SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN,
AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK

Oleh :

Hameelah Adnan

SK Taman Permas Jaya 2,
Johor Bahru, Johor.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang
dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan merupakan
komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan
proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar,

otaknya

juga

berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang
murid dan 2 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham
dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa
maksud yang berlainan. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid
kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid
telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini
telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis
semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok
belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang
pelbagai.
1
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai pengerusi panitia, saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa
Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman
saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini
akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan
seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa
Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada
penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk
disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti
ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan
memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. Bagi saya
membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan
struktur ayatnya.

Ini

bermakna

pengimbuhan

perkataan

yang

salah

akan

menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan.
Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagaibagai.

Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid
disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek
penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga
berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan
imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan

karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa

Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di
sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur
kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam
penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan
2
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada
peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat
penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat.
Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:
-

murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul
kepada sesuatu perkataan.

-

Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat
dalam petikan atau ayat.

Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya
yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta
membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya
diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa
Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis
karangan apabila mereka berada di tahap 2 kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan,
akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus

Kajian ini adalah bertujuan untuk:
3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
petikan yang diberi.
3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan
awalan, akhiran dan apitan.
3
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat
3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13
Melayu dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India)
dalam Tahun 3 Cerdik 2.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi
kajian ini.

5.1.1

Ujian Pra

Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka tentang

penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan.

Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang
telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada
perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati muridmurid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.

5.1.2

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian
dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran.
Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan
4
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan
kurang mengambil bahagian

dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti
keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah
5.2.1 Analisis Ujian Pra

Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra
Pencapaian (Gred)
A (80 – 100)
B (60 - 79)
C (40 – 59)
D (20 – 39)
E (0 – 19)
JUMLAH

Berdasarkan Jadual 1, 76.7%

Bilangan sampel
3
12
8
5
2
30

Peratus (%)
10
40
26.6
16.7
6.7
100

(23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7

orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahankesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan
paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%)
dan soalan 15 (70 %). Soalan–soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan
akhiran dan apitan.

5.2.2

Analisis pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar muridmurid semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar
Tingkah laku
Kesungguhan
Kurang mengambil bahagian
Kurang tumpuan ( bermain, berbual,
mengganggu kawan )

Peratus ( % )
50
30
20

5
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

5.3 Tindakan yang dijalankan

Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:
- Mengenalpasti perkataan berimbuhan
– Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)
- Membina ayat
- Bercerita
- Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian
5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan

i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan
rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.

Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak.
Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Cikgu Nurul
telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu eraterat.
“Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Mujib?” Tanya Cikgu Nurul.
Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Coklat
pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah.
Mujib menerima coklat itu kerana dia murid yang baik.
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Mujib terus pulang. Mujib tidak
sabar menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya, Mujib terlena di dalam
biliknya.
Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan
coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.
“Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Mujib.
Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya.
Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik
itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi.
6
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

ii.

Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal
pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.

iii.
iv.

Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan
Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan
kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan
terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)

v

Saya memperdengarkan semula petikan cerita

vi

Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

Pemerhatian

Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga
lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang
diperdengarkan.

Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan
Markah
( A ) 80 - 100
( B ) 60 - 79

( C ) 40 - 59
( D ) 20 - 39
( E ) 0 - 19

Peratus (%)
10
43.3

40
6.6

Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.

Refleksi

Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.

5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan

i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan
Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;
7
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata
dasar
4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.
(Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan
yang terdapat dalam sukatan)

ii. Saya membacakan petikan cerita

TABUNG BULUH HANIM

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam
biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di
bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.
Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam
tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa
yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.
Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia
memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.
Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka
berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada
adik-adiknya yang lain.

iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut
jenisnya dalam lembaran yang diberikan.

Pemerhatian
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:

8
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan
Markah
( A ) 80 - 100
( B ) 60 - 79
( C ) 40 - 59
( D ) 20 - 39
( E ) 0 - 19

Peratus (%)

25
55
20
0
0

Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada
seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.Saya dapati dengan kaedah
imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang
didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan
perhatian terhadap P & P .

Refleksi
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.

5.4.3
i.

Aktiviti 3 : Membina ayat

Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat

. ii. Murid menyatakan apa yang dilihat.
(Contoh :Monyet nampak buah pisang masak)
iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan
membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul.
(Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas
sebatang pokok pisang)
v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.
vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam
aktiviti perbincangan

Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid
Aktiviti
Perbincangan
Membaca

Bilangan murid
22
26

% pencapaian
43.6
56.4
9
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

Pemerhatian

Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan
sesuatu bahan sebagai rangsangan.

Refleksi

Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan
murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam
perbualan harian.
5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian
Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra
tetapi diubahkan kata dasar. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu.
Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas ujian

ini mengandungi 5

bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah.

Bahagian A - Imbuhan awalan
Bahagian B - imbuhan akhiran
Bahagian C - imbuhan apitan
Bahagian D - membina ayat
Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30
minit.

Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos Berdasarkan
Bilangan dan Peratus
Pencapaian
(Gred)
A ( 80 – 100)
B ( 60 - 79 )
C ( 40 - 59 )
D ( 20 - 39 )
E ( 0 - 19 )

Peratus

Bilangan
murid
10
15
5

33.3
50
16.7

10
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

Refleksi
Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika
dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid
lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan
yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul
merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah
karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid
telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu
peningkatan prestasi yang amat baik.

Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus
Pencapaian
Lulus
Gagal
Jumlah

Ujian Pra
23 ( 76.6 % )
7 ( 33.4 % )
30 ( 100 % )

Ujian Pos
30 ( 100 % )
30 ( 100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra.
Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian
tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan
meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat
dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati
pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran
berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang
ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti
P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan
oleh guru untuk difahami oleh murid.
11
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai
penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya
bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang
kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam
membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang
berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan
kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang
mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan
menggunakan pelbagai media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik
dan Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa
Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
, Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur.

Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur.

12

More Related Content

What's hot

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012aaunii
 
Transkripsi temubual bersama murid pemulihan
Transkripsi temubual bersama murid pemulihanTranskripsi temubual bersama murid pemulihan
Transkripsi temubual bersama murid pemulihanZaliha Mamat
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiMardhiah Hayati Rahim
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanrozi ahmad
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)Chon Seong Hoo
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...koperasi
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013AZUAD ozil
 
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian TindakanPresentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakankiahjanda
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanNuraishah Fatihah
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Contoh refeksi rph
Contoh refeksi rphContoh refeksi rph
Contoh refeksi rphnasirdi
 

What's hot (20)

Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
Transkripsi temubual bersama murid pemulihan
Transkripsi temubual bersama murid pemulihanTranskripsi temubual bersama murid pemulihan
Transkripsi temubual bersama murid pemulihan
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013
 
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian TindakanPresentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Presentation Kertas Cadangan Kajian Tindakan
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Instrumen isd
Instrumen isdInstrumen isd
Instrumen isd
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Contoh refeksi rph
Contoh refeksi rphContoh refeksi rph
Contoh refeksi rph
 
Soal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinanSoal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinan
 

Viewers also liked

Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCoordy Nation
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010
Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010norshipa
 
Format artikel karya ilmiah UT
Format artikel karya ilmiah UT Format artikel karya ilmiah UT
Format artikel karya ilmiah UT Sukardi Juniardi
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Cekgu Kay
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranKoh Ing
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuNur Khairi
 
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)kuangwei94
 
Format penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanFormat penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanizyan bakri
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Aturan penulisan artikel jurnal ilmiah ug
Aturan penulisan artikel jurnal ilmiah ugAturan penulisan artikel jurnal ilmiah ug
Aturan penulisan artikel jurnal ilmiah ugMuhammad Zen
 
Strategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasional
Strategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasionalStrategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasional
Strategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasionalDhika Tr
 
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]adarwisy
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranipgkbm
 

Viewers also liked (20)

Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 
Kajian tindakan murad
Kajian tindakan muradKajian tindakan murad
Kajian tindakan murad
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabila
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010
Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010Panduan  Penulisan  Artikel  Akademik2010
Panduan Penulisan Artikel Akademik2010
 
Format artikel karya ilmiah UT
Format artikel karya ilmiah UT Format artikel karya ilmiah UT
Format artikel karya ilmiah UT
 
Kepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasanKepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasan
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
 
Format penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanFormat penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakan
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Aturan penulisan artikel jurnal ilmiah ug
Aturan penulisan artikel jurnal ilmiah ugAturan penulisan artikel jurnal ilmiah ug
Aturan penulisan artikel jurnal ilmiah ug
 
Strategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasional
Strategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasionalStrategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasional
Strategi menulis artikel untuk jurnal ilmiah nasional
 
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 

Similar to Jurnal bm (20)

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)
 
Proposal 2013
Proposal 2013Proposal 2013
Proposal 2013
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Proposal 2
Proposal 2Proposal 2
Proposal 2
 
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Refleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesRefleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n Issues
 
Laporan ar
Laporan arLaporan ar
Laporan ar
 
Kpr grup done
Kpr grup doneKpr grup done
Kpr grup done
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 

More from iyatieku ayune

More from iyatieku ayune (20)

Dskp n modul tmk5v2
Dskp n modul tmk5v2Dskp n modul tmk5v2
Dskp n modul tmk5v2
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Dskp tmk thn 4 13ogos13 full version
Dskp tmk thn 4 13ogos13 full versionDskp tmk thn 4 13ogos13 full version
Dskp tmk thn 4 13ogos13 full version
 
rpt Kajian tempatan t6
rpt Kajian tempatan t6rpt Kajian tempatan t6
rpt Kajian tempatan t6
 
RPT BM T6
RPT BM T6RPT BM T6
RPT BM T6
 
Sukatan sains tahun 4 BM
Sukatan sains tahun 4 BMSukatan sains tahun 4 BM
Sukatan sains tahun 4 BM
 
Pemetaan tmk t3
Pemetaan tmk t3Pemetaan tmk t3
Pemetaan tmk t3
 
Pemetaan dst t3
Pemetaan dst t3Pemetaan dst t3
Pemetaan dst t3
 
Rpt kssr sains tahun 3
Rpt kssr sains tahun 3Rpt kssr sains tahun 3
Rpt kssr sains tahun 3
 
Emk keusahawanan
Emk keusahawananEmk keusahawanan
Emk keusahawanan
 
Ds dst sk thn 3
Ds dst sk thn 3Ds dst sk thn 3
Ds dst sk thn 3
 
Emk kreativiti
Emk kreativitiEmk kreativiti
Emk kreativiti
 
Emk tmk
Emk tmkEmk tmk
Emk tmk
 
Emk
EmkEmk
Emk
 
Sains t3
Sains t3Sains t3
Sains t3
 
Soalan sains-sec-a-sec-b-tahun-4 final
Soalan sains-sec-a-sec-b-tahun-4 finalSoalan sains-sec-a-sec-b-tahun-4 final
Soalan sains-sec-a-sec-b-tahun-4 final
 
Contoh Pelan strategik Matematik
Contoh Pelan strategik MatematikContoh Pelan strategik Matematik
Contoh Pelan strategik Matematik
 
Pendidikan SIvik dan Kewarganegaraan
Pendidikan SIvik dan KewarganegaraanPendidikan SIvik dan Kewarganegaraan
Pendidikan SIvik dan Kewarganegaraan
 
Rancangan Tahunan Sains Tahun 3
Rancangan Tahunan Sains Tahun 3Rancangan Tahunan Sains Tahun 3
Rancangan Tahunan Sains Tahun 3
 
Lawatan kerjaya
Lawatan kerjayaLawatan kerjaya
Lawatan kerjaya
 

Jurnal bm

  • 1. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK Oleh : Hameelah Adnan SK Taman Permas Jaya 2, Johor Bahru, Johor. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai. 1
  • 2. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai pengerusi panitia, saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagaibagai. Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. 2.0 FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan 2
  • 3. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat. Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah: - murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan. - Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat. murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan apabila mereka berada di tahap 2 kelak. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN. 3.1 Objektif am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk: 3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang diberi. 3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan. 3
  • 4. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah 3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat 3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13 Melayu dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India) dalam Tahun 3 Cerdik 2. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan masalah Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini. 5.1.1 Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati muridmurid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi. 5.1.2 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan 4
  • 5. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. 5.2 Analisis tinjauan masalah 5.2.1 Analisis Ujian Pra Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra Pencapaian (Gred) A (80 – 100) B (60 - 79) C (40 – 59) D (20 – 39) E (0 – 19) JUMLAH Berdasarkan Jadual 1, 76.7% Bilangan sampel 3 12 8 5 2 30 Peratus (%) 10 40 26.6 16.7 6.7 100 (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahankesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan–soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan. 5.2.2 Analisis pemerhatian Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar muridmurid semasa pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar Tingkah laku Kesungguhan Kurang mengambil bahagian Kurang tumpuan ( bermain, berbual, mengganggu kawan ) Peratus ( % ) 50 30 20 5
  • 6. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah 5.3 Tindakan yang dijalankan Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah: - Mengenalpasti perkataan berimbuhan – Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan) - Membina ayat - Bercerita - Ujian Pos 5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian 5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan. Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Cikgu Nurul telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu eraterat. “Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Mujib?” Tanya Cikgu Nurul. Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Coklat pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Mujib menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Mujib terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya, Mujib terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya. “Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Mujib. Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi. 6
  • 7. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan. iii. iv. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan) v Saya memperdengarkan semula petikan cerita vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan. Pemerhatian Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan. Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan Markah ( A ) 80 - 100 ( B ) 60 - 79 ( C ) 40 - 59 ( D ) 20 - 39 ( E ) 0 - 19 Peratus (%) 10 43.3 40 6.6 Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan. Refleksi Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita. 5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu; 7
  • 8. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah 1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar 2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar 3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar 4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar. (Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam sukatan) ii. Saya membacakan petikan cerita TABUNG BULUH HANIM Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu. Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak. Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu. Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam lembaran yang diberikan. Pemerhatian Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut: 8
  • 9. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan Markah ( A ) 80 - 100 ( B ) 60 - 79 ( C ) 40 - 59 ( D ) 20 - 39 ( E ) 0 - 19 Peratus (%) 25 55 20 0 0 Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P . Refleksi Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan. 5.4.3 i. Aktiviti 3 : Membina ayat Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat . ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah pisang masak) iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina. iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok pisang) v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya. vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti perbincangan Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid Aktiviti Perbincangan Membaca Bilangan murid 22 26 % pencapaian 43.6 56.4 9
  • 10. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah Pemerhatian Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu bahan sebagai rangsangan. Refleksi Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan harian. 5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah. Bahagian A - Imbuhan awalan Bahagian B - imbuhan akhiran Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit. Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos Berdasarkan Bilangan dan Peratus Pencapaian (Gred) A ( 80 – 100) B ( 60 - 79 ) C ( 40 - 59 ) D ( 20 - 39 ) E ( 0 - 19 ) Peratus Bilangan murid 10 15 5 33.3 50 16.7 10
  • 11. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah Refleksi Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat. 5.5 Refleksi keseluruhan Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik. Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus Pencapaian Lulus Gagal Jumlah Ujian Pra 23 ( 76.6 % ) 7 ( 33.4 % ) 30 ( 100 % ) Ujian Pos 30 ( 100 % ) 30 ( 100 %) Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan . Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid. 11
  • 12. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah 6.0 Cadangan kajian seterusnya. Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu , Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur. Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. 12