SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING 
Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran 
 melakukan hantaran 
 menerima bola 
Jenis-jenis hantaran 
Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu 
tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah. 
1. Hantaran dua tangan: 
- Hantaran dada 
- Hantaran lantunan 
- Hantaran atas kepala 
- Hantaran sisi 
2. Hantaran satu tangan: 
- Hantaran aras bahu 
- Hantaran lob 
- Hantaran peluru 
- Hantaran bawah bahu 
- Hantaran lantun
TEKNIK DAN TUJUAN HANTARAN 
1. Hantaran aras dada 
Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan 
melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari. 
Tujuan: 
Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak 
dihalang oleh lawannya. 
Butir-butir mengajar: 
- Badan dalam kedudukan seimbang 
- Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran 
- Luruskan tangan serentak dengan hantaran 
2. Hantaran lantunan 
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan 
melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah tangan, mula 
tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan 
untuk mengimbangi badannya. 
Tujuan: 
Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan 
sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya. 
Butir-butir mengajar: 
- Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan 
- Bertindak dengan pantas 
- Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan
3. Hantaran atas kepala atau hantaran lob 
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar ke 
sasarannya dengan meluruskan siku. 
Tujuan: 
Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima. 
Butir-butir mengajar: 
- Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya 
- Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan 
- Pandang pergerakan penerima 
4. Hantaran sisi/rendah/bawah 
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. 
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak ke arah pemain). Dengan 
menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola 
hampir sama dengan pergerakan picing dalam softball. 
Butir-butir mengajar: 
- Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan 
- Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran 
5. Hantaran aras bahu 
Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat 
badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah). 
Tujuan: 
Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi. 
Butir-butir mengajar: 
- Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan 
- Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran
6. Hantaran peluru 
Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras 
pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan kaki bertentangan 
tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan 
hantaran, buka lengan dan pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola 
pada garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang. Pindahkan 
berat badan ke hadapan. 
Tujuan: 
Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit. 
Butir-butir mengajar: 
- Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran 
- Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang 
- Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki) 
Menangkap 
Ada dua cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan dua 
belah tangan. Untuk menjadi pemain yang baik, seseorang harus dapat menangkap bola dengan betul. 
Paling berkesan jika pemain menangkap bola dengan dua belah tangan dan dalam pada itu dia 
memandang pantas pergerakan bola. 
Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua – dua tangan: atau jika 
menggunakan sebelah tangan, ia hendaklah segera diikuti oleh sebelah tangan lagi. Kemudian, 
peganglah bola itu dengan betul, iaitu sebelah tangan memegang bahagian atas dan belakang bola, 
sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. Pemain mestilah dalam 
keadaan bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketika – ketika di luar dugaan.

More Related Content

What's hot

PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRinaskdpk
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola balingAdrine Sapari
 
kemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangkemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangIzzuliani Yassim
 
Modul Latihan Sukan Badminton
Modul Latihan Sukan BadmintonModul Latihan Sukan Badminton
Modul Latihan Sukan BadmintonSekolah
 
Pengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluruPengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar pelurumimiey27
 
Termonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola JaringTermonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola Jaringitaadam
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Nur Jalil
 
Permainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda KondiPermainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda KondiDesmond Stevee
 
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori seranganJimmy Siow
 
Teknik Kemahiran Asas Hoki
Teknik Kemahiran Asas HokiTeknik Kemahiran Asas Hoki
Teknik Kemahiran Asas HokiRibut Taufan
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMmond niel
 
Asas sistem pertahanan dan serangan bola baling
Asas sistem pertahanan dan serangan bola balingAsas sistem pertahanan dan serangan bola baling
Asas sistem pertahanan dan serangan bola balingMohd Rizal Mustafa
 

What's hot (20)

PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
 
kemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangkemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjang
 
Pengajaran tgfu
Pengajaran tgfuPengajaran tgfu
Pengajaran tgfu
 
Modul Latihan Sukan Badminton
Modul Latihan Sukan BadmintonModul Latihan Sukan Badminton
Modul Latihan Sukan Badminton
 
Pengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluruPengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluru
 
Rph berjalan
Rph berjalanRph berjalan
Rph berjalan
 
Termonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola JaringTermonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola Jaring
 
Rph hoki br
Rph hoki brRph hoki br
Rph hoki br
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
 
Permainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda KondiPermainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda Kondi
 
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
 
Racing walking
Racing walkingRacing walking
Racing walking
 
Teknik Kemahiran Asas Hoki
Teknik Kemahiran Asas HokiTeknik Kemahiran Asas Hoki
Teknik Kemahiran Asas Hoki
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
Nilai dan etika dalam sukan
Nilai dan etika dalam sukanNilai dan etika dalam sukan
Nilai dan etika dalam sukan
 
Asas sistem pertahanan dan serangan bola baling
Asas sistem pertahanan dan serangan bola balingAsas sistem pertahanan dan serangan bola baling
Asas sistem pertahanan dan serangan bola baling
 
Kertas kerja pj
Kertas kerja pjKertas kerja pj
Kertas kerja pj
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 

Similar to Kemahiran dalam bola jaring 2

Teknik dasar permainan bola basket
Teknik dasar permainan bola basketTeknik dasar permainan bola basket
Teknik dasar permainan bola basketDwi Fajar Juga
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingHiroshi Sakae
 
Amelia putri yuwono
Amelia putri yuwonoAmelia putri yuwono
Amelia putri yuwonoavitapoppy
 
Permainan bola voli
Permainan bola voliPermainan bola voli
Permainan bola voli'Den Susnadi
 
Permainan bola volley.pptx imam muslim
Permainan bola volley.pptx imam muslimPermainan bola volley.pptx imam muslim
Permainan bola volley.pptx imam muslimTohir Haliwaza
 
Penjasorkes voli dan lompat jangkit
Penjasorkes voli dan lompat jangkitPenjasorkes voli dan lompat jangkit
Penjasorkes voli dan lompat jangkitarief_SF
 
Power point passing
Power point passingPower point passing
Power point passingkencot
 
Power point passing
Power point passingPower point passing
Power point passingbokong
 
PENJASKES KELAS X.pptx
PENJASKES KELAS X.pptxPENJASKES KELAS X.pptx
PENJASKES KELAS X.pptxSMKYPM14
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola balingLinda Midy
 
Pasing atas dan smash
Pasing atas dan smashPasing atas dan smash
Pasing atas dan smashPaijo Warto
 
PPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptx
PPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptxPPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptx
PPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptxkhairulafriadi1
 

Similar to Kemahiran dalam bola jaring 2 (20)

Teknik dasar permainan bola basket
Teknik dasar permainan bola basketTeknik dasar permainan bola basket
Teknik dasar permainan bola basket
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
 
Presentation1 or
Presentation1 orPresentation1 or
Presentation1 or
 
MEDIA PEMBELAJARAN.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN.pptxMEDIA PEMBELAJARAN.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN.pptx
 
Amelia putri yuwono
Amelia putri yuwonoAmelia putri yuwono
Amelia putri yuwono
 
Permainan bola voli
Permainan bola voliPermainan bola voli
Permainan bola voli
 
ppt bola voli.ppt
ppt bola voli.pptppt bola voli.ppt
ppt bola voli.ppt
 
Permainan bola volley.pptx imam muslim
Permainan bola volley.pptx imam muslimPermainan bola volley.pptx imam muslim
Permainan bola volley.pptx imam muslim
 
Penjasorkes voli dan lompat jangkit
Penjasorkes voli dan lompat jangkitPenjasorkes voli dan lompat jangkit
Penjasorkes voli dan lompat jangkit
 
Sssssseeertrhtytyytyuuyyuui
SssssseeertrhtytyytyuuyyuuiSssssseeertrhtytyytyuuyyuui
Sssssseeertrhtytyytyuuyyuui
 
Shooting
ShootingShooting
Shooting
 
Power point passing
Power point passingPower point passing
Power point passing
 
Power point passing
Power point passingPower point passing
Power point passing
 
PENJASKES KELAS X.pptx
PENJASKES KELAS X.pptxPENJASKES KELAS X.pptx
PENJASKES KELAS X.pptx
 
Passing Bawah Bola Voli
Passing Bawah Bola VoliPassing Bawah Bola Voli
Passing Bawah Bola Voli
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola baling
 
Pasing atas dan smash
Pasing atas dan smashPasing atas dan smash
Pasing atas dan smash
 
Bola Voli
Bola VoliBola Voli
Bola Voli
 
Bola voli & basket
Bola voli & basketBola voli & basket
Bola voli & basket
 
PPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptx
PPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptxPPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptx
PPT PERMAINAN BOLA KECIL (KASTI) MICRO TEACHING.pptx
 

Kemahiran dalam bola jaring 2

  • 1. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran  melakukan hantaran  menerima bola Jenis-jenis hantaran Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah. 1. Hantaran dua tangan: - Hantaran dada - Hantaran lantunan - Hantaran atas kepala - Hantaran sisi 2. Hantaran satu tangan: - Hantaran aras bahu - Hantaran lob - Hantaran peluru - Hantaran bawah bahu - Hantaran lantun
  • 2. TEKNIK DAN TUJUAN HANTARAN 1. Hantaran aras dada Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari. Tujuan: Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak dihalang oleh lawannya. Butir-butir mengajar: - Badan dalam kedudukan seimbang - Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran - Luruskan tangan serentak dengan hantaran 2. Hantaran lantunan Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi badannya. Tujuan: Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya. Butir-butir mengajar: - Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan - Bertindak dengan pantas - Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan
  • 3. 3. Hantaran atas kepala atau hantaran lob Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku. Tujuan: Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima. Butir-butir mengajar: - Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya - Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan - Pandang pergerakan penerima 4. Hantaran sisi/rendah/bawah Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing dalam softball. Butir-butir mengajar: - Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan - Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran 5. Hantaran aras bahu Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah). Tujuan: Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi. Butir-butir mengajar: - Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan - Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran
  • 4. 6. Hantaran peluru Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran, buka lengan dan pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan. Tujuan: Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit. Butir-butir mengajar: - Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran - Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang - Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki) Menangkap Ada dua cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan dua belah tangan. Untuk menjadi pemain yang baik, seseorang harus dapat menangkap bola dengan betul. Paling berkesan jika pemain menangkap bola dengan dua belah tangan dan dalam pada itu dia memandang pantas pergerakan bola. Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua – dua tangan: atau jika menggunakan sebelah tangan, ia hendaklah segera diikuti oleh sebelah tangan lagi. Kemudian, peganglah bola itu dengan betul, iaitu sebelah tangan memegang bahagian atas dan belakang bola, sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. Pemain mestilah dalam keadaan bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketika – ketika di luar dugaan.