SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012



                 KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING )

                             PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH

                                          TAHUN 2012



1.0   PENDAHULUAN

      Mini Sukan Futsal dan Bola Jaring adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6
      tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan
      matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi
      Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).

2.0   MATLAMAT



      Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang
      positif.



3.0   OBJEKTIF



      3.1     Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai

      3.2     Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.

      3.3     Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.

      3.4     Meningkatkan disiplin dalam diri murid.



4.0   KUMPULAN SASARAN



      4.1     57 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Alor Gajah

      4.2     10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah
              Alor Gajah untuk futsal

      4.3     10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah
              Daerah Alor Gajah untuk bola jaring



5.0   CADANGAN MINI SUKAN
                                                1
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012




      5.1     Dijalankan selama 2 hari untuk 2 jenis permainan dijalankan di 2 kawasan iaitu :

              i.      Kawasan Alor Gajah ( 7 JULAI 2012 ) – Permainan Futsal

              ii.     Kawasan Masjid Tanah( 14 JULAI 2012 ) – Permainan Bola Jaring

      5.2     Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Peringkat Negeri




6.0   SUMBER KEWANGAN



      6.1     Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan :

              RM 100.00 X 57 Sekolah = RM 5,700.00



7.0   PERBELANJAAN



      7.1

      Bil                    Perkara                           Jumlah               Catatan
       .
      1.    Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang X 2      RM 320.00
            kawasan

      2.    Hadiah Tempat Pertama Plak RM 5.00 X 20      RM 200.00
            orang X 2 kawasan

      3.    Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 20        RM 200.00
            orang X 2 kawasan

      4.    Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 20       RM 200.00
            orang X 2 kawasan

      5.    Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X     RM 1120.00
            560 orang X 2 kawasan

      6.    Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 100        RM 600.00
            orang X 2 kawasan
                                            2
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012




      7.        Jamuan Murid RM 2.00 X 570 X 2 kawasan       RM 2280.00

      8.        Lain-lain                                    RM 460.00

                JUMLAH                                       RM 5700.00



8.0   PELAKSANAAN

      8.1 PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA JARING

            •     Bilangan semua pemain untuk pertandingan futsal dan bola jaring termasuk simpanan
                  ialah 10 orang.
            •     Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal dan bola jaring diberi kelonggaran
                  untuk murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak.

            •     Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini
                  Sukan adalah muktamad.



      8.2        NAMA PERTANDINGAN

            •     Mini Sukan ( Futsal dan Bola Jaring ) Prasekolah Negeri Melaka

      8.3        BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

            •     Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring ialah seperti
                  berikut:-

                  Pengurus Pasukan        1 orang ( setiap pertandingan )

                  Jurulatih Pasukan       1 orang ( setiap pertandingan )

                  Peserta                10 orang ( setiap pertandingan )

      8.4          PENYERTAAN

            •     Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Kelas Prasekolah Negeri
                  Melaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan
                  satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan.
            •     Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

            •     Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah
                  tidak dibenarkan.



                                                    3
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012



      •     Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola
            bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.

8.5         TEMPOH PERLAWANAN

            Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

      •     Bahagian pertama      7 minit
      •     Rehat                 3 minit

      •     Bahagian kedua           7 minit

8.6        SISTEM PERTANDINGAN

      •     Liga Kumpulan

A.          Pusingan Permulaan

            Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah
            dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B.          Pusingan Suku Akhir

            i.     Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

            ii.    Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang

                   sebagai kumpulan X1 dan X2

            iii.    Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

                   Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2

C.          Pusingan Separuh Akhir

            i.     Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

            ii.    Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

            iii.   Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D.          Pertandingan akhir

            i.      Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

            ii.     Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

8.7        MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.7.1       Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti
                                               4
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012


             berikut :-

                               Menang      -     2 Mata

                               Seri        -     1 Mata

                               Kalah       -     0 Mata

8.7.2        Keputusan Seri

             Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan
              ditentukan seperti berikut:

             i.    Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai

                   jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

             ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

             iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan

                   diisytiharkan sebagai pemenang.

8.7.3         Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir

              dan akhir :

      i.            Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa

             sepenuh perlawanan.

      ii.    Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.

      ii.           Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan

             yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

      iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

      v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran

            Tengah berikutnya.

      vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga

            satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

9.0         PERTUKARAN PEMAIN

      9.1         Penggantian dan Pertukaran posisi
                                                 5
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012



   •         Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang
             lain.
   •         Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga
             kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan
             untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

   •         Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.

   •         Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama
             ada:

             i. Masa rehat

             ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.

                 Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang

                 menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian

                 dan atau pertukaran posisi.

   •         Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di
             daftarkan

   9.2         Kecederaan dan kesakitan

               Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan

               permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat.

               Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya

               atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang

               terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke

               gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

       9.3      Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

                waktu rehat separuh masa.

       9.4     Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

               kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas

               waktu rehat separuh masa.

10.0         PAKAIAN

                                               6
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012



            •     Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan
                  warna yang sama.
            •     Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf
                  sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain.

            •     Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti              berkuku
                  pendek.

            •     Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan
                  memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.



       11.0       GELANGGANG DAN PERALATAN

            •     Gelanggang futsal
            •     Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai
                  mengikut kesesuaian murid Prasekolah.




       1.         Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang(p) X lebar(l) )

                                                   25 m




18 m              5m                                                                        3m

       3m

                                                          1.5 m




            i.         Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 m
            ii.            Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m




                                                    7
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012


2.                Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) )

                                             21m

      7m                                     7m                         7m

                                       bulatan tengah                           12m

                                                                             280mm

                                                                       bulatan gol




          i.          Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi.
          ii.         Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm

          iii.        Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6 inci
                      p

          iv.         Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar



3.              Peralatan Futsal

      •         2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 3.
      •         Tiang gol seperti tiang gol Bola Baling.

4.                Peralatan Bola Jaring

Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur

mengikut spesifikasi berikut:

i.                Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:

                  Jenis bola jaring   : rubber

                  Ukuran bola         : saiz 4

ii.               Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen

                  Jenis bola jaring   : synthetic leather

                  Ukuran bola         : saiz 4

12.0 KELEWATAN
                                                      8
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012



   •     Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum
         perlawanan dimulakan.
   •     Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa
         alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak
         lawan dengan jaringan 5-0.

   •     Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil
         tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain
         gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan
         Pertukaran Posisi.

   •     Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak
         boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas
         memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

         i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di

               posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.

         ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.

         ii.Sebaik sahaja selepas rehat



13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

   •     Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah
         diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam
         selepas tamat perlawanan.
   •     Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00
         (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

   •     Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu
         didapati tidak wajar.

14.0 JURI RAYUAN

   •     Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang
         (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas Prasekolah
         berkecuali.

         Ahli juri rayuan terdiri daripada:

         i.         Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.

         ii.        Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.

         iii.       Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

         iv.       Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang berkecuali.
                                           9
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012



   •     Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.




15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

        Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang
        atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan
        tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa
        pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah
        keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa
        kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan “First Aid
        Kit” sendiri.



16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

       Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan
       lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya,
       maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak
       menangguhkan perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan

  disambung mengikut baki masa yang tinggal.

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah

  dimainkan semula.

3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu

  jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan

  secara serta merta.

4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula

  perlawanan yang tertangguh itu.



17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

       Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal dan Bola Jaring
       manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat
       Pelajaran Daerah yang menganjurkan Mini Sukan tersebut untuk menyediakan borang

                                          10
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012


         pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring,
         kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.



18.0      CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku                  - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi                  -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

                            pencatat skor)

Meja                    - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Payung                  - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat)

Borang pertandingan     - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Jam randik              - 2 buah

Papan skor              - 1 unit

Bola pertandingan       - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan



19.0      MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

          Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
          daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh
          pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang
          pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam
          perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan
          keputusan kumpulan.

20.0      JAWATANKUASA KERJA



Pengerusi               :          Adnan bin Isenin ( SK Parit Melana )

Naib Pengerusi          :          Irmadila binti Mat Ismail ( SK Durian Daun ( K )

Setiausaha              :          Julianty binti Idris ( SK Hutan Percha )

Naib Setiausaha         :          Noraini binti Zammeri ( SK Sri Laksamana )

Bendahari               :          Azila binti Ayob ( SK Dato’ Naning )

Naib Bendahari          :          Noraini binti Abu Bakar ( SK Pengkalan Balak )
                                             11
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012


Ahli Jawatankuasa       :

                i.      Pendaftaran dan Borang

                        Nurhalawati Jannat binti Saad ( SK Tanjung Bidara )

                        Yaw Mei Ting ( SJK C Pay Chee )

                ii.     Persiapan Tempat / Padang

                        Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau Panjang )
                        Nurul Hayati binti Amat ( SK Telok Berembang )

                iii.    Teknikal / Peralatan

                        Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Gajah 1 )

                        Madhumathi a/p Sankaran Nair ( SJK T Alor Gajah )

                iv.     Jamuan

                        Rosmala Melati binti Kamaruddin ( SK Pulau Sebang )

                        Hanisah binti Hamid ( SK Simpang Empat )

                v.      Hadiah dan Cenderahati

                        Hazlinda binti Abdul Rahman ( SK Gangsa )

                        Izazuzita binti Idrus ( SK Sungai Tuang )

                vi.     Buku Program / Jemputan

                        Noraini bin Zammeri ( SK Seri Laksamana )

                        Mok Suit Kit ( SJK C Machap Umboo )

                vii.    Juruacara

                        Mahani bin Ab Jalil ( SK Jeram )

                viii.   Penyelia Peserta

                        Irwanimarzilla binti Abd Samad ( SK Durian Tunggal )




21.0     LAMPIRAN


                                           12
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012


1. Jadual Perlawanan secara Liga Futsal dan Bola Jaring

2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan

3. Borang Penyertaan Pertandingan

4. Borang Senarai Nama Pasukan




                                         13
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012




                                                                    LAMPIRAN 1

                        JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA



KUMPULAN A



KUMPULAN 1

                   SUKU AKHIR



KUMPULAN 2

                                               SEPARUH AKHIR



KUMPULAN 3

                   SUKU AKHIR


KUMPULAN 4                                                            AKHIR



KUMPULAN 5

                  SUKU AKHIR


                                         14
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012


KUMPULAN 6

                                                  SEPARUH AKHIR



KUMPULAN 7

                      SUKU AKHIR



KUMPULAN 8

                                                                       LAMPIRAN 2



             JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN




NAMA             PASUKAN 1    PASUKAN 2      PASUKAN 3       PASUKAN 4      JUMLAH
PASUKAN

PASUKAN 1



PASUKAN 2



PASUKAN 3



PASUKAN 4



JUMLAH




Disahkan oleh,

                                            15
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012




……………………………………………………




                                                                       LAMPIRAN 3



                         BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN



NAMA SEKOLAH         : …………………………………………………………………………………………………………….

NAMA PASUKAN         : ……………………………………………………………………………………………………………

NAMA GURU            : …………………………………………………………………………………………………………….

NAMA PEMBANTU        : …………………………………………………………………………………………………………….

WARNA BIP/JERSI      : …………………………………………………………………………………………………………….



 BIL              NAMA PESERTA                NO. SURAT BERANAK             POSISI




                                            16
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012




Disediakan oleh,                                                 Disahkan oleh,



……………………………………………..                                              ………………………………………….



                                                                 LAMPIRAN 4



SENARAI NAMA PASUKAN

BIL                   NAMA SEKOLAH                      JURULATIH / PENGURUS PASUKAN




                                             17
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012




                                18

More Related Content

What's hot

Surat jemputan ceramah keselamatan kepada bomba
Surat jemputan ceramah keselamatan kepada bombaSurat jemputan ceramah keselamatan kepada bomba
Surat jemputan ceramah keselamatan kepada bomba
Zainal Osman
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
Hamsi Ahmad
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polisSurat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Muhammad Mukhlis
 
Surat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramahSurat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramah
Azian Sabli
 
Surat minta tajaan syarikat
Surat minta tajaan syarikat Surat minta tajaan syarikat
Surat minta tajaan syarikat
Syeda Yuuras
 
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
jamil puteh
 
Borang inventori
Borang inventoriBorang inventori
Borang inventori
Nur Syairah
 
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafikSurat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Jai Amirulmukmin
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
ElyzaElyzai
 

What's hot (20)

Surat jemputan ceramah keselamatan kepada bomba
Surat jemputan ceramah keselamatan kepada bombaSurat jemputan ceramah keselamatan kepada bomba
Surat jemputan ceramah keselamatan kepada bomba
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polisSurat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
 
Surat sponsor
Surat sponsorSurat sponsor
Surat sponsor
 
Memo mesyuarat
Memo mesyuaratMemo mesyuarat
Memo mesyuarat
 
Surat panggilan mesyuarat
Surat panggilan mesyuaratSurat panggilan mesyuarat
Surat panggilan mesyuarat
 
Surat panggilan
Surat panggilanSurat panggilan
Surat panggilan
 
Surat mohon sumbangan
Surat mohon sumbanganSurat mohon sumbangan
Surat mohon sumbangan
 
Laporan Aktiviti
Laporan AktivitiLaporan Aktiviti
Laporan Aktiviti
 
Surat sumbangan pibg
Surat sumbangan pibgSurat sumbangan pibg
Surat sumbangan pibg
 
Surat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramahSurat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramah
 
Surat minta tajaan syarikat
Surat minta tajaan syarikat Surat minta tajaan syarikat
Surat minta tajaan syarikat
 
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
 
Borang inventori
Borang inventoriBorang inventori
Borang inventori
 
Contoh surat kelulusan PPG
Contoh surat kelulusan PPGContoh surat kelulusan PPG
Contoh surat kelulusan PPG
 
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafikSurat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
 
Surat permohonan pertukaran destinasi
Surat permohonan pertukaran destinasiSurat permohonan pertukaran destinasi
Surat permohonan pertukaran destinasi
 
Contoh surat rasmi.
Contoh surat rasmi.Contoh surat rasmi.
Contoh surat rasmi.
 
Elaun & tuntutan
Elaun & tuntutanElaun & tuntutan
Elaun & tuntutan
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 

Similar to kertas kerja nota

Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
shinekirana
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
henry nicholas
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Nur Jalil
 
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Zatil Nabilah
 
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Khairul Nizam
 
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
azhajusoh
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
Shahri77
 
Kertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr docKertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr doc
Murad Yok
 
Edit kertas kerja
Edit kertas kerjaEdit kertas kerja
Edit kertas kerja
Mohd Aizat
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
jed jeki
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
zaifazara
 
167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009
167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009
167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009
saldeena3
 

Similar to kertas kerja nota (20)

1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
 
kemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringkemahiran bola jaring
kemahiran bola jaring
 
Ragbi u10 skpb
Ragbi u10 skpbRagbi u10 skpb
Ragbi u10 skpb
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
 
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
 
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
 
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
 
Kertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr docKertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr doc
 
Kertas kerja kejohanan tenis contoh
Kertas kerja kejohanan tenis contohKertas kerja kejohanan tenis contoh
Kertas kerja kejohanan tenis contoh
 
Edit kertas kerja
Edit kertas kerjaEdit kertas kerja
Edit kertas kerja
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
 
167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009
167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009
167663171 kertas-kerja-sukan-mini-2009
 
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
 

kertas kerja nota

  • 1. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING ) PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2012 1.0 PENDAHULUAN Mini Sukan Futsal dan Bola Jaring adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ). 2.0 MATLAMAT Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 57 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Alor Gajah 4.2 10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Alor Gajah untuk futsal 4.3 10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Alor Gajah untuk bola jaring 5.0 CADANGAN MINI SUKAN 1
  • 2. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 5.1 Dijalankan selama 2 hari untuk 2 jenis permainan dijalankan di 2 kawasan iaitu : i. Kawasan Alor Gajah ( 7 JULAI 2012 ) – Permainan Futsal ii. Kawasan Masjid Tanah( 14 JULAI 2012 ) – Permainan Bola Jaring 5.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Peringkat Negeri 6.0 SUMBER KEWANGAN 6.1 Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan : RM 100.00 X 57 Sekolah = RM 5,700.00 7.0 PERBELANJAAN 7.1 Bil Perkara Jumlah Catatan . 1. Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang X 2 RM 320.00 kawasan 2. Hadiah Tempat Pertama Plak RM 5.00 X 20 RM 200.00 orang X 2 kawasan 3. Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 20 RM 200.00 orang X 2 kawasan 4. Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 20 RM 200.00 orang X 2 kawasan 5. Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X RM 1120.00 560 orang X 2 kawasan 6. Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 100 RM 600.00 orang X 2 kawasan 2
  • 3. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 7. Jamuan Murid RM 2.00 X 570 X 2 kawasan RM 2280.00 8. Lain-lain RM 460.00 JUMLAH RM 5700.00 8.0 PELAKSANAAN 8.1 PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA JARING • Bilangan semua pemain untuk pertandingan futsal dan bola jaring termasuk simpanan ialah 10 orang. • Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal dan bola jaring diberi kelonggaran untuk murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak. • Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini Sukan adalah muktamad. 8.2 NAMA PERTANDINGAN • Mini Sukan ( Futsal dan Bola Jaring ) Prasekolah Negeri Melaka 8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA • Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring ialah seperti berikut:- Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan ) Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan ) Peserta 10 orang ( setiap pertandingan ) 8.4 PENYERTAAN • Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Kelas Prasekolah Negeri Melaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan. • Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. • Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. 3
  • 4. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 • Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan. 8.5 TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut: • Bahagian pertama 7 minit • Rehat 3 minit • Bahagian kedua 7 minit 8.6 SISTEM PERTANDINGAN • Liga Kumpulan A. Pusingan Permulaan Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga. B. Pusingan Suku Akhir i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2 iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2 C. Pusingan Separuh Akhir i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati. ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1 iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2. D. Pertandingan akhir i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2. ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2. 8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti 4
  • 5. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 berikut :- Menang - 2 Mata Seri - 1 Mata Kalah - 0 Mata 8.7.2 Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut: i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan. ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. 8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir : i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan. ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan. ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 9.0 PERTUKARAN PEMAIN 9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi 5
  • 6. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 • Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. • Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira. • Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi. • Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada: i. Masa rehat ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran posisi. • Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan 9.2 Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung. 9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa. 9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa. 10.0 PAKAIAN 6
  • 7. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 • Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. • Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. • Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. • Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku. 11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN • Gelanggang futsal • Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai mengikut kesesuaian murid Prasekolah. 1. Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang(p) X lebar(l) ) 25 m 18 m 5m 3m 3m 1.5 m i. Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 m ii. Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m 7
  • 8. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 2. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) ) 21m 7m 7m 7m bulatan tengah 12m 280mm bulatan gol i. Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi. ii. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm iii. Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6 inci p iv. Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar 3. Peralatan Futsal • 2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 3. • Tiang gol seperti tiang gol Bola Baling. 4. Peralatan Bola Jaring Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut: i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang: Jenis bola jaring : rubber Ukuran bola : saiz 4 ii. Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen Jenis bola jaring : synthetic leather Ukuran bola : saiz 4 12.0 KELEWATAN 8
  • 9. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 • Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. • Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. • Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. • Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :- i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu. ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit. ii.Sebaik sahaja selepas rehat 13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN • Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan. • Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) • Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. 14.0 JURI RAYUAN • Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas Prasekolah berkecuali. Ahli juri rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi. ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya. iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan. iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang berkecuali. 9
  • 10. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 • Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad. 15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri. 16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :- 1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. 2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu. 17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal dan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan Mini Sukan tersebut untuk menyediakan borang 10
  • 11. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman. 18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan) Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1 pencatat skor) Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa) Payung - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat) Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan Jam randik - 2 buah Papan skor - 1 unit Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan 19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan. 20.0 JAWATANKUASA KERJA Pengerusi : Adnan bin Isenin ( SK Parit Melana ) Naib Pengerusi : Irmadila binti Mat Ismail ( SK Durian Daun ( K ) Setiausaha : Julianty binti Idris ( SK Hutan Percha ) Naib Setiausaha : Noraini binti Zammeri ( SK Sri Laksamana ) Bendahari : Azila binti Ayob ( SK Dato’ Naning ) Naib Bendahari : Noraini binti Abu Bakar ( SK Pengkalan Balak ) 11
  • 12. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 Ahli Jawatankuasa : i. Pendaftaran dan Borang Nurhalawati Jannat binti Saad ( SK Tanjung Bidara ) Yaw Mei Ting ( SJK C Pay Chee ) ii. Persiapan Tempat / Padang Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau Panjang ) Nurul Hayati binti Amat ( SK Telok Berembang ) iii. Teknikal / Peralatan Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Gajah 1 ) Madhumathi a/p Sankaran Nair ( SJK T Alor Gajah ) iv. Jamuan Rosmala Melati binti Kamaruddin ( SK Pulau Sebang ) Hanisah binti Hamid ( SK Simpang Empat ) v. Hadiah dan Cenderahati Hazlinda binti Abdul Rahman ( SK Gangsa ) Izazuzita binti Idrus ( SK Sungai Tuang ) vi. Buku Program / Jemputan Noraini bin Zammeri ( SK Seri Laksamana ) Mok Suit Kit ( SJK C Machap Umboo ) vii. Juruacara Mahani bin Ab Jalil ( SK Jeram ) viii. Penyelia Peserta Irwanimarzilla binti Abd Samad ( SK Durian Tunggal ) 21.0 LAMPIRAN 12
  • 13. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 1. Jadual Perlawanan secara Liga Futsal dan Bola Jaring 2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan 3. Borang Penyertaan Pertandingan 4. Borang Senarai Nama Pasukan 13
  • 14. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 LAMPIRAN 1 JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA KUMPULAN A KUMPULAN 1 SUKU AKHIR KUMPULAN 2 SEPARUH AKHIR KUMPULAN 3 SUKU AKHIR KUMPULAN 4 AKHIR KUMPULAN 5 SUKU AKHIR 14
  • 15. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 KUMPULAN 6 SEPARUH AKHIR KUMPULAN 7 SUKU AKHIR KUMPULAN 8 LAMPIRAN 2 JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN NAMA PASUKAN 1 PASUKAN 2 PASUKAN 3 PASUKAN 4 JUMLAH PASUKAN PASUKAN 1 PASUKAN 2 PASUKAN 3 PASUKAN 4 JUMLAH Disahkan oleh, 15
  • 16. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 …………………………………………………… LAMPIRAN 3 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN NAMA SEKOLAH : ……………………………………………………………………………………………………………. NAMA PASUKAN : …………………………………………………………………………………………………………… NAMA GURU : ……………………………………………………………………………………………………………. NAMA PEMBANTU : ……………………………………………………………………………………………………………. WARNA BIP/JERSI : ……………………………………………………………………………………………………………. BIL NAMA PESERTA NO. SURAT BERANAK POSISI 16
  • 17. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 Disediakan oleh, Disahkan oleh, …………………………………………….. …………………………………………. LAMPIRAN 4 SENARAI NAMA PASUKAN BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN 17
  • 18. MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 18