Kata sendi nama merujuk kepada perkataan yang digunakan sebelum nama atau frasa nama untuk menyatakan hubungan antara kata, contohnya di, ke, dari, oleh, hingga, dan lain-lain. Dokumen ini menjelaskan penggunaan dan fungsi beberapa kata sendi nama dalam bahasa Melayu.
1. KATA SENDI NAMA
DISEDIAKAN OLEH :-
FARAH FAZRIYANA BASRI
FITRI NORLIDA IBRAHIM
IZA KASMADIANA
KASMIJAN
NOR AZRINA MOHD
ZAINOL
NUR AFIFAH AHMAD
2. Kata sendi nama ialah
perkataan yang letaknya
dihadapan Frasa Nama.
di
ke
dari
daripada
kepada
pada
bagi
demi
Tentang
seperti
bagai
umpama
laksana
sejak
terhadap
akan
oleh
hingga
antara
untuk
dengan
dalam
sampai
3. Laksana
“ seperti ”, “ bagai ”, “umpama ”, dan “
laksana ”
Keempat-empat sendi nama ini bersifat
kelainan atau varian antara satu sama lain,
kerana mempunyai fungsi yang sama, iaitu
sebagai perkataan dihadapan kata nama
atau frasa nama yang membawa maksud
perbandingan.
4. 1. Murid baharu itu kebingungan rusa masuk kampung.
2. Hatinya keras batu.
3. Pemuda itu berlagak orang kaya.
4. Pasangan mempelai itu pinang dibelah dua.
seperti
bagai
umpam
a
laksanaseperti
bagai
umpam
a
laksana
seperti
bagai
umpam
a
laksana
seperti
bagai
umpam
a
laksana
Contoh :-
5. Sejak
Perkataan sejak atau semenjak bertugas
membawa maksud penanda waktu atau masa
dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama.
Contoh
:-
1. Hasnah sentiasa sugul……….kematian
ibunya.
2. ……..hari itu saya tidak berani
meninggalkan rumah.
3. Kami tinggal di kampung Atap……..dua
tahun yang lalu.
4. ………kehilangan keretanya ia hanya
berjalan kaki ke pejabat.
6. Terhadap
KSN terhadap biasanya digunakan sebagai
unsur yang membawa maksud rujukan yang
melibatkan penyambut tertentu, sama ada
manusia, haiwan atau benda.
1. Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap
anak buahnya.
2. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
3. Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.
4. Kasih sayang mariam terhadap ibu bapanya elok
dicontohi.
5. Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air
menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai
kuasa jerapan yang besar terhadap kotoran dan bahan
pewarna.
7. Terdapat kecenderungan penggunaan kata sendi nama
terhadap sebagai unsur yang membawa rujukan umum
atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian
harus digantikan dengan kata sendi nama tentang.
Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran
anak buahnya.
Sepatutnya : Ketua pejabat itu sentiasa curiga
tentang kejujuran anak buahnya.
Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan
orang kampung.
Sepatutnya : Penghulu itu mengambil berat tentang
kebajikan orang kampung
8. Akan
Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama,
dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif
yang bersifat emosi.
Wanita itu amat rindu akan anaknya.
Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat
tumpah darahnya.
Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri Bongsu.
Kami sungguh benci akan kelakuanya yang buruk
itu.
9. Penggunaan akan sebagai KSN seperti contoh diatas
ialah bentuk yang seharusnya digunakan. Bagaimanapun
ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk
menggunakan –kan sebagai kelainan pada KSN akan.
Wanita itu amat rindukan anaknya.
Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat
tumpah darahnya.
Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.
Kami sungguh bencikan kelakuanya yang buruk
itu.
* Bentuk-bentuk yang demikian hanya
digunakan sebagai bentuk bahasa lisan
dan seharusnya dielakkan dalam
bahasa rasmi atau tulisan.
10. Oleh
KSN oleh
digunakan
dihadapan kata
nama atau frasa
nama membawa
maksud seperti
yang berikut.
a) Menunjukkan hubungan
pembuat dalam ayat pasif
yang menggunakan
bentuk-bentuk berikut : di-,
ter-, dan kena.
Kuih itu dibeli olehnya.
Buku Pelita Bahasa
Melayu terkarang oleh
Za’ba.
Pencuri itu kena
tangkap oleh polis.
11. b) Menunjukkan hubungan yang membawa
maksud sebab. Dapat dikatakan disini,
penggunaan kata sendi nama oleh sebenarnya
berpunca daripada oleh sebab, yang
kemudianya berlaku pengguguran sebab
secara pilihan.
Ia mati oleh ( sebab ) senjatanya sendiri.
Pemain badminton itu kalah oleh ( sebab )
kekurangan latihan.
oleh ( sebab ) ketekunanya menelaah, Ali
mencapai keputusan yang cemerlang.
12. Oleh dalam penggunaan ini dapat
bertukar ganti dengan kata sendi nama
lantaran yang membawa maksud yang
sama.
Penggunaan oleh yang diikuti dengan
kerana dalam ungkapan oleh kerana
untuk menunjukkan hubungan yang
membawa maksud sebab merupakan
penggunaan yang salah.
Ini disebabkan oleh merupakan kata
sendi nama yang mesti diikuti oleh kata
nama atau frasa nama, sedangkan
kerana bukan kata nama tetapi kata
hubung keterangan .
13. Contoh struktur ayat yang salah :-
Struktur ayatnya janggal oleh kerana masih
menyerupai acuan tatabahasa bahasa
Inggeris.
Struktur ayatnya janggal oleh sebab masih
menyerupai acuan tatabahasa bahasa
Inggeris.
Pembinaan bangunan itu tergendala oleh
kerana bantahan tuan tanah yang tidak
berpuas hati dengan wang pampasan.
Pembinaan bangunan itu tergendala oleh
sebab bantahan tuan tanah yang tidak
berpuas hati dengan wang pampasan.
14. Hingga dan
Sampai
KSN hingga dan sampai digunakan dihadapan kata
nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal
peringkat dan had masa atau tempat. Hingga dan sampai
dapat bertukar ganti antara satu sama lain.
Pegawai itu berjaga ( hingga, sampai ) pagi.
Anak-anaknya belajar ( hingga, sampai ) peringkat
universiti.
Mereka mengaji al-Quran ( hingga, sampai )
dinihari.