SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
MASIH ADA YANG SAYANG PADAMU ( KREATIVITI DAN INOVASI )

Pagi yang suram menyelubungi suasana di rumah Mak Jemah. Kelihatan Aidid
termenung di penjuru ruang tamu. Matanya menjurus ke langit. Namun tiada siapa yang tahu ke
manakah fikirannya melayang. Pilu hati Mak Jemah melihat keadaan anak lelaki tunggalnya itu.
Bertimpa-timpa masalah menimpa. Mak jemah menapak ke arah Aidid.
“ Sudahlah tu Aidid. Tak guna difikirkan lagi perkara yang dah berlalu. Kau di sini, anak
kau di sana . Sudah-sudahlah tu termenung. Baik kau fikirkan cara bagaimana nak selesaikan
perkara ni. Mak bukan pandai sangat. Harapkan bolehlah tengok-tengokkan anak kau tu.” Ujar
Mak Jemah.
Aidil mengeluh. “ Saya bukan apa mak. Sakit hati ni bila diingatkan balik peristiwa tu.
Manusia ke binatang yang sanggup buat anak orang lain macam tu. Binatang pun tahu sayang
anak mak,” ketap bibir Aidid menahan marah.
“ Kita serahkanlah pada pihak polis. Kalau ikutkan hati marah tak ke mana pun hal
ni,nak.” Mak Jemah mencelah. “ Ikutkan hati saya , saya bunuh je perempuan tak guna tu, mak,”
rengus Aidid.
Terngiang –ngiang di telinga Aidid tangisan anaknya, Sofia yang dalam kesakitan, tiada
henti di Hospital Ampang . Wad Kanak-kanak Melur menjadi saksi satu lagi kes penderaan
fizikal terhadap kanak-kanak terjadi. Sofia didera oleh pengasuh dan kejadian ini disedari setelah
anaknya mulai demam panas serta tidak sedarkan diri pada malam hari.
Ngeri, sadis dan tidak berperikemanusian. Itulah yang bermain difikiran Aidid setelah
melihat rakaman kamera yang dimainkan semula oleh jirannya, Pak Dollah. Pak Dollah
merupakan tukang kebun Rumah Asuhan Taman Melati. Jasa Pak Dollah tak dapat Aidid
lupakan kerana tindakan Pak Dollah yang merakam secara tersembunyi perkara tersebut dapat
menyelamatkan nyawa Sofia dan anak-anak lain.
“ Pak Dollah tak sangka macam tu sekali perbuatan budak tu. Dilambungnya anak kau,
ditampar-tampar. Tak kesian ke tengok budak tu menangis, menjerit sakit. Pak Dollah tak tahan,
Pak Dollah rakam dengan telefon buruk ni.”Bersungguh-sungguh Pak Dollah bercerita sambil
merewang-rewang tangannya meniru aksi pengasuh itu.
Mak Jemah sudah siap mengemaskan beg pakaian Aidid. Dia berjalan ke ruang tamu
untuk membawa beg tu kepada Aidid. Aidid masih lagi termenung sambil mengetap-ngetap
bibirnya. “ Sudahlah Aidid. Mak dah siapkan beg ni. Mohlah kita ke hospital.Lara hati mak ni
nak tinggal lama-lama Sofia kat hospital tu, mohlah.” Mak Jemah mematikan lamunan Aidid.
Aidid menoleh dan bangun menyambut beg tersebut. Lalu mereka beredar ke kereta
untuk meneruskan perjalanan ke Hospital Ampang.
……………………………………………………………………………………………………
“ Kesian kamu cu, habis membirat kulit cucu nenek ni. Sudahlah ibumu dah tiada kat
dunia ni, ada juga manusia yang buat kamu begini,” menjejer bibir Mak Jemah menahan
suaranya yang sebak itu. Mak Jemah mengelap-ngelap tubuh cucunya dengan kain basah.
Kelihatan Sofia menggeliat kecil tanda dia sudah boleh bergerak.
“ Selamat pagi Encik Aidid. Kami dari IPK Kuala Lumpur Cawangan Siasatan Jenayah.
Kami nak memaklumkan suspek sudah berjaya ditangkap. Kami berharap encik dapat
menghadirkan diri ke mahkamah nanti untuk memberi keterangan saksi.” Ujar salah seorang
polis yang datang ke Wad Kanak-Kanak Melur. Buat seketika, pandangan Aidid tertumpu
kepada penerangan yang diberikan oleh polis tersebut.
Setelah beredarnya para polis itu, Mak Jemah mendekati Aidid. “ Mak fikir, biarlah mak
yang jaga Sofia lepas ni. Biar mak jaga kat kampunglah. Mak pun sorang-sorang je kat sana.
Biarlah Sofia menjadi peneman mak. Kau pun tak adalah runsing sangat.”
Aidid memandang Mak Jemah dengan pandangan yang penuh kesayuan. “ Terima kasih,
mak. Aidid tak tahu nak cakap apa lagi dah. Dulu mak jaga Aidid, alih-alih sekarang cucu pulak.
Terima kasih ya , mak.” Mak Jemah tersenyum dan terus beredar ke katil Sofia.

Nukilan,
PUAN SITI MARIAM DOLLAH
KURSUS INTERVENSI BAHASA MELAYU PERALIHAN
PKG SENTUL, 11-15 NOV 2013.
( 12.00-12.30 PM. / 14 NOV 2013 )
p/s: cerpen ini adalah cerita rekaan semata-mata dan tidak melibatkan mana-mana
individu sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

More Related Content

Viewers also liked

Business presentation
Business presentationBusiness presentation
Business presentationSaif Raza
 
Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...
Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...
Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...Carlos A. Horna Vallejos
 
Protocol acollida atenció a la diversitat
Protocol acollida atenció a la diversitatProtocol acollida atenció a la diversitat
Protocol acollida atenció a la diversitatespailolla
 
Cristian ardora, aplicaciones educacionales
Cristian ardora, aplicaciones educacionalesCristian ardora, aplicaciones educacionales
Cristian ardora, aplicaciones educacionaleskryske
 
MySQL-Top 5 Features
MySQL-Top 5 FeaturesMySQL-Top 5 Features
MySQL-Top 5 FeaturesIntellipaat
 
Herramientas de internet para la educación
Herramientas de internet para la educaciónHerramientas de internet para la educación
Herramientas de internet para la educaciónAndrea_Peniaherrera
 
self interest information
self interest informationself interest information
self interest informationAndreina Builes
 
Lectura y escritura textual prof marlene
Lectura y escritura textual prof marleneLectura y escritura textual prof marlene
Lectura y escritura textual prof marlenemarleneelcairo2013
 
D3. professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutions
D3.  professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutionsD3.  professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutions
D3. professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutionsCPEDInitiative
 
Sopa de letras quimica
Sopa de letras quimicaSopa de letras quimica
Sopa de letras quimicaquimicaeqp1
 
Saidexpo Sponsorship brochure_A4
Saidexpo Sponsorship brochure_A4Saidexpo Sponsorship brochure_A4
Saidexpo Sponsorship brochure_A4Saidexpo. com
 

Viewers also liked (19)

Business presentation
Business presentationBusiness presentation
Business presentation
 
Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...
Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...
Ficha informativa - ISO/IEC 27001:2013 Sistema de Gestión de Seguridad de la ...
 
Protocol acollida atenció a la diversitat
Protocol acollida atenció a la diversitatProtocol acollida atenció a la diversitat
Protocol acollida atenció a la diversitat
 
code
codecode
code
 
SlideShare
SlideShareSlideShare
SlideShare
 
Herramienta e learnig
Herramienta e learnigHerramienta e learnig
Herramienta e learnig
 
Slideshare
SlideshareSlideshare
Slideshare
 
Cristian ardora, aplicaciones educacionales
Cristian ardora, aplicaciones educacionalesCristian ardora, aplicaciones educacionales
Cristian ardora, aplicaciones educacionales
 
MySQL-Top 5 Features
MySQL-Top 5 FeaturesMySQL-Top 5 Features
MySQL-Top 5 Features
 
Herramientas de internet para la educación
Herramientas de internet para la educaciónHerramientas de internet para la educación
Herramientas de internet para la educación
 
Branding Strategy
Branding StrategyBranding Strategy
Branding Strategy
 
self interest information
self interest informationself interest information
self interest information
 
Lectura y escritura textual prof marlene
Lectura y escritura textual prof marleneLectura y escritura textual prof marlene
Lectura y escritura textual prof marlene
 
D3. professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutions
D3.  professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutionsD3.  professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutions
D3. professional practices doctoral (ppd) program challenges and solutions
 
tecnologia
tecnologiatecnologia
tecnologia
 
Sopa de letras quimica
Sopa de letras quimicaSopa de letras quimica
Sopa de letras quimica
 
Propostas
PropostasPropostas
Propostas
 
BBQ3101 SEJARAH
BBQ3101 SEJARAHBBQ3101 SEJARAH
BBQ3101 SEJARAH
 
Saidexpo Sponsorship brochure_A4
Saidexpo Sponsorship brochure_A4Saidexpo Sponsorship brochure_A4
Saidexpo Sponsorship brochure_A4
 

More from Maria Ayie

Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)Maria Ayie
 
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniformKertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniformMaria Ayie
 
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polisKertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polisMaria Ayie
 
Surat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarianSurat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarianMaria Ayie
 
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polisKertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polisMaria Ayie
 
Surat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atmSurat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atmMaria Ayie
 
Surat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budayaSurat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budayaMaria Ayie
 
Surat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budayaSurat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budayaMaria Ayie
 
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetKertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetMaria Ayie
 
surat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatansurat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatanMaria Ayie
 
Borang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klccBorang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klccMaria Ayie
 

More from Maria Ayie (12)

Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)
 
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniformKertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
 
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polisKertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
 
Surat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarianSurat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarian
 
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polisKertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
 
Surat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atmSurat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atm
 
Surat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budayaSurat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budaya
 
Surat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budayaSurat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budaya
 
Upsi ditawan
Upsi ditawanUpsi ditawan
Upsi ditawan
 
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetKertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
 
surat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatansurat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatan
 
Borang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klccBorang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klcc
 

MASIHADA

  • 1. MASIH ADA YANG SAYANG PADAMU ( KREATIVITI DAN INOVASI ) Pagi yang suram menyelubungi suasana di rumah Mak Jemah. Kelihatan Aidid termenung di penjuru ruang tamu. Matanya menjurus ke langit. Namun tiada siapa yang tahu ke manakah fikirannya melayang. Pilu hati Mak Jemah melihat keadaan anak lelaki tunggalnya itu. Bertimpa-timpa masalah menimpa. Mak jemah menapak ke arah Aidid. “ Sudahlah tu Aidid. Tak guna difikirkan lagi perkara yang dah berlalu. Kau di sini, anak kau di sana . Sudah-sudahlah tu termenung. Baik kau fikirkan cara bagaimana nak selesaikan perkara ni. Mak bukan pandai sangat. Harapkan bolehlah tengok-tengokkan anak kau tu.” Ujar Mak Jemah. Aidil mengeluh. “ Saya bukan apa mak. Sakit hati ni bila diingatkan balik peristiwa tu. Manusia ke binatang yang sanggup buat anak orang lain macam tu. Binatang pun tahu sayang anak mak,” ketap bibir Aidid menahan marah. “ Kita serahkanlah pada pihak polis. Kalau ikutkan hati marah tak ke mana pun hal ni,nak.” Mak Jemah mencelah. “ Ikutkan hati saya , saya bunuh je perempuan tak guna tu, mak,” rengus Aidid. Terngiang –ngiang di telinga Aidid tangisan anaknya, Sofia yang dalam kesakitan, tiada henti di Hospital Ampang . Wad Kanak-kanak Melur menjadi saksi satu lagi kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak terjadi. Sofia didera oleh pengasuh dan kejadian ini disedari setelah anaknya mulai demam panas serta tidak sedarkan diri pada malam hari.
  • 2. Ngeri, sadis dan tidak berperikemanusian. Itulah yang bermain difikiran Aidid setelah melihat rakaman kamera yang dimainkan semula oleh jirannya, Pak Dollah. Pak Dollah merupakan tukang kebun Rumah Asuhan Taman Melati. Jasa Pak Dollah tak dapat Aidid lupakan kerana tindakan Pak Dollah yang merakam secara tersembunyi perkara tersebut dapat menyelamatkan nyawa Sofia dan anak-anak lain. “ Pak Dollah tak sangka macam tu sekali perbuatan budak tu. Dilambungnya anak kau, ditampar-tampar. Tak kesian ke tengok budak tu menangis, menjerit sakit. Pak Dollah tak tahan, Pak Dollah rakam dengan telefon buruk ni.”Bersungguh-sungguh Pak Dollah bercerita sambil merewang-rewang tangannya meniru aksi pengasuh itu. Mak Jemah sudah siap mengemaskan beg pakaian Aidid. Dia berjalan ke ruang tamu untuk membawa beg tu kepada Aidid. Aidid masih lagi termenung sambil mengetap-ngetap bibirnya. “ Sudahlah Aidid. Mak dah siapkan beg ni. Mohlah kita ke hospital.Lara hati mak ni nak tinggal lama-lama Sofia kat hospital tu, mohlah.” Mak Jemah mematikan lamunan Aidid. Aidid menoleh dan bangun menyambut beg tersebut. Lalu mereka beredar ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Hospital Ampang. …………………………………………………………………………………………………… “ Kesian kamu cu, habis membirat kulit cucu nenek ni. Sudahlah ibumu dah tiada kat dunia ni, ada juga manusia yang buat kamu begini,” menjejer bibir Mak Jemah menahan suaranya yang sebak itu. Mak Jemah mengelap-ngelap tubuh cucunya dengan kain basah. Kelihatan Sofia menggeliat kecil tanda dia sudah boleh bergerak.
  • 3. “ Selamat pagi Encik Aidid. Kami dari IPK Kuala Lumpur Cawangan Siasatan Jenayah. Kami nak memaklumkan suspek sudah berjaya ditangkap. Kami berharap encik dapat menghadirkan diri ke mahkamah nanti untuk memberi keterangan saksi.” Ujar salah seorang polis yang datang ke Wad Kanak-Kanak Melur. Buat seketika, pandangan Aidid tertumpu kepada penerangan yang diberikan oleh polis tersebut. Setelah beredarnya para polis itu, Mak Jemah mendekati Aidid. “ Mak fikir, biarlah mak yang jaga Sofia lepas ni. Biar mak jaga kat kampunglah. Mak pun sorang-sorang je kat sana. Biarlah Sofia menjadi peneman mak. Kau pun tak adalah runsing sangat.” Aidid memandang Mak Jemah dengan pandangan yang penuh kesayuan. “ Terima kasih, mak. Aidid tak tahu nak cakap apa lagi dah. Dulu mak jaga Aidid, alih-alih sekarang cucu pulak. Terima kasih ya , mak.” Mak Jemah tersenyum dan terus beredar ke katil Sofia. Nukilan, PUAN SITI MARIAM DOLLAH KURSUS INTERVENSI BAHASA MELAYU PERALIHAN PKG SENTUL, 11-15 NOV 2013. ( 12.00-12.30 PM. / 14 NOV 2013 ) p/s: cerpen ini adalah cerita rekaan semata-mata dan tidak melibatkan mana-mana individu sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.