan penguasaan golongan bukan Bumiputera
       dalam bidang perdagangan.
   •   Golongan bumiputera telah berjaya mencapai lebih dari 50% milikan modal saham. Seiring
       dengan strategi DEB yang menggariskan penyusunan masyarakat, perkembangan positif
       golongan usahawan melayu membayangkan adalah tidak mustahil untuk meraka mencapai
       sasaran tersebut.
   •   Perkembangannya suatu budaya baru yang menyerlah sikap saling mempercayai dan saling
       bergantung telah wujud dikalangan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera
   •   Kerjasama daripada dewan-dewan perniagaan ini telah mencetuskan lebih ramai usahawan
       Melayu yang toleransi, dinamik dan berdaya saing.
   •   Antara yang terpenting adalah memperbetulkan keseimbangan ekonomi dan seterusnya
       menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
   •   Usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya meniaga serta semangat
       bekerja yang gigih.
   •   Kesungguhan kerajaan dalam mengatur pelbagai program terutamanya dalam kongres Ekonomi
       Bumiputera memberi impak yang positif dalam usaha memperkembangkan kegiatan usahawan
       Melayu di negara ini.




                                                                UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                            MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


ISLAM HADHARI

Asas Pemikiran Islam Hadhari

   •   Ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
   •   Penggunaan istilah ‘hadhari’ telahpun digunakan oleh ilmuwan Islam sejak dari dahulu lagi
       seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya ‘Al-Muqaddimah’ dan pemikir al-jazair iaitu Malik
       Bannabi yang cenderung menggunakan Istilah Hadhara yang membawa maksud keseimbangan
       kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spritual.
   •   Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan
       tamadun menyeluruh- menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing
       bangsa Melayu dan umat Islam amnya.
   •   Islam hadhari merupakan perlaksanakan Islam secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai
       dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini, tanpa membelakangi asas akhidah yang amat
       unik.
   •   Perubahan dalam mengikuti perkembangan manusia tidak beerti bahawa orang Islam
       seharusnya juga mengubah asas ajaran Islam seperti pegangan dan penghayatan akhidah.
   •   Matlamat Islam Hadhari seharusnya memfokusnya kepada pembentukan manusia yang utuh
       fizikal dan spritualnya serta berkemampuan tinggi dalam menggunakan minda dan pemikiran
       untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Prinsip Islam Hadhari

   •   Sepuluh prinsip utama telah digariskan dalam melaksanakan pendekatan Islam Hadhari untuk
       membawa negara dan rakyat ke arah perlaksanaan Islam yang lebih meluas demi pencapaian
       ketamadunan yang mampan. Prinsip-prinsip ini adalah
           1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
           2. Kerajaan adil dan beramanah
           3. Rakyat berjiwa merdeka
           4. Penguasaan ilmu pengetahuan
           5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
           6. Kehidupan berkualiti
           7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
           8. Keutuhan budaya dan moral
           9. Pemuliharaan alam semula jadi
           10. Kekuatan pertahanan

Pendekatan Islam Hadhari

   •   Menerusi Islam hadhar, modal pembangunan insan menjadi antara agenda yang diberikan
       perhatian penting. Ia merangkumi pembangunan aspek kerohanian dalam usaha mewujudkan
       insan berkualiti dan dinamik.
           a) Iman dan Taqwa Membuahkan Akhlak Mulia dan Berwatak Perihatin
               Penekanan kepada penyuburan iman dalam diri setiap individu akan menjana
               ketakwaan kepada Allah hingga melahirkan akhlak yang mulia dalam diri indvidu itu.


                                                                  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                              MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


   Individu yang memiliki akhlak mulia akan pritahin terhadap masyarakat sekeliling;
   gembira dengan kesenangan orang lain dan sedih dengan penderitaan orang lain.

b) Keperihatinan Terhadap Golongan lemah, Terabai, Kumpulan Minoriti dan Wanita
   Perasaan keperihatinan ini akan mendorong seseorang untuk menghormati dan
   bertolak ansur dengan individu lain seta membela yang lemah dan terabai, termasuk
   membela hak kumpulan minoriti dan wanita. Perasaan keperihatinan ini juga mampu
   melahirkan individu yang peka dengan kepentingan budaya tempatan dan kedudukan
   moral dalam masyarakat yang akan menjadi amalan hidup, didokong dan
   dipertahankan.

c) Keperihatinan Mendorong Penguasaan Ilmu dan Kemahiran dalam Menuju
   Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Mampan serta kehidupan Berkualiti
   Individu yang prihatin ini juga akan terbina jiwa merdekanya hingga terpanggil untuk
   mempelajari dan menguasai ilmu agama, kemasyarakatan, sains dan teknologi.
   Mempelajari ilmu-ilmu ini adalah tuntutan agama. Manakala penguasaan kemahiran
   ilmu-ilmu itu pula akan membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tindakan-
   tindakan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada diri dan masyarakat tetapi
   juga ganjaran pahala yang akan menentukan darjatnya di akhirat.
   Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran mengurus kehidupan dan tamadun, seseorang
   akan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang seimbang dan
   komprehensif dengan meningkatkan keupayaan diri dan juga keupayaan institusional
   dalam masyarakat. Dengan terbangunnya keupayaan individu dan institusional dalam
   masyarakat, pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan holistik boleh diambil di
   mana pembangunan pertanian, bioteknologi, ICT, perindustrian, dan lain-lain dapat
   dilaksanakan.
   Hasil dari pembangunan yang seimbang dan mampan ini akan membuka peluang
   pekerjaan, mengurangkan kemunduran, kemiskinan dan ketidaksamarataan hingga
   kualiti hidup seseorang itu meningkat.

d) Kepentingan Kehidupan dan Keperihatinan Diri Penjaga Alam Semulajadi
   Untuk menjamin kualiti hidup dapat ditingkatkan secara berterusan, sumber-sumber
   alam semulajadi yang digunakan untuk dijadikan bahan makanan dan keselesaan hidup
   manusia mesti diurus dengan efisien. Perkiraan kepentingan hidup dan keperihatinan
   yang terbina dalam diri seseorang individu itu akan menjadi pendorong utama bagi
   melahirkan kesedaran dan tindakan yang akan menyelamatkan kesuburan alam
   semulajadi di sekelilingnya.

e) Jiwa Merdeka, Individu Bermaruah dan Patriotik, Negara Selamat
   Iman dan takwa akan membina seseorang memiliki jiwa merdeka, terbina maruah dan
   jati diri. Individu sedemikian bukan sahaja kental kendirinya tetapi memiliki semangat
   cinta akan negara dan patrotisme yang tinggi. Selain memiliki individu yang bermaruah

