SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Mengukur keberkesanan sekolah: Satu perspektif daripada kerangka konsep
‘The Balanced Scorecard’
Dr Rusmini bt Ku Ahmad
Pensyarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Abstrak
Perubahan persekitaran yang dinamik serta tuntutan masyarakat yang pelbagai terhadap
sekolah menjadikan pengurusan di sekolah semakin mencabar. Bagi meningkatkan dan
mengekalkan keberkesanan, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan
pengurusan seharian. ‘The Balanced Scorecard’ merupakan satu daripada kerangka
pengurusan yang begitu meluas digunakan dalam syarikat-syarikat perniagaan dan boleh
juga diaplikasikan dalam sektor awam dan sekolah. Oleh itu artikel ini mencadangkan
penggunaan ‘Balanced Scorecard’ sebagai alat pengukuran prestasi keberkesanan sekolah
yang lebih praktikal dan seimbang bagi menangani perubahan yang tidak menentu serta
tuntutan masyarakat yang pelbagai.
Pengenalan
Keberkesanan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya konsep ini
bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap
apa yang dikehendaki daripada sekolah. Tinjauan literatur kajian kebanyakannya
memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur utama
keberkesanan sekolah. Namun terdapat juga aspek-aspek lain yang diberi perhatian
mengikut kepentingan golongan masing-masing (Sergiovanni, 2001). Mengikut
pandangan ibubapa selain daripada kecemerlangan akademik, aspek keprihatinan guru
terhadap pelajar, keselamatan di sekolah serta kerjasama antara ibubapa dan sekolah
diberi penekanan. Bagi pelajar, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang
memberikan peluang yang sama, mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan
harmonis serta mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi
1
pembelajaran dan kreativiti. Pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar
yang seimbang, komunikasi yang baik di kalangan staf, program perkembangan staf
yang berterusan dan persekitaran kerja yang baik (Garbutt, 1996). Daripada
pandangan yang telah dikemukakan, jelas bahawa sekolah mempunyai tuntutan yang
pelbagai daripada masyarakat. Untuk itu sekolah harus berperanan sebagai organisasi
yang dinamik dan menggunakan strategi serta amalan-amalan pengurusan yang
bersesuaian dalam menangani cabaran dan memenuhi tuntutan pelbagai pihak.
Isu-isu sekolah berkesan
Perubahan persekitaran dan ekonomi pada masa kini memerlukan sekolah melahirkan
pelajar-pelajar yang boleh bersaing dan memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat
apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Kesan daripada fenomena ini sistem
pengurusan sekolah mesti mempunyai ‘organizational capacity’ untuk menentukan
pelajar-pelajar yang dihasilkan dapat mencapai satu tahap piawaian yang tinggi
selaras dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat. Sekolah harus
menyediakan persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang mantap dan amalan-
amalan pengurusan yang akan membawa kepada kecemerlangan organisasi.
Persoalannya adakah sekolah bersedia dengan strategi-strategi tertentu untuk
meningkatkan keberkesanan dan memperolehi kecemerlangan? Laporan Jemaah
Nazir suku tahun pertama tahun 2000 telah memaparkan realiti bahawa lebih kurang
57% sekolah-sekolah yang mampu mempamerkan pengurusan yang baik serta
menyediakan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran
sementara sekolah-sekolah lain menunjukkan prestasi pada peringkat sederhana dan
selebihnya pada peringkat lemah (Laporan Jemaah Nazir, 2001). Dalam konteks
2
penguasaan dan pembudayaan ICT, kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik
daripada Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap program rintis
Sekolah Bestari mendapati hanya 23.9% daripada pengetua sekolah bestari
mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perlaksanaan program rintis
Sekolah Bestari (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Dapatan yang sama juga
didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh Baharom Mohamad (2002), yang
meninjau tentang persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan
pengetua dan guru besar dalam celek komputer di sekolah-sekolah di negeri Johor.
Hasil kajian menunjukkan peratusan guru yang mempunyai tahap kepuasan kerja
terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar mereka adalah
rendah iaitu 24% bagi guru sekolah rendah dan 29.4% bagi guru sekolah menengah.
Berdasarkan kepada dapatan-dapatan ini, sekolah perlu banyak memberikan tumpuan
kepada budaya peningkatan ilmu dan kemahiran terkini pemimpin serta guru, strategi
dan amalan-amalan pengurusan yang mempengaruhi perkembangan sosial dan moral
pelajar-pelajar, amalan-amalan guru serta sistem kepercayaan warga sekolah yang
merupakan intipati penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.
Strategi meningkatkan keberkesanan sekolah
Tinjauan literatur menunjukkan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai
faktor. Daripada kajian awal mengenai keberkesanan sekolah mendapati latar
belakang sosioekonomi keluarga amat mempengaruhi pencapaian akademik murid
(Bloom, 1964; Coleman,1966; Jencks, 1971). Berdasarkan tinjauan kajian-kajian awal
mengenai keberkesanan sekolah, para pengkaji dan penggubal polisi pendidikan
mempunyai pandangan yang pesimis tentang pengaruh sekolah terhadap kejayaan
3
murid. Namun begitu bermula tahun 1980 an gambaran terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid semakin berubah. Sekolah dianggap mempunyai
hubungan dengan kualiti pembelajaran. Pengkaji-pengkaji sekolah berkesan mula
menggunakan strategi yang lebih baik dan sesuai bagi membuktikan bahawa sekolah
menyumbang kepada kejayaan murid. Kebanyakan dapatan menunjukkan pengaruh
pemimpin sekolah merupakan faktor signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan
sekolah. Di samping faktor kepimpinan, faktor persekitaran dan budaya sekolah,
jangkaan yang tinggi terhadap pencapaian serta penilaian yang kerap dilakukan juga
membantu meningkatkan pencapaian murid. (Brookeover, 1979; Edmonds, 1979;
Mortimore, 1995). Terdapat juga pengkaji yang berpendapat pengaruh persekitaran
atau lokasi sekolah mempengaruhi pencapaian akademik murid (Rozenholtz, 1989;
Ramaiah, 1995). Keberkesanan sekolah juga mempunyai hubungan dengan kebolehan
sedia ada murid seperti sekolah-sekolah berasrama penuh yang mempunyai murid-
murid yang terpilih dari segi pencapaian akademik walaupun proses pengajaran dan
pembelajaran kurang berkesan (Sharifah, 2000). Terdapat juga andaian bahawa
budaya sekolah berkesan dipengaruhi oleh perbezaan budaya bangsa seperti budaya
sekolah kebangsaan dan budaya sekolah jenis kebangsaan (Ghazali Othman, 2001).
Para pengkaji juga mendapati sumber-sumber organisasi seperti sumber kewangan,
peralatan komputer serta kemudahan-kemudahan sekolah yang lain mempunyai
korelasi dengan pencapaian murid (Hedges, Laine, Greenwalds, 1994; Tribus, 1996).
