SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
KENALI SAIYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ: Sahabat Karib Rasulullah S.A.W.
Abu Bakar As-Siddiq : Peristiwa-peristiwa di Mekah
Gelaran "As-Siddiq"
Saiyidina Abu Bakar digelar "As-Siddiq" kerana beliau sering membenarkan apa yang dikatakan oleh
Rasulullah s.a.w. Contoh peribadi Abu Bakar ini adalah sewaktu Nabi s.a.w. melakukan Israk Mikraj.
Apabila diceritakan, kebanyakan manusia tidak mempercayai kata-kata Nabi s.a.w., walhal sebelum itu
mereka telah beriman dan membenarkan baginda. Beberapa orang dari mereka pergi menemui Abu
Bakar.
"Adakah kamu mempercayai apa yang diceritakan oleh Nabi s.a.w.? Dia mengakui bahawa dia telah
melakukan israk dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa semalam!" tanya mereka.
"Adakah dia mengatakan perkara itu?" Abu Bakar pula bertanya.
"Ya," jawab mereka.
"Kalau begitu, pasti dia jujur," jawab Abu Bakar tegas.
"Adakah kamu percaya yang semalam dia telah pergi ke Baitul Maqdis kemudian balik ke Mekah
sebelum Subuh?" Mereka bertanya lagi.
"Ya!" Jawab Abu Bakar. "Saya pasti mempercayainya, malah dalam jarak lebih jauh dari itu juga saya
tetap mempercayainya. Saya percaya pada khabar langit yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. setiap pagi
dan petang!"
Sejak itu, Abu Bakar diberi gelaran As-Siddiq.
Tidak Pernah Minum Khamar
Walau pada zaman jahiliah, Abu Bakar tetap menjaga martabat dan maruahnya. Dia telah
mengharamkan khamar pada dirinya sebelum Islam mengharamkannya.
"Orang yang meminum khamar, sesungguhnya dia telah mencemarkan kehormatan dirinya," kata Abu
Bakar .
Tidak Pernah Sujud di Hadapan Berhala
Ketika memasuki usia akil baligh, Abu Quhafah (bapa Abu Bakar) telah membawanya memasuki
sebuah ruang yang dipenuhi berhala. Bapanya mengatakan yang berhala-berhala itu adalah tuhan mereka.
Abu Bakar lalu mendekati berhala tersebut dan berkata, "Saya sangat lapar. Berikan makanan kepada
saya!"
Berhala itu tidak mampu memenuhi permintaanya.
"Saya tidak berpakaian. Berikan baju kepada saya!" Berhala itu tetap tidak dapat memenuhi
permintaanya.
Akhirnya Abu Bakar telah melemparkan sebongkah batu ke arah berhala tersebut, menyebabkan berhala
itu jatuh tersungkur tanpa daya upaya.
Mimpi Abu Bakar
Semasa berada di Syam, Abu Bakar pernah bermimpi. Beliau menceritakan mimpi tersebut kepada
seorang pendeta Buhaira.
"Kamu berasal dari mana?" tanya pendeta.
"Mekah," jawab Abu Bakar.
"Suku apa?"
"Quraisy."
"Pekerjaanmu sekarang?"
"Pedagang."
"Sekiranya ALLAH menjadikan mimpimu kenyataan kelak, sesungguhnya seorang Nabi akan diutus
dari kalangan kaummu. Kamu akan menjadi pembantunya semasa dia hidup dan penggantinya setelah
dia wafat," Buhaira menafsirkan mimpi Abu Bakar.
Selepas mendengar penjelasan Buhaira, Abu Bakar menyimpan perbualan antaranya dengan sang
pendeta dengan rapi dan tidak pernah menceritakannnya kepada seorang pun.
Diajak Menyembah Berhala Selepas Memeluk Islam
Penduduk Mekah menjadi resah apabila Abu Bakar memeluk Islam. Mereka berpakat untuk memujuk
Abu Bakar supaya menyembah tuhan-tuhan mereka. Dalam kalangan penduduk itu, Thalhah bin
Ubaidillah telah dilantik menjadi wakil mereka.
Berikut adalah perbualan antara Thalhah dengan Abu Bakar.
"Wahai Abu Bakar, bangkitlah dan ikutilah aku!"
"Ke mana kamu mahu membawa aku?"
"Aku ingin mengajakmu kembali menyembah tuhan Lata dan Uzza!"
"Beritahulah aku, siapakah Lata itu?"
"Dia adalah anak perempuan ALLAH!"
"Kalau begitu, siapakah ibunya?"
Thalhah terdiam, tidak dapat menjawab pertanyaan yang akhir itu. Abu Bakar menoleh ke arah teman-
teman Thalhah dan berseru: "Ayuh, mari bantu rakan kamu ini menjawab soalanku!"
Namun tiada siapa pun yang dapat menjawab pertanyaan itu. Kesemuanya diam membisu. Thalhah
memandang rakan-rakannya itu lalu berkata kepada Abu Bakar:
"Bangkitlah, wahai Abu Bakar! Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi
Muhammad s.a.w. itu adalah pesuruh ALLAH!"
Abu Bakar menyambut tangan Thalhah dan memimpinnya menemui Rasulullah s.a.w.
Peristiwa di Hadapan Kaabah
Abu Bakar sedang duduk di halaman Kaabah sementara Zaid bin Amr bin Nufail sedang berdiri tidak
jauh dari beliau. Tiba-tiba datang Ibnu Abi Shalt.
"Apa khabarmu hari ini, wahai pencari kebaikan?" tanya Ibnu Abi Shalt kepada Zaid.
"Saya dalam keadaan baik dan sihat."
"Adakah kamu telah mendapatkannya?"
"Belum."
Ibnu Abi Shalt bersyair: "Semua agama kelak pada hari kiamat tidak berguna selain agama Hanifiah
yang telah berlalu masanya.." Selesai bersyair, dia bertanya: "Adakah Nabi yang dinanti-nantikan
berasal dari kaum kami atau kaummu?"
Abu Bakar tertarik mendengar perbualan tersebut kerana beliau tidak pernah mendengar tentangnya
sebelum ini. Beliau pun beredar menemui Waraqah bin Naufal yang terkenal mempunyai banyak berita
dari langit dan memiliki suara hati yang tajam. Beliau meminta Waraqah menjelaskan kepadanya
tentang hal yang didengari dalam perbualan tadi.
"Benar saudaraku," sahut Waraqah bin Naufal. "Kami adalah ahli kitab dan kaum yang berilmu.
Ketahuilah kamu bahawa Nabi yang ditunggu-tunggu akan datang dari suku Arab yang paling mulia
garis keturunannya. Mereka itu adalah kaummu."
"Wahai bapa saudara, apakah yang akan disampaikan oleh Nabi tersebut?"
"Dia hanya mengatakan apa yang dikatakan kepadanya. Namun dia tidak pernah melakukan aniaya dan
tidak pula teraniaya."
Selepas itu, apabila Nabi s.a.w. diutus, Abu Bakar terus beriman dan membenarkan apa yang
disampaikan oleh baginda.
Fizikal Abu Bakar as-Siddiq
Saiyiditina Aisyah r.a. menggambarkan ayahandanya sebagai seorang lelaki yang berkulit putih,
berbadan kurus, dadanya tidak terlalu lebar, belakangnya tidak bongkok, tulang pinggangnya kecil
sehingga tidak dapat menahan kain yang dipakainya, wajahnya kurus, kedua matanya cengkung, dahinya
lebar dan urat-urat tangannya nampak jelas.
Kedudukan Abu Bakar pada zaman Jahiliah
Abu Bakar merupaka salah seorang pemimpin Quraisy, dan sekaligus anggota majlis mesyuarat mereka.
Dia disayangi kaumnya kerana sangat memahami adat istiadat mereka. Selepas masuk Islam, dia
mengutamakan ajaran Islam melebihi adat istiadatnya. - Imam Nawawi
Abu Bakar merupakan salah seorang dari sepuluh pemimpin Quraisy yang menjadi teras komunikasi
seluruh bangsa Quraisy pada zaman jahiliah dan juga zaman Islam. Beliau mempunyai kuasa untuk
mennguruskan diyat (denda atas pembunuhan) dan menetapkan hukuman jenayah. - Ibnu Asakir
Keluarga Abu Bakar
”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian
sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian
rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum
yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].
 Isteri-isteri Abu Bakar
Abu Bakar telah menikahi Qatilah binti Abdul Uzza dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan
Asma'. Tidak ada dalil yang mengatakan Qatilah memeluk agama Islam. Dalam satu riwayat, Qatilah
pernah menghantar hadiah berisi keju dan minyak samin untuk anaknya Asma' yang berada di Madinah.
Namun Asma' telah menolak hadiah ibunya, bahkan dia enggan memasukkannya ke dalam rumahnya.
Asma' meminta nasihat Rasulullah s.a.w. tentang hal itu, dan baginda telah bersabda: "Sambunglah tali
silaturrahim dengan ibumu!"
Abu Bakar juga menikahi Ummu Ruman binti 'Amir, yang terus memeluk Islam dan mengikuti Abu
Bakar berhijrah ke Madinah. Mereka dikurniakan dua orang anak, Aisyah r.a. dan Abdurrahman.
Selepas memeluk Islam, Abu Bakar menikahi Asma binti Umais, setelah suaminya gugur di medan
perang Mu'tah. Hasil perkahwinan tersebut mereka medapat anak lelaki yang dinamakan Muhammad
bin Abu Bakar.
Abu Bakar juga mengambil Habibah binti Karijah. Dia melahirkan Ummu Kalthum selepas Abu Bakar
wafat.
 Anak-anak Abu Bakar as-Siddiq
Abdul Rahman bin Abu Bakar - Anak Abu Bakar yang paling tua. Dia memeluk Islam pada peristiwa
perjanjian Hudaibiyah. Dia termasuk dalam kalangan sahabat Nabi s.a.w. yang sangat terkenal dengan
keberaniannya. Dia hampir terbunuh oleh Abu Hurairah dalam Perang Badar. Abdurrahman telah
berjaya membunuh Mahkam bin Thufail, salah seorang panglima terbaik Musailimah Al-Kadzdzab
dalam Perang Yamamah.
1. Abdullah bin Abu Bakar - Dia memeluk Islam pada awal kenabian. Abdullah memiliki
peranan penting dalam peristiwa hijrah, di mana dia memberi maklumat yang
mengumpulkan berita dari Quraisy pada siang hari kemudian menyampaikan kepada
Nabi s.a.w. dan Abu Bakar pada waktu malam di Gua Thur. Selepas pagi, dia kembali
berada di kalangan kaum Quraisy. Dalam perang Thaif, Abdullah telah mengalami
kecederaan akibat terkena anak panah lalu syahid. Abdullah meninggal dunia ketika
ayahandanya menjadi Khalifah.
2. Asma' binti Abu Bakar - Mendapat gelaran Dzatun Nithaqain (yang memiliki dua
selendang) kerana dia telah memotong selendangnya menjadi dua bahagian untuk
membungkus makanan untuk diberikan kepada ayahnya dan Nabi s.a.w. yang
bersembunyi di Gua Thur. Dia dinikahi pemuda Quraisy bernama Zubair bin Awwam
dan dikurniakan anak bernama Abdullah bin Zubair, anak sahabat pertama yang lahir
di Madinah pada waktu pasca-peristiwa Hijrah. Cucu Abu Bakar ini pernah menjadi
Khalifah umat Islam dalam waktu yang sangat pendek sebelum dibunuh dan disalib
oleh Hajjaj bin Yusuf.
3. Aisyah (Ummul Mukminin) binti Abu Bakar - Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq
yang dibebaskan oleh ALLAH s.w.t. dari fitnah keji terus dari langit. Isteri yang sangat
dikasihi oleh Nabi s.a.w. dan wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi
s.a.w. Mempunyai keutamaan yang tidak terbilang.
4. Ummu Kalthum binti Abu Bakar - Tidak pernah melihat wajah ayahnya kerana
dilahirkan setelah Abu Bakar wafat. Namun Abu Bakar sudah sedia maklum dengannya
sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau telah memaklumkan kepada Aisyah
tentang hal ini.
"Sesungguhnya mereka adalah dua orang saudara lelakimu dan dua orang saudara perempuanmu," kata
Abu Bakar menjelang ajalnya.
"Anak perempuanmu adalah Asma' dan saya. Siapakah seorang lagi anak perempuan yang ayah
maksudkan?"
"Dia adalah anak yang masih berada dalam perut Kharijah. Ayah mempunyai firasat yang bayi yang
bakal dilahirkan adalah anak perempuan."
Ummu Kalthum dinikahi oleh Thalhah bin Ubaidillah yang gugur dalam Perang Jamal.
Peristiwa Ummu Jamil ingin Menyerang Nabi s.a.w.
Abu Bakar sedang duduk bersebelahan Nabi s.a.w., tiba-tiba datang Ummu Jamil isteri Abu Lahab
dengan menggenggam seketul batu. Ummu Jamil memandang dengan tajam semua hadirin yang berada
di situ sehingga ternampak Abu Bakar, namun dia tidak nampak Nabi s.a.w.
"Abu Bakar! Di manakah sahabatmu itu? Aku dengar dia telah menghinaku. Kalau aku menjumpainya,
aku akan tutup mulutnya dengan batu ini. Kamu tahukah di mana dia berada?" tanya Ummu Jamil
dengan nada marah, lalu membacakan syair yang mengejek Nabi s.a.w:
"Dia orang hina yang kami selalu tentang
Perintahnya akan selalu kami abaikan
Dan agamanya sangatlah kami benci!"
Kemudian Ummu Jamil pun beredar. Abu Bakar berasa agak takut lalu bertanya kepada Nabi s.a.w.:
"Ya Nabi ALLAH! Tidakkah kamu melihatnya dan dia juga melihatmu?"
"Dia tidak dapat melihatku. ALLAH telah menghalang pandangannya dariku," jawab Nabi s.a.w.
dengan tenang.
Pernikahan Nabi s.a.w. dengan Saiditina Aisyah binti Abu Bakar
Pada suatu hari, Khaulah binti Hakim telah pergi ke rumah Abu Bakar dan berkata kepada isterinya.
"Wahai Ummu Ruman, kebaikan dan keberkatan apakah yang dilimpahkan oleh ALLAH kepada
kamu semua, sehingga Rasulullah mengutusku supaya meminang anak perempuanmu Aisyah bagi
pihaknya?"
Ummu RUman berasa sangat gembira dan bersyukur lalu mengkhabarkan kepada suaminya Abu Bakar.
"Adakah anak aku ini boleh dan layak untuk Rasulullah? Bukankah dia anak perempuan dari
saudaranya?" tanya Abu Bakar.
Sabda Nabi s.a.w: "Wahai Khaulah, khabarkan kepada Abu Bakar bahawa dirinya hanyalah saudaraku
dalam Islam sahaja, dan anak perempuanmu layak untuk menikahiku!"
Selepas mendengar penjelasan Nabi s.a.w., Abu Bakar pun mengundang Khaulah dan Nabi s.a.w. ke
rumahnya. Beliau pun menikahkan anaknya Aisyah dengan Nabi s.a.w. Ketika itu usia Aisyah masih
enam tahun.
"Saya Masih Ingat, Rasulullah"
Pada satu hari Nabi s.a.w. bertanya kepada sahabat-sahabatnya.
"Siapakah di antara kamu yang ingat perkataan Qiss bin Saidah di Pasar Ukadz?"
Suasana menjadi hening. Tiada siapa pun yang menjawab soalan Nabi s.a.w. Tiba-tiba Abu Bakar
bangun dan bersuara.
"Wahai Rasulullah! Saya masih ingat. Ketika itu saya berada di pasar tersebut. Qiss datang dengan
menunggang kuda. Kemudian dia berhenti dan dengan suara yang lantang dia berkata..
'Wahai umat manusia, dengarlah dan fahamilah dengan saksama! Apabila telah difahami segeralah
kamu manfaatkan! Sesungguhnya orang yang hidup akan mati. Orang yang sudah mati, masanya telah
berlalu, setiap yang akan datang, segera akan tiba. Sesungguhnya di atas langit ada berita besar dan di
bumi banyak peristiwa yang boleh menjadi pengajaran. Ranjang tidur yang terukir indah, atap yang
tinggi menjulang, galaksi yang bergerak mengikut putarannya, lautan yang tiada pernah mengering,
malam yang gelap gelita dan langit yang memiliki banyak galaksi bintang!'
Qiss bersumpah bahawa ALLAH memiliki agama yang lebih dia cintai dari agama yang kamu semua
anuti ini. 'Mengapa saya masih melihat orang pergi, kemudian tidak kembali? Adakah kerana mereka
gembira dengan sebuah tempat sehingga mereka menetap di sana? Atau kerana tertinggal, kemudian dia
tertidur lena di sana?'
Seterusnya Qiss melantun bait-bait syairnya:
'Dua generasi pertama yang telah
pergi kita boleh mengambil pengajaran dari mereka
Ketika aku saksikan arus kematian mendekati
Tiada cara untuk menghalaunya kembali
Aku saksikan seluruh kaumku menghadapinya
Baik pembesar atau orang biasa, satu persatu
Kini aku menjadi yakin, bahawa tiada cara bagiku
Untuk menghindar dari suratan takdir
seperti yang menimpa semua bangsaku.'
Abu Bakar Menyelamatkan Bilal
Bilal bin Rabah merupakan seorang yang berhati suci dan sangat sempurna keislamannya. Beliau
merupakan anak kepada Hamamah. Pada suatu hari yang sangat panas, Bilal telah diheret keluar oleh
Umayah bin Khalaf ke hamparan pasir yang panas di kota Mekah. Umayah kemudian menelentangkan
Bilal dan menghempap tulung rusuk Bilal dengan batu besar.
Umayah bertindak sedemikian selepas mengetahui Bilal memeluk Islam. Dia berasa sangat marah dan
mengugut untuk terus menyiksa Bilal hingga mati sekiranya Bilal tidak mahu berpaling dari ajaran
Muhammad s.a.w.
Bilal sedikit pun tidak menghiraukan ugutan Umayah, sebaliknya menghadapi seksaan tersebut dengan
terus-menerus melafazkan ucapan yang mengharukan: "Ahad.. Ahad.. Ahad.."
Waraqah bin Naufal telah melalui kawasan Bilal diseksa dan menyaksikan kejadian tersebut. Beliau
berkata kepada Umayah dan konco-konconya: "Demi ALLAH, sekiranya kamu bunuh dia dengan cara
sebegini, saya akan menjadikannya sebagai orang yang paling saya sayangi!"
Tidak lama kemudian Abu Bakar As-Siddiq juga melalui kawasan tersebut. Dia melihat Bilal diseksa
dengan cara yang sangat keji, lalu menghampiri Umayah yang kejam itu.
"Tidak takutkah kamu pada ALLAH akan apa yang kamu lakukan pada orang miskin ini? Sampai bila
kamu akan menyiksanya begini?" Tanya Abu Bakar kepada Umayah.
"Kamu yang merosakkannya. Selamatkan dia kalau kamu mahu!" sahut Umayah.
"Baik.. saya akan lakukan. Saya memiliki hamba yang lebih kuat dan lebih hitam darinya. Saya akan
menyerahkannya kepada kamu sebagai ganti," kata Abu Bakar.
Umayah bersetuju dengan tawaran Abu Bakar. Abu Bakar menyerahkan hambanya sebagai ganti untuk
membebaskan Bilal. Setelah memiliki Bilal, Abu Bakar memerdekakannya.
Abu Bakar Menyelamatkan Hamba Perempuan Bani Mu'mal
Umar Al-Khattab (ketika ini masih musyrik) mempunyai seorang hamba perempuan yang selalu diseksa
supaya meninggalkan agama Islam. Umar telah memukul wanita itu terus-menerus sehingga berasa
bosan.
"Aku meminta maaf padamu kerana tidak henti-henti memukulmu sehingga bosan," kata Umar.
"Begitu pula yang ALLAH lakukan kepadamu," jawab wanita tersebut.
Selepas kejadian itu, Abu Bakar telah membeli hamba sahaya Umar yang kemudiannya dimerdekakan.
Sumber:
 150 Kisah Teladan Abu Bakar As-Siddiq r.a. - Sahabat Karib Rasulullah s. a. w. oleh Ahmad
Abdul Aal Al-Tahtawi (Al Hidayah Publication 2010)
 http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=68:bibliografi-
dan-latar-belakang-saiyidina-abu-bakar-al-siddiq-ra&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
 http://sunnahonline.com/library/history-of-islam/305-abu-bakr-as-siddiq

More Related Content

What's hot

Bilal bin rabbah power point angah
Bilal bin rabbah power point angahBilal bin rabbah power point angah
Bilal bin rabbah power point angahRohana Abdul Latif
 
Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Masher Zen
 
Sirah Nabawiyyah.Ppt
Sirah Nabawiyyah.PptSirah Nabawiyyah.Ppt
Sirah Nabawiyyah.Pptfarahani84
 
Ppt bilal bin rabah
Ppt bilal bin rabahPpt bilal bin rabah
Ppt bilal bin rabahAraa Ara
 
Sirah nabi muhammad s.a.w
Sirah nabi muhammad s.a.wSirah nabi muhammad s.a.w
Sirah nabi muhammad s.a.wIPGM_KDRI
 
10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surga10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surgaBahRum Subagia
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11sitisarahrahmania
 
Contoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullahContoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullahjahmai
 
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)hudhud321
 
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammadSejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammadHelmon Chan
 
Sejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafat
Sejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafatSejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafat
Sejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafatMuthohharul Janan
 
Kisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabahKisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabahShafy Fify
 
Kisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadKisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadErman Hidayat
 
Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)
Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)
Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)Syafira Nur Amalia
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12sitisarahrahmania
 
Biografi singkat abu bakar as
Biografi singkat abu bakar asBiografi singkat abu bakar as
Biografi singkat abu bakar asMiftakh Al Huda
 
Bilal bin rabah group 4
Bilal bin rabah group 4Bilal bin rabah group 4
Bilal bin rabah group 4Nurul Natasya
 
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahBedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahMyrna Muchiah Muchiah
 

What's hot (20)

Bilal bin rabbah power point angah
Bilal bin rabbah power point angahBilal bin rabbah power point angah
Bilal bin rabbah power point angah
 
Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020
 
Sirah Nabawiyyah.Ppt
Sirah Nabawiyyah.PptSirah Nabawiyyah.Ppt
Sirah Nabawiyyah.Ppt
 
Ppt bilal bin rabah
Ppt bilal bin rabahPpt bilal bin rabah
Ppt bilal bin rabah
 
Sirah nabi muhammad s.a.w
Sirah nabi muhammad s.a.wSirah nabi muhammad s.a.w
Sirah nabi muhammad s.a.w
 
10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surga10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surga
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
 
Contoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullahContoh peta minda sirah rasulullah
Contoh peta minda sirah rasulullah
 
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
 
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammadSejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
 
Ummu habibah
Ummu habibahUmmu habibah
Ummu habibah
 
Sejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafat
Sejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafatSejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafat
Sejarah ringkas nabi muhammad saw sejak lahir sampai wafat
 
Kisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabahKisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabah
 
Kisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadKisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammad
 
Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)
Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)
Bilal bin Rabah (MOPDB SMA Pembangunan I Bogor)
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
 
Biografi singkat abu bakar as
Biografi singkat abu bakar asBiografi singkat abu bakar as
Biografi singkat abu bakar as
 
Horizon baru
Horizon baruHorizon baru
Horizon baru
 
Bilal bin rabah group 4
Bilal bin rabah group 4Bilal bin rabah group 4
Bilal bin rabah group 4
 
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahBedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
 

Similar to Kenali saiyidina abu bakar as

file_09-03-2021_60478de21831f.pdf
file_09-03-2021_60478de21831f.pdffile_09-03-2021_60478de21831f.pdf
file_09-03-2021_60478de21831f.pdfMASDDIBARUBARUTANGA
 
KEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
KEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQKEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
KEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQabelianuraini
 
Sejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidin
Sejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidinSejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidin
Sejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidinBaitinnajmah
 
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdfKEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdfEtiRohaeti17
 
Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...
Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...
Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...NurAmeliaRahmawati1
 
khalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiq
khalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiqkhalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiq
khalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiqHayatullahKumaini
 
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...farah chaisani
 
Sejarah Nabi Muhammad SAW hijrah ke yatsrib
Sejarah Nabi  Muhammad SAW hijrah ke yatsribSejarah Nabi  Muhammad SAW hijrah ke yatsrib
Sejarah Nabi Muhammad SAW hijrah ke yatsribstephan EL'wiin Shaarawy
 
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdf
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdfUAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdf
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdfNajibBassya
 
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptx
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptxUAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptx
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptxNajibBassya
 
Biografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiq
Biografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiqBiografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiq
Biografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiqMuhammad Idris
 
Abu bakar ash-shiddiq.pptx
Abu bakar ash-shiddiq.pptxAbu bakar ash-shiddiq.pptx
Abu bakar ash-shiddiq.pptxSDNTEMANDANGII
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWRinaldi Julian
 
PERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptx
PERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptxPERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptx
PERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptxIskandarSultan
 
Dakwah Rasulullah Periode Mekah
Dakwah Rasulullah Periode MekahDakwah Rasulullah Periode Mekah
Dakwah Rasulullah Periode MekahNabila Arifannisa
 
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin I
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin ISejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin I
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin IHaristian Sahroni Putra
 

Similar to Kenali saiyidina abu bakar as (20)

file_09-03-2021_60478de21831f.pdf
file_09-03-2021_60478de21831f.pdffile_09-03-2021_60478de21831f.pdf
file_09-03-2021_60478de21831f.pdf
 
KEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
KEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQKEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
KEPEMIMPINAN ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
 
Sejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidin
Sejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidinSejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidin
Sejarah perkembangan islam masa khulafaur rasyidin
 
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdfKEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
 
Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...
Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...
Jawaban soal UAS Kepemimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq dibuat oleh Nur Amelia Ra...
 
Esei agama aa301
Esei agama   aa301Esei agama   aa301
Esei agama aa301
 
khalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiq
khalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiqkhalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiq
khalifah pertama bernama abu bakar ash shiddiq
 
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
 
Sejarah Nabi Muhammad SAW hijrah ke yatsrib
Sejarah Nabi  Muhammad SAW hijrah ke yatsribSejarah Nabi  Muhammad SAW hijrah ke yatsrib
Sejarah Nabi Muhammad SAW hijrah ke yatsrib
 
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdf
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdfUAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdf
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B(1).pdf
 
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptx
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptxUAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptx
UAS KEPEMIMPINAN_NAJIB BASSYA_2B.pptx
 
Biografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiq
Biografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiqBiografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiq
Biografi tokoh islam sahabat abu bakar assidiq
 
Abu bakar ash-shiddiq.pptx
Abu bakar ash-shiddiq.pptxAbu bakar ash-shiddiq.pptx
Abu bakar ash-shiddiq.pptx
 
Kisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad SawKisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad Saw
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
 
PERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptx
PERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptxPERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptx
PERKEMBANGAN ISLAM MASA ABU BAKAR ASH-SHIDIQ.pptx
 
PAI Elemen SPI.pdf
PAI Elemen SPI.pdfPAI Elemen SPI.pdf
PAI Elemen SPI.pdf
 
Dakwah Rasulullah Periode Mekah
Dakwah Rasulullah Periode MekahDakwah Rasulullah Periode Mekah
Dakwah Rasulullah Periode Mekah
 
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin I
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin ISejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin I
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Khulafaur Rosyidin I
 
Sejarah Syaikh Nawawi Al
Sejarah Syaikh Nawawi AlSejarah Syaikh Nawawi Al
Sejarah Syaikh Nawawi Al
 

Recently uploaded

Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 

Recently uploaded (20)

Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 

Kenali saiyidina abu bakar as

  • 1. KENALI SAIYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ: Sahabat Karib Rasulullah S.A.W. Abu Bakar As-Siddiq : Peristiwa-peristiwa di Mekah Gelaran "As-Siddiq" Saiyidina Abu Bakar digelar "As-Siddiq" kerana beliau sering membenarkan apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Contoh peribadi Abu Bakar ini adalah sewaktu Nabi s.a.w. melakukan Israk Mikraj. Apabila diceritakan, kebanyakan manusia tidak mempercayai kata-kata Nabi s.a.w., walhal sebelum itu mereka telah beriman dan membenarkan baginda. Beberapa orang dari mereka pergi menemui Abu Bakar. "Adakah kamu mempercayai apa yang diceritakan oleh Nabi s.a.w.? Dia mengakui bahawa dia telah melakukan israk dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa semalam!" tanya mereka. "Adakah dia mengatakan perkara itu?" Abu Bakar pula bertanya. "Ya," jawab mereka. "Kalau begitu, pasti dia jujur," jawab Abu Bakar tegas. "Adakah kamu percaya yang semalam dia telah pergi ke Baitul Maqdis kemudian balik ke Mekah sebelum Subuh?" Mereka bertanya lagi. "Ya!" Jawab Abu Bakar. "Saya pasti mempercayainya, malah dalam jarak lebih jauh dari itu juga saya tetap mempercayainya. Saya percaya pada khabar langit yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. setiap pagi dan petang!" Sejak itu, Abu Bakar diberi gelaran As-Siddiq. Tidak Pernah Minum Khamar Walau pada zaman jahiliah, Abu Bakar tetap menjaga martabat dan maruahnya. Dia telah mengharamkan khamar pada dirinya sebelum Islam mengharamkannya. "Orang yang meminum khamar, sesungguhnya dia telah mencemarkan kehormatan dirinya," kata Abu Bakar . Tidak Pernah Sujud di Hadapan Berhala Ketika memasuki usia akil baligh, Abu Quhafah (bapa Abu Bakar) telah membawanya memasuki sebuah ruang yang dipenuhi berhala. Bapanya mengatakan yang berhala-berhala itu adalah tuhan mereka.
  • 2. Abu Bakar lalu mendekati berhala tersebut dan berkata, "Saya sangat lapar. Berikan makanan kepada saya!" Berhala itu tidak mampu memenuhi permintaanya. "Saya tidak berpakaian. Berikan baju kepada saya!" Berhala itu tetap tidak dapat memenuhi permintaanya. Akhirnya Abu Bakar telah melemparkan sebongkah batu ke arah berhala tersebut, menyebabkan berhala itu jatuh tersungkur tanpa daya upaya. Mimpi Abu Bakar Semasa berada di Syam, Abu Bakar pernah bermimpi. Beliau menceritakan mimpi tersebut kepada seorang pendeta Buhaira. "Kamu berasal dari mana?" tanya pendeta. "Mekah," jawab Abu Bakar. "Suku apa?" "Quraisy." "Pekerjaanmu sekarang?" "Pedagang." "Sekiranya ALLAH menjadikan mimpimu kenyataan kelak, sesungguhnya seorang Nabi akan diutus dari kalangan kaummu. Kamu akan menjadi pembantunya semasa dia hidup dan penggantinya setelah dia wafat," Buhaira menafsirkan mimpi Abu Bakar. Selepas mendengar penjelasan Buhaira, Abu Bakar menyimpan perbualan antaranya dengan sang pendeta dengan rapi dan tidak pernah menceritakannnya kepada seorang pun. Diajak Menyembah Berhala Selepas Memeluk Islam Penduduk Mekah menjadi resah apabila Abu Bakar memeluk Islam. Mereka berpakat untuk memujuk Abu Bakar supaya menyembah tuhan-tuhan mereka. Dalam kalangan penduduk itu, Thalhah bin Ubaidillah telah dilantik menjadi wakil mereka. Berikut adalah perbualan antara Thalhah dengan Abu Bakar. "Wahai Abu Bakar, bangkitlah dan ikutilah aku!" "Ke mana kamu mahu membawa aku?" "Aku ingin mengajakmu kembali menyembah tuhan Lata dan Uzza!" "Beritahulah aku, siapakah Lata itu?"
  • 3. "Dia adalah anak perempuan ALLAH!" "Kalau begitu, siapakah ibunya?" Thalhah terdiam, tidak dapat menjawab pertanyaan yang akhir itu. Abu Bakar menoleh ke arah teman- teman Thalhah dan berseru: "Ayuh, mari bantu rakan kamu ini menjawab soalanku!" Namun tiada siapa pun yang dapat menjawab pertanyaan itu. Kesemuanya diam membisu. Thalhah memandang rakan-rakannya itu lalu berkata kepada Abu Bakar: "Bangkitlah, wahai Abu Bakar! Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah pesuruh ALLAH!" Abu Bakar menyambut tangan Thalhah dan memimpinnya menemui Rasulullah s.a.w. Peristiwa di Hadapan Kaabah Abu Bakar sedang duduk di halaman Kaabah sementara Zaid bin Amr bin Nufail sedang berdiri tidak jauh dari beliau. Tiba-tiba datang Ibnu Abi Shalt. "Apa khabarmu hari ini, wahai pencari kebaikan?" tanya Ibnu Abi Shalt kepada Zaid. "Saya dalam keadaan baik dan sihat." "Adakah kamu telah mendapatkannya?" "Belum." Ibnu Abi Shalt bersyair: "Semua agama kelak pada hari kiamat tidak berguna selain agama Hanifiah yang telah berlalu masanya.." Selesai bersyair, dia bertanya: "Adakah Nabi yang dinanti-nantikan berasal dari kaum kami atau kaummu?" Abu Bakar tertarik mendengar perbualan tersebut kerana beliau tidak pernah mendengar tentangnya sebelum ini. Beliau pun beredar menemui Waraqah bin Naufal yang terkenal mempunyai banyak berita dari langit dan memiliki suara hati yang tajam. Beliau meminta Waraqah menjelaskan kepadanya tentang hal yang didengari dalam perbualan tadi. "Benar saudaraku," sahut Waraqah bin Naufal. "Kami adalah ahli kitab dan kaum yang berilmu. Ketahuilah kamu bahawa Nabi yang ditunggu-tunggu akan datang dari suku Arab yang paling mulia garis keturunannya. Mereka itu adalah kaummu." "Wahai bapa saudara, apakah yang akan disampaikan oleh Nabi tersebut?" "Dia hanya mengatakan apa yang dikatakan kepadanya. Namun dia tidak pernah melakukan aniaya dan tidak pula teraniaya." Selepas itu, apabila Nabi s.a.w. diutus, Abu Bakar terus beriman dan membenarkan apa yang disampaikan oleh baginda. Fizikal Abu Bakar as-Siddiq
  • 4. Saiyiditina Aisyah r.a. menggambarkan ayahandanya sebagai seorang lelaki yang berkulit putih, berbadan kurus, dadanya tidak terlalu lebar, belakangnya tidak bongkok, tulang pinggangnya kecil sehingga tidak dapat menahan kain yang dipakainya, wajahnya kurus, kedua matanya cengkung, dahinya lebar dan urat-urat tangannya nampak jelas. Kedudukan Abu Bakar pada zaman Jahiliah Abu Bakar merupaka salah seorang pemimpin Quraisy, dan sekaligus anggota majlis mesyuarat mereka. Dia disayangi kaumnya kerana sangat memahami adat istiadat mereka. Selepas masuk Islam, dia mengutamakan ajaran Islam melebihi adat istiadatnya. - Imam Nawawi Abu Bakar merupakan salah seorang dari sepuluh pemimpin Quraisy yang menjadi teras komunikasi seluruh bangsa Quraisy pada zaman jahiliah dan juga zaman Islam. Beliau mempunyai kuasa untuk mennguruskan diyat (denda atas pembunuhan) dan menetapkan hukuman jenayah. - Ibnu Asakir Keluarga Abu Bakar ”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].  Isteri-isteri Abu Bakar Abu Bakar telah menikahi Qatilah binti Abdul Uzza dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Asma'. Tidak ada dalil yang mengatakan Qatilah memeluk agama Islam. Dalam satu riwayat, Qatilah pernah menghantar hadiah berisi keju dan minyak samin untuk anaknya Asma' yang berada di Madinah. Namun Asma' telah menolak hadiah ibunya, bahkan dia enggan memasukkannya ke dalam rumahnya. Asma' meminta nasihat Rasulullah s.a.w. tentang hal itu, dan baginda telah bersabda: "Sambunglah tali silaturrahim dengan ibumu!" Abu Bakar juga menikahi Ummu Ruman binti 'Amir, yang terus memeluk Islam dan mengikuti Abu Bakar berhijrah ke Madinah. Mereka dikurniakan dua orang anak, Aisyah r.a. dan Abdurrahman. Selepas memeluk Islam, Abu Bakar menikahi Asma binti Umais, setelah suaminya gugur di medan perang Mu'tah. Hasil perkahwinan tersebut mereka medapat anak lelaki yang dinamakan Muhammad bin Abu Bakar. Abu Bakar juga mengambil Habibah binti Karijah. Dia melahirkan Ummu Kalthum selepas Abu Bakar wafat.  Anak-anak Abu Bakar as-Siddiq
  • 5. Abdul Rahman bin Abu Bakar - Anak Abu Bakar yang paling tua. Dia memeluk Islam pada peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Dia termasuk dalam kalangan sahabat Nabi s.a.w. yang sangat terkenal dengan keberaniannya. Dia hampir terbunuh oleh Abu Hurairah dalam Perang Badar. Abdurrahman telah berjaya membunuh Mahkam bin Thufail, salah seorang panglima terbaik Musailimah Al-Kadzdzab dalam Perang Yamamah. 1. Abdullah bin Abu Bakar - Dia memeluk Islam pada awal kenabian. Abdullah memiliki peranan penting dalam peristiwa hijrah, di mana dia memberi maklumat yang mengumpulkan berita dari Quraisy pada siang hari kemudian menyampaikan kepada Nabi s.a.w. dan Abu Bakar pada waktu malam di Gua Thur. Selepas pagi, dia kembali berada di kalangan kaum Quraisy. Dalam perang Thaif, Abdullah telah mengalami kecederaan akibat terkena anak panah lalu syahid. Abdullah meninggal dunia ketika ayahandanya menjadi Khalifah. 2. Asma' binti Abu Bakar - Mendapat gelaran Dzatun Nithaqain (yang memiliki dua selendang) kerana dia telah memotong selendangnya menjadi dua bahagian untuk membungkus makanan untuk diberikan kepada ayahnya dan Nabi s.a.w. yang bersembunyi di Gua Thur. Dia dinikahi pemuda Quraisy bernama Zubair bin Awwam dan dikurniakan anak bernama Abdullah bin Zubair, anak sahabat pertama yang lahir di Madinah pada waktu pasca-peristiwa Hijrah. Cucu Abu Bakar ini pernah menjadi Khalifah umat Islam dalam waktu yang sangat pendek sebelum dibunuh dan disalib oleh Hajjaj bin Yusuf. 3. Aisyah (Ummul Mukminin) binti Abu Bakar - Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq yang dibebaskan oleh ALLAH s.w.t. dari fitnah keji terus dari langit. Isteri yang sangat dikasihi oleh Nabi s.a.w. dan wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. Mempunyai keutamaan yang tidak terbilang. 4. Ummu Kalthum binti Abu Bakar - Tidak pernah melihat wajah ayahnya kerana dilahirkan setelah Abu Bakar wafat. Namun Abu Bakar sudah sedia maklum dengannya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau telah memaklumkan kepada Aisyah tentang hal ini. "Sesungguhnya mereka adalah dua orang saudara lelakimu dan dua orang saudara perempuanmu," kata Abu Bakar menjelang ajalnya. "Anak perempuanmu adalah Asma' dan saya. Siapakah seorang lagi anak perempuan yang ayah maksudkan?" "Dia adalah anak yang masih berada dalam perut Kharijah. Ayah mempunyai firasat yang bayi yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan." Ummu Kalthum dinikahi oleh Thalhah bin Ubaidillah yang gugur dalam Perang Jamal. Peristiwa Ummu Jamil ingin Menyerang Nabi s.a.w. Abu Bakar sedang duduk bersebelahan Nabi s.a.w., tiba-tiba datang Ummu Jamil isteri Abu Lahab dengan menggenggam seketul batu. Ummu Jamil memandang dengan tajam semua hadirin yang berada di situ sehingga ternampak Abu Bakar, namun dia tidak nampak Nabi s.a.w.
  • 6. "Abu Bakar! Di manakah sahabatmu itu? Aku dengar dia telah menghinaku. Kalau aku menjumpainya, aku akan tutup mulutnya dengan batu ini. Kamu tahukah di mana dia berada?" tanya Ummu Jamil dengan nada marah, lalu membacakan syair yang mengejek Nabi s.a.w: "Dia orang hina yang kami selalu tentang Perintahnya akan selalu kami abaikan Dan agamanya sangatlah kami benci!" Kemudian Ummu Jamil pun beredar. Abu Bakar berasa agak takut lalu bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Ya Nabi ALLAH! Tidakkah kamu melihatnya dan dia juga melihatmu?" "Dia tidak dapat melihatku. ALLAH telah menghalang pandangannya dariku," jawab Nabi s.a.w. dengan tenang. Pernikahan Nabi s.a.w. dengan Saiditina Aisyah binti Abu Bakar Pada suatu hari, Khaulah binti Hakim telah pergi ke rumah Abu Bakar dan berkata kepada isterinya. "Wahai Ummu Ruman, kebaikan dan keberkatan apakah yang dilimpahkan oleh ALLAH kepada kamu semua, sehingga Rasulullah mengutusku supaya meminang anak perempuanmu Aisyah bagi pihaknya?" Ummu RUman berasa sangat gembira dan bersyukur lalu mengkhabarkan kepada suaminya Abu Bakar. "Adakah anak aku ini boleh dan layak untuk Rasulullah? Bukankah dia anak perempuan dari saudaranya?" tanya Abu Bakar. Sabda Nabi s.a.w: "Wahai Khaulah, khabarkan kepada Abu Bakar bahawa dirinya hanyalah saudaraku dalam Islam sahaja, dan anak perempuanmu layak untuk menikahiku!" Selepas mendengar penjelasan Nabi s.a.w., Abu Bakar pun mengundang Khaulah dan Nabi s.a.w. ke rumahnya. Beliau pun menikahkan anaknya Aisyah dengan Nabi s.a.w. Ketika itu usia Aisyah masih enam tahun. "Saya Masih Ingat, Rasulullah" Pada satu hari Nabi s.a.w. bertanya kepada sahabat-sahabatnya. "Siapakah di antara kamu yang ingat perkataan Qiss bin Saidah di Pasar Ukadz?" Suasana menjadi hening. Tiada siapa pun yang menjawab soalan Nabi s.a.w. Tiba-tiba Abu Bakar bangun dan bersuara. "Wahai Rasulullah! Saya masih ingat. Ketika itu saya berada di pasar tersebut. Qiss datang dengan menunggang kuda. Kemudian dia berhenti dan dengan suara yang lantang dia berkata..
  • 7. 'Wahai umat manusia, dengarlah dan fahamilah dengan saksama! Apabila telah difahami segeralah kamu manfaatkan! Sesungguhnya orang yang hidup akan mati. Orang yang sudah mati, masanya telah berlalu, setiap yang akan datang, segera akan tiba. Sesungguhnya di atas langit ada berita besar dan di bumi banyak peristiwa yang boleh menjadi pengajaran. Ranjang tidur yang terukir indah, atap yang tinggi menjulang, galaksi yang bergerak mengikut putarannya, lautan yang tiada pernah mengering, malam yang gelap gelita dan langit yang memiliki banyak galaksi bintang!' Qiss bersumpah bahawa ALLAH memiliki agama yang lebih dia cintai dari agama yang kamu semua anuti ini. 'Mengapa saya masih melihat orang pergi, kemudian tidak kembali? Adakah kerana mereka gembira dengan sebuah tempat sehingga mereka menetap di sana? Atau kerana tertinggal, kemudian dia tertidur lena di sana?' Seterusnya Qiss melantun bait-bait syairnya: 'Dua generasi pertama yang telah pergi kita boleh mengambil pengajaran dari mereka Ketika aku saksikan arus kematian mendekati Tiada cara untuk menghalaunya kembali Aku saksikan seluruh kaumku menghadapinya Baik pembesar atau orang biasa, satu persatu Kini aku menjadi yakin, bahawa tiada cara bagiku Untuk menghindar dari suratan takdir seperti yang menimpa semua bangsaku.' Abu Bakar Menyelamatkan Bilal Bilal bin Rabah merupakan seorang yang berhati suci dan sangat sempurna keislamannya. Beliau merupakan anak kepada Hamamah. Pada suatu hari yang sangat panas, Bilal telah diheret keluar oleh Umayah bin Khalaf ke hamparan pasir yang panas di kota Mekah. Umayah kemudian menelentangkan Bilal dan menghempap tulung rusuk Bilal dengan batu besar. Umayah bertindak sedemikian selepas mengetahui Bilal memeluk Islam. Dia berasa sangat marah dan mengugut untuk terus menyiksa Bilal hingga mati sekiranya Bilal tidak mahu berpaling dari ajaran Muhammad s.a.w. Bilal sedikit pun tidak menghiraukan ugutan Umayah, sebaliknya menghadapi seksaan tersebut dengan terus-menerus melafazkan ucapan yang mengharukan: "Ahad.. Ahad.. Ahad.."
  • 8. Waraqah bin Naufal telah melalui kawasan Bilal diseksa dan menyaksikan kejadian tersebut. Beliau berkata kepada Umayah dan konco-konconya: "Demi ALLAH, sekiranya kamu bunuh dia dengan cara sebegini, saya akan menjadikannya sebagai orang yang paling saya sayangi!" Tidak lama kemudian Abu Bakar As-Siddiq juga melalui kawasan tersebut. Dia melihat Bilal diseksa dengan cara yang sangat keji, lalu menghampiri Umayah yang kejam itu. "Tidak takutkah kamu pada ALLAH akan apa yang kamu lakukan pada orang miskin ini? Sampai bila kamu akan menyiksanya begini?" Tanya Abu Bakar kepada Umayah. "Kamu yang merosakkannya. Selamatkan dia kalau kamu mahu!" sahut Umayah. "Baik.. saya akan lakukan. Saya memiliki hamba yang lebih kuat dan lebih hitam darinya. Saya akan menyerahkannya kepada kamu sebagai ganti," kata Abu Bakar. Umayah bersetuju dengan tawaran Abu Bakar. Abu Bakar menyerahkan hambanya sebagai ganti untuk membebaskan Bilal. Setelah memiliki Bilal, Abu Bakar memerdekakannya. Abu Bakar Menyelamatkan Hamba Perempuan Bani Mu'mal Umar Al-Khattab (ketika ini masih musyrik) mempunyai seorang hamba perempuan yang selalu diseksa supaya meninggalkan agama Islam. Umar telah memukul wanita itu terus-menerus sehingga berasa bosan. "Aku meminta maaf padamu kerana tidak henti-henti memukulmu sehingga bosan," kata Umar. "Begitu pula yang ALLAH lakukan kepadamu," jawab wanita tersebut. Selepas kejadian itu, Abu Bakar telah membeli hamba sahaya Umar yang kemudiannya dimerdekakan. Sumber:  150 Kisah Teladan Abu Bakar As-Siddiq r.a. - Sahabat Karib Rasulullah s. a. w. oleh Ahmad Abdul Aal Al-Tahtawi (Al Hidayah Publication 2010)  http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=68:bibliografi- dan-latar-belakang-saiyidina-abu-bakar-al-siddiq-ra&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75  http://sunnahonline.com/library/history-of-islam/305-abu-bakr-as-siddiq