2. Latar Belakang
• Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia
disasarkan ke atas pasaran eksport.
• Walaupun ekonomi berkembang pesat pada
purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat
kekurangan penekanan dalam aspek
pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan
di antara kumpulan etnik
• Ini seterusnya memberi kesan negatif sosial
dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.
3. • Faktor utama yang telah
mengakibatkan tercetusnya tragedi
13 Mei 1969 adalah kerana faktor
kemiskinan . Wujud satu keadaan
kemiskinan relatif antara kaum.
• Maka satu dasar diperkenalkan
bertujuan untuk membasmi
kemiskinan yang wujud antara kaum,
wilayah dan kawasan di Malaysia.
4. • Dasar Ekonomi Baru dirangka untuk 20
tahun iaitu 1970-1990 yang merangkumi 4
Rancangan Malaysia iaitu RM2 hingga
RM5.
• Merupakan Rangka Rancangan Jangka
Panjang Pertama (RRJP1) dalam
pembangunan negara
5. • Pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun
1971 merupakan sejarah pelan ekonomi
Malaysia.
• DEB menekankan pencapai sasaran sosio
ekonomi seiring dengan mencapai objektif
perkembangan ekonomi sebagai satu cara
mewujudkan keharmonian dan perpaduan di
dalam negara yang mempunyai pelbagai
kumpulan etnik dan agama.
• Sasaran utama adalah perpaduan negara.
6. • Lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di
Malaysia dimiliki oleh warga asing pada
tahun 1970, sementara Bumiputera , yang
mewakili dua pertiga dari jumlah
penduduknya , memiliki hanya lebih
sedikit dari 2 peratus.
• DEB menetapkan sasaran penstrukturan
berupa 30:40:30, iaitu menjelang 1990,
pegangan kaum Bumiputera mencapai 30
peratus, rakyat Malaysia yang lain 40
peratus dan warga asing 30 peratus.
7. Rasional
• Kemiskinan di kalangan
penduduk tinggi
• Wujud jurang perbezaan dalam
taraf hidup antara kaum, bandar
dan luar bandar
• Pengenalan kaum melalui aktiviti
ekonomi
• Cetusnya peristiwa 13 Mei 1969
8. Objektif Dasar
Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama
telah diwujudkan:
–Membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum
–Membasmi pengenalan
kaum mengikut jenis aktiviti
ekonomi
9. Rangka Strategi
• Kebanyakan strategi pembangunan luar bandar
telah memasukkan program
• pembasmian kemiskinan seperti tanah baru
dan pembangunan in-situ;
• peruntukan bagi infrastruktur saliran dan
pengairan; setinggan.
10. • perkhidmatan sokongan pertanian;
menggalakkan pembangunan industri
kampung/kecil;
• infrastruktur luar bandar termasuk
jalanraya, eletrik dan air;
• dan perkidmatan sosial seperti kesihatan,
sekolah, bantuan makanan dan
penempatan semula
11. Strategi
• Memajukan kawasan luar bandar melalui
pembangunan wilayah baru seperti
DARA,KEJORA dan JENGKA
• Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat
khusus orang Melayu melalui pendidikan,
latihan , kesihatan dan kemudahan
infrastruktur
• Mewujudkan kelas peniaga, pedagang dan
pengusaha Melayu serta menambahkan
pemilikan modal (30%) mereka dalam
sektor syarikat
12. • Menubuhkan beberapa agensi seperti
Perbadanan Pembangunan Bandar
(UDA), Permodalan Nasional Berhad
(PNB), Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Bank Bumiputera dan Bank
Pertanian
• Meninggikan daya pengeluaran,
pendapatan dan menambahkan
peluang pekerjaan
• Memodenkan kehidupan di luar
bandar
13. Pencapaian
• Mengurangkan kadar kemiskinan ke 17%
• ii. Penyusunan semula masyarakat
kurang capai
• iii. Untuk hak milik bumiputera capai 18%
sahaja
• Kesimpulan
• Dilanjutkan di bawah Dasar
Pembangunan Nasional 1990-2000
14. • Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf
kemiskinan menurun dari 49.3 peratus
pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus
pada tahun 1990 dan menurun lagi
kepada 5.1 peratus pada 2002.
• Pada tahun 1990, bahagian ekuiti
Bumiputera bertambah kepada 20.4
peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti
korporat, dan pegangan rakyat Malaysia
yang lain bertambah kepada 46.8 peratus
dan 25.1 peratus untuk warga asing.