Dokumen tersebut merupakan kertas kerja yang diajukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPG KBA kepada pengarah institut untuk meluluskan aktiviti sukan pelajar sepanjang tahun 2010 dengan tujuan untuk mempererat persahabatan dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar. Kertas kerja tersebut menyenaraikan jenis sukan, jadual, anggaran belanjaan, dan lampiran yang menerangkan butiran pelaksanaan
5. Sukan merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar. Melalui sukan, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari segi fizikal, mental dan sahsiah. Pada masa yang sama, melalui sukan perpaduan antara pelajar dapat dipupuk. Ia juga bertujuan untuk menjadikan para pelajar sebagai guru pelatih yang serba boleh daripada pelbagai aspek. Justeru, sukan merupakan salah satu elemen penting dalam IPG KBA.
7. Aktiviti yang dijalankan sempena sukan pelajar ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang betul supaya dapat diaplikasikan semasa di sekolah.
8. Aktiviti ini juga dapat memupuk kerjasama dan intergrasi sesama pelajar IPG KBA.
9. Sukan juga membentuk sahsiah dan personaliti seseorang pelajar melalui hubungan komunikasi dan kerjasama antara pelajar.
20. Memandangkan sukan pelajar ini memerlukan sedikit perbelanjaan, diharapkan pihak pentadbiran dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun berjalan dengan berkesan dan lancar.
21. IMPLIKASI
22. Memastikan sukan pelajar dapat dijalankan dengan berkesan dan lancar.
28. Majlis Perwakilan Pelajar IPG KBA melalui Exco Sukan Dan Rekreasi 2010/11 berharap supaya pihak pentadbiran memberi pertimbangan dan sedikit peruntukan supaya aktiviti sukan pelajar dengan tema “Perpaduan Pelajar Melalui Sukan” dapat dijalankan dengan jayanya.
35. Struktur jawatankuasa bagi penyertaan sukan pelajar ini adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/11 dan Hal Ehwal Pelajar IPG KBA yang bertanggungjawab bagi menganjurkan aktiviti tersebut. (Rujuk lampiran 2)