Selepas Tamadun Rom mengalami kejatuhan, mereka melalui pelbagai perubahan zaman. Antaranya termasuklah Zaman Gelap, Zaman Kemuncak (Peralihan), Zaman Renaissance dan Gerakan Reformation.
Selain itu, Eropah turut mengalami perkembangan dalam aktiviti Penjelajahan dan Penerokaan, Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
1.
2. CIRI-CIRI PENERANGAN
Kemerosotan
Pelbagai Aspek
-Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran.
- Eropah mencedok banyak ilmu daripada ilmu Islam.
Tiada
Pentadbiran
Pusat
-Kuasa pusat yang mentadbir wilayah-wilayah musnah dengan
kejatuhan empayar Rom.
Peranan Gereja
-Gereja katolik sangat berkuasa & memiliki hartanah yang banyak.
-Institusi ini terlalu memberi fokus kepada kegiatan amalan
agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja.
-Gereja sering dianggap mengongkong kehidupan masyarakat
Eropah pada masa ini.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 2
3. CIRI-CIRI PENERANGAN
SISTEM FEUDAL
- Muncul golongan Baron (Tuan Tanah).
- PETANI mencari pelindungan daripada tuan tanah kerana
kehidupan yg tidak selamat (kesan drpd tiada kuasa pusat).
- Petani terpaksa membayar cukai yg tinggi kepada tuan
tanah. Petani yang tidak mampu m’bayar cukai, terpaksa
menyerahkan tanah dan menjadi hamba.
- TUAN TANAH pula mendapatkan pelindungan daripada
golongan raja. Mereka dikehendaki memberi khidmat atau
membayar cukai kepada raja.
- Hubungan golongan rakyat – tuan tanah – raja
merupakan asas pembentukan sistem feudal di Eropah.
- Ciri-ciri sistem feudal ini mempunyai persamaan dengan
sistem feudal di Tanah Melayu suatu masa dahulu.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 3
4. CIRI-CIRI PENERANGAN
Kegiatan
Perdagangan
-Kegiatan perdagangan tidak meluas.
- Perairan pantai Utara dan Barat selalu diganggu oleh
serangan Orang Gasar seperti Viking dan Magyar.
- Kawasan Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam,
menyebabkan orang Eropah tidak dapat berdagang di Timur
Jauh.
- Tumpuan diberikan kepada kegiatan pertanian.
- Perniagaan barangan pertanian melalui sistem tukaran
barang (Barter) penawaran mata wang yg sangat terhad.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 4
5. Merupakan zaman peralihan dari
Zaman Gelap Zaman
Renaissance.
GEREJA memainkan peranan
sebagai institusi yang universal
dan menjadi ejen penyatuan.
EKONOMI berkembang,
i) hasil pertambahan penduduk,
ii) peningkatan aktiviti pertanian,
iii) Kemunculan perdagangan.
Membawa kepada kemunculan
bandar-bandar Venice, Milan
dan Florence.
Kemunculan & perkembangan
bandar membawa kepada
lahirnya kelas pertengahan yg
terdiri daripada artisan, pedagang
dan ahli perbankan.
Status SOSIAL tidak lagi
berasaskan pemilikan tanah
tetapi kekayaan.
Rakyat mula terlibat dalam
aktiviti POLITIK. Dijalankan
melalui Institusi Parlimen.
Tujuan: untuk memenuhi
tuntutan rakyat. Situasi ini dapat
menjalinkan hubungan antara
rakyat dgn pemerintah.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 5
6. ₨ Istilah Renaissance berasal
perkataan ‘renisciment’ iaitu
kelahiran semula.
₨ Istilah ini merujuk kepada
penghargaan semula ilmu yg
telah dihasilkan oleh
cendekiawan & pejuang seni
dalam Tamadun Yunani dan
Rom.
₨ Humanisme penonjolan
terhadap keupayaan manusia
berfikir untuk menyelesaikan
permasalahannya perkara
asas di zaman renaissance.
₨ Bapa humanisme ialah
Francesco Petrarch. Tokoh lain
seperti Niccolo Machiavelli dan
Giovanni Bocaccio.
₨ Manusia Renaissance didorong
oleh Semangat Inkuiri
(semangat ingin tahu) yg tinggi.
