1. FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE
JANUARI/JANUARY 2011
HBEF2103MAC11
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NO. MATRIKULASI : 741211115077001
NO. KAD PENGNEALAN : 741211115077
NO. TELEFON : 013-9823213
E-MEL : JJU2727@GMAIL.COM
PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU LEARNING CENTER
2. HBEF2103
Perkara m/s
Pengenalan 3
1.1 Senario Pengajaran Pembelajaran 4
1.2 Pengertian Pengajaran Dan Pembelajaran
1.3 Penyataan Permasalahan Pembelajaran “Kelas bising dan tidak terkawal
2.0 Huraian masalah mengikut teori pembelajaran dan teori perkembangan 6
2.1 Pengenalan
2.2 Ciri- Ciri Teori Pemodelan Bandura :
2.3 Perkaitan Permasalahan Mengikut Teori. 7
2.4 kesimpulan 10
3.0 Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran 11
3.1 Kaedah
3.2 Implikasi teori bandura Di Dalam Bilik Darjah 13
3.3 Implikasi teori terhadap sistem pendidikan 14
3.4 Kesimpulan
RUJUKAN 15
2
3. HBEF2103
1. Pengenalan
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif
pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru
mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan
supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan
dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar
agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Seperti yang telah kita ketahui, pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan
pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang akan
mengakibatkan perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan
seseorang individu (Ormrod, 1995). Dengan erti kata lain, pembelajaran sebenarnya ialah
satu proses yang memberi tumpuan kepada „belajar‟ yang mampu membawa perubahan
menyeluruh kepada seseorang individu. Oleh itu, bagaimana kita boleh mengaitkan teori
dengan pembelajaran? Bagaimana pula teori pembelajaran boleh membantu kita sebagai
individu atau sebagai guru, khasnya?
Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar
(Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan
cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran. Di
samping itu, ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku
dan menghasilkan beberapa teori
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai
objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang
guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas
proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk
memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan
berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan sebagai sumber kajian adalah model
bandura
3
4. HBEF2103
1.1 Senario Pengajaran Pembelajaran
Pengajaran sering berubah mengikut peredaran zaman kepelbagaian kaedah pengajaran
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pembelajaran pelajar yang berbeza
kemahiran serta pengetahuan. Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam
pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar
bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi
pembelajaran.
1.2 Pengertian Pengajaran Dan Pembelajaran
Definisi Pengajaran Dan Pembelajaran
Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apa dia pembelajaran?
Secara umumnya Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran . Menurut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of
Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan
yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
1.3 Penyataan Permasalahan Pembelajaran “Kelas bising dan tidak terkawal”
Berikut adalah permasalahan yang berlaku di sebuah sekolah pinggir bandar, yang
mempunyai kapasiti pelajar seramai 1004 orang. Kemudahan sekolah amat terhad, Kajian
yang diambil berdasarkan lingkungan kelas yang terakhir seramai 25 orang yang mempunyai
peratusan boleh membaca sebanyak 40% manakala selebihnya tidak boleh dan hanya mampu
membaca dua suku kata . Kumpulan pelajar bermasalah seramai 6 orang ini mewakili
segelintir pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran atau melakukan kerja lain
4
5. HBEF2103
yang mengganggu pengajaran, kumpulan pelajar ini hilang minat untuk belajar dan
menggangu pembelajaran pelajar yang lain. Kumpulan pelajar ini menyatakan bahawa
mereka berasa tidak faham akan pengajaran yang disampaikan berasa bosan dan sering kali
membuat perlakuan yang menggangu seperti ketawa kuat, berjalan-jalan tanpa tujuan,
mengambil barang kepunyaan orang lain dan sebagainya. Pelajar ini kerap meniru gaya rakan
sebaya, pelakon, guru sebagai bahan lawak malah mereka kerap mengajuk-ajuk percakapan,
perbuatan guru supaya rakan mereka gelak. Guru yang mengajar telah mencuba pelbagai
teknik pengajaran yang berlainan dalam menyelesaikan permasalahan ini. Hasilnya pelajar
yang sama masih lagi mencetuskan suasana yang tidak kondusif dan ceria.Pihak pengurusan
telah mencadangkan agar pengkaji menyediakan penulisan perlaporan bagi jawatan kuasa
disiplin dan kaunseling bagi menyelesaikan permasalahan ini.
5
6. HBEF2103
2.0 Huraian masalah mengikut teori pembelajaran dan teori perkembangan
2.1 Pengenalan
Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun
untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya
meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa
pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya
adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori
pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu
pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini dinama teori permodelan Bandura.
Pembelajaran sosial menurut Albert Bandura melibatkan hubungan pengaruh tiga unsur iaitu
persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku.( Ormrod, 2008)
Individu
Persekitaran Tingkah Laku
Rajah 1.1 Pengaruh tiga unsur dalam pembelajaran sosial
2.2 Ciri- Ciri Teori Pemodelan Bandura :
Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai
model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan
peneguhan yang berpatutan.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan
tingkah laku atau gerak balas yang sesuai
Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford
pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain,
individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.
Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui
pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi
antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif
berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif
yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.
6
7. HBEF2103
Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui
peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk
tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita
memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar-
pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada
masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan
mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman
kerana memandu dengan laju.
Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model
walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang
memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh
pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul
meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya
mahu menjadi seperti model yang disanjung. Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur
utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian,
mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.
2.3 Perkaitan Permasalahan Mengikut Teori.
Berdasarkan kajian kes kumpulan pelajar ini hilang minat untuk belajar dan menggangu
pembelajaran pelajar yang lain. Kumpulan pelajar ini menyatakan bahawa mereka berasa
tidak faham akan pengajaran yang disampaikan berasa bosan dan sering kali membuat
perlakuan yang menggangu seperti ketawa kuat, berjalan-jalan tanpa tujuan, mengambil
barang kepunyaan orang lain dan sebagainya. Pelajar ini kerap meniru gaya rakan sebaya,
pelakon, guru sebagai bahan lawak malah mereka kerap mengajuk-ajuk percakapan,
perbuatan guru supaya rakan mereka gelak. Mereka beranggapan perbuatan mereka tidak
menggangu rakan malah sebagai gurauan berdasarkan pemerhatian mereka kepada perlakuan
rakan mereka di kelas yang lebih pandai. Pelajar ini tidak mampu menghuraikan atau
menjelaskan perlakuan yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan. Pada tanggapan mereka
gurauan itu mempu menceriakan suasana pembelajaran.
Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura. Menurut
Bandura, tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling. Dalam kes
tersebut, pelajar meniru gaya rakan mereka seperti bergurau tidak bertempat, membuat
7
8. HBEF2103
bising, dan bergurau tanpa kawalan. Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura
didapati wujud dalam kes tersebut. Peniruan terhadap tingkah laku itu berlaku kerana pelajar
sudah tidak memberikan perhatian lagi kepada pengajaran guru, sebaliknya mereka
memberikan perhatian kepada tingkah laku rakan mereka yang dianggap menghiburkan.
Mereka ingat akan perlakuan yang dilihat, kemudian mereka mengikut tingkah laku itu
seperti membuat bising,bergurau tanpa tempat serta berjalan tanpa tujuan. Rakan-rakan lain
gelak seolah-olah memuji tindakan tersebut.berkelakuan tidak endah, serta menyampuk
percakapan guru mahupun membuat ayat dan penyataan yang tidak masuk akal contoh, bila
guru bertanya apakah yang kamu buat pada pagi ini? Mereka menjawab tengok cikgulah. Hal
ini menyebabkan makin ramai pelajar turut melakukan perbuatan sedemikian kerana
mendapat suatu kepuasan apabila melihat rakan-rakan senyum dan ketawa, ada yang
menunjukkan isyarat „bagus‟.
Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan.Dalam proses elitasi seseorang akan terus
lakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan
tingkahlaku tersebut. Contohnya timbul keinginan di hati pelajar untuk meniru perlakuan
guru atau rakan idola yang mempunyai pengaruh terhadap perlakuan ini di panggil peniruan
Elitasi. Peniruan secara langsung pula terjadi apabila seseorang melihat orang lain (model)
melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu. Contohnya apabila guru menunjukkan cara
reaksi, pelajar akan menirunya secara langsung dengan memekmuka atau gerakkan yang
boleh menimbulkkan ketawa walaupun pada asal matlamat hanya untuk meniru perlakuan
guru tersebut.Manakala Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan ialah peniruan yang
sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi
yang lain. Contohnya murid boleh meniru kawan mereka bersorak di padang tetapi tidak
boleh meniru kawan mereka bersorak di dalam bilik darjah. Peniruan tak sekat lakuan pula
melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi. Contohnya pelajar meniru
gaya berbudi bahasa gurunya.mengejek perlakuan guru untuk perhatian
i.) Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi
membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.Untuk belajar melalui
pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada
8
9. HBEF2103
orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin
merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia
mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang
mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan
perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran guru perlu pastikan pelajar
menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan
menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjuk cara contohnya memasukkan eksperimen
penjerukan kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya
mereka nampak bagaimana cara melakukannya kaedah penjerukan dengan betul. Perhatian
mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu
menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.
ii.) Mengingat
Mengingat merupakan asas kepada pembentukan kemahiran dan kebolehan pelajar. Untuk
belajar melalui pemerhatian, pelajar mesti menumpukan perhatian.kemahiran ini digilap
melalui ingat-ingat semula, pengulangan secara berterusan. Faktor- faktor yang
mempengaruhi ingatan kesungguhan, kepelbagaian, dan pengulangan. Dalam pengajaran kita
perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan
pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting dan pengulangan secara berterusan
(latihan). Dalam suatu tunjukcara contohnya dalam melakukan eksperimen memerlukan
murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara
melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul
dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.
iii.) Reproduksi
Reproduksi membawa membawa maksud keberhasilan hasil daripada pemerhatian dan
latihan berterusan. Pemerhatian tingkah laku harus berupaya melakukan semula tingkah laku
yang ditirunya. Apabila pelajar tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan, merakam
dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya
sebaik mungkin. Sesorang itu memerlukan latihan dan kesungguhan yang banyak, mendapat
maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan
tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar
dan mahir.
9
10. HBEF2103
iv.) Peneguhan/Motivasi
Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian,
tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk
motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan
dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan
dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk
menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu,
peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba
menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh,
seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh
rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.
2.4 kesimpulan
Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru.
Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima
peniruan secara langsung. Contohnya, pelajar bermasalah menunjukkan perlakuan baik dan
dia di puji oleh gurunya dengan kata- kata seperti ‟syabas‟. Kedua pemerhati mungkin
melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang
yang diperhatikan. Contohnya pelajar yang melihat program televisyen yang penuh dengan
keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga
ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang
dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku
tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong
rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan
yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau
situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa
kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas.
Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus
mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai
satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan
rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.
10
11. HBEF2103
3.0 Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran
Bagi mengatasi permasalahan kajian diatas guru haruslah bersedia dengan kemahiran dan
pengetahuan yang tertentu dalam kemahiran pembelajaran berdasarkan model bandura di
bawah ini menjelaskan jenis peniruan yang kerap belaku dalam P&P.
JENIS HURAIAN CONTOH
Meniru tingkah laku yang Amin meniru cara gurunya
Peniruan Langsung
ditonjolkan oleh model. menulis/ketawa/mengajar
Meniru tingkah laku watak Ali meniru idola/pejajar nakal
Peniruan tak langsung
dalam televisyen, buku dan sekolah yang diminatinya.
