SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
UPSI DITAWAN!!
Gempar! Semua gempar…UPSI kena tawan. Gamat suasana pada pagi itu dengan jeritan, tangisan dan
lolongan yang bertali arus. UPSI kena tawan???. Bukan! UPSI ditawan. Ditawan? Semua kelam kabut.
Paling gempar ialah kelas LSP 4012. Dasar tutup pintu dijalankan dengan segera. Kesemua pelajar pucat
lesi. Menggigil-gigil tubuh ketakutan. Aku memeluk Zakiah sambil bertindak memeditasikannya yang
separuh sedar kerana terkena serangan asma sebentar tadi. Azwan menenangkan Aina, si kekasih hati.
Keadaan begitu menakutkan. Pensyarah – pensyarah berkejar-kejaran ke sana-ke sini hingga
membingungkan pelajar-pelajar. Apa yang berlaku sebenarnya??? Persoalan yang belum dapat
diterjemah oleh minda kebanyakkan pelajar tersebut.
DKJ secara tidak rasmi menjadi lokasi persembunyian kami kerana terletak ditengah-tengah blok dewandewan kuliah yang lain. Lokasi yang terlindung ini hanya menutup pandangan musuh buat seketika
sahaja. Aku sedar keadaan tidak mampu menyelamatkan kami dalam waktu yang panjang lagi. Kami
tidak mampu bergerak ke mana-mana kerana diluar kedengaran siren kecemasan dan bunyi tembakkan
M16 yang membingitkan telinga sesiapa saja yang mendengarnya. Tiba-tiba, kedengaran pintu utama
DKJ diketuk. “ Tok, tok....”. Beberapa pelajar perempuan mulai tersedu-sedu dek kerana terlampau
takut. Mereka menangis sambil menutup mulut dengan tangan kerana bimbang didengari oleh musuh.
“ Tok, tok...” Pintu diketuk berulang-ulang kali. Ketukanitumenjadisemakinrancak.AkuberdoakepadaZat
Yang MahaMengetahui agar dikuatkansemangatdanlindungi kami daripadasegalamarabahaya yang
datang.Aku, Azwan, dan Yusuf bergerakkesudutkiridewan,
berhampiranpintuutamatetapidalamposisiterlindungdaripada target kami iaitumusuh di luar. Manakala,
Fakaruddin, Abu danZaki, tigaPahlawan PALAPES memberanikandiriuntukbergerakkesudutkanandewan,
seolah-olahinginmenyambutkehadirantetamu yang tidakdiundangitu. Mereka lalu mengambil posisi
berjaga-jaga. “ Siapa tu???” Fakaruddin bertanyakan dengan nada yang tinggi.
Aku, Azwan dan Yusuf yang merupakan Sukarelwan Polis Siswa Siswi UPSI bersiap sedia dibahagian kiri
pintu memandangkan posisi kami terlindung dan tidak akan disedari oleh ”tetamu” di luar sekiranya
mereka menerjah. Dalam keadaan kelam kabut itu, aku memberikan isyarat mata kepada Abu dan Zaki
supaya melindungi kami semasa berhadapan dengan musuh nanti. Abu dan Zaki memahami isyarat yang
disampaikan aku lalu menganggukkan kepala . Menerusi mata mereka aku dapat menangkap maksud
balasan daripada mereka iaitu STANBY!.
Kedengaran suara yang tersekat-sekat di luar. Kami cuba memahaminya sedaya mungkin kerana bunyi
tembakan dan siren kecemasan begitu memekakkan telinga, menghalang pendengaran kami. “
Tol..tolong..ka..kami ni...buka la cepat, tolong!”. Fakaruddin segera memberikan isyarat kepada kami
bahawa bukan musuh yang sedang kami hadapi itu. Dengan segera, Fakaruddin membuka pintu. “ Oh,
jiran sebelah rupa-rupanya,”. Kami menghembus nafas lega seketika. Rupa-rupanya seramai 15 pelajar
Fizik dan 18 pelajar Teknologi datang untuk berlindung bersama-sama kami. Terkejut aku melihatkan
Izah, bekas teman serumahku dipapah oleh Hidayah, pelajar Fizik yang juga kawanku masuk ke DKJ.
Tergesa-gesa aku menyambutnya.
Izah menangis teresak-esak menahan sakit kerana kakinya tercedera. “ Macam mana Izah boleh jadi
begini, Hidayah?”. Tanyaku kepada Hidayah yang sibuk mengelap darah yang keluar dikaki Izah. Secara
kebetulan aku terbawa mini first-aid ke kelas kerana pada hari itu aku harus membuat demontrasi
menghadapi darurat zaman Jepun. Lalu aku bergegas membawa mini first-aid dan mencucikan luka-luka
pada kaki Izah.
“ Dayah dan teman-teman Fizik dalam makmal kat sebelah DKM masa tu. Tiba-tiba terdengar jeritan di
tepi makmal kami. Rupa-rupanya cermin kaca DKM terkena peluru M16. Izah kebetulan tidak jauh dari
cermin tu terus terkena serpihan kaca. Nasib baik peluru tu tersasar ke tepi dewan. Kami terus ke DKM,
bawa Izah dan kawan-kawan lain ke DKJ ikut jalan pintas . Kami takut nak berlama-lama kat dalam tu.”
Panjang lebar Hidayah memberikan penerangan kepadaku dan lain-lain.
Situasi yang berlaku nampaknya tidak banyak berpihak kepada kami. Aku sedari tadi telah sedaya upaya
cuba menghubungi pihak polis tetapi sungguh menghairankan. “ Hello, polis?” Berulang-ulang kali aku
menekan angka-angka 999 namun hampa. Bukan setakat talian tidak bersambung kesemua tempat
malahan terdapat suara amaran keras dari seseorang. Ya Allah, apakah musibah ini? Aku tidak
memahaminya. “ Kawan-kawan, cuba kamu hubungi polis atau sesiapa yang boleh bantu kita” Aku
meminta kawan-kawanku pula mencuba nasib. “ Tak dapat lah.Mariam. Oh, Tuhan!” Zakiah mulai
menangis hampa. Usaha kami cuba menghubungi pihak berkuasa tidak berjaya.
Amer, pelajar Teknologi membuka suara, “ Kalau dilihat pada situasi ini, jelaslah Pusat ICT kita juga telah
ditawan. Segala panggilan keluar tidak dapat dilakukan kerana sistem telah digodam. Huh, bijak betul
mereka ini.” Termenung seketika kami. Di luar sana, ibarat medan tempur yang sesekali tidak kami
berani menjenguk kepala untuk memantau keadaan sebenar. Wajah yang pucat kelihatan jelas. Mulutmulut yang selalu kecoh seperti murai tercabut ekor kini diam seribu bahasa.
Masing-masing bermonolog sendiri. Kepalaku terasa berat. Kusut. Melihatkan teman-teman yang sudah
bermandian peluh, berendamkan air mata. Kusut tak terlerai rasanya. “ Bertenang dan ingatkan Allah.
Hanya Dia yang dapat menolong kita pada setiap masa. Selalulah bertasbih kepada-Nya selalu. Jangan
gentar dan gelisah kerana Nabi SAW pun pernah merasai cabaran dan dugaan ini.” Suara keramat itu
terus menikam fikiranku. Aku cuba tersenyum, membuang perasaan itu jauh-jauh.
Abu bersuara setelah keadaan senyap seketika. “ Sampai bila kita nak terkurung begini? Aku yakin
lambat laun, DKJ akan diserbu juga.” Yusuf, yang dalam SUKSIS merupakan Pengerusi PGS ( Persatuan
Gerakkan SUKSIS) bangun melontarkan ideanya.“ Dalam keadaan begini, aku ingin mencadangkan
sesuatu,” dia berhenti mengambil nafas, “ Oleh kerana, musuh kita di luar sana lengkap mempunyai
senjata M16, kita semestinya tidak mampu nak melawan secara tangan kosong.” “ Habis tu Sop?” tanya
Daisy tidak sabar-sabar. “ Sabar,sabar. Aku ingin minta pandangan kamu semua, macam mana kalau kita
rampas senjata mereka?”.
” Sukar, Sop. Batang hidung mereka pun kita belum lihat inikan pula nak rampas-rampas senjata,”ujar
Hidayah, si Fizik. ”Oleh sebab itulah, kita perlu ambil risiko untuk berhadapan dengan mereka.” Balas
Zaki, tiba-tiba bersemangat. ” Jangan takut, wahai sahabat. Hidup mati adalah ketentuan Ilahi. Inilah
masanya kita berjihad dijalan Allah. Syahid menanti kita. Aku tidak takut berhadapan dengan mereka.”
Ujarnya lagi. “ Aku juga, aku juga akan susuli kalian. Aku ingin juga berjuang.” Aku bangkit lalu berdiri di
tepi Zaki.
Melihatkan aku dan Zaki bersemangat untuk berlawan, maka Yusof termasuk beberapa pelajar yang
merupakan ahli Silat Gayung Cekak Hanafi UPSI tampil untuk bersama-sama kami. Mereka terdiri
daripada Manan, Jamal dan Saufi. Kelihatan muka-muka pucat sedari tadi terhapus perlahan-lahan.
Semangat untuk terus hidup berkobar-kobar dalam jiwa masing-masing. Kekuatan dalaman dan luaran
secara automatik terangsang dan fikiran kami mulai rasional. Ketika inilah, Fakaruddin dilantik untuk
mengetuai rancangan rampasan senjata.
“ Baiklah, aku perlukan 3 orang untuk keluar memantau keadaan. Kalau boleh, anggota SUKSIS dan
PALAPES dan lain-lain anggota persatuan yang telah terdedah dengan latihan tempur tampil membantu.
Pengalaman sebelum ini amat berguna untuk digunakan sekarang.” Ujar Fakaruddin sambil memandang
tepat pada wajah-wajah di depannya. Zaki, Abu dan Manan bangun menawarkan perkhidmatan. ”
Pastikan, keselamatan kalian diutamakan. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai lokasi
sebenar mereka, tentang diri mereka supaya mudah kita nak menyamar nanti dan serang mereka.”
Amanat Fakaruddin kepada mereka bertiga. Setelah meninjau seketika keadaan di luar, ketiga-tiga
pahlawan tersebut mengorak langkah menuju ke Pusat ICT yang dikatakan Amer menjadi pusat kawalan
maklumat.
Sementara menunggu maklumat daripada mereka bertiga, kami semua telah bergabung idea untuk
mencipta senjata-senjata yang boleh melindungi kami sekiranya diserang hendap. “ Jom, geng Fizik. Aku
rasa kita boleh menggunakan pengetahuan kita dalam pembinaan Atom. Ha, makmal kita hanya dua tiga
langkah dari DKJ ni. Walaupun berbahaya, dan mudah meletup tapi aku rasa kita dah cukup matang
untuk mengendalikan ketulan uranuim tu. Apa kata kita, seludup masuk makmal?” Cadang Mahfuz
kepada kami sekalian. Fakaruddin menimbangkan cadangan tersebut kemudian memutuskan agar
tindakan itu dijalankan setelah ketiga-tiga agen kami tadi balik melapor keadaan di luar.
................................................................................................................................................
Pusat ICT, Markas musuh.
“ Abu, kau lindungi aku sekiranya aku diserang. Nah, aku ada bawa pisau kecil ni. Baling je pada mereka.
Aku nak ke depan sikit. Aku nak tengok siapa mereka ni sebenarnya dan berapa bilangan mereka. Kau
Manan, stanby di kiri aku. Pastikan kau bagi isyarat bunyi burung sekiranya musuh datang” bisik Zaki
kepada sahabat berdua itu. Kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian celoreng hijau pudar, semacam
pasukan komunis pada zaman darurat 1945-1960-an dahulu keluar masuk melalui pintu utama Pusat
ICT. Kedudukan Abu, Zaki dan Manan ketika itu adalah di atas bumbung bangunan DP yang
bersambungan dengan bangunan Pusat ICT. Merayap-rayap dari satu-satu bangunan secara perlahanlahan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana dalam PALAPES telah dilatih untuk melakukan
serangan hendap terhadap musuh.
Secarasenyap-senyapZakimasukkebangunanPusat ICT melaluilohongudara air-condition. Di ikuti Manan
dan seterusnya Abu sebagai pelindung Zaki dan Manan di bahagian belakang. Sasaran utama adalah ke
bilik ICT utama bagi mendapatkan data-data terperinci mengenai musuh-musuh yang masih lagi samarsamar dalam kepala mereka. Mereka bergerak umpama cheetah yang sedang menghendap mangsanya.
Senyap-senyap.
“ Bos, kami dah ikat pensyarah-pensyarah tu, dengan budak-budaknya sekali. Jangan khuatir. Kita pasti
dapat wang tebusan daripada Kerajaan Malaysia ni.Haha!!.. RM 200 juta..Haha!.”, berdekah-dekah
ketawa seorang penjahat itu. Di hadapannya, terdapat seorang lelaki, dari sinar matanya terpancar
kebengisan dan kepuasan yang ketara. “ Bagus, pastikan tidak ada sesiapa pun yang terlepas. Aku mahu
