SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
306
TRANSFORMASI KAEDAH PERLAKSANAAN WAKAF: SATU TINJAUAN
AWAL TERHADAP PENGURUSAN WAKAF KORPORAT JOHOR
CORPORATION (JCorp)1
Sakinatul Raadiyah Abdullah2
Pusat Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Abstrak
Kaedah wakaf mempunyai ruang yang cukup besar dalam membangun ekonomi
masyarakat Islam di negara ini. Usaha penggemblengan wakaf adalah satu
pendekatan yang sesuai dan berciri maju dalam menyusun masyarakat tempatan dan
seterusnya membangun kekuatan ekonomi. Kepelbagaian kaedah perlaksanaan
wakaf mutakhir ini memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat
untuk melakukan amalan terpuji ini. Maka, tujuan utama penulisan ini adalah untuk
mengupas pelaksanaan wakaf korporat dari perspektif Islam di samping meninjau
sejauhmana kaedah pelaksanaan wakaf mengikut kaedah ini memberi kebaikan
kepada umat Islam sejagat khususnya. Namun persoalannya, adakah pelaksanaan
pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam.
Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kaedah perlaksanaan wakaf
korporat yang telah dilakukan oleh beberapa agensi seperti JCorp. Analisis dilakukan
dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel.
Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan
analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Hasil kajian mendapati wakaf
korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham
yang terdapat dan diterima pakai di dalam Islam. Berasaskan laporan tahunan yang
dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah
memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Kajian ini diakhiri dengan
beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan menambahbaikkan dalam pelaksanaan
pembangunan wakaf tersebut.
Kata Kunci: Transformasi, Wakaf Korporat, Johor Corporation (JCorp)
1
Kertas kerja yang dibentangkan dalam The 9th
ISDEV International Islamic Development
Management Conference (IDMAC 2015) di Universiti Sains Malaysia, Malaysia pada 8-9 Disember
2015.
2
Sakinatul Raadiyah binti Abdullah merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan
Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
307
PENDAHULUAN
Wakaf merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam
Islam. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam
melakukan amalan kebajikan seperti sedekah jariah, hibah, derma dan sebagainya3
.
Di samping itu, terdapat juga beberapa hadith Nabi SAW yang menuntut umat Islam
melakukan amalan kebajikan ini4
.
Melalui tuntutan yang terdapat dalam al-Quran dan hadith tersebut, ini mengajar
umat Islam bahawa harta yang paling baik dan paling disayangi itulah yang terbaik
untuk diinfaq atau diserah kepada jalan Allah. Hal demikian bagi membolehkan umat
manusia keseluruhannya mendapat manfaat yang maksimum hasil daripada harta
tersebut (Nik Mustapha Nik Hassan, 2014).
Sejarah membuktikan institusi wakaf bertindak sebagai sumber pembiayaan dan
menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi ketika zaman pemerintahan
Khalifah Othmaniah. Menerusi sumbangan wakaf, keperluan asas dan pembangunan
infrastruktur masyarakat Muslim khasnya dan bukan Islam amnya dapat dibantu.
Menyedari potensi dan peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi negara,
kerajaan mula mengorak langkah dengan melakukan penambahbaikkan dan
pembaharuan. Hal ini adalah sangat wajar memandangkan peruntukan undang-
undang yang berbeza di setiap negari (Nurul Asykin Mahmood & Muhammad
Hakimi Mohd Shafiai, 2013). Jika ditinjau dari aspek sejarah, institusi-institusi wakaf
terutamanya pada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah mempunyai peranan
yang amat besar di dalam membiayai pembinaan kemudahan-kemudahan awam bagi
manfaat masyarakat (Murat, 2011a; Magda, 2013). Pelbagai fasiliti awam seperti
jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital dibiayai oleh dana-dana wakaf tanpa
melibatkan peruntukan daripada kerajaan. Ianya juga memberikan peluang pekerjaan
kepada golongan muda dan membantu meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam.
Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah melemahkan institusi wakaf untuk
terus berperanan sebagai agen pembangunan negara. Walaubagaimanapun, di dalam
tempoh tiga dekad yang lalu sehingga kini telah menyaksikan umat Islam di
beberapa negara seperti Turki, Pakistan, Kuwait dan Malaysia berusaha
mengembalikan semula peranan besar institusi wakaf. Pihak kerajaan dan juga
badan-badan swasta di negara terbabit telah terlibat secara langsung di dalam
menguruskan dan mentadbir aset-aset wakaf sedia ada dan membangunkan harta-
harta baru wakaf.
3
Antaranya, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan
yang sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian daripada harta yang paling kamu sayangi
dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”.
Lihat, al-Quran, al-Imran: 92.
4
Antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah
r.a, Nabi s.a.w bersabda: Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa daripada akan-anak
soleh yang mendoakannya". (Hadith Riwayat Muslim). Lihat, al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin
Syarf (1994), Sahih Muslim bi Syarh al-Imam Muhyi al-Din al-Nawawi, jld. 11, hadith no. 4199,
Beirut: Dar al-Ma„rifah, hal. 817.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
308
Di Malaysia, kerajaan telah memberi peruntukan khas dalam Rancangan Malaysia
untuk pembangunan institusi wakaf sedia ada yang dijangka mampu menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi (Sanep Ahmad &
Nur Diyana Muhamed, 2011). Menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),
tumpuan diberi kepada program pembangunan hartanah wakaf. Peruntukan yang
diberi adalah sebagai pembiayaan bagi projek-projek pembangunan di atas tanah
wakaf milik MAIN.
Perlu juga ditegaskan bahawa penglibatan sektor korporat di dalam pengurusan dan
pentadbiran wakaf akan dapat membantu memperbaiki imej dan persepsi masyarakat
terhadap institusi wakaf yang dianggap tidak mempunyai tadbir urus yang cekap di
dalam pengurusan aset-aset wakaf. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku
pemegang amanah tunggal harta wakaf di negeri-negeri didapati tidak mempunyai
staf yang cukup, terlatih dan berpengalaman di dalam mengurus sejumlah besar aset
wakaf (Siti Mashitoh, 2006). Selain itu MAIN juga didapati tidak mempunyai data
rekod aset wakaf yang sistematik yang menyebabkan terdapat kes-kes kehilangan
rekod tanah wakaf (Megat dan Asiah, 2006). Aspek dokumentasi juga telah
mengakibatkan terdapat tanah-tanah wakaf yang menjadi rebutan di antara pewaris-
pewaris dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kerana nama pemilik tanah masih
belum ditukar walaupun telah diwakafkan dan apabila berlaku kematian, pewaris
menganggap hartanah tersebut merupakan harta faraid (Wan Abdul Halim, 2012).
Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kaedah perlaksanaan wakaf
korporat yang telah dilakukan oleh beberapa agensi seperti JCorp serta akan
mengenalpasti adakah pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi
matlamat amalan wakaf dalam Islam.
PENGERTIAN WAKAF KORPORAT
Perkataan wakaf dari sudut bahasa berasal daripada perkataan “waqafa” yang
bermaksud berhenti, mencegah ataupun menahan. Dari sudut istilah pula, wakaf
bererti apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada
sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah5
dan wasiat di samping mengekalkan
sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf
kepada Allah SWT. Jadi secara umumnya wakaf bermaksud menahan zat sesuatu
barang daripada dijual, digadai, dihibahkan serta tidak boleh dipindahkan sebagai
warisan demi manfaatnya telah disedekahkan ke jalan Allah (Mohamad Zaim
Isamail, Khadher Ahmad: 2013).
Manfaat harta yang diwakafkan adalah untuk kebajikan umum atau khusus (yang
ditetapkan) mengikut kepada niat pewakaf. Pendapatan, perolehan atau manfaat
daripada harta wakaf itu perlu dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan sebagai
usaha pendampingan diri pewakaf kepada Allah SWT. Dengan sebab itu, harta
tersebut tidak lagi menjadi milik pewakaf, tidak boleh diambil kembali dan tidak
boleh dimiliki oleh sesiapa. Ianya hak milik mutlak Allah SWT. Kaedah pengurusan
5
Hibah adalah pemberian (dari seseorang) dengan pengalihan hak milik atas hartanya yang jelas, yang
ada semasa hidupnya kepada orang lain. Jika di dalamnya disyaratkan adanya pengganti yang jelas,
maka ia dinamakan jual beli (Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, 2008: 105).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
309
yang baik perlu dilakukan oleh golongan yang diamanahkan untuk menguruskan
harta wakaf agar tujuan dan niat asal pewakaf dapat dimanfaatkan dengan baik dan
pahala pewakaf berterusan (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997).
Wakaf juga merupakan satu amalan sedekah yang merupakan sebahagian daripada
amalan soleh yang diamalkan oleh umat Islam seiring dengan perkembangan Islam
itu sendiri. Amalan wakaf sememangnya mempunyai ganjaran besar di sisi Allah
SWT. Kesedaran umat Islam pada hari ini berkaitan dengan wakaf semakin tinggi.
Justeru, amalan rohani ini menjadi satu cara bagi mendekatkan diri kepada Allah
SWT bersesuaian dengan ganjaran yang berterusan dan berlipat kali ganda menanti
pewakaf di dunia dan di akhirat (Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad: 2013).
Ini jelas sebagaimana sabda Nabi SAW:
Dari Abi Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w
bersabda, “Apabila mati seorang anak Adam, terputus
segala amalannya kecuali tiga benda, sedekah jariah,
ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan
anak soleh yang sentiasa mendoakan kepadanya.”
(Hadith riwayat Abu Dawud)
Wakaf juga merupakan ejen pembangunan ekonomi umat Islam. Ia merupakan salah
satu daripada kontrak tabarru’6
dalam sistem muamalat Islam. Tujuannya ialah
memberikan ruang kepada umat Islam untuk menginfaqkan harta pada jalan
kebajikan menuju redha Allah SWT. Bahkan, wakaf juga mampu membantu
golongan tertentu bagi meningkatkan taraf hidup mereka di samping menjana aset
kekayaan umat Islam.
Kecenderungan syarikat-syarikat korporat melibatkan diri dalam aspek pengurusan
dan pembangunan aset wakaf yang turut dikenali sebagai wakaf korporat secara tidak
langsung menunjukkan etika terpuji dunia korporat yang tidak hanya berfokuskan
kepada kegiatan yang bersifat keuntungan semata-mata. Kebanyakan syarikat-
syarikat terlibat di dalam program-program wakaf yang melibatkan pendidikan,
kesihatan dan pengurusan hartanah wakaf. Kegiatan seperti ini adalah sebahagian
daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) entiti korporat. Institusi wakaf dapat
mengambil manfaat tentang aspek-aspek tadbir urus terbaik, akauntabiliti dan
transparensi dunia korporat di dalam pengurusan dan pentadbiran aset-aset wakaf
terutamanya wakaf tunai yang memerlukan pengalaman dan kepakaran tersebut.
Wakaf korporat merujuk kepada suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang
berbentuk harta alih seperti wang tunai, saham syarikat dan dividen saham yang
diurus tadbir secara penuh oleh entiti korporat ataupun secara kerjasama di antara
syarikat korporat dan pihak berkuasa wakaf (Magda, 2013). Di antara elemen penting
bagi struktur wakaf korporat adalah aset wakaf adalah di dalam bentuk harta alih,
6
Tabarru' bermaksud suatu bentuk derma ikhlas yang diberi oleh satu pihak dengan tidak meminta
pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Tabarru' adalah antara amalan soleh yang sangat
digalakkan oleh Islam. Islam menggalakkan semangat tolong-menolong dan berkasih sayang antara
satu sama lain. Justeru amalan bersedekah ini sangat tinggi nilainya di sisi Islam (Wan Jemizan Wan
Deraman, 2009).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
310
manakala pemegang amanah wakaf iaitu syarikat korporat adalah merupakan
mutawwali dan juga penerima harta wakaf (Asharaf dan Abdullaah, 2013)
Terminologi wakaf korporat pertama kali digunakan oleh pihak Johor Corporation
(JCorp) yang melancarkan wakaf korporat pada tahun 2006 dengan mewakafkan
saham miliknya yang bernilai RM200 juta di dalam anak syarikatnya iaitu Kulim
(M) Berhad, KPJ Healthcare Berhad dan Johor Land Berhad (JCorp, 2006;
Muhammad Ali Hashim, 2011). Wakaf An-Nur Corporation (WANCorp) iaitu anak
syarikat JCorp telah dipertanggungjawabkan mengurus wakaf korporat yang
memberikan fokus kepada aspek kesihatan melalui rangkaian Klinik Wakaf An-Nur
dan Hospital Wakaf An-Nur (Asharaf and Abdullah, 2012; Hajah Mustafa et.al,
2009; Ab. Shakor, 2011). Pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik dan
hospital berkenaan dikenakan caj yang minima iaitu Ringgit Malaysia Lima sahaja
dan pesakit-pesakit terdiri daripada yang beragama Islam dan lain-lain.
Terdapat syarikat-syarikat korporat di beberapa negara yang telah melibatkan diri di
dalam pengurusan harta wakaf terutamanya yang melibatkan sektor pendidikan dan
kesihatan. Dua konglomerat terkemuka di Turki umpamanya seperti Koc Holdings
yang memiliki sekitar 500 anak syarikat dan Habanci Holdings melalui Koc
Foundation dan Sabanci Foundation telah terlibat secara langsung di dalam
membiayai penubuhan universiti dan sekolah wakaf (Murat, 2011a). Manakala di
Pakistan Hamdard Laboratories iaitu sebuah syarikat berkaitan farmaseutikal telah
menubuhkan Hamdard Foundation yang bertujuan untuk menguruskan dan
menyalurkan dana wakaf kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pelajar-
pelajar sekolah dan orang miskin (Hamdard Foundation, 2013). Jika diteliti, ketiga-
tiga entiti korporat di atas telah menubuhkan Yayasan Amanah mereka sendiri bagi
mengurus dan mentadbir aset-aset wakaf mereka.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan
analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Analisis dilakukan dengan
meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Kajian
perpustakaan dijalankan dengan bersumberkan buku, kertas seminar, laman
sesawang agensi yang berautoriti seperti JAWHAR, JAKIM, Majlis Agama Islam
Negeri dan laman sesawang individu pakar bidang ekonomi Islam.
PELAKSANAAN PEMBANGUNAN WAKAF KORPORAT JCORP
Institusi wakaf di negara ini telah mula mengorak langkah berkembang selaras
dengan perkembangan dan keperluan semasa. Kajian menunjukkan institusi tersebut
tidak lagi tertumpu kepada pembangunan tanah semata-mata. Ia mula mengambil
langkah dengan memperkenalkan beberapa kaedah pembangunan wakaf yang
bersifat kontemporari seperti wakaf tunai, wakaf sukuk, saham wakaf, wakaf saham
dan sebagainya. Bentuk wakaf yang paling kontemporari di negara ini ialah
pelaksanaan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad
(JCorp). Wakaf korporat ini dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh
sebuah institusi bisnes korporat di dunia. Ia diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu
Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan sebuah syarikat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
311
berhad dengan jaminan JCorp sendiri. WANCorp ditubuhkan untuk menguruskan
aset dan saham-saham syarikat kumpulan JCorp yang diwakafkan di samping
berperanan sebagai 'Maukuf Alaihi' ke atas semua saham-saham dan lain-lain bentuk
sekuriti syarikat JCorp7
.
Sejarah WANCorp bermula pada 25 Oktober 2000 dengan nama Pengurusan Klinik
Waqaf An-Nur Berhad. Melalui Perjanjian Persefahaman di antara JCorp dan Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 4 Disember 2009, MAIJ bersetuju melantik
WANCorp untuk menjalankan kuasa dan tugas-tugas sebagai Nazir Khas menurut
Kaedah-Kaedah Wakaf 1983 di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Johor 2003. Pelantikan ini berkuatkuasa mulai 11 Julai 2005. Perjanjian ini juga
membolehkan JCorp terus mewakafkan saham-saham syarikat miliknya mengikut
kaedah wakaf korporat. Ciri utama wakaf korporat JCorp adalah terletak pada kaedah
pengurusan harta iaitu saham-saham syarikat JCorp yang diwakafkan di mana semua
saham akan didaftarkan sebagai wakaf dengan MAIJ di atas nama WANCorp.
Selaku Nazir Khas, WANCorp akan bertanggungjawab menguruskan semua urusan
yang berkaitan dengan saham-saham tersebut dan pengagihan manfaat sebagaimana
terkandung di dalam hujjah wakaf (Abd. Shakor bin Borham, 2011)8
.
Waqaf korporat ini bukan sekadar memperuntukan sumbangan manfaat kepada
program atau golongan sasaran seperti lazimnya kerana WANCorp turut merangka
strategi bagi mengoptimumkan penggunaan harta wakaf seterusnya
memaksimumkan nilai manfaat bagi jangka masa panjang. Tindakan tersebut
dikenali sebagai proses produktiviti waqaf korporat yang merujuk kepada penjanaan
kembali manfaat wakaf. Menerusi proses itu, manfaat harta wakaf tidak hanya
tertumpu kepada satu peringkat sahaja kerana penggunaan manfaat daripada
peringkat pertama diharap membantu penerima khususnya dan ekonomi negara
amnya bertambah baik pada peringkat kedua. Walaupun tidak semua program agihan
manfaat waqaf korporat dapat dijana kembali, namun dari sudut ekonomi, penerima
manfaat wakaf dapat keluar daripada zon kemiskinan dan diharap turut sama terlibat
sebagai pewakaf (Nurul Asykin Mahmood & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,
2013).
Pelaksanaan wakaf korporat JCorp dilakukan dengan mewakafkan sejumlah RM200
juta (Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tersenarai dan RM50.27 juta
(Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tidak tersenarai di Bursa
Malaysia. Pada 29 Jun 2009, WANCorp telah menggunakan kaedah istibdal unit
saham Johor Land Berhad yang diwakafkan memandangkan syarikat tersebut telah
dikeluarkan dari syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Penggantian ini
dilakukan dengan unit saham dalam Al-'Aqar KPJ REIT iaitu sebuah lagi anak
syarikat JCorp yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sehingga Disember 2009, nilai
keseluruhan aset bersih saham-saham yang diwakafkan telah meningkat kepada
RM282.89 juta. Ini termasuklah nilai saham-saham dalam syarikat yang tersenarai
dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia. (Lihat lampiran A). Dari segi pengagihan
manfaat, WANCorp bertanggungjawab mengagihkan berdasarkan kepada hujjah
wakaf di mana sebanyak 70% kepada JCorp sebagai Pelaburan semula dan
Pembangunan Insan, 25% kepada WANCorp untuk manfaat Fisabilillah dan 5%
7
Lihat, Laporan Tahunan Johor Corporation: 2008.
8
Lihat, Laporan Tahunan Johor Corporation: 2009.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
312
diserahkan kepada MAIJ. Sejak tahun 2006 sehingga 2009, jumlah manfaat
Fisabillah yang telah diterima oleh WANCorp berjumlah RM2,786,169.74.
Manakala jumlah agihan manfaat yang telah diserahkan kepada MAIJ berjumlah
RM557,566.00 (Abd. Shakor bin Borham, 2011).
Melalui agihan manfaat Fisabilillah, ia digunakan bagi membiayai program
kebajikan dan amal, pembangunan dan modal insan, merawat pesakit dan
sebagainya. Ini termasuklah pelaksanaan progam di bawah tanggungjawab sosial
korporat (TSK) JCorp. Antaranya, mengendalikan perkhidmatan kesihatan di 13
buah rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) dan Pusat Dialisis di 4 buah klinik
dan sebuah hospital wakaf yang diuruskan oleh KPJ Healthcare Bhd9
. Sehingga 31
Disember 2009 seramai 544,949 orang pesakit telah menerima rawatan ini seluruh
rangkaian KWAN manakala 115 orang pesakit menerima rawatan dialisis. Di
samping itu, WANCorp juga terlibat dalam pengurusan masjid dan pembangunan
tanah wakaf. Sehingga kini, WANCorp telah menguruskan 7 buah masjid dan 2 buah
sekolah agama serta membangunkan sebidang tanah untuk Rumah Kebajikan Anak
Yatim Darul Hanan. Selain itu, WANCorp turut memantau 10 buah masjid, 3 buah
surau jumaat dan 22 buah surau yang dibina di dalam kawasan ladang-ladang di
bawah pengurusan Kulim (Malaysia) Berhad dengan jumlah ahli kariah dianggarkan
lebih 15,000 orang. Bagi pembangunan sosioekonomi pula, WANCorp telah
menyediakan pemberian bantuan kewangan yang dikenali sebagai Waqaf Dana
Niaga (WDN) yang berkonsepkan pinjaman kebajikan (qardul hasan) di samping
penubuhan briged wakaf bagi menyediakan misi bantuan kecemasan seperti gempa
bumi, tsunami dan sebagainya (Abd. Shakor bin Borham, 2011).
Pewakafan saham merupakan perubahan baru kepada bentuk pengaplikasian wakaf
sejajar dengan peredaran zaman. JCorp merupakan perintis kepada konsep ini apabila
bertindak melepaskan sebahagian harta yang dimiliki iaitu saham. Saham merupakan
pelengkap kepada hasrat JCorp sebagai pewakaf yang membawa ke arah
merealisasikan wawasan sebagai Institusi Korporat Amanah. Sebagaimana yang
telah dinyatakan sebelum ini, Johor Corporation (JCorp) adalah syarikat korporat
pertama yang memperkenalkan wakaf korporat di Malaysia pada tahun 2006 iaitu
dengan mewakafkan saham syarikat yang berjumlah RM200 juta dan diuruskan oleh
Wakaf An-Nur Corporation selaku mutawwali atau pengurus wakaf (Hajah Mustafa
et al, 2009; Abd. Shakor, 2011). Sebahagian dari dividen yang diperolehi dari saham-
saham terbabit akan disalurkan bagi tujuan sosial dan kemaslahatan umat Islam.
9
Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur terdiri daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang, Klinik
Waqaf An-Nur Kotaraya, Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Klinik
Waqaf An-Nur Sungai Buloh, Selangor, Klinik Waqaf An-Nur Muar, Klinik Waqaf An-Nur Kluang,
Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Kuala Selangor, Klinik Waqaf An-Nur Kuching, Sarawak, Klinik Waqaf
An-Nur Samariang, Sarawak Klinik Waqaf An-Nur Bukit Indah, Ampang Klinik Waqaf An-Nur
Larkin Sentral dan Klinik Waqaf An-Nur Manjoi, Perak (terkini). Manakala Pusat Dialisis terdiri
daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang, Pusat Dialisis KWAN Kotaraya, Pusat Dialisis
KWAN Batu Pahat, Pusat Dialisis KWAN Senawang dan Pusat Dialisis KWAN Sarawak. WANCorp
juga sedang merancang akan membuka sebuah Kinik Wakaf an-Nur di Kelantan. Lihat, The Star,
“WANCorp to open Waqaf An-Nur clinic in Kota Baru”, 8 Mac 2010. Setiap pesakit akan dikenakan
bayaran sebanyak RM5 setiap kali rawatan termasuk bayaran ubat. Bagi rawatan dialisis pula, setiap
pesakit akan dikenakan bayaran sebanyak RM90 setiap kali rawatan. Lihat, Laporan Tahunan
WANCorp 2009.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
313
Manakala sebahagian lagi dimasukkan semula ke dalam akaun sebagai pendapatan
dari saham-saham yang dimiliki.
Berdasarkan kepada analisis perlaksanaan wakaf korporat yang dilakukan oleh
JCorp, dapat dilihat transformasi kaedah wakaf kepada wakaf korporat memenuhi
kehendak dan dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Ini dapat dilihat
kepada konsep yang wujud dimana strategi elemen perniagaan ini telah
memaksimumkan keupayaan waqaf korporat bagi merealisasikan matlamat yang
disasarkan pada awal penubuhan. Sistem pengurusan kewangan yang baik mampu
memandu ke arah kemajuan seterusnya memperoleh kejayaan yang cepat dalam
sesuatu bidang perniagaan. Ini akan memberi satu kesan baik dan positif dalam
sistem ekonomi Islam khususnya.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kepada kajian yang dibuat didapati waqaf korporat sangat berpotensi
memastikan kepemilikan ekuiti Muslim di Malaysia terpelihara dan berkembang.
Selain itu, telah wujud kesedaran berhubung dengankeupayaan waqaf korporat
terhadap pembangunan ekonomi umat seterusnya menjadi sektor ketiga sebagai
pelengkap program pembangunan kerajaan. Keadaan ini membawa kepada
penjimatan perbelanjaan kerajaan, pinjaman pihak kerajaan dan juga cukai. Kejayaan
ini akan menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk mempraktikkan waqaf korporat
sebagai sumbangan syarikat kepada masyarakat.
Pentadbiran institusi wakaf yang teratur dan berkesan berupaya mengumpul sejumlah
kekayaan yang besar dari pelbagai pihak termasuklah sektor swasta. Sumbangan
sukarela daripada sektor swasta ini sebenarnya dapat mengurangkan beban
perbelanjaan negara ke atas pemerintah semata-mata. Sebaliknya, menerusi
pendekatan ini, keupayaan dan sumbangan sektor swasta digembleng untuk
menyertai ekonomi dengan lebih efisien seterusnya menjadi sebahagian daripada
pemain utama dalam ekonomi.
Berdasarkan tinjauan ini, wakaf korporat JCorp yang diuruskan oleh WANCorp ini
dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh sebuah institusi bisnes
korporat di dunia. Wakaf korporat ini merupakan adaptasi daripada wakaf saham
yang dilakukan dalam bentuk wakaf musytarak. Berdasarkan kepada hujah wakaf,
sebahagian manfaatnya telah dikhususkan kepada ahli iaitu JCorp sendiri dan
sebahagiannya dikhususkan untuk khairi atau kebajikan iaitu WANCorp dan MAIJ.
Pengalaman Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) juga membuktikan
dengan jelas potensi wakaf korporat sebagai satu pembaharuan institusi yang boleh
membawa anjakan paradigma besar kepada pembangunan ekonomi negara. Konsep
wakaf korporat yang diasaskan WANCorp berbeza, dan ia bukannya berkonsep
tanggungjawab sosial yang biasa dijalankan oleh mana-mana badan korporat. Ia
mempunyai struktur organisasi tersendiri, menjadikan WANCorp badan korporat
autonomi berstatus wakaf yang diiktiraf sepenuhnya Majlis Agama Islam Johor.
Matlamat jangka panjang wakaf korporat ialah menjadi organisasi berautonomi
penjana harta kekayaan perniagaan dan korporat kekal berkembang bertambah nilai.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
314
Wakaf korporat wajib diurus secara profesional oleh barisan eksekutif iaitu ahli
dalam perniagaan dan korporat. Apabila diurus secara profesional, wakaf korporat
berprestasi tinggi boleh menjadi Perbadanan Waqaf Antarabangsa satu hari nanti
dengan menerajui strategik perniagaan untuk manfaat umat Islam khasnya dan
kepentingan ekonomi negara Islam amnya. Ciri utama wakaf korporat JCorp ini
adalah terletak pada kaedah pengurusan saham-saham yang diwakafkan. Sebagai
Nazir khas, WANCorp bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan saham-
saham yang diwakafkan dan mengagihkan manfaat berasaskan hujjah wakaf. Justeru,
pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini telah memberi sumbangan dan
manfaat yang besar terutama dari aspek pembangunan sosioekonomi dan sosial
masyarakat Islam di negara ini.
Walau bagaimanapun, beberapa cadangan dikenalpasti sebagai penambahbaikkan
dalam pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini. Antaranya, mewujudkan
lembaga pengawasan syariah yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan
pembangunan wakaf korporat JCorp, memberi pengecualian daipada sebarang
bentuk bayaran kepada pesakit yang menerima rawatan di rangkaian KWAN dan
HWAN dengan ditanggung sepenuhnya oleh WANCorp melalui peruntukan agihan
manfaat Fisabillah, memperluaskan lagi skop aktiviti pembangunan sosioekonomi
dan sosial temasuk institusi pendidikan Islam selaras dengan pelaksanaan program
tanggungjawab sosial korporat JCorp. Semoga pelaksanaannya akan menjadi
pemangkin kepada pelaksanaan wakaf korporat di syarikat-syarikat atau institusi
bisnes korporat lain negara ini.
RUJUKAN
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Recent Development in the Administration of
Islamic Law in Malaysia. dalam; Abdul Monir Taacob (eds), The
Administration of Islamic Law, Kuala Lumpur: IKIM.
Abdul Halim Ramli & Kamarulzaman Sulaiman. (2006). Pembangunan Harta
Wakaf: Pengalaman Negara-Negara Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam
Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006 pada 12-14 September 2006 di Kuala
Lumpur.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Recent Development in the Administration of
Islamic Law in Malaysia. dalam; Abdul Monir Taacob (eds), The
Administration of Islamic Law, Kuala Lumpur: IKIM.
Abd. Shakor bin Borham. (2003), ”Konsep Wakaf Menurut Islam”, dalam Jurnal
Kemanusiaan, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, bil. 1/2003.
Abd. Shakor bin Borham (2011), Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor
Corporation Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan, International Conference on
Humanities: Kuala Lumpur.
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam. (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
(Pindaan 2002) (Akta 505).
Asmak Ab Rahman. (2009), “Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat
Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia”, dalam Jurnal Syariah, Akademi
Pengajian Islam, jld. 17, bil.1/2009.
Che Zuaina Ismail. (2010). Perundangan Wakaf Di Malaysia: Analisis Beberapa Isu
Berbangkit. Kertas kerja yang dibentangkan dalm 5th ISDEV International
Graduate Workshop 2010 di USM, Pulau Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
315
Enakmen Pentadbiran Agama Islam. (Negeri Pulau Pinang) 2004 (Enakmen Nombor
4 Tahun 2004).
Fatwa Ke 23, Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2008). Hukum Membangunkan Tanah
Wakaf Khas Dengan Membangunkan Selain Niat Asal Pewakaf. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Putrajaya.
Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab. Rahman. (2012), Pengurusan Pembangunan
Harta Wakaf: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(MAINPP) Terhadap Wakaf Seetee Aishah. Jurnal Pengurusan (IJMS 19, 2),
Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Manual Pengurusan Tanah Wakaf. (2005), Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan
Perdana Menteri, Putrajaya.
Manual Pengurusan Wakaf Tunai. (2009). Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan
Perdana Menteri, Putrajaya.
Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud & Mohd. Fuad Sawari. (2010),
Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Waqaf, Jurnal Pengurusan JAWHAR,
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Putrajaya.
Meor Hezbullah Meor Abd Malik. (2011). Potensi Istibdal Sebagai Instrumen
Pembangunan Wakaf Khas Yang Produktif: Kajian Kes di Majlis Agama
Islam Pulau Pinang. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam 5th
ISDEV
International Islamic Management Development Conference (IDMAC) pada
13-14 Disember 2011, Anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV), USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin & Muhammad
Ikhlas Rosele. (2013), Pemerkasaan Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan. Kertas
Kerja yang dibentangkan dalam 5th
Islamic System Conference (iECONS
2013) pada 4-5 September 2013. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohd Daud Bakar. (1999). Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam. Satu
Perbandingan Dalam Konsep Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia, Kuala
Lumpur: IKIM.
Osman Sabran. (2002). Pengurusan Harta Wakaf, Skudai. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Razali Othman. (2013), Institusi Wakaf: Sejarah Dan Amalan Masa Kini. Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Wahbah Zuhaily. (2005). Ihya Nizam al-Waqf wa Fiqhuhu Mahliyan wa Dauliyan.
Kertas kerja dibentangkan di Mukmat al-Shariqah li al-Waqf al-Islami, 26-27
April 2005, Sarjah, UAE.
Zakaria Bahari. (2012). Pemerkasaan Instrumen Wakaf Dalam Pembangunan
Ekonomi. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference On
Religiousity In Development di Hotel Madani, Medan pada 26-27 April
2012, anjuran Universitas Medan Area (UMA), Medan, Indonesia.
LAPORAN/AKHBAR/MAJALAH
Bernama, “JCorp wakaf saham anak syarikatnya RM200 juta”, 16 Ogos 2007.
Berita Harian, “GLC, Swasta Wajar Amal Jihad Perniagaan”, 13 Januari 2009.
Majalah Milenia Muslim, September 2006, “Wakaf Korporat Pertama di Dunia”.
Majalah Usahawan Sukses, “Jihad Bisnes Memakmurkan JCorp”, bil. 59 Tahun
2009.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
316
Laporan Tahunan Johor Corporation 2008 dan 2009.
Laporan Tahunan WANCorp 2008 dan 2009.
Utusan Malaysia, 19 Mei 2009. “KWANB kini dikenali Waqaf An-Nur Corporation
Bhd”; 26 September 2009, “Wakafkan Syarikat Milik Kerajaan”.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
317
LAMPIRAN A
PRESTASI SYARIKAT YANG TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA
SYARIKAT
UNIT SAHAM
DIWAKAFKAN (Juta
Unit)
NILAI ASET BERSIH
SEMASA MULA
DIWAKAFKAN
(3 Ogos 2006) (RM
Juta)
NILAI PASARAN
SEMASA MULA
DIWAKAFKAN
(3 Ogos 2006) (RM
Juta)
NILAI PASARAN
PADA
31 Dis 2008 (RM Juta)
NILAI PASARAN
PADA
31 Dis 2009 (RM Juta)
Kulim (Malaysia)
Berhad
12.35 142.00 51.61 56.56 93.23
KPJ Healthcare Berhad 18.60 45.00 34.03 47.42 121.05
Johor Land Berhad 4.32 13.00 4.41 3.04 -
Al-Aqar KPJ REIT 12.62 13.00 - - 12.34
Jumlah 200.00 90.05 107.02 226.62
PRESTASI SYARIKAT YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA
SYARIKAT
UNIT SAHAM
DIWAKAFKAN (Juta
Unit)
NILAI ASET BERSIH
SEMASA MULA
DIWAKAFKAN (RM
Juta)
NILAI ASET BERSIH
PADA
31 DIS 2008
(RM Juta)
NILAI BERSIH PADA
31 DIS 2009
(RM Juta)
Tiram Travel Sdn Bhd 0.23 0.26 0.75 1.26
Capaian Aspirasi Sdn Bhd 0.08 0.01 0.07 0.16
TPM Management Sdn
Bhd
50.33 50.00 52.34 54.85
Jumlah 50.27 53.16 56.27
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
318
Sumber: Laporan Tahunan Wancorp (2009).

More Related Content

Similar to Sakinatul Raadiyah Abdullah

Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islamNur Fahana
 
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)NorainiHusin1
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimABDUL HALIM
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modenNurul Farhan Ibrahim
 
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptxPROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptxNURSHAHIRAHBINTISAHA
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islamUNISZA
 
Poposal Sejarah
Poposal Sejarah Poposal Sejarah
Poposal Sejarah noorchin
 
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan LestariLMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestariraabia basaria rasheed
 
Sejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islamSejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islamTinta Pena
 
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit SyariahAplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit SyariahWan M. Ashraf Adlin
 
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...Maq Shafie
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al BukhariTan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariaasyiqin
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Nurul Dayati Fauziah
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Izzuddin Norrahman
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Flayers expo sembang saran pdf
Flayers expo sembang saran pdfFlayers expo sembang saran pdf
Flayers expo sembang saran pdfnikazeah
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoffidmac2015
 

Similar to Sakinatul Raadiyah Abdullah (20)

Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islam
 
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul Halim
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
 
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptxPROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islam
 
Poposal Sejarah
Poposal Sejarah Poposal Sejarah
Poposal Sejarah
 
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan LestariLMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
 
Sejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islamSejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islam
 
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit SyariahAplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
 
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al BukhariTan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Flayers expo sembang saran pdf
Flayers expo sembang saran pdfFlayers expo sembang saran pdf
Flayers expo sembang saran pdf
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoff
 

More from idmac2015

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 

Sakinatul Raadiyah Abdullah

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 306 TRANSFORMASI KAEDAH PERLAKSANAAN WAKAF: SATU TINJAUAN AWAL TERHADAP PENGURUSAN WAKAF KORPORAT JOHOR CORPORATION (JCorp)1 Sakinatul Raadiyah Abdullah2 Pusat Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia Abstrak Kaedah wakaf mempunyai ruang yang cukup besar dalam membangun ekonomi masyarakat Islam di negara ini. Usaha penggemblengan wakaf adalah satu pendekatan yang sesuai dan berciri maju dalam menyusun masyarakat tempatan dan seterusnya membangun kekuatan ekonomi. Kepelbagaian kaedah perlaksanaan wakaf mutakhir ini memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat untuk melakukan amalan terpuji ini. Maka, tujuan utama penulisan ini adalah untuk mengupas pelaksanaan wakaf korporat dari perspektif Islam di samping meninjau sejauhmana kaedah pelaksanaan wakaf mengikut kaedah ini memberi kebaikan kepada umat Islam sejagat khususnya. Namun persoalannya, adakah pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kaedah perlaksanaan wakaf korporat yang telah dilakukan oleh beberapa agensi seperti JCorp. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Hasil kajian mendapati wakaf korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang terdapat dan diterima pakai di dalam Islam. Berasaskan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan menambahbaikkan dalam pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut. Kata Kunci: Transformasi, Wakaf Korporat, Johor Corporation (JCorp) 1 Kertas kerja yang dibentangkan dalam The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2015) di Universiti Sains Malaysia, Malaysia pada 8-9 Disember 2015. 2 Sakinatul Raadiyah binti Abdullah merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 307 PENDAHULUAN Wakaf merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam melakukan amalan kebajikan seperti sedekah jariah, hibah, derma dan sebagainya3 . Di samping itu, terdapat juga beberapa hadith Nabi SAW yang menuntut umat Islam melakukan amalan kebajikan ini4 . Melalui tuntutan yang terdapat dalam al-Quran dan hadith tersebut, ini mengajar umat Islam bahawa harta yang paling baik dan paling disayangi itulah yang terbaik untuk diinfaq atau diserah kepada jalan Allah. Hal demikian bagi membolehkan umat manusia keseluruhannya mendapat manfaat yang maksimum hasil daripada harta tersebut (Nik Mustapha Nik Hassan, 2014). Sejarah membuktikan institusi wakaf bertindak sebagai sumber pembiayaan dan menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi ketika zaman pemerintahan Khalifah Othmaniah. Menerusi sumbangan wakaf, keperluan asas dan pembangunan infrastruktur masyarakat Muslim khasnya dan bukan Islam amnya dapat dibantu. Menyedari potensi dan peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi negara, kerajaan mula mengorak langkah dengan melakukan penambahbaikkan dan pembaharuan. Hal ini adalah sangat wajar memandangkan peruntukan undang- undang yang berbeza di setiap negari (Nurul Asykin Mahmood & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, 2013). Jika ditinjau dari aspek sejarah, institusi-institusi wakaf terutamanya pada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah mempunyai peranan yang amat besar di dalam membiayai pembinaan kemudahan-kemudahan awam bagi manfaat masyarakat (Murat, 2011a; Magda, 2013). Pelbagai fasiliti awam seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital dibiayai oleh dana-dana wakaf tanpa melibatkan peruntukan daripada kerajaan. Ianya juga memberikan peluang pekerjaan kepada golongan muda dan membantu meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam. Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah melemahkan institusi wakaf untuk terus berperanan sebagai agen pembangunan negara. Walaubagaimanapun, di dalam tempoh tiga dekad yang lalu sehingga kini telah menyaksikan umat Islam di beberapa negara seperti Turki, Pakistan, Kuwait dan Malaysia berusaha mengembalikan semula peranan besar institusi wakaf. Pihak kerajaan dan juga badan-badan swasta di negara terbabit telah terlibat secara langsung di dalam menguruskan dan mentadbir aset-aset wakaf sedia ada dan membangunkan harta- harta baru wakaf. 3 Antaranya, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian daripada harta yang paling kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”. Lihat, al-Quran, al-Imran: 92. 4 Antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa daripada akan-anak soleh yang mendoakannya". (Hadith Riwayat Muslim). Lihat, al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syarf (1994), Sahih Muslim bi Syarh al-Imam Muhyi al-Din al-Nawawi, jld. 11, hadith no. 4199, Beirut: Dar al-Ma„rifah, hal. 817.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 308 Di Malaysia, kerajaan telah memberi peruntukan khas dalam Rancangan Malaysia untuk pembangunan institusi wakaf sedia ada yang dijangka mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi (Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed, 2011). Menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tumpuan diberi kepada program pembangunan hartanah wakaf. Peruntukan yang diberi adalah sebagai pembiayaan bagi projek-projek pembangunan di atas tanah wakaf milik MAIN. Perlu juga ditegaskan bahawa penglibatan sektor korporat di dalam pengurusan dan pentadbiran wakaf akan dapat membantu memperbaiki imej dan persepsi masyarakat terhadap institusi wakaf yang dianggap tidak mempunyai tadbir urus yang cekap di dalam pengurusan aset-aset wakaf. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di negeri-negeri didapati tidak mempunyai staf yang cukup, terlatih dan berpengalaman di dalam mengurus sejumlah besar aset wakaf (Siti Mashitoh, 2006). Selain itu MAIN juga didapati tidak mempunyai data rekod aset wakaf yang sistematik yang menyebabkan terdapat kes-kes kehilangan rekod tanah wakaf (Megat dan Asiah, 2006). Aspek dokumentasi juga telah mengakibatkan terdapat tanah-tanah wakaf yang menjadi rebutan di antara pewaris- pewaris dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kerana nama pemilik tanah masih belum ditukar walaupun telah diwakafkan dan apabila berlaku kematian, pewaris menganggap hartanah tersebut merupakan harta faraid (Wan Abdul Halim, 2012). Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kaedah perlaksanaan wakaf korporat yang telah dilakukan oleh beberapa agensi seperti JCorp serta akan mengenalpasti adakah pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. PENGERTIAN WAKAF KORPORAT Perkataan wakaf dari sudut bahasa berasal daripada perkataan “waqafa” yang bermaksud berhenti, mencegah ataupun menahan. Dari sudut istilah pula, wakaf bererti apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah5 dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT. Jadi secara umumnya wakaf bermaksud menahan zat sesuatu barang daripada dijual, digadai, dihibahkan serta tidak boleh dipindahkan sebagai warisan demi manfaatnya telah disedekahkan ke jalan Allah (Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad: 2013). Manfaat harta yang diwakafkan adalah untuk kebajikan umum atau khusus (yang ditetapkan) mengikut kepada niat pewakaf. Pendapatan, perolehan atau manfaat daripada harta wakaf itu perlu dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan sebagai usaha pendampingan diri pewakaf kepada Allah SWT. Dengan sebab itu, harta tersebut tidak lagi menjadi milik pewakaf, tidak boleh diambil kembali dan tidak boleh dimiliki oleh sesiapa. Ianya hak milik mutlak Allah SWT. Kaedah pengurusan 5 Hibah adalah pemberian (dari seseorang) dengan pengalihan hak milik atas hartanya yang jelas, yang ada semasa hidupnya kepada orang lain. Jika di dalamnya disyaratkan adanya pengganti yang jelas, maka ia dinamakan jual beli (Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, 2008: 105).
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 309 yang baik perlu dilakukan oleh golongan yang diamanahkan untuk menguruskan harta wakaf agar tujuan dan niat asal pewakaf dapat dimanfaatkan dengan baik dan pahala pewakaf berterusan (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997). Wakaf juga merupakan satu amalan sedekah yang merupakan sebahagian daripada amalan soleh yang diamalkan oleh umat Islam seiring dengan perkembangan Islam itu sendiri. Amalan wakaf sememangnya mempunyai ganjaran besar di sisi Allah SWT. Kesedaran umat Islam pada hari ini berkaitan dengan wakaf semakin tinggi. Justeru, amalan rohani ini menjadi satu cara bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT bersesuaian dengan ganjaran yang berterusan dan berlipat kali ganda menanti pewakaf di dunia dan di akhirat (Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad: 2013). Ini jelas sebagaimana sabda Nabi SAW: Dari Abi Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w bersabda, “Apabila mati seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali tiga benda, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepadanya.” (Hadith riwayat Abu Dawud) Wakaf juga merupakan ejen pembangunan ekonomi umat Islam. Ia merupakan salah satu daripada kontrak tabarru’6 dalam sistem muamalat Islam. Tujuannya ialah memberikan ruang kepada umat Islam untuk menginfaqkan harta pada jalan kebajikan menuju redha Allah SWT. Bahkan, wakaf juga mampu membantu golongan tertentu bagi meningkatkan taraf hidup mereka di samping menjana aset kekayaan umat Islam. Kecenderungan syarikat-syarikat korporat melibatkan diri dalam aspek pengurusan dan pembangunan aset wakaf yang turut dikenali sebagai wakaf korporat secara tidak langsung menunjukkan etika terpuji dunia korporat yang tidak hanya berfokuskan kepada kegiatan yang bersifat keuntungan semata-mata. Kebanyakan syarikat- syarikat terlibat di dalam program-program wakaf yang melibatkan pendidikan, kesihatan dan pengurusan hartanah wakaf. Kegiatan seperti ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) entiti korporat. Institusi wakaf dapat mengambil manfaat tentang aspek-aspek tadbir urus terbaik, akauntabiliti dan transparensi dunia korporat di dalam pengurusan dan pentadbiran aset-aset wakaf terutamanya wakaf tunai yang memerlukan pengalaman dan kepakaran tersebut. Wakaf korporat merujuk kepada suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang berbentuk harta alih seperti wang tunai, saham syarikat dan dividen saham yang diurus tadbir secara penuh oleh entiti korporat ataupun secara kerjasama di antara syarikat korporat dan pihak berkuasa wakaf (Magda, 2013). Di antara elemen penting bagi struktur wakaf korporat adalah aset wakaf adalah di dalam bentuk harta alih, 6 Tabarru' bermaksud suatu bentuk derma ikhlas yang diberi oleh satu pihak dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Tabarru' adalah antara amalan soleh yang sangat digalakkan oleh Islam. Islam menggalakkan semangat tolong-menolong dan berkasih sayang antara satu sama lain. Justeru amalan bersedekah ini sangat tinggi nilainya di sisi Islam (Wan Jemizan Wan Deraman, 2009).
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 310 manakala pemegang amanah wakaf iaitu syarikat korporat adalah merupakan mutawwali dan juga penerima harta wakaf (Asharaf dan Abdullaah, 2013) Terminologi wakaf korporat pertama kali digunakan oleh pihak Johor Corporation (JCorp) yang melancarkan wakaf korporat pada tahun 2006 dengan mewakafkan saham miliknya yang bernilai RM200 juta di dalam anak syarikatnya iaitu Kulim (M) Berhad, KPJ Healthcare Berhad dan Johor Land Berhad (JCorp, 2006; Muhammad Ali Hashim, 2011). Wakaf An-Nur Corporation (WANCorp) iaitu anak syarikat JCorp telah dipertanggungjawabkan mengurus wakaf korporat yang memberikan fokus kepada aspek kesihatan melalui rangkaian Klinik Wakaf An-Nur dan Hospital Wakaf An-Nur (Asharaf and Abdullah, 2012; Hajah Mustafa et.al, 2009; Ab. Shakor, 2011). Pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berkenaan dikenakan caj yang minima iaitu Ringgit Malaysia Lima sahaja dan pesakit-pesakit terdiri daripada yang beragama Islam dan lain-lain. Terdapat syarikat-syarikat korporat di beberapa negara yang telah melibatkan diri di dalam pengurusan harta wakaf terutamanya yang melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan. Dua konglomerat terkemuka di Turki umpamanya seperti Koc Holdings yang memiliki sekitar 500 anak syarikat dan Habanci Holdings melalui Koc Foundation dan Sabanci Foundation telah terlibat secara langsung di dalam membiayai penubuhan universiti dan sekolah wakaf (Murat, 2011a). Manakala di Pakistan Hamdard Laboratories iaitu sebuah syarikat berkaitan farmaseutikal telah menubuhkan Hamdard Foundation yang bertujuan untuk menguruskan dan menyalurkan dana wakaf kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pelajar- pelajar sekolah dan orang miskin (Hamdard Foundation, 2013). Jika diteliti, ketiga- tiga entiti korporat di atas telah menubuhkan Yayasan Amanah mereka sendiri bagi mengurus dan mentadbir aset-aset wakaf mereka. METODOLOGI PENYELIDIKAN Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Kajian perpustakaan dijalankan dengan bersumberkan buku, kertas seminar, laman sesawang agensi yang berautoriti seperti JAWHAR, JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri dan laman sesawang individu pakar bidang ekonomi Islam. PELAKSANAAN PEMBANGUNAN WAKAF KORPORAT JCORP Institusi wakaf di negara ini telah mula mengorak langkah berkembang selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Kajian menunjukkan institusi tersebut tidak lagi tertumpu kepada pembangunan tanah semata-mata. Ia mula mengambil langkah dengan memperkenalkan beberapa kaedah pembangunan wakaf yang bersifat kontemporari seperti wakaf tunai, wakaf sukuk, saham wakaf, wakaf saham dan sebagainya. Bentuk wakaf yang paling kontemporari di negara ini ialah pelaksanaan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp). Wakaf korporat ini dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh sebuah institusi bisnes korporat di dunia. Ia diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan sebuah syarikat
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 311 berhad dengan jaminan JCorp sendiri. WANCorp ditubuhkan untuk menguruskan aset dan saham-saham syarikat kumpulan JCorp yang diwakafkan di samping berperanan sebagai 'Maukuf Alaihi' ke atas semua saham-saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat JCorp7 . Sejarah WANCorp bermula pada 25 Oktober 2000 dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad. Melalui Perjanjian Persefahaman di antara JCorp dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 4 Disember 2009, MAIJ bersetuju melantik WANCorp untuk menjalankan kuasa dan tugas-tugas sebagai Nazir Khas menurut Kaedah-Kaedah Wakaf 1983 di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003. Pelantikan ini berkuatkuasa mulai 11 Julai 2005. Perjanjian ini juga membolehkan JCorp terus mewakafkan saham-saham syarikat miliknya mengikut kaedah wakaf korporat. Ciri utama wakaf korporat JCorp adalah terletak pada kaedah pengurusan harta iaitu saham-saham syarikat JCorp yang diwakafkan di mana semua saham akan didaftarkan sebagai wakaf dengan MAIJ di atas nama WANCorp. Selaku Nazir Khas, WANCorp akan bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan saham-saham tersebut dan pengagihan manfaat sebagaimana terkandung di dalam hujjah wakaf (Abd. Shakor bin Borham, 2011)8 . Waqaf korporat ini bukan sekadar memperuntukan sumbangan manfaat kepada program atau golongan sasaran seperti lazimnya kerana WANCorp turut merangka strategi bagi mengoptimumkan penggunaan harta wakaf seterusnya memaksimumkan nilai manfaat bagi jangka masa panjang. Tindakan tersebut dikenali sebagai proses produktiviti waqaf korporat yang merujuk kepada penjanaan kembali manfaat wakaf. Menerusi proses itu, manfaat harta wakaf tidak hanya tertumpu kepada satu peringkat sahaja kerana penggunaan manfaat daripada peringkat pertama diharap membantu penerima khususnya dan ekonomi negara amnya bertambah baik pada peringkat kedua. Walaupun tidak semua program agihan manfaat waqaf korporat dapat dijana kembali, namun dari sudut ekonomi, penerima manfaat wakaf dapat keluar daripada zon kemiskinan dan diharap turut sama terlibat sebagai pewakaf (Nurul Asykin Mahmood & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, 2013). Pelaksanaan wakaf korporat JCorp dilakukan dengan mewakafkan sejumlah RM200 juta (Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tersenarai dan RM50.27 juta (Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia. Pada 29 Jun 2009, WANCorp telah menggunakan kaedah istibdal unit saham Johor Land Berhad yang diwakafkan memandangkan syarikat tersebut telah dikeluarkan dari syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Penggantian ini dilakukan dengan unit saham dalam Al-'Aqar KPJ REIT iaitu sebuah lagi anak syarikat JCorp yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sehingga Disember 2009, nilai keseluruhan aset bersih saham-saham yang diwakafkan telah meningkat kepada RM282.89 juta. Ini termasuklah nilai saham-saham dalam syarikat yang tersenarai dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia. (Lihat lampiran A). Dari segi pengagihan manfaat, WANCorp bertanggungjawab mengagihkan berdasarkan kepada hujjah wakaf di mana sebanyak 70% kepada JCorp sebagai Pelaburan semula dan Pembangunan Insan, 25% kepada WANCorp untuk manfaat Fisabilillah dan 5% 7 Lihat, Laporan Tahunan Johor Corporation: 2008. 8 Lihat, Laporan Tahunan Johor Corporation: 2009.
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 312 diserahkan kepada MAIJ. Sejak tahun 2006 sehingga 2009, jumlah manfaat Fisabillah yang telah diterima oleh WANCorp berjumlah RM2,786,169.74. Manakala jumlah agihan manfaat yang telah diserahkan kepada MAIJ berjumlah RM557,566.00 (Abd. Shakor bin Borham, 2011). Melalui agihan manfaat Fisabilillah, ia digunakan bagi membiayai program kebajikan dan amal, pembangunan dan modal insan, merawat pesakit dan sebagainya. Ini termasuklah pelaksanaan progam di bawah tanggungjawab sosial korporat (TSK) JCorp. Antaranya, mengendalikan perkhidmatan kesihatan di 13 buah rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) dan Pusat Dialisis di 4 buah klinik dan sebuah hospital wakaf yang diuruskan oleh KPJ Healthcare Bhd9 . Sehingga 31 Disember 2009 seramai 544,949 orang pesakit telah menerima rawatan ini seluruh rangkaian KWAN manakala 115 orang pesakit menerima rawatan dialisis. Di samping itu, WANCorp juga terlibat dalam pengurusan masjid dan pembangunan tanah wakaf. Sehingga kini, WANCorp telah menguruskan 7 buah masjid dan 2 buah sekolah agama serta membangunkan sebidang tanah untuk Rumah Kebajikan Anak Yatim Darul Hanan. Selain itu, WANCorp turut memantau 10 buah masjid, 3 buah surau jumaat dan 22 buah surau yang dibina di dalam kawasan ladang-ladang di bawah pengurusan Kulim (Malaysia) Berhad dengan jumlah ahli kariah dianggarkan lebih 15,000 orang. Bagi pembangunan sosioekonomi pula, WANCorp telah menyediakan pemberian bantuan kewangan yang dikenali sebagai Waqaf Dana Niaga (WDN) yang berkonsepkan pinjaman kebajikan (qardul hasan) di samping penubuhan briged wakaf bagi menyediakan misi bantuan kecemasan seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya (Abd. Shakor bin Borham, 2011). Pewakafan saham merupakan perubahan baru kepada bentuk pengaplikasian wakaf sejajar dengan peredaran zaman. JCorp merupakan perintis kepada konsep ini apabila bertindak melepaskan sebahagian harta yang dimiliki iaitu saham. Saham merupakan pelengkap kepada hasrat JCorp sebagai pewakaf yang membawa ke arah merealisasikan wawasan sebagai Institusi Korporat Amanah. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Johor Corporation (JCorp) adalah syarikat korporat pertama yang memperkenalkan wakaf korporat di Malaysia pada tahun 2006 iaitu dengan mewakafkan saham syarikat yang berjumlah RM200 juta dan diuruskan oleh Wakaf An-Nur Corporation selaku mutawwali atau pengurus wakaf (Hajah Mustafa et al, 2009; Abd. Shakor, 2011). Sebahagian dari dividen yang diperolehi dari saham- saham terbabit akan disalurkan bagi tujuan sosial dan kemaslahatan umat Islam. 9 Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur terdiri daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang, Klinik Waqaf An-Nur Kotaraya, Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Klinik Waqaf An-Nur Sungai Buloh, Selangor, Klinik Waqaf An-Nur Muar, Klinik Waqaf An-Nur Kluang, Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Kuala Selangor, Klinik Waqaf An-Nur Kuching, Sarawak, Klinik Waqaf An-Nur Samariang, Sarawak Klinik Waqaf An-Nur Bukit Indah, Ampang Klinik Waqaf An-Nur Larkin Sentral dan Klinik Waqaf An-Nur Manjoi, Perak (terkini). Manakala Pusat Dialisis terdiri daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang, Pusat Dialisis KWAN Kotaraya, Pusat Dialisis KWAN Batu Pahat, Pusat Dialisis KWAN Senawang dan Pusat Dialisis KWAN Sarawak. WANCorp juga sedang merancang akan membuka sebuah Kinik Wakaf an-Nur di Kelantan. Lihat, The Star, “WANCorp to open Waqaf An-Nur clinic in Kota Baru”, 8 Mac 2010. Setiap pesakit akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 setiap kali rawatan termasuk bayaran ubat. Bagi rawatan dialisis pula, setiap pesakit akan dikenakan bayaran sebanyak RM90 setiap kali rawatan. Lihat, Laporan Tahunan WANCorp 2009.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 313 Manakala sebahagian lagi dimasukkan semula ke dalam akaun sebagai pendapatan dari saham-saham yang dimiliki. Berdasarkan kepada analisis perlaksanaan wakaf korporat yang dilakukan oleh JCorp, dapat dilihat transformasi kaedah wakaf kepada wakaf korporat memenuhi kehendak dan dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Ini dapat dilihat kepada konsep yang wujud dimana strategi elemen perniagaan ini telah memaksimumkan keupayaan waqaf korporat bagi merealisasikan matlamat yang disasarkan pada awal penubuhan. Sistem pengurusan kewangan yang baik mampu memandu ke arah kemajuan seterusnya memperoleh kejayaan yang cepat dalam sesuatu bidang perniagaan. Ini akan memberi satu kesan baik dan positif dalam sistem ekonomi Islam khususnya. KESIMPULAN DAN CADANGAN Berdasarkan kepada kajian yang dibuat didapati waqaf korporat sangat berpotensi memastikan kepemilikan ekuiti Muslim di Malaysia terpelihara dan berkembang. Selain itu, telah wujud kesedaran berhubung dengankeupayaan waqaf korporat terhadap pembangunan ekonomi umat seterusnya menjadi sektor ketiga sebagai pelengkap program pembangunan kerajaan. Keadaan ini membawa kepada penjimatan perbelanjaan kerajaan, pinjaman pihak kerajaan dan juga cukai. Kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk mempraktikkan waqaf korporat sebagai sumbangan syarikat kepada masyarakat. Pentadbiran institusi wakaf yang teratur dan berkesan berupaya mengumpul sejumlah kekayaan yang besar dari pelbagai pihak termasuklah sektor swasta. Sumbangan sukarela daripada sektor swasta ini sebenarnya dapat mengurangkan beban perbelanjaan negara ke atas pemerintah semata-mata. Sebaliknya, menerusi pendekatan ini, keupayaan dan sumbangan sektor swasta digembleng untuk menyertai ekonomi dengan lebih efisien seterusnya menjadi sebahagian daripada pemain utama dalam ekonomi. Berdasarkan tinjauan ini, wakaf korporat JCorp yang diuruskan oleh WANCorp ini dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh sebuah institusi bisnes korporat di dunia. Wakaf korporat ini merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang dilakukan dalam bentuk wakaf musytarak. Berdasarkan kepada hujah wakaf, sebahagian manfaatnya telah dikhususkan kepada ahli iaitu JCorp sendiri dan sebahagiannya dikhususkan untuk khairi atau kebajikan iaitu WANCorp dan MAIJ. Pengalaman Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) juga membuktikan dengan jelas potensi wakaf korporat sebagai satu pembaharuan institusi yang boleh membawa anjakan paradigma besar kepada pembangunan ekonomi negara. Konsep wakaf korporat yang diasaskan WANCorp berbeza, dan ia bukannya berkonsep tanggungjawab sosial yang biasa dijalankan oleh mana-mana badan korporat. Ia mempunyai struktur organisasi tersendiri, menjadikan WANCorp badan korporat autonomi berstatus wakaf yang diiktiraf sepenuhnya Majlis Agama Islam Johor. Matlamat jangka panjang wakaf korporat ialah menjadi organisasi berautonomi penjana harta kekayaan perniagaan dan korporat kekal berkembang bertambah nilai.
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 314 Wakaf korporat wajib diurus secara profesional oleh barisan eksekutif iaitu ahli dalam perniagaan dan korporat. Apabila diurus secara profesional, wakaf korporat berprestasi tinggi boleh menjadi Perbadanan Waqaf Antarabangsa satu hari nanti dengan menerajui strategik perniagaan untuk manfaat umat Islam khasnya dan kepentingan ekonomi negara Islam amnya. Ciri utama wakaf korporat JCorp ini adalah terletak pada kaedah pengurusan saham-saham yang diwakafkan. Sebagai Nazir khas, WANCorp bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan saham- saham yang diwakafkan dan mengagihkan manfaat berasaskan hujjah wakaf. Justeru, pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini telah memberi sumbangan dan manfaat yang besar terutama dari aspek pembangunan sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam di negara ini. Walau bagaimanapun, beberapa cadangan dikenalpasti sebagai penambahbaikkan dalam pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini. Antaranya, mewujudkan lembaga pengawasan syariah yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan pembangunan wakaf korporat JCorp, memberi pengecualian daipada sebarang bentuk bayaran kepada pesakit yang menerima rawatan di rangkaian KWAN dan HWAN dengan ditanggung sepenuhnya oleh WANCorp melalui peruntukan agihan manfaat Fisabillah, memperluaskan lagi skop aktiviti pembangunan sosioekonomi dan sosial temasuk institusi pendidikan Islam selaras dengan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat JCorp. Semoga pelaksanaannya akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan wakaf korporat di syarikat-syarikat atau institusi bisnes korporat lain negara ini. RUJUKAN Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Recent Development in the Administration of Islamic Law in Malaysia. dalam; Abdul Monir Taacob (eds), The Administration of Islamic Law, Kuala Lumpur: IKIM. Abdul Halim Ramli & Kamarulzaman Sulaiman. (2006). Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Negara-Negara Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006 pada 12-14 September 2006 di Kuala Lumpur. Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Recent Development in the Administration of Islamic Law in Malaysia. dalam; Abdul Monir Taacob (eds), The Administration of Islamic Law, Kuala Lumpur: IKIM. Abd. Shakor bin Borham. (2003), ”Konsep Wakaf Menurut Islam”, dalam Jurnal Kemanusiaan, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, bil. 1/2003. Abd. Shakor bin Borham (2011), Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan, International Conference on Humanities: Kuala Lumpur. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam. (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Pindaan 2002) (Akta 505). Asmak Ab Rahman. (2009), “Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia”, dalam Jurnal Syariah, Akademi Pengajian Islam, jld. 17, bil.1/2009. Che Zuaina Ismail. (2010). Perundangan Wakaf Di Malaysia: Analisis Beberapa Isu Berbangkit. Kertas kerja yang dibentangkan dalm 5th ISDEV International Graduate Workshop 2010 di USM, Pulau Pinang.
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 315 Enakmen Pentadbiran Agama Islam. (Negeri Pulau Pinang) 2004 (Enakmen Nombor 4 Tahun 2004). Fatwa Ke 23, Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2008). Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Membangunkan Selain Niat Asal Pewakaf. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Putrajaya. Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab. Rahman. (2012), Pengurusan Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Terhadap Wakaf Seetee Aishah. Jurnal Pengurusan (IJMS 19, 2), Penerbit Universiti Utara Malaysia. Manual Pengurusan Tanah Wakaf. (2005), Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Manual Pengurusan Wakaf Tunai. (2009). Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud & Mohd. Fuad Sawari. (2010), Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Waqaf, Jurnal Pengurusan JAWHAR, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Putrajaya. Meor Hezbullah Meor Abd Malik. (2011). Potensi Istibdal Sebagai Instrumen Pembangunan Wakaf Khas Yang Produktif: Kajian Kes di Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam 5th ISDEV International Islamic Management Development Conference (IDMAC) pada 13-14 Disember 2011, Anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM, Pulau Pinang, Malaysia. Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin & Muhammad Ikhlas Rosele. (2013), Pemerkasaan Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam 5th Islamic System Conference (iECONS 2013) pada 4-5 September 2013. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia. Mohd Daud Bakar. (1999). Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam. Satu Perbandingan Dalam Konsep Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia, Kuala Lumpur: IKIM. Osman Sabran. (2002). Pengurusan Harta Wakaf, Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Razali Othman. (2013), Institusi Wakaf: Sejarah Dan Amalan Masa Kini. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wahbah Zuhaily. (2005). Ihya Nizam al-Waqf wa Fiqhuhu Mahliyan wa Dauliyan. Kertas kerja dibentangkan di Mukmat al-Shariqah li al-Waqf al-Islami, 26-27 April 2005, Sarjah, UAE. Zakaria Bahari. (2012). Pemerkasaan Instrumen Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference On Religiousity In Development di Hotel Madani, Medan pada 26-27 April 2012, anjuran Universitas Medan Area (UMA), Medan, Indonesia. LAPORAN/AKHBAR/MAJALAH Bernama, “JCorp wakaf saham anak syarikatnya RM200 juta”, 16 Ogos 2007. Berita Harian, “GLC, Swasta Wajar Amal Jihad Perniagaan”, 13 Januari 2009. Majalah Milenia Muslim, September 2006, “Wakaf Korporat Pertama di Dunia”. Majalah Usahawan Sukses, “Jihad Bisnes Memakmurkan JCorp”, bil. 59 Tahun 2009.
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 316 Laporan Tahunan Johor Corporation 2008 dan 2009. Laporan Tahunan WANCorp 2008 dan 2009. Utusan Malaysia, 19 Mei 2009. “KWANB kini dikenali Waqaf An-Nur Corporation Bhd”; 26 September 2009, “Wakafkan Syarikat Milik Kerajaan”.
  • 12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 317 LAMPIRAN A PRESTASI SYARIKAT YANG TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA SYARIKAT UNIT SAHAM DIWAKAFKAN (Juta Unit) NILAI ASET BERSIH SEMASA MULA DIWAKAFKAN (3 Ogos 2006) (RM Juta) NILAI PASARAN SEMASA MULA DIWAKAFKAN (3 Ogos 2006) (RM Juta) NILAI PASARAN PADA 31 Dis 2008 (RM Juta) NILAI PASARAN PADA 31 Dis 2009 (RM Juta) Kulim (Malaysia) Berhad 12.35 142.00 51.61 56.56 93.23 KPJ Healthcare Berhad 18.60 45.00 34.03 47.42 121.05 Johor Land Berhad 4.32 13.00 4.41 3.04 - Al-Aqar KPJ REIT 12.62 13.00 - - 12.34 Jumlah 200.00 90.05 107.02 226.62 PRESTASI SYARIKAT YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA SYARIKAT UNIT SAHAM DIWAKAFKAN (Juta Unit) NILAI ASET BERSIH SEMASA MULA DIWAKAFKAN (RM Juta) NILAI ASET BERSIH PADA 31 DIS 2008 (RM Juta) NILAI BERSIH PADA 31 DIS 2009 (RM Juta) Tiram Travel Sdn Bhd 0.23 0.26 0.75 1.26 Capaian Aspirasi Sdn Bhd 0.08 0.01 0.07 0.16 TPM Management Sdn Bhd 50.33 50.00 52.34 54.85 Jumlah 50.27 53.16 56.27
  • 13. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 318 Sumber: Laporan Tahunan Wancorp (2009).