Dokumen tersebut memberikan maklumat mengenai definisi, etiologi, dan manifestasi klinikal bagi vulvitis, vaginitis, dan vulvovaginitis. Vulvitis merujuk kepada inflamasi di bahagian luar vagina manakala vaginitis merujuk kepada inflamasi di dalam vagina. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh infeksi bakteria, kulat, atau parasit serta faktor lain seperti alergi, aktiviti, atau kekurangan estrogen. Gejala yang
2. SOALAN 5
1. Definisi :
Vulvitis
Vulvitis merupakan inflamasi atau Inflamasi di vulva (bahagian luar organ
vagina).Kawasan vulva termasuk di labia (labia majora dan labia minora), kelentit
(clitoris) dan di kemasukan laluan ke faraj (the vestibule of the vagina).Inflamasi atau
Inflamasi yang berlaku dirujuk sebagai vulvitis.Namun, vulvitis bukannya suatu
penyakit atau keadaan. Ianya merupakan tanda gejala yang berlaku akibat beberapa
faktor penyumbang seperti alergik, jangkitan, kecederaan dan bahan perengsa luaran
yang lain.
Gambaran keadaan vulvitis yang berlaku kepada pesakit.
Vulvitis disebabkan oleh infeksi (herpes)
Vaginitis
Vaginitis merupakan inflamasi atau Inflamasi pada faraj (vagina).Ianya boleh
menyebabkan berlakunya lelehan (discharge), pruritis (itching) dan kesakitan
(pain).Ianya juga selalu dikaitkan dengan sensasi kerengsaan (irritation) atau
jangkitan di kawasan vulva.Namunm selalunya punca penyebab adalah dari jangkitan.
Terdapat 3 jenis vaginitis utama, iaitu :
I.
Bacterial Vaginosis (BV)
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
2
3. Merupakan suatu keadaan dimana paras bakteria normal didalam faraj
terganggu dan digantikan dengan pembiakan tidak terkawal bakteria
yang tidak diingini.
pembiakan bakteria
tidak terkawal
lelehan discharge akibat jangkitan bakteria
II.
Vaginal kandidiasis
Vaginal Kandidiasis atau juga dikenali sebagai jangkitan yis (yeast
infection) adalah merupakan suatu keadaan dimana terdapat jangkitan
di faraj yang disebabkan oleh fungus daripada keluarga candida,
selalunya candida albicans. Ianya boleh menjangkiti semua wanita
namun kerap terjadi dikalangan wanita yang mengandung kerana
ketika itu sistem immunisasi badan lemah. Fungus candida albicans
wujud secara semula jadi dalam flora vagina namun tidak membiak,
ianya hanya membiak ketika sistem imunisasi badan menjadi lemah
atau faktor penyebab yang lain.
Penampakan pembiakan yis
(candida albicans) di sekitar faraj.
III.
Trichomoniasis
Ianya merupakan penyakit kelamin (sexual transmitted diseases) yang
paling kerap berlaku. Ianya berpunca daripada jangkitan Trichomonas
vaginalis daripada keluarga protozoa parasit.
Penampakan trichomonas vaginalis
dibawah mikroskop
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
3
4. Vulvovaginitis
Vulvovaginitis merupakan terma am merujuk kepada pelbagai jenis jangkitan di faraj
(vaginal infection) dan di sekitar vulva (bahagian luar organ vagina). Keadaan ini boleh
berpunca daripada bakteria, fungal, jangkitan parasit. Namun, terdapat juga keadaan
vulvovaginitis yang berpunca daripada paras hormon estrogen yang rendah iaitu atrophy
vaginitis.
Atrophy vaginitis adalah keadaan dimana lapisan pada dinding faraj menipis, kering,
dan berinflamasi/Inflamasi akibat kesan kurangnya hormon estrogen dirembeskan.
Variasi keadaan penghidap vulvovaginitis
2. Etiologi
Vulvitis
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit vulvitis, antara faktor
tersebut adalah :
1. Infeksi
a. Bakteria – Gardnella Vaginalis
i. Merupakan salah satu daripada BV (Bacterial Vaginosis) iaitu
bakteria yang paling biasa ditemui dalam vagina. Namun, BV
boleh berlaku disebabkan oleh perubahan faktor tertentu yang
menyebabkan pembiakan bakteria itu tidak terkawal.
ii. Trichomonas vaginalis dan Gardnerella vaginalis memiliki
manfestasi klinikal yang sama jika dijangkiti olehnya. Iaitu :
pesakit akan menghasilkan cairan kelabu berbuih atau cairan
hijau-kekuningan discaj dari faraj dan pesakit akan mengalami
pruritis.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
4
5. b. Fungus – Candida Albicans
i. Merupakan sejenis kulat yang biasa berada dikalangan wanita
kerana kawasan persekitaran vagina yang lembap dan sesuai
dengannya.
c. Protozoa – Trichomonas vaginalis
i. Merupakan sejenis organisma kecil yang menyebabkan penyakit
kelamin. Namun, walaupun perempuan lebih cenderung untuk
menghidap penyakit ini. Lelaki juga boleh dijangkiti melalui
hubungan seksual tanpa perlindungan.
d. Virus – Herpes Genitalis, Condylomata acuminate & Molluscom
_______contangiosum.
i. Herpes Genitalis
Penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan herpes
simplex virus.
ii. Condylomata Acuminata
Ianya berpunca daripada Human Papilloma Virus (HPV)
yang boleh membawa kepada ketuat pada kelamin. HPV
merangkumi “double stranded virus” yang sangat
berjangkit terutamanya pada alat kelamin.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
5
6. iii. Molluscom Contangiosum
Merupakan virus daripada kategori poxvirus dan daripada
keluarga Poxviridae Molluscipovirus. Ianya boleh
menyebabkan ketuat berair (water wart) jika terinfeksi
kepada kulit dan ianya boleh merebak dengan pantas jika
tidak dikawal.
e. Parasit – Pthirus pubis & Scabies
i. Pthirus pubis (Crab louse)
Ianya sejenis parasit daripada keluargaPthiridaeyang selalui
ditemui pada kawasan bulu pubis dan bulu mata pada
pesakit yang dijangkiti.
Parasit ini tidak boleh melompat dan hanya makan darah
sahaja.
ii. Scabies (Sarcoptes Scabiei)
Ianya sejenis parasit daripada keluarga Arachnida
Sarcoptidae.
2. Alahan
Serangan alahan boleh berlaku bergantung kepada penjagaan diri dan
produk intimasi (sexual products) yang digunakan. Antara berikut
merupakan sebahagian daripada contoh kepada punca membawa kepada
serangan alergi :
I.
II.
Sabun
Syampu
III.
Mandi buih
IV.
Deodorant
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
6
7. V.
Serbet Sanitasi (sanitary napkin)
VI.
Seluar dalam bukan kapas
VII.
Dan lain-lain.
3. Aktiviti berkaitan dengan kehidupan
Antara berikut merupakan aktiviti yang membawa kepada permasalahan
vulvitis kepada segelintir wanita :
I.
II.
Seks Oral
Menunggang Basikal
III.
Menunggang Kuda
IV.
Memakai seluar Jeans yang ketat
V.
Memakai pakaian basah untuk jangka masa yang lama.
a. Contoh : Pakaian Mandi (Bikini)
Vaginitis
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit vulvitis, antara faktor
tersebut adalah :
1. Infeksi
a. Bakteria – Gardnella Vaginalis
b. Fungus – Candida Albicans
c. Protozoa – Trichomonas Vaginalis
**- Penjelasan untuk etiologi infeksi bagi vaginitis adalah mirip seperti di
vulvitis.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
7
8. Namun, terdapat jangkitan kurang biasa berlaku disebabkan oleh :
Nisseria Gonorrhea – Bakteria ini menyebabkan penyakit Gonorrheaiaitu
penyakit STD (Sexual- Transmitted Disease) penyebab
vaginitis.
Chlamydia Trachomatis – Ianya ditemui secara semulajadi tinggal hanya
dalam sel manusia. Namun, Chlamydia boleh di
jangkiti melalui vaginal, anal atau seks oral.
Mycoplasma – Merupakan keluarga bakteria yang tidak mempunyai dinding
sel. Namun, salah satu bakteria daripada keluarga mycoplasma
iaitu boleh membawa kepada jangkitan di kawasan genital
(vagina) dan boleh menyebabkan inflamasi pada pelvik
(Pelvic inflammatory diseases) jika tidak dirawat.
2. Vaginitis tidak-spesifik – Atropik
Juga dikenali sebagai Hormonal Vaginitis / Atropic Vaginitis biasanya berlaku kepada
golongan selepas menopause (keadaan dimana kitaran haid seorang wanita itu
berhenti apabila memasuki usia pertengahan) atau postpartum period (waktu dimana
seseorang wanita itu melahirkan anaknya sehingga 6 minggu). Namun, kadangkala
ianya berlaku kepada wanita muda yang belum mencapai akil baligh (puberty).
Persamaan bagi situasi dan keadaan diatas adalah ketika itu paras hormone estrogen
rendah dari biasa dan keadaan itu membuatkan lapisan pada dinding faraj menipis,
kering, dan berinflamasi/Inflamasi akibat kesan kurangnya hormon estrogen
dirembeskan.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
8
9. Faktor rendahnya rembesan estogen membawa kepada degeneratif tisu pada
kawasan vulva menjadikan kawasan itu atropi.
3. Bahan Kimia – Iritasi (Irritation) atau Alergik
Serangan alahan atau iritasi akibat daripada penggunaan bahan kimia
dalam produk penjagaan diri dan produk intimasi (sexual products) yang
digunakan. Antara berikut merupakan sebahagian contoh produk
berkenaan :
I.
II.
Kondom.
Produk Spermicides – Produk perancangan keluarga ini bertindak
dengan membunuh sperma yang memasuki vagina semasa
hubungan kelamin.
III.
Pelincir Kelamin.
IV.
Perubatan topical yang tidak sesuai (topical medication).
4. Bendasing (Foreign Body)
Antara berikut merupakan contoh bendasing yang menjadi punca kepada Foreign
body vaginitis :
I.
Tampon – Sejenis bahan penyerap yang berbentuk silinder dan digunakan
secara meluas sebagai produk kebersihan feminin di Negara-negara Barat.
Berfungsi untuk menyerap cairan haid ketika kedatangan haid.
II.
Tisu Tandas beraroma – Tisu tandas seperti ini bila tertinggal di celah
vagina boleh menyebabkan Inflamasi akibat oleh aktiviti kimia.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
9
10. 5.Eksresi bahan kumuhan
I.
Urin – Vesicovagina Fistula (VVF)
Keadaan dimana berlakunya rekahan (fistula) pada trek laluan pundi
kencing ke vagina. Ini menyebabkan kemasukan tidak terkawal urin ke
ruangan vagina. Ini menyebabkan infeksi pada vagina jika tidak dikawal.
II.
Najis – Rectovaginal Fistula (RVF)
RVF merupakan keadaan berlakunya rekahan dan bukaan (fistula) pada
terk laluan najis pada usus besar, kolon atau usus kecil ke vagina. Ini
menyebabkan kemasukan tidak terkawal najis (faeces) dalam ruangan
vagina (faraj). Ini menyebabkan infeksi dan Inflamasi pada kawasan
sekitar vagina jika tidak dikawal.
6. Diabetes
Perempuan yang menghidapi diabetes kerap mengalami jangkitan vaginitis dengan
lebih kerap daripada perempuan yang tidak menghidapi diabetes.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
10
11. 3. Manifestasi Klinikal
Vulvitis
Setiap wanita berkemungkinan akan merasai tanda gejala vulvitis / menunjukkan
tanda manifestasi klinikal yang berbeza. Namun, berikut merupakan tanda gejala yang
paling biasa ditunjukkan oleh pesakit :
I.
Tampalan bewarna putih dan tebalakan
kelihatan sekitar faraj.
II.
Kesakitan (soreness).
III.
Kebengkakan (Swelling).
IV.
Lepuh seakan-akan bendalir berisi cecair yang mudah pesakith dan pecah
akan kelihatan. Namun, bila berlaku rekahan/pecah. Lepuh itu akan
membentuk kerak kering.
V.
VI.
VII.
Kemerahan (Redness)
Sisik disekitar kawasan genital.
Pruritis (Kegatalan).
Vaginitis
Setiap wanita berkemungkinan akan merasai tanda gejala vaginitis / menunjukkan
tanda manifestasi klinikal yang berbeza bergantung kepada punca penyebab. Namun,
berikut merupakan tanda gejala yang paling biasa ditunjukkan oleh pesakit :
Iritasi dan/atau pruritis (kegatalan) pada kawasan genital dijangkiti.
Inflamasi / Inflamasi(Iritasi, Kemerahan, dan Kebengkakan akibat daripada
kehadiransel imuniti lebih disitu) terutamanya di labia majora, labia minora
dan kawasan perineal.
Kehadiran discaj vagina (bergantung kepada jenis dan penyebab infeksi)
Bau busuk di vagina.
Sakit ketika mengadakan hubungan kelamin.
Pendarahan kecil keluar daripada vagina.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
11
12. Perubahan terhadap warna, bau dan jumlah dalam discaj dihasilkan oleh
vagina.
Jika Vaginitis berpunca daripada jangkitan (infection), Ianya akan menunjukkan tanda
klinikan yang berbeza, berikut merupakan manifestasi klinikal berdasarkan jenis
jangkitan :
Trichomonas vaginalis
Menghasilkan cairan kelabu berbuih atau cairan hijau-
dan Gardnella Vaginalis
- kekuningan discaj dari faraj.
Infeksi Yis
- Tompok putih dan tebal yang mirip keju putih akan
(Candida Albicans)
kelihatan. Kadangkala, discaj itu bewarna putih dan
berbuih.
Atropik Vaginitis
-
Nanah (purulen) dan kesan pendarahan (blood stained)
Vulvovaginitis
** - Memandangkan Vulvovaganitis merupakan gabungan jangkitan Vulvitis dan
Vaginitis.Jadi, Manifestasi klinikal bagi Vulvovaginitis adalah mirip vulvitis
dan vaginitis.Sila rujuk di ruangan bahagian manifestasi vulvitis dan
vaginitis.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
12
13. Ujian Makmal
Ujian Makmal adalah penting untuk menentukan diagnosa samada Vulvitis, vaginitis atau
kedua-duanya sekali (Vulvovaginitis). Antara berikut merupakan ujian yang boleh dilakukan
beserta rasionalnya sekali :
Vagina swab kultur& sensitivity (c&s) – Penilaian mikroskopik terhadap discaj vagina yang
dihasilkan akan menentukan jenis infeksi,
mengenalpasti jenis organisma penyebab dan
menentukan rawatan.
Vaginal Biopsi
- Sel Biopsi dilakukan di kawasan yang
menunjukkan iritasi apabila tiada tanda gejala
akibat infeksi ditunjukkan.
Ujian darah untuk VDRL
- Ujian VDRL adalah singkatan kepada (Venereal
Disease Research Laboratory) ialah ujian
mengesan anti-cardiolin antibodies(lgG, lgM atau
lgA)yang berinteraksi kepada jenis jangkitan yang
berlaku.
Ujian Urin FEME
- Urin FEME adalah singkatan kepada(Urine Full
Examination & Microscopic Examination) adalah
sama seperti ujian swab kultur c&syang akan
menentukan jenis infeksi, mengenalpasti jenis
organisma yang terlibat dan menentukan rawatan
berdasarkan keputusan terhadap sampel urin yang
diambil.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
13
14. Pengurusan Kes Ibu Dengan Masalah
Vaginitis, Vulvitis dan Vulvovaginitis
Pengenalan Rejim Rawatan
Pengurusan melalui rawatan dengan penggunaan antibiotik mengikut agen penyebab atau
melalui keputusan daripada ujian C&S (culture and sensitivity) atau ujian makmal lain untuk
merawat jangkitan dengan ubat yang sesuai.
1. Trachomonas vaginitis :
Metronidazole atau Tinidazole 2gm secara oral dengan satu dos atau
Metronidazole 500mg bd selama 5/7.
Kontraindikasi pada trimester 1 (mengandung).
2. Jangkitan Yis (Candida Albicans):
Miconazole atau Clotrimazole pessari 100mg setiap hari selama 1/52 atau ;
Nystatin 100,000 unit pessari melalui vagina bd selama 1/52 hingga 2/52.
3. Gardnerella vaginalis :
Metronidazole 500mg bd selama 1/52.
Pasangan seks pesakit juga perlu diberi rawatan bersama.
4. Sifilis &Gonorrhoea :
Sifilis Primary dan Sekunder - Benzanthine Penicillin G 2.4 million unit (IM)
sekali dos
Gonorrhea – Ceftriaxone 250 mg Intraotot (IM) Sekali dos ;
Azithromycin 1g PO Sekali dos Atau
Doxycycline 100 mg PO BD untuk 7hari
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
14
15. Rawatan lain :
a) Virus
Condylomata – Pembedahan kecil (Cryosurgery atau Diathermy).
o Cryosurgery–Adalah suatu teknik yang menggunakan suhu sejuk yang
melampau untuk memusnahkan tisu yang dijangkiti dan abnormal.
o Diathermy- Juga dikenali sebagai (electrical induced heat) berfungsi
dengan mengaplikasikan penggunaan gelombang elektromagnatik
untuk mengenakan haba secara terus kepada lapisan tisu yang
dikehendaki. Dalam isu ini, Perawatan Diathermy digunakan untuk
memusnahkan neoplasma (tisu abnormal akibat jangkitan)
Molluscom – Menggunakan phenol atau Cryosurgery.
b) Fungal
Candida – Nystatin pessaries 100,000 unit. (Rawat Diabetic Mellitus – jika itu
penyebab penyakit)
Tinea cruris – Benzoic Acid Compound
c) Parasit
Pthirus pubis – Gamma-Benzene Hexachloride
Scabies – Emulsion Benzyl Benzoate
d) Terapi estrogen
Jika vaginitis disebabkan oleh kekurangan estrogen di dalam badan semasa
menopaus atau faktor penyebab lain, krim estrogen mungkin adalah alternatif
yang boleh digunakan. Estrogen juga didapati dalam bentuk tablet dan boleh
membantu merawat atrofi (atrophy), yang juga boleh membawa kepada Inflamasi
(inflammation).
Contoh Jenis Krim Estrogen yang ada di pasaran
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
15
16. e)
Mengurangkan rasa tidak selesa sepanjang rawatan Vaginitis, Vulvitis atau keduaduanya sekali (Vulvulovaginatis)
Letakkan tuala sejuk atau memampatkannya pada faraj untuk membantu
meringankan rasa ketidakselesaan. Cara ini juga boleh melegakan kesan rasa
Inflamasi atau pruritis.
Krim kortison boleh digunakan membantu mengurangkan Inflamasi. Ini tidak
akan merawat jangkitan, tetapi akan membantu mengurangkan tanda gejala
yang ditunjukkan.
Nasihat untuk mengelak alahan :
1) Menghentikan penggunaan agen yang menyebabkan alahan.
2) Elakkan iritasi di kawasan faraj bertambah teruk dengantidak
menggunakan minyak wangi, sabun, dan lain-lain
3) Guna calaminelotion atauhydrocort cream.
o Calamine lotion – adalah ubatan sapu dari keluarga agen antipruritik yang digunakan untuk menghilangkan kegatalan.
o Hydrocort Cream –adalah agen steroid topical yang berfungsi
merawat inflamasi, kemerahan dan kebengkakan pada kulit.
4) Elakkan menggaru dibahagian yang telah dijangkiti.
5) Mengelakkan daripada memakai seluar lembab atau berpeluh terlalu lama.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
16
17. 4. Definisi
Servisitis
Servisitis adalah inflamasi terdapat pada lapisan dinding serviks dan penghujung
bukaan uterus (tip of the uterus (womb)), tepatnya di bahagian bawah penghujung
bukaan uterus (tip of the uterus (womb)). Peradangan ini diakibatkan infeksi dari
penyakit bawaan seksual (Sex-Transmitted Diseases), cedera pada penghujung bukaan
uterus (tip of the uterus (womb)) akibat benda asing (Foreign Body) yang
dimasukkan ke dalam vagina, alat-alat kontrasepsi atau dari penyakit seperti kanser.
Servisitis ini biasanya menyerang wanita (Jangkitan tetap boleh berlaku kepada lelaki
namun memandangkan lelaki tiada serviks,jangkitan yang mirip pada penis digelar
urethritis) tetapi banyak wanita yang tidak menyedari pesakit diserang servisitis
karena gejala umum tidak diketahui (asymptomatic).Sekiranya servisitis ini tidak
dirawat dengan segera , infeksi boleh merebak ke saluran fallopian tube dan masuk ke
vagina. Kesannya, jika pesakit tersebut belum mempunyai anak, pesakitakan
mengalami masalah kesuburan. Namun, jika pesakit sedang hamil maka akan ada
permasalahan pada janin yang dikandung.
Servisitis juga boleh berlaku seperti yang dijelaskan di atas (infeksi pada vagina
akibat Penyakit bawaan seksual (Sexsual-Transmitted Diseases) lain seperti gonorea,
klamidia, trikomoniasis, herpes genital, dan HPV. Selain itu, faktor pesakit terlalu
muda disaat pertama kali melakukan hubungan kelamin dan pemakaian tampon
jugamembawa risiko tinggi untuk mendapat servisitis kerana boleh menyebabkan
Iritasi atau cedera pada kawasan vagina. Penyebab Alergi seperti alatan kontrasepsi,
kondom yang mengakibatkan iritasi juga salah satu sebab servisitis boleh berlaku.
Serviks yang normal tanpa jangkitan
Keadaan Servisitis dengan discaj nanah
(mucopurulen) dan bleeding (ectophy)
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
17
18. Jenis-jenis servisitis
1.
Servisitis Akut
Infeksi yang bermula di endoserviks.
Permulaan tanda gejala yang teruk dan secara tiba-tiba.
Infiltrasi akut sel-sel neutrophil (akibat inflamasi akut) di bawah mukosa
dinding serviks.
Jangkitan pada epithelium kolumnar yang melapisi endoservikal oleh agen
gonococcus (chlamydia tracomatis) atau virus herpes atau papilloma.
Biasanya berlaku selepas melahirkan anak atau prosedur D&C( Dilation&
Curettage) .
o D&C( Dilation& Curettage) – Ianya suatu proses mendialasikan
lapisan pada serviks (scrape the lining of uterus) dengan menggunakan
peralatan khusus. Bertujuan untuk menanggalkan saki baki tisu uterus
secara paksa akibat dari keguguran, menggugurkan kandungan atau
menanggalkan baki placenta yang masih terlekat didalam.
2.
Servisitis Kronik
Jangkitan mengambil masa dalam tempoh masa yang panjang (sampai
beberapa bulan)
Berlaku disebabkan oleh luka-luka kecil @ besar yang terbentuk pada serviks .
Ini memudahkan kemasukanpathogen luar dan benda asing ke dalam
endoserviks dan kawasan sekitarnya.
Biasanya berlaku semasa,
o Melahirkan anak atau keguguran
o Semasa kehamilan & penggunaan OCP (Oral Contraceptive Pill)
o Penggunaan produk penjagaan diri dan produk seksual yang
mengakibatkan alahan pada bahan kimia speti:-tampon , sabun
&spermicides
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
18
19. Manifestasi Klinikal
1. Servisitis Akut
Penghasilan Discaj mukopurulen dari vagina.
Serviks menunjukkan kesan kemerahan (redness)& edema.
Pendarahan endoserviks terutamanya bila disentuh (prosedur high vagina swab)
Iritasi pada urethra (jangkitan merebak ke saluran urin)
2.Servisitis Kronik
Serviks kelihatan normal. Namun, pada pemeriksaan tahap mikroskopik akan
menemukan infiltrasi kronik dalam stroma endoserviks.
Sakit pinggang (low back ache)
Dyspareunia(Rasa sakit selepas melakukan hubungan kelamin)
Pembentukan Nobothian follicle –pembengkakan kalenjar pada serviks (cyst)
Nobothian Follicle di serviks
Menorrhagia – Kedatangan haid yang berlebihan samada dari segi jumlah dan
tempoh kedatangan haid yang lebih lama dari kebiasaan.
Dyspepsia (Rasa tidak selesa di bahagian lower abdomen)
Sembelit
Incontinent Urine – Keadaan dimana berlakunya lelehan kencing tanpa kawalan
(involuntary urination – leakage of urine) akibat kehilangan kawalan terhadap
pundi kencing kerana jangkitan.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
19
20. Ujian Makmal
Ujian Makmal adalah penting untuk menentukan diagnosa menentukan Servisitis atau lain.
Antara berikut merupakan ujian yang boleh dilakukan beserta rasionalnya sekali :
1. Pemeriksaan dengan speculum.
o Melihat sendiri dengan mata kasar keadaan serviks. Jika ada perubahan dari
segi warna dan tekstur bentuk permukaan. Berkemungkinan Serviks
mengalami jangkitan (infection).
2. Ujian „culture & sensitivity‟
o Penilaian mikroskopik terhadap discaj vagina yang dihasilkan
akanmenentukan jenis infeksi, mengenalpasti jenis organisma penyebab dan
menentukan rawatan.
3. Pap Smear
o Ujian ini digunakan secara meluas dalam mengesan jangkitan awal kanser
serviks. Sedikit sel pada serviks diambil untuk tujuan pengesanan di makmal.
4. FBC-leukositosis
o Mengesan peningkatan sel darah putih (leukosit) dari paras normal.Jika
berlakunya jangkitan, paras sel darah putih akan meningkat dengan mendadak
untuk melawan jangkitan.
5. Biopsy
o Sel Biopsi dilakukan di kawasan yang menunjukkan iritasi apabila tiada tanda
gejala akibat infeksi ditunjukkan.
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
20
21. Pengurusan Kes Ibu Dengan Masalah
1. Antibiotik digunakan terutamanya Cefriaxone 250mg (IM) single dose dan diikuti
dengan Doxycycline 100mg bd selama 1/52
2. Jika tidak spesifik servisitis boleh dirawat dengan rendaman dalam AgNO3 10% dan
irigasi
3. Servisitis yang tidak mahu sembuh boleh dilakukan melalui operatif dengan
melakukan konisasi, oleh sebab itu ekstropion dapat dilakukan lastik atau amputasi
4. Erosion boleh sembuh dengan ubat yang kuat seperti AgNO3 10% atau Albothyl
Cylindrical epithelium yang menyebabkan nekrosis dengan harapan kemudian dapat
digantikan dengan squamous epithelium yang banyak
5. Servisitis yang kronik lebih baik dirawat dengan cara „cautery-roadradial’ dengan
termakauter atau dengan „cryotherapy‟
6. Kejururawatan – rawatan konservatif untuk keselesaan klien
Tugasan MAOG 2111 | Kumpulan 30
21