SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Di sini saya sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter
spesifik yang berkaitan :
1. Masalah Jantung
• Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness),
ketat (tightness)
• Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak
(radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih
spesifiknya ; tangan kiri)
• Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang
pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
• Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
• Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan /
menambah bilangan bantal semasa tidur
• Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang,
dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih
kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
• Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan
loya
• Sakit pada mana-mana bahagian badan
• Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
• Kulit kebiru-biruan
• Bengkak kaki
1. Bukan masalah jantung
• Masalah system pencernaan :
-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di
tengah-tengah dada
-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut
-Mempunyai masalah menelan makanan
-penghasilan air liur yang berlebihan
-rasa mual, pening, dan muntah
• Masalah system pernafasan :
-sakit dada secara tiba-tiba
-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat
-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)
-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)
-denyutan jantung menjadi kencang
-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan
posisi badan
-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau
menarik nafas dalam
• Masalah otot dan tulang :
-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan
tangan
-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam
-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas
dalam-dalam)
-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa
sebelum sakit dada
• Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul
-denyutan jantung menjadi kencang
-nafas menjadi pendek
-berpeluh berlebihan tanpa sebab
• Kanser
• Organ dalam badan pecah
-sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan
merebak kebelakang
-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)
Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal perubatan?
BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN
DADA.
Anda tidak perlu membuang masa memikirkan sebab sakit dada
anda. Anda juga tidak perlu risau jika anda tidak didiagnosikan
dengan apa-apa penyakit setelah melalui pemeriksaan.
TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA!
Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke hospital
1. Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung berdasarkan
karakter-karakter symptom yang spesifik, terus mengunyah pil
aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum
menelan untuk penyerapan dan tindak balas ubat yang cepat
2. Jika anda mengesyaki ianya seranganpada salur pencernaan ;
acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada
esophagus, sila mengambil antacid.
Secara konklusinya, anda perlu terus mendapatkan pemeriksaan
dan rawatan doctor, samada rawatan di rumah member kesan
ataupun tidak
Bagaimana untuk mendapatkan penjelasan yang optimum dan
rawatan yang berkesan sementelah anda melaporkan diri ke
hospital?
Sila LAPORKAN kepada doctor:
1. Symptom-simptom yang anda alami. Jika boleh, nyatakan
rentetan symptom yang anda alami secara kronologi sehinggalah
symptom yang paling terbaru yang menyebabkan anda
mengambil keputusan untuk mendapatkan terus rawatan dari
hospital
2. Nyatakan latar belakang kesihatan anda dan keluarga seperti
apa- apa penyakit, ubat yang diambil.
3. Nyatakan jika anda mengalami apa-apa kecederaan pada
bahagian dada
4. Nyatakan kehidupan peribadi anda juga seperti apa-apa
perubahan yang berlaku dalamm hidup seperti masalah keluarga,
peperiksaan, dan lain-lain
Sila BERTANYAKAN kepada doctor :
1. Apakah kemungkinan- kemungkinan yang menyebabkan saya
sakit dada?
2. Apakah ujian kesihatan yang perlu saya lakukan?
3. Perlukah saya tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut?
4. Apa rawatan yang saya perlu jalani buat masa ini?
5. Apa rawatan dan ujian lanjutan yang saya perlu jalani pada
masa akan datang?
6. Apa yang perlu saya lakukan dan elakkan apabila saya pulang
ke rumah?
7. Perlukah saya berjumpa doctor pakar?
Ujian yang perlu anda laksanakan apabila mendapat
pemeriksaan di hospital
1. ECG (paling basic dan perlu)
2. Ujian darah
Apabila keputusan ujian menunjukkan tanda-tanda yang
mengkhuatirkan, doctor akan menyarankan beberapa ujian
lanjutan ;
1. X-ray
2. Ujian tekanan (stress test)
3. CT scan
4. MRI
Rawatan
Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai berpandukan
sebab sakit dada. Rawatan hendaklah dilaksanakan sekaligus
dengan pencegahan untuk mengelakkan serangan sakit dada
untuk kesekian kalinya.
Cadangan penulis
Di sini, saya ingin menyatakan bahawa keterangan pemeriksaan
kesihatan yang saudari susulkan tidak terlalu terperinci.
Adakah saudari menjalani ujan ECG dan apakah keputusannya?
Adakah saudari menyatakan dengan jelas simptom-simptom yang
dialami kepada doktor? Saudari juga ada menyatakan bahawa
doktor mendiagnosikan saudari mengalami jangkitan kuman pada
tulang rusuk sebagai punca sakit dada, namun, sudahkan doktor
tersebut membuat beberapa ujian untuk menyatakan TIDAK pada
PUNCA UTAMA KEMATIAN iaitu SAKIT JANTUNG?
Di sini, saya mencadangkan agar jika saudari atau mana-mana
kenalan mengalami sakit dada untuk kesekian kalinya, dan untuk
mengelakkan saudari berjumpa doktor berulang-ulang kali di
pusat rawatan yang berlainan untuk mendapatkan pemeriksaan
yang berkesan demi mengenal pasti sebab sakit dada saudari,
saya berharap, agar keterangan dan panduan ini sedikit
sebanyak dapat membantu saudari mendapatkan rawatan yang
optimum pada setiap pemeriksaan yang pertama

More Related Content

Similar to Simpton sakit dada

Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf
Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdfStress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf
Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdfJuneAsmanitaTajuddin
 
Bersahabat dengan stress
Bersahabat dengan stressBersahabat dengan stress
Bersahabat dengan stressNeni Sholihat
 
Anamnesis TMH 2019.pptx
Anamnesis TMH 2019.pptxAnamnesis TMH 2019.pptx
Anamnesis TMH 2019.pptxMHarisRamadhan
 
PENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptx
PENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptxPENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptx
PENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptxNurikhonsa
 
swamedikasi nyeri dan demam
swamedikasi nyeri dan demamswamedikasi nyeri dan demam
swamedikasi nyeri dan demamDefin Mulyani
 
Kedaruratan medis + snake bite
Kedaruratan medis + snake biteKedaruratan medis + snake bite
Kedaruratan medis + snake biteKharistya Amaru
 
Pbl modul 2 kardio
Pbl modul 2 kardioPbl modul 2 kardio
Pbl modul 2 kardioAulia Amani
 
PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1
PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1
PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1Aulia Amani
 
Lung cancer dr. payudi
Lung cancer   dr. payudiLung cancer   dr. payudi
Lung cancer dr. payudiINOVINDO
 
Asuhan keperawatan hipertensi aplikasi nanda
Asuhan keperawatan hipertensi aplikasi nandaAsuhan keperawatan hipertensi aplikasi nanda
Asuhan keperawatan hipertensi aplikasi nandapuskesmas sambaliung
 
KDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin Indipidu
KDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin IndipiduKDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin Indipidu
KDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin Indipidududun6
 
Lapkas hipertensi
Lapkas hipertensi Lapkas hipertensi
Lapkas hipertensi hendro s
 
Makalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok baca
Makalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok bacaMakalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok baca
Makalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok bacayohanes meor
 

Similar to Simpton sakit dada (20)

Nyeri dada gejala penyakit jantung
Nyeri dada gejala penyakit jantungNyeri dada gejala penyakit jantung
Nyeri dada gejala penyakit jantung
 
Vanakam1
Vanakam1Vanakam1
Vanakam1
 
Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf
Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdfStress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf
Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf
 
CRS DM tipe 2 .pptx
CRS DM tipe 2 .pptxCRS DM tipe 2 .pptx
CRS DM tipe 2 .pptx
 
239263935 case-maju
239263935 case-maju239263935 case-maju
239263935 case-maju
 
Bersahabat dengan stress
Bersahabat dengan stressBersahabat dengan stress
Bersahabat dengan stress
 
Anamnesis TMH 2019.pptx
Anamnesis TMH 2019.pptxAnamnesis TMH 2019.pptx
Anamnesis TMH 2019.pptx
 
PENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptx
PENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptxPENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptx
PENYAKIT-TIDAK-MENULAR-KADER.pptx
 
swamedikasi nyeri dan demam
swamedikasi nyeri dan demamswamedikasi nyeri dan demam
swamedikasi nyeri dan demam
 
Kedaruratan medis + snake bite
Kedaruratan medis + snake biteKedaruratan medis + snake bite
Kedaruratan medis + snake bite
 
Sap penyakit jantung koroner
Sap penyakit jantung koronerSap penyakit jantung koroner
Sap penyakit jantung koroner
 
Pbl modul 2 kardio
Pbl modul 2 kardioPbl modul 2 kardio
Pbl modul 2 kardio
 
PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1
PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1
PBL GATROENTEROHEPATOLOGI MODUL 1
 
Lung cancer dr. payudi
Lung cancer   dr. payudiLung cancer   dr. payudi
Lung cancer dr. payudi
 
STEMI.pptx
STEMI.pptxSTEMI.pptx
STEMI.pptx
 
Asuhan keperawatan hipertensi aplikasi nanda
Asuhan keperawatan hipertensi aplikasi nandaAsuhan keperawatan hipertensi aplikasi nanda
Asuhan keperawatan hipertensi aplikasi nanda
 
KDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin Indipidu
KDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin IndipiduKDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin Indipidu
KDTK Kelas 11 Pemeriksaan Fisik Pasin Indipidu
 
Askep hipertensi
Askep hipertensiAskep hipertensi
Askep hipertensi
 
Lapkas hipertensi
Lapkas hipertensi Lapkas hipertensi
Lapkas hipertensi
 
Makalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok baca
Makalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok bacaMakalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok baca
Makalah Tentang Nyeri_Materi Khusus Perawat dan bidang lain boleh kok baca
 

Simpton sakit dada

  • 1. Di sini saya sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter spesifik yang berkaitan : 1. Masalah Jantung • Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness) • Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri) • Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan • Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur • Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur • Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama) • Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya • Sakit pada mana-mana bahagian badan • Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata • Kulit kebiru-biruan • Bengkak kaki 1. Bukan masalah jantung • Masalah system pencernaan : -Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada -Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut -Mempunyai masalah menelan makanan
  • 2. -penghasilan air liur yang berlebihan -rasa mual, pening, dan muntah • Masalah system pernafasan : -sakit dada secara tiba-tiba -nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat -batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah) -sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain) -denyutan jantung menjadi kencang -Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan -Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam • Masalah otot dan tulang : -Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan -sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam -nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam) -mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada • Psikologi (tekanan diri) -sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul -denyutan jantung menjadi kencang -nafas menjadi pendek -berpeluh berlebihan tanpa sebab • Kanser
  • 3. • Organ dalam badan pecah -sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang -bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity) Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal perubatan? BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN DADA. Anda tidak perlu membuang masa memikirkan sebab sakit dada anda. Anda juga tidak perlu risau jika anda tidak didiagnosikan dengan apa-apa penyakit setelah melalui pemeriksaan. TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA! Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke hospital 1. Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung berdasarkan karakter-karakter symptom yang spesifik, terus mengunyah pil aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum menelan untuk penyerapan dan tindak balas ubat yang cepat 2. Jika anda mengesyaki ianya seranganpada salur pencernaan ; acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada esophagus, sila mengambil antacid. Secara konklusinya, anda perlu terus mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor, samada rawatan di rumah member kesan ataupun tidak Bagaimana untuk mendapatkan penjelasan yang optimum dan rawatan yang berkesan sementelah anda melaporkan diri ke hospital? Sila LAPORKAN kepada doctor: 1. Symptom-simptom yang anda alami. Jika boleh, nyatakan
  • 4. rentetan symptom yang anda alami secara kronologi sehinggalah symptom yang paling terbaru yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk mendapatkan terus rawatan dari hospital 2. Nyatakan latar belakang kesihatan anda dan keluarga seperti apa- apa penyakit, ubat yang diambil. 3. Nyatakan jika anda mengalami apa-apa kecederaan pada bahagian dada 4. Nyatakan kehidupan peribadi anda juga seperti apa-apa perubahan yang berlaku dalamm hidup seperti masalah keluarga, peperiksaan, dan lain-lain Sila BERTANYAKAN kepada doctor : 1. Apakah kemungkinan- kemungkinan yang menyebabkan saya sakit dada? 2. Apakah ujian kesihatan yang perlu saya lakukan? 3. Perlukah saya tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut? 4. Apa rawatan yang saya perlu jalani buat masa ini? 5. Apa rawatan dan ujian lanjutan yang saya perlu jalani pada masa akan datang? 6. Apa yang perlu saya lakukan dan elakkan apabila saya pulang ke rumah? 7. Perlukah saya berjumpa doctor pakar? Ujian yang perlu anda laksanakan apabila mendapat pemeriksaan di hospital 1. ECG (paling basic dan perlu) 2. Ujian darah Apabila keputusan ujian menunjukkan tanda-tanda yang mengkhuatirkan, doctor akan menyarankan beberapa ujian
  • 5. lanjutan ; 1. X-ray 2. Ujian tekanan (stress test) 3. CT scan 4. MRI Rawatan Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai berpandukan sebab sakit dada. Rawatan hendaklah dilaksanakan sekaligus dengan pencegahan untuk mengelakkan serangan sakit dada untuk kesekian kalinya. Cadangan penulis Di sini, saya ingin menyatakan bahawa keterangan pemeriksaan kesihatan yang saudari susulkan tidak terlalu terperinci. Adakah saudari menjalani ujan ECG dan apakah keputusannya? Adakah saudari menyatakan dengan jelas simptom-simptom yang dialami kepada doktor? Saudari juga ada menyatakan bahawa doktor mendiagnosikan saudari mengalami jangkitan kuman pada tulang rusuk sebagai punca sakit dada, namun, sudahkan doktor tersebut membuat beberapa ujian untuk menyatakan TIDAK pada PUNCA UTAMA KEMATIAN iaitu SAKIT JANTUNG? Di sini, saya mencadangkan agar jika saudari atau mana-mana kenalan mengalami sakit dada untuk kesekian kalinya, dan untuk mengelakkan saudari berjumpa doktor berulang-ulang kali di pusat rawatan yang berlainan untuk mendapatkan pemeriksaan yang berkesan demi mengenal pasti sebab sakit dada saudari, saya berharap, agar keterangan dan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu saudari mendapatkan rawatan yang optimum pada setiap pemeriksaan yang pertama