₨ Bukti kepada kesungguhan
manusia mencari penyelesaian
kepada permasalahan hidup
dan kesediaan mereka
meneroka bidang dan kawasan
baru.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 6
7. ₨ Renaissance bermula di Itali pada
abad ke-14 berkembang ke
Eropah Barat hingga abad ke-17.
₨ Muncul bandar-bandar yg
terkenal seperti Venice, Milan,
Florence, Genoa dan Rom.
₨ Itali menjadi persimpangan
utama & pusat perdagangan
antarabangsa kerana kedudukan
geografi yg strategik di kelilingi
oleh Laut Mediterranean.
₨ Selain itu, berlaku pertembungan
budaya, bahasa & agama
menjadi pusat perkembangan
idea baru.
₨ Aktiviti perdagangan menyebabkan
kemunculan para pedagang kaya.
Mereka berperanan:
- mengindahkan bandar dan
menjadikan tumpuan para seniman
dan cendekiawan.
- menjadi Patron atau penaung kepada
para pelukis, ahli muzik, saintis dan
penulis.
₨ Keluarga Medici di Florence
merupakan patron terkenal di Itali.
₨ Golongan patron berusaha menarik
seniman & cendekiawan yg terbaik
dalam pelbagai bidang ke bandar
masing-masing m’yebabkan
berlaku persaingan.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 7
8. ₨ Golongan seniman & cendekiawan
menyebarkan idea Renaissannce ke
bandar-bandar semasa mereka
membuat kunjungan.
₨ Selain golongan pedagang kaya, PAUS
di Rom turut menjadi penaung kpd
para seniman & cendekiawan.
₨ Mencemburui pencapaian bandar
seperti Florence yg diindahkan oleh
keluarga Medici Golongan
penguasa Gereja di Rom juga
berhasrat untuk mengindahkan
bandar Rom.
₨ Tetapi, pihak gereja tidak bersedia
menaungi ahli sains & matematik
khuatir dicabar oleh golongan saintis
tentang pemikiran tradisional yg
dibawa oleh Gereja Katolik.
₨ Para Saintis menekankan kaedah :
-pemerhatian (emperikal)
-penggunaan akal dan logik
dalam menerangkan sesuatu fenomena
alam.
₨ Kaedah ini bertentangan dengan kaedah
Gereja Katolik yang menekankan
penerangan tradisional.
₨ Berlaku perselisihan pendapat antara
Gereja & Galileo Galilie
-beliau mencipta Teleskop. Dapat
membuktikan Teori Copernicus
Matahari adalah pusat alam semester
dan bukannya Bumi.
-pertentangan ini menyebabkan beliau
dijatuhkan hukuman tahanan dalam
rumah.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 8
9. ₨ Oleh sebab m’curigai para saintis,
pihak Gereja memberi tumpuan pada
kegiatan seni lukis dan seni ukiran.
₨ Paus Julius II telah m’gupah pelukis
seperti Leonardo da Vinci, Raphael
dan Michelangelo untuk
mencantikkan katedral St. Peter di
Rom dgn ukiran & lukisan.
₨ Usaha Paus ini menyebabkan
perpindahan pusat seni dr Florence
ke Rom.
₨ Selain itu, tokoh-tokoh ini dikenali
secara individu kerana mereka
bekerja secara bersendirian
amalan Individualisme.
p/s: Zaman pertengahan, pelukis bekerja
secara bkumpulan, maka sumbangan
mereka kurang menyerlah.
₨ Penekanan kpd keupayaan individu
membawa perubahan kpd konsep
pendidikan. Tumpuan diberi pada
pembinaan kemahiran dlm semua aspek
intelektual & fizikal.
p/s: Zaman Gelap, penekanan lebih kpd
pgkhususan kemahiran dan ilmu tertentu.
₨ Contoh:
- Leonardo da Vinci & Michelangelo
terkenal sebagai pelukis dan pengukir
agung serta kemahiran dalam bidang ilmu
pengetahuan lain.
₨ Selain Itali, terdapat juga tokoh-tokoh dr
negara Eropah lain yg terkenal sprt:
- Thomas More (1478-1535)
- Francis Bacon (1561-1626)
- William Shakespeare (1564-1616).
