SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
SUMBANGAN
DALAM TAMADUN
ISLAM
LATAR BELAKANG
• Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn
Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami. Nama Khaldun
berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang
tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera
Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar
kepada Khaldun.
• Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan
meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1404M.
Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang
pemerintah tentera. Beliau telah kehilangan ibu dan
ayahnya akibat wabak kusta yang melanda
kampungnya.
LATAR BELAKANG
• Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke
Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria,
Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda
wabak taun.
• Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut
ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran.
Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti
fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik,
falsafah, matematik dan bahasa Arab.
• Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam
bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama. Semasa
kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru
dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.
LATAR BELAKANG
• Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan
menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan
akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau
sering berdamping dengan pemimpin.
• Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan
penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan
di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana
Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang
tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja
dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir.
• Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai
tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan
memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia
seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee.
LATAR BELAKANG
• Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah
dan sarjana teragung sepanjang zaman. Beliau
menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada
kaedah sosiologi di mana beliau menekankan sifat-sifat
semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku.
Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah
am dan sejarah khas.
• Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi
sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat
dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli
sejarah sebelumnya.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik
 Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan
pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah
di Utara Afrika dan di Andalus.
 Banyak menyandang jawatan penting seperti
Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi
Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah;
Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin
Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana
Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-
Dudhah).
 Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat
kepada negara dengan lebih berkesan.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam
o Berjaya menganalisis sejarah dari aspek
kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan.
o Memberi panduan yang terbaik kepada manusia
tentang asas pembinaan sesebuah tamadun.
Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil
dari keunggulan rohani dengan jasmani.
o Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden
khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi,
sosiologi dan pendidikan.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
o Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan
kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan
wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan
ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat
pengajian tinggi.
o Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan
sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of
Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya
diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta,
Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
3. Karya Agung Ibnu Khaldun
o Al-Muqaddimah merupakan karya
agung Ibnu Khaldun dalam bidang
pensejarahan. Mengikut B. Lewis,
buku ini merupakan ensiklopedia
sintesis mengenai metadologi sains
kebudayaan yang penting dan buku ini
dapat membantu ahli sejarah dalam
penghasilan kajian yang benar dan
ilmiah.
o Buku ini membahaskan secara
terperinci tentang sejarah dan
persejarahan. Buku ini setebal lebih
kurang 700 helai muka surat.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
o Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab.
Kandungannya ialah:
o Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan
pertumbuhan umat manusia
o Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau
primitif
o Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja
dan institusi khalifah
o Bab empat- tentang perkembangan kota-kota dan
negeri-negeri serta cara membezakan antara satu
kota dgn kota
o Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat
o Bab enam – cara mempelajari ilmu pengetahuan dan
pendidikan
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
o Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian
asasi dan tidak asasi:
o Bahagian asasi- disiplin falsafah, falsafah sejarah
dan falsafah sains sosial
o Bahagian tidak asasi- geografi, kebudayaan, politik,
agama, peradaban dan ilmu pengetahuan
o Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam
bidang pensejarahan yang merupakan percubaan awal
ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku
pada organisasi politik dan sosial manusia.
o Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk
memahami pola perubahan yang berlaku kepada
organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga
menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana
pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan
yang analitikal dan terperinci.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
4. Pengasas falsafah sejarah
 Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan
atau maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat
manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi,
perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga
mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan
rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan
mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan
pertukangan, dan secara umumnya berkenaan semua
perubahan yang dialami oleh manusia.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
 Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan
masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai
kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu
sama lain.
 Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus,
seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa
Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam
menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu
sendiri yang menentukan sejarahnya.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
 Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip
untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu
peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah
kerajaan, seseorang individu perlu memastikan
penglibatan sebab dan akibat kejadian itu
berlaku.Keadaan ini menunjukkan hubungan secara
langsung antara sebab dan akibat.
 Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan
sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum
Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau
tersirat dalam hukum alam akan ditentukan Allah.
 Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan
rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik
kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti
kebenarannya.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
 Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan
sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan
sejarah:
i. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa
dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab.
ii. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan
iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang
berlaku.
iii.Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar
terhadap apa yang berlaku.
iv.Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya
terhadap peristiwa yang berlaku.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
5. Sebagai Budayawan
• Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.
Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh
Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk
menajamkan kemahirannya dalam bersyair.
• Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak
lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair jelas
kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila
beliau membahaskan tentang syair Arab.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
6. Bapa Ekonomi Islam
• Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi
Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi
yang logik dan realistik.
• Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu
daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh
pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan
David Ricardo (1772-1823).
• Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip
dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking,
kerjasama, kesederhanan dan fairness. Beliau
menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang
belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
SUMBANGAN IBNU
KHALDUN
• Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai memerlukan
pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya di ats
muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat
sebaliknya perlu mengikut ajaran Islam dan mesti
memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat.
• Beliau juga mengemukakan teori bahawa
perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan
antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau
faktor pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor
buruh masih dianggap faktor terpenting dlm proses
pengeluaran.
• Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan
paras harga barangan yang tetap amat perlu utk
mengawal tahap produktiviti.
 Ibnu Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang
terkemuka dan mempunyai pengetahuan yang luas
tentang kajian beliau. Beliau sangat disegani oleh
sarjana Islam dan Barat.
 Buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah dianggap
sebagai pengasas ilmu kepada masyakarat atau
ketamadunan. Selain itu pandangan dan teori-teori
yang dikemukakan oleh beliau telah banyak
menyumbang kepada masyarakat sehingga ke hari ini.
Kesimpulan

More Related Content

What's hot

Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahSharifah Nadia
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia kawaiis
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaNurhawa Rosman
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahfiro HAR
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawLiyaZafirah1
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWGuru Sejarah PraU
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalahwmkfirdaus
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMGuru Sejarah PraU
 

What's hot (20)

Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Tokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islamTokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islam
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi KonvensionalPerbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
 

Viewers also liked (20)

Ibnu khaldun
Ibnu khaldunIbnu khaldun
Ibnu khaldun
 
Ibnu Khaldun
Ibnu KhaldunIbnu Khaldun
Ibnu Khaldun
 
Ibnu Khaldun
Ibnu KhaldunIbnu Khaldun
Ibnu Khaldun
 
Ibn khaldun (Father of sociology)
Ibn khaldun (Father of sociology)Ibn khaldun (Father of sociology)
Ibn khaldun (Father of sociology)
 
Ibn khaldun
Ibn khaldunIbn khaldun
Ibn khaldun
 
Tokoh Tamadun Islam- Ibn Khaldun
Tokoh Tamadun Islam- Ibn KhaldunTokoh Tamadun Islam- Ibn Khaldun
Tokoh Tamadun Islam- Ibn Khaldun
 
Bab 27.ibnu khaldun
Bab 27.ibnu khaldunBab 27.ibnu khaldun
Bab 27.ibnu khaldun
 
Al farabi
Al farabiAl farabi
Al farabi
 
Imam al ghazali
Imam al ghazaliImam al ghazali
Imam al ghazali
 
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
 
Ibn Khaldun - Al Muqaddimah
Ibn Khaldun - Al MuqaddimahIbn Khaldun - Al Muqaddimah
Ibn Khaldun - Al Muqaddimah
 
Ibn batutah
Ibn batutahIbn batutah
Ibn batutah
 
Syeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddinSyeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddin
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
 
Hamka permata nusantara
Hamka permata nusantaraHamka permata nusantara
Hamka permata nusantara
 
Tokoh islam
Tokoh islamTokoh islam
Tokoh islam
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
IMAM GHAZALI VIEWS ON EDUCATION
IMAM GHAZALI VIEWS ON EDUCATIONIMAM GHAZALI VIEWS ON EDUCATION
IMAM GHAZALI VIEWS ON EDUCATION
 
Al biruni
Al biruniAl biruni
Al biruni
 
Ibnu khuldun tokoh sejarawan ulung
Ibnu khuldun tokoh sejarawan ulungIbnu khuldun tokoh sejarawan ulung
Ibnu khuldun tokoh sejarawan ulung
 

Similar to SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM

SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdf
SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdfSUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdf
SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdfTransformasiPM
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniWan Ali Abbas
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Ezad Azraai Jamsari
 
CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...
CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...
CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...MARYAM ARIFFIN
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAAcu Atiq
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanmdnasiry
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayushamarsetia
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli suziana15
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lainalexanderchan
 
Ecs 1213 sosiologi pendidikan
Ecs 1213 sosiologi pendidikanEcs 1213 sosiologi pendidikan
Ecs 1213 sosiologi pendidikanErwina Masir
 
Sumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekSumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekKhai Khai
 
Ibn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiIbn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiasihwiniy viniy
 
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan AnotasiTaha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan AnotasiEzad Azraai Jamsari
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufUNISZA
 
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Ezad Azraai Jamsari
 

Similar to SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM (20)

SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdf
SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdfSUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdf
SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM.pdf
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
 
pipiey (1).docx
pipiey (1).docxpipiey (1).docx
pipiey (1).docx
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
 
CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...
CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...
CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Int...
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
 
Ecs 1213 sosiologi pendidikan
Ecs 1213 sosiologi pendidikanEcs 1213 sosiologi pendidikan
Ecs 1213 sosiologi pendidikan
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Sumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekSumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelek
 
Ibn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiIbn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandi
 
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan AnotasiTaha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 

SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM

  • 2. LATAR BELAKANG • Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar kepada Khaldun. • Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.
  • 3. LATAR BELAKANG • Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun. • Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab. • Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.
  • 4. LATAR BELAKANG • Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin. • Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir. • Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee.
  • 5. LATAR BELAKANG • Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas. • Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.
  • 6. SUMBANGAN IBNU KHALDUN 1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik  Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.  Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al- Dudhah).  Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.
  • 7. SUMBANGAN IBNU KHALDUN 2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam o Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan. o Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani. o Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
  • 8. SUMBANGAN IBNU KHALDUN o Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. o Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
  • 9. SUMBANGAN IBNU KHALDUN 3. Karya Agung Ibnu Khaldun o Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan. Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah. o Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat.
  • 10. SUMBANGAN IBNU KHALDUN o Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah: o Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia o Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif o Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah o Bab empat- tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dgn kota o Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat o Bab enam – cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan
  • 11. SUMBANGAN IBNU KHALDUN o Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi: o Bahagian asasi- disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial o Bahagian tidak asasi- geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan o Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. o Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.
  • 12. SUMBANGAN IBNU KHALDUN 4. Pengasas falsafah sejarah  Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia.
  • 13. SUMBANGAN IBNU KHALDUN  Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.  Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya.
  • 14. SUMBANGAN IBNU KHALDUN  Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini menunjukkan hubungan secara langsung antara sebab dan akibat.  Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam akan ditentukan Allah.  Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
  • 15. SUMBANGAN IBNU KHALDUN  Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah: i. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab. ii. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. iii.Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. iv.Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
  • 16. SUMBANGAN IBNU KHALDUN 5. Sebagai Budayawan • Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair. • Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair jelas kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila beliau membahaskan tentang syair Arab.
  • 17. SUMBANGAN IBNU KHALDUN 6. Bapa Ekonomi Islam • Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. • Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). • Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking, kerjasama, kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
  • 18. SUMBANGAN IBNU KHALDUN • Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya di ats muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikut ajaran Islam dan mesti memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat. • Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting dlm proses pengeluaran. • Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu utk mengawal tahap produktiviti.
  • 19.  Ibnu Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkemuka dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kajian beliau. Beliau sangat disegani oleh sarjana Islam dan Barat.  Buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah dianggap sebagai pengasas ilmu kepada masyakarat atau ketamadunan. Selain itu pandangan dan teori-teori yang dikemukakan oleh beliau telah banyak menyumbang kepada masyarakat sehingga ke hari ini. Kesimpulan