Walaupun kecemerlangan dan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor
seperti faktor sosioekonomi, lokasi sekolah, sumber kewangan, peralatan yang
mencukupi serta tahap kebolehan sedia ada murid namun pihak sekolah harus optimis
dalam mengaplikasikan amalan-amalan pengurusan dan strategi sekolah bagi
menjamin keberkesanannya. Antara strategi yang boleh diaplikasikan dalam amalan-
4
amalan pengurusan ialah pengukuran prestasi sekolah. Menurut Anne Story (2002),
bagi mengekalkan dan meningkatkan keberkesanan sekolah, sistem pengukuran
prestasi harus diamalkan oleh warga sekolah sebagai satu strategi pengurusan.
Matlamat utama menggunakan sistem pengukuran prestasi adalah untuk
meningkatkan prestasi organisasi. Sistem pengukuran yang baik akan membantu
organisasi mencapai kecemerlangan melalui lima cara (Mike Bourne; Pipa Bourne,
2002).
i. Memantapkan prestasi
Pengukuran prestasi akan dapat memantapkan keberkesanan dan prestasi sekolah.
Melalui sistem pengukuran ini, sekolah dapat menilai prestasi masa lalu, mengenal
pasti prestasi keadaan semasa, kekuatan dan kelemahan serta mensasarkan prestasi
pada masa akan datang. Melalui sistem pengukuran prestasi juga sekolah dapat
mengekalkan kelebihan daya saing serta menjamin kecemerlangan dan memantapkan
prestasi sekolah.
ii. Menjelaskan hala tuju
Melalui pembinaan set kriteria pengukuran, semua warga sekolah akan dapat
menyedari perkara-perkara penting dan patut diberi perhatian serta usaha. Sistem
pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai
pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik sekolah.
Melalui komitmen pihak sekolah terhadap pengukuran ianya akan dapat membentuk
satu budaya yang mementingkan pencapaian iaitu setiap individu tidak lagi bekerja
tanpa hala tuju tetapi tahu apa yang diharapkan daripada mereka dan dapat melihat
peningkatan prestasi sekolah hasil daripada sumbangan mereka.
5
iii. Memfokuskan tindakan dalam bidang yang penting
Sistem pengukuran prestasi merupakan sistem yang membantu sekolah dalam
menentukan tindakan yang perlu diambil. Sistem pengukuran merupakan sesuatu
yang dinamik. Pengukuran secara tekal akan dapat membantu sekolah mengenal pasti
perkara-perkara yang menjadi menghalang kepada keberkesanannya. Oleh itu
tumpuan dapat diberikan kepada perkara-perkara penting yang menjadi teras kepada
kecemerlangan sekolah dan keberkesanan sekolah.
iv. Membantu pembelajaran
Mengaplikasi sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah mengenal
pasti kesesuaian strategi yang telah diimplementasikan dan tindakan yang perlu
diambil. Pengukuran seharusnya memberikan maklumat mengenai strategi yang telah
dijalankan akan tetapi ianya harus dilihat semula dan menggunakan pengukuran untuk
membantu pembelajaran.
v. Mempengaruhi tingkah laku
Bagi mempengaruhi tingkah laku staf, sistem pengukuran prestasi yang sesuai harus
dibina. Ini dapat memotivasikan staf ke arah matlamat organisasi. Kegagalan
menghasilkan sistem pengukuran yang betul akan memberikan kesan yang tidak baik
kepada prestasi organisasi. Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada
perkara-perkara yang tidak produktif dan merugikan masa.
Keseluruhannya sistem pengukuran prestasi akan memberikan kesan kepada
organisasi. Ianya dapat membantu dan menumpukan perhatian terhadap matlamat,
membina budaya mementingkan pencapaian, menentukan pemacu-pemacu kepada
6
prestasi organisasi, memberikan fokus kepada pemacu prestasi dan mengenal pasti
lebih awal faktor-faktor yang menghalang kepada keberkesanan organisasi. Oleh itu
bagi menjamin keberkesanan sekolah sistem pengukuran prestasi harus dilakukan.
Sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah memantapkan prestasi
serta berupaya memenuhi kehendak pelbagai pihak.
Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’
Matlamat utama menggunakan sistem pengukuran prestasi adalah untuk
meningkatkan keberkesanan sekolah. Pengukuran prestasi sekolah harus dijadikan
amalan dalam pengurusan. Kaedah ini boleh diimplementasikan dalam bidang
akauntabiliti kewangan, pencapaian akademik pelajar, pengurangan masalah disiplin,
proses pengajaran dan pembelajaran, peningkatan profesionalisme guru dan
sebagainya. Bagi memudahkan pengukuran prestasi sekolah dilakukan, strategi-
strategi yang dirancang untuk mencapai misi dan visi oleh pihak sekolah mestilah
dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur. Satu pendekatan yang dapat membantu
pengurus sekolah mengukur dan menukarkan strategi kepada tindakan adalah melalui
penggunaan kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard. Konsep ini telah
diperkenalkan oleh Robert Kaplan dan David Norton dalam Harvard Business Review
pada tahun 1992. ‘The Balanced Scorecard’ merupakan kerangka pengurusan yang
telah diperkenalkan kepada organisasi-organisasi perniagaan sebagai satu pendekatan
untuk mengukur prestasi organisasi. Kerangka ‘Balanced Scorecard’ ini memberikan
fokus kepada empat perspektif utama iaitu perspektif kewangan, perspektif
pelanggan, perspektif proses dalaman dan perspektif pembelajaran dan pertumbuhan
seperti rajah 1:
7
Rajah 1: Empat Perspektif Asas Konsep Balanced Scorecard
Perspektif-perspektif di dalam kerangka ini bertujuan untuk menghubungkait antara
kawalan operasi jangka pendek dengan strategi dan visi jangka panjang organisasi
perniagaan. Melalui pendekatan ini tumpuan organisasi perniagaan hanya kepada
beberapa perspektif utama. Walaupun fokus utama organisasi perniagaan ialah kepada
perspektif kewangan namun perspektif penentu-penentu yang lain seperti perspektif
pelanggan, proses dalaman dan inovasi diberi tumpuan yang sama bagi menjamin
keberkesanan organisasi pada masa akan datang (Hassan Jantan 2002). Kerangka
konsep ‘The Balanced Scorecard’ menjelaskan bahawa pengukuran kewangan tidak
memberikan gambaran sebenar mengenai faktor-faktor yang membawa kepada
keberkesanan organisasi. Oleh itu model ini adalah sesuai untuk diimplementasikan
pada organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Menurut Niven (2003),
perbezaan yang jelas bagi kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ organisasi
bukan berasaskan keuntungan dengan organisasi perniagaan ialah kedudukan
8
Perspektif
Kewangan
Perspektif
Pelanggan
Perspektif Proses
Dalaman
Perspektif
Pembelajaran dan
Pertumbuhan
Visi
&
Strategi
perspektif pelanggan pada bahagian atas kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’
seperti rajah 2.
Rajah 2: Perspektif Konsep ‘Balanced Scorecard’ bagi Sektor Awam
Dengan memenuhi kehendak pelanggan, misi organisasi akan tercapai. Berbeza pula
dengan sektor perniagaan, iaitu kewangan menjadi indikator kepada stakeholder
mengenai prestasi organisasi. Namun begitu tiada organisasi yang akan beroperasi
dengan cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan tanpa faktor kewangan.
Ukuran kewangan bagi sektor awam dan organisasi bukan keuntungan dapat dilihat
sebagai pemangkin atau sebaliknya sebagai kekangan. Organisasi awam akan dilihat
sebagai organisasi yang berjaya mengurus kewangan apabila membelanjakan
9
Perspektif
Pelanggan
Perspektif
Kewangan
Perspektif Proses
Dalaman
Perspektif
Pembelajaran dan
Pertumbuhan
Strategi
Misi
peruntukan yang diberikan tanpa berlebihan ataupun memberikan perkhidmatan
dengan melibatkan kos yang sedikit dan menghasilkan kecekapan yang tinggi akan
menarik perhatian dan sumbangan pihak awam. Kunci kepada kejayaan kerangka
‘Balanced Scorecard’ terletak pada pemilihan dan pengukuran proses-proses yang
memberikan nilai kepada pelanggan. Proses yang difokuskan bermula daripada
objektif dan pengukuran yang dipilih daripada perspektif pelanggan dan
dihubungkaitkan dengan perspektif-perspektif lain di dalam kerangka ini.
Organisasi awam dan bukan keuntungan yang berasaskan misi bergantung
sepenuhnya kepada kemahiran, dedikasi dan keselarasan staf untuk mencapai
matlamat. Kompetensi staf dan infrastruktur organisasi terjalin melalui semua
perspektif dalam kerangka ‘The Balanced Scorecard’. Kejayaan dalam peningkatan
proses, beroperasi dalam mengurus kewangan dan memenuhi kehendak pelanggan
bergantung kepada kebolehan pekerja dan amalan-amalan pengurusan dalam
mencapai misi organisasi. Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ yang dibina harus
menggambarkan strategi melalui objektif dan pengukuran yang telah dipilih. Ukuran
ini harus mempunyai hubungkait antara satu sama lain (cause and effect relationships)
daripada perspektif pembelajaran dan pertumbuhan untuk menambahbaikkan
keperluan pelanggan contohnya seperti rajah 3.
10
Rajah 3: Pendekatan strategik melalui hubungkait ‘Cause and Effect’
Rajah 3 menunjukkan contoh ‘cause and effect’ pendekatan strategik dalam bidang
pendidikan. Bagi menghasilkan peningkatan prestasi sekolah seperti peningkatan
dalam peperiksaan, pengurangan kadar ponteng, kepuasan kerja yang tinggi serta nilai
tambah dalam pendidikan, sekolah harus mengenal pasti proses dalaman yang
meningkatkan prestasi seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif.
Kaedah inovatif ini pula dapat diperolehi melalui program latihan kemahiran dan
teknik pengajaran dan pembelajaran terkini. Untuk menjayakan program latihan
kemahiran dan teknik P&P ini, bantuan kewangan tambahan diperlukan contohnya
untuk mendapatkan bantuan pakar dan juga tambahan alat bantu mengajar yang
sesuai. Menurut Nils-Grovan & Wetter (1998), kelebihan kerangka ‘The Balanced
Meningkatkan latihan
kemahiran dan teknik
P&P terkini
Menghasilkan kaedah
P&P yang inovatif
Perspektif
Pembelajaran dan
Pertumbuhan
Perspektif
Proses dalaman
11
Mendapatkan bantuan
kewangan
Peningkatan prestasi
sekolah
Perspektif
Kewangan
Perspektif
Pelanggan
Scorecard’ berbanding dengan kerangka pengurusan yang lain adalah berfokus
kepada ‘cause and effect’. Objektif dan pengukuran yang dipilih bagi strategi ‘The
Balanced Scorecard’ harus dijalinkan bersama melalui empat dimensi bagi
menunjukkan pertalian dalam perancangan strategik.
Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dalan konteks sekolah
Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ dapat diaplikasikan dalam konteks
sekolah sebagai kerangka pengukuran bagi memacu sekolah ke arah kecemerlangan.
Beberapa kelebihan penggunaan kerangka ini telah dikenal pasti antaranya ialah:
i. Menjana dan menterjemahkan strategi kepada tindakan
Menggunakan kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dapat menghubungkan
perancangan strategik jangka panjang dengan aktiviti tindakan seharian. Melalui
pendekatan empat dimensi dan ‘cause and effect’ ini, kemahiran dan ciri-ciri guru
serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan
dengan misi sekolah. Ianya menggambarkan penambahbaikan untuk menjadikan
sekolah berkesan dan menentukan keutamaan strategik.
ii. Mempamerkan akauntabiliti dan hasil
Untuk mempamerkan hasil, sekolah harus mengukur prestasi organisasi. Dengan
hanya memperbanyakkan bilangan program-program sekolah, perbelanjaan yang
dikeluarkan yang menyokong akademik belum menunjukkan sesebuah sekolah itu
12
berkesan tetapi sebaliknya menunjukkan objektif dan misi sekolah seperti yang telah
dinyatakan telah tercapai. Melalui penggunaan ‘The Balanced Scorecard’ fokus
sekolah tertumpu kepada misi dan strategi.
iii. Membina perancangan yang rapi
Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ yang digunakan dalam bidang perniagaan
sebagai business planning boleh digunapakai untuk perancangan dalam bidang
pendidikan. Contohnya perancangan dalam pengurusan kewangan. Sekolah harus
membelanjakan waran peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, SUWA, asrama dan
lain-lain derma daripada PIBG dan sebagainya ke arah merealisasikan misi dan visi
sekolah. Dalam proses perancangan membina ‘The Balanced Scorecard’ penglibatan
semua staf adalah perlu bagi menentukan keutamaan strategi sekolah, menyatakan
jenis aktiviti, sasaran serta bentuk ukuran yang sesuai.
iv. Mengukuhkan kepercayaan pelanggan
Menggunakan kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ dapat mempamerkan
akauntabiliti dan prestasi sekolah. Melalui pencapaian yang telah dibuktikan, sekolah
dapat menyakinkan stakeholder dan pelanggan serta semua warga sekolah. Keadaan
ini dapat meningkatkan motivasi ibu bapa dan komuniti untuk memberikan
sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun kepakaran bagi meningkatkan
lagi keberkesanan sekolah.
v. Memacu perubahan
Menurut Charles Darwin “The survivor of any species are not necessarily the
strongest. And they are not necessarily the most intelligent. They are those who are
13
most responsive to change”. Kata-kata ini boleh diaplikasikan dalam organisasi
dengan merujuk kepada hanya organisasi yang mampu berubah sahaja yang dapat
meneruskan kesinambungan keberkesanan dan kecemerlangannya. Melalui
pengukuran daripada kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dapat menggerakkan dan
memacu perubahan yang dikehendaki dalam organisasi. Contoh dimensi
pembelajaran dan perkembangan staf. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran
dan pembelajaran terkini perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah dan guru dalam
memastikan kecemerlangan kurikulum sesuai dengan kehendak semasa. Bilangan
latihan yang telah dijalankan, tahap penguasaan ilmu ICT dikalangan guru harus
diukur bagi menjamin keberkesanan proses dalaman dan seterusnya memberikan
kepuasan kepada pelanggan iaitu pelajar dan ibubapa serta misi dan visi sekolah.
Bagaimana membina kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ di sekolah?
Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ boleh digunakan dalam aspek
pengurusan dan pentadbiran di sekolah contohnya seperti rajah 4. Apa yang penting
ialah pihak sekolah harus memahami bahawa kerangka ini merupakan kerangka yang
menjadi pelengkap kepada amalan-amalan pengurusan di sekolah. Oleh kerana fokus
utama kerangka ‘The Balanced Scorecard’ ini ialah menukarkan strategi kepada
tindakan melalui pengukuran maka langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah
ini ialah:
i. Kenal pasti kehendak stakeholder, ibubapa, dan komuniti. Ini kerana
strategi, misi dan visi sekolah harus selaras dengan kehendak
pelanggan.Lakukan analisis mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman sekolah. Analisis ini merupakan langkah yang penting untuk
menghasilkan strategi yang sesuai dengan kehendak misi dan visi sekolah.
14
ii. Janakan strategi. Daripada analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman, strategi organisasi dapat dihasilkan daripada keempat kerangka
‘The Balanced Scorecard’ iaitu perspektif pelanggan, proses dalaman,
kewangan dan perbelanjaan dan pembangunan staf. Strategi dijalinkan
melalui keempat-empat dimensi ini bagi mencapai misi sekolah.
iii. Bina peta strategik melalui pendekatan hubungkait ‘Cause and Effect’.
Hubungkait antara komponen strategi digunakan untuk mengenal pasti
pemacu prestasi bagi strategi yang menghasilkan kejayaan.
iv. Bina pengukuran bagi strategi yang dipilih. Bagi memantapkan dan
merealisasikan strategi yang telah dibina, setiap strategi perlu dinyatakan
kepada bentuk yang boleh diukur. Melalui pengukuran ini ianya dapat
menterjemahkan strategi kepada tindakan dan hasil seperti yang telah
dinyatakan di dalam keempat-empat kerangka ‘The Balanced Scorecard’.
Objektif Pengukuran Target Inisiatif
Kewangan Meningkatkan
pengurusan kewangan
dengan cekap
Penggunaan wang
perkapita
grant
Aktiviti
peningkatan kaedah
pengajaran dan
penggunaan bahan
P&P terkini
Pelanggan Meningkatkan tahap
kepuasan pelanggan
Pencapaian
peperiksaan
95% Program
peningkatan
prestasi
Dalaman Meningkatkan
kepuasan kerja
Kadar pusing ganti Kurang 5% staf
yang memohon
bertukar
Program ‘Job
Rotation”
Pembelajaran Memperkembangkan
kemahiran staf
Sasaran kerja
tahunan
95% Latihan dalaman
v. Sokongan dan komitmen warga sekolah. Pembinaan strategi sekolah serta
penggunaan kerangka ‘The Balanced Scorecard’ memerlukan sokongan
15
daripada pihak pentadbir dan komitmen keseluruhan warga sekolah. Bagi
merealisasikan misi dan visi sekolah semua staf harus faham kerangka
konsep ‘The Balanced Scorecard’ dan hubungkait antara tindakan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, disiplin sekolah, amalan-
amalan pengurusan dengan kerangka konsep ini. Oleh itu kerjasama yang
erat dan komitmen yang bersungguh-sungguh adalah perlu untuk
menjayakan penggunaan kerangka ini.
16
Perspektif Pelanggan
Sekolah pilihan
Prestasi peperiksaan
Kadar kehadiran
Tinjauan kepuasan kerja dan
sikap
Aktiviti kokurikulum
Nilai tambah
Perspektif Kewangan
Mengurus kewangan sekolah
dengan cekap
Mendapatkan bantuan sumber
kewangan
Perspektif Pembelajaran dan
Inovasi
Mengadakan sistem dan proses
perkembangan staf
Meningkatkan pedagogi
Menambahkan kemahiran
kepimpinan
Aplikasi ICT
Sokongan teknikal
Perspektif Proses Dalaman
Meninggikan tahap kepuasan
kerja
Menjadikan sekolah pilihan
staf
Mengurangkan kadar pusing
ganti
Meningkatkan tahap
keselamatan
Misi
Sekolah
Rajah 4: Kerangka konsep ‘Balanced Scorecard’ dalam konteks sekolah.
Gabungan daripada kerangka konsep BSC oleh Niven (2003) dan Anne Storey (2002)
Strategi
17
Bagi kerangka konsep ‘Balanced Scorecard’ yang telah dicadangkan, setiap strategi
yang akan diterjemahkan kepada tindakan perlu diperincikan kepada objektif yang
boleh diukur melalui penyediaan pelan taktikal dan operasional.
Kesimpulan
Bagi meningkatkan dan menjamin keberkesanan sekolah serta memenuhi tuntutan
pelbagai pihak, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan
seharian. Satu daripada kerangka pengurusan yang diguna pakai dalam bidang
perniagaan dan boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan ialah ‘The Balanced
Scorecard’. Kerangka ini mempunyai empat dimensi yang penting yang mengandungi
strategi yang menjurus kepada kejayaan misi dan visi sekolah. Fokus utama kerangka
‘The Balanced Scorecard’ ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan melalui
pengukuran prestasi. Namun begitu penggunaan kerangka ini dalam konteks sekolah
harus mendapat kerjasama dan komitmen seluruh warga sekolah bagi menjamin
keberkesanan sekolah.
18
Rujukan
Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd
Rahman.. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan
Pacific pada 16 – 19 Disember 2002.
Bloom (1964). In Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice
perspective.Texas:Allyn and Bacon.
Bourne, M & Bourne, P. (2002). Balanced scorecard in a week.London:
Hodder&Stoughton.
Brookover, W.B. and Lezotte, L. W. (1979). Changes in School Characteristics
Coincidence with Changes in School Achievement. East Lansing: Institute for
research on Teaching, Michigan University.
Coleman J.S. (1966). The international handbook of school effectiveness research. In
Tedllie, C. Reynolds, S. (2000). The international handbook of school
effectiveness research. London and New York: Falmer Press.
Edmonds, R. (1979). Some Schools Work and More Can. Social Policy 9(2), 28-32.
Garbutt, S. (1996). The transfer of TQM from industry to education. Education +
Traning, 38, 16-22.
Ghazali Othman (2001). http://www.chs.usm.my/education/publication/jemputan.htm.
Hassan Jantan. (2002). Menggunakan Balanced Scorecard sebagai alat pengukuran
prestasi organisasi sector awam. Pengurusan Awam: Penerbitan Jabatan
Perkhidmatan Awam, 2, 43-53.
Hedges,P., Laine, S., Greenwalds, (1994). In Mortimore, P. (1995). Key
characteristics of effective schools: A review of school
Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education
Jencks, C.(1971). The Coleman report and the conventional wisdom’ in Mosteller, F.
and Moynihan, D.P.(ed) On Equality of Educational Opportunity. New York:
Vintage Book, pp 69-115
Kaplan, R.S. & Norton, D. P. (1996). The balanced scorecard: Translating strategy
into action. Boston: Harvard Business School.
Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan
pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional
Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19
Disember 2002.
19
Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school
Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education.
Nils-Grovan, R.J.& Wetter, M. (1998). Performance driven: A practical guide to
using the balanced scorecard. New York: John Wiley & Son Inc.
Niven, P.R. (2003). Balanced scorecard step by step for government and non profit
agencies. San Diego: John Wiley & Don.Inc.
Ramaiah, A.L. (1995). Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan
Metodologi. Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Rosenholtz, S.J.(1989). Teachers’ workplace: The social organization of school. New
York: Longman.
Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice
perspective.Texas:Allyn and Bacon.
Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan Sekolah. Satu perspektif sosiologi.Serdang:
UPM.
Story, A. (2002). Performance management in schools: could the balanced scorecard
helped? School Leadership and Management,22, p321-338.
20