setiap kamu bunuh sahaja mereka kalau ada yang melawan,faham!” tegas lelaki itu kepada anak
buahnya yang tiba-tiba menikus, gusar kalau-kalau perbuatannya boleh mengundang kemarahan
ketuanya itu. “ Dan, aku tak nak kamu semua bertindak tanpa arahan dari aku. Mail, kau pastikan 20
orang-orang kita ni bersedia di setiap pintu masuk ke UPSI ni. Aku pasti, sekejab lagi polis akan tahu
kehadiran Geng Kapak ini di UPSI ini. Aku nak 5 orang jaga bilik kawalan ni. Setiap pergerakan masuk
atau keluar dari kawasan ini, pastikan identitinya. Kalau polis, tembak saja. Biar mampus
semuanya!!” ujar lelaki itu dengan penuh kebencian.
..............................................................................................................................................
Kelibat Zaki, Abu dan Manan dikesan apabila mereka tiba-tiba muncul di pintu belakang DKJ. Tercungapcungap. Kami terus menyambut mereka dengan penuh kesyukuran kerana tiada sebarang kecelakaan
menimpa mereka. Mereka terus melaporkan keadaan yang berlaku. Fahamlah kami akan kedudukan
sebanar. Lelaki-lelaki berpakaian celoreng tersebut merupakan kumpulan penjenayah bersiri. Geng
Kapak yang sering melakukan kekacauan, merompak bank, kedai-kedai emas, memecah masuk rumah
dan menculik. Dan kini, mereka telah tekad melakukan jenayah yang lebih kejam iaitu menculik dan
menawan warga UPSI untuk dijadikan tebusan. Mereka ingin membalas dendam kepada polis yang telah
berjaya memberkas sebahagian besar ahli kumpulan mereka sejak akhir-akhir ini. Terbaru berita
melaporkan bahawa terdapat dua orang daripada mereka berjaya ditembak mati di sebuah bangsal
menunggu durian di Tanjung Malim.
“ Kita mesti cepat bertindak. Nampaknya, mereka sudah berlegar-legar mencari sesiapa yang berada di
dalam kawasan ini. Baiklah, Mariam, Yusof dan Azwan. Kamu bawa semua kawan-kawan ke bilik
kawalan fasiliti DKJ ini. Bilik tu di bawah tanah. Ikut pintu ini.” Ujar Fakaruddin. “ Zaki, pantau keadaan
sekitar. Bergerak dalam keadaan senyap semua. Bilik tu muat untuk tampung kita semua. ” Kesemua
pelajar bergerak ibarat semut yang ketakutan. Mataku tidak lepas-lepas memerhatikan kawan-kawanku
yang bergerak ke bilik bawah tanah itu sambil melilau-lilau ke sana sini kerana terdengar tapak-tapak
sepatu yang berlegar-legar disekitar DKJ.
Suasana hening seketika. Bunyi tapak-tapak sepatu kian jauh namun, degupan jantung kami tidak
berhenti-henti melagukan irama rancak, bernada gelisah.
“ Mereka sudah jauh dari kita. Din, apa rancangan kita seterusnya. Mahu menunggu poliskah atau kita
gempur mereka?”. tanya Zaki. Aku buntu melihatkan keadaan sekeliling. Agak gelap namun masih ada
sinar-sinar cahaya menembusi bilik bawah tanah ini kerana terdapat tingkap jejaring yang mengalirkan
udara keluar masuk.
“ Kita takkan menunggu bantuan tiba semata-mata. Kita harus bersedia juga. Sekiranya lokasi kita
berjaya dikesan sudah pasti kita mati kering. Tanpa apa-apa pertahanan.” Fakarudin berhenti
seketika. “Aku telah pertimbangkan cadangan Si Mahfuz tadi. Kita perlu gunakan segala kemahiran dan
ilmu yang kita ada sekarang untuk mencipta senjata bagi pertahankan diri. Tidak cukup kalau kita
berlawan berbantingkan lengan betis sahaja . Aku pasti kita boleh ke makmal sains untuk mengambil
bahan-bahan kimia tu. Kita cipta bom buatan sendiri. Mahu tak kalian?.” Tanya si ketua itu.
“ Kami setuju. Tapi, kalian berhati-hatilah. Bom buatan sendiri tetap merbahaya, bukan mainan,” ujarku
kebimbangan. “ Mariam jangan risau. Serahkan pada kami. Kami dah buat ujikaji sebanyak 10 kali dah
sebelum ni tanpa pengetahuan lecturer, hahaha!”. Gelak sakan si Mahfuz mengenangkan telatah dan
kenakalan mereka, geng Fizik. Tapi, cepat-cepat dia menutup mulutnya sambil memerhatikan sekeliling.
Bimbang mengundang bahaya yang tak diduga. Mahfuz dan dua orang kawannya bergerak ke makmal
sains melalui jalan bawah tanah DKJ yang bersambungan dengan bilik makmal tersebut. Yusof
mengiringi pergerakkan mereka supaya musuh-musuh tidak dapat mengesan akan kehadiran mereka.
Setiap CCTV berjaya mereka elakkan. Sekiranya mereka cuai, padah menanti. Pemantauan di bilik
kawalan yang ditawan musuh sudah pastinya akan mengesan segala pergerakkan di dalam UPSI.
...............................................................................................................................................
DalamMakmalSainsTengkuBainun.
Mahfuz, Acai dan Kaizer terus mendapatkan bahan-bahan kimia yang didapati di dalam balang-balang
kaca itu. Pergerakkan mereka sangat terbatas dan perlahan. Cukup berhati-hati mereka melakukan
segala sebatian untuk membuat bom buatan. Mereka mencipta ‘ gun powder ’ yang bukan sahaja
mampu menghasilkan bunyi yang kuat malah ledakkannya mampu meruntuhkan blok konkrik yang
padu. Gun powderini di letakkan dalam balang kaca yang sebelum itu telah ditempel-tempelkan
dindingnya dengan kepingan logam serta dimasukkan pelbagai paku-paku. Kemudian, Acai
mendapatkan satu gelung dawai halus yang panjang dan Kaizer menghulurkan kepadanya sebatang
pensil bulat untuk dililit-lilitkan dawai tersebut yang menjadikannya sebagai fius untuk bom.
Mahfuz kemudiannya mengisi gun powder ke dalam balang-balang kaca tersebut sehingga separuh
balang. Kemudiannya, Mahfuz menutup balang-balang tersebut dengan penutupnya. Secara
saintifiknya, gun powder akan bertindak balas dengan udara dan air sekiranya terdedah kerana
kandungan kalium klorat boleh mengeluarkan asap berwarna. Namun, apabila fius telah diaktifkan pada
nyalaan filamen dengan bekalan elektrik melebihi 40 watt, maka ledakkan akan terjadi dengan kuat dan
paku-paku serta kepingan logam akan bertindak sebagai peluru serpihan yang mendatangkan
kecederaan yang maksimum kepada mangsa-mangsanya. Umumnya, gun powder tidak berbahaya tetapi
serpihan-serpihan peluru dari paku-paku serta kepingan logam itulah yang boleh membunuh manusia
sebenarnya.
“ Geng, dah siap bom kita. Jom, balik ke DKJ. Hati aku tiba-tiba lain macam dah nih.” ujar Yusof yang
dihujani manik-manik peluh didahinya. Mahfuz, Acai dan Kaizer segera mendapatkan Yusof yang telah
memberikan isyarat supaya bergerak ke pintu bawah tanah. Mereka membawa dengan berhati-hati
bom ciptaan mereka. Namun, malang tidak berbau. Tiba-tiba Kaizer terlanggar sebuah kerusi di tepi rak
bahan-bahan kimia. “ Dummm!!!!!”. Kaizer jatuh terlentang. “ Aduh”. Dia mengaduh.
Bunyi yang berdentum itu telah menarik perhatian beberapa lelaki berceloreng itu. Mereka berlarilarian ke makmal. Tidak sempat untuk berselindung lagi. Kelibat Yusof dan rakan-rakan sudah diketahui.
Yusof segera menolak Mahfus yang sedang memegang bom itu ke bilik bawah. “ Hoi, kau nak ke mana,
hah?”, tengkingsalah seorang daripada mereka yang datang bertiga ke arah Mahfuz. Tanpa
mempedulikan mereka, Mahfus terus menghayunkan kaki sepantas kilat ke jalan bawah tanah dan ingin
bertemu segera kawan-kawan di DKJ.
Sementara itu, Yusof, Acai dan Kaizer berdepan dengan penjenayah bertiga tersebut bagi menghalang
kemaraan mereka untuk mendapatkan Mahfuz.
“ Bertenang, bang. Kita bawa berbincang dulu.” ujar Yusof yang dalam posisi berjaga-jaga memulakan
rundingan.
“ Aahh, bertenang kepala hotak kau, iyyahhh!!!” Tempik salah seorang lelaki tersebut yang tergopohgapah menyerang Yusof. Sementara rakan-rakannya juga terus menyerang Acai dan Kaizer.
Yusof yang telah terdedah dengan latihan intensif T-Baton terus memperkukuhkan kedudukan lalu
menangkis buah pukulan yang datang dari musuh. Nampaknya bukan calang-calang orang musuh di
hadapannya. Seketika, Yusof juga membalas dua tiga jurus serangan kepada musuh, Tumbukan rusuk
dan tendangan sisi dihadiahkan kepadanya. Sementara Acai dan Kaizer terus menahan serangan yang
dilakukan kepada mereka. Beberapa kali mereka tumbang dan disepak teranjang oleh musuh sehingga
bercucuran darah keluar dari mulut dan hidung mereka. Situasi semakin memuncak. Yusof mulai lemah
dan jurus-jurus serangannya dapat ditangkis dan dibaca oleh musuh.
Tiba-tiba, satu tempikan kuat datang dari arah bertentangannya, “ Hiyyaahhh!!!!.” Sebuah tendangan
menimpa belikat musuh di hadapannya. Jatuh tertiarap di sisinya lelaki itu. Nasib baiklah Yusof sempat
berkalih daripada tubuh agam itu. Kalau tidak, mahu terpenyek dia nanti dek kerana tertindih. Bantuan
tiba akhirnya. Fakaruddin, Abu, Zaki dan Manan tiba lalu mengambil alih posisi Yusof yang keletihan dan
Acai serta Kaizer yang tercedera itu. Mereka terus menggempur musuh dengan serangan ala komando
itu. Tidak cukup sepak teranjang dihadiahkan, balang-balang kaca di makmal tersebut dijadikan senjata
lalu dihempap ke kepala musuh. Berkecai-kecai serpihan kaca ke lantai. Lelaki-lelaki berceloreng itu
terus rebah, tidak sedarkan diri. Darah mengalir jatuh dari kepala lelaki-lelaki penjenayah itu, menimpanimpa lantai makmal. Setelah itu, mereka terus diikat lalu disembunyikan di dalam stor makmal sains.
Kaizer dan Acai dipapah keluar oleh Zaki dan Fakaruddin. Sementara Manan dan Abu mengiringi Yusop
yang berdengkut-dengkut berjalan ke DKJ.
.............................................................................................................................................
Di DKJ.
Azwan tidak dapat menahan diri daripada keluar menuju ke tandas yang berhampiran DKJ. Sakit
perutnya yang dialami sejak dari awal pagi tadi begitu memaksa dirinya keluar untuk menunaikan hajat.
Dia meluru ke pintu yang menghubungkan bilik bawah tanah dengan DKJ. Setelah diperhatikan sekeliling
beberapa kali, tiada orang, selamat! Desis hatinya. Maka dengan lajunya dia menghayunkan langkah
menuju ke tandas dan terus menerjah masuk ke tandas. Setelah beberapa ketika, dia selesai membuang
hajatnya dan bergerak ingin ke DKJ. Namun, tiba-tiba kepalanya ditunjah oleh sesuatu. Perlahan-lahan
dia memalingkan muka.Muncung M16!!!
“ Hei, budak. Nak lari ke mana hah?” Satu pertanyaan sinis dilontarkan oleh satu suara yang asing
baginya. Gulrp, alamak! Azwan menelan air liur keperitan. Tanpa disedari Azwan, tindak tanduknya telah
dapat dikesan oleh CCTV yang terpasang disekitar foyer Dewan Kuliah.
“ Err..bro..apa barang..” Azwan cuba bersuara dengan terketar-ketar tetapi belum sempat dia
menghabiskan ayat-ayatnya, dahinya ditunjah rapat oleh ceropong senjata besi itu. Terdiam terus
Azwan. Menggigil-gigil badannya. Tidak pernah seumur hidup Azwan berhadapan dengan situasi yang
bakal meragut nyawanya. Ya, Allah. Bantulah hambaMu yang lemah ini! Pucat bagaikan mayat hidup
wajah Azwan. Hampir rebah tubuhnya kalau tidak kerana dia bersandar pada dinding konkrit.
“ Mana lagi kawan-kawan engkau? Kalau engkau nak selamat bagi tahu, cepat!!!”
..............................................................................................................................................
Bilik Bawah Tanah, DKJ.
“Umpan dah masuk perangkap! Stanby semua! ” .
Begitulah bisikan yang diluahkan oleh Fakaruddin kepada kami. Degupan jantungku kencang. Peluhpeluh mulai menitik ke pipi. Bukan aku sahaja. Rakan-rakan yang lain pun begitu juga. Dalam hatiku,
tidak putus-putus doa kupohon kepada Rabbul Izati agar dipermudahkan segala kesulitan yang kami
hadapi dan akan kami lalui sebentar lagi.
Strategi berubah! Daripada Operasi Rampasan Senjata menjadi Strategi Mengumpan Musuh ke Lubuk
Maut!. Itulah yang dirancang oleh kami dalam jangka masa tidak sampai 15 minit. Masing-masing
memainkan peranan tersendiri.
Lokasi persembunyian kami akhirnya diketahui musuh apabila kelibat Azwan di hadapan DKJ
mengundang perhatian musuh.
Masa yang ditunggu – tunggu akhirnya tiba.
“ Buka pintu ni, cepat ! Kalau tidak, nahas korang semua. Buka cepat!!!”. Melengking suara dari luar.
Spesifiknya dari dalam DKJ. Nafas kami mulai mendesah. Hormon adrenaline mulai merembes, selari
dengan degupan jantung yang meningkat kadar lariannya. Masing-masing menikus, kaku dan
menggeletar. Akhirnya, aku melangkah dengan separuh keyakinan dalam diri, membuka pintu bilik
bawah tanah lalu beredar ke tepi. Menunggu reaksi seterusnya daripada penjenayah yang ganas dan
buas itu.
“ Oh, di sini ya kamu semua bersembunyi. Haha, tapi kamu bodoh! Nama saja belajar kat universiti tapi
tak pandai guna akal. Secerdik-cerdik kamu ni berjaya ditangkap kami yang sekolah tak habis ni,huh!”
dengan penuh keangkuhan salah seorang daripada sepuluh orang penjenayah itu menunjal-nunjal
kepala Fakaruddin yang berada berhampiran dengannya. Aku melihat Fakaruddin tenang bersahaja
namun ku tahu, dalam hatinya hanya menunggu saat dan ketika yang sesuai sahaja untuk ‛ mengajar’
mereka semua.
“ Dah, semua bergerak naik ke atas, lekas. Cepatlah bodoh! Jalan macam orang tak cukup makan saja!”
lalu diterajangnya Manan sehingga jatuh terguling-guling. Beberapa pelajar wanita menjerit ketakutan.
Aku cuba mendapatkan Manan tetapi di sentap oleh lelaki syaitan itu. “ Cik adik, manis. Kau ni tak tahu
takut ya. Nak aku ajar kat sini ke kat bilik tidur, hah?” diheretnya aku sehingga lebam lengan ku. “ Aku
tak takut la, binatang!” pekikku sambil meludah kepada lelaki itu. PAMM!!! Ah, pedihnya pipiku. Aku
terus meraba-raba pipiku yang membirat. Pijar sekali. Perit sehingga mahu pecah gegendang telingaku. “
Ha, kan dah dapat ‛ ubatnya’ kan, sayang. Kalau kau nak hidup lama, jangan cuba nak melawan,
faham!!”. katanya, namun aku tentang matanya dengan penuh kebencian yang meluap-luap. Sialan!
Seranahku kepadanya berbakul-bakul dalam hatiku.
Setelah itu, seorang daripada penjenayah memaksa-maksa semua pelajar keluar. Lima penjenayah di
atas dan lima orang lagi berada bersama-sama kami di dalam bilik bawah tanah ini. Aku memberi laluan
kepada mereka kerana ku ingin pastikan mereka selamat naik ke atas. Zaki dan Yusof serta Azwan
mengiringi mereka keluar dari bilik Dewan Kuliah. Meninggalkan aku, Fakaruddin, Manan, Amer,
Mahfuz, Jamal, Saufi dan Ayu yang bergerak malas untuk ke atas. Setelah pelajar terakhir selamat
melalui pintu bawah tanah, tiba-tiba Fakaruddin memberikan isyarat kepada aku dan Ayu. Lalu kami pun
menjerit, “ Aaaarrrrrggghhhhhhh....!!!!” kuat sekali sehingga semua penjenayah terpinga-pinga.
Fakaruddin lalu bertempik kuat , “ Histeriaaa!!!”
Keadaan kecoh seketika di dalam bilik bawah tanah dan juga di dalam DKJ serta perkarangannya.
Peluang keemasan tiba setelah kami menunggu dengan begitu sabar. Fakaruddin melompat dan
menendang lelaki di sebelahnya. Menggempur bermati-matian Manan, aku dan Ayu serta yang
lain sememang menunggu saat ini terus menerkam dengan penuh kegeraman yang terpendam. Manan,
Ayu, Jamal dan Saufi merupakan wakil Pesilat Gayung Cekak Hanafi UPSI tidak berlengah-lengah terus
mengasak, berdepan dengan empat penjenayah yang bersenjatakan pisau rambo dan belantan besi.
Perlawanan yang sengit. Mereka hanya bersenjatakan tubuh badan tetapi gerak geri silat itu mampu
menangkis segala pukulan yang diterjah semua penjenayah tersebut dengan mudah.
Salah seorangnya membawa M16. Lelaki yang menamparku tadi. Aku terus melakukan gerak pantas,
menolak M16 yang cuba di ajukan kepada kami itu ke atas dan satu das tembakkan terkena syiling bilik
bawah tanah. Namun, aku terus berpusing di hadapan lelaki itu lalu aku menghadiahkan buah siku maut
ke perutnya. Sementara tangan kananku terus membanting tangannya yang memegang M16 sehingga
senjata itu jatuh ke kakiku. Asas latihan intensif T-Baton dan SMD ( Seni Mempertahan Diri ) Kepolisian
yang aku pelajari dalam SUKSIS terus aku praktiskan ke alam realiti ini. Aku terus menyepak M16 itu
kepada Mahfuz. Aku membelasah lelaki itu tanpa sempat dia menarik nafas walau hanya sekali!
Dendamku terbalas apabila hentaman padu lututku ke kepalanya berjaya menyebabkan lelaki itu terus
rebah dan kaku.
Mahfuz yang merampas senjata itu terus berlari-lari ke arah Amer yang bersiap sedia dengan gun
powder. Hanya menunggu masa untuk meledakkannya sahaja. Seluruh bilik bawah tanah telah
dilekatkan dengan balang-balang yang terisi dengan gun powder. Dia menjerit kepadaku supaya aku
keluar menyelamatkan diri, menerusi pintu belakang yang bersambung dengan makmal sains. Aku terus
membuka langkah seribu setelah aku menjerit kepada mereka semua supaya lekas dan selamatkan diri
masing-masing. Aku bersembunyi jauh ke belakang bangunan makmal. Ya Allah, selamatkanlah sahabatsahabatku! Desis hatiku.
Sementara di atas pula, Zakiah, Aina dan pelajar lain terus menyelusup keluar dari perkarangan DKJ
seterusnya berlindung di sebalik bangunan yang berada jauh dari tempat itu. Jauh dari ledakkan yang
bakal memusnahkan segala-galanya. Masa telah hampir tiba. Rupa-rupanya dari jauh mereka ternampak
lambaian daripada polis. Pihak polis terus memberikan perlindungan kepada kesemua pelajar. Beberapa
anggota polis turut sama berganding bahu bersama-sama Azwan, Yusof, Manan dan beberapa pelajar
lelaki bertempur dengan penjenayah yang semakin bertambah bilangannya. Dalam pada itu, siren polis
beserta amaran keras dilaungkan bagi menghentikan segala pergerakkan merbahaya. Penjenayah di
minta untuk menyerah diri. Aku kira, laungan tersebut tidak memberikan sebarang kesan kepada
mereka yang berada di dalam bilik bawah tanah itu.
Zakiah terus melaporkan bahawa gun powder akan diletupkan pada bila-bila masa. Kekalutan jelas
terpancar pada wajah pegawai polis yang berada di situ. Tindakkan merbahaya yang diambil oleh kami
jelas akan mengundang padah yang tidak terperi. Segala-galanya sudah terlambat. Kesemua penjenayah
di perkarangan DKJ berjaya ditumpaskan. Azwan dan pelajar-pelajar lain terus dibawa jauh dari tempat
itu. Pihak polis dan Skuad Pengesan Bom juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu Amer,
Fakaruddin, Jamal, Ayu dan Saiful yang berada di dalam bilik bawah tanah memandang tegahan
daripada pegawai atasan. Tidak sanggup mereka mengorbankan lebih ramai lagi nyawa manusia
sekiranya anggota polis dikerahkan ke sana. Segala-galanya terserah pada takdir.
Tiba-tiba muncul Saufi, Jamal dan Ayu memecut keluar dari perkarangan DKJ. Di belakang mereka masih
terdapat penjenayah yang terbongkok-bongkok kesakitan, ingin mengejar meraka. Aku dapat melihat
sahabat-sahabatku dengan jelas kerana kedudukan aku sekarang di tingkat 3 bangunan Fakulti Muzik.
Kemudian, di ikuti Amer dan Mahfuz yang keluar dari pintu belakang bawah tanah menuju ke tempat
persembunyianku. Keadaan geting kerana aku tahu bahan peledak telah diaktifkan fiusnya. Oh, tuhan!
Tetapi di manakah Fakaruddin? Air mataku tiba-tiba jatuh ke pipi.
Sepuluh, sembilan, lapan, tujuh...saat semakin meningkat dan.....!!!!
“Grenaddd!!!!...Fire in the hole!!!”.
Muncullah hero kami dengan pecutan terakhir, pada saat terakhir memberikan laungan amaran kepada
semua. Lariannya tidak berhenti. Laju. Kencang. Selari dengan saat perkiraan ledakan.
Empat, tiga, dua dan...
“ BOMMMMM!!!!!”
Ledakkan yang kuat, memunculkan satu kawah berapi yang melengkung di ruang udara DKJ. Ranap sama
sekali bahagian atas DKJ. Bumbungnya melayang ke atas bersama-sama serpihan bata-bata. Melambung
tubuh Fakaruddin kerana ledakkan tersebut telah menghasilkan satu tekanan udara yang tinggi.
Terguling-guling hero kami di tengah-tengah jalan antara perkarangan DKJ dan tempat perlindungan
para pelajar. Berlari-larian beberapa anggota polis mendapatkan Fakaruddin yang masih bertiarap tanpa
menunjukkan sebarang respon. Dia terus dipapah ke tempat yang selamat. Letupan-letupan kecil dan
sekali-sekala disusuli bunyi yang kuat terus berlaku. Aku agak ini semua kerana gun powder ciptaan
Mahfuz dan geng Fizik telah memusnahkan bilik fasiliti bawah tanah yang merupakan tempat
kawalan electricity kepada semua dewan kuliah.
Kebakaran besar berlaku. Pasukan Bomba & Penyelamat Tanjung Malim tiba sejurus selepas ketibaan
kereta Ambulan. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam jangka masa 30 minit. Litar pintas
berlaku dan seluruh tempat di DK telah keputusan bekalan elektrik. Aku, Amer dan Mahfuz bergegas
turun dari bangunan Fakulti Muzik lalu menyertai kawan-kawan yang lain. Fakaruddin, Si PALAPES itu
aku hampiri dengan perlahan-lahan.
“ Din, awak dah sedar. Syukurlah. Saya bimbang sangat tadi. Kalau, kalau awak tak muncul-muncul tadi.
Bom dah nak meletup, tapi awak...”, ujarku sambil menyapu-nyapu air mata yang gugur. Tersekat-sekat
ucapanku kerana bimbang yang melampau kepada keselamatannya.Tidak putus-putus aku panjatkan
rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana telah menyelamatkan kami semua walaupun beberapa pelajar
tercedera. Namun, semua itu berkat keberanian dan kerjasama yang telah diberikan, membuahkan hasil
yang manis untuk dirasai bersama. Fakaruddin tersenyum melihat telatah aku.
“ Ya, alhamdulillah. Kita semua selamat, Mariam. Dah, jangan nangis lagi. Din belum mati lagi lah,
haha!”, gelaknya galak. Aku tersenyum tersipu-sipu. Dan kami berbalas-balas senyuman.
“ Dah, kesat air matamu itu, sayang. Polis tak boleh menangis. Nanti kena gelak kat penjahat. Dah, dah.
Nanti abang tentera pengsan balik kang, susah nanti. Haha!”, gurauannya yang lepas itu tanpa
mempedulikan siulan daripada kawan-kawan yang mengusik kami berdua.
Dan akhirnya, UPSI berjaya diselamatkan daripada kegilaan Geng Kapak. Sebilangan ahli kumpulan ini
berjaya diberkas oleh Skuad Gerak Khas Polis dan sebahagiannya menemui ajal dek kerana gun
powderkami. Lewat petang yang hening itu kami bersama-sama menyaksikan matahari terbenam,
seiring dengan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa kerana memberikan kami
peluang, kembali bernafas! Di bumi UPSI.
HakMilik: Siti Mariam Dollah..2010...
Upsi ditawan

More Related Content

Viewers also liked

Viewers also liked (20)

Les stijlfiguren
Les stijlfigurenLes stijlfiguren
Les stijlfiguren
 
Keramahtamahan
KeramahtamahanKeramahtamahan
Keramahtamahan
 
The spiritual-brain
The spiritual-brainThe spiritual-brain
The spiritual-brain
 
Sekilas olah pangan
Sekilas olah panganSekilas olah pangan
Sekilas olah pangan
 
Berkhayal
BerkhayalBerkhayal
Berkhayal
 
LifeShop Marketing Plan
LifeShop Marketing PlanLifeShop Marketing Plan
LifeShop Marketing Plan
 
TPS 2 Rahandouna
TPS 2 RahandounaTPS 2 Rahandouna
TPS 2 Rahandouna
 
Appendicitis
AppendicitisAppendicitis
Appendicitis
 
Mozgókép készítés fázisai dia
Mozgókép készítés fázisai diaMozgókép készítés fázisai dia
Mozgókép készítés fázisai dia
 
Kelompok puput cover
Kelompok puput coverKelompok puput cover
Kelompok puput cover
 
harga pokok produksi
harga pokok produksiharga pokok produksi
harga pokok produksi
 
Gelegar_PesTa_1
Gelegar_PesTa_1Gelegar_PesTa_1
Gelegar_PesTa_1
 
E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1
 
Parang tajam tidak berhulu
Parang tajam tidak berhuluParang tajam tidak berhulu
Parang tajam tidak berhulu
 
Daun pptx
Daun pptxDaun pptx
Daun pptx
 
Bising 2
Bising 2Bising 2
Bising 2
 
The KNITTER System: KQML for Erlang
The KNITTER System: KQML for ErlangThe KNITTER System: KQML for Erlang
The KNITTER System: KQML for Erlang
 