CIK NURSYUHADAH RAHWI 9
10. POLITIK
• Kewujudan Monarki Baru
• Kekuatan & kuasa monarki baru
diasaskan kepada kewujudan
kerajaan pusat dan kesatuan
kebangsaan.
• Kuasa diperkukuhkan lagi dengan
pembayaran cukai secara
langsung kepada kerajaan pusat.
• Kuasa raja bertambah kukuh
kuasa gereja & bangsawan
berkurangan.
• Terdapat di Portugal, Sepanyol
(Castile & Aragon), England,
Perancis & Belanda.
EKONOMI
• Kegiatan ekonomi sara diri
semakin pupus.
• Sebaliknya, sistem perdagangan
tempatan & antarabangsa
semakin berkembang.
• Menimbulkan kegiatan
Penjelajahan & Penerokaan
seiring dengan perkembangan
bidang matematik, geografi,
kartogarfi (peta) & astronomi.
• Semangat Renaissance juga
menyebabkan perkembangan
pelbagai ilmu sains seperti Biologi,
Kimia, Fizik.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 10
11. SOSIAL
• Memperlihatkan unsur-unsur
perubahan dalam pemikiran
dan gaya hidup manusia.
• Ini diperlihatkan dalam bidang
muzik, lukisan dan ukiran di
mana manusia lebih
bersedia/berupaya
menzahirkan emosi mereka.
• Aspek psikologi, ia memupuk
dan melahirkan budaya yang
menyuburkan keyakinan diri.
• Zaman ini juga menekankan
pemikiran logik, saintifik,
falsafah dan metafizik.
• Pendidikan ini juga
menekankan tanggungjawab
sosial seseorang dalam
masyarakat.
• Melahirkan manusia
Renaissance yg dapat
menggunakan keupayaan
minda mereka dalam bidang
ilmu pengetahuan bagi
kemajuan hidup.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 11
12. Ṟ Berasal daripada perkataan reform yg
bermaksud :
“melaksanakan perubahan @
pembaharuan terhadap sesuatu untuk
menghasilkan sesuatu yg lebih baik atau
untuk m’bentuk sesuatu yg baru”
Ṟ Wujud kritikan terhadap Gereja Katolik
pd abad ke-10 Masihi.
Awalnya, tidak menimbulkan kesan
mendalam kerana tiada sokongan
Gereja.
Timbul kritikan sekali lagi apabila gereja
mula meningkatkan usaha
pembangunan keduniaan untuk
menjadikan Rom sebagai pusat
kekuasaan terkuat di Itali.
Ṟ Usaha pihak Gereja semakin mghasilkan
kejayaan. Namun, dalam proses tersebut
banyak berlaku kepincangan, rasuah
& penyelewengan.
Ṟ Oleh demikian, masyarakat mula
mempersoalkan kedudukan dan
amalan gereja katolik.
Ṟ Dimana, gaya hidup amalan golongan
penguasa Gereja Katolik tidak selari
dengan apa yang dianjurkan dalam
Kitab Bible.
Ṟ Gereja lebih cenderung mengamalkan
gaya hidup para pemerintah dan
bangsawan dan tidak m’gambarkan
kehidupan keagamaan.
Ṟ Kejayaan gerakan Reformation di
Jerman dibantu oleh mesin cetak
ciptaan Johann Gutenberg.di mana
Bible dapat dihasilkan dengan masa yg
singkat dan murah.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 12
13. Ṟ Penjualan Sijil Indulgences
surat p’gampunan bg penganut
Kristian yg melakukan dosa.
Ṟ Martin Luther (profesor ilmu
Teologi), menentang amalan
penjualan Indulgences.
Ṟ Beliau percaya manusia
seharusnya bergantung pada
kekuatan rohani dlm amalan
pengibadatan.
Ṟ Pendirian & ajaran Luther
dikenali sebagai Protestan
berasal drpd perkataan
‘Protesting’ yang b’maksud
“membantah”.
Ṟ Kewujudan mazhab Protestan dan
kritikan terhadap Gereja Katolik &
golongan paderi menandakan
bermulanya Zaman Reformation.
Ṟ Mazhab ini (dikenali juga sebagai
Mazhab Lutheran), telah b’kembang
ke Sweden, Denmark, Norway &
England.
