Dokumen tersebut membahasakan pentingnya pembangunan yang berimbang dan lestari serta memelihara alam sekitar. Islam menolak konsep pembangunan yang hanya menekankan aspek fisikal saja tanpa memperhatikan dampaknya terhadap lingkungan dan kerohanian. Perancang pembangunan harus memastikan kepentingan lingkungan dan kelangsungan sumber daya alam dijaga.
2. Pembangunan (untuk pertanian, perindustrian,
perniagaan, penempatan dan lain-lain) sering dikaitkan
dengan kemusnahan alam sekitar.
Fizikal manusia membangun = kualiti hidup manusia
merosot.
Justeru, wujudlah pembangunan yang tidak seimbang
dan tidak mampan.
4. • satu usaha untuk meningkatkan taraf kehidupan manusia
secara syumul
Pembangunan dalam Islam
• konsep pembangunan yang lengkap dan syumul dengan
mengambil kira keperluan dan kepentingan semua unsur yang
membentuk tabii manusia iaitu rohani dan jasmani dan juga
pembangunan yang berkaitan dengan perlaksanaan tugas dan
persekitaran hidup mereka sebagai khalifah dan hamba Allah.
Konsep pembangunan dalam Islam :
5. perancang pembangunan mestilah mengambil kira konsep pembangunan
yang seimbang dan mampan dengan memastikan kepentingan dan
kelangsungan alam sekitar.
dalam usaha manusia membina kemajuan dan pembangunan, mereka mesti memelihara alam sekitar sama ada dalam bentuk flora mahupun fauna
sama seperti kebaikan yang Allah s.w.t. berikan. Jika Allah s.w.t. mencipta alam sekitar dengan penuh keindahan dan keseimbangan, maka manusia
juga berkewajipan menjaga keindahan dan keseimbangan alam sekitar seperti mana yang diciptakan Allah s.w.t. pada asalnya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
… dan usahakanlah (untuk mendapatkan) apa yang Allah berikan kepada kamu daripada (anugerah) pada hari akhirat dan jangan kamu lupa habuan kamu di atas dunia, dan berbuat baiklah seperti mana
Allah berbuat baik kepada kamu dan jangan kamu melakukan kemusnahan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan kemusnahan. (Surah al-Qasas: 77)
Islam menolak konsep pembangunan yang hanya menekankan aspek fizikal dan material sahaja, tetapi pada masa yang sama merosakkan aspek
kerohanian dan alam sekitar.
6. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP):
◦ Pencemaran : suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam –perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap
7. Faktor Manusia
Pencemaran Udara
•gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap
hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan
pembakaran secara terbuka dan sebagainya
Pencemaran Air
•pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia,
haba, pembuangan sampahdan sebagainya
Pencemaran Tanah
•Pemusnahan hutan akibat pembalakan,
pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal
Faktor Semulajadi
(setelah berlakunya bencana alam)
letusan gunung berapi ribut taufan gempa bumi
9. Mengancam Kesihatan Manusia
Kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor
telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam
dan hidupan semulajadi
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun
boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan
yang tertutup
Penggunaan plumbum (iaitu sejenis bahan kimia yang
sangat beracun) oleh kenderaan bermotor boleh
menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan
kanak-kanak
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata,
Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air
menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur
penglihatan dan penuturan yang tidak betul,
kelumpuhan dan ada yang menemui maut
Mengancam tumbuhan dan binatang
Membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan
daripada tumpahan minyak ke laut
Tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran
persisiran pantai membentuk lapisan minyak yang
mengancam kehidupan laut serta burung .
Tumpuhan turut menjejaskan tumbesaran dan
kesuburan plankton .
Kerosakan Harta Benda
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi
seperti letusan gunung berapi,ribut taufan, gempa bumi
dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada
kerosakanharta benda .
Contoh: lahar panas letusan Gunung Merapi, Indonesia
telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda.
Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh
gunung tersebut. Antara kerosakan harta benda yang
berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan
kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat.