Seni ini berkembang luas di malaysia dan indonesia
1. Seni ini berkembang luas di Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kedua-dua buah negara ini
merupakan negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira
3000 spesies kayu-kayan. Disamping itu, kayu merupakan bahan alam yang sangat sesuai untuk
diukir dan dipelbagaikan kegunaannya. Ukiran kayu merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu
yang terulung iaitu sejak 500 tahun dahulu. Ianya terkenal dengan keunikan, kelembutan dan
kehalusan bentuknya. Ini dapat dilihat pada ukiran-ukiran yang terdapat pada istana dan rumah-
rumah kediaman masyarakat Melayu dahulu kala. Justeru itu, keindahan dan keunikan warisan
bangsa yang bernilai ini mesti dipelihara dan dipertahankan. Warisan ukiran kayu ini juga telah
dipelopori oleh Allahyarham Haji Abdul Rahman Long yang merupakan peminat terhadap
pengukiran kayu. Beliau telah banyak menghasilkan ukiran kayu yang bermutu tinggi sehingga
beliau telah banyak menempa nama dalam seni pengukiran ini. Beliau beroperasi dari Batu 1 ¾ ,
Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu di bawah nama ‘Pakatan Juru Ukir Tradisional’. Dengan
kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan muzium, beliau mula aktif beroperasi pada tahun 1973.
Pada tahun 1986, beliau membuka bengkel cawangan di Kampung Sentosa, Pengkalan Nyireh di
Besut, Terengganu untuk perkhidmatan yang mana semakin meningkat. Kini, usahanya telah
diterajui oleh anak lelakinya iaitu Mohd Salizan Abd. Rahman merupakan keturunan pengukir
kayu yang sangat mahir