More Related Content

What's hot

Bab 7 alat penilaian
Bab 7 alat penilaianBab 7 alat penilaian
Bab 7 alat penilaianDURGA DEVI
 
Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianatraxtra88
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingKomuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingMokhzani Fadir
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...FaFai S.
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 

What's hot (20)

Bab 7 alat penilaian
Bab 7 alat penilaianBab 7 alat penilaian
Bab 7 alat penilaian
 
Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaian
 
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi PendidikanPengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingKomuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Pendekatan deduktif ppt.
Pendekatan deduktif ppt.Pendekatan deduktif ppt.
Pendekatan deduktif ppt.
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
 
Taburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung NormalTaburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung Normal
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
RPH NUTRISI.docx
RPH NUTRISI.docxRPH NUTRISI.docx
RPH NUTRISI.docx
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 

Viewers also liked

Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiMuhamad Bustaman Abdul Manaf
 
Dasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahDasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahCikgu Niezam
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...faiza mohdzuki
 
Pelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan SekolahPelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan Sekolahtengkurohana
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkNor Kamaruddin
 
Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan Internetfazri Rahim
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANRafiza Diy
 
Perancangan Strategik Organisasi
Perancangan Strategik  OrganisasiPerancangan Strategik  Organisasi
Perancangan Strategik OrganisasiAzman Hj. Ayup
 
kertas-kerja-program-kebakaran-sekolah
kertas-kerja-program-kebakaran-sekolahkertas-kerja-program-kebakaran-sekolah
kertas-kerja-program-kebakaran-sekolahKayhebat
 
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaranHBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaranmarshiza
 
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategikKonsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategiksmklunas2011
 
Penulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganPenulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganSyahremie Teja
 
Perancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik SekolahPerancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik SekolahALSAFII
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016Rosdi Ramli
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...SlideShare
 

Viewers also liked (20)

Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
 
Dasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahDasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolah
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
 
Pelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan SekolahPelan Pembangunan Sekolah
Pelan Pembangunan Sekolah
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperwork
 
Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan Internet
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATAN
 
Perancangan Strategik Organisasi
Perancangan Strategik  OrganisasiPerancangan Strategik  Organisasi
Perancangan Strategik Organisasi
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Frog VLE
Frog VLEFrog VLE
Frog VLE
 
Perancangan Strategik
Perancangan StrategikPerancangan Strategik
Perancangan Strategik
 
kertas-kerja-program-kebakaran-sekolah
kertas-kerja-program-kebakaran-sekolahkertas-kerja-program-kebakaran-sekolah
kertas-kerja-program-kebakaran-sekolah
 
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaranHBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
 
Kertas kerja program 3k
Kertas kerja program 3kKertas kerja program 3k
Kertas kerja program 3k
 
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategikKonsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
 
Penulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganPenulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadangan
 
Perancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik SekolahPerancangan Strategik Sekolah
Perancangan Strategik Sekolah
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
 

Similar to dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranShinz Cucut
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiKrishna Veeni
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostinglmdsaufee
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminargieyahya
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarAnysPiNky
 

Similar to dfdaMengukur keberkesanan sekolah (20)

Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
Mrna jp2013 (2)
Mrna jp2013 (2)Mrna jp2013 (2)
Mrna jp2013 (2)
 
1911
19111911
1911
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostingl
 
3
33
3
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
 

dfdaMengukur keberkesanan sekolah

  • 1. Mengukur keberkesanan sekolah: Satu perspektif daripada kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ Dr Rusmini bt Ku Ahmad Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Abstrak Perubahan persekitaran yang dinamik serta tuntutan masyarakat yang pelbagai terhadap sekolah menjadikan pengurusan di sekolah semakin mencabar. Bagi meningkatkan dan mengekalkan keberkesanan, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan seharian. ‘The Balanced Scorecard’ merupakan satu daripada kerangka pengurusan yang begitu meluas digunakan dalam syarikat-syarikat perniagaan dan boleh juga diaplikasikan dalam sektor awam dan sekolah. Oleh itu artikel ini mencadangkan penggunaan ‘Balanced Scorecard’ sebagai alat pengukuran prestasi keberkesanan sekolah yang lebih praktikal dan seimbang bagi menangani perubahan yang tidak menentu serta tuntutan masyarakat yang pelbagai. Pengenalan Keberkesanan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya konsep ini bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap apa yang dikehendaki daripada sekolah. Tinjauan literatur kajian kebanyakannya memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur utama keberkesanan sekolah. Namun terdapat juga aspek-aspek lain yang diberi perhatian mengikut kepentingan golongan masing-masing (Sergiovanni, 2001). Mengikut pandangan ibubapa selain daripada kecemerlangan akademik, aspek keprihatinan guru terhadap pelajar, keselamatan di sekolah serta kerjasama antara ibubapa dan sekolah diberi penekanan. Bagi pelajar, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang memberikan peluang yang sama, mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan harmonis serta mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi 1
  • 2. pembelajaran dan kreativiti. Pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar yang seimbang, komunikasi yang baik di kalangan staf, program perkembangan staf yang berterusan dan persekitaran kerja yang baik (Garbutt, 1996). Daripada pandangan yang telah dikemukakan, jelas bahawa sekolah mempunyai tuntutan yang pelbagai daripada masyarakat. Untuk itu sekolah harus berperanan sebagai organisasi yang dinamik dan menggunakan strategi serta amalan-amalan pengurusan yang bersesuaian dalam menangani cabaran dan memenuhi tuntutan pelbagai pihak. Isu-isu sekolah berkesan Perubahan persekitaran dan ekonomi pada masa kini memerlukan sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bersaing dan memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Kesan daripada fenomena ini sistem pengurusan sekolah mesti mempunyai ‘organizational capacity’ untuk menentukan pelajar-pelajar yang dihasilkan dapat mencapai satu tahap piawaian yang tinggi selaras dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat. Sekolah harus menyediakan persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang mantap dan amalan- amalan pengurusan yang akan membawa kepada kecemerlangan organisasi. Persoalannya adakah sekolah bersedia dengan strategi-strategi tertentu untuk meningkatkan keberkesanan dan memperolehi kecemerlangan? Laporan Jemaah Nazir suku tahun pertama tahun 2000 telah memaparkan realiti bahawa lebih kurang 57% sekolah-sekolah yang mampu mempamerkan pengurusan yang baik serta menyediakan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran sementara sekolah-sekolah lain menunjukkan prestasi pada peringkat sederhana dan selebihnya pada peringkat lemah (Laporan Jemaah Nazir, 2001). Dalam konteks 2
  • 3. penguasaan dan pembudayaan ICT, kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik daripada Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap program rintis Sekolah Bestari mendapati hanya 23.9% daripada pengetua sekolah bestari mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perlaksanaan program rintis Sekolah Bestari (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Dapatan yang sama juga didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh Baharom Mohamad (2002), yang meninjau tentang persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar dalam celek komputer di sekolah-sekolah di negeri Johor. Hasil kajian menunjukkan peratusan guru yang mempunyai tahap kepuasan kerja terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar mereka adalah rendah iaitu 24% bagi guru sekolah rendah dan 29.4% bagi guru sekolah menengah. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan ini, sekolah perlu banyak memberikan tumpuan kepada budaya peningkatan ilmu dan kemahiran terkini pemimpin serta guru, strategi dan amalan-amalan pengurusan yang mempengaruhi perkembangan sosial dan moral pelajar-pelajar, amalan-amalan guru serta sistem kepercayaan warga sekolah yang merupakan intipati penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan. Strategi meningkatkan keberkesanan sekolah Tinjauan literatur menunjukkan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Daripada kajian awal mengenai keberkesanan sekolah mendapati latar belakang sosioekonomi keluarga amat mempengaruhi pencapaian akademik murid (Bloom, 1964; Coleman,1966; Jencks, 1971). Berdasarkan tinjauan kajian-kajian awal mengenai keberkesanan sekolah, para pengkaji dan penggubal polisi pendidikan mempunyai pandangan yang pesimis tentang pengaruh sekolah terhadap kejayaan 3
  • 4. murid. Namun begitu bermula tahun 1980 an gambaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid semakin berubah. Sekolah dianggap mempunyai hubungan dengan kualiti pembelajaran. Pengkaji-pengkaji sekolah berkesan mula menggunakan strategi yang lebih baik dan sesuai bagi membuktikan bahawa sekolah menyumbang kepada kejayaan murid. Kebanyakan dapatan menunjukkan pengaruh pemimpin sekolah merupakan faktor signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan sekolah. Di samping faktor kepimpinan, faktor persekitaran dan budaya sekolah, jangkaan yang tinggi terhadap pencapaian serta penilaian yang kerap dilakukan juga membantu meningkatkan pencapaian murid. (Brookeover, 1979; Edmonds, 1979; Mortimore, 1995). Terdapat juga pengkaji yang berpendapat pengaruh persekitaran atau lokasi sekolah mempengaruhi pencapaian akademik murid (Rozenholtz, 1989; Ramaiah, 1995). Keberkesanan sekolah juga mempunyai hubungan dengan kebolehan sedia ada murid seperti sekolah-sekolah berasrama penuh yang mempunyai murid- murid yang terpilih dari segi pencapaian akademik walaupun proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan (Sharifah, 2000). Terdapat juga andaian bahawa budaya sekolah berkesan dipengaruhi oleh perbezaan budaya bangsa seperti budaya sekolah kebangsaan dan budaya sekolah jenis kebangsaan (Ghazali Othman, 2001). Para pengkaji juga mendapati sumber-sumber organisasi seperti sumber kewangan, peralatan komputer serta kemudahan-kemudahan sekolah yang lain mempunyai korelasi dengan pencapaian murid (Hedges, Laine, Greenwalds, 1994; Tribus, 1996). Walaupun kecemerlangan dan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor sosioekonomi, lokasi sekolah, sumber kewangan, peralatan yang mencukupi serta tahap kebolehan sedia ada murid namun pihak sekolah harus optimis dalam mengaplikasikan amalan-amalan pengurusan dan strategi sekolah bagi menjamin keberkesanannya. Antara strategi yang boleh diaplikasikan dalam amalan- 4
  • 5. amalan pengurusan ialah pengukuran prestasi sekolah. Menurut Anne Story (2002), bagi mengekalkan dan meningkatkan keberkesanan sekolah, sistem pengukuran prestasi harus diamalkan oleh warga sekolah sebagai satu strategi pengurusan. Matlamat utama menggunakan sistem pengukuran prestasi adalah untuk meningkatkan prestasi organisasi. Sistem pengukuran yang baik akan membantu organisasi mencapai kecemerlangan melalui lima cara (Mike Bourne; Pipa Bourne, 2002). i. Memantapkan prestasi Pengukuran prestasi akan dapat memantapkan keberkesanan dan prestasi sekolah. Melalui sistem pengukuran ini, sekolah dapat menilai prestasi masa lalu, mengenal pasti prestasi keadaan semasa, kekuatan dan kelemahan serta mensasarkan prestasi pada masa akan datang. Melalui sistem pengukuran prestasi juga sekolah dapat mengekalkan kelebihan daya saing serta menjamin kecemerlangan dan memantapkan prestasi sekolah. ii. Menjelaskan hala tuju Melalui pembinaan set kriteria pengukuran, semua warga sekolah akan dapat menyedari perkara-perkara penting dan patut diberi perhatian serta usaha. Sistem pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik sekolah. Melalui komitmen pihak sekolah terhadap pengukuran ianya akan dapat membentuk satu budaya yang mementingkan pencapaian iaitu setiap individu tidak lagi bekerja tanpa hala tuju tetapi tahu apa yang diharapkan daripada mereka dan dapat melihat peningkatan prestasi sekolah hasil daripada sumbangan mereka. 5
  • 6. iii. Memfokuskan tindakan dalam bidang yang penting Sistem pengukuran prestasi merupakan sistem yang membantu sekolah dalam menentukan tindakan yang perlu diambil. Sistem pengukuran merupakan sesuatu yang dinamik. Pengukuran secara tekal akan dapat membantu sekolah mengenal pasti perkara-perkara yang menjadi menghalang kepada keberkesanannya. Oleh itu tumpuan dapat diberikan kepada perkara-perkara penting yang menjadi teras kepada kecemerlangan sekolah dan keberkesanan sekolah. iv. Membantu pembelajaran Mengaplikasi sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah mengenal pasti kesesuaian strategi yang telah diimplementasikan dan tindakan yang perlu diambil. Pengukuran seharusnya memberikan maklumat mengenai strategi yang telah dijalankan akan tetapi ianya harus dilihat semula dan menggunakan pengukuran untuk membantu pembelajaran. v. Mempengaruhi tingkah laku Bagi mempengaruhi tingkah laku staf, sistem pengukuran prestasi yang sesuai harus dibina. Ini dapat memotivasikan staf ke arah matlamat organisasi. Kegagalan menghasilkan sistem pengukuran yang betul akan memberikan kesan yang tidak baik kepada prestasi organisasi. Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada perkara-perkara yang tidak produktif dan merugikan masa. Keseluruhannya sistem pengukuran prestasi akan memberikan kesan kepada organisasi. Ianya dapat membantu dan menumpukan perhatian terhadap matlamat, membina budaya mementingkan pencapaian, menentukan pemacu-pemacu kepada 6
  • 7. prestasi organisasi, memberikan fokus kepada pemacu prestasi dan mengenal pasti lebih awal faktor-faktor yang menghalang kepada keberkesanan organisasi. Oleh itu bagi menjamin keberkesanan sekolah sistem pengukuran prestasi harus dilakukan. Sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah memantapkan prestasi serta berupaya memenuhi kehendak pelbagai pihak. Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ Matlamat utama menggunakan sistem pengukuran prestasi adalah untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Pengukuran prestasi sekolah harus dijadikan amalan dalam pengurusan. Kaedah ini boleh diimplementasikan dalam bidang akauntabiliti kewangan, pencapaian akademik pelajar, pengurangan masalah disiplin, proses pengajaran dan pembelajaran, peningkatan profesionalisme guru dan sebagainya. Bagi memudahkan pengukuran prestasi sekolah dilakukan, strategi- strategi yang dirancang untuk mencapai misi dan visi oleh pihak sekolah mestilah dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur. Satu pendekatan yang dapat membantu pengurus sekolah mengukur dan menukarkan strategi kepada tindakan adalah melalui penggunaan kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Robert Kaplan dan David Norton dalam Harvard Business Review pada tahun 1992. ‘The Balanced Scorecard’ merupakan kerangka pengurusan yang telah diperkenalkan kepada organisasi-organisasi perniagaan sebagai satu pendekatan untuk mengukur prestasi organisasi. Kerangka ‘Balanced Scorecard’ ini memberikan fokus kepada empat perspektif utama iaitu perspektif kewangan, perspektif pelanggan, perspektif proses dalaman dan perspektif pembelajaran dan pertumbuhan seperti rajah 1: 7
  • 8. Rajah 1: Empat Perspektif Asas Konsep Balanced Scorecard Perspektif-perspektif di dalam kerangka ini bertujuan untuk menghubungkait antara kawalan operasi jangka pendek dengan strategi dan visi jangka panjang organisasi perniagaan. Melalui pendekatan ini tumpuan organisasi perniagaan hanya kepada beberapa perspektif utama. Walaupun fokus utama organisasi perniagaan ialah kepada perspektif kewangan namun perspektif penentu-penentu yang lain seperti perspektif pelanggan, proses dalaman dan inovasi diberi tumpuan yang sama bagi menjamin keberkesanan organisasi pada masa akan datang (Hassan Jantan 2002). Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ menjelaskan bahawa pengukuran kewangan tidak memberikan gambaran sebenar mengenai faktor-faktor yang membawa kepada keberkesanan organisasi. Oleh itu model ini adalah sesuai untuk diimplementasikan pada organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Menurut Niven (2003), perbezaan yang jelas bagi kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan organisasi perniagaan ialah kedudukan 8 Perspektif Kewangan Perspektif Pelanggan Perspektif Proses Dalaman Perspektif Pembelajaran dan Pertumbuhan Visi & Strategi
  • 9. perspektif pelanggan pada bahagian atas kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ seperti rajah 2. Rajah 2: Perspektif Konsep ‘Balanced Scorecard’ bagi Sektor Awam Dengan memenuhi kehendak pelanggan, misi organisasi akan tercapai. Berbeza pula dengan sektor perniagaan, iaitu kewangan menjadi indikator kepada stakeholder mengenai prestasi organisasi. Namun begitu tiada organisasi yang akan beroperasi dengan cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan tanpa faktor kewangan. Ukuran kewangan bagi sektor awam dan organisasi bukan keuntungan dapat dilihat sebagai pemangkin atau sebaliknya sebagai kekangan. Organisasi awam akan dilihat sebagai organisasi yang berjaya mengurus kewangan apabila membelanjakan 9 Perspektif Pelanggan Perspektif Kewangan Perspektif Proses Dalaman Perspektif Pembelajaran dan Pertumbuhan Strategi Misi
  • 10. peruntukan yang diberikan tanpa berlebihan ataupun memberikan perkhidmatan dengan melibatkan kos yang sedikit dan menghasilkan kecekapan yang tinggi akan menarik perhatian dan sumbangan pihak awam. Kunci kepada kejayaan kerangka ‘Balanced Scorecard’ terletak pada pemilihan dan pengukuran proses-proses yang memberikan nilai kepada pelanggan. Proses yang difokuskan bermula daripada objektif dan pengukuran yang dipilih daripada perspektif pelanggan dan dihubungkaitkan dengan perspektif-perspektif lain di dalam kerangka ini. Organisasi awam dan bukan keuntungan yang berasaskan misi bergantung sepenuhnya kepada kemahiran, dedikasi dan keselarasan staf untuk mencapai matlamat. Kompetensi staf dan infrastruktur organisasi terjalin melalui semua perspektif dalam kerangka ‘The Balanced Scorecard’. Kejayaan dalam peningkatan proses, beroperasi dalam mengurus kewangan dan memenuhi kehendak pelanggan bergantung kepada kebolehan pekerja dan amalan-amalan pengurusan dalam mencapai misi organisasi. Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ yang dibina harus menggambarkan strategi melalui objektif dan pengukuran yang telah dipilih. Ukuran ini harus mempunyai hubungkait antara satu sama lain (cause and effect relationships) daripada perspektif pembelajaran dan pertumbuhan untuk menambahbaikkan keperluan pelanggan contohnya seperti rajah 3. 10
  • 11. Rajah 3: Pendekatan strategik melalui hubungkait ‘Cause and Effect’ Rajah 3 menunjukkan contoh ‘cause and effect’ pendekatan strategik dalam bidang pendidikan. Bagi menghasilkan peningkatan prestasi sekolah seperti peningkatan dalam peperiksaan, pengurangan kadar ponteng, kepuasan kerja yang tinggi serta nilai tambah dalam pendidikan, sekolah harus mengenal pasti proses dalaman yang meningkatkan prestasi seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Kaedah inovatif ini pula dapat diperolehi melalui program latihan kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran terkini. Untuk menjayakan program latihan kemahiran dan teknik P&P ini, bantuan kewangan tambahan diperlukan contohnya untuk mendapatkan bantuan pakar dan juga tambahan alat bantu mengajar yang sesuai. Menurut Nils-Grovan & Wetter (1998), kelebihan kerangka ‘The Balanced Meningkatkan latihan kemahiran dan teknik P&P terkini Menghasilkan kaedah P&P yang inovatif Perspektif Pembelajaran dan Pertumbuhan Perspektif Proses dalaman 11 Mendapatkan bantuan kewangan Peningkatan prestasi sekolah Perspektif Kewangan Perspektif Pelanggan
  • 12. Scorecard’ berbanding dengan kerangka pengurusan yang lain adalah berfokus kepada ‘cause and effect’. Objektif dan pengukuran yang dipilih bagi strategi ‘The Balanced Scorecard’ harus dijalinkan bersama melalui empat dimensi bagi menunjukkan pertalian dalam perancangan strategik. Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dalan konteks sekolah Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ dapat diaplikasikan dalam konteks sekolah sebagai kerangka pengukuran bagi memacu sekolah ke arah kecemerlangan. Beberapa kelebihan penggunaan kerangka ini telah dikenal pasti antaranya ialah: i. Menjana dan menterjemahkan strategi kepada tindakan Menggunakan kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dapat menghubungkan perancangan strategik jangka panjang dengan aktiviti tindakan seharian. Melalui pendekatan empat dimensi dan ‘cause and effect’ ini, kemahiran dan ciri-ciri guru serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan misi sekolah. Ianya menggambarkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah berkesan dan menentukan keutamaan strategik. ii. Mempamerkan akauntabiliti dan hasil Untuk mempamerkan hasil, sekolah harus mengukur prestasi organisasi. Dengan hanya memperbanyakkan bilangan program-program sekolah, perbelanjaan yang dikeluarkan yang menyokong akademik belum menunjukkan sesebuah sekolah itu 12
  • 13. berkesan tetapi sebaliknya menunjukkan objektif dan misi sekolah seperti yang telah dinyatakan telah tercapai. Melalui penggunaan ‘The Balanced Scorecard’ fokus sekolah tertumpu kepada misi dan strategi. iii. Membina perancangan yang rapi Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ yang digunakan dalam bidang perniagaan sebagai business planning boleh digunapakai untuk perancangan dalam bidang pendidikan. Contohnya perancangan dalam pengurusan kewangan. Sekolah harus membelanjakan waran peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, SUWA, asrama dan lain-lain derma daripada PIBG dan sebagainya ke arah merealisasikan misi dan visi sekolah. Dalam proses perancangan membina ‘The Balanced Scorecard’ penglibatan semua staf adalah perlu bagi menentukan keutamaan strategi sekolah, menyatakan jenis aktiviti, sasaran serta bentuk ukuran yang sesuai. iv. Mengukuhkan kepercayaan pelanggan Menggunakan kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ dapat mempamerkan akauntabiliti dan prestasi sekolah. Melalui pencapaian yang telah dibuktikan, sekolah dapat menyakinkan stakeholder dan pelanggan serta semua warga sekolah. Keadaan ini dapat meningkatkan motivasi ibu bapa dan komuniti untuk memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun kepakaran bagi meningkatkan lagi keberkesanan sekolah. v. Memacu perubahan Menurut Charles Darwin “The survivor of any species are not necessarily the strongest. And they are not necessarily the most intelligent. They are those who are 13
  • 14. most responsive to change”. Kata-kata ini boleh diaplikasikan dalam organisasi dengan merujuk kepada hanya organisasi yang mampu berubah sahaja yang dapat meneruskan kesinambungan keberkesanan dan kecemerlangannya. Melalui pengukuran daripada kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dapat menggerakkan dan memacu perubahan yang dikehendaki dalam organisasi. Contoh dimensi pembelajaran dan perkembangan staf. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran terkini perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah dan guru dalam memastikan kecemerlangan kurikulum sesuai dengan kehendak semasa. Bilangan latihan yang telah dijalankan, tahap penguasaan ilmu ICT dikalangan guru harus diukur bagi menjamin keberkesanan proses dalaman dan seterusnya memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu pelajar dan ibubapa serta misi dan visi sekolah. Bagaimana membina kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ di sekolah? Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ boleh digunakan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran di sekolah contohnya seperti rajah 4. Apa yang penting ialah pihak sekolah harus memahami bahawa kerangka ini merupakan kerangka yang menjadi pelengkap kepada amalan-amalan pengurusan di sekolah. Oleh kerana fokus utama kerangka ‘The Balanced Scorecard’ ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan melalui pengukuran maka langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ini ialah: i. Kenal pasti kehendak stakeholder, ibubapa, dan komuniti. Ini kerana strategi, misi dan visi sekolah harus selaras dengan kehendak pelanggan.Lakukan analisis mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sekolah. Analisis ini merupakan langkah yang penting untuk menghasilkan strategi yang sesuai dengan kehendak misi dan visi sekolah. 14
  • 15. ii. Janakan strategi. Daripada analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, strategi organisasi dapat dihasilkan daripada keempat kerangka ‘The Balanced Scorecard’ iaitu perspektif pelanggan, proses dalaman, kewangan dan perbelanjaan dan pembangunan staf. Strategi dijalinkan melalui keempat-empat dimensi ini bagi mencapai misi sekolah. iii. Bina peta strategik melalui pendekatan hubungkait ‘Cause and Effect’. Hubungkait antara komponen strategi digunakan untuk mengenal pasti pemacu prestasi bagi strategi yang menghasilkan kejayaan. iv. Bina pengukuran bagi strategi yang dipilih. Bagi memantapkan dan merealisasikan strategi yang telah dibina, setiap strategi perlu dinyatakan kepada bentuk yang boleh diukur. Melalui pengukuran ini ianya dapat menterjemahkan strategi kepada tindakan dan hasil seperti yang telah dinyatakan di dalam keempat-empat kerangka ‘The Balanced Scorecard’. Objektif Pengukuran Target Inisiatif Kewangan Meningkatkan pengurusan kewangan dengan cekap Penggunaan wang perkapita grant Aktiviti peningkatan kaedah pengajaran dan penggunaan bahan P&P terkini Pelanggan Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan Pencapaian peperiksaan 95% Program peningkatan prestasi Dalaman Meningkatkan kepuasan kerja Kadar pusing ganti Kurang 5% staf yang memohon bertukar Program ‘Job Rotation” Pembelajaran Memperkembangkan kemahiran staf Sasaran kerja tahunan 95% Latihan dalaman v. Sokongan dan komitmen warga sekolah. Pembinaan strategi sekolah serta penggunaan kerangka ‘The Balanced Scorecard’ memerlukan sokongan 15
  • 16. daripada pihak pentadbir dan komitmen keseluruhan warga sekolah. Bagi merealisasikan misi dan visi sekolah semua staf harus faham kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ dan hubungkait antara tindakan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, disiplin sekolah, amalan- amalan pengurusan dengan kerangka konsep ini. Oleh itu kerjasama yang erat dan komitmen yang bersungguh-sungguh adalah perlu untuk menjayakan penggunaan kerangka ini. 16 Perspektif Pelanggan Sekolah pilihan Prestasi peperiksaan Kadar kehadiran Tinjauan kepuasan kerja dan sikap Aktiviti kokurikulum Nilai tambah Perspektif Kewangan Mengurus kewangan sekolah dengan cekap Mendapatkan bantuan sumber kewangan Perspektif Pembelajaran dan Inovasi Mengadakan sistem dan proses perkembangan staf Meningkatkan pedagogi Menambahkan kemahiran kepimpinan Aplikasi ICT Sokongan teknikal Perspektif Proses Dalaman Meninggikan tahap kepuasan kerja Menjadikan sekolah pilihan staf Mengurangkan kadar pusing ganti Meningkatkan tahap keselamatan Misi Sekolah
  • 17. Rajah 4: Kerangka konsep ‘Balanced Scorecard’ dalam konteks sekolah. Gabungan daripada kerangka konsep BSC oleh Niven (2003) dan Anne Storey (2002) Strategi 17
  • 18. Bagi kerangka konsep ‘Balanced Scorecard’ yang telah dicadangkan, setiap strategi yang akan diterjemahkan kepada tindakan perlu diperincikan kepada objektif yang boleh diukur melalui penyediaan pelan taktikal dan operasional. Kesimpulan Bagi meningkatkan dan menjamin keberkesanan sekolah serta memenuhi tuntutan pelbagai pihak, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan seharian. Satu daripada kerangka pengurusan yang diguna pakai dalam bidang perniagaan dan boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan ialah ‘The Balanced Scorecard’. Kerangka ini mempunyai empat dimensi yang penting yang mengandungi strategi yang menjurus kepada kejayaan misi dan visi sekolah. Fokus utama kerangka ‘The Balanced Scorecard’ ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan melalui pengukuran prestasi. Namun begitu penggunaan kerangka ini dalam konteks sekolah harus mendapat kerjasama dan komitmen seluruh warga sekolah bagi menjamin keberkesanan sekolah. 18
  • 19. Rujukan Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman.. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002. Bloom (1964). In Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice perspective.Texas:Allyn and Bacon. Bourne, M & Bourne, P. (2002). Balanced scorecard in a week.London: Hodder&Stoughton. Brookover, W.B. and Lezotte, L. W. (1979). Changes in School Characteristics Coincidence with Changes in School Achievement. East Lansing: Institute for research on Teaching, Michigan University. Coleman J.S. (1966). The international handbook of school effectiveness research. In Tedllie, C. Reynolds, S. (2000). The international handbook of school effectiveness research. London and New York: Falmer Press. Edmonds, R. (1979). Some Schools Work and More Can. Social Policy 9(2), 28-32. Garbutt, S. (1996). The transfer of TQM from industry to education. Education + Traning, 38, 16-22. Ghazali Othman (2001). http://www.chs.usm.my/education/publication/jemputan.htm. Hassan Jantan. (2002). Menggunakan Balanced Scorecard sebagai alat pengukuran prestasi organisasi sector awam. Pengurusan Awam: Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam, 2, 43-53. Hedges,P., Laine, S., Greenwalds, (1994). In Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education Jencks, C.(1971). The Coleman report and the conventional wisdom’ in Mosteller, F. and Moynihan, D.P.(ed) On Equality of Educational Opportunity. New York: Vintage Book, pp 69-115 Kaplan, R.S. & Norton, D. P. (1996). The balanced scorecard: Translating strategy into action. Boston: Harvard Business School. Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002. 19
  • 20. Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education. Nils-Grovan, R.J.& Wetter, M. (1998). Performance driven: A practical guide to using the balanced scorecard. New York: John Wiley & Son Inc. Niven, P.R. (2003). Balanced scorecard step by step for government and non profit agencies. San Diego: John Wiley & Don.Inc. Ramaiah, A.L. (1995). Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan Metodologi. Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rosenholtz, S.J.(1989). Teachers’ workplace: The social organization of school. New York: Longman. Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice perspective.Texas:Allyn and Bacon. Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan Sekolah. Satu perspektif sosiologi.Serdang: UPM. Story, A. (2002). Performance management in schools: could the balanced scorecard helped? School Leadership and Management,22, p321-338. 20