SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
1.0 PENDAHULUAN



Secara amnya, perkataan falsafah boleh definisikan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada
usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan
falsafah ialah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau
pedoman untuk perkara – perkara yang penting dalam kehidupan.




      Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dijadikan sebagai
panduan, pedoman dan prinsip dalam pendidikan. Oleh yang demikian, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) menetapkan matlamat dan objektif pada setiap tahap
persekolahan. Dengan adanya FPK, sistem negara telah menganjakkan diri ke
kedudukan yang menjadi dasar dan membentuk sistem pendidikan negara dari pada
peringkat rendah hingga ke peringkat universiti.




      Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang
mempengaruhinya.      Mengikut Akta Pendidikan 1996, kurikulum merupakan suatu
program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.




      Pada tahun 2010, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah
dijadikan sebagai tunjang sistem pendidikan negara kita selama 18 tahun telah
mengalami perubahan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Rajah 1.1
pada lampiran 1 menunjukkan latar belakang kurikulum pendidikan negara.




                                            1
2.0 ASPEK TERLIBAT DALAM TRANSFORMASI KURIKULUM
      2.1 Prinsip




Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambahbaik kurikulum yang sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke – 21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.




      Melalui transformasi kurikulum ini Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah ( KSSR) yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011.
Walaupun berlakunya transformasi dalam kurikulum , Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malahan juga,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga masih mengekalkan prinsip KBSR
dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid
serta pendidikan seumur hidup (Lampiran 1, rajah 2.1 ).



      Pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatann di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dannilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapatempat konsep pendekatan bersepadu iaitu
penggabungjalinan,   penyerapan,    kesepaduan     dua    unsur,dan   unsur   merentasi
kurikulum. Terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran iaitu dalam satumata
pelajaran dan mata pelajaran yang lain. Contoh penggabungjalinan kemahiran ialah di
dalammatapelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ialah kemahiran mendengar
digabung dengan kemahiran bertutur.


                                           2
Seterusnya, prinsip untuk membina usaha perkembangan pelajar secara menyeluruh
pula merujuk kepada keperluan perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu yang menggabungkan aspek nilai – nilai murni dan norma – norma
hidup masyarakat yang positif. Prinsip ini mampu menjadi tunjang kea rah
pembentukan sahsiah yang lebih kukuh dan bersepadu. Perkembangan pelajar secara
menyeluruh adalah penting kerana ia berupaya membentuk seorang insan yang yang
seimbang dan harmonis.




      Pendidikan sama rata kepada semua individu atau pendemokrasian pendidikan
merupakan suatu elemen yang penting dalam membangunkan pendidikan di Malaysia.
Kepentingan kepada keadilan sejagat dalam bidang pendidikan akan memberi faedah
kepada semua pelajar. Pelajar akan menikmati kemudahan yang sama rata untuk
belajar di mana – mana sekolah dan institusi pendidikan. Dalam konteks
pendemokrasian pendidikan pula, guru – guru haruslah sentiasa memahami bahawa
mereka mempunyai tanggungjawab untuk member peluang kepada anak didik dalam
menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengira batas sosio – ekonomi, perbezaan
bangsa dan juga agama. Perkara ini penting bagi melahirkan insan yang cemerlang
dalam pelbagai aspek emosi, jasmani, rohani dan pembangunan insaniah.




      Menurut Pail Lengrand, ahli teori pendidikan orang dewasa, seseorang tidak
dapat menyelesaikan masalah kehidupannya dengan hanya kemampuan intelektual
yang telah lama ditinggalkan. Oleh sebab itu, pendidikan penting bagi perkembangan
pembawaan yang bertambah . Misalnya, pendidikan itu dapat diperolehi melalui
pengalaman yang berturut – turut. Ia merupakan satu usaha berterusan untuk
mendapatkan ilmu yang tiada had dari segi jangka waktu.




                                         3
2.2 Aspek Struktur



Pada mulanya, struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu komunikasi, manusia
dan alam sekeliling serta juga perkembangan diri dan individu. Namun begitu, setelah
proses transformasi kepada KSSR, strukturnya berubah dan terdiri daripada enam
tunjang iaitu yang pertama ialah komunikasi, kedua merupakan kerohanian, sikap dan
nilai kemanusiaan, seterusnya perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi
dan yang terakhir ialah keterampilan diri.




      Pembangunan modal insan yang seimbang dapat membantu untuk memenuhi
keperluan semasa sebagai satu alternatif supaya tidak melihat pencapaian seseorang
hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja. Oleh yang demikian, bidang
komunikasi merupakan suatu tunjang yang amat kuat bagi melahirkan seorang individu
yang serba kebolehan. Komunikasi merupakan kemahiran berbahasa semasa
berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.




      Kerohanian        pula   membawa       kepada   penghayatan   terhadap   agama,
kepercayaan, sikap dan juga nilai. Seterusnya adalah sikap dan nilai kemanusiaan,
yang membawa maksud penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan, alam
sekitar, negara dan semangat patriotise kepada perpaduan. Keterampilan diri juga
menjadi tunjang kepada KSSR apabila pemupukan kepimpinan dilakukan melalui
aktiviti – aktiviti kurikulum dan juga ko-kurikulum. Perkembangan jasmani dan kesihatan
pula dijadikan suatu perkara yang penting bagi pemupukan daya imaginasi, kreativiti
dan juga bakat. Tidak lupa juga penguasaan terhadap pengetahuan Sains, kemahiran
Matematik dan penguasaan kemahiran yang berasaskan teknologi.




                                             4
2.3 Aspek Bidang Pelajaran dalam Transformasi Kurikulum




Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan dengan subjek yang lebih
sedikit      tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum ini
menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu
subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik.




          Oleh itu, KSSR mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu
kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau
peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu
memudahkan        perjalanan   serta   pembelajaran murid-murid   tersebut   yang   akan
melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.




          Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan
menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu para guru sedang
disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-
murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.




          KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang
ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan juga nilai. Rujuk kepada Lampiran 1,
Rajah 2.3.1 bagi pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran.



                                             5
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3)
akan tertumpu kepada penguasaan 4M iaitu, membaca menulis mengira dan menaakul
serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah
rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M,
kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.




      Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam
tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah
rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.




                                          6
2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    2.4.1 Peranan Guru




Kedua-dua kurikulum melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan
menjadikan    sesuatu    pengajaran    itu menarik dan   akan memberi     ruang untuk
membolehkan pelajar terlibat secaraaktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa
merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa
kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian
pemilihan terhap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-
cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep
mudah dan berkesan.




Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang
difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian
mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah
asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran
yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea      –    idea   yang
komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh dan
iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami
apabila guru menggunakan contoh-contohdengan ilutrasi yang mudah dan konkrit.
Misalnya,     dalam       bentuk      lisan     iaitu    dengan       mengemukakan
analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya.




                                          7
2.4.2 Kepelbagaian dalam P & P




Kurikulum KBSR dan KSSR masih mengaplikasikan kemahiran berfikir sebagai item
asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah astu objektif
KBSR adalah untuk mengembangkandan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar.
Cara untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar ialah dalam aspek gaya
pengajaran guru.




        Sebagai contohnya, dalam KBSR, gaya pengajaran guru adalah berpusatkan
murid dan hal ini bersamaan dengan KSSR di mana kaedah pengajaran ini juga
digunakan. Kemahiran berfikir merupakan suatu yang perlu diasah dalam diri pelajar.
Selain itu,   kemahiran berfikir   adalah penting kerana    ia merupakan kemahiran
seumur hidup. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir
berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusandan menyelesaikan masalah.
Adalah penting bagi seseorang guru itu selain daripada penguasaan isi kandungan atau
kemahiran dalam mata pelajaran itu. Sebagai contoh aktiviti dalam P&P seperti
membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai dan menyusun
atur.




                                         8
3.0 Banding Beza Antara KBSR dan KSSR
      3.1 Persamaan KBSR dan KSSR



Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2010 adalah
transformasi yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem
pelajaran negara standing dengan piawaian global. KSSR yang menggantikan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak tahun 1993
mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju
sebagai rujukan.




      Pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovas,
keusahawan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan oleh KBSR
ditambah dengan satu lagi aspek, iaitu menaakul dan menjadikannya 4M. Walaupun
berlakunya pelbagai perubahan, kurikulum KSSR masih lagi mengekalkan beberapa
prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah satu persamaan
KBSR dan KSSR adalah prinsip kurikulum yang sama iaitu menggunakan pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk
semua murid serta pendidikan seumur hidup.




3.1.1 Peranan Guru Sebagai Pembimbing




Di dalam kurikulum KBSR dan KSSR, guru masih lagi memainkan peranan utama
sebagai     penggerak    P   &    P   di    dalam   bilik   darjah.    Di     bilik darjah, murid-
murid sering menghadapi      pelbagai      masalah sama     ada masalah        tersebut    adalah
berkaitan    dengan     masalah   pembelajaran,      sosioemosi       serta    keluarga.    Oleh
itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk m
embantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh

                                               9
membimbing     sekumpulan      murid   melaksanakan   sesuatu   projek,   membimbing
menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan dan sebagainya. Bagi pelajar
yang menghadapi masalah sosioemosi seperti rasa kecewa dan bosan,gurulah yang
patut membimbing pelajar – pelajar ini supaya mereka dapat membina sifat keyakinan
diri dan mampu menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid – murid yang
lain.



3.1.2 Guru Mengembang Potensi Murid



Dalam satu kelas, murid – murid mempunyai tahap kebolehan yang berlain. Secara
umumnya, kebolehan murid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar,
sederhana dan juga lemah. Persamaan kurikulum KBSR dan KSSR adalah, gurumasih
perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental
mereka. Ini telah menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran.




        Contohnya, bagi pelajar yang lemah dalam Matematik, guru perlu menjalankan
aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada
mereka. Di samping itu,guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih
lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka
berasa disayangi. Perhatian yang dirasai akan mendorong mereka untuk melibatkan diri
secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.Tambahan pula, guru
boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi
dorongan kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Sama ada
kurikulum KBSR atau KSSR, tujuan utama pendidikan ialah potensi dan kebolehan
murid mestilah dikembangkan dengan seimbang melalui semua aspek JERIS, iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.




                                              10
3.2 Perbezaan KBSR dan KSSR

    3.2.1 Reka Bentuk Kurikulum



Reka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang
komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri
individu .




        Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas
yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil. Antara
objektif     penting pembentukan KBSR juga telah menekankan       penguasaan terhadap
kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Dalam bidang kemanusiaan
dan alam sekitar pula, ianya terbahagi kepada dua komponen iaitu kerohanian, nilai dan
sikap      serta   komponen   kemanusiaan    dengan    alam.   Mata    pelajaran   yang
mewakili bidang ini ialah mata pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral.
Seterusnya, bidang yang ketiga, iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada
komponen kesenian dan rekreasi yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan
Seni dan Pendidikan Jasmani.




        Berbeza pula dengan KSSR yang terdiri daripada enam tunjang, iaitu tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian sikap
dan nilai, tunjang kemanusiaan dan keterampilan diri. Berdasarkan tunjang komunikasi,
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi. Tunjang Sains dan teknologi pula merujuk kepada penguasaan
pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.




                                            11
Dalam perkembangan fizikal dan estetika pula, perkembangan ini merujuk kepada perkembangan
jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Berlakunya pemupukan daya
imaginasi, kreativit, bakat dan apresiasi juga dalam tunjang ini. Malahan juga,
penghayatan agama, kepercayaan, sikap dan nilai juga dijadikan sebagai suatu yang
penting dalam kurikulum KSSR ini. Selain itu, tidak juga kepada penguasaan ilmu
dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan
global.




3.2.2 Bahan Kurikulum


KBSR menggunakan        sukatan pelajaran   dan huraian    pelajaran.Sukatan    pelajaran
dokumen rasmi yang merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatu subjek
Dalam       KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran yang terperinci daripada
Sukatan Pelajaran Guru yang mengandungi objektif, hasil pembelajaran, aktiviti dan
nilai – nilai. Selain itu dalam KBSR, penggunaan buku teks dan buku panduan guru
juga untuk dibekalkanuntuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam KSSR pula, bahan
kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu
Dokumen Standard, Modul Pengajaran dan Modul Pembelajaran.




          Dokumen Standard merupakan bahan kurikulum utama yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk
merancang rancangan pengajaranmereka. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran        adalah   elemen      utama     yang    terdapatdalam       dokumen
standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain
kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid.
Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu
dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan
sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
bentuk yang boleh diukur.

                                            12
Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengajaranmanakala   modul   pembelajaran   pula   dugunakan   oleh   murid   untuk
mengukuhkan lagi pemahamanterhadap sesuatu isi pembelajaran. Modul Pembelajaran
pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi
pembelajaran. Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang
akan diguna pakai oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam fokus 4M
iaitu membaca ,menulis, mengira dan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR
iaitu membaca,menulis dan mengira.




                                      13
4.0 Implikasi Terhadap Transformasi Kurikulum

      4.1 Komunikasi Meningkatkan Tahap Pembelajaran



Setiap pelajar mempunyai tahap pembelajaran yang pelbagai. Tahap pembelajaran ini
merujuk kepada pencapaian murid itu dalam pelbagai aspek pembelajaran misalnya,
kemahiran melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik,
mengingat dan menggambarkan. Seorang murid yang mampu menguasai konsep dan
mengaplikasinya dalam kehidupan (Hargreaves, 1996) merupakan seorang pelajar
yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi.



      Kini, KSSR menekankan kemahiran berinteraksi sebagai media pengantara
antara guru dan murid di sekolah. Kemahiran komunikasi boleh dikuasai melalui proses
pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, kemahiran berkomunikasi masih belum
menonjol walaupun matlamat ini ditekankan dalam KBSR dan juga KSSR. Menurut
beliau, 95% proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada
guru dan hanya 5% membabitkan interaksi pelajar.




      Justeru itu, kepentingan komunikasi dalam bilik darjah mampu memberi impak
yang besar terhadap seseorang murid, iaitu meningkatkan tahap pembelajarannya.
Guru yang pandai berkomunikasi secara tidak lansung akan menarik minat pelajar
untuk menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Ekspresi pertama pelajar dalam
proses pembelajaran adalah lebih berkesan berbanding dengan belajar sendiri melalui
teknik membaca, menghafal dan mengingat. Aktiviti yang kreativif dan inovatif mampu
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan tahap pembelajaran dalam bilik darjah
menjadi lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah cara
berfikir individu sekaligus memberikan impak positif dan menggalakkan penglibatan
murid-murid secara aktif dan dinamik.

                                         14
4.2 Kerohanian, Sikap dan Nilai Mempengaruhi Gaya Pembelajaran



Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai
kemahiran berbeza dalam memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari,
menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran
(Felder dan Henriques, 1995). Gaya belajar adalah merangkumi pemikiran luaran dan
dalaman dan tingkah laku yang membolehkan pembelajaran yang berkesan mengikut
Claire Weinstein ( 1987 ).



 Gaya Pembelajaran

       Permukaan

       Mendalam

       Terancang

       Gigih Usaha            Dorongan Motivasi
                                                                   KEJAYAAN

                                   Dalaman
                                   Luaran




Rajah di atas menunjukkan hubungan antara pembelajaran dengan dorongan motivasi
dalam yang mampu mempengaruhi pencapaian seseorang murid. Penghayatan amalan
agama, kepercayaan sikap dan nilai kemanusia yang kuat membentuk seorang pelajar
yang bermotivasi tinggi. Penghayatan ini akan menyedarkan murid akan kepentingan
kepercayaan kepada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan , berakhlak mulia dan
berpegang kepada unsur-unsur murni dalam pembelajarannya. Contohnya, seorang
yang mempunyai nilai kerajinan di dalam dirinya akan berusaha untuk menerima segala
perubahan dalam gaya pembelajaran dan menunjukkan kesungguhannya tanpa
mengira masa.

                                        15
4.3 Kemanusiaan dalam sosiobudaya




Apabila berbicara tentang budaya pastinya akan diselitkan dengan etnik, agama,
jantina, sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling
berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di
antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlu fahami latar belakang
keluarga pelajar, keadaannya ketika di dalam kelas, sedang belajar, ketika bersama
kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya percakapannya dan ketika keseorangan.
Perkara ini boleh diselidik melalui guru-guru, rakan-rakan, ibu bapa dan orang yang
rapat dengannya.




      Komunikasi yang baik dengan pelajar membantu guru dalam mendapatkan
maklumat berkaitan diri mereka yang membolehkan guru untuk membantu setiap
pelajarnya berjaya di sekolah. Pemahaman yang mendalam akan proses pembelajaran
itu memerlukan suatu rangka kerja untuk kurikulum dan pengajaran berdasarkan
kepelbagaian pelajar yang wujud. Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum
bahawa budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat
penting dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang
lebih berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran
mereka. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta
pengalaman di dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja
dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi.




      Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan, negara dan global akan
mewujudkan penghayatan        dan    perpaduan dalam kalangan murid. Guru yang
memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh
dalam menangani cabaran yang wujud di dalam bilik darjah. Contohnya, apabila



                                          16
seorang guru yang berbangsa Melayu mengajar di sekolah Cina, guru tersebut patut
mendalami budaya pelajarnya agar tidak berlakunya perselisihan faham.




4.3 Keterampilan diri membantu dalam psikologi pelajar




Terdapat pelbagai teori psikologi yang dikaitkan dengan kepelbagaian murid semasa
mereka belajar. Berdasarkan Teori Personaliti Carl Jung yang menggunakan istilah
introvert dan extrovert untuk menggambarkan dua jenis personaliti murid yang berbeza.




                                 Intovert :
                                 personaliti yang menggambarkan ciri pelajar
                                 yang pemalu, pendiam dan tidak suka
                                 bersosial




                                         Ektrovert:
                                         ceria, gemar pada keseronokan, suka
                                         bercampur gaul, aktif dan ligat, inovatif atau
                                         gemar pada perubahan serta aktiviti luar,
                                         mudah cakap, cepat bertindakbalas.




                                         17
Berdasarkan rajah di atas, introvert merupakan pelajar yang sentiasa ingin
mengasingkan hidupnya jauh dari orang lain manakala ektrovert merupakan cirri-ciri
pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Bagi menggalas pegangan dan
matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pelajar yang bersifat introvert
ini seharusnya diberi perhatian yang khusus kerana mereka memerlukan motivasi dan
bimbingan bagi meningkatkan semangat kendiri yang lemah. Golongan pelajar ini tidak
semestinya lemah dalam pelajaran mereka, cuma mereka kurang aktif dalam apa

sahaja aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Berbeza pula dengan pelajar yang bersifat
ektrovert, guru patut mengenalpasti bakat-bakat yang ada pada golongan murid ini.




      Seterusnya, aktiviti berkumpulan sekali lagi mampu menangani masalah ini.
Apabila pelajar yang personalitinya adalah introvert dan ektrovert ditempatkan dalam
kumpulan yang sama, mereka akan bergaul dan mampu mewujudkan personaliti yang
seimbang dalam diri mereka. Malah, penglibatan kokurikulum juga mampu memupuk
membina keterampilan diri, iaitu sifat kepimpinan dan juga sahsiah diri dalam diri
mereka.




                                         18
5.0 Pandangan tentang kelebihan KSSR




Pengubahsuaian kurikulum telah membuka mata dan juga minda rakyat di negara ini
betapa pentingnya beberapa aspek dalam transformasi KSSR mampu membentuk
individu yang mampu berhadapan dengan perubahan pada masa hadapan. Perubahan
yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia perlu disesuaikan mengikut peredaran
masa. Perubahan pendidikan ini sejajar dengan keperluan dunia pada masa kini yang
memerlukan kita bersaing dalam pelbagai aspek dan mempelajari pengetahuan yang
baru dan temui suatu yang baru.




      Sukatan pelajaran yang digubal kini memberi penekanan kepada aspek
kesepaduan dan keseimbangan dalam individu. Pembentukan pelajar seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani merupakan hasrat utama
pendidikan negara. Kini, tidak lagi ditekankan pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan. Dahulu, pelajar pergi ke sekolah bukan untuk mempelajari sesuatu yang
baru dan menyeronokkan, tetapi belajar hanya untuk mencapai target sekolah bagi
mendapat keputusan yang baik dalam UPSR.




.     Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana
sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan
pencapaian    yang baik di kalangan pelajar.      Masih ingatkah kita ketika baru
menjejakkan kaki di bangku sekolah lagi, kita belum mengerti apakah itu belajar dan
diwajibkan untuk belajar meskipun tiadanya minat. Hal ini demikian, minat merupakan
suatu yang tidak tercetus sendiri dalam diri tetapi haruslah dipupuk dan dipengaruhi
oleh sesuatu yang baik.




                                         19
Transformasi sistem pendidikan negara memberi suatu peluang kepada kita melihat erti
pendidikan itu secara menyeluruh. Keseronokan seorang anak kecil pergi ke sekolah
pasti menggembirakan semua pihak. Sistem pendidikan yang menarik mampu menarik
minat belajar di sekolah. Kita bukan hanya ingin melahirkan seorang individu yang
hanya mahir dalam suatu bidang sahaja, tetapi mampu mengembangkan potensi diri
dalam semua aspek. Pendidikanlah saluran utama ke arah pembentukan masyarakat
yang kreatif dan inovatif ini.




       Seterusnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) memberi pendedahan
terhadap pengaruh – pengaruh yang mencorakkan nilai dan moral masyarakat. Nilai-
nilai murni diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. Super (1957)
menerangkan bahawa nilai menyerap semua aspek kehidupan dan perkara penting
dalam kehidupan individu. Pengajaran sajak di sekolah umpamanya, membolehkan
murid bukan sahaja menghayati dan mengembangkan rasa apresiasi bahasa tetapi
juga menghayati dan membuat pertimbangan terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan
nilai-nilai moral.




       Tugas guru memainkan peranan penting dalam mengeksploitasikan nilai-nilai
moral yang terdapat dalam isi tajuk-tajuk pelajaran yang diajarnya. Melalui pendekatan
yang dilakukan dalam matlamat KSSR, murid-murid akan dilatih supaya bersifat kritis
terhadap persoalan dan isu moral yang terdapat dalam suatu teks pelajaran. Pada
pandangan saya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah memberi suatu cabaran yang
besar kepada para pendidik. Huseein Hj. Ahmad (1989) menegaskan pentingnya
penerapan nilai-nilai teras dalam kurikulum pendidikan. KSSR yang menekankan
penerapan nilai murni memang bertepatan dengan penilaian semasa pada masa kini.
Bagi melahirkan individu yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan bekebolehan
sebagai warganegara yang taat setia kepada negara, perwatakan mereka haruslah
dibentuk sejak kecil lagi.



                                          20
Penerapan KSSR dilakukan dari peringkat awal iaitu kepada pelajar tahun satu kerana
mereka mudah menerima alam persekolahan dalam diri mereka. Pada peringkat inilah
mudah untuk menerapkan unsur-unsur dan pengertian tertentu seperti semangat
kejiranan, cinta akan lambang-lambang kebangsaan      dan sebagainya. Perkara ini
sekaligus akan merapatkan jurang perkauman yang ada dalam diri masyarakat
Malaysia pada masa hadapan, apabila nilai perpaduan sudah lama diamalkan dalam
diri individu itu.




        Kesimpulannya, perubahan kurikulum pendidikan negara membawa kepada
perubahan secara menyeluruh.     Hal ini lebih memudahkan hasrat negara apabila
matlamat negara diserapkan di dalam pendidikan yang merupakan saluran penting
dalam membentuk masyarakat Malaysia yang proaktif pada masa hadapan. Tiada lagi
pendidikan       yang menjadi landasan yang hanya untuk memenuhi ruang suatu
pekerjaan, tetapi keinginan negara untuk melahirkan masyarakat yang mampu
berhadapan dengan cabaran dunia pada masa depan sekaligus memimpin peneraju
negara.




                                        21
6.0 RUMUSAN




Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan dengan
terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR
dibina dandigubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun
Negara. Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai
pembimbing, guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar.




      Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran
dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.
Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti
pendidikan negara. Malah, perubahan yang dilakukan adalah bergantung kepada
perubahan dan kepentingan semasa. Faktor – faktor yang mendorong kepada
transformasi kurikulum adalah seperti persekitaran, sosial, ekonomi dan politik.




      Walau bagaimanapun, terdapat beberapa         jenis   perubahan   kurikulum   iaitu
bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik danmetamorphistik. Segala
perubahan     kurikulum     adalah    berdasarkan      kepada     falsafah    pendidikan
untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al.
1999). Secara keseluruhannya, semua transformasi ini adalah dilakukan untuk
kebaikan bersama bagi membina insan yang berkualiti, yang menjadi peneraju negara
pada masa hadapan.




                                           22

More Related Content

What's hot

edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan KurikulumArthur Jupong
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 

What's hot (20)

edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Teori Motivasi
Teori Motivasi Teori Motivasi
Teori Motivasi
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 

Viewers also liked

Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negarasyaz1tea
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraSukie Lan
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraismail lambung
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamMiji Mina
 
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains SosialWanBK Leo
 
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1inazaliahmad
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 

Viewers also liked (14)

Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
J qaf
J qafJ qaf
J qaf
 
soalan exam
soalan examsoalan exam
soalan exam
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islam
 
Kssr (fpk)
Kssr (fpk)Kssr (fpk)
Kssr (fpk)
 
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
 
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 1
 
Unit 1 final
Unit 1 finalUnit 1 final
Unit 1 final
 
Kerja kursus titas
Kerja kursus titasKerja kursus titas
Kerja kursus titas
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 

Similar to EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia

Similar to EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia (20)

Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Report
ReportReport
Report
 
Ktsp farmasi
Ktsp farmasiKtsp farmasi
Ktsp farmasi
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
 
Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Linda
 
Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Linda
 
Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Linda
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6
 
Modul 11 kb 4
Modul 11 kb 4Modul 11 kb 4
Modul 11 kb 4
 
Proposal Hibah PPM 2013
Proposal Hibah PPM 2013Proposal Hibah PPM 2013
Proposal Hibah PPM 2013
 
Dokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolahDokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolah
 
Dokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolahDokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolah
 
Kspk
KspkKspk
Kspk
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2
 
Dskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moralDskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moral
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
 
1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk
 
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdfSK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
 

More from Stephanie Unsil

Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuKertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuStephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Stephanie Unsil
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanStephanie Unsil
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTStephanie Unsil
 

More from Stephanie Unsil (20)

Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuKertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Intervensi KBAT
Intervensi KBATIntervensi KBAT
Intervensi KBAT
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
 
FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021
 

EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN Secara amnya, perkataan falsafah boleh definisikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara – perkara yang penting dalam kehidupan. Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dijadikan sebagai panduan, pedoman dan prinsip dalam pendidikan. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menetapkan matlamat dan objektif pada setiap tahap persekolahan. Dengan adanya FPK, sistem negara telah menganjakkan diri ke kedudukan yang menjadi dasar dan membentuk sistem pendidikan negara dari pada peringkat rendah hingga ke peringkat universiti. Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Mengikut Akta Pendidikan 1996, kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Pada tahun 2010, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dijadikan sebagai tunjang sistem pendidikan negara kita selama 18 tahun telah mengalami perubahan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Rajah 1.1 pada lampiran 1 menunjukkan latar belakang kurikulum pendidikan negara. 1
  • 2. 2.0 ASPEK TERLIBAT DALAM TRANSFORMASI KURIKULUM 2.1 Prinsip Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambahbaik kurikulum yang sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke – 21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum ini Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Walaupun berlakunya transformasi dalam kurikulum , Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malahan juga, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup (Lampiran 1, rajah 2.1 ). Pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatann di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dannilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapatempat konsep pendekatan bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur,dan unsur merentasi kurikulum. Terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran iaitu dalam satumata pelajaran dan mata pelajaran yang lain. Contoh penggabungjalinan kemahiran ialah di dalammatapelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ialah kemahiran mendengar digabung dengan kemahiran bertutur. 2
  • 3. Seterusnya, prinsip untuk membina usaha perkembangan pelajar secara menyeluruh pula merujuk kepada keperluan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu yang menggabungkan aspek nilai – nilai murni dan norma – norma hidup masyarakat yang positif. Prinsip ini mampu menjadi tunjang kea rah pembentukan sahsiah yang lebih kukuh dan bersepadu. Perkembangan pelajar secara menyeluruh adalah penting kerana ia berupaya membentuk seorang insan yang yang seimbang dan harmonis. Pendidikan sama rata kepada semua individu atau pendemokrasian pendidikan merupakan suatu elemen yang penting dalam membangunkan pendidikan di Malaysia. Kepentingan kepada keadilan sejagat dalam bidang pendidikan akan memberi faedah kepada semua pelajar. Pelajar akan menikmati kemudahan yang sama rata untuk belajar di mana – mana sekolah dan institusi pendidikan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan pula, guru – guru haruslah sentiasa memahami bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk member peluang kepada anak didik dalam menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengira batas sosio – ekonomi, perbezaan bangsa dan juga agama. Perkara ini penting bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek emosi, jasmani, rohani dan pembangunan insaniah. Menurut Pail Lengrand, ahli teori pendidikan orang dewasa, seseorang tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupannya dengan hanya kemampuan intelektual yang telah lama ditinggalkan. Oleh sebab itu, pendidikan penting bagi perkembangan pembawaan yang bertambah . Misalnya, pendidikan itu dapat diperolehi melalui pengalaman yang berturut – turut. Ia merupakan satu usaha berterusan untuk mendapatkan ilmu yang tiada had dari segi jangka waktu. 3
  • 4. 2.2 Aspek Struktur Pada mulanya, struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta juga perkembangan diri dan individu. Namun begitu, setelah proses transformasi kepada KSSR, strukturnya berubah dan terdiri daripada enam tunjang iaitu yang pertama ialah komunikasi, kedua merupakan kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan, seterusnya perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan yang terakhir ialah keterampilan diri. Pembangunan modal insan yang seimbang dapat membantu untuk memenuhi keperluan semasa sebagai satu alternatif supaya tidak melihat pencapaian seseorang hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja. Oleh yang demikian, bidang komunikasi merupakan suatu tunjang yang amat kuat bagi melahirkan seorang individu yang serba kebolehan. Komunikasi merupakan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kerohanian pula membawa kepada penghayatan terhadap agama, kepercayaan, sikap dan juga nilai. Seterusnya adalah sikap dan nilai kemanusiaan, yang membawa maksud penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan, alam sekitar, negara dan semangat patriotise kepada perpaduan. Keterampilan diri juga menjadi tunjang kepada KSSR apabila pemupukan kepimpinan dilakukan melalui aktiviti – aktiviti kurikulum dan juga ko-kurikulum. Perkembangan jasmani dan kesihatan pula dijadikan suatu perkara yang penting bagi pemupukan daya imaginasi, kreativiti dan juga bakat. Tidak lupa juga penguasaan terhadap pengetahuan Sains, kemahiran Matematik dan penguasaan kemahiran yang berasaskan teknologi. 4
  • 5. 2.3 Aspek Bidang Pelajaran dalam Transformasi Kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum ini menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik. Oleh itu, KSSR mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu para guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid- murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan juga nilai. Rujuk kepada Lampiran 1, Rajah 2.3.1 bagi pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran. 5
  • 6. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M iaitu, membaca menulis mengira dan menaakul serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. 6
  • 7. 2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 2.4.1 Peranan Guru Kedua-dua kurikulum melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secaraaktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara- cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep mudah dan berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea – idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contohdengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. 7
  • 8. 2.4.2 Kepelbagaian dalam P & P Kurikulum KBSR dan KSSR masih mengaplikasikan kemahiran berfikir sebagai item asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah astu objektif KBSR adalah untuk mengembangkandan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar. Cara untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar ialah dalam aspek gaya pengajaran guru. Sebagai contohnya, dalam KBSR, gaya pengajaran guru adalah berpusatkan murid dan hal ini bersamaan dengan KSSR di mana kaedah pengajaran ini juga digunakan. Kemahiran berfikir merupakan suatu yang perlu diasah dalam diri pelajar. Selain itu, kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusandan menyelesaikan masalah. Adalah penting bagi seseorang guru itu selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu. Sebagai contoh aktiviti dalam P&P seperti membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai dan menyusun atur. 8
  • 9. 3.0 Banding Beza Antara KBSR dan KSSR 3.1 Persamaan KBSR dan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2010 adalah transformasi yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara standing dengan piawaian global. KSSR yang menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak tahun 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovas, keusahawan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan oleh KBSR ditambah dengan satu lagi aspek, iaitu menaakul dan menjadikannya 4M. Walaupun berlakunya pelbagai perubahan, kurikulum KSSR masih lagi mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah satu persamaan KBSR dan KSSR adalah prinsip kurikulum yang sama iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. 3.1.1 Peranan Guru Sebagai Pembimbing Di dalam kurikulum KBSR dan KSSR, guru masih lagi memainkan peranan utama sebagai penggerak P & P di dalam bilik darjah. Di bilik darjah, murid- murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk m embantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh 9
  • 10. membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan dan sebagainya. Bagi pelajar yang menghadapi masalah sosioemosi seperti rasa kecewa dan bosan,gurulah yang patut membimbing pelajar – pelajar ini supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan mampu menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid – murid yang lain. 3.1.2 Guru Mengembang Potensi Murid Dalam satu kelas, murid – murid mempunyai tahap kebolehan yang berlain. Secara umumnya, kebolehan murid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan juga lemah. Persamaan kurikulum KBSR dan KSSR adalah, gurumasih perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Ini telah menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Contohnya, bagi pelajar yang lemah dalam Matematik, guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu,guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi. Perhatian yang dirasai akan mendorong mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Sama ada kurikulum KBSR atau KSSR, tujuan utama pendidikan ialah potensi dan kebolehan murid mestilah dikembangkan dengan seimbang melalui semua aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 10
  • 11. 3.2 Perbezaan KBSR dan KSSR 3.2.1 Reka Bentuk Kurikulum Reka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu . Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil. Antara objektif penting pembentukan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, ianya terbahagi kepada dua komponen iaitu kerohanian, nilai dan sikap serta komponen kemanusiaan dengan alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral. Seterusnya, bidang yang ketiga, iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen kesenian dan rekreasi yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berbeza pula dengan KSSR yang terdiri daripada enam tunjang, iaitu tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian sikap dan nilai, tunjang kemanusiaan dan keterampilan diri. Berdasarkan tunjang komunikasi, Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang Sains dan teknologi pula merujuk kepada penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. 11
  • 12. Dalam perkembangan fizikal dan estetika pula, perkembangan ini merujuk kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Berlakunya pemupukan daya imaginasi, kreativit, bakat dan apresiasi juga dalam tunjang ini. Malahan juga, penghayatan agama, kepercayaan, sikap dan nilai juga dijadikan sebagai suatu yang penting dalam kurikulum KSSR ini. Selain itu, tidak juga kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. 3.2.2 Bahan Kurikulum KBSR menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran.Sukatan pelajaran dokumen rasmi yang merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatu subjek Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran yang terperinci daripada Sukatan Pelajaran Guru yang mengandungi objektif, hasil pembelajaran, aktiviti dan nilai – nilai. Selain itu dalam KBSR, penggunaan buku teks dan buku panduan guru juga untuk dibekalkanuntuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam KSSR pula, bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu Dokumen Standard, Modul Pengajaran dan Modul Pembelajaran. Dokumen Standard merupakan bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaranmereka. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapatdalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. 12
  • 13. Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaranmanakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahamanterhadap sesuatu isi pembelajaran. Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran. Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan diguna pakai oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam fokus 4M iaitu membaca ,menulis, mengira dan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu membaca,menulis dan mengira. 13
  • 14. 4.0 Implikasi Terhadap Transformasi Kurikulum 4.1 Komunikasi Meningkatkan Tahap Pembelajaran Setiap pelajar mempunyai tahap pembelajaran yang pelbagai. Tahap pembelajaran ini merujuk kepada pencapaian murid itu dalam pelbagai aspek pembelajaran misalnya, kemahiran melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik, mengingat dan menggambarkan. Seorang murid yang mampu menguasai konsep dan mengaplikasinya dalam kehidupan (Hargreaves, 1996) merupakan seorang pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi. Kini, KSSR menekankan kemahiran berinteraksi sebagai media pengantara antara guru dan murid di sekolah. Kemahiran komunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, kemahiran berkomunikasi masih belum menonjol walaupun matlamat ini ditekankan dalam KBSR dan juga KSSR. Menurut beliau, 95% proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5% membabitkan interaksi pelajar. Justeru itu, kepentingan komunikasi dalam bilik darjah mampu memberi impak yang besar terhadap seseorang murid, iaitu meningkatkan tahap pembelajarannya. Guru yang pandai berkomunikasi secara tidak lansung akan menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Ekspresi pertama pelajar dalam proses pembelajaran adalah lebih berkesan berbanding dengan belajar sendiri melalui teknik membaca, menghafal dan mengingat. Aktiviti yang kreativif dan inovatif mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan tahap pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah cara berfikir individu sekaligus memberikan impak positif dan menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif dan dinamik. 14
  • 15. 4.2 Kerohanian, Sikap dan Nilai Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran berbeza dalam memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Gaya belajar adalah merangkumi pemikiran luaran dan dalaman dan tingkah laku yang membolehkan pembelajaran yang berkesan mengikut Claire Weinstein ( 1987 ). Gaya Pembelajaran Permukaan Mendalam Terancang Gigih Usaha Dorongan Motivasi KEJAYAAN Dalaman Luaran Rajah di atas menunjukkan hubungan antara pembelajaran dengan dorongan motivasi dalam yang mampu mempengaruhi pencapaian seseorang murid. Penghayatan amalan agama, kepercayaan sikap dan nilai kemanusia yang kuat membentuk seorang pelajar yang bermotivasi tinggi. Penghayatan ini akan menyedarkan murid akan kepentingan kepercayaan kepada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan , berakhlak mulia dan berpegang kepada unsur-unsur murni dalam pembelajarannya. Contohnya, seorang yang mempunyai nilai kerajinan di dalam dirinya akan berusaha untuk menerima segala perubahan dalam gaya pembelajaran dan menunjukkan kesungguhannya tanpa mengira masa. 15
  • 16. 4.3 Kemanusiaan dalam sosiobudaya Apabila berbicara tentang budaya pastinya akan diselitkan dengan etnik, agama, jantina, sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlu fahami latar belakang keluarga pelajar, keadaannya ketika di dalam kelas, sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya percakapannya dan ketika keseorangan. Perkara ini boleh diselidik melalui guru-guru, rakan-rakan, ibu bapa dan orang yang rapat dengannya. Komunikasi yang baik dengan pelajar membantu guru dalam mendapatkan maklumat berkaitan diri mereka yang membolehkan guru untuk membantu setiap pelajarnya berjaya di sekolah. Pemahaman yang mendalam akan proses pembelajaran itu memerlukan suatu rangka kerja untuk kurikulum dan pengajaran berdasarkan kepelbagaian pelajar yang wujud. Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi. Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan, negara dan global akan mewujudkan penghayatan dan perpaduan dalam kalangan murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud di dalam bilik darjah. Contohnya, apabila 16
  • 17. seorang guru yang berbangsa Melayu mengajar di sekolah Cina, guru tersebut patut mendalami budaya pelajarnya agar tidak berlakunya perselisihan faham. 4.3 Keterampilan diri membantu dalam psikologi pelajar Terdapat pelbagai teori psikologi yang dikaitkan dengan kepelbagaian murid semasa mereka belajar. Berdasarkan Teori Personaliti Carl Jung yang menggunakan istilah introvert dan extrovert untuk menggambarkan dua jenis personaliti murid yang berbeza. Intovert : personaliti yang menggambarkan ciri pelajar yang pemalu, pendiam dan tidak suka bersosial Ektrovert: ceria, gemar pada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif dan ligat, inovatif atau gemar pada perubahan serta aktiviti luar, mudah cakap, cepat bertindakbalas. 17
  • 18. Berdasarkan rajah di atas, introvert merupakan pelajar yang sentiasa ingin mengasingkan hidupnya jauh dari orang lain manakala ektrovert merupakan cirri-ciri pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Bagi menggalas pegangan dan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pelajar yang bersifat introvert ini seharusnya diberi perhatian yang khusus kerana mereka memerlukan motivasi dan bimbingan bagi meningkatkan semangat kendiri yang lemah. Golongan pelajar ini tidak semestinya lemah dalam pelajaran mereka, cuma mereka kurang aktif dalam apa sahaja aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Berbeza pula dengan pelajar yang bersifat ektrovert, guru patut mengenalpasti bakat-bakat yang ada pada golongan murid ini. Seterusnya, aktiviti berkumpulan sekali lagi mampu menangani masalah ini. Apabila pelajar yang personalitinya adalah introvert dan ektrovert ditempatkan dalam kumpulan yang sama, mereka akan bergaul dan mampu mewujudkan personaliti yang seimbang dalam diri mereka. Malah, penglibatan kokurikulum juga mampu memupuk membina keterampilan diri, iaitu sifat kepimpinan dan juga sahsiah diri dalam diri mereka. 18
  • 19. 5.0 Pandangan tentang kelebihan KSSR Pengubahsuaian kurikulum telah membuka mata dan juga minda rakyat di negara ini betapa pentingnya beberapa aspek dalam transformasi KSSR mampu membentuk individu yang mampu berhadapan dengan perubahan pada masa hadapan. Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Perubahan pendidikan ini sejajar dengan keperluan dunia pada masa kini yang memerlukan kita bersaing dalam pelbagai aspek dan mempelajari pengetahuan yang baru dan temui suatu yang baru. Sukatan pelajaran yang digubal kini memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan dalam individu. Pembentukan pelajar seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani merupakan hasrat utama pendidikan negara. Kini, tidak lagi ditekankan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Dahulu, pelajar pergi ke sekolah bukan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menyeronokkan, tetapi belajar hanya untuk mencapai target sekolah bagi mendapat keputusan yang baik dalam UPSR. . Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Masih ingatkah kita ketika baru menjejakkan kaki di bangku sekolah lagi, kita belum mengerti apakah itu belajar dan diwajibkan untuk belajar meskipun tiadanya minat. Hal ini demikian, minat merupakan suatu yang tidak tercetus sendiri dalam diri tetapi haruslah dipupuk dan dipengaruhi oleh sesuatu yang baik. 19
  • 20. Transformasi sistem pendidikan negara memberi suatu peluang kepada kita melihat erti pendidikan itu secara menyeluruh. Keseronokan seorang anak kecil pergi ke sekolah pasti menggembirakan semua pihak. Sistem pendidikan yang menarik mampu menarik minat belajar di sekolah. Kita bukan hanya ingin melahirkan seorang individu yang hanya mahir dalam suatu bidang sahaja, tetapi mampu mengembangkan potensi diri dalam semua aspek. Pendidikanlah saluran utama ke arah pembentukan masyarakat yang kreatif dan inovatif ini. Seterusnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) memberi pendedahan terhadap pengaruh – pengaruh yang mencorakkan nilai dan moral masyarakat. Nilai- nilai murni diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. Super (1957) menerangkan bahawa nilai menyerap semua aspek kehidupan dan perkara penting dalam kehidupan individu. Pengajaran sajak di sekolah umpamanya, membolehkan murid bukan sahaja menghayati dan mengembangkan rasa apresiasi bahasa tetapi juga menghayati dan membuat pertimbangan terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai moral. Tugas guru memainkan peranan penting dalam mengeksploitasikan nilai-nilai moral yang terdapat dalam isi tajuk-tajuk pelajaran yang diajarnya. Melalui pendekatan yang dilakukan dalam matlamat KSSR, murid-murid akan dilatih supaya bersifat kritis terhadap persoalan dan isu moral yang terdapat dalam suatu teks pelajaran. Pada pandangan saya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah memberi suatu cabaran yang besar kepada para pendidik. Huseein Hj. Ahmad (1989) menegaskan pentingnya penerapan nilai-nilai teras dalam kurikulum pendidikan. KSSR yang menekankan penerapan nilai murni memang bertepatan dengan penilaian semasa pada masa kini. Bagi melahirkan individu yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan bekebolehan sebagai warganegara yang taat setia kepada negara, perwatakan mereka haruslah dibentuk sejak kecil lagi. 20
  • 21. Penerapan KSSR dilakukan dari peringkat awal iaitu kepada pelajar tahun satu kerana mereka mudah menerima alam persekolahan dalam diri mereka. Pada peringkat inilah mudah untuk menerapkan unsur-unsur dan pengertian tertentu seperti semangat kejiranan, cinta akan lambang-lambang kebangsaan dan sebagainya. Perkara ini sekaligus akan merapatkan jurang perkauman yang ada dalam diri masyarakat Malaysia pada masa hadapan, apabila nilai perpaduan sudah lama diamalkan dalam diri individu itu. Kesimpulannya, perubahan kurikulum pendidikan negara membawa kepada perubahan secara menyeluruh. Hal ini lebih memudahkan hasrat negara apabila matlamat negara diserapkan di dalam pendidikan yang merupakan saluran penting dalam membentuk masyarakat Malaysia yang proaktif pada masa hadapan. Tiada lagi pendidikan yang menjadi landasan yang hanya untuk memenuhi ruang suatu pekerjaan, tetapi keinginan negara untuk melahirkan masyarakat yang mampu berhadapan dengan cabaran dunia pada masa depan sekaligus memimpin peneraju negara. 21
  • 22. 6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR dibina dandigubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai pembimbing, guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Malah, perubahan yang dilakukan adalah bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Faktor – faktor yang mendorong kepada transformasi kurikulum adalah seperti persekitaran, sosial, ekonomi dan politik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik danmetamorphistik. Segala perubahan kurikulum adalah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999). Secara keseluruhannya, semua transformasi ini adalah dilakukan untuk kebaikan bersama bagi membina insan yang berkualiti, yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. 22