SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
LAPORAN LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT
JALAN LOW TI KOK
HULU LANGAT 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
AMINAH BINTI HAJI ALBANI
DIPLOMA USULUDDIN 0904 2104
LAPORAN DIKEMUKAKAN UNTUK BAHAGIAN PENGAJIAN ISLAM
KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG SELANGOR
PERAKUAN
Laporan ini adalah  hasil  usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan atau sumber-sumber yang berkaitan

( AMINAH BINTI HJ ALBANI )                                            Tarikh:
Pelajar Latihan Praktikum
Kolej Dar al-Hikmah, Kajang Selangor
Disahkan oleh :

( USTAZAH NORIYANTI BINTI MISNUN )                                   Tarikh:
Pegawai Unit Undang-undang Keluarga
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
PENGHARGAAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarokatuh, Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurniaNya akhirnya saya berjaya menghabiskan Latihan Praktikum saya di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat yang bermula pada 7 Mac dan berakhir pada 7 Mei 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Dar al-Hikmah kerana memberi keizinan kepada saya untuk menjalani Latihan Praktikum bagi melengkapkan kredit pengajian dalam program diploma Usuluddin saya selama 2 tahun 6 bulan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar selama ini kepada saya, tanpa kalian, saya pasti tidak mampu untuk berada dalam keadaan seperti sekarang ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada bahagian Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat kerana sudi  menerima saya sebagai pelajar Praktikal di PAID, dengan bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat terutamanya di bahagian unit undang-undang keluarga dan  semua kakitangan PAID tidak mungkin saya lupakan. Kemesraan dan ukhwah yang terbina, meninggalkan kenangan yang terindah dalam hidup saya.
Tidak dilupa setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan  buat kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dari segi kewangan. Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa berada di belakang saya, terima kasih dengan semangat yang kalian berikan akhirnya saya berjaya menamatkan latihan Praktikum saya dan juga individu-individu yang telah membantu saya terima kasih saya ucapkan.
PENDAHULUAN
Latihan praktikum merupakan salah satu latihan yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang mengikuti program diploma dan persijilan di Kolej Dar al-Hikmah. Latihan  praktikum merupakan salah satu latihan yang mana memberi peluang kepada pelajar untuk merasai alam pekerjaan. Kebiasaannya pelajar Kolej Dar al-Hikmah digalakkan menjalani latihan praktikal pada semester akhir selama 2 bulan bagi pelajar Pengajian Islam dan Psikologi. Manakala bagi pelajar program diploma Kauseling diwajibkan menjalani latihan praktikal selama 4 bulan. Latihan praktikal diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan program pengajian yang mereka pelajari. Ianya juga bertujuan untuk memberi pengalaman dengan lebih formal supaya pelajar dapat memahami kegiatan-kegiatan yang biasa dijalankan di sesebuah agensi-agensi atau organisasi.
Saya merupakan pelajar program diploma Usuluddin. Program pengajian yang saya ikuti sangat berkaitrapat dengan agama, metod dakwah dalam masyarakat dipraktikkan hasil daripada didikan pensyarah-pensyarah dan bentangan dari kitab-kitab yang menjadi rujukan selama saya berada dalam program pengajian ini. ilmu Usuluddin kebiasaannya menerangkan tentang metod dakwah, pemahaman berkenaan dengan agama-agama serta amalan ritual yang dilakukan oleh setiap agama serta ibadah dan wasilah menuju kepada pencipta kita yanng agung Allah s.w.t
Oleh kerana saya mengambil program diploma pengajian islam Usuluddin saya mengambil keputusan untuk menjalani latihan praktikum di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Ini kerana, di pejabat agama terdapat banyak bahagian yang berkait rapat dengan program diploma yang saya ambil. Selain daripada itu juga, menjalani latihan praktikum di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sekaligus memberi peluang kepada saya untuk berada lebih dekat dengan masyarakat dan dapat mempraktikkan apa yang saya pelajari selama ini.
SEJARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Bermulanya sejarah penubuhan JAIS daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat semasa zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang mana banyak menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada ketika itu. Baginda mengarahkan supaya kerajaan negeri Selangor menubuhkan jabatan hal ehwal agama islam. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Segala pembiayaan pengurusan adalah diperuntukkan oleh bahagian diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada ketika itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal berkaitan dengan penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Hasil daripada perkembangan ini, maka ditubuhkan secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948 di bangunan lama kelab diraja Selangor.
LATAR BELAKANG PAIDHL
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat atau dikenali sebagai PAIDHL merupakan salah satu pejabat agama yang beroperasi untuk sekitar Hulu Langat meliputi 7 daerah seperti kajang, Ampang, Cheras, Semenyih, Bangi, Beranang dan seri kembangan. PAIDHL merupakan salah satu pejabat agama yang paling tersibuk di Selangor kerana kepadatan penduduk di mukimnya. PAIDHL menempatkan 9 unit, 2 daripadanya adalah unit yang berada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor manakala 7 unit berada di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Antara unit-unit yang terdapat di PAIDHL ialah unit Pengurusan, unit Pengurusan Masjid, unit Wakaf, unit Undang-Undang Keluarga, Bahagian Pembangunan Insan, unit Penguatkuasa, unit Dakwah, unit Penyelidikan dan unit Pendidikan. Kesemua unit ini mempunyai peranan masing-masing.
Terletak di Jalan Low Ti Kok berhampiran dengan Mahkamah Syariah Kajang, kawasan yang berhampiran dengan bandar memudahkan masyarakat untuk berurusan dengan PAIDHL. PAIDHL sekarang diketuai oleh seorang Qadi’ gred s44, dibantu oleh 4 orang pegawai gred 41 dan beberapa kakitangan tetap, kontrak dan sambilan. PAIDHL berpeggang pada misi untuk menjadikan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sebagai pejabat yang terbaik, menjadi contoh dunia dan disegani dan diredhai Allah serta melahirkan masyarakat Islam yang maju,berjaya,progresif,dinamik dan diredhai Allah berlandaskan dengan al-Quran dan         as-Sunnah selaras dengan visi negeri selangor menjadi negeri maju. Visi ini menjadi sumber kekuatan kepada para kakitangan PAIDHL untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua masyarakat.
Dengan perkhidmatan yang cukup baik dikalangan kakitangan, PAIDHL mempunyai target yang begitu besar untuk dicapai antaranya ialah Memastikan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan sejajar dengan prosedur kualiti kerja MS ISO 9001 : 2000. Memastikan perancangan, pengurusan dan perlaksanan program - program dakwah kepada masyarakat islam dan bukan islam berjalan dengan lancar dan berkesan, memastikan penguatkuasaan dan pemantauan perlaksanaan undang - undang kekeluargaan islam Selangor dan enakmen jenayah syariah Selangor berjalan dengan berkesan dan berkhemah,
untuk menjadikan masjid, surau, sekolah - sekolah agama sebagai institusi unggul islam dan pemangkin kepada pembangunan ummah yang muttaqi, Memastikan perancangan dan perlaksanaan program kekeluargaan dan sesi kaunseling berjalan dengan berkesan, memastikan perlaksanaan projek - projek pembangunan fizikal JAIS berjalan dengan lancar, memastikan aktiviti - aktiviti penyelewengan akidah dapat dibanteras, memastikan program -program islam yang dianjur dan dijalankan oleh mana-mana isntitusi islam, agensi - agensi kerajaan dan swasta dalam daerah dikawal dan dipantau, memastikan institusi - institusi pendidikan islam swasta melaksanakan sistem pendidikan islam yang tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan, memastikan sekolah - sekolah agama JAIS diselia dengan berkesan dan memastikan setiap pertuduhan didaftar ke mahkamah serta penyediaan laporan perbicaraan dengan berkesan.

PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI
Pada hari pertama berkunjung ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat saya diberi taklimat oleh pihak Qadi’ selaku pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat kemudian bertemu dengan Pegawai di bahagian Pengurusan untuk mengetahui di unit mana kami akan diletakkan. Akhirnya saya bersama dengan saudara Muhammad Husaini Lasin ditempatkan di unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL.
Ketika berada di unit Undang-Undang Keluarga kami banyak menguruskan berkenaan dengan kerja-kerja pengkeranian membntu menyediakan fail-fail aduan kes kekeluargaan dan juga menyiapkan buku-buku rekod berkenaan dengan aduuan kes kekeluargaan, nikah luar Negara, poligami dan berkenaan dengan wali hakim. Selain daripada itu, saya juga diminta untuk membantu menyediakan statistik berkenaan dengan kes cerai, aduan kes kekeluargaan,poligami dan wali hakim. Walaupun pada asalnya saya tidak memiliki sebarang pengetahuan untuk menyediakan statistik, Alhamdulillah atas bantuan dari pegawai-pegawai bahagian Unit Undang-Undang Keluarga saya akhirnya mahir untuk membuat statistik. Di bahagian Unit Undang-Undang juga, saya di ajar untuk menyediakan surat-surat permohonan berkenaan dengan cerai, wali hakim dan surat-surat panggilan untuk menghadiri sesi kauseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah. Dan kebiasaannya surat-surat ini ditujukan kepada pihak Mahkamah Syariah agar kes-kes berkenaan dapat dipanjangkan ke Mahkamah.
Selama berada di unit Undang-Undang Keluarga, saya memperolehi beberapa pengetahuan yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Antaranya ialah mereka memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana membaca buku enekmen undang-undang. Kebiasannya ilmu-ilmu seperti ini dipelajari oleh pelajar-pelajar yang mengambil jurusan undang-undang, namun pada kali ini saya juga berpeluang sama seperti mereka ( pelajar undang-undang).
Berada di unit undang-undang juga memberi peluang kepada saya untuk mendengar permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan rumahtangga, dan cara-cara untuk mengatasinya mengikut apa yang diajar oleh Islam melalui khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai-pegawai khidmat nasihat yang dilantik oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Dan adakalanya ianya menjadi satu cabaran terutamanya kepada Pegawai Khidmat Nasihat kerana terpaksa berdepan dengan karenah pasangan yang pelbagai.
Ada yang datang dalam keadaan marah dan ada juga yang datang dalam keadaan teresak-esak menangis. Namun para Pegawai bijak dalam mengawal situasi seperti ini. pernah sekali saya di beri peluang untuk berdepan dengan seorang klien yang mengadukan tentang masalah rumahtangga beliau, namun, saya hanya mampu memberi nasihat kepada beliau seperti mana yang dilakukan oleh pegawai-pegawai khidmat nasihat yang lain.
saya juga pernah diminta oleh pegawai untuk menerangkan kepada pasangan iran yang berkahwin bagaimana untuk mengisi borang permohonan nikah bagi pihak lelaki dan wanita. Ianya merupakan satu cabaran yang besar kepada saya kerana terpaksa bertutur dalam bahasa inggeris. Namun Alhamdulillah atas bantuan dari kakitangan PAIDHL akhirnya pasangan berkenaan dapat menyelesaikan segala prosedur perkahwinan dan melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Saya juga pernah bertugas dibahagian kaunter unit undang-undang keluarga. Ianya membantu klien-klien yang datang untuk menguruskan fail dan tarikh-tarikh temujanji mereka bersama pegawai-pegawai khidmat nasihat. Selain daripada itu juga, di bahagian kaunter, saya menguruskan berkenaan dengan proses pendaftaran kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Banyak pengalaman yang saya perolehi serta banyak benda baru yang saya belajar selama berada di unit undang-undang keluarga Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Terutamanya berkaitan pengkeranian, bahagian kaunter, dan juga mengetahui selok-belok berkaitan prosedur urusan perkahwinan dan perkahwinan luar Negara. Selain daripada itu, di unit ini juga kami diajar berkenaan dengan urusan rekod merekod data secara sistematik bagi memudahkan Pejabat Agama Islam Selangor membuat semakan serta pihak audit dari Pejabat pusat di Shah Alam Selangor. Dan kini, saya sudah mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan urusan pengkeranian di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
AKTIVITI YANG DISERTAI
Selama berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat saya telah menyertai 2 program besar yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan 1 program yang dianjurkan oleh bahagian negeri Selangor. 2 program yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat antaranya ialah program “ Karnival Maulidur Rasul” yang bertempat di Masjid Jamek Pekan Kajang yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 25,26 dan 27 Mac, Program ini anjuran Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Lanagt. Selama berlangsungnya karnival ini, kami berkampung di Masjid Jamek membantu urusetia-urusetia program. Antara aktiviti yang berlangsung seperti forum keluarga bertajuk “indahnya perkahwinan” yang dianjurkan oleh unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL, pertandingan mengubah bunga, persembahan silat dan seni mempertahankan diri, pertandingan bercerita untuk kanak-kanak, pameran badan-badan amal dan banyak lagi. Dengan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan menjadikan program ini Berjaya dilaksanakan. Program islamik seperti ini sebenarnya salah satu wasilah dakwah kerana program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta memperingati akan peristiwa kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Seterusnya, program seterusnya yang saya sertai ialah program ziarah Muallaf bersama dengan bahagian Pembangunan Insan. Kami menziarahi golongan Muallaf yang  miskin dan sakit. Sayu terasa melihat golongan Muallaf yang sakit dan ada juga diantara mereka yang dipinggirkan oleh keluarga, namun lafaz Syahadah masih menyala di hati mereka. Kami menziarahi dan menanyakan berkenaan barang-barang keperluan. Kemudian, kami membeli barang-barang keperlukan dan diserahkan secara terus kepada mereka [ golongan Muallaf ]. Sepanjang perjalanan saya berfikir, bertapa bertuahnya kita sebagai umat Islam dengan syariat dariNya mengajar kita agar saling bantu membantu dan mengasihi saudara semuslim.
Kemudian program kem jati diri muslim yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor yang telah berlangsung pada 23 sehingga 25 April 2011. Program ini di adakan di FRIM [ Forest Research Institute Malaysia ] . seramai 65 orang peserta telah menyertai program ini. saya dilantik menjadi salah seorang Fasilitator bagi mengemudi peserta-peserta yang telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Sewaktu berada di proram ini, kami dibawa untuk jungle tracking melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t. kemudian program disusuli dengan LDK  [ Latihan Dalam Kumpulan ] dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
Sekaligus program ini telah membina hubungan ukhuwah diantara kami.ianya merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan, kesucian dan keikhlasan terpancar disetiap wajah saudara-saudara baru kita dan keriuhan peserta menjadikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dan program yang terakhir yang saya sertai ialah program lawatan ke Cameron Hinghlands Pahang. Program ini telah dirancang sejak bulan April yang lalu namun ianya dilaksanakan pada 20 Mei sehingga 22 Mei 2011. Program ini disertai seramai 106 orang peserta serta 16 orang urusetia. Saya merupakan salah seorang urusetia yang telah dilantik oleh Pejabat Agama Islam Hulu Langat. Kami bermalam di Country Lodge Hotel Brinchang. Kami membawa peserta-peserta muallaf melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Cameron Highlands antaranya ialah Ladang Teh Cameron Bharat, MARDI [ Malaysian Argiculture Reseach Development Institue ] di tanah rata Cameron Highland, Brinchang dan beberapa tempat yang cantik. Selain daripada itu juga, pihak urusetia menganjurkan kuiz yang mana soalannya berkisar dengan tempat-tempat yang kami lawati.
Pengalaman-pengalaman ini banyak melakarkan kenangan manis untuk saya. Selain daripada itu peluang ini juga memberi kesempatan kepada saya untuk beramah mesra dengan golongan muallaf dan membina hubungan dikalangan staf-staf Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
CADANGAN
Saya mencadangkan kepada pihak kolej agar menambah bilangan hari praktikal kepada para pelajar. Seperti saya, pelajar Diploma Pengajian Islam Usuluddin hanya menjalani latihan praktikal selama 2 bulan ditukarkan kepada 4 bulan. Ini kerana, untuk berada di sesebuah organisasi banyak benda yang harus dipelajari. Dengan masa yang singkat kami hanya dapat mencerna sedikit. Berbanding jika tempoh latihan praktikal dipanjangkan. Dengan masa itu, kami dapat mempelajari pelbagai benda baru. Selain daripada itu juga, saya mencadangkan kepada pihak kolej untuk membuat program anjuran bersama antara organisasi dan kolej untuk pelajar-pelajar Kolej Dar al-Hikmah yang berbentuk program ilmiah seperti ceramah, kem serta program-program yang menarik. Ini kerana, menurut saya, pelajar-pelajar yang dihantar ke sesebuah organisasi oleh pihak Kolej adalah merupakan jabatan penghubung antara kolej dan sesebuah organisasi.
Semoga berkat usaha pihak kolej dan organisasi memberi seribu kebaikan untuk kami dalam mencari pengalaman untuk dijadikan penguat menempuh masa akan datang InsyaAllah
KESIMPULAN
Dapatlah saya simpulkan di sini bahawa menjalani latihan Prkatikal sangat membantu kepada saya untuk mengumpul pelbagai pengalaman bekalan di hari muka. Dengan adanya latihan praktikal seperti ini mengajar saya untuk lebih berdikari, fokus dengan tugas yang diberikan, berdisiplin dan mahir dalam menguruskan masa serta bersiap sedia berhadapan dengan masyarakat dan cuba memberikan khidmat yang terbaik kepada para pelanggan Pejabat Agama Islam Dareah Hulu Langat.
Selama berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, saya berasa gembira kerana pihak Jabatan menerima kami dengan tanggan terbuka, menegur jika terlupa, membantu ketika susah. Suka dan duka dikongsi bersama. Oleh yang demikian, dapatlah saya simpukan disini hampir ke semua objektif  saya untuk menjalani latihan praktikal dapat saya capai antaranya ialah:-
,[object Object]
Saya berpeluang untuk merasai pengalaman dalam mengendalikan tugas-tugas yang diberikan seperti contoh dalam urusan pengkeranian dan sesi khidmat nasihat di Unit Undang-Undang Keluarga.
saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana alam pekerjaan.LAMPIRAN
Program Ramah Mesra bersama Menteri Besar Selangor
Program ramah mesra bersama Menteri Besar Selangor Dato’ Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Daerah dan Tanah  Hulu Langat Selangor
Para hadirin terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri Selangor
Bahagian Unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL
“Filling process” di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Keperluan untuk membuat surat-surat berkaitan NCR ( nikah, Cerai dan Ruju’)
Ruangan bilik-bilik sesi kaunseling keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Ruangan bahagian “ pengkeranian” di bahagian ini kami menyimpan fail-fail dan ruangan ini tempat untuk menyambut panggilan dari klien-klien yang bermasalah
Lawatan ke Cameron Highland bersama Muallaf anjuran PAIDHL
Program Kem Jati Diri Muslim PAIDHL

industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report
industry report

More Related Content

What's hot

913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI

Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahImtiyazZahra

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi

Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)MUHAMMAD FAUZI YUSOF

Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinQaseh Nur Husna

Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli

Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara
Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara
Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara Home

Kenali Negeri Kelantan
Kenali Negeri KelantanKenali Negeri Kelantan
Kenali Negeri KelantanIda12345678

ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati

Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaHalim Sallehuddin

REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa

khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh

Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU

MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANMPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANahmadghazali20

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli

What's hot (20)

913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)

Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyah

Konsep Halal
Konsep HalalKonsep Halal
Konsep Halal

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya

Laporan l.i
Laporan l.iLaporan l.i
Laporan l.i

Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)

Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin

Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara
Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara
Melayu Islam Beraja sebagai Falsafah Negara

Pengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta PusakaPengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta Pusaka

Kenali Negeri Kelantan
Kenali Negeri KelantanKenali Negeri Kelantan
Kenali Negeri Kelantan

Kesan iman
Kesan imanKesan iman
Kesan iman

ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN

Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlakKeruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak

REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK

khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1

Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...

MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANMPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)

Similar to industry report

Perancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerkoPerancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerkotaufiq ainoor

Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019
Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019
Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019Surau Al Musthofa

Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]slnair

Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-muridKertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-muridaridhwan

Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba

Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba

Kertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aqKertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aqfatimah azemi

Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamJeinorvay Vit

Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Ayah Ma

Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!RICloon

CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB

BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfBUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfainanabihah13

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa

MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim

Similar to industry report (20)

Perancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerkoPerancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerko

Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019
Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019
Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019

Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]

08 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim311108 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim3111

Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-muridKertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid

Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan

Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir

Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir

2015 pkkim mat_32
2015 pkkim mat_322015 pkkim mat_32
2015 pkkim mat_32

Kertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aqKertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aq

Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islam

Kbs april
Kbs aprilKbs april
Kbs april

Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012

Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!

CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...

Kertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negaraKertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negara

Fail meja ubk
Fail meja ubkFail meja ubk
Fail meja ubk

BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfBUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan

MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia

industry report

• 1.
• 2. Saya berpeluang untuk merasai pengalaman dalam mengendalikan tugas-tugas yang diberikan seperti contoh dalam urusan pengkeranian dan sesi khidmat nasihat di Unit Undang-Undang Keluarga.
• 3. saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
• 4. Saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana alam pekerjaan.LAMPIRAN
Program Ramah Mesra bersama Menteri Besar Selangor
Program ramah mesra bersama Menteri Besar Selangor Dato’ Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat Selangor
Para hadirin terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri Selangor
Bahagian Unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL
“Filling process” di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Keperluan untuk membuat surat-surat berkaitan NCR ( nikah, Cerai dan Ruju’)
Ruangan bilik-bilik sesi kaunseling keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Ruangan bahagian “ pengkeranian” di bahagian ini kami menyimpan fail-fail dan ruangan ini tempat untuk menyambut panggilan dari klien-klien yang bermasalah
Lawatan ke Cameron Highland bersama Muallaf anjuran PAIDHL
Program Kem Jati Diri Muslim PAIDHL