                                                       UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                   MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


                dan patriotik, setiap negara juga perlu memiliki kekuatan teknologi ketenteraan yang
                canggih bagi menangkis ancaman dari anasir-anasir jahat yang boleh memiliki senjata
                pemusnah dengan begitu mudah sekali pada masa kini. Gabungan individu bermaruah
                tinggi dan teknologi ketenteraan yang canggih mampu menjaga keselamatan negara
                untuk memastikan negara kekal stabil, makmur dan sejahtera.

           f)   Individu Berakhlak Tadbir Urus Negara Adil dan Saksama
                Dengan iman dan takwa menjadi kuasa penggerak tingkah laku individu, manusia yang
                baik dan cerdik ini dapat berperanan dalam masyarakat dan negara hingga lahir budaya
                kerja yang adil, saksama dan efisien. Jika menjadi rakyat, dia akan menjadi rakyat
                berjiwa merdeka dan jika dia berperanan dalam masyarakat sebagai guru, peniaga atau
                pentadbir, dia akan mengurus kerjayanya dengan adil, bertanggungjawab dan efisien.
                Peningkatan keupayaan diri melalui iman dan takwa untuk mengukuhkan kerohanian
                diri serta penguasaan ilmu dan kemahiran bagi membina intelek akan melahirkan
                individu yang mampu mengurus diri akan membangun tamadun. Individu yang memiliki
                jiwa murni dan kemahiran kerja ini adalah permata yang boleh digembeleng untuk
                membangun institusi dalam masyarakat hingga lahir keluarga bahagia, pendidik
                cemerlang, peniaga yang efisen, ahli profesional yang berjaya, pentadbir yang adil dan
                cekap dan lain-lain. Hanya dengan terbinanya keupayaan individu dan institusi, tadbir
                urus negara boleh berjalan dengan lancar untuk merancang dan melaksanakan progam-
                program pembangunan negara hingga kemunduran, pengangguran, kemiskinan dan
                ketidaksamarataan di kalangan rakyat.


Islam Hadhri Ke Arah Integrasi Masyarakat

   •   Kajian perhubungan kaum di Malaysia menunjukkan bahawa semenjak negara mencapai
       kemerdekaan, punca konflik antara kaum berlaku akibat jurang sosioekonomi dan kemiskinan
       bandar. Contoh konflik antara kaum adalah
           i.  Konflik Melayu-cina pada tahun 1969
          ii.  Konflik di Kg Rawa, Pulau Pinang dalam tahun 1997
         iii.  Peristiwa Kg Medan tahun 2000
   •   Untuk mengatasi jurang sosioekonomi antara kaum Melayu dan Cina, dasar pembangunan
       negara dengan mengutamakan ‘Pembangunan Ekonomi dengan Pengagihan’ telah dilaksanakan
       melalui DEB dari tahun 1970 hingga 1990-an.
   •   Ini bermakna penekanan kepada prinsip pembangunan ekonomi yang seimbang dan mampan
       dalam pendekatan Islam Hadhari mempunyai kaitan yang rapat dengan pembinaan masyarakat
       yang berintegrasi kerana jurang sosioekonomi dan kemiskinan antara kaum, agama dan wilayah
       sentiasa menjadi agenda pembangunan negara.
   •   Kerajaan yang adil dan saksama adalah penting demi memastikan setiap lapisan masyarakat
       akan mendapat hak mereka dan yang lemah dan terabai sentiasa dibela. Ini dapat dilihat
       kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan pembangunan ekonomi teragih di kalangan

                                                                    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik


       kelompok sosial yang memerlukan. Ini kerana terdapat perselisihan antara kaum akibat
       pengembelengan kaum demi mempertahankan kepentingan material dan kedudukan sosial
       masing-masing.
   •   Dalam bersaing dengan individu lain, terdapat induvidu yang berkepentingan telah
       menggunakan stereotaip terhadap individu dari kaum lain dengan nilai negatif seperti
       menganggap malas, tidak bercita-cita tinggi dan lain. Penekanan pembentukan rakyat yang
       berakhlak mulia dan prihatin akan mampu membina kesedaran terhadap keburukan amalan
       stereotaip dan diskriminasi terhadap kaum lain hingga menjadi penghalang kepada amalan
       buruk ini.
   •   Penekanan dalam membina keupayaan individu dan institusi berpaksikan penguasaan ilmu
       pengetahuan dan kemahiran boleh menjamin kehidupan rakyat berkualiti hasil pembangunan
       negara yang seimbang dan mampan.
   •   Kekuatan pertahanan, dimana setiap kaum akan bersama sama mempertahankan negara ini
       supaya rakyat akan merasakan hidup yang makmur dan selesa. Ini akan menjadi benteng
       negara daripada ancaman dalam atau luaran.

Kerajaan Malaysia Menguruskan Agama dalam Pemerintahan

   •   Malaysia tidak menerima acuan politik pemerintahan barat yang memisahkan agama dari politik
       pemerintahan.
   •   Acuan kerajaan Malaysia meletakkan agama sebagai dimensi teras dan malaysia juga tidak
       mengikut kehendak kumpulan agama kerana pemutus keputusan pemerintahan terletak di
       tangan kerajaan.
   •   Malaysia memberikan ruang untuk wacana manusia tentang agama diperbahaskan dalam majlis
       ilmu, ceramah dan seminar tetapi hanya menerima tafsiran yang diterima oleh majlis fatwa
       kebangsaan.
   •   Kerajaan Malaysia telah berjaya mengasingkan komponen sensitif dan emotif dalam agama dari
       ruang umum dalam masyarakat dan pemerintahan negara. Kesannya, agama boleh berperanan
       ke arah pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan kedudukan asasnya dalam
       kehidupan manusia terus kekal.




                                                                 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                             MOHD AMRI BIN DIN

More Related Content

What's hot

Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEteochaw
 
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnikCt Hussen
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumRama Devi
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaankhatijah1889
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanDatoknye
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalfarhanahgary
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notesanepsaaid
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaAraizzs Othman
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokshamsiahmn
 

What's hot (18)

Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
 
Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1
 
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Cabaran Hubungan Etnik
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduan
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompok
 

Similar to 60135433 hubungan-etnik

Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Aliff Mansor
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxAlHadmie1
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaRosmahiza Ramli
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)sam_ax
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaAsyikin4996
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Saya Awak
 
SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt
SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.pptSPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt
SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.pptssuser3d75301
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnikhjik85
 

Similar to 60135433 hubungan-etnik (20)

Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
P
PP
P
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
 
Hubungan etnik 1 , 2
Hubungan etnik  1 , 2Hubungan etnik  1 , 2
Hubungan etnik 1 , 2
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
 
SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt
SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.pptSPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt
SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt
 
Konsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi EtnikKonsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi Etnik
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 

