1. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran
melakukan hantaran
menerima bola
Jenis-jenis hantaran
Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu
tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah.
1. Hantaran dua tangan:
- Hantaran dada
- Hantaran lantunan
- Hantaran atas kepala
- Hantaran sisi
2. Hantaran satu tangan:
- Hantaran aras bahu
- Hantaran lob
- Hantaran peluru
- Hantaran bawah bahu
- Hantaran lantun
2. TEKNIK DAN TUJUAN HANTARAN
1. Hantaran aras dada
Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan
melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.
Tujuan:
Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak
dihalang oleh lawannya.
Butir-butir mengajar:
- Badan dalam kedudukan seimbang
- Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran
- Luruskan tangan serentak dengan hantaran
2. Hantaran lantunan
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan
melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah tangan, mula
tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan
untuk mengimbangi badannya.
Tujuan:
Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan
sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.
Butir-butir mengajar:
- Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan
- Bertindak dengan pantas
- Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan
3. 3. Hantaran atas kepala atau hantaran lob
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar ke
sasarannya dengan meluruskan siku.
Tujuan:
Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.
Butir-butir mengajar:
- Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya
- Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan
- Pandang pergerakan penerima
4. Hantaran sisi/rendah/bawah
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang.
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak ke arah pemain). Dengan
menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola
hampir sama dengan pergerakan picing dalam softball.
Butir-butir mengajar:
- Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan
- Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran
5. Hantaran aras bahu
Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat
badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah).
Tujuan:
Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi.
Butir-butir mengajar:
- Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan
- Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran
4. 6. Hantaran peluru
Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras
pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan kaki bertentangan
tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan
hantaran, buka lengan dan pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola
pada garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang. Pindahkan
berat badan ke hadapan.
Tujuan:
Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit.
Butir-butir mengajar:
- Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran
- Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang
- Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki)
Menangkap
Ada dua cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan dua
belah tangan. Untuk menjadi pemain yang baik, seseorang harus dapat menangkap bola dengan betul.
Paling berkesan jika pemain menangkap bola dengan dua belah tangan dan dalam pada itu dia
memandang pantas pergerakan bola.
Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua – dua tangan: atau jika
menggunakan sebelah tangan, ia hendaklah segera diikuti oleh sebelah tangan lagi. Kemudian,
peganglah bola itu dengan betul, iaitu sebelah tangan memegang bahagian atas dan belakang bola,
sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. Pemain mestilah dalam
keadaan bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketika – ketika di luar dugaan.