3. • Sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara Malaysia adalah menggunakan
konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.
• YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.
• Ciri-ciri khusus dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia:
• Perlembagaan,
• Raja Berperlembagaan
• pengasingan kuasa (perundangan, pentadbiran dan kehakiman)
• pilihan raya
7. Yang di-Pertuan
Agong
Perundangan Parlimen
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Pentadbiran
Perdana Menteri
Jemaah
Menteri/Kabinet
Kementerian
Jabatan
Kehakiman Mahkamah
Mahkamah
Persekutuan
Mahkamah Negeri
Majlis Raja-Raja
8. • Institusi Raja di Malaysia adalah satu unsur tradisional yang wujud melalui
pemerintahan beraja sejak awal kurun ke-11.
• Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdaulat atas negeri dan jajahan takluknya.
• Pada abad ke-19 dan 20, kuasa pentadbiran pemerintahan diambil alih oleh British
dan Jepun.
• Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
• Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang di-
Pertuan Agong (YDPA) hendaklah mematuhi peruntukan di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
• Peruntukan ini bermaksud bidang kuasa YDPA ditetapkan oleh Perlembagaan dan
undang-undang.
• Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hanya bertindak untuk menasihati YDPA
dalam hal-hal tertentu.
9. • Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut aturan yang
terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
• Baginda dipilih dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu dari sembilan
buah negeri (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor,
Pahang, Negeri Sembilan dan Johor) secara bergilir-gilir dalam tempoh
lima tahun sekali.
• YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.
• Tugas Baginda telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
yang boleh dibahagikan kepada tugas rasmi dan kuasa budi bicara.
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
10. Jenis Keterangan
Tugas Rasmi Ketua
Badan
Pentadbiran
Perkara 39—Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai punca kuasa eksekutif.
Segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda
Perkara 40 (1)—Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Jemaah
Menteri atau seorang menteri dibawah kuasa am Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan
Agong berhak mendapat maklumat berkenaan pemerintahan Persekutuan daripada
Jemaah Menteri.
Perkara 40 (1A)—Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat yang
diberikan
Ketua Badan
Perundangan
Perkara 55 (1)—Memanggil Parlimen bersidang dari semasa ke semasa
Perkara 60—Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen
Perkara 66 (4)—Memperkenankan Rang Undang-Undang
11. Jenis Keterangan
Tugas Rasmi Ketua Badan
Kehakiman
Perkara 122B(1)—Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja hendaklah
Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi.
(Tertakluk pada Perkara 122C)- Melantik Hakim-hakim yang lain Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
Perkara 122AB(1)—Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi sebagai Pesuruhjaya
kehakiman
Perkara 125 (1)—Memanjangkan perkhidmatan hakim selepas 66 tahun
Perkara 42 (1)—Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun dan
menangguhkan hukuman:
kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera
kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan
kesalahan lain yang dilakukan dalam Negeri (Raja atau yang di-Pertua Negeri
berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman)
(Perkara 42 (5)—Lembaga Pengampunan harus diwujudkan yang terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Peguam Negara dan sekurang-
kurangnya tiga ahli lain)
12. Jenis Keterangan
Kuasa budi
bicara
Perkara 40 (2)(a)—Melantik Perdana Menteri
Perkara 40 (2)(b)—Mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan Perdana Menteri untuk membubar parlimen
Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan khas bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat tersebut
Tugas Lain
Perkara 41—Yang di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
Perkara 153 (1)—Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera
Sabah dan Sarawak, selain menjaga kepentingan kaum lain
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam
Perkara 3 (2)—bagi negeri yang tidak mempunyai raja serta negeri baginda sendiri
Perkara 3 (3)—bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
Perkara 3 (5)—bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Perkara 150—Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengisytiharkan darurat serta memperkenankan undang-undang darurat
dilaksanakan
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri berkuasa
Perkara 43 (2) (b)—melantik jawatan Jemaah Menteri
Perkara 43A (1)—melantik jawatan Timbalan-Timbalan Menteri
Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik jawatan
a) Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya
b) Ketua Audit Negara
c) Peguam Negara
d) Ahli Dewan Negara (40 orang)
e) Yang Dipertua Negeri (atas nasihat Perdana Menteri)
13. 1 Julai 1896 : British telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor,
Perak dan Pahang) dan menetapkan satu mesyuarat yang diadakan dengan serta merta antara pihak
British dengan Raja-Raja Melayu Negeri-negeri Bersekutu.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama.
Mesyuarat Raja-Raja Negeri Bersekutu tersebut dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR).
Mesyuarat DURBAR yang pertama diadakan di Kuala Kangsar selama empat hari bermula pada 13
Julai 1897.
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada 1948 sebagai penggantian kepada DURBAR dengan
kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Negeri Melaka dan Pulau Pinang menjadi ahli selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Sabah dan Sarawak pula menjadi ahli selepas penubuhan Malaysia pada 1963.
14. Tugas Majlis Raja-Raja
• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan jadual ketiga
Perkara 38 (2)(a)
• Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada adat istiadat agama
Islam bagi seluruh Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak,
Perkara 38 (2)(b)
• Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada undang-undang
atau memberi nasihat tentang tentang apa-apa perlantikan mana-mana jawatan yang
memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja menurut Perlembagaan
Perkara 38 (2)(c)
• Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182Perkara 38 (2)(d)
• Memberi ampun, tunda, hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau
meringankan hukuman di bawah Fasal (12)
Perkara 38 (2)(e)
• Menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar negara dan perkara yang dikira
patut.
Perkara 42