(simbolik)
filem
Mewujudkan tingkah laku Amir melihat rakannya menyusun
dengan menggabungkan kerusi untuk keceriaan kelas . Dia
Peniruan gabungan tingkah laku peniruan yang juga melihat rakannya menyusun
berlainan. meja . Dia meniru dengan
menyusun kerusi dan meja.
Rajah 1.2 jenis-jenis peniruan
3.1 Kaedah
Pelbagai kaedah yang boleh digunaka pakai dalam menentukan pengajaran dan pembelajaran
ini namu apa yang penting guru haruslah menumpukan kepada kaedah yang bersesuaian
berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya, kepelbagaian kaedah pengajaran dalam model
bandura menjamin hasil yang mutlak.
3.1.1 Peranan Guru Sebagai Role Model Dan Model Simbolik.
Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya
pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh
dicontohi oleh pelajarnya.Guru seharusnya menjadi pemangkin semangat pelajar belajar guru
yang cemerlang bermula dari anak murid yang cemerlang
3.1.2 Modifikasi/Perubahan Tingkah Laku.
Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang
boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. Guru
boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara
di dalam bilik darjah manakala Ibu bapa berperanan dalam membentuk model tingkah laku
yang baik dirumah
11
12. HBEF2103
3.1.3 Peniruan Tidak Langsung.
Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah
mengetahui cara-cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di
hati Azhar untuk member salam setelah melihat Amir member salam kepada guru lain.
Begitu jua dengan perkembangan dunia penyiaran menyebabkan pembentukan kepelbagaian
budaya, Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada
model lansung, guru boleh menyarankan kepada pelajar tentang jenis program yang harus
dipilih dan yang harus ditolak.kawalan terhadap kandungan bahan media harus dilakukan.
Peniruan melalui proses elistasi/gabungan.
3.1.4 Contoh Dan Hasil Kerja Yang Baik.
Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti , mempunyai
nilai estitika yang terdapat dalam kerja-kerja mereka dimana Guru perlu menyatakan kepada
pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang merupakan contoh sebagai pelajar
yang baik dari segi hasilan kerja mereka pergaulan dan perlakuan.
3.1.5 Permainan Dan Simulasi.
Konsep main peranan dalam membentu perwatakan berwajah boleh diadaptasi melalui
kepelbagaian kaedah pengajaran dalam pelbagai mata pelajaranGuru boleh mengajar nilai
dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar
dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan
dalam situasi sebenar.Guru boleh mengunakan kaedah simulasi perlakuan yang tidak baik
mendatangkan keburukan dan budaya tidak sihat. Ini akan mengalakkan pelajar berfikir baik
dan buruk.
3.1.6 Rakan Sebaya Sebagai Model.
Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan
tingkah laku model dalam kelas. Sebagai contoh guru mengunakan ketua pengawas sebagai
idola disiplin dan ikon pembentukan keperibadian tinggi., mengunakan rakan atlet yang
menjadi tonggak permainan yang mereka minati dari aspek kesungguhan dan semangat setia
12
13. HBEF2103
3.2 Implikasi teori bandura Di Dalam Bilik Darjah
3.2.1 Implikasi Teori Terhadap Pelajar
Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran disamping membentuk suasana bilik darjah yang kondusif
dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa
seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
3.2.2 Implikasi Teori Terhadap Guru
Ia dapat memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,
menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan
aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan
potensinya yang tertinggiMerancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan
tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi
keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan,
menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.
Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran
koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen
intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Menunjukkan contoh yang
baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri
pelajar.
i. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.
ii. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.
iii. Guru menerapkan nilai kepercayaan dan berkerjasama dalam menyelesaikan masalah.
3.2.3 Implikasi Terhadap Masyarakat Dan Negara
Pembentukan keperibadian pelajar dapat dibentuk melalui kesempurnaan JERIS secara tidak
langsung membantu menanggani masalah gejala pelajar ponteng, salah laku pelajar,
keruntuhan moral dan membina Negara bangsa yang gemilang sejajar ddengan hasrat dan
matlamat Perdana Menteri 1 malaysia. Yang mana setiap anggota masyarakat mempunyai jati
diri dan kesungguhan memajukan bangsa Malaysia.
.
13
14. HBEF2103
3.3 Implikasi teori terhadap sistem pendidikan
3.3.1 Penyampaian guru menjadi cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar
dicontohi pelajar.Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar boleh
menirunya dengan mudah dan tepat.
3.3.2 Hasilan guru seperti kraftangan, senilukis yang ditunjukkan hendaklah mempunyai
mutu yang tinggi.
3.3.3 Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model
untuk membuat demonstrasi dalam atau luar bilik darjah.Guru boleh mengajar nilai
murni dan watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan atau simulasi.
3.3.4 Di samping model hidup, murid-murid juga boleh belajar daripada model simbolik.
Selain itu, penerangan guru terhadap sesuatu perkara perlu jelas dan jitu. Murid-murid
juga belajar daripada gambar, video dan tayangan filem. Oleh itu, guru perlu
memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi unsur-unsur keganasan
yang boleh ditiru oleh murid-murid.
3.3.5 Teori ini dapat menyumbang ke arah teknik mengubah tingkah laku. Guru boleh
menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada
tingkah laku yang diingini. Oleh itu, tingkah laku yang diingini perlu diberi pujian
atau ganjaran.
3.3.6 Teori ini juga menyumbang ke arah teknik pengajaran seperti main peranan dan
simulasi. Oleh itu, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu untuk mengajar
nilai-nilai murni, melakonkan watak-watak dan sebagainya.
3.3.7 Teori ini membantu menjimatkan kos, masa, dan tenaga. Contohnya, melalui
simulasi, perbicaraan mahkamah olok-olok boleh diwujudkan untuk memberi peluang
kepada murid-murid memerhatikan cara sesuatu perbicaraan dijalankan. Dengan ini,
murid-murid tidak perlu pergi ke mahkamah kerana ini akan memakan masa, wang,
dan tenaga.
3.4 Kesimpulan
Perasaan individu ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral. Oleh
itu, teori Bandura mungkin sesuai dengan perkembangan moral pada awal kanak-kanak dan
kurang jelas tentang perubahan serta cita rasa orang dewasa atau kanak-kanak remaja. Namun
teori ini amat penting kerana perkembangan moral kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa,
rakan sebaya dan gurunya. Keputusan sosial yang dibuat atas beberapa faktor iaitu standard
14
15. HBEF2103
penilaian moral yang berdasarkan pengajaran moral aktiviti mereka. Kita perlu menciptakan
model yang layak untuk ditiru dari semasa ke semasa. Individu yang meniru tingkah laku
orang lain, menjadikan orang yang ditiru itu sebagai model. Jadi tidak hairan jika kita tengok
muda mudi sekarang lebih berminat meniru gaya fesyen pakaian selebriti yang mereka
minati. Sehubungan itu model boleh dibahagikan kepada dua. Pertama ialah model
sebenar/hidup, iaitu belajar melalui orang yang sebenar. Misalnya jika mahukan hiasan
dalaman maka Eric Leong akan dijadikan model. Manakala model kedua ialah model
simbolik, iaitu model yang dilihat menerusi video, lakonan watak dalam cerita atau rajah.
Murid mungkin belajar sesuatu melalui pemerhatian atau peniruan daripada sumber yang
dinyatakan. Bandura (1986) menyatakan nilai kendiri mempengaruhi prestasi dengan
meningkatkan usaha dan kecekalan. Individu yang mempunyai nilai kendiri tinggi, bekerja
lebih rajin dan mampu bekerja dalam tempoh yang lama dibandingkan dengan individu yang
mempunyai nilai kendiri rendah (Wood & Bandura, 1989)
Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian
guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani. Demontrasi guru
hendaklah jelas, menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat Guru perlu memberi
peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini
Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model
kepada pelajar.Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai
model.
Guna model sebenar yang mungkin terdiri daripada rakan sebaya yang mempunyai
ketokohan yang tinggi dan sesuai untuk ditiru.Paparkan hasil kerja terbaik untuk
membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan dapat merangsang pelajar lain
berusaha seperti yang mereka lakukan.
Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan
dan simulasi.Ini akan menggalakan idea dan mengurangkan kebosanan pelajar
terutama kelas akhir.
3654 patah perkataan
15
16. HBEF2103
RUJUKAN
Abd. Aziz Din (1952) Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar (Cetakan kedua). Kuala Lumpur:
Arts Printing House
AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECT
Beauchamp, G. (1968). Curriculum theory (Edisi ke-2) Wilmette IL: Kegg Press.
Brown, J., Lewis, R. & Harcleroad, F. (1967). AV instruction: Materials and methods. (Edisi
ke-3). New York: Mc Graw Hill.
Chang Chan Tek (1996). Effectiveness of instructional design model on mastery learning in
the teaching of secondary school mathematics. Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains
Malaysia.
Gagne‟ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design, (5th ed.). New
York: Holt, Rinehart and Winston.
Grabowski, B. (1991). Message design: Issues and trends. Dalam G. J. Anglin, (Editor) I
nstructional technology past and present.(h.222-232). Colorado: Libraries Unlimited
Gustafson, K. & Branch R. (1997). Survey of instructional development models. (3rd ed.)
New York: Syracuse University
Gustafson, K. (1991). Survey of instructional development models. (2nd ed.) New York:
Syracuse (Terjemahan Yusup Hashim & Razmah Man, Tinjaun model pengembangan
instruksi, 1999)
Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan pelajar sekolah
menengah. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia
Jeyanti, V. (1997). Kajian kesan atribut media pendidikan untuk membantu pencapaian
objektif
Arbak Othman, (1985) Pengajaran lawan Pendidikan Bahasa Satu perspektif dalam
perancangan kurikulum. Dalam Seminar bahasa dan sastera dalam pendidikan di
Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Behavioural, (n.d). Retrieved on October 9, 2009 from http:www.learning and
teaching.info/learning/behavior.html.
Brewer, J. A. (2001). Introduction to early childhood education: Preschool through primary
grades (4th ed.) Boston: Allyn & Bacon.
Classical Conditioning,( n.d). Retrieved October, 13, 2009 from
http://www.simplypsychology.pwp.blueyonder.co.uk/classical-conditioning.html
16
17. HBEF2103
Ee Ah Meng, ( 1989). Pedagogi : Satu pengenalan. Petaling Jaya. Fajar Bakti.
EruptiveMind, Self Improvement Tips (n.d.) Retrieved October, 7, 2009 from
http://www.eruptingmind.com/pavlov-classical-conditioning-theory/
Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for today and
tomorrow [Pengajaran pengajian sosial asas untuk kini dan kemudian hari].
Massachussets: Allyn and Bacon.Ewell, P.T. (1997) Organizing for learning : A point of
entry. Retrieved on October 13,
2009 http ://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html
Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction (4th ed.) Kondisi
pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat). New York: CBS College
Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PPK.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2001) Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: PPK.
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam
belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6th ed.).
Uppersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Parten, M. B. "Social Participation among Preschool Children ."Journal of Abnormal and
Social Psychology 27 (1932):243-269.
Schunk, D. H. (1991). Learning theories: An educational perspective [Teori pembelajaran:
Suatu perspektif pendidikan]. New York: Macmillan Publishing Co.83
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann
Asia.
Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood
Cliff:Prentice Hall Ltd
Teori Pembelajaran, (n.d). Retrieved on October 21, 2009 fromhttp//:limuna.ipislam.edu.my.
Teuku Iskandar. (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yaxley, B.G. 1991. Developing teachers‟ theories of teaching. London: Falmer Press
17