Dokumen ini membahas tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran:
1) Konstruktivisme, di mana pelajar membangun pengetahuan baru berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada.
2) Pendekatan inkuiri, di mana pembelajaran terjadi melalui pengalaman dan penemuan konsep oleh pelajar sendiri melalui eksperimen dan proyek.
3) Pendekatan kontekstual, di mana pembelajaran terjadi dalam konteks yang relevan bagi
1. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Konstruktivisme
Konstruktivisme adlah satu fahaman bahawa pelajar membina pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam
proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang
baru. Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar
sendiri dalam konteks sosial melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru
disepadukan dengan idea yang sedia ada dan hasilnya kesedaran atas apa yang
dipelajari.
Aplikasi Konstruktivisme
Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar
diberi peluang untuk mencatat pengetahuan sedia ada sebelum aktiviti melukis.
Pelajar menjalankan eksperimen tak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai
usaha sesuatu membina pengetahuan baru berteraskan pengetahuan sedia ada
Pendekatan inkuiri-penemuan
Pendekatan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling, Penemuan merupakan sifat
utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip
utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar
akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian
membimbing pelajar untuk memahami konsep seni melalui hasil inkuiri.
Aplikasi
Dengan menjalankan Eksperimen, pelajar menguji perkara yang mereka
hasilkan, kemudian mencari jawapan yang telah dikaji.
Melalui projek, pelajar diberi masa yang lebih panjang untuk mengkaji sesuatu.
Projek bukan sahaja melibatkan aktiviti seni malah melibatkan kemahiran lain
seperti nilai murni.
2. Perbincangan merupakan kaedah yang efektif untuk mencetuskan minda demi
melanjutkan proses inkuiri dan penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu,
semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman ditingkatkan.
Pendekatan kontekstual