2. Pengenalan
z z
• Menurut bahasa bererti bertambah atau berlebihan.
• Menurut istilah adalah penambahan-penambahan yang diisyaratkan oleh
orang yang memiliki harta kepada orang yang meminjam hartanya.
Hukum
“Haram”
• Keharaman dikaitkan dengan sistem bunga dalam jual beli atau transaksi
yang bersifat komersial.
• Di dalam transaksi tersebut, terdapat keuntungan atau bungan tinggi
melebihi keumuman (batas kewajaran) sehingga merugikan pihak-pihak
tertentu.
3. z z
Jenis-jenis riba
i) Riba Jual-Beli (Riba Al-Buyu’)
• Ia merujuk kepada jual-beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau semasa
penyerahan barang-barang tertentu atau matawang pada ketika berjual beli atau
secara tukar-menukar, bahan atau barangan tersebut yang sama sejenis.
a. Riba Al-Fadl
- Merujuk kepada aktiviti jual beli antara bahan ribawi sama sejenis
tetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan yang sama semasa berlakunya jual
beli itu. Contohnya membeli beras dan dibayar dengan beras. Riba berlaku apabila
sukatan atau timbangan tidak sama seperti satu kilo beras Gred A dijual beli
dengan dua kilo beras Gred B.
b. Riba al- Nasiah
- Berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan
bayaran, iaitu tanpa pnyerahan di waktu yang sama. Contohnya membeli gula dan
dibayar dengan gula juga tetapi urusniaga ini tidak dilakukan serentak.
4. z z
ii) Riba Hutang-piutang
• Berlaku apabila wujud lebihan yang diisyaratkan atau dijanjikan untuk diberi kepada
pemiutang. Lebihan ini diletakkan sebagai syarat kepada sesuatu kemudahan kewangan
atau pinjaman atau pemberian kredit dari urusniaga jual beli tertangguh. Riba hutang-piutang
in terbahagi kepada dua jenis:
i) Riba al-Qard
- Merujuk kepada hutang atau pinjaman yang disyaratkan atau dijanjikan sesuatu
faedah untuk kepentingan pihak sipemiutang .
ii) Riba al-Jahiliyyah
- Adalah bayaran lebih dari hutang asal (pokok pinjaman) yang
dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya hutang tidak dijelaskan pada
tempoh yang ditetapkan.
5.
6. z z
Larangan riba dalam al-quran
Larangan pertama dibuat melalui Surah Ar Rum ayat 39 yang diturunkan di Mekah yang
berbunyi :
“Riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah zakat manusia, sebenarnya ia
tidak menambah di sisi Allah; (tetapi) zakat yang kamu keluarkan dengan maksud
mendapat keredhaan Allah adalah mereka yang mendapat pahala berlipat ganda. “
Larangan Kedua melalui Surah An Nisa ayat 161 yang bermaksud:
“Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah
dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang lain dengan jalan
yang batil, Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka
itu siksa yang pedih.”
Ayat ini diturunkan di Madinah dan telah menimbulkan salah faham di kalangan bijak pandai
sama ada ianya ditujukan kepada orang Islam ataupun orang Yahudi di Madinah.
7.
8. z z
Larangan riba dalam hadis
Dikelaskan kepada tiga kategori:
1) Pengharaman dalam bentuk umum
“Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi
(membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini
semuanya adalah sama. (Riwayat Muslim)”
2) Penegahan amalan jahiliyyah (riba hutang)
“Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara berunjuk-unjuk (secara tunai).
(Riwayat Muslim)”
3) penegahan amalan riba jual-beli atau riba tersembunyi
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli,
tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan sama,
unjuk-berunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu boleh berjual beli mengikut
kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unjuk-berunjuk.
(Riwayat Muslim)”
9.
10. z z
Kesan riba ke atas masyarakat dan negara.
Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas
kehidupan manusia. Menurut Al- Maududi keburukan riba boleh dilihat dari segi akal, dari
segi sosial , dari segi akhlak dan dari segi ekonomi
a) Dari segi akal
Riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan
mereka mempunyai sifat rakus, gelojoh, tamak,
kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan
menebal dan akhirnya menjadi darah daging yang
sukar untuk dikikis lagi.
11. z z
b) Dari segi sosial dan akhlak
Amalan riba akan merosakkan kemaslahatan dunia. Riba
mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan
berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk
berusaha dan bekerja. Ia juga merupakan penindasan terhadap
orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan
bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah
miskin dan tertekan. Ini akan mewujudkan ketidaksaman di dalam
masyarakat.
12. z z
c) Dari segi ekonomi
Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, menyebabkan
kekurangan pekerjaan dan pendapatan. Ia juga merosakkan perkembangan
ekonomi dan mengakibatkan kan inflasi. Riba diperoleh tanpa
mengusahakan sesuatu dan meletakkan kesemua risiko ke atas bahu
peminjam.