60135433 hubungan-etnik

  • 1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Hubungan Etnik NOTA KULIAH COPY RIGHT BY MOHD AMRI DIN
  • 2. Hubungan Etnik KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK KONSEP MASYARAKAT • Masyarakat menurut definasi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. - Masyarakat - Keluarga - Kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat • Pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan rotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan dan lain-lain. • Kekerapan pergaulan ini membina satu kepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. (hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina masyarakat Malaysia yang teguh.) • Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud. • Budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, ini adalah berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab mecipta, mengubah, menokok dan melestari budaya dan telah menurunkan daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun. • Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi - Generasi menurunkan budaya - Generasi menerima budaya • Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya - Budaya metarial – tembok besar china, pyramid di Mesir - Bukan metarial – kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan dll. • Kita perlu memahami secara jelas konsep Masyarakat itu sendiri atas sebab-sebab berikut: a) Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat;justeru b) Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. c) Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan d) Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat ciri-ciri masyarakat juga perlu di ketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik. • Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut a) Berkelompok b) Berbudaya c) Mengalami perubahan d) Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar) e) Mempunyai kepimpinan f) Mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas, status dan kasta) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 3. Hubungan Etnik Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme • Etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. • Etnik dapat dikelaskan kepada perbezaan budaya, adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. • Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu menganggap bahawa ciri budayanya adalah sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada di tahap rendah atau tidak bermoral. • Etnisiti adalah merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu • Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Konsep Ras Dan Rasisme • Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal. • Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata. • Rasisme wujud dalam dua tahap - Tahap individu – kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah. - Tahap institusi – melibatkan dasar dan perlaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Konsep Prejudis Dan Steriotaip • Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. • Sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapat sesuatu yang terhad. • Steriotaip wujud apabila prejudis disuarakan. • Steriotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang arab itu beragama Islam”, “orang Islam itu bersifat kedekut” dan sebagainya • Dalam kata lain steriotaip adalah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik lain. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 4. Hubungan Etnik Konsep Diskriminasi • Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. • Diskriminasi dalam bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelak diri daripada individu atau etnik yang diperasangkakan. KONSEP BUDAYA • Budaya pada definasi Kamus Dewan (2005) sebagai kemajuan fikiran akal budi (cara berfikir), kelakuan dan sebagainya. • Budaya boleh didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai) • Budaya boleh dibahagikan kepada dua - Budaya kebendaan – peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu. - Budaya bukan kebendaan – kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. • Terdapat dua peranan utama dalam pembentukan sesuatu budaya - Membina imej negara kearah kewujudan keperibadian serta identiti. - Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berdirikan kerohanian kemanusiaan dan spritual dan mental. • Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah: i. Dipelajari ii. Dikongsi iii. Sejagat iv. Diwarisi v. Berubah vi. Mempunyai perlambangan vii. Adanya pandangan semesta. KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI • Integrasi merupakan “satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. • Unsur integrasi terdiri daripada a) Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Dimalaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia barat dengan Malaysia timur dan Pantai Barat dengan Pantai Timur. b) Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik; c) Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan. d) Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 5. Hubungan Etnik e) Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani. f) Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagiaan kuasa politik. Konsep Segregasi • Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. • Pemisahan berlaku dari segi - Tempat tinggal - Persekolahan - Pengangkutan - Kemudahan awam Konsep Akomodasi • Proses yang menyebabkan setiap kumpulan menyedari serta menghormati norma dan nilai etnik lain dan mempertahankan budaya hidup masing-masing. • A+B+C=A+B+C • Pelbagai kumpulan hidup secara harmonis dengan menghormati antara satu sama lain. Konsep Akulturasi • Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. • Unsur budaya asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri dan tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat menerima. Konsep Asimilasi • Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama • A+B+C=A (A mewakili golongan dominan) Konsep Amalgamasi • Budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. • Perkahwinan campur • Wujud satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 6. Hubungan Etnik PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA Pengenalan • PLURALISME adalah pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa. PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU • Dua konsep utama pluralisme alam melayu iaitu: - Alam melayu sebagai wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai bangsa dan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. - Ketika dijajah pluralisme di alam melayu berlaku dengan cara paksaan. • Pluralisme tidak dapat dielakkan dalam kajian mengenai jangka masa tersebut yang merangkumi kepelbagaian budaya dan tradisi bewarna-warni. • Pada konsep pertama alam melayu hidup dalam kepluraltian semulajadi kerana ianya terjadi tanpa paksaan. • Sebelum kedatangan penjajah, pluraliti berlaku dengan semulajadi dimana kedatangan orang luar ke alam melayu adalah dengan suka rela dan penetapan mereka adalah secara sukarela bersama keluarga. • Terdapat unsur-unsur akomodasi kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman ini. • Berlaku Amalgamasi dimana mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan • Imperial Eropah memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. • Penghijrahan masuk orang cina dan india ketanah melayu digalakkan oleh British untuk memajukan sektor ekonomi-politik british, maka asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. • Berlaku permisahan antara agama dan pemerintahan, pemerintahan di kawal oleh britsh manakala agama dan istiadat dibawah kuasa sultan. • Penjelmaan dari segi metarial dan bukan metarial dapat dilihat: a) Perubahan bukan metarial i. Sebelum kedatangan British ilmu pengetahuan di Alam Melayu lebih banyak berasaskan epistemologi bercorak metafizik (metafizik ialah ilmu bersumberkan alam ghaib) ii. Salah satu contoh mengenai ilmu metafizik ialah perbomohan menggunakan jampi serapah. b) Perubahan metarial i. Kedatangan British mengubah epistemologi bersifat bukan metarial kepada metarial. Iaitu epistemologi fizikal yang bersifat rasional atau saintifik. ii. Asas epistemologi ini adalah berdasarkan pembuktian sesuatu pengetahuan melalui pancaindera san sebagainya. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 7. Hubungan Etnik KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU; KESULTANAN MELAKA • Zaman ini adalah zaman kemuncak dan keemasan kerajaan melayu. • Melaka dijadikan tempat pertemuan antara pedagang dari seluruh pelusuk dunia. • Berlaku perkahwinan campur antara sultan melaka dengan anak perempuan pemerintah negara china. • Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. • Pedagang dari Arab, China, India dan negara lain telah berakomodasi dengan penduduk tempatan. Dan akhirnya wujudnya masyarakat yang tidak pernah wujud seperti masyarakat baba. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK OLEH PENJAJAH • Apabila penjajah British datang menjajah Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama. • Semasa Pertelingkahan antara agamawan dan saintis di Eropah: i. Bagi barat, faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan agama hanya perlu pada individu sahaja ialah agama dianggap sebagai penyumbang kepada perselisihan pendapat dalam kalangan manusia dan seterusnya akan membawa kepada pergaduhan dan perperangan. ii. Bagi barat, ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang boleh menyatukan manusia dibawah payung kefahman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman damai. • Di Alam Melayu, penjajah british meneruskan dasar ini: i. Pihak British mengusai pentadbiran – memperkenalkan sistem pentadbiran mengikut kehakiman, eksekutif dan perundangan. ii. Hal ehwal Agama (Islam di Tanah Melayu) dan adat istiadat Melayu diletakkan dibawah pengawasan sultan. • Ketibaan pemerintah kolonial telah membawa pertemuan menarik antara “agama” (dibaca Islam) dan “negara” (pentadbiran kolonial British). • Bernard Cohn mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal; apa yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA • Pluraliti di Malaysia kerap kali tertumpu pada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum dan suku lain di Malaysia. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 8. Hubungan Etnik • Perusahaan bijih timah Pada pertengahan abad ke 19 dan perusahaan getah pada awal abad ke 20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. • Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara kamuniti etnik Melayu, Cina dan India. Keharmonian hubungan etnik ini wujud berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama berjuang mendapatkan kemerdekaan. • Bristish memberi dampak yang sangat besar terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahupun bukan metarial. British menyumbang kepada penambah baikan kehidupan rakyat Malaysia. • Apa yang amat jelas ialah perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama daripada urusan sekular seperti politik, pentabiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA Politik • Politik Malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh aspek etnik. • Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi peringkat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti, iaitu parti perkatan. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA, MIC. • Selepas era 60-an, kerjasama perti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahlian. • Rekod Barisan Nasional yang terus kekal memerintah sehingga kini sebahagiannya adalah kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya. • Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak telah berjaya mengekang pihak tertentu seperti pembangkang yang cuba memecah belahkannya. Perlembagaan • Terdapat persekutuan berlapis iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, dimana Persekutuan Malaysia adalah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • Dari segi Sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu i. Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. (Perjanjian diantara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba) ii. Berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak british untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. (sering dikaitkan dengan kontrak sosial ini ialah soal kerakyatan) • Pada 1949 telah terbentuk hubungan antara kaum (Communities Liason Commitee-CLC) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 9. Hubungan Etnik Pendidikan • Zaman penjajahan sistem pendidikan di persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: i. Pendidikan British rendah dan menengah -dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan melayu dan hartawan cina dan india. ii. Sekolah melayu peringkat rendah – untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. iii. Sekolah Venakular Cina dan India. • Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya. • Era pascamerdeka telah berubah corak yang beorientasikan unsur-unsur tempatan. i. Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. ii. Matlamatnya adalah membentuk identiti kebangsaan Malaysia melalui dua laporan 1. Penyata Razak tahun 1956 2. Penyata Rahman Talib tahun 1960 iii. Matlamat kedua-dua penyata ini adalah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang bangsa etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu. • Penyata Razak tahun 1956 i. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. ii. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama. iii. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Wajib bag semua sekolah rendah dan menengah. iv. Penubuhansatu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. v. Guru-guru adalah berkelayakan vi. Sistem sekolah adalah – Menengah bawah, Menengah atas dan Pra Universiti. • Penyata Rahman Talib 1960 i. Pelajaran diseolah rendah adalah percuma ii. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. iii. Murid naik darjah secara automatik iv. Pendidikan agama Islam perlu sekirannya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang. v. Pendidikan akhlak dititikberatkan. • Akta pendidikan 1957 i. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. ii. Oleh sebab bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia. iv. Bukan lagi berteraskan nega China atau India. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 10. Hubungan Etnik Ekonomi • Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan sosiopolitik. • Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat: i. Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960) ii. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Racangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970); iii. Perancangan dalam era Dasar ekonomi Baru; dan iv. Dasar Pembangunan Negara hingga kini. • Sistem ekonomi Malaysia berasas laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan British. • Terdapat dua sistem ekonomi. i. Ekonomi Moden a) Sistem ekonomi moden yang mendominasikan organisasi pengeluaran terutamanya berasaskan getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan budaya bandar. b) Corak pengurusan dan teknik organisasi berteraskan bandar. c) Dibawah kawalan British dan firma asing. ii. Ekonomi tradisional a) Sektor ekonomi pertanian – padi dan perikanan. b) Etnik Melayu juga tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu sebagai pekebun kecil, kelapa, pesawah dan lain2. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 11. Hubungan Etnik KEBUDAYAAN KEBANGSAAN • Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangunkan yang akan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. • Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa. • Pengwujudan kebudayaan Kebangsaan akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu: i. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima iii. Islam Menjadi unsur yang penting dalam penbentukan kebudayaan Kebangsaan • Ketiga-tiga prinsip asas diatas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Objektif Kebudayaan Kebangsaan • Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. • Dengan tujuan demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan kebangsaan Malaysia adalah bertujuaan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: i. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. ii. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan’; dan iii. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. • Strategi dan perlaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: i. Pemulihan pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; ii. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; iii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya dan v. Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Badan-Badan Yang Perlu Menjayakan Kebudayaan Kebangsaan • Peranan kementerian/jabatan, kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini dalam pengurusan harian dan perlaksanaan dasar-dasar semasa. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 12. Hubungan Etnik • Peranan pihak swasta dan pertumbuan kebudayaan kian diperlukan dimana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek- projek kebudayaan. Pencapaian dan Masalah • Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kerajaan yang boleh dibanggakan • Pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerinaannya mengambil masa yang lama, melangkaui satu generasi ke satu generai yang lain. • Pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telahpun dilaksanakan. • Identiti kewarganegaraan dan senu budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat rasmi atau tidak rasmi. • Identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur. • Antara kelemahan-kelemahan dan masalah yang wujud kebelakagan ini adalah berpunca daripada perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana perhubungan luar secara terbuka dan tidak terhad. • Kejayaan perlaksanaan Dasar kebudayaan kebangsaan ini adalah bergantung kepada peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendalikan dan melaksanakan dasar ini. • Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua pihak adalah penting bagi kejayaan program dan aktiviti-aktiviti dasar ini. Penutup • Penggubalan dan perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. • Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa. • Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita perlaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja kebudayaan kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. • Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas- batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Melayu itu sendiri sebagai negara yang merdeka dan bermaruah. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 13. Hubungan Etnik PERLEMBAGAAN • Merupakan dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi dalam usaha mewujudkan satu bentuk pentadbiran yang adil dan saksama kepada masyarakat. • Undang-undang tertinggi dan menjadi punca kepada segala perundangan lain dalam sesebuah negera. Semua undang-undang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan. • Perlembagaan mengadungi peruntukan-peruntukan umum tentang: i. Corak pemerintahan negara. ii. Hak asasi manusia iii. Kewarganegaraan iv. Agama v. Bangsa. • Perlembagaan mengandungi undang-undang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan semasa. Perlembagaan Persekutuan • Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan dan hak rakyat. • Perlembagaan adalah suatu kumpulan undang-undang yang menentukan bagaimana pemeritahan sebuah negara mesti dijalankan. • Perlembagaan persekutuan adalah perlembagaan bertulis yang mana sebagai perlembagaan tertinggi dalam negara. • Perlembagaan yang wujud hari ini adalah berdasarkan Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957. • Kemudian dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan singapura, sabah dan sarawak kedalam Persekutuan Malaysia. • Setiap negeri perlembagaan tersendiri untuk mecorakan pemerintahan negeri tersebut. • Perlembagaan persekutuan mengandungi 181 perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. • Di Malaysia pembentukan perlembagaan turut dipengaruhi oleh beberapa faktor utama: i. Sebagai negara raja berpelembagaan ii. Sebagai negara demokrasi berparlimen iii. Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang- undang. iv. Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang- undang. v. Perlembagaan memperuntukan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang pentadbiran. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawap yang berbeza, dan perlembagaan memperuntukan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam Perlembagaan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 14. Hubungan Etnik Suruhanjaya Perlembagaan • Suruhanjaya Perlembagaan ini dibentuk pada bulan mac 1956 dan dipengurusikan oleh Lord Reid dari Britian. • Suruhanjaya ini ditugaskan mengubalkan satu pelembagaan bagi tanah melayu yang berasaskan kepada pemerintahan demokrasi berparlimen: i. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa keatas negeri-negeri. ii. Menjelaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan iii. Melantik seorang ketua negara yang dipilh dikalangan Raja-raja Melayu. iv. Mewujudkan satu rupa bangsa bagi seluruh negara. v. Mengekalkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu. • Bagi mengubal perlembagaan ini sruhanjaya reid telah menerima pemrundangan daripada pelbagai pihak sama ada secara bertulis atau lisan. Perlembagaan Persekutuan sebagai Mekanisma Perpaduan • Perlembagaan ini adalah hasil daripada tolak ansur kaum melayu, cina dan india. Ianya sejajar dengan syarat yang dikenakan oleh british untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu sekiranya wujud perpaduan masyarakat pelbagai kaum. • Dalam permuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin-pemimpin kaum utama di tanah Melayu akhirnya melahirkan ‘Pakatan Murni’ dalam erti kata tolak ansur dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan. • Masyarakat melayu memiliki beberapa kelebihan dalam Perlembagaan seperti: i. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. ii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. iii. Raja-raja Melayu sebagai tonggak pemerintah iv. Hak-hak istimewa orang Melayu. • Sebaliknya masyarakat bukan melayu mendapat keistimewaan dari segi kewarganegaraan yang membolehkan mereka mendapat layanan yang sama dalam masyarakat. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 15. Hubungan Etnik Kesultanan Melayu • Merupakan satu element penting dalam sejarah pembentukan Perlembagaan. • Institusi beraja dikatakan bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-buddha ke alam Melayu. • Kedatangan Islam telah mengubah persepsi asal-usul raja daripada dewa-dewa kepada tokoh- tokoh agama Islam. • Kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoalkan dan di ganggu gugat oleh sesiapa. Raja masih dianggap sebagai orang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan antara rakyat dengan tuhan. • Sesiapa yang membantah perintah raja seolah-olah melanggar perintah Allah. • Dalam sistem beraja, raja dianggap sebagai simbol negara dan pemerintahan yang bedaulat serta mempunyai kedudukan tertinggi dalam kerajaan. Yang di-Pertuan Agong • Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 ogos 1957. • Merupakan seorang raja berpelembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh perlembagaan. • Berada di kemuncak bidang ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. • Dipilih dari kalangan sembilan orang raja Melayu oleh Majlis raja-raja mengikut aturan yang terkandung dalam jadual ketiga. • Setiap raja boleh dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali baginda belum cukup umur atau sengaja tidak mahu dipilih atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab lain. • Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan selama 5 tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja. • Baginda akan bertindak atas nasihat kabinet atau seorang menteri yang bertindak dibawah kuasa am kabinet. • Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan negara perlu mendapat persetujuan Yang dipertuan Agung. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 16. Hubungan Etnik Agama Islam • Agama Islam dijadikan sebahagian daripada perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. Oleh sebab itulah ianya terkandung di dalam perlembagaan. • Sudah menjadi imej kepada orang melayu bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu adalah Islam. Malah ada yang memberikan gelaran melayu kepada bangsa lain yang memeluk agama Islam. • Agama Islam telah menjadi agama orang melayu sejak 500 tahun dahulu. Agama Islam dikatakan dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berasal dari Timur Tengah yang datang ke Melaka dalam abang ke 15. • Hak agama Islam diperuntukkan dibawah perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang mengistiharkan bahawa “Islam merupakan Agama bagi persekutuan”, iaitu agama rasmi negara. Tetapi agama lain masih boleh dianuti oleh penganut-penganut agama Hindu, buddha, kristian dan lain-lain. • Dalam Perlembagaan Persekutuan hal ini disebut seperti i. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya. ii. Tiada sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diperuntukan khas sama ada kesemuanya atau sebahagian bagi maksud-maksud sesuatu agama yang lain daripada agama sendiri. iii. Tiap kumpulan agama adalah berhak; a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. b) Menubuhkan dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. • Disebabkan hak istimewa Agama Islam sebagai agama persekutuan, maka kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri mempunyai kebebasan untuk menubuhkan dan menyengarakan atau hanya membantu penubuhan dan penyengaraan institusi-institusi Islam atau mengadakan serta membantu mengadakan ajaran dalam agama Islam. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 17. Hubungan Etnik Bahasa Melayu • Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. • Taraf kebangsaan yang diberikan kepada bahasa Melayu adalah lebih luas dan memberikan kesan yang mendalam berbanding dengan pengiktirafan sebagai bahasa rasmi sahaja. • Kesan yang paling ketara adalah bahasa melayu akan menjadi bahasa pengantar dan digunakan dalam semua perkara-perkara rasmi. • Perkara 152 dalam perlembagaan Malaysia adalah peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. a) Perkara 152 (1) memperuntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan , tetapi tidak seorang pun dilarang dari bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Pada tahun 1967 satu akta telah digubal iaitu Akta Bahasa Kebangsaan yang memperuntukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan seterusnya pada tahun 1969 nama bahasa melayu ditukar kepada bahasa Malaysia. b) Perkara 152 (2) menyebut bahawa penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi selama sepuluh tahun selepas kemerdekaan dan selepas itu, kecuali jika diperuntukan sebaliknya oleh Parlimen bahawa bahasa Inggeris boleh digunakan didalam Parlimen dan apa sahaja maksud rasmi yang lain. c) Perkara 152 (3) memperuntukan naskah sahih bagi rang undang-undang dan akta Parlimen hendaklah dalam bahasa Inggeris. d) Perkara 152 (4) menyatakan perbicaraan kes mahkamah hendaklah menggunakana bahasa Inggeris, ianya disebut dengan jelas dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1969. • Pindaan kepada Perlembagaan 1971 telah memperuntukan bahawa status bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipertikaikan dan dipersoalkan. Sesiapa yang mempersoalkan akan didakwa dibawah kesalahan Akta Hasutan, 1984. • Alasan utama disebalik penguatkuasaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan kaum-kaum dibawah satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Malaysia. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 18. Hubungan Etnik Kedudukan Istimewa Orang Melayu • Kedudukan Istimewa orang melayu adalah unsur tradisi keempat. Perkara 153 memberikan tanggungjawap yang berat keatas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera sabah dan sarawak serta kepentingan sah perjanjian kaum-kaum lain. • Perkara ini berbangkit setelah kerajaan British mahu Raja-Raja Melayu menurut telunjuk British dalam semua perkara kecuali dalam adat dan istiadat Melayu dan agama Islam. Perkara ini menyebabkan hak dan keistimewaan orang melayu telah berkurangan sedikit demi sedikit tanpa disedari. • Penubuhan Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu merupakan percubaan pihak Inggeris menukar taraf negeri-negeri tanah Melayu daripada status naungan kepada tanah jajahan. - Dibawah perlembagaan ini, bukan sahaja tidak disebut akan hak keistimewaan orang Melayu, malah apa jua kuasa, keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh Sultan Melayu telah dihapuskan oleh kerajaan British. Sultan hanya mempunyai hak mutlak dalam hal ehwal keagamaan serta ada istiadat orang-orang melayu. - Dalam Malayan Union, ia memberikan hak kewarganeraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Dibawa prinsip Jus Soli, kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada: i. Orang asing yang berumur18 tahun keatas dan telah bermastautin ti Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 15 tahun; ii. Semua orang yang dilahrikan di Tanah Melayu selepas penubuhan Kesatuan Malaya. • Apabila Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu mendapat kembali kedudukan dan temat mereka dinegara ini. • Persuruhjaya Tinggi Persektuan di bawah perlembagaan baru ini bertanggungjawap untuk melindungi “kedudukan orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain”. • Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tanggungjawap telah diletakkan ke bahu Yang di-Pertuan Agong dan kaum bumiputera negeri sabah dan sarawak apabila kedua negeri ini menyertai Persekutuan Tanah Malaysia pada tahun 1963. • Yang di-Pertuan Agong melindungi hak Istimewa orang melayu dari segi i. Jawatan dalam perkhidmatan awam ii. Pemberian biasiswa iii. Bantuan dan kemudahan pelajaran iv. Permit untuk perniagaan dan perdagangan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 19. Hubungan Etnik • Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak tetapi di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum-kaum lain termasuklah hak-hak mendapatkan a) Kewarganegaraan Malaysia. b) Hak untuk menganut agama masing-masing. c) Hak untuk menggunakan bahasa ibunda d) Hak untuk mendapat layanan yang sama rata. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 20. Hubungan Etnik PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Dasar Ekonomi Baru (DEB) • Digubal bagi mengurangkan ketidakseimbagan sosioekonomi antara kaum dan wilayah untuk perpaduan negara. • Kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara yang ketara dalam pendapatan, guna tenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum. • Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. • Dasar ini adalah untuk merelisasikan matlamat oleh kerajaan untuk melahirkan golongan usahawan dikalangan bumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan ‘Malay Middle class’ setanding dengan masyarakat bukan melayu. • DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua bagi memperbaiki ketidakseimbangan sesoiekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama. DEB dalam Membasmi Kemiskinan • Kemiskinan orang melayu adalah disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang. • Penglibatan orang melayu adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam diperingkat persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris. • Diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu juga dilakukan oleh golongan pedagangan dan industri yang dikawal oleh orang bukan Melayu. • Punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan perkerjaan yang produktif. Mengakibatkan berlakunya penganguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan. • Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa sawit dan kelapa, nelayan dan pekerja ladang. a) Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam pekerjaan produktiviti rendah sama ada dibandar dan luar bandar dengan memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah dan modal yang perlu untuk membasmi penganguran. b) Mewujudkan peluang perkerjaan yang secukupnya untuk mengurangkan paras penganguran dan seterusnya mencapai tingkat gunatenaga penuh. c) Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan etnik. d) Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin diluar bandar melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan reakriasi. e) Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindutrian negara. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 21. Hubungan Etnik f) Menstrukturkan pola gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai- bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum. Penyusunan Semula Masyarakat • Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. • Matlamat DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek- aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah. • DEB adalah untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan. • Beberaepa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Serentak dengan program membasmi kemiskinan terutama sekali dikawasan luar bandar dan bandar. • DEB di rangka untuk menyusun semula masyarakat seperti berikut: a) Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui permodenan kawasan luar bandar. b) Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur gunatenaga yang terdapat sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini. c) Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian rakyat malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. Perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang ada pada masa ini memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk. d) Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara. • Kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat- peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang- kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990. • Penyediaan intensif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan.] • Program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak usahawan bumiputera di peringkat koporat. Mengapa DEB Penting Kepada Bumiputera Melayu? Masalah yang dihadapi oleh orang melayu • Pada peringkat awal orang melayu masih tidak terdedah dengan konsep-konsep perniagaan yang kompleks. Mereka hanya menjalani kehidupan sebagai: i. Nelayan ii. Menanam buah-buahan dan tanaman iii. Hasil-hasil hutan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 22. Hubungan Etnik iv. Membuat ikan kering dan kelapa kering. • Orang melayu tidak mempunyai satu tempat yang khusus untuk tujuan proses atau memasarkan hasil-hasil keluaran. Mereka menjalankan perniagaan ditepi jalan. • Akibat daripada ketiadaan usaha yang berterusan ke arah memupuk budaya niaga di kalangan orang Melayu telah mengakibatkan tahap pencapaian ekonomi orang Melayu semakin merosot, lebih-lebih lagi dengan kehadiran golongan migran seperti Cina dan India yang dibawa masuk oleh British ke Tanah Melayu. • Jaringan perhubungan yang agak mundur turut menyumbang ke arah kegagalan network peniaga-peniaga Melayu untuk memperluaskan hasil jualan mereka. • Kedudukan perkembangan usahawan Melayu sebelum merdeka masih tidak membayangkan satu pencapaian yang memberangsangkan. Ini didasari oleh pelbagai faktor terutamanya dasar penjajah British yang tidak mahu melihat kemajuan dikalangan orang melayu pribumi. • Modal dan Instrument ekonomi orang-orang Melayu yang rapuh turut menghalang sebarang perkembangan kegiatan keusahawanan. Dasar Ekonomi Baru Penting Untuk Perpaduan Kaum Dari Aspek Ekonomi • Tindakkan yang diambil kerajaan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi selepas 13 mei 1969 adalah berdasarkan keperluan untuk berkempromi didalam politik dan akhirnya telah mendorong pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik. • DEB yang bertindak sebagai pemangkin kepada peningkatan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan perdagangan. • Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah: a) Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui program-program yang dirangka kepada seluruh peringkat produktiviti. Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti rendah keperingkat yang lebih tinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan- kumpulan yang berpendapatan rendah. b) Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat industri dan komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara. • Perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi, perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar. • Terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu dalam perlaksanaan DEB iaitu lahir golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap istimewa sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB. • Pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat kerajaan untuk menjamin agar ekonomi Melayu tidak ketinggalan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 23. Hubungan Etnik Dalam Membantu Proses Kemunculan Golongan Peniaga dan Keusahawanan Melayu • Kerajaan telah melancarkan DEB dengan tujuan dapat mewujudkan masyarakat Bumiputera Melayu yang berkecimpung dalam arena perdagangan dan perniagaan. • DEB tidak terdedah kepada pemilikan harta semata-mata tetapi yang paling penting adalah mewujudkan satu masyarakat pengusaha dikalangan orang-orang Melayu. • Pelbagai intensif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dikalangan pengusaha-pengusaha Melayu. Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta dapat menjalankan perniagaan sendiri. • Perlaksanaan DEB oleh pihak kerajaan pada tahun 1970 melalui rancangan-rancangan jangka panjang turut berperanan membantu ke arah membentuk satu generasi usahawan Melayu yang dinamik serta berdaya saing. • Sejak dua dekad kebelakangan ini, semakin ramai usahawan melayu dapat dihasilkan yang memperlihatkan mereka dapat memecah dominan penguasaan golongan bukan Bumiputera dalam bidang perdagangan. • Golongan bumiputera telah berjaya mencapai lebih dari 50% milikan modal saham. Seiring dengan strategi DEB yang menggariskan penyusunan masyarakat, perkembangan positif golongan usahawan melayu membayangkan adalah tidak mustahil untuk meraka mencapai sasaran tersebut. • Perkembangannya suatu budaya baru yang menyerlah sikap saling mempercayai dan saling bergantung telah wujud dikalangan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera • Kerjasama daripada dewan-dewan perniagaan ini telah mencetuskan lebih ramai usahawan Melayu yang toleransi, dinamik dan berdaya saing. • Antara yang terpenting adalah memperbetulkan keseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. • Usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya meniaga serta semangat bekerja yang gigih. • Kesungguhan kerajaan dalam mengatur pelbagai program terutamanya dalam kongres Ekonomi Bumiputera memberi impak yang positif dalam usaha memperkembangkan kegiatan usahawan Melayu di negara ini. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 24. Hubungan Etnik ISLAM HADHARI Asas Pemikiran Islam Hadhari • Ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. • Penggunaan istilah ‘hadhari’ telahpun digunakan oleh ilmuwan Islam sejak dari dahulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya ‘Al-Muqaddimah’ dan pemikir al-jazair iaitu Malik Bannabi yang cenderung menggunakan Istilah Hadhara yang membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spritual. • Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh- menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. • Islam hadhari merupakan perlaksanakan Islam secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini, tanpa membelakangi asas akhidah yang amat unik. • Perubahan dalam mengikuti perkembangan manusia tidak beerti bahawa orang Islam seharusnya juga mengubah asas ajaran Islam seperti pegangan dan penghayatan akhidah. • Matlamat Islam Hadhari seharusnya memfokusnya kepada pembentukan manusia yang utuh fizikal dan spritualnya serta berkemampuan tinggi dalam menggunakan minda dan pemikiran untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Prinsip Islam Hadhari • Sepuluh prinsip utama telah digariskan dalam melaksanakan pendekatan Islam Hadhari untuk membawa negara dan rakyat ke arah perlaksanaan Islam yang lebih meluas demi pencapaian ketamadunan yang mampan. Prinsip-prinsip ini adalah 1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah 2. Kerajaan adil dan beramanah 3. Rakyat berjiwa merdeka 4. Penguasaan ilmu pengetahuan 5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6. Kehidupan berkualiti 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita 8. Keutuhan budaya dan moral 9. Pemuliharaan alam semula jadi 10. Kekuatan pertahanan Pendekatan Islam Hadhari • Menerusi Islam hadhar, modal pembangunan insan menjadi antara agenda yang diberikan perhatian penting. Ia merangkumi pembangunan aspek kerohanian dalam usaha mewujudkan insan berkualiti dan dinamik. a) Iman dan Taqwa Membuahkan Akhlak Mulia dan Berwatak Perihatin Penekanan kepada penyuburan iman dalam diri setiap individu akan menjana ketakwaan kepada Allah hingga melahirkan akhlak yang mulia dalam diri indvidu itu. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 25. Hubungan Etnik Individu yang memiliki akhlak mulia akan pritahin terhadap masyarakat sekeliling; gembira dengan kesenangan orang lain dan sedih dengan penderitaan orang lain. b) Keperihatinan Terhadap Golongan lemah, Terabai, Kumpulan Minoriti dan Wanita Perasaan keperihatinan ini akan mendorong seseorang untuk menghormati dan bertolak ansur dengan individu lain seta membela yang lemah dan terabai, termasuk membela hak kumpulan minoriti dan wanita. Perasaan keperihatinan ini juga mampu melahirkan individu yang peka dengan kepentingan budaya tempatan dan kedudukan moral dalam masyarakat yang akan menjadi amalan hidup, didokong dan dipertahankan. c) Keperihatinan Mendorong Penguasaan Ilmu dan Kemahiran dalam Menuju Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Mampan serta kehidupan Berkualiti Individu yang prihatin ini juga akan terbina jiwa merdekanya hingga terpanggil untuk mempelajari dan menguasai ilmu agama, kemasyarakatan, sains dan teknologi. Mempelajari ilmu-ilmu ini adalah tuntutan agama. Manakala penguasaan kemahiran ilmu-ilmu itu pula akan membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tindakan- tindakan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada diri dan masyarakat tetapi juga ganjaran pahala yang akan menentukan darjatnya di akhirat. Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran mengurus kehidupan dan tamadun, seseorang akan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif dengan meningkatkan keupayaan diri dan juga keupayaan institusional dalam masyarakat. Dengan terbangunnya keupayaan individu dan institusional dalam masyarakat, pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan holistik boleh diambil di mana pembangunan pertanian, bioteknologi, ICT, perindustrian, dan lain-lain dapat dilaksanakan. Hasil dari pembangunan yang seimbang dan mampan ini akan membuka peluang pekerjaan, mengurangkan kemunduran, kemiskinan dan ketidaksamarataan hingga kualiti hidup seseorang itu meningkat. d) Kepentingan Kehidupan dan Keperihatinan Diri Penjaga Alam Semulajadi Untuk menjamin kualiti hidup dapat ditingkatkan secara berterusan, sumber-sumber alam semulajadi yang digunakan untuk dijadikan bahan makanan dan keselesaan hidup manusia mesti diurus dengan efisien. Perkiraan kepentingan hidup dan keperihatinan yang terbina dalam diri seseorang individu itu akan menjadi pendorong utama bagi melahirkan kesedaran dan tindakan yang akan menyelamatkan kesuburan alam semulajadi di sekelilingnya. e) Jiwa Merdeka, Individu Bermaruah dan Patriotik, Negara Selamat Iman dan takwa akan membina seseorang memiliki jiwa merdeka, terbina maruah dan jati diri. Individu sedemikian bukan sahaja kental kendirinya tetapi memiliki semangat cinta akan negara dan patrotisme yang tinggi. Selain memiliki individu yang bermaruah UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 26. Hubungan Etnik dan patriotik, setiap negara juga perlu memiliki kekuatan teknologi ketenteraan yang canggih bagi menangkis ancaman dari anasir-anasir jahat yang boleh memiliki senjata pemusnah dengan begitu mudah sekali pada masa kini. Gabungan individu bermaruah tinggi dan teknologi ketenteraan yang canggih mampu menjaga keselamatan negara untuk memastikan negara kekal stabil, makmur dan sejahtera. f) Individu Berakhlak Tadbir Urus Negara Adil dan Saksama Dengan iman dan takwa menjadi kuasa penggerak tingkah laku individu, manusia yang baik dan cerdik ini dapat berperanan dalam masyarakat dan negara hingga lahir budaya kerja yang adil, saksama dan efisien. Jika menjadi rakyat, dia akan menjadi rakyat berjiwa merdeka dan jika dia berperanan dalam masyarakat sebagai guru, peniaga atau pentadbir, dia akan mengurus kerjayanya dengan adil, bertanggungjawab dan efisien. Peningkatan keupayaan diri melalui iman dan takwa untuk mengukuhkan kerohanian diri serta penguasaan ilmu dan kemahiran bagi membina intelek akan melahirkan individu yang mampu mengurus diri akan membangun tamadun. Individu yang memiliki jiwa murni dan kemahiran kerja ini adalah permata yang boleh digembeleng untuk membangun institusi dalam masyarakat hingga lahir keluarga bahagia, pendidik cemerlang, peniaga yang efisen, ahli profesional yang berjaya, pentadbir yang adil dan cekap dan lain-lain. Hanya dengan terbinanya keupayaan individu dan institusi, tadbir urus negara boleh berjalan dengan lancar untuk merancang dan melaksanakan progam- program pembangunan negara hingga kemunduran, pengangguran, kemiskinan dan ketidaksamarataan di kalangan rakyat. Islam Hadhri Ke Arah Integrasi Masyarakat • Kajian perhubungan kaum di Malaysia menunjukkan bahawa semenjak negara mencapai kemerdekaan, punca konflik antara kaum berlaku akibat jurang sosioekonomi dan kemiskinan bandar. Contoh konflik antara kaum adalah i. Konflik Melayu-cina pada tahun 1969 ii. Konflik di Kg Rawa, Pulau Pinang dalam tahun 1997 iii. Peristiwa Kg Medan tahun 2000 • Untuk mengatasi jurang sosioekonomi antara kaum Melayu dan Cina, dasar pembangunan negara dengan mengutamakan ‘Pembangunan Ekonomi dengan Pengagihan’ telah dilaksanakan melalui DEB dari tahun 1970 hingga 1990-an. • Ini bermakna penekanan kepada prinsip pembangunan ekonomi yang seimbang dan mampan dalam pendekatan Islam Hadhari mempunyai kaitan yang rapat dengan pembinaan masyarakat yang berintegrasi kerana jurang sosioekonomi dan kemiskinan antara kaum, agama dan wilayah sentiasa menjadi agenda pembangunan negara. • Kerajaan yang adil dan saksama adalah penting demi memastikan setiap lapisan masyarakat akan mendapat hak mereka dan yang lemah dan terabai sentiasa dibela. Ini dapat dilihat kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan pembangunan ekonomi teragih di kalangan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN
  • 27. Hubungan Etnik kelompok sosial yang memerlukan. Ini kerana terdapat perselisihan antara kaum akibat pengembelengan kaum demi mempertahankan kepentingan material dan kedudukan sosial masing-masing. • Dalam bersaing dengan individu lain, terdapat induvidu yang berkepentingan telah menggunakan stereotaip terhadap individu dari kaum lain dengan nilai negatif seperti menganggap malas, tidak bercita-cita tinggi dan lain. Penekanan pembentukan rakyat yang berakhlak mulia dan prihatin akan mampu membina kesedaran terhadap keburukan amalan stereotaip dan diskriminasi terhadap kaum lain hingga menjadi penghalang kepada amalan buruk ini. • Penekanan dalam membina keupayaan individu dan institusi berpaksikan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh menjamin kehidupan rakyat berkualiti hasil pembangunan negara yang seimbang dan mampan. • Kekuatan pertahanan, dimana setiap kaum akan bersama sama mempertahankan negara ini supaya rakyat akan merasakan hidup yang makmur dan selesa. Ini akan menjadi benteng negara daripada ancaman dalam atau luaran. Kerajaan Malaysia Menguruskan Agama dalam Pemerintahan • Malaysia tidak menerima acuan politik pemerintahan barat yang memisahkan agama dari politik pemerintahan. • Acuan kerajaan Malaysia meletakkan agama sebagai dimensi teras dan malaysia juga tidak mengikut kehendak kumpulan agama kerana pemutus keputusan pemerintahan terletak di tangan kerajaan. • Malaysia memberikan ruang untuk wacana manusia tentang agama diperbahaskan dalam majlis ilmu, ceramah dan seminar tetapi hanya menerima tafsiran yang diterima oleh majlis fatwa kebangsaan. • Kerajaan Malaysia telah berjaya mengasingkan komponen sensitif dan emotif dalam agama dari ruang umum dalam masyarakat dan pemerintahan negara. Kesannya, agama boleh berperanan ke arah pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan kedudukan asasnya dalam kehidupan manusia terus kekal. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN