1. Aku ialah sepasang . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku
dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .
Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala
Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang
ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .
Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan
membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang
wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa
sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .
Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju
baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang
guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan
kecantikan diriku itu .
Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya .
Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia
jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa
amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .
Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam
sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat
bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun
warnaku sudah pudar .