Peran Cyanobacteria
Peran CyanobacteriaPeran Cyanobacteria
Peran Cyanobacteria
 
91177843 7-keadilan-dan-kesejahteraan
91177843 7-keadilan-dan-kesejahteraan91177843 7-keadilan-dan-kesejahteraan
91177843 7-keadilan-dan-kesejahteraan
 
Budidaya sayuran buah
Budidaya sayuran buahBudidaya sayuran buah
Budidaya sayuran buah
 

More from Maria Ayie

Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)Maria Ayie
 
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniformKertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniformMaria Ayie
 
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polisKertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polisMaria Ayie
 
Surat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarianSurat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarianMaria Ayie
 
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polisKertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polisMaria Ayie
 
Surat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atmSurat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atmMaria Ayie
 
Surat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budayaSurat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budayaMaria Ayie
 
Surat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budayaSurat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budayaMaria Ayie
 
Cerpen masih ada yang sayang padamu
Cerpen masih ada yang sayang padamuCerpen masih ada yang sayang padamu
Cerpen masih ada yang sayang padamuMaria Ayie
 
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetKertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetMaria Ayie
 
surat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatansurat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatanMaria Ayie
 
Borang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klccBorang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klccMaria Ayie
 

More from Maria Ayie (12)

Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan  pelajar (1)
Edit teks ucapan pengacara majlis hari gabungan pelajar (1)
 
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniformKertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
 
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polisKertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
Kertas kerja mohon peruntukan untuk kos menjahit uniform kadet polis
 
Surat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarianSurat kelepasan pelajar tarian
Surat kelepasan pelajar tarian
 
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polisKertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
Kertas kerja latihan intensif kawad kaki kadet polis
 
Surat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atmSurat rasmi kepada atm
Surat rasmi kepada atm
 
Surat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budayaSurat rasmi kpda istana budaya
Surat rasmi kpda istana budaya
 
Surat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budayaSurat rasmi untk istana budaya
Surat rasmi untk istana budaya
 
Cerpen masih ada yang sayang padamu
Cerpen masih ada yang sayang padamuCerpen masih ada yang sayang padamu
Cerpen masih ada yang sayang padamu
 
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetKertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
 
surat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatansurat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatan
 
Borang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klccBorang ps 1-aquaria klcc
Borang ps 1-aquaria klcc
 

Upsi ditawan

  • 1. UPSI DITAWAN!! Gempar! Semua gempar…UPSI kena tawan. Gamat suasana pada pagi itu dengan jeritan, tangisan dan lolongan yang bertali arus. UPSI kena tawan???. Bukan! UPSI ditawan. Ditawan? Semua kelam kabut. Paling gempar ialah kelas LSP 4012. Dasar tutup pintu dijalankan dengan segera. Kesemua pelajar pucat lesi. Menggigil-gigil tubuh ketakutan. Aku memeluk Zakiah sambil bertindak memeditasikannya yang separuh sedar kerana terkena serangan asma sebentar tadi. Azwan menenangkan Aina, si kekasih hati. Keadaan begitu menakutkan. Pensyarah – pensyarah berkejar-kejaran ke sana-ke sini hingga membingungkan pelajar-pelajar. Apa yang berlaku sebenarnya??? Persoalan yang belum dapat diterjemah oleh minda kebanyakkan pelajar tersebut. DKJ secara tidak rasmi menjadi lokasi persembunyian kami kerana terletak ditengah-tengah blok dewandewan kuliah yang lain. Lokasi yang terlindung ini hanya menutup pandangan musuh buat seketika sahaja. Aku sedar keadaan tidak mampu menyelamatkan kami dalam waktu yang panjang lagi. Kami tidak mampu bergerak ke mana-mana kerana diluar kedengaran siren kecemasan dan bunyi tembakkan M16 yang membingitkan telinga sesiapa saja yang mendengarnya. Tiba-tiba, kedengaran pintu utama DKJ diketuk. “ Tok, tok....”. Beberapa pelajar perempuan mulai tersedu-sedu dek kerana terlampau takut. Mereka menangis sambil menutup mulut dengan tangan kerana bimbang didengari oleh musuh. “ Tok, tok...” Pintu diketuk berulang-ulang kali. Ketukanitumenjadisemakinrancak.AkuberdoakepadaZat Yang MahaMengetahui agar dikuatkansemangatdanlindungi kami daripadasegalamarabahaya yang datang.Aku, Azwan, dan Yusuf bergerakkesudutkiridewan, berhampiranpintuutamatetapidalamposisiterlindungdaripada target kami iaitumusuh di luar. Manakala, Fakaruddin, Abu danZaki, tigaPahlawan PALAPES memberanikandiriuntukbergerakkesudutkanandewan, seolah-olahinginmenyambutkehadirantetamu yang tidakdiundangitu. Mereka lalu mengambil posisi berjaga-jaga. “ Siapa tu???” Fakaruddin bertanyakan dengan nada yang tinggi. Aku, Azwan dan Yusuf yang merupakan Sukarelwan Polis Siswa Siswi UPSI bersiap sedia dibahagian kiri pintu memandangkan posisi kami terlindung dan tidak akan disedari oleh ”tetamu” di luar sekiranya mereka menerjah. Dalam keadaan kelam kabut itu, aku memberikan isyarat mata kepada Abu dan Zaki supaya melindungi kami semasa berhadapan dengan musuh nanti. Abu dan Zaki memahami isyarat yang disampaikan aku lalu menganggukkan kepala . Menerusi mata mereka aku dapat menangkap maksud balasan daripada mereka iaitu STANBY!. Kedengaran suara yang tersekat-sekat di luar. Kami cuba memahaminya sedaya mungkin kerana bunyi tembakan dan siren kecemasan begitu memekakkan telinga, menghalang pendengaran kami. “ Tol..tolong..ka..kami ni...buka la cepat, tolong!”. Fakaruddin segera memberikan isyarat kepada kami bahawa bukan musuh yang sedang kami hadapi itu. Dengan segera, Fakaruddin membuka pintu. “ Oh, jiran sebelah rupa-rupanya,”. Kami menghembus nafas lega seketika. Rupa-rupanya seramai 15 pelajar Fizik dan 18 pelajar Teknologi datang untuk berlindung bersama-sama kami. Terkejut aku melihatkan Izah, bekas teman serumahku dipapah oleh Hidayah, pelajar Fizik yang juga kawanku masuk ke DKJ. Tergesa-gesa aku menyambutnya.
  • 2. Izah menangis teresak-esak menahan sakit kerana kakinya tercedera. “ Macam mana Izah boleh jadi begini, Hidayah?”. Tanyaku kepada Hidayah yang sibuk mengelap darah yang keluar dikaki Izah. Secara kebetulan aku terbawa mini first-aid ke kelas kerana pada hari itu aku harus membuat demontrasi menghadapi darurat zaman Jepun. Lalu aku bergegas membawa mini first-aid dan mencucikan luka-luka pada kaki Izah. “ Dayah dan teman-teman Fizik dalam makmal kat sebelah DKM masa tu. Tiba-tiba terdengar jeritan di tepi makmal kami. Rupa-rupanya cermin kaca DKM terkena peluru M16. Izah kebetulan tidak jauh dari cermin tu terus terkena serpihan kaca. Nasib baik peluru tu tersasar ke tepi dewan. Kami terus ke DKM, bawa Izah dan kawan-kawan lain ke DKJ ikut jalan pintas . Kami takut nak berlama-lama kat dalam tu.” Panjang lebar Hidayah memberikan penerangan kepadaku dan lain-lain. Situasi yang berlaku nampaknya tidak banyak berpihak kepada kami. Aku sedari tadi telah sedaya upaya cuba menghubungi pihak polis tetapi sungguh menghairankan. “ Hello, polis?” Berulang-ulang kali aku menekan angka-angka 999 namun hampa. Bukan setakat talian tidak bersambung kesemua tempat malahan terdapat suara amaran keras dari seseorang. Ya Allah, apakah musibah ini? Aku tidak memahaminya. “ Kawan-kawan, cuba kamu hubungi polis atau sesiapa yang boleh bantu kita” Aku meminta kawan-kawanku pula mencuba nasib. “ Tak dapat lah.Mariam. Oh, Tuhan!” Zakiah mulai menangis hampa. Usaha kami cuba menghubungi pihak berkuasa tidak berjaya. Amer, pelajar Teknologi membuka suara, “ Kalau dilihat pada situasi ini, jelaslah Pusat ICT kita juga telah ditawan. Segala panggilan keluar tidak dapat dilakukan kerana sistem telah digodam. Huh, bijak betul mereka ini.” Termenung seketika kami. Di luar sana, ibarat medan tempur yang sesekali tidak kami berani menjenguk kepala untuk memantau keadaan sebenar. Wajah yang pucat kelihatan jelas. Mulutmulut yang selalu kecoh seperti murai tercabut ekor kini diam seribu bahasa. Masing-masing bermonolog sendiri. Kepalaku terasa berat. Kusut. Melihatkan teman-teman yang sudah bermandian peluh, berendamkan air mata. Kusut tak terlerai rasanya. “ Bertenang dan ingatkan Allah. Hanya Dia yang dapat menolong kita pada setiap masa. Selalulah bertasbih kepada-Nya selalu. Jangan gentar dan gelisah kerana Nabi SAW pun pernah merasai cabaran dan dugaan ini.” Suara keramat itu terus menikam fikiranku. Aku cuba tersenyum, membuang perasaan itu jauh-jauh. Abu bersuara setelah keadaan senyap seketika. “ Sampai bila kita nak terkurung begini? Aku yakin lambat laun, DKJ akan diserbu juga.” Yusuf, yang dalam SUKSIS merupakan Pengerusi PGS ( Persatuan Gerakkan SUKSIS) bangun melontarkan ideanya.“ Dalam keadaan begini, aku ingin mencadangkan sesuatu,” dia berhenti mengambil nafas, “ Oleh kerana, musuh kita di luar sana lengkap mempunyai senjata M16, kita semestinya tidak mampu nak melawan secara tangan kosong.” “ Habis tu Sop?” tanya Daisy tidak sabar-sabar. “ Sabar,sabar. Aku ingin minta pandangan kamu semua, macam mana kalau kita rampas senjata mereka?”. ” Sukar, Sop. Batang hidung mereka pun kita belum lihat inikan pula nak rampas-rampas senjata,”ujar Hidayah, si Fizik. ”Oleh sebab itulah, kita perlu ambil risiko untuk berhadapan dengan mereka.” Balas Zaki, tiba-tiba bersemangat. ” Jangan takut, wahai sahabat. Hidup mati adalah ketentuan Ilahi. Inilah masanya kita berjihad dijalan Allah. Syahid menanti kita. Aku tidak takut berhadapan dengan mereka.”
  • 3. Ujarnya lagi. “ Aku juga, aku juga akan susuli kalian. Aku ingin juga berjuang.” Aku bangkit lalu berdiri di tepi Zaki. Melihatkan aku dan Zaki bersemangat untuk berlawan, maka Yusof termasuk beberapa pelajar yang merupakan ahli Silat Gayung Cekak Hanafi UPSI tampil untuk bersama-sama kami. Mereka terdiri daripada Manan, Jamal dan Saufi. Kelihatan muka-muka pucat sedari tadi terhapus perlahan-lahan. Semangat untuk terus hidup berkobar-kobar dalam jiwa masing-masing. Kekuatan dalaman dan luaran secara automatik terangsang dan fikiran kami mulai rasional. Ketika inilah, Fakaruddin dilantik untuk mengetuai rancangan rampasan senjata. “ Baiklah, aku perlukan 3 orang untuk keluar memantau keadaan. Kalau boleh, anggota SUKSIS dan PALAPES dan lain-lain anggota persatuan yang telah terdedah dengan latihan tempur tampil membantu. Pengalaman sebelum ini amat berguna untuk digunakan sekarang.” Ujar Fakaruddin sambil memandang tepat pada wajah-wajah di depannya. Zaki, Abu dan Manan bangun menawarkan perkhidmatan. ” Pastikan, keselamatan kalian diutamakan. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai lokasi sebenar mereka, tentang diri mereka supaya mudah kita nak menyamar nanti dan serang mereka.” Amanat Fakaruddin kepada mereka bertiga. Setelah meninjau seketika keadaan di luar, ketiga-tiga pahlawan tersebut mengorak langkah menuju ke Pusat ICT yang dikatakan Amer menjadi pusat kawalan maklumat. Sementara menunggu maklumat daripada mereka bertiga, kami semua telah bergabung idea untuk mencipta senjata-senjata yang boleh melindungi kami sekiranya diserang hendap. “ Jom, geng Fizik. Aku rasa kita boleh menggunakan pengetahuan kita dalam pembinaan Atom. Ha, makmal kita hanya dua tiga langkah dari DKJ ni. Walaupun berbahaya, dan mudah meletup tapi aku rasa kita dah cukup matang untuk mengendalikan ketulan uranuim tu. Apa kata kita, seludup masuk makmal?” Cadang Mahfuz kepada kami sekalian. Fakaruddin menimbangkan cadangan tersebut kemudian memutuskan agar tindakan itu dijalankan setelah ketiga-tiga agen kami tadi balik melapor keadaan di luar. ................................................................................................................................................ Pusat ICT, Markas musuh. “ Abu, kau lindungi aku sekiranya aku diserang. Nah, aku ada bawa pisau kecil ni. Baling je pada mereka. Aku nak ke depan sikit. Aku nak tengok siapa mereka ni sebenarnya dan berapa bilangan mereka. Kau Manan, stanby di kiri aku. Pastikan kau bagi isyarat bunyi burung sekiranya musuh datang” bisik Zaki kepada sahabat berdua itu. Kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian celoreng hijau pudar, semacam pasukan komunis pada zaman darurat 1945-1960-an dahulu keluar masuk melalui pintu utama Pusat ICT. Kedudukan Abu, Zaki dan Manan ketika itu adalah di atas bumbung bangunan DP yang bersambungan dengan bangunan Pusat ICT. Merayap-rayap dari satu-satu bangunan secara perlahanlahan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana dalam PALAPES telah dilatih untuk melakukan serangan hendap terhadap musuh. Secarasenyap-senyapZakimasukkebangunanPusat ICT melaluilohongudara air-condition. Di ikuti Manan dan seterusnya Abu sebagai pelindung Zaki dan Manan di bahagian belakang. Sasaran utama adalah ke
  • 4. bilik ICT utama bagi mendapatkan data-data terperinci mengenai musuh-musuh yang masih lagi samarsamar dalam kepala mereka. Mereka bergerak umpama cheetah yang sedang menghendap mangsanya. Senyap-senyap. “ Bos, kami dah ikat pensyarah-pensyarah tu, dengan budak-budaknya sekali. Jangan khuatir. Kita pasti dapat wang tebusan daripada Kerajaan Malaysia ni.Haha!!.. RM 200 juta..Haha!.”, berdekah-dekah ketawa seorang penjahat itu. Di hadapannya, terdapat seorang lelaki, dari sinar matanya terpancar kebengisan dan kepuasan yang ketara. “ Bagus, pastikan tidak ada sesiapa pun yang terlepas. Aku mahu setiap kamu bunuh sahaja mereka kalau ada yang melawan,faham!” tegas lelaki itu kepada anak buahnya yang tiba-tiba menikus, gusar kalau-kalau perbuatannya boleh mengundang kemarahan ketuanya itu. “ Dan, aku tak nak kamu semua bertindak tanpa arahan dari aku. Mail, kau pastikan 20 orang-orang kita ni bersedia di setiap pintu masuk ke UPSI ni. Aku pasti, sekejab lagi polis akan tahu kehadiran Geng Kapak ini di UPSI ini. Aku nak 5 orang jaga bilik kawalan ni. Setiap pergerakan masuk atau keluar dari kawasan ini, pastikan identitinya. Kalau polis, tembak saja. Biar mampus semuanya!!” ujar lelaki itu dengan penuh kebencian. .............................................................................................................................................. Kelibat Zaki, Abu dan Manan dikesan apabila mereka tiba-tiba muncul di pintu belakang DKJ. Tercungapcungap. Kami terus menyambut mereka dengan penuh kesyukuran kerana tiada sebarang kecelakaan menimpa mereka. Mereka terus melaporkan keadaan yang berlaku. Fahamlah kami akan kedudukan sebanar. Lelaki-lelaki berpakaian celoreng tersebut merupakan kumpulan penjenayah bersiri. Geng Kapak yang sering melakukan kekacauan, merompak bank, kedai-kedai emas, memecah masuk rumah dan menculik. Dan kini, mereka telah tekad melakukan jenayah yang lebih kejam iaitu menculik dan menawan warga UPSI untuk dijadikan tebusan. Mereka ingin membalas dendam kepada polis yang telah berjaya memberkas sebahagian besar ahli kumpulan mereka sejak akhir-akhir ini. Terbaru berita melaporkan bahawa terdapat dua orang daripada mereka berjaya ditembak mati di sebuah bangsal menunggu durian di Tanjung Malim. “ Kita mesti cepat bertindak. Nampaknya, mereka sudah berlegar-legar mencari sesiapa yang berada di dalam kawasan ini. Baiklah, Mariam, Yusof dan Azwan. Kamu bawa semua kawan-kawan ke bilik kawalan fasiliti DKJ ini. Bilik tu di bawah tanah. Ikut pintu ini.” Ujar Fakaruddin. “ Zaki, pantau keadaan sekitar. Bergerak dalam keadaan senyap semua. Bilik tu muat untuk tampung kita semua. ” Kesemua pelajar bergerak ibarat semut yang ketakutan. Mataku tidak lepas-lepas memerhatikan kawan-kawanku yang bergerak ke bilik bawah tanah itu sambil melilau-lilau ke sana sini kerana terdengar tapak-tapak sepatu yang berlegar-legar disekitar DKJ. Suasana hening seketika. Bunyi tapak-tapak sepatu kian jauh namun, degupan jantung kami tidak berhenti-henti melagukan irama rancak, bernada gelisah. “ Mereka sudah jauh dari kita. Din, apa rancangan kita seterusnya. Mahu menunggu poliskah atau kita gempur mereka?”. tanya Zaki. Aku buntu melihatkan keadaan sekeliling. Agak gelap namun masih ada sinar-sinar cahaya menembusi bilik bawah tanah ini kerana terdapat tingkap jejaring yang mengalirkan udara keluar masuk.
  • 5. “ Kita takkan menunggu bantuan tiba semata-mata. Kita harus bersedia juga. Sekiranya lokasi kita berjaya dikesan sudah pasti kita mati kering. Tanpa apa-apa pertahanan.” Fakarudin berhenti seketika. “Aku telah pertimbangkan cadangan Si Mahfuz tadi. Kita perlu gunakan segala kemahiran dan ilmu yang kita ada sekarang untuk mencipta senjata bagi pertahankan diri. Tidak cukup kalau kita berlawan berbantingkan lengan betis sahaja . Aku pasti kita boleh ke makmal sains untuk mengambil bahan-bahan kimia tu. Kita cipta bom buatan sendiri. Mahu tak kalian?.” Tanya si ketua itu. “ Kami setuju. Tapi, kalian berhati-hatilah. Bom buatan sendiri tetap merbahaya, bukan mainan,” ujarku kebimbangan. “ Mariam jangan risau. Serahkan pada kami. Kami dah buat ujikaji sebanyak 10 kali dah sebelum ni tanpa pengetahuan lecturer, hahaha!”. Gelak sakan si Mahfuz mengenangkan telatah dan kenakalan mereka, geng Fizik. Tapi, cepat-cepat dia menutup mulutnya sambil memerhatikan sekeliling. Bimbang mengundang bahaya yang tak diduga. Mahfuz dan dua orang kawannya bergerak ke makmal sains melalui jalan bawah tanah DKJ yang bersambungan dengan bilik makmal tersebut. Yusof mengiringi pergerakkan mereka supaya musuh-musuh tidak dapat mengesan akan kehadiran mereka. Setiap CCTV berjaya mereka elakkan. Sekiranya mereka cuai, padah menanti. Pemantauan di bilik kawalan yang ditawan musuh sudah pastinya akan mengesan segala pergerakkan di dalam UPSI. ............................................................................................................................................... DalamMakmalSainsTengkuBainun. Mahfuz, Acai dan Kaizer terus mendapatkan bahan-bahan kimia yang didapati di dalam balang-balang kaca itu. Pergerakkan mereka sangat terbatas dan perlahan. Cukup berhati-hati mereka melakukan segala sebatian untuk membuat bom buatan. Mereka mencipta ‘ gun powder ’ yang bukan sahaja mampu menghasilkan bunyi yang kuat malah ledakkannya mampu meruntuhkan blok konkrik yang padu. Gun powderini di letakkan dalam balang kaca yang sebelum itu telah ditempel-tempelkan dindingnya dengan kepingan logam serta dimasukkan pelbagai paku-paku. Kemudian, Acai mendapatkan satu gelung dawai halus yang panjang dan Kaizer menghulurkan kepadanya sebatang pensil bulat untuk dililit-lilitkan dawai tersebut yang menjadikannya sebagai fius untuk bom. Mahfuz kemudiannya mengisi gun powder ke dalam balang-balang kaca tersebut sehingga separuh balang. Kemudiannya, Mahfuz menutup balang-balang tersebut dengan penutupnya. Secara saintifiknya, gun powder akan bertindak balas dengan udara dan air sekiranya terdedah kerana kandungan kalium klorat boleh mengeluarkan asap berwarna. Namun, apabila fius telah diaktifkan pada nyalaan filamen dengan bekalan elektrik melebihi 40 watt, maka ledakkan akan terjadi dengan kuat dan paku-paku serta kepingan logam akan bertindak sebagai peluru serpihan yang mendatangkan kecederaan yang maksimum kepada mangsa-mangsanya. Umumnya, gun powder tidak berbahaya tetapi serpihan-serpihan peluru dari paku-paku serta kepingan logam itulah yang boleh membunuh manusia sebenarnya. “ Geng, dah siap bom kita. Jom, balik ke DKJ. Hati aku tiba-tiba lain macam dah nih.” ujar Yusof yang dihujani manik-manik peluh didahinya. Mahfuz, Acai dan Kaizer segera mendapatkan Yusof yang telah memberikan isyarat supaya bergerak ke pintu bawah tanah. Mereka membawa dengan berhati-hati
  • 6. bom ciptaan mereka. Namun, malang tidak berbau. Tiba-tiba Kaizer terlanggar sebuah kerusi di tepi rak bahan-bahan kimia. “ Dummm!!!!!”. Kaizer jatuh terlentang. “ Aduh”. Dia mengaduh. Bunyi yang berdentum itu telah menarik perhatian beberapa lelaki berceloreng itu. Mereka berlarilarian ke makmal. Tidak sempat untuk berselindung lagi. Kelibat Yusof dan rakan-rakan sudah diketahui. Yusof segera menolak Mahfus yang sedang memegang bom itu ke bilik bawah. “ Hoi, kau nak ke mana, hah?”, tengkingsalah seorang daripada mereka yang datang bertiga ke arah Mahfuz. Tanpa mempedulikan mereka, Mahfus terus menghayunkan kaki sepantas kilat ke jalan bawah tanah dan ingin bertemu segera kawan-kawan di DKJ. Sementara itu, Yusof, Acai dan Kaizer berdepan dengan penjenayah bertiga tersebut bagi menghalang kemaraan mereka untuk mendapatkan Mahfuz. “ Bertenang, bang. Kita bawa berbincang dulu.” ujar Yusof yang dalam posisi berjaga-jaga memulakan rundingan. “ Aahh, bertenang kepala hotak kau, iyyahhh!!!” Tempik salah seorang lelaki tersebut yang tergopohgapah menyerang Yusof. Sementara rakan-rakannya juga terus menyerang Acai dan Kaizer. Yusof yang telah terdedah dengan latihan intensif T-Baton terus memperkukuhkan kedudukan lalu menangkis buah pukulan yang datang dari musuh. Nampaknya bukan calang-calang orang musuh di hadapannya. Seketika, Yusof juga membalas dua tiga jurus serangan kepada musuh, Tumbukan rusuk dan tendangan sisi dihadiahkan kepadanya. Sementara Acai dan Kaizer terus menahan serangan yang dilakukan kepada mereka. Beberapa kali mereka tumbang dan disepak teranjang oleh musuh sehingga bercucuran darah keluar dari mulut dan hidung mereka. Situasi semakin memuncak. Yusof mulai lemah dan jurus-jurus serangannya dapat ditangkis dan dibaca oleh musuh. Tiba-tiba, satu tempikan kuat datang dari arah bertentangannya, “ Hiyyaahhh!!!!.” Sebuah tendangan menimpa belikat musuh di hadapannya. Jatuh tertiarap di sisinya lelaki itu. Nasib baiklah Yusof sempat berkalih daripada tubuh agam itu. Kalau tidak, mahu terpenyek dia nanti dek kerana tertindih. Bantuan tiba akhirnya. Fakaruddin, Abu, Zaki dan Manan tiba lalu mengambil alih posisi Yusof yang keletihan dan Acai serta Kaizer yang tercedera itu. Mereka terus menggempur musuh dengan serangan ala komando itu. Tidak cukup sepak teranjang dihadiahkan, balang-balang kaca di makmal tersebut dijadikan senjata lalu dihempap ke kepala musuh. Berkecai-kecai serpihan kaca ke lantai. Lelaki-lelaki berceloreng itu terus rebah, tidak sedarkan diri. Darah mengalir jatuh dari kepala lelaki-lelaki penjenayah itu, menimpanimpa lantai makmal. Setelah itu, mereka terus diikat lalu disembunyikan di dalam stor makmal sains. Kaizer dan Acai dipapah keluar oleh Zaki dan Fakaruddin. Sementara Manan dan Abu mengiringi Yusop yang berdengkut-dengkut berjalan ke DKJ. ............................................................................................................................................. Di DKJ.
  • 7. Azwan tidak dapat menahan diri daripada keluar menuju ke tandas yang berhampiran DKJ. Sakit perutnya yang dialami sejak dari awal pagi tadi begitu memaksa dirinya keluar untuk menunaikan hajat. Dia meluru ke pintu yang menghubungkan bilik bawah tanah dengan DKJ. Setelah diperhatikan sekeliling beberapa kali, tiada orang, selamat! Desis hatinya. Maka dengan lajunya dia menghayunkan langkah menuju ke tandas dan terus menerjah masuk ke tandas. Setelah beberapa ketika, dia selesai membuang hajatnya dan bergerak ingin ke DKJ. Namun, tiba-tiba kepalanya ditunjah oleh sesuatu. Perlahan-lahan dia memalingkan muka.Muncung M16!!! “ Hei, budak. Nak lari ke mana hah?” Satu pertanyaan sinis dilontarkan oleh satu suara yang asing baginya. Gulrp, alamak! Azwan menelan air liur keperitan. Tanpa disedari Azwan, tindak tanduknya telah dapat dikesan oleh CCTV yang terpasang disekitar foyer Dewan Kuliah. “ Err..bro..apa barang..” Azwan cuba bersuara dengan terketar-ketar tetapi belum sempat dia menghabiskan ayat-ayatnya, dahinya ditunjah rapat oleh ceropong senjata besi itu. Terdiam terus Azwan. Menggigil-gigil badannya. Tidak pernah seumur hidup Azwan berhadapan dengan situasi yang bakal meragut nyawanya. Ya, Allah. Bantulah hambaMu yang lemah ini! Pucat bagaikan mayat hidup wajah Azwan. Hampir rebah tubuhnya kalau tidak kerana dia bersandar pada dinding konkrit. “ Mana lagi kawan-kawan engkau? Kalau engkau nak selamat bagi tahu, cepat!!!” .............................................................................................................................................. Bilik Bawah Tanah, DKJ. “Umpan dah masuk perangkap! Stanby semua! ” . Begitulah bisikan yang diluahkan oleh Fakaruddin kepada kami. Degupan jantungku kencang. Peluhpeluh mulai menitik ke pipi. Bukan aku sahaja. Rakan-rakan yang lain pun begitu juga. Dalam hatiku, tidak putus-putus doa kupohon kepada Rabbul Izati agar dipermudahkan segala kesulitan yang kami hadapi dan akan kami lalui sebentar lagi. Strategi berubah! Daripada Operasi Rampasan Senjata menjadi Strategi Mengumpan Musuh ke Lubuk Maut!. Itulah yang dirancang oleh kami dalam jangka masa tidak sampai 15 minit. Masing-masing memainkan peranan tersendiri. Lokasi persembunyian kami akhirnya diketahui musuh apabila kelibat Azwan di hadapan DKJ mengundang perhatian musuh. Masa yang ditunggu – tunggu akhirnya tiba. “ Buka pintu ni, cepat ! Kalau tidak, nahas korang semua. Buka cepat!!!”. Melengking suara dari luar. Spesifiknya dari dalam DKJ. Nafas kami mulai mendesah. Hormon adrenaline mulai merembes, selari dengan degupan jantung yang meningkat kadar lariannya. Masing-masing menikus, kaku dan menggeletar. Akhirnya, aku melangkah dengan separuh keyakinan dalam diri, membuka pintu bilik