Ṟ Namun, masih terdapat golongan yg
mempertahankan kewibawaan Gereja
Katolik mengendalikan Counter
Reformation yg bermaksud “menahan
@ bertindak menentang sesuatu yg
baru”.
Ṟ Mereka menjawab segala persoalan
yang dikemukan oleh pihak protestan.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 13
14. Agama
Ṟ Perbalahan agama mg’akibatkan
kemusnahan & peperangan
tidak lagi dikuasai oleh satu
mazhab.
Ṟ Eropah berpecah dan berperang
mengikut mazhab masing2.
Ṟ Contoh: Perang Keagamaan di
Perancis (1562-1598) dan Perang
30 Tahun (1618-1648) Sepanyol,
Jerman, Bohemia, Denmark &
Sweden.
Ṟ Walau bgmnpun, kesan jgka
panjang drpd peristiwa ini
menimbulkan sikap Toleransi
antara penganut pelbagai mazhab
mempergiatkan pendidikan &
menyebarkan fahaman.
Kuasa Golongan Gereja
• Kuasa gereja dicabar secara
terbuka.
• Kuasa gereja terhadap kerajaan
@ Monarki berkurang sebab
monarki ingin membebaskan
dirinya drpd penguasaan Paus di
Rom.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 14
16. ₱ Kegiatan para pelaut mencari
laluan baru untuk menuju ke
Timur.
₱ Abad ke-16, mereka aktif
menjelajah beberapa kawasan di
luar Eropah.
₱ Kejayaan sains & teknologi
membantu kegiatan P&P.
₱ Penguasaan Istanbul oleh Turki
(1453), m’yebabkan orang Eropah
mghadapi masalah mendapatkan
barangan.
₱ Lantas, mereka terdorong untuk
meneroka Lautan Atlantik.
₱ Akhirnya, berjaya menjadikan
Lautan Atlantik sebagai laluan ke
Timur.
₱ Mengambarkan sifat keberanian
& optimistik orang Eropah
berhadapan menyelesaikan
masalah.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 16
17. ₱ Orang Eropah ingin m’dapatkan
barangan (emas, sutera, rempah
ratus) dr Timur.
₱ Raja Sepanyol & Raja Portugal
banyak m’beri galakan kepada
usaha ini.
₱ SEPANYOL, menumpukan
penerokaan ke Amerika Latin dan
juga Timur.
₱ Namun, pelaut Portugal lebih awal
sampai drpd pelaut Sepanyol.
Mereka juga mempunyai
kepentingan di Amerika Latin.
₱ Berlaku persaingan antara kedua-dua
pihak untuk mendapatkan
tanah jajahan.
₱ Pihak Paus di Rom, menggesa
kedua-dua pihak menetapkan
kawasan pengaruh masing-masing.
₱ Situasi tersebut membawa kpd
Perjanjian Tordesillas (1494)
ditandatangani dan menandakan:
kawasan ke Timur milik Portugal
kawasan ke Barat milik Sepanyol.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 17
18. ₱ Christopher Columbus,
orang Eropah pertama yg
sampai ke Amerika dan
seorang pelaut terulung.
₱ Ferdinand Magellan,
melakukan pelayaran ke
Timur. Terbunuh di salah
sebuah kepulauan di
Filipina.
₱ Perdagangan Rempah Ratus
dan Sutera
mendatangkan
keuntungan yg besar kpd
para pedagang Eropah dan
raja mereka.
₱ Faktor penting yg
mendorong kuasa Sepanyol
dan Portugal untuk
menjelajah ke Timur.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 18
19. • Sepanyol & Portogal, dua
buah negara Katolik yg
m’punyai pengaruh gereja
yg kuat.
• Pihak gereja menekankan
usaha untuk menyebarkan
agama Kristian.
• SEPANYOL, sebelum ini
pernah dikuasai oleh orang
Islam bersemangat
untuk menyebarkan agama
Kristian.
• Monarki Baru di England,
Perancis, Belanda
menggalakkan aktiviti
penjelajahan dan
penerokaan.
• Semangat Kebanggaan
Bangsa mendorong
orang Eropah menjelajah.
• Maka, penjelajahan orang
Eropah dirumuskan kepada
kata2 GