1. SUMBANGAN
KHALIFAH UMAR
ABDUL AZIZ
Khalifah Bani Umayyah Ke-8
(717 – 720M)
Free Powerpoint Templates Page 1
2. LATAR BELAKANG
KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
• Nama sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz ialah Umar bin Abdul
Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin al-’As bin Umayyah.
• Dilahirkan di kota Helwan berhampiran Kaherah, Mesir pada
682M (62H) semasa ayahnya Abdul Aziz bin Marwan menjadi
gabenor di Mesir. Khalifah Umar drp keturunan yg mulia iaitu
ibunya bernama Ummu Asim binti Umar bin al-Khattab.
• An-Nawwawi dlm Tahzibul Asma menyatakan, “tidak hairanlah
kalau KUAA memiliki ciri-ciri mulia dan terkemuka seperti yg
dimiliki oleh Khalifah Umat al-Khattab”.
• Beliau telah menghafal al-Quran sejak kecil dan mendalami
ilmu fekah, meriwayat hadis, tafsir dlm ilmu-ilmu Islam yg lain
di Madinah. Khalifah Umar terkenal dgn panggilan ulama atau
wali sehingga dikatakan “ulama-ulama di sisi Umar bin Abdul
Aziz adalah pelajar-pelajar”.
Free Powerpoint Templates Page 2
3. • Beliau pernah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun
semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik pada
tahun 86H. Kemudian telah dipecat apb beliau tdk bersetuju
dgn al-Walid yg hendak melantik anaknya sebagai putera
mahkota, sedangkan jawatan itu sedang dipegang oleh
Sulaiman bin Abdul Malik.
• Umar Abdul Aziz telah dilantik menjadi khalifah ketika
berumur 39 tahun setelah Khalifah Sulaiman mewasiatkan
secara bertulis selepas kewafatan Khalifah Sulaiman.
• Sebaik shj dilantik Khalifah Umar telah menyampaikan ucapan
dasar yg berbunyi, “Demi Allah, semua bukannya
permintaanku. Wahai umat Islam, aku telah dibebani oleh
perkara yg bukan aku diminta pendapatku terlebih dahulu dan
tidak pula atas permintaanku sendiri, juga tidak atas
permesyuaratan kaum muslimin. Pilihlah sesiapa shj yg tuan-
tuan sukai”.
Free Powerpoint Templates Page 3
4. • Corak pemerintahan Khalifah Umar hampir sama dgn
kepimpinan datuknya Khalifah Umar al-Khattab dari segi
zuhudnya, taqwanya, dasar, pola dan pegangannya dgn kitab
Allah dan sunah Rasulullah SAW. Lantaran itulah beliau
digelar Khalifah al-Rasyidin yg kelima.
• Khalifah Umar telah meninggal dunia pada bulan Rejab tahun
101H (720M) akibat terminum racun yg dilakukan oleh gol yg
benci kpd kejayaan dan kemajuan Bani Umayyah. Beliau telah
dikebumikan di Deir-Simon. Beliau sempat memerintah
selama 2 tahun setengah.
• Makamnya dihormati oleh semua pihak dan kuburnya tidak
dibongkarkan oleh Khulafa’ Bani Abbasiyyah walaupun
kubur-kubur Khalifah Bani Umayyah yg lain telah
dibongkarkan.
Free Powerpoint Templates Page 4
5. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
1. DASAR PEMERINTAHAN BERLANDASKAN AL-QURAN DAN
HADIS
• Khalifah Umar Abdul Aziz menjalankan polisi pemerintahan
berdasarkan al-Quran dan Hadis. Beliau telah mengarahkan
semua pegawai dan kakitangan kerajaan menjalankan tugas
berlandaskan al-Quran dan hadis. Beliau juga telah
menghantar surat pekeliling kpd pegawainya
iaitu...“Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan Nabi
Muhammmad SAW sebagai petunjuk jalan yg benar” dan “Dia
Allah yg mengutuskan RasulNya dgn petunjuk dan
agamaNya yg benar supaya ditinggikan ke atas segala
agama, sekalipun yg dibenci oleh org-org musyrikin”.
• Khalifah Umar telah menghapuskan segala bentuk kezaliman
dlm pemerintahan Bani Umayyah spt mengambil semula
semua harta rampasan perang yg dikuasai oleh keluarga Bani
Umayyah dan dijadikan hak milik kerajaan.
Free Powerpoint Templates Page 5
6. • Beliau turut memecat pegawai dan kaki tangan kerajaan yg
zalim dan tidak mengikut al-Quran serta hadis spt memecat
Usman bin Zaid al-Taikhi (gabenor Mesir), Yazid bin Abu
Muslim (gabenor Afrika Utara), Saleh bin Abdul Rahman
(gabenor Iraq) dan al-Harith bin Abdul Rahman (gabenor
Sepanyol).
• Beliau juga telah bertindak menghapuskan amalan rasuah di
jabatan kerajaan dan penggunaan wang negara sewenang-
wenangnya.
• Khalifah Umar sentiasa menjalin hubungan dgn pegawai dan
kakitangan kerajaan serta rakyat tanpa mengira kedudukan
dan keturunan.
• Khalifah Umar turut membahagikan wilayah Islam kpd 5
daerah yg diketuai oleh seorg pemerintah supaya pentadbiran
menjadi lebih licin. Antaranya ialah Yaman, Hijaz dan Arab
Tengah; Mesir, Arab Utara dan Arab Selatan; Armenia,
Azerbaijan dan Asia Minor; Afrika Utara, Andalus, Tangier,
Sicily dan Saidan; Iraq, Parsi, Oman, Bahrin, Sajistan,
Karman, Kabul, Khurasan dan Punjab.
Free Powerpoint Templates Page 6
7. • Beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-syura
mengikut Islam khususnya dlm membuat keputusan yg
menyentuh dasar-dasar negara dan perkara yg berkaitan dgn
rakyat. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak dipraktikan
pada masa khalifah Bani Umayyah kecuali di zaman Khalifah
Umar bin Abdul Aziz sahaja.
• Beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-syura
mengikut Islam khususnya dlm membuat keputusan yg
menyentuh dasar-dasar negara dan perkara yg berkaitan dgn
rakyat. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak dipraktikan
pada masa khalifah Bani Umayyah kecuali di zaman Khalifah
Umar bin Abdul Aziz sahaja.
• Khalifah Umar juga telah membentuk pelbagai jabatan bagi
melincinkan lagi urusan pentadbiran spt Jabatan Ketua
Setiausaha Kerajaan, Jab. Penerangan, Jab. Cukai, Jab. Hasil
Dalam Negeri, Jab. Pertahanan.
Free Powerpoint Templates Page 7
8. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
2. MENGUBAH DASAR LUAR
• Khalifah Umar turut mengubah dasar luar kerajaan Bani
Umayyah iaitu sebelum beliau kerajaan Bani Umayyah kerap
mengadakan ekspidisi ketenteraan utk meluaskan empayar
dan pengaruh Islam.
• Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah menggunakan
kaedah diplomasi utk meluaskan pengaruh kerajaan Islam
kerana beliau tidak suka kpd pertumpahan darah dan benci
kpd peperangan.
• Beliau telah bertindak memanggil pulang tentera-tentera
Islam yg berada di Contantinople ketika panglima Musallah
al-Syria sedang menyusun strategi utk bertindak ke atas org
Kristian.
Free Powerpoint Templates Page 8
9. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
3. MENGHAPUSKAN JAWATAN PENGAWAI PERIBADI
• Pada zaman Rasulullah SAW dan Khalifa’ al-Rasyidin, tidak
wujud jawatan pegawai peribadi utk menjaga keselamatan
mereka. Keadaan ini telah membuka peluang kepada org
ramai utk berjumpa dgn pemerintah di mana-mana sahaja.
• Jawatan ini mula diwujudkan ketika pemerintahan Khalifah
Muawiyah bin Abu Sufian demi utk menjaga keselamatan
khalifah kerana khalifah mempunyai ramai musuh spt
golongan Syiah dan Khawarij.
• Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, penggunaan
perkhidmatan ini telah dihapuskan kerana sukar utk rakyat
menemuinya bagi membuat sebarang aduan serta
mengemukakan pendapat mereka. Dengan penghapusan
jawatan ini telah membolehkan rakyat menemui khalifah pada
bila-bila masa sahaja.
Free Powerpoint Templates Page 9
10. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
4. MENGHAPUSKAN CACIAN TERHADAP KHALIFAH ALI BIN
ABI TALIB
• Kecaman dan kutukan terhadap Khalifah Ali dan
keturunannya dari Bani Hashim telah dilakukan dalam setiap
khutbah Jumaat sejak zaman Muawiyah bin Abi Sufian.
• Khalifah Umar Abdul Aziz telah melakukan pembaharuan dgn
menghapuskan amalan ini kerana tindakan ini mencemarkan
maruah seseorg dan mendedahkan kelemahan umat Islam.
• Oleh itu, beliau telah mengarahkan agar kecaman dan
kutukan itu digantikan dengan seruan agar umat Islam
berbaik antara satu sama lain dan ayat-ayat suci al-Quran spt
surah al-Nahl, ayat 90, yang bermaksud: “sesungguhnya
Allah menyuruh mengerjakan keadilan, kebajikan serta
menolong keluarga yang hampir dan melarang melakukan
perbuatan yang keji, yang mungkar dan aniaya. Moga-moga
kamu mengambil peringatan”.
Free Powerpoint Templates Page 10
11. • Dengan itu dapat menghidupkan semula roh ukhwah
Islamiyah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW.
Penghapusan cacian ini juga telah mewujudkan hubungan
baik antara keluarga Nabi Muhammad SAW dengan Bani
Umayyah dan penentangan drp golongan Syiah mulai
berkurangan.
Free Powerpoint Templates Page 11
12. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
5. MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN ILMU
• Zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan
zaman kemuncak perkembangan ilmu pengetahuan.
Beberapa kota telah muncul sebagai gedung ilmu
pengetahuan spt Kufah, Damsyik dan Basrah.
• Masjid dijadikan pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Gol
intelek bukan Islam diambil utk mengajar ilmu pengetahuan
yg tdk bertentangan dgn akidah Islam. Ilmu duniawi dan
ukhrawi dititiberatkan utk umat Islam berjaya di dunia dan
kesenangan di akhirat.
• Beliau turut menggalakkan ilmu pengetahuan berkaitan dgn
al-Quran dan hadis. Dgn ini lahirlah ilmu tafsir, ilmu al-Quran
dan hadis, ilmu berbentuk duniawi spt geografi, bahasa,
sains, algebra, perubatan dll.
Free Powerpoint Templates Page 12
13. • Pada zaman beliau juga lahirnya imam-imam terkenal spt
Imam Abdul Malik di Hijaz dan Imam Hanifa di Iraq. Akhirnya
Kota Damsyik menjadi tumpuan penduduk seluruh Tanah
Arab
Free Powerpoint Templates Page 13
14. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
6. MEMULIHKAN INSTITUSI BAITULMAL
• Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar Abdul Aziz telah
memulihkan institusi Baitulmal. Beliau mengambil balik harta
rampasan perang yg dimiliki oleh keluarga Bani Umaiyyah
dan diletakkan semula dlm Baitulmal.
• Sistem pemungutan cukai dikemaskinikan dgn tujuan
menghapuskan kegelisahan dan penindasan yg dihadapi oleh
rakyat tanpa mengira agama. Cukai jizyah ke atas golongan
Mawali dihapuskan dan kadar cukai kharaj diturunkan.
• Khalifah Umar Abdul Aziz berbuat demikian adalah utk
menyesuaikan dgn polisi pemerintahan Rasulullah SAW yg
memimpin dan menunjukkan jalan yg benar bukannya utk
memungut cukai. Tindakan yg dilakukan oleh beliau
mendapat sokongan padu drp pegawai dan kakitangan
kerajaan.
Free Powerpoint Templates Page 14
15. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
7. MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT
• Untuk menjaga kebajikan rakyat, beliau telah berusaha
memperbaiki taraf kedudukan dan meningkatkan pendapatan
rakyat dengan cara meningkatkan gaji pegawai, kakitangan
kerajaan dan golongan buruh.
• Tujuannya utk menghapuskan jurang perbezaan hidup antara
rakyat dan mengelakkan berlakunya perkara yg tdk diingini
spt mencuri dan bertentangan dgn konsep pemerintahan
Islam.
• Pembaharuan ini telah menyebabkan tdk terdpt seorg pun
org Islam yg miskin dan hidup melarat. Pada zaman beliau
memerintah rakyat hidup mewah dan makmur sehingga
menyukarkan gol yg hendak mengeluarkan zakat kerana tdk
ada org Islam yg layak menerima zakat.
Free Powerpoint Templates Page 15
16. • Beliau juga turut menyediakan kemudahan awam utk rakyat
spt membina hospital, rumah tumpangan, biasiswa utk
pelajar, membina jalan raya, rumah org tua dan sistem
pengairan utk pertanian.
• Beliau berusaha menanamkan sifat tolong menolong dan
kerjasama dlm kalangan umat Islam tanpa mengira status
manusia. Semua kemudahan kerajaan tdk boleh
dipergunakan utk kegunaan peribadi atau keluarga, kecuali
utk rakyat. Ini adalah satu pembaharuan yg tdk pernah
dilakukan oleh mana-mana khalifah Bani Umaiyyah sebelum.
Free Powerpoint Templates Page 16
17. KESIMPULAN
• Dasar pemerintahan beliau yang adil, tanpa diskriminasi telah
mewujudkan suasana yg aman dan harmoni di kalangan
rakyat yg berbilang bangsa dan fahaman.
• Semua gerakan anti kerajaan Bani Umayyah terhenti kerana
golongan ini berpuashati dgn polisi yg diamalkan oleh
Khalifah Umar.
• Selepas kewafatan beliau pada tahun 720M keadaan politik
kembali spt sebelumnya yg mana wujud semuala gerakan-
gerakan anti Bani Umayyah yg dipelopori oleh golongan
Khawarij dan Syiah.
Free Powerpoint Templates Page 17