  • 8. bawah tanah lalu beredar ke tepi. Menunggu reaksi seterusnya daripada penjenayah yang ganas dan buas itu. “ Oh, di sini ya kamu semua bersembunyi. Haha, tapi kamu bodoh! Nama saja belajar kat universiti tapi tak pandai guna akal. Secerdik-cerdik kamu ni berjaya ditangkap kami yang sekolah tak habis ni,huh!” dengan penuh keangkuhan salah seorang daripada sepuluh orang penjenayah itu menunjal-nunjal kepala Fakaruddin yang berada berhampiran dengannya. Aku melihat Fakaruddin tenang bersahaja namun ku tahu, dalam hatinya hanya menunggu saat dan ketika yang sesuai sahaja untuk ‛ mengajar’ mereka semua. “ Dah, semua bergerak naik ke atas, lekas. Cepatlah bodoh! Jalan macam orang tak cukup makan saja!” lalu diterajangnya Manan sehingga jatuh terguling-guling. Beberapa pelajar wanita menjerit ketakutan. Aku cuba mendapatkan Manan tetapi di sentap oleh lelaki syaitan itu. “ Cik adik, manis. Kau ni tak tahu takut ya. Nak aku ajar kat sini ke kat bilik tidur, hah?” diheretnya aku sehingga lebam lengan ku. “ Aku tak takut la, binatang!” pekikku sambil meludah kepada lelaki itu. PAMM!!! Ah, pedihnya pipiku. Aku terus meraba-raba pipiku yang membirat. Pijar sekali. Perit sehingga mahu pecah gegendang telingaku. “ Ha, kan dah dapat ‛ ubatnya’ kan, sayang. Kalau kau nak hidup lama, jangan cuba nak melawan, faham!!”. katanya, namun aku tentang matanya dengan penuh kebencian yang meluap-luap. Sialan! Seranahku kepadanya berbakul-bakul dalam hatiku. Setelah itu, seorang daripada penjenayah memaksa-maksa semua pelajar keluar. Lima penjenayah di atas dan lima orang lagi berada bersama-sama kami di dalam bilik bawah tanah ini. Aku memberi laluan kepada mereka kerana ku ingin pastikan mereka selamat naik ke atas. Zaki dan Yusof serta Azwan mengiringi mereka keluar dari bilik Dewan Kuliah. Meninggalkan aku, Fakaruddin, Manan, Amer, Mahfuz, Jamal, Saufi dan Ayu yang bergerak malas untuk ke atas. Setelah pelajar terakhir selamat melalui pintu bawah tanah, tiba-tiba Fakaruddin memberikan isyarat kepada aku dan Ayu. Lalu kami pun menjerit, “ Aaaarrrrrggghhhhhhh....!!!!” kuat sekali sehingga semua penjenayah terpinga-pinga. Fakaruddin lalu bertempik kuat , “ Histeriaaa!!!” Keadaan kecoh seketika di dalam bilik bawah tanah dan juga di dalam DKJ serta perkarangannya. Peluang keemasan tiba setelah kami menunggu dengan begitu sabar. Fakaruddin melompat dan menendang lelaki di sebelahnya. Menggempur bermati-matian Manan, aku dan Ayu serta yang lain sememang menunggu saat ini terus menerkam dengan penuh kegeraman yang terpendam. Manan, Ayu, Jamal dan Saufi merupakan wakil Pesilat Gayung Cekak Hanafi UPSI tidak berlengah-lengah terus mengasak, berdepan dengan empat penjenayah yang bersenjatakan pisau rambo dan belantan besi. Perlawanan yang sengit. Mereka hanya bersenjatakan tubuh badan tetapi gerak geri silat itu mampu menangkis segala pukulan yang diterjah semua penjenayah tersebut dengan mudah. Salah seorangnya membawa M16. Lelaki yang menamparku tadi. Aku terus melakukan gerak pantas, menolak M16 yang cuba di ajukan kepada kami itu ke atas dan satu das tembakkan terkena syiling bilik bawah tanah. Namun, aku terus berpusing di hadapan lelaki itu lalu aku menghadiahkan buah siku maut ke perutnya. Sementara tangan kananku terus membanting tangannya yang memegang M16 sehingga senjata itu jatuh ke kakiku. Asas latihan intensif T-Baton dan SMD ( Seni Mempertahan Diri ) Kepolisian
  • 9. yang aku pelajari dalam SUKSIS terus aku praktiskan ke alam realiti ini. Aku terus menyepak M16 itu kepada Mahfuz. Aku membelasah lelaki itu tanpa sempat dia menarik nafas walau hanya sekali! Dendamku terbalas apabila hentaman padu lututku ke kepalanya berjaya menyebabkan lelaki itu terus rebah dan kaku. Mahfuz yang merampas senjata itu terus berlari-lari ke arah Amer yang bersiap sedia dengan gun powder. Hanya menunggu masa untuk meledakkannya sahaja. Seluruh bilik bawah tanah telah dilekatkan dengan balang-balang yang terisi dengan gun powder. Dia menjerit kepadaku supaya aku keluar menyelamatkan diri, menerusi pintu belakang yang bersambung dengan makmal sains. Aku terus membuka langkah seribu setelah aku menjerit kepada mereka semua supaya lekas dan selamatkan diri masing-masing. Aku bersembunyi jauh ke belakang bangunan makmal. Ya Allah, selamatkanlah sahabatsahabatku! Desis hatiku. Sementara di atas pula, Zakiah, Aina dan pelajar lain terus menyelusup keluar dari perkarangan DKJ seterusnya berlindung di sebalik bangunan yang berada jauh dari tempat itu. Jauh dari ledakkan yang bakal memusnahkan segala-galanya. Masa telah hampir tiba. Rupa-rupanya dari jauh mereka ternampak lambaian daripada polis. Pihak polis terus memberikan perlindungan kepada kesemua pelajar. Beberapa anggota polis turut sama berganding bahu bersama-sama Azwan, Yusof, Manan dan beberapa pelajar lelaki bertempur dengan penjenayah yang semakin bertambah bilangannya. Dalam pada itu, siren polis beserta amaran keras dilaungkan bagi menghentikan segala pergerakkan merbahaya. Penjenayah di minta untuk menyerah diri. Aku kira, laungan tersebut tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka yang berada di dalam bilik bawah tanah itu. Zakiah terus melaporkan bahawa gun powder akan diletupkan pada bila-bila masa. Kekalutan jelas terpancar pada wajah pegawai polis yang berada di situ. Tindakkan merbahaya yang diambil oleh kami jelas akan mengundang padah yang tidak terperi. Segala-galanya sudah terlambat. Kesemua penjenayah di perkarangan DKJ berjaya ditumpaskan. Azwan dan pelajar-pelajar lain terus dibawa jauh dari tempat itu. Pihak polis dan Skuad Pengesan Bom juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu Amer, Fakaruddin, Jamal, Ayu dan Saiful yang berada di dalam bilik bawah tanah memandang tegahan daripada pegawai atasan. Tidak sanggup mereka mengorbankan lebih ramai lagi nyawa manusia sekiranya anggota polis dikerahkan ke sana. Segala-galanya terserah pada takdir. Tiba-tiba muncul Saufi, Jamal dan Ayu memecut keluar dari perkarangan DKJ. Di belakang mereka masih terdapat penjenayah yang terbongkok-bongkok kesakitan, ingin mengejar meraka. Aku dapat melihat sahabat-sahabatku dengan jelas kerana kedudukan aku sekarang di tingkat 3 bangunan Fakulti Muzik. Kemudian, di ikuti Amer dan Mahfuz yang keluar dari pintu belakang bawah tanah menuju ke tempat persembunyianku. Keadaan geting kerana aku tahu bahan peledak telah diaktifkan fiusnya. Oh, tuhan! Tetapi di manakah Fakaruddin? Air mataku tiba-tiba jatuh ke pipi. Sepuluh, sembilan, lapan, tujuh...saat semakin meningkat dan.....!!!! “Grenaddd!!!!...Fire in the hole!!!”.
  • 10. Muncullah hero kami dengan pecutan terakhir, pada saat terakhir memberikan laungan amaran kepada semua. Lariannya tidak berhenti. Laju. Kencang. Selari dengan saat perkiraan ledakan. Empat, tiga, dua dan... “ BOMMMMM!!!!!” Ledakkan yang kuat, memunculkan satu kawah berapi yang melengkung di ruang udara DKJ. Ranap sama sekali bahagian atas DKJ. Bumbungnya melayang ke atas bersama-sama serpihan bata-bata. Melambung tubuh Fakaruddin kerana ledakkan tersebut telah menghasilkan satu tekanan udara yang tinggi. Terguling-guling hero kami di tengah-tengah jalan antara perkarangan DKJ dan tempat perlindungan para pelajar. Berlari-larian beberapa anggota polis mendapatkan Fakaruddin yang masih bertiarap tanpa menunjukkan sebarang respon. Dia terus dipapah ke tempat yang selamat. Letupan-letupan kecil dan sekali-sekala disusuli bunyi yang kuat terus berlaku. Aku agak ini semua kerana gun powder ciptaan Mahfuz dan geng Fizik telah memusnahkan bilik fasiliti bawah tanah yang merupakan tempat kawalan electricity kepada semua dewan kuliah. Kebakaran besar berlaku. Pasukan Bomba & Penyelamat Tanjung Malim tiba sejurus selepas ketibaan kereta Ambulan. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam jangka masa 30 minit. Litar pintas berlaku dan seluruh tempat di DK telah keputusan bekalan elektrik. Aku, Amer dan Mahfuz bergegas turun dari bangunan Fakulti Muzik lalu menyertai kawan-kawan yang lain. Fakaruddin, Si PALAPES itu aku hampiri dengan perlahan-lahan. “ Din, awak dah sedar. Syukurlah. Saya bimbang sangat tadi. Kalau, kalau awak tak muncul-muncul tadi. Bom dah nak meletup, tapi awak...”, ujarku sambil menyapu-nyapu air mata yang gugur. Tersekat-sekat ucapanku kerana bimbang yang melampau kepada keselamatannya.Tidak putus-putus aku panjatkan rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana telah menyelamatkan kami semua walaupun beberapa pelajar tercedera. Namun, semua itu berkat keberanian dan kerjasama yang telah diberikan, membuahkan hasil yang manis untuk dirasai bersama. Fakaruddin tersenyum melihat telatah aku. “ Ya, alhamdulillah. Kita semua selamat, Mariam. Dah, jangan nangis lagi. Din belum mati lagi lah, haha!”, gelaknya galak. Aku tersenyum tersipu-sipu. Dan kami berbalas-balas senyuman. “ Dah, kesat air matamu itu, sayang. Polis tak boleh menangis. Nanti kena gelak kat penjahat. Dah, dah. Nanti abang tentera pengsan balik kang, susah nanti. Haha!”, gurauannya yang lepas itu tanpa mempedulikan siulan daripada kawan-kawan yang mengusik kami berdua. Dan akhirnya, UPSI berjaya diselamatkan daripada kegilaan Geng Kapak. Sebilangan ahli kumpulan ini berjaya diberkas oleh Skuad Gerak Khas Polis dan sebahagiannya menemui ajal dek kerana gun powderkami. Lewat petang yang hening itu kami bersama-sama menyaksikan matahari terbenam, seiring dengan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa kerana memberikan kami peluang, kembali bernafas! Di bumi UPSI. HakMilik: Siti Mariam Dollah..2010...