SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
ETIKA PEPERANGAN DAN
STRATEGI PEPERANGAN
     DALAM ISLAM
PENGENALAN
•   Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan
    perdamaian kerana perkataan Islam sendiri bermaksud aman
    dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak menggalakkan
    peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas
    wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang
    munasabah.

•   Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam,
    umat Islam wajib mengangkat senjata utk mengelak maruah
    dipermainkan oleh pihak tertentu seperti mana ayat al-Quran
    melalui Surah al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas
    menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya
    diserang oleh pihak musuh spt kafir Quraisy Makkah yg
    memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
•   Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT
    dan konsep ini berjaya melahirkan individu yg benar-benar
    mempunyai jati diri dan mampu mempertahankan agama Islam.

•   Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt
    mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan;
    mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara;
    mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan melindungi hak
    asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat.

•   Dalam Islam, peperangan mempunyai etikanya yg mampu
    memupuk disiplin tentera Islam.
ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM
•   Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3
    mengikut situasi iaitu etika sebelum peperangan, semasa
    peperangan dan selepas peperangan.

•   Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad
    atau berperang yg mesti dipatuhi oleh tentera Islam ketika
    berperang. Etika utama peperangan dlm Islam ialah mematuhi
    perintah Allah SWT serta mencari keredhaan-Nya.

•   Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk
    mempertahankan diri apb diserang oleh musuh dan utk
    menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan merupakan
    jalan terakhir utk menyebarkan Islam.
•   Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau
    diajak kpd Islam, berdamai atau berperang. Ini dilakukan oleh
    Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika menggempur wilayah
    Hirah.

•   Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan
    peperangan sekiranya diserang oleh musuh terlebih dahulu. Ini
    berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera Islam hanya
    menunggu serangan drp musuh yg menceroboh barulah
    peperangan dimulakan.

•   Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh
    memerangi musuh yg tdk memiliki kekuatan dan daya usaha
    spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau lumpuh, paderi
    atau pendeta.
•   Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan jizyah di
    zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk
    mendatangkan ancaman kpd negara Islam.

•   Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta
    benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dlm
    keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan
    keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini
    terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif
    iaitu harta musuh Islam langsung tdk diusik.

•   Tentera Islam juga tdk boleh memerangi org yg sudah
    menyerah, kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian
    damai serta mengaku taat setia kpd pemerintah Islam.
•   Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg
    boleh mengaibkan musuh spt tentera tdk boleh mencencang
    mayat atau musuh yg terbunuh seperti mana yg telah dilakukan
    oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika
    Perang Uhud.

•   Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi
    sebarang perjanjian damai yg dimenterai. Sebagai contoh,
    Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H telah dipatuhi
    oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah
    memberi kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran perjanjian
    inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai
    tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.
•   Etika seteruanya dlm peperangan ialah tentera Islam
    dikehendaki memberikan layanan yg baik terhadap tawanan
    perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini
    merupakan salah satu cara berdakwah yang dianjurkan oleh
    Nabi atau Islam.

•   Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah
    mencadangkan agar musuh yg ditawan dibunuh sahaja ttp
    Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah baginda
    menggunakan cara diplomasi iaitu tawanan perang harus
    menebus diri dgn ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu
    pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah atau menebus diri dgn
    sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata tlh
    berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk
    Islam.
•   Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya
    patuh kpd ketua dan tdk boleh meninggalkan medan
    peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam juga
    membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangan
    krn perbuatan itu termasuk dlm strategi peperangan.

•   Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta
    rampasan perang dilakukan secara adil mengikut ketetapan
    Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi dlm
    peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti
    diagihkan secara sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat
    dlm peperangan tersebut.
STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI
        MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA’
                   AL-RASYIDIN

•   Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar
    as-Siddiq tdk mempunyai organisasi ketenteraan yg khusus
    dan tidak ada org tetap yg menguruskan hal pertahanan dan
    ketenteraan.

•   Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan
    mrk tidak dibayar gaji, cuma akan menerima habuan drp harta
    rampasan perang (ghanimah). Mrk berperang secara suka rela
    dgn niat berjihad pada jalan Allah SWT.
•   Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan
    telah diwujudkan dan semakin berkembang. Antaranya
    diwujudkan al-Diwan (daftar tentera); membahagikan tentera
    kpd 2 iaitu tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera
    sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun.

•   Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah
    berdasarkan sistem berbaris (al-saf) yg diasaskan oleh baginda
    Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera Islam dibhg
    kpd 2 barisan iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki
    dan penunggang kuda bersenjatakan tombak,pedang dan
    perisai. Manakala barisan belakang terdiri pasukan pemanah
    dan perisai.

•   Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam
    bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg
    mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif.
•   Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam
    bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg
    mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif.

•   Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk,
    tentera Islam telah disusun menggunakan sistem ‘al-Kurdus’ yg
    ditiru drp sistem penyusunan tentera Byzantine. Setiap kurdus
    (unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp pasukan
    berkuda, pemanah dan tentera biasa.

•   Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera
    darat shj. Tentera laut mula ditubuhkan pada zaman Khalifah
    Uthman bin Affan dan diteruskan pada zaman pemerintahan
    Islam yg seterusnya.
•   Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang
    busur dan panah, pedang, tukul besi(diwarisi dari Parsi),
    kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal (al-dabbabah),
    baju besi, perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan.

•   Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca
    drp pelaksanaan pelbagai strategi bagi menewaskan musuh,
    sama ada cara bertahan, menunggu ketibaan musuh atau
    menyerang mengikut sittuasi dan keadaan.

•   Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad
    SAW dan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ialah menguasai
    tempat strategik, kaedah bertahan, menempatkan pasukan
    pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai
    perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik mengepung dll.
STRATEGI ATAU TAKTIK YANG DIGUNAKAN DALAM
PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN
            KHULAFA’ AL-RASYIDIN

1. Menguasai Tempak Strategik

•   Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan
    menguasai tempat strategik seperti menguasai kawasan punca
    air. Ini akan menyebabkan pihak musuh akan terputus bekalan
    air sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu
    pertahanan tentera Islam.

•   Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam
    seperti dalam Perang Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah,
    walaupun tentera Islam hanya 313 org shj berbanding tentera
    Quraisy Makkah berjumlah 1000 org.
2. Kaedah Bertahan

•   Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-
    Farisi mencadangkan sebuah parit digali bagi melindungi Kota
    Madinah drp serangan musuh Islam.

•   Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika
    Perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tentera Islam hanya 1000 org
    utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10 000 org. Parit
    telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota
    Madinah dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj.

•   Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini
    telah menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-
    hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah
    memecahbelahkan tentera musuh.
3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit

•   Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan
    strategi meletakkan pasukan pemanah di kawasan tinggi iaitu
    Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd pasukan infantri.

•   Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu
    pasukan memanah tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin
    Zuber berjaya dgn mudah mengalahkan tentera musyrikin
    Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid.

•   Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam
    telah kalah dlm Perang Uhud ekoran mereka meninggalkan
    kedudukan di atas bukit utk memunggut rampasan perang.
    Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah
    balas sehingga tentera Islam kucar-kacir.
4. Kaedah Penyamaran

•   Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar
    bagi merisik maklumat drp tentera musuh. Ketika Perang
    Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nu’aim bin Mas’ud telah
    dihantar utk memecahbelahkan benteng pertahanan serta
    kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebab-
    kan berlaku pertelagahan sesama mereka.

•   Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan
    kelemahan musuh yg bakal bakal dihadapi oleh tentera Islam.
    Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn
    para sahabat sebelum berhadapan dgn musuh. Begitu juga
    dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya memakai pakaian
    biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan
    sebagaimana tentera biasa.
5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh

•   Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah
    satu strategi perang spt Perjanjian Hudaibiyah antara
    Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah.

•   Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan
    baginda krn menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah.
    Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat perjanjian
    tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan
    berpihak kpd Islam nanti.

•   Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian
    tersebut. Ini telah memberi peluang kpd baginda Nabi dan
    tentera Islam yg berjumlah seramai 10 000 org utk bertindak
    balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan
    darah.
6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka

•   Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan
    mereka juga merupakan salah satu strategi yg digunakan oleh
    tentera Islam seperti larangan oleh Nabi Muhammad SAW
    sewaktu Perang Mu’tah. Strategi ini juga diteruskan oleh
    pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin.

•   Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam ter-
    perangkap dgn strategi musuh yg akan mengorbankan lagi byk
    nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm perang ini ialah
    Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi

•   Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi
    mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi ke atas
    pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin Auf.

•   Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung kota atau
    sesuatu kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan
    bekalan makanan dari tempat musuh dan bertindak
    melancarkan serangan.

•   Semasa perang ini, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan
    kpd penyokong Bani Thaqif bahawa kebun mrk akan dibakar
    seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah
    pemerintahan kerajaan Islam.
8. Perang Satu Lawan Satu

•   Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg
    digunakan oleh tentera Islam dan juga bangsa Arab lain
    sebelum berperang secara besar-besaran.

•   Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat
    para pejuang lain seperti mana yg digunakan ketika Perang
    Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah keluar utk
    mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya perang secara
    besar-besaran.
9. Merahsiakan Jumlah Musuh

•   Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika
    berperang, kaedah merahsiakan jumlah sebenar musuh telah
    dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

•   Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para
    sahabat utk berjuang bermatian-matian demi agama, diri dan
    negara.
10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf

•   Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa
    barisan atau saf bergantung kpd jumlah tentera yg ada. Barisan
    pertama biasanya diletakkan tentera berjalan kaki (infantri) dan
    diikuti oleh pasukan pemanah.

•   Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk
    menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan benteng
    pertahanan.
11. Membina Bandar atau Pusat Tentera.

•   Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau
    pusat tentera telah dibina spt di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan
    lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan
    pihak musuh.

•   Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng
    pertahanan di samping memperluaskan dakwah Islamiah dan
    mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan
    berhampiran.

•   Tentera-tentera ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak
    dibenarkan melibatkan diri dlm kegiatan lain.
12. Menggunakan Helah

•   Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh,
    tentera Islam mestilah kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika
    peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah
    memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api
    yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok kayu.
    Ini telah menakutkan musuh dan mrk telah berundur krn
    menyangkakan unggun api itu ialah jumlah tentera Islam.

•   Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan
    perang digilat supaya berkilat dan boleh memantulkan cahaya
    utk menakutkan musuh.

•   Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya
    musuh menyangkakan tentera Islam kesemuanya muda dan
    mempunyai kekuatan yg luar biasa.
KESIMPULAN
•   Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan
    oleh Nabi Muhammad SAW telah menguatkan kedudukan
    pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Kekuatan dan
    keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat
    berkembangan luas di Sem. Tanah Arab.

•   Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam adalah
    berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW.
    Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’
    al-Rasyidin terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab.

•   Ini telah membawa perkembangan Islam keluar Sem. Tanah
    Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan Syria.

More Related Content

What's hot

Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaNicholas Lidang Mud
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawLiyaZafirah1
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaFaFai S.
 
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidinSistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidinFaezatun Ahmad
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)nasywah79
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 

What's hot (20)

Baitulmal zaman khulafa
Baitulmal zaman khulafaBaitulmal zaman khulafa
Baitulmal zaman khulafa
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPMINSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Sumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldunSumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldun
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 
Undang2 99 perak
Undang2 99 perakUndang2 99 perak
Undang2 99 perak
 
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidinSistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 

Similar to ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM

Peperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammad
Peperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammadPeperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammad
Peperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammadJimmy Mogolid
 
Sejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSasi Villa
 
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.Shaheed Azhar
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZGuru Sejarah PraU
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun IslamNurulainRizal
 
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...KOSPATI UKM
 
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-RasyidinPencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-RasyidinEzad Azraai Jamsari
 
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubiSEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubiAsmidahIsdal
 
Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 

Similar to ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM (11)

Salehuddin Al-Ayubbi
Salehuddin Al-AyubbiSalehuddin Al-Ayubbi
Salehuddin Al-Ayubbi
 
Peperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammad
Peperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammadPeperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammad
Peperangan yang berlaku ketika zaman nabi muhammad
 
Sejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umar
 
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
 
Ketahanan dan pertahanan tamadun
Ketahanan dan pertahanan tamadunKetahanan dan pertahanan tamadun
Ketahanan dan pertahanan tamadun
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
 
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
 
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-RasyidinPencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
 
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubiSEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
 
Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 

ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM

  • 1. ETIKA PEPERANGAN DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
  • 2. PENGENALAN • Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri bermaksud aman dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah. • Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib mengangkat senjata utk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu seperti mana ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya diserang oleh pihak musuh spt kafir Quraisy Makkah yg memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
  • 3. Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT dan konsep ini berjaya melahirkan individu yg benar-benar mempunyai jati diri dan mampu mempertahankan agama Islam. • Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan; mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara; mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan melindungi hak asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat. • Dalam Islam, peperangan mempunyai etikanya yg mampu memupuk disiplin tentera Islam.
  • 4. ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM • Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3 mengikut situasi iaitu etika sebelum peperangan, semasa peperangan dan selepas peperangan. • Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad atau berperang yg mesti dipatuhi oleh tentera Islam ketika berperang. Etika utama peperangan dlm Islam ialah mematuhi perintah Allah SWT serta mencari keredhaan-Nya. • Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk mempertahankan diri apb diserang oleh musuh dan utk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan merupakan jalan terakhir utk menyebarkan Islam.
  • 5. Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau diajak kpd Islam, berdamai atau berperang. Ini dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika menggempur wilayah Hirah. • Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan peperangan sekiranya diserang oleh musuh terlebih dahulu. Ini berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera Islam hanya menunggu serangan drp musuh yg menceroboh barulah peperangan dimulakan. • Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yg tdk memiliki kekuatan dan daya usaha spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau lumpuh, paderi atau pendeta.
  • 6. Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan jizyah di zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk mendatangkan ancaman kpd negara Islam. • Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dlm keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif iaitu harta musuh Islam langsung tdk diusik. • Tentera Islam juga tdk boleh memerangi org yg sudah menyerah, kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kpd pemerintah Islam.
  • 7. Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg boleh mengaibkan musuh spt tentera tdk boleh mencencang mayat atau musuh yg terbunuh seperti mana yg telah dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika Perang Uhud. • Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi sebarang perjanjian damai yg dimenterai. Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H telah dipatuhi oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah memberi kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran perjanjian inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.
  • 8. Etika seteruanya dlm peperangan ialah tentera Islam dikehendaki memberikan layanan yg baik terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini merupakan salah satu cara berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi atau Islam. • Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah mencadangkan agar musuh yg ditawan dibunuh sahaja ttp Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah baginda menggunakan cara diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dgn ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah atau menebus diri dgn sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata tlh berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.
  • 9. Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kpd ketua dan tdk boleh meninggalkan medan peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam juga membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangan krn perbuatan itu termasuk dlm strategi peperangan. • Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan secara adil mengikut ketetapan Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi dlm peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti diagihkan secara sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat dlm peperangan tersebut.
  • 10. STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN • Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq tdk mempunyai organisasi ketenteraan yg khusus dan tidak ada org tetap yg menguruskan hal pertahanan dan ketenteraan. • Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan mrk tidak dibayar gaji, cuma akan menerima habuan drp harta rampasan perang (ghanimah). Mrk berperang secara suka rela dgn niat berjihad pada jalan Allah SWT.
  • 11. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan telah diwujudkan dan semakin berkembang. Antaranya diwujudkan al-Diwan (daftar tentera); membahagikan tentera kpd 2 iaitu tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun. • Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah berdasarkan sistem berbaris (al-saf) yg diasaskan oleh baginda Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera Islam dibhg kpd 2 barisan iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki dan penunggang kuda bersenjatakan tombak,pedang dan perisai. Manakala barisan belakang terdiri pasukan pemanah dan perisai. • Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif.
  • 12. Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif. • Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk, tentera Islam telah disusun menggunakan sistem ‘al-Kurdus’ yg ditiru drp sistem penyusunan tentera Byzantine. Setiap kurdus (unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp pasukan berkuda, pemanah dan tentera biasa. • Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera darat shj. Tentera laut mula ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan dan diteruskan pada zaman pemerintahan Islam yg seterusnya.
  • 13. Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang busur dan panah, pedang, tukul besi(diwarisi dari Parsi), kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal (al-dabbabah), baju besi, perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan. • Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca drp pelaksanaan pelbagai strategi bagi menewaskan musuh, sama ada cara bertahan, menunggu ketibaan musuh atau menyerang mengikut sittuasi dan keadaan. • Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ialah menguasai tempat strategik, kaedah bertahan, menempatkan pasukan pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik mengepung dll.
  • 14. STRATEGI ATAU TAKTIK YANG DIGUNAKAN DALAM PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN 1. Menguasai Tempak Strategik • Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan menguasai tempat strategik seperti menguasai kawasan punca air. Ini akan menyebabkan pihak musuh akan terputus bekalan air sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu pertahanan tentera Islam. • Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam seperti dalam Perang Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah, walaupun tentera Islam hanya 313 org shj berbanding tentera Quraisy Makkah berjumlah 1000 org.
  • 15. 2. Kaedah Bertahan • Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al- Farisi mencadangkan sebuah parit digali bagi melindungi Kota Madinah drp serangan musuh Islam. • Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tentera Islam hanya 1000 org utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10 000 org. Parit telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj. • Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini telah menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru- hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah memecahbelahkan tentera musuh.
  • 16. 3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit • Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi meletakkan pasukan pemanah di kawasan tinggi iaitu Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd pasukan infantri. • Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu pasukan memanah tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin Zuber berjaya dgn mudah mengalahkan tentera musyrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid. • Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam telah kalah dlm Perang Uhud ekoran mereka meninggalkan kedudukan di atas bukit utk memunggut rampasan perang. Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah balas sehingga tentera Islam kucar-kacir.
  • 17. 4. Kaedah Penyamaran • Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar bagi merisik maklumat drp tentera musuh. Ketika Perang Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nu’aim bin Mas’ud telah dihantar utk memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebab- kan berlaku pertelagahan sesama mereka. • Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan kelemahan musuh yg bakal bakal dihadapi oleh tentera Islam. Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn para sahabat sebelum berhadapan dgn musuh. Begitu juga dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.
  • 18. 5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh • Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah satu strategi perang spt Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah. • Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan baginda krn menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan berpihak kpd Islam nanti. • Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian tersebut. Ini telah memberi peluang kpd baginda Nabi dan tentera Islam yg berjumlah seramai 10 000 org utk bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan darah.
  • 19. 6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka • Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka juga merupakan salah satu strategi yg digunakan oleh tentera Islam seperti larangan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Mu’tah. Strategi ini juga diteruskan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin. • Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam ter- perangkap dgn strategi musuh yg akan mengorbankan lagi byk nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm perang ini ialah Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
  • 20. 7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi • Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi ke atas pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin Auf. • Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung kota atau sesuatu kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan dari tempat musuh dan bertindak melancarkan serangan. • Semasa perang ini, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan kpd penyokong Bani Thaqif bahawa kebun mrk akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
  • 21. 8. Perang Satu Lawan Satu • Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg digunakan oleh tentera Islam dan juga bangsa Arab lain sebelum berperang secara besar-besaran. • Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat para pejuang lain seperti mana yg digunakan ketika Perang Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah keluar utk mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya perang secara besar-besaran.
  • 22. 9. Merahsiakan Jumlah Musuh • Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika berperang, kaedah merahsiakan jumlah sebenar musuh telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. • Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para sahabat utk berjuang bermatian-matian demi agama, diri dan negara.
  • 23. 10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf • Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa barisan atau saf bergantung kpd jumlah tentera yg ada. Barisan pertama biasanya diletakkan tentera berjalan kaki (infantri) dan diikuti oleh pasukan pemanah. • Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan benteng pertahanan.
  • 24. 11. Membina Bandar atau Pusat Tentera. • Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau pusat tentera telah dibina spt di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh. • Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng pertahanan di samping memperluaskan dakwah Islamiah dan mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran. • Tentera-tentera ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak dibenarkan melibatkan diri dlm kegiatan lain.
  • 25. 12. Menggunakan Helah • Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh, tentera Islam mestilah kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok kayu. Ini telah menakutkan musuh dan mrk telah berundur krn menyangkakan unggun api itu ialah jumlah tentera Islam. • Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan perang digilat supaya berkilat dan boleh memantulkan cahaya utk menakutkan musuh. • Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya musuh menyangkakan tentera Islam kesemuanya muda dan mempunyai kekuatan yg luar biasa.
  • 26. KESIMPULAN • Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW telah menguatkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Kekuatan dan keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat berkembangan luas di Sem. Tanah Arab. • Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam adalah berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW. Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab. • Ini telah membawa perkembangan Islam keluar Sem. Tanah Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan Syria.