SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
PENGENALAN


Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut
beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

        Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang
        digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke
        Samarahan.
        Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang
        mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan
        sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak
        ketika itu kaya dengan antimoni.




Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000
tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan
bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13.
Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang
Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah
membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di
Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han
Cina di Santubong.




                                                   1
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang
putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke
Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja
Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah
golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah
memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman
pemerintahan Brooke di Sarawak.




                                                   2
SEJARAH AWAL


Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal
abad ke-19.

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal
abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak,
Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan
Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James
Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang
Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan
seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di
sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi
Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui
penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma
mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu,
kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang
hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja
Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar
paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan
pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak
sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.




                                                     3
Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II Sarawak pada masa
kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera
Australia. [1]

Anti- Cession Sarawak

Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia pada antara 1962 dan 1966.
Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentangan daripada sebahagian
penduduknya kerana tidak mahu Sarawak diperintah oleh Kerajaan Malaya.




                                                      4
TOKOH-TOKOH PERJUANGAN

                          Rentap Wira Sarawak
Penentangan Rentap di Sarawak

Nama sebenar Rentap ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban. Rentap ialah ketua orang
Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang. Ia merupakan Pahlawan Iban yang terkenal. Kebangkitan
penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap beberapa tindakan yang
dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah. Rentap dianggap sebagai lanun oleh pemerintahan
Brooke. Kemaraan British mencerobohi kawasan petempatan orang Iban di sepanjang Sungai Sekrang
kerana bertujuan untuk menghapuskan penduduk tempatan yang dianggap lanun . Keluarga Brooke juga
menghapuskan amalan memburu kepala di kalangan kaum Iban.



Pada tahun 1853, Rentap meyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang. Dalam serangan itu, seorang
pegawai British, Alan Lee terbunuh. Pada 1853, Rentap diserang balas oleh pasukan askar British tetapi
beliau dapat melarikan diri dan menubuhkan kubu baru di atas Bukit Sadok.
Kubu ini sangat kuat dan teguh serta dilengkapi dengan selaras meriam besi yang besar. Pihak Brooke
menyerang kubu tersebut pada 1854 dan 1857 tetapi gagal menawannya. Pertempuran sengit berlaku lagi
pada tahun 1861 kerana Charles Brooke menyerangnya lagi dengan sebuah meriam tembaga yang
dinamakan Bujang Sadok dari Kuching.
Kubu Rentap akhirnya berjaya ditembusi dan beliau melarikan diri ke dalam hutan. Beliau menetap di
Sungai Entabai dan meninggal dunia di sana. Perjuangannya untuk mempertahankan cara hidup orang
Iban menemui kegagalan. Keluarga Brooke mengukuhkan kuasa mereka di Sarawak dan mengubah tradisi
hidup penduduk peribumi. Kisah yang lebih terperinci adalah,

Rentap merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.




                                                    5
Penentangan Rentap == Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang
pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang
orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang
pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua
tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua
tempatan.

Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong
kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya
menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap.
Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu
Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera
membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin
dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20
buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina
tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang
rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit
bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang
merian yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah
membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya
menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok".

Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan
Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan
pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun
kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan pejuang
sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya.
Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi
mengenang jasanya




                                                   6
Syarif Masahor Wira Sarawak

Penentangan Syarif Masahor di Sarawak


Syarif Masahor merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan Melanau. Beliau
dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan seorang
pembesar yang cekap dan jujur. Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima tentangan
daripada pembesar-pembesar Sarawak. Para pembesar ini berhasrat mengusir orang Eropah keluar dari
Sarawak dan mengambil alih kerajaan. Beberapa tindakan James Brooke menimbulkan kemarahan
pembesar-pembesar Sarawak, seperti mengambil alih hak memungut cukai dan menghapuskan amalan
hamba hutang dan amalan pemburuan kepala. Atas rasa tidak puas hati itulah Syarif Masahor bangun
menentang kerajaan Keluarga Brooke.



Pada1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan
membina sebuah kubu di Kanowit. Tindakan Brooke ini menggugat kedudukan Syarif Masahor. Beliau
kemudiannya membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak.
Penentangan Syarif Masahor terhadap pemerintahan James Brooke juga disebabkan pembatasan kuasa
dan haknya. Syarif Masahor juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei yang semakin kehilangan
wilayah kerana diambil oleh keluarga Brooke.
Pada 1859, mereka menyerang kubu British di Kanowit. Dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan
Charles Fox terbunuh. James Brooke segera bertindak balas menyerang Kanowit. Orang Melayu dan
Dayak yang terlibat dalam pembunuhan dua pegawai British itu dihukum mati. Pada 1860, Syarif Masahor
membuat persiapan menyerang Kuching melalui laut.
Sekali lagi James Brooke berjaya mematahkan serangan Syarif Masahor dan kapal-kapal perangnya
ditenggelamkan. Syarif Masahor sempat melarikan diri ke Brunei. Atas desakan Brooke, Sultan Brunei
memerintahkan supaya Syarif Masahor dihantar ke Singapura.
Kegagalan penentangan Syarif Masahor adalah kerana tidak wujud penyatuan di kalangan rakyat



                                                   7
Sarawak. Kebanyakan bangsawan Melayu tidak memberi sokongan kepada Syarif Masahor kerana
mereka lebih setia kepada Raja Brooke. Oleh itu, Raja Brooke dengan mudahnya dapat meluaskan
kuasanya ke daerah- daerah lain. Syarif Masahor mempunyai seorang teman seperjuangan yang mana
mereka bersama-sama mempertahankan kedaulatan kawasan pegangan masing-masing dan tokoh
tersebut juga merupakan antara tokoh yang terkenal dalam memperjuangkan kebebasan tanah air, beliau
adalah Gabenor Sarikei. Angkatan Gabenor Sarikei berjuang habis-habisan usir penjajah
pada 1855, Gabenor Sarikei, Sharif Masahor bersama pengikutnya yang menaiki 150
perahu menuju ke Mukah, Sarawak dengan keinginan membara.

Dia bersama pengikutnya akan menyerang daerah itu untuk mengusir Pangeran Matusin
yang menyokong usaha James Brooke menjajah satu demi satu daerah di Sarawak
termasuk ke daerah yang diperintahnya iaitu Sarikei.

Baginya, tindakan Brooke itu sudah melampau. Lelaki itu pada asalnya hanya seorang
pendatang asing di kepulauan Borneo tetapi kini bangsa kulit putih itu mahu
menjadi raja di tanah orang.

Selepas satu, satu lagi daerah di Sarawak ingin dijajah Brooke hingga kemerdekaan Sarikei yang sebelum
itu makmur dan aman diperintah Sharif Masahor ingin ditakluki lelaki asing itu.

Sudah lama dia menjadi Gabenor Sarikei sejak 1849 lagi apabila amanah mentadbir
wilayah itu dipertanggungjawabkan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein kepadanya.
ʼ
Sepanjang pemerintahannya, beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di
Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

Bagaimanapun, kini kewibawaan pemerintahannya tercabar apabila Brooke menceroboh kedaulatan
wilayah yang ditadbirnya. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di
Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Sharif Masahor.
Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.




                                                       8
Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik
perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Sharif Masahor bersama ratusan askar yang
menaiki 150 perahu, terus melompat keluar.

Bandar Mukah diserang mereka pada hari itu dan selepas beberapa lama bertempur, angkatan perang
Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin.

Bagaimanapun, serangan pahlawan Melayu Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang
menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.

Khuatir kemungkinan penentangan Sharif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk
menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor
tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan
mereka.

Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu
terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi
mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air tercinta.

Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar
Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur
memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah
pemerintahannya sebelum itu.

Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi
Sarawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah
menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit

yang diuruskan Henry Steel.

Seterusnya pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu

Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles

Fox, terbunuh.



                                                    9
Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian

mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut

mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula

meninggalkan Sarawak.

Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu
mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.

Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal

mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh

untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.

Gabenor Sarikei dapat bantuan 2 pemimpin




                                                  10
Rosli Dhoby
Muar, Inas dan Gunung Pasir.

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau
berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart
dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau
terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan
ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2
Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit
Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan
penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok
perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan
anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun
bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang
kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan
Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang
mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan
salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.




                                                   11
KESAN-KESAN PENENTANGAN


Dari awal penentangan hingga ke akhirnya, banyak tokoh-tokoh yang muncul untuk mempertahankan
kedaulatan tanah air masing-masing. Kebanyakan daripada mereka bukannya orang yang memegang
jawatan penting tetapi disebabkan desakan penjajah yang menggugat keamanan negeri mereka lalu
mereka bangkit dengan semangat yang jitu dan berkobar berjuang bermati-matian hanya untuk
membebaskan negeri kesayangan mereka daripada cengkaman penjajah dan menuntut semula
ketenangan yang dulunya milik mereka agar generasi cucu-cicit mereka dapat hidup dalam keadaan
harmoni dan sentosa. Hal ini dapat dilihat dalam kejadian Bukit Sadok, dimana satu ekspedisi telah
ditubuhkan yang dikenali sebagai Program Ekspedisi Bukit Sadok diadakan bagi memperingati detik-detik
bersejarah tentangan diantara Rentap dengan Charles Brooke di kubu kuat Rentap di Bukit Sadok. Sebuah
meriam yang dikenali sebagai Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk menentang penjajah Inggeris
tersebut.

Bukit Sadok adalah terletak di antara hulu Batang Skrang di Bahagian Timur dan hulu Sungai Spak /
Batang Layar di Bahagian Barat. Rumah panjang berdekatan adalah Peredu, Gerenjang dan Genting
Pisang (Batang Skrang) dan Batu Pesok, Rantau Rayang dan Jambu (Batang Layar).

Untuk ke Bukit Sadok, pengangkutan darat boleh digunakan dari Bandar Betong ke Rh. Giri, Jambu yang
mengambil masa selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Dari Rh. Giri, Jambu, pendakian bermula selama
lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak Bukit Sadok.

Pada amnya, Bukit Sadok mempunyai hutan jenis MDF (Mixed Dipterocarp Forests) tetapi di kawasan
kemuncak terdapat hutan yang berbentuk Keranggas. Seperti kebiasaanya, jenis pokok yang terdapat
terdiri daripada spesis Meranti, Kapur, Keruing, Resak, Luis, Tampar Hutan, Nyatoh, Kayu Malam,
Geronggang, Minggi, Mempening (Empili) dan selunsur (Melaban). Dua jenis pokok yang boleh digunakan
untuk tujuan perubatan seperti Bintangor dan Tongkat Ali (spesis yang terlindung sepenuhnya) juga
terdapat di kawasan ini.




                                                   12
Di kawasan Bukit Sadok, terdapat haiwan-haiwan yang terlindung sepenuhnya seperti Orang Utan (Maias),
Empeliau, Tupai Kerawak, Tupai Tanah (Kerampu), Burung Kenyalang dan Burung Ruai.

Bagi haiwan terlindung adalah seperti Tupai Terbang (Kubong), Beruang, Landak, Enturun, Tenggiling,
Munsang, Kesindap, Sengayan, Burung Ensing dan Ular Sawa.

Sejarah Rentap, Bukit Sadok dan Bedil Bujang Timpang Berang

Mengikut sejarah, Rentap telah menggunakan meriam Bujang Timpang Berang untuk mempertahankan
kubunya di Bukit Sadok pada bulan Jun 1857. Pada masa tersebut pasukan tentera Rajah yang terdiri dari
3,500 orang Iban dan 500 orang Melayu diketuai oleh Charles Brooke telah mara dari Sungai Skrang untuk
menyerang kubu Rentap. Beberapa orang askar Charles Brooke telah cedera parah atau terbunuh.
Keadaan ini telah memaksa Charles Brooke untuk berundur seterusnya menamatkan Ekspedisi Pertama
mereka.

Dalam Ekspedisi Kedua yang diketuai oleh Charles Brooke dan pasukan tenteranya yang terdiri daripada
2,000 orang Iban dan 200 orang Melayu telah menghampiri Bukit Sadok melalui Sungai Layar, dari Nanga
Tiga ke Rapu untuk menentang Rentap pada bulan Ogos 1858, Bujang Timpang Berang telah digunakan
untuk mempertahankan kubu Rentap di Bukit Sadok.

Dalam Ekspedisi Ketiga, Charles Brooke telah membawa bersama sebuah bedil bernama Bujang Sadok
yang seberat 368 kg yang dibuat di Kuching. Tembakan pertama dari bedil Bujang Sadok telah menembusi
dinding kubu dan membunuh ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang. Tembakan yang bertalu-talu
telah menyebabkan dinding kubu tersebut berjaya ditembusi. Kayu pembawa yang membawa meriam
Bujang Sadok juga telah patah. Darah ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang telah meresap ke
dalam belerang serta menyebabkan bedil Bujang Timpang Berang tidak dapat berfungsi. Kubu berkenaan
akhirnya ditawan dan bedil Bujang Timpang Berang dipateri dengan besi pada 29 Oktober 1861. Rentap
dan pengikutnya yang terselamat seramai 24 orang berjaya melarikan diri.




                                                  13
Kubu berkenaan telah dibakar pada petang 28 Oktober 1861. Api yang membakar kubu tersebut dapat
dilihat dari jauh melalui beberapa buah rumah panjang.

Bujang Timpang Berang telah ditinggalkan dan dibiar tanpa dipedulikan di Bukit Sadok selama 65 tahun.
Pada tahun 1926, seorang Pegawai Daerah Betong bernama G.R.H. Arundell dan Penghulu Unji dari Spak
telah membawa turun meriam tersebut ke Kubu Lili di Rantau Entanak, Betong. Pada 9 Oktober 1990,
Bujang Timpang Berang dialihkan dari Kubu Lili ke Pejabat Daerah di Bukit Bangun, Betong.

Tugu Peringatan Panglima Rentap

Perasmian Tugu Peringatan Panglima Rentap telah diadakan pada 26 Julai 2003 bertempat di Puncak
Bukit Sadok, Ulu Layar, Betong. Tetamu Kehormat yang hadir ke majlis tersebut adalah YB Datuk Patinggi
Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, YB Datuk Douglas Uggah ak Embas, YB Encik Aidan Wing dan Datu
Nillie Tanggai. Turut hadir ke majlis yang bersejarah ini adalah Encik Romie Sigan Daniel (Residen
Bahagian Betong), Dr. Ngenang Janggu (Residen Bahagian Sri Aman), Encik Isaka Kana (Pegawai
Daerah Betong), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Kaum dari rumah-rumah
panjang yang berdekatan serta penduduk sekitar Bahagian Betong dan Sri Aman.

Sebelum upacara perasmian ini, pelbagai usaha pembangunan telah dijalankan di Bukit Sadok. Antara
yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah menyediakan pondok-pondok rehat serta laluan mendaki
untuk memudahkan para pendaki dan pelancong datang ke situ.




                                                    14
KESIMPULAN




Apa yang dapat kami simpulkan adalah, negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang cukup kaya
dengan hasil bumi seperti timah dan antimony, tetapi dipandang enteng oleh kerajaan Sulu yang
kemudiannya membuka peluang kepada pedagang luar negara yang sememangnya hanya menunggu
peluang untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri yang seterusnya akan membawa kepada
kejatuhan negeri yang kaya dengan hasil bumi ini ke tangan penjajah. Disebabkan itu, muncul tokoh-tokoh
yang mempunyai semangat yang kental dan jitu yang sanggup untuk berhadapan dengan penjajah-
penjajah ini dan sanggup bekorban masa, tenaga dan harta demi untuk merebut kembali kedaulatan dan
kebebasan yang dulunya milik mereka. Walaupun uasaha mereka rata-rata menemui kegagalan pada
akhirnya, sebagai contoh Syarif Masahor yang dibuang negeri, Rentap yang meninggal dunia, dan banyak
lagi finale atau pengakhiran yang buruk yang menimpa para tokoh-tokoh yang berjuang untuk Sarawak,
tetapi semangat perjuangan mereka masih berkobar dan terus menyalai jiwa penduduk-penduduk Sarawak
yang kemudiannya melahirkan banyak tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjuang atas nama Sarawak
hinggalah Sarawak mencapai kemerdekaan dan seterusnya disatukan dengan semenanjung Malaysia.




                                                  15
RUJUKAN




Buku

   i.      Jerry D. Mohrlang,2002, Sarawak, Kuala Lumpur : PublishAmerica.
   ii.     Buyong bin Adil (Haji.), 31 Oct 2006, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
           Pelajaran Malaysia, 1981.
   iii.    Heidi Munan, 5 Sep 2008, Sejarah Sarawak: thrills and treasures of historical landmarks, Marshall
           Cavendish Editions.
   iv.     Hamzah Hamdani, 13 Mar 2007, Wajah sastera Sarawak: sebuah kumpulan esei, Dewan Bahasa dan
           Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.




Laman Web

http://kuching.outer-court.com/history.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak

http://limbang-sarawak.netfirms.com/pages/pages/page9.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak#Ekonomi_dan_budaya




                                                   16

More Related Content

What's hot

Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Buku tunai runcit
Buku tunai runcitBuku tunai runcit
Buku tunai runcitMiss Jia
 
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunNota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunsmktsj2
 
Eksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermikEksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermikGee3145
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanSeyla Ilysm
 
Kesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaKesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaHanaazizol
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaRosley Steven
 
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1Beela Sensei
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penKedai Kami
 

What's hot (20)

Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Buku tunai runcit
Buku tunai runcitBuku tunai runcit
Buku tunai runcit
 
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunNota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
 
Eksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermikEksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermik
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulan
 
Kesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaKesalahan papan tanda
Kesalahan papan tanda
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Maksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaanMaksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaan
 
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
 
7.3 Daya geseran
7.3 Daya geseran7.3 Daya geseran
7.3 Daya geseran
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Sudut dongakan dan tunduk
Sudut dongakan dan tundukSudut dongakan dan tunduk
Sudut dongakan dan tunduk
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan pen
 

Viewers also liked

BAB 7 : Rentap
BAB 7 : RentapBAB 7 : Rentap
BAB 7 : RentapJeya Kumar
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 antanom
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 antanomSejarah Tingkatan 2: Bab7 antanom
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 antanomhamdan che hassan
 
CH7F2
CH7F2CH7F2
CH7F2cgsha
 
SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...
SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...
SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...Sahfirah Firah
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohGinny Gouri
 
Sejarah Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 3Sejarah Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 3fasila114
 

Viewers also liked (10)

BAB 7 : Rentap
BAB 7 : RentapBAB 7 : Rentap
BAB 7 : Rentap
 
sejarah
sejarahsejarah
sejarah
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 antanom
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 antanomSejarah Tingkatan 2: Bab7 antanom
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 antanom
 
CH7F2
CH7F2CH7F2
CH7F2
 
Tajuk sej
Tajuk sejTajuk sej
Tajuk sej
 
SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...
SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...
SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN...
 
Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
 
Sejarah Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 3Sejarah Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 3
 

Similar to History of sarawak

Rentap merupakan seorang pahlawan dayak
Rentap merupakan seorang pahlawan dayakRentap merupakan seorang pahlawan dayak
Rentap merupakan seorang pahlawan dayakKyra Khairiyah
 
(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesia
(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesia(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesia
(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesiashafira auliani33
 
Islamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandIslamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandAyi Milanisti
 
perjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatanperjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatanilhiana
 
Keajaan Islam di Pulau Lombok dan Sumbawa
Keajaan Islam di Pulau Lombok dan SumbawaKeajaan Islam di Pulau Lombok dan Sumbawa
Keajaan Islam di Pulau Lombok dan SumbawaYoollan MW
 
Kutai dan tarumaregara
Kutai dan tarumaregaraKutai dan tarumaregara
Kutai dan tarumaregaraSatriawiditama
 
Sultan agung {khilmi}
Sultan agung {khilmi}Sultan agung {khilmi}
Sultan agung {khilmi}Niaa Nia
 
Presentasi sejarah mataram di jawa timur
Presentasi sejarah mataram di jawa timurPresentasi sejarah mataram di jawa timur
Presentasi sejarah mataram di jawa timurAndi Rahim
 
Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa
Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa
Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa Fitrianda Ayu Utami
 
makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"
makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"
makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"fenty_febriani
 
Peninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-Budha
Peninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-BudhaPeninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-Budha
Peninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-BudhaEuodia Prastika
 
Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...
Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...
Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...Mulia Fathan
 
Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"
Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"
Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"wisnuwms
 
letak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapur
letak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapurletak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapur
letak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapurmaranathatesa
 

Similar to History of sarawak (20)

Rentap merupakan seorang pahlawan dayak
Rentap merupakan seorang pahlawan dayakRentap merupakan seorang pahlawan dayak
Rentap merupakan seorang pahlawan dayak
 
James brooke
James brookeJames brooke
James brooke
 
(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesia
(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesia(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesia
(Tugas sejarah indonesia) masuknya Hindu Budha ke Indonesia
 
Islamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandIslamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan island
 
perjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatanperjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatan
 
Sejarah indonesia
Sejarah indonesiaSejarah indonesia
Sejarah indonesia
 
Keajaan Islam di Pulau Lombok dan Sumbawa
Keajaan Islam di Pulau Lombok dan SumbawaKeajaan Islam di Pulau Lombok dan Sumbawa
Keajaan Islam di Pulau Lombok dan Sumbawa
 
Kerajaan Sunda
Kerajaan SundaKerajaan Sunda
Kerajaan Sunda
 
Kutai dan tarumaregara
Kutai dan tarumaregaraKutai dan tarumaregara
Kutai dan tarumaregara
 
Kerajaan Islam di Nusa Tenggara
Kerajaan Islam di Nusa TenggaraKerajaan Islam di Nusa Tenggara
Kerajaan Islam di Nusa Tenggara
 
Sultan agung {khilmi}
Sultan agung {khilmi}Sultan agung {khilmi}
Sultan agung {khilmi}
 
Presentasi sejarah mataram di jawa timur
Presentasi sejarah mataram di jawa timurPresentasi sejarah mataram di jawa timur
Presentasi sejarah mataram di jawa timur
 
Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa
Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa
Kerajaan buleleng dan dinasti warmadewa
 
makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"
makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"
makalah sejarah "kerajaan islam di Nusa Tenggara"
 
Peninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-Budha
Peninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-BudhaPeninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-Budha
Peninggalan Sejarah Kerajaan Hindu-Budha
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab71
Sejarah Tingkatan 2: Bab71Sejarah Tingkatan 2: Bab71
Sejarah Tingkatan 2: Bab71
 
Triti london dan kesannya (6)
Triti london dan kesannya (6)Triti london dan kesannya (6)
Triti london dan kesannya (6)
 
Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...
Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...
Kelompok 10. Kerajaan Makassar 2 (Sejarah kelas II SMA/MA ~ Kerajaan Islam di...
 
Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"
Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"
Powerpoint Sejarah Indonesia Kelas X "Ajaran Islam di Daerah Lombok"
 
letak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapur
letak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapurletak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapur
letak, peninggalan, kehidupan kerajaan Kota kapur
 

More from Shafiq Ridz

Gps introduction
Gps introductionGps introduction
Gps introductionShafiq Ridz
 
Psm modul MKMA di Pusat Marin UPNM
Psm modul MKMA di Pusat Marin UPNMPsm modul MKMA di Pusat Marin UPNM
Psm modul MKMA di Pusat Marin UPNMShafiq Ridz
 
Search and rescue
Search and rescueSearch and rescue
Search and rescueShafiq Ridz
 
The battle of jutland
The battle of jutlandThe battle of jutland
The battle of jutlandShafiq Ridz
 
Salahudin al ayubi
Salahudin al ayubiSalahudin al ayubi
Salahudin al ayubiShafiq Ridz
 
The battle of normandy
The battle of normandyThe battle of normandy
The battle of normandyShafiq Ridz
 
Russian japan war
Russian japan warRussian japan war
Russian japan warShafiq Ridz
 
Carl von clausewitz
Carl von clausewitzCarl von clausewitz
Carl von clausewitzShafiq Ridz
 
World war ii in europe
World war ii in europeWorld war ii in europe
World war ii in europeShafiq Ridz
 
The battle of berlin
The battle of berlinThe battle of berlin
The battle of berlinShafiq Ridz
 
Napoleon bonaparte
Napoleon bonaparteNapoleon bonaparte
Napoleon bonaparteShafiq Ridz
 

More from Shafiq Ridz (13)

Side scan sonar
Side scan sonarSide scan sonar
Side scan sonar
 
Gps introduction
Gps introductionGps introduction
Gps introduction
 
Psm modul MKMA di Pusat Marin UPNM
Psm modul MKMA di Pusat Marin UPNMPsm modul MKMA di Pusat Marin UPNM
Psm modul MKMA di Pusat Marin UPNM
 
Territorial sea
Territorial seaTerritorial sea
Territorial sea
 
Search and rescue
Search and rescueSearch and rescue
Search and rescue
 
The battle of jutland
The battle of jutlandThe battle of jutland
The battle of jutland
 
Salahudin al ayubi
Salahudin al ayubiSalahudin al ayubi
Salahudin al ayubi
 
The battle of normandy
The battle of normandyThe battle of normandy
The battle of normandy
 
Russian japan war
Russian japan warRussian japan war
Russian japan war
 
Carl von clausewitz
Carl von clausewitzCarl von clausewitz
Carl von clausewitz
 
World war ii in europe
World war ii in europeWorld war ii in europe
World war ii in europe
 
The battle of berlin
The battle of berlinThe battle of berlin
The battle of berlin
 
Napoleon bonaparte
Napoleon bonaparteNapoleon bonaparte
Napoleon bonaparte
 

History of sarawak

  • 1. PENGENALAN Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:- Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni. Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong. 1
  • 2. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. 2
  • 3. SEJARAH AWAL Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya. Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke. Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British. Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina. 3
  • 4. Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II Sarawak pada masa kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. [1] Anti- Cession Sarawak Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia pada antara 1962 dan 1966. Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentangan daripada sebahagian penduduknya kerana tidak mahu Sarawak diperintah oleh Kerajaan Malaya. 4
  • 5. TOKOH-TOKOH PERJUANGAN Rentap Wira Sarawak Penentangan Rentap di Sarawak Nama sebenar Rentap ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban. Rentap ialah ketua orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang. Ia merupakan Pahlawan Iban yang terkenal. Kebangkitan penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap beberapa tindakan yang dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah. Rentap dianggap sebagai lanun oleh pemerintahan Brooke. Kemaraan British mencerobohi kawasan petempatan orang Iban di sepanjang Sungai Sekrang kerana bertujuan untuk menghapuskan penduduk tempatan yang dianggap lanun . Keluarga Brooke juga menghapuskan amalan memburu kepala di kalangan kaum Iban. Pada tahun 1853, Rentap meyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang. Dalam serangan itu, seorang pegawai British, Alan Lee terbunuh. Pada 1853, Rentap diserang balas oleh pasukan askar British tetapi beliau dapat melarikan diri dan menubuhkan kubu baru di atas Bukit Sadok. Kubu ini sangat kuat dan teguh serta dilengkapi dengan selaras meriam besi yang besar. Pihak Brooke menyerang kubu tersebut pada 1854 dan 1857 tetapi gagal menawannya. Pertempuran sengit berlaku lagi pada tahun 1861 kerana Charles Brooke menyerangnya lagi dengan sebuah meriam tembaga yang dinamakan Bujang Sadok dari Kuching. Kubu Rentap akhirnya berjaya ditembusi dan beliau melarikan diri ke dalam hutan. Beliau menetap di Sungai Entabai dan meninggal dunia di sana. Perjuangannya untuk mempertahankan cara hidup orang Iban menemui kegagalan. Keluarga Brooke mengukuhkan kuasa mereka di Sarawak dan mengubah tradisi hidup penduduk peribumi. Kisah yang lebih terperinci adalah, Rentap merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. 5
  • 6. Penentangan Rentap == Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan. Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang. Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang merian yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok". Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya 6
  • 7. Syarif Masahor Wira Sarawak Penentangan Syarif Masahor di Sarawak Syarif Masahor merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan Melanau. Beliau dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan seorang pembesar yang cekap dan jujur. Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima tentangan daripada pembesar-pembesar Sarawak. Para pembesar ini berhasrat mengusir orang Eropah keluar dari Sarawak dan mengambil alih kerajaan. Beberapa tindakan James Brooke menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Sarawak, seperti mengambil alih hak memungut cukai dan menghapuskan amalan hamba hutang dan amalan pemburuan kepala. Atas rasa tidak puas hati itulah Syarif Masahor bangun menentang kerajaan Keluarga Brooke. Pada1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan membina sebuah kubu di Kanowit. Tindakan Brooke ini menggugat kedudukan Syarif Masahor. Beliau kemudiannya membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak. Penentangan Syarif Masahor terhadap pemerintahan James Brooke juga disebabkan pembatasan kuasa dan haknya. Syarif Masahor juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei yang semakin kehilangan wilayah kerana diambil oleh keluarga Brooke. Pada 1859, mereka menyerang kubu British di Kanowit. Dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox terbunuh. James Brooke segera bertindak balas menyerang Kanowit. Orang Melayu dan Dayak yang terlibat dalam pembunuhan dua pegawai British itu dihukum mati. Pada 1860, Syarif Masahor membuat persiapan menyerang Kuching melalui laut. Sekali lagi James Brooke berjaya mematahkan serangan Syarif Masahor dan kapal-kapal perangnya ditenggelamkan. Syarif Masahor sempat melarikan diri ke Brunei. Atas desakan Brooke, Sultan Brunei memerintahkan supaya Syarif Masahor dihantar ke Singapura. Kegagalan penentangan Syarif Masahor adalah kerana tidak wujud penyatuan di kalangan rakyat 7
  • 8. Sarawak. Kebanyakan bangsawan Melayu tidak memberi sokongan kepada Syarif Masahor kerana mereka lebih setia kepada Raja Brooke. Oleh itu, Raja Brooke dengan mudahnya dapat meluaskan kuasanya ke daerah- daerah lain. Syarif Masahor mempunyai seorang teman seperjuangan yang mana mereka bersama-sama mempertahankan kedaulatan kawasan pegangan masing-masing dan tokoh tersebut juga merupakan antara tokoh yang terkenal dalam memperjuangkan kebebasan tanah air, beliau adalah Gabenor Sarikei. Angkatan Gabenor Sarikei berjuang habis-habisan usir penjajah pada 1855, Gabenor Sarikei, Sharif Masahor bersama pengikutnya yang menaiki 150 perahu menuju ke Mukah, Sarawak dengan keinginan membara. Dia bersama pengikutnya akan menyerang daerah itu untuk mengusir Pangeran Matusin yang menyokong usaha James Brooke menjajah satu demi satu daerah di Sarawak termasuk ke daerah yang diperintahnya iaitu Sarikei. Baginya, tindakan Brooke itu sudah melampau. Lelaki itu pada asalnya hanya seorang pendatang asing di kepulauan Borneo tetapi kini bangsa kulit putih itu mahu menjadi raja di tanah orang. Selepas satu, satu lagi daerah di Sarawak ingin dijajah Brooke hingga kemerdekaan Sarikei yang sebelum itu makmur dan aman diperintah Sharif Masahor ingin ditakluki lelaki asing itu. Sudah lama dia menjadi Gabenor Sarikei sejak 1849 lagi apabila amanah mentadbir wilayah itu dipertanggungjawabkan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein kepadanya. ʼ Sepanjang pemerintahannya, beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang. Bagaimanapun, kini kewibawaan pemerintahannya tercabar apabila Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Sharif Masahor. Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei. 8
  • 9. Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Sharif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus melompat keluar. Bandar Mukah diserang mereka pada hari itu dan selepas beberapa lama bertempur, angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin. Bagaimanapun, serangan pahlawan Melayu Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas. Khuatir kemungkinan penentangan Sharif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka. Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air tercinta. Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu. Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel. Seterusnya pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh. 9
  • 10. Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Sarawak. Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu. Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan. Gabenor Sarikei dapat bantuan 2 pemimpin 10
  • 11. Rosli Dhoby Muar, Inas dan Gunung Pasir. Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak. Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby. 11
  • 12. KESAN-KESAN PENENTANGAN Dari awal penentangan hingga ke akhirnya, banyak tokoh-tokoh yang muncul untuk mempertahankan kedaulatan tanah air masing-masing. Kebanyakan daripada mereka bukannya orang yang memegang jawatan penting tetapi disebabkan desakan penjajah yang menggugat keamanan negeri mereka lalu mereka bangkit dengan semangat yang jitu dan berkobar berjuang bermati-matian hanya untuk membebaskan negeri kesayangan mereka daripada cengkaman penjajah dan menuntut semula ketenangan yang dulunya milik mereka agar generasi cucu-cicit mereka dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sentosa. Hal ini dapat dilihat dalam kejadian Bukit Sadok, dimana satu ekspedisi telah ditubuhkan yang dikenali sebagai Program Ekspedisi Bukit Sadok diadakan bagi memperingati detik-detik bersejarah tentangan diantara Rentap dengan Charles Brooke di kubu kuat Rentap di Bukit Sadok. Sebuah meriam yang dikenali sebagai Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk menentang penjajah Inggeris tersebut. Bukit Sadok adalah terletak di antara hulu Batang Skrang di Bahagian Timur dan hulu Sungai Spak / Batang Layar di Bahagian Barat. Rumah panjang berdekatan adalah Peredu, Gerenjang dan Genting Pisang (Batang Skrang) dan Batu Pesok, Rantau Rayang dan Jambu (Batang Layar). Untuk ke Bukit Sadok, pengangkutan darat boleh digunakan dari Bandar Betong ke Rh. Giri, Jambu yang mengambil masa selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Dari Rh. Giri, Jambu, pendakian bermula selama lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak Bukit Sadok. Pada amnya, Bukit Sadok mempunyai hutan jenis MDF (Mixed Dipterocarp Forests) tetapi di kawasan kemuncak terdapat hutan yang berbentuk Keranggas. Seperti kebiasaanya, jenis pokok yang terdapat terdiri daripada spesis Meranti, Kapur, Keruing, Resak, Luis, Tampar Hutan, Nyatoh, Kayu Malam, Geronggang, Minggi, Mempening (Empili) dan selunsur (Melaban). Dua jenis pokok yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan seperti Bintangor dan Tongkat Ali (spesis yang terlindung sepenuhnya) juga terdapat di kawasan ini. 12
  • 13. Di kawasan Bukit Sadok, terdapat haiwan-haiwan yang terlindung sepenuhnya seperti Orang Utan (Maias), Empeliau, Tupai Kerawak, Tupai Tanah (Kerampu), Burung Kenyalang dan Burung Ruai. Bagi haiwan terlindung adalah seperti Tupai Terbang (Kubong), Beruang, Landak, Enturun, Tenggiling, Munsang, Kesindap, Sengayan, Burung Ensing dan Ular Sawa. Sejarah Rentap, Bukit Sadok dan Bedil Bujang Timpang Berang Mengikut sejarah, Rentap telah menggunakan meriam Bujang Timpang Berang untuk mempertahankan kubunya di Bukit Sadok pada bulan Jun 1857. Pada masa tersebut pasukan tentera Rajah yang terdiri dari 3,500 orang Iban dan 500 orang Melayu diketuai oleh Charles Brooke telah mara dari Sungai Skrang untuk menyerang kubu Rentap. Beberapa orang askar Charles Brooke telah cedera parah atau terbunuh. Keadaan ini telah memaksa Charles Brooke untuk berundur seterusnya menamatkan Ekspedisi Pertama mereka. Dalam Ekspedisi Kedua yang diketuai oleh Charles Brooke dan pasukan tenteranya yang terdiri daripada 2,000 orang Iban dan 200 orang Melayu telah menghampiri Bukit Sadok melalui Sungai Layar, dari Nanga Tiga ke Rapu untuk menentang Rentap pada bulan Ogos 1858, Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk mempertahankan kubu Rentap di Bukit Sadok. Dalam Ekspedisi Ketiga, Charles Brooke telah membawa bersama sebuah bedil bernama Bujang Sadok yang seberat 368 kg yang dibuat di Kuching. Tembakan pertama dari bedil Bujang Sadok telah menembusi dinding kubu dan membunuh ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang. Tembakan yang bertalu-talu telah menyebabkan dinding kubu tersebut berjaya ditembusi. Kayu pembawa yang membawa meriam Bujang Sadok juga telah patah. Darah ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang telah meresap ke dalam belerang serta menyebabkan bedil Bujang Timpang Berang tidak dapat berfungsi. Kubu berkenaan akhirnya ditawan dan bedil Bujang Timpang Berang dipateri dengan besi pada 29 Oktober 1861. Rentap dan pengikutnya yang terselamat seramai 24 orang berjaya melarikan diri. 13
  • 14. Kubu berkenaan telah dibakar pada petang 28 Oktober 1861. Api yang membakar kubu tersebut dapat dilihat dari jauh melalui beberapa buah rumah panjang. Bujang Timpang Berang telah ditinggalkan dan dibiar tanpa dipedulikan di Bukit Sadok selama 65 tahun. Pada tahun 1926, seorang Pegawai Daerah Betong bernama G.R.H. Arundell dan Penghulu Unji dari Spak telah membawa turun meriam tersebut ke Kubu Lili di Rantau Entanak, Betong. Pada 9 Oktober 1990, Bujang Timpang Berang dialihkan dari Kubu Lili ke Pejabat Daerah di Bukit Bangun, Betong. Tugu Peringatan Panglima Rentap Perasmian Tugu Peringatan Panglima Rentap telah diadakan pada 26 Julai 2003 bertempat di Puncak Bukit Sadok, Ulu Layar, Betong. Tetamu Kehormat yang hadir ke majlis tersebut adalah YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, YB Datuk Douglas Uggah ak Embas, YB Encik Aidan Wing dan Datu Nillie Tanggai. Turut hadir ke majlis yang bersejarah ini adalah Encik Romie Sigan Daniel (Residen Bahagian Betong), Dr. Ngenang Janggu (Residen Bahagian Sri Aman), Encik Isaka Kana (Pegawai Daerah Betong), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Kaum dari rumah-rumah panjang yang berdekatan serta penduduk sekitar Bahagian Betong dan Sri Aman. Sebelum upacara perasmian ini, pelbagai usaha pembangunan telah dijalankan di Bukit Sadok. Antara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah menyediakan pondok-pondok rehat serta laluan mendaki untuk memudahkan para pendaki dan pelancong datang ke situ. 14
  • 15. KESIMPULAN Apa yang dapat kami simpulkan adalah, negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang cukup kaya dengan hasil bumi seperti timah dan antimony, tetapi dipandang enteng oleh kerajaan Sulu yang kemudiannya membuka peluang kepada pedagang luar negara yang sememangnya hanya menunggu peluang untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri yang seterusnya akan membawa kepada kejatuhan negeri yang kaya dengan hasil bumi ini ke tangan penjajah. Disebabkan itu, muncul tokoh-tokoh yang mempunyai semangat yang kental dan jitu yang sanggup untuk berhadapan dengan penjajah- penjajah ini dan sanggup bekorban masa, tenaga dan harta demi untuk merebut kembali kedaulatan dan kebebasan yang dulunya milik mereka. Walaupun uasaha mereka rata-rata menemui kegagalan pada akhirnya, sebagai contoh Syarif Masahor yang dibuang negeri, Rentap yang meninggal dunia, dan banyak lagi finale atau pengakhiran yang buruk yang menimpa para tokoh-tokoh yang berjuang untuk Sarawak, tetapi semangat perjuangan mereka masih berkobar dan terus menyalai jiwa penduduk-penduduk Sarawak yang kemudiannya melahirkan banyak tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjuang atas nama Sarawak hinggalah Sarawak mencapai kemerdekaan dan seterusnya disatukan dengan semenanjung Malaysia. 15
  • 16. RUJUKAN Buku i. Jerry D. Mohrlang,2002, Sarawak, Kuala Lumpur : PublishAmerica. ii. Buyong bin Adil (Haji.), 31 Oct 2006, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. iii. Heidi Munan, 5 Sep 2008, Sejarah Sarawak: thrills and treasures of historical landmarks, Marshall Cavendish Editions. iv. Hamzah Hamdani, 13 Mar 2007, Wajah sastera Sarawak: sebuah kumpulan esei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Laman Web http://kuching.outer-court.com/history.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak http://limbang-sarawak.netfirms.com/pages/pages/page9.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak#Ekonomi_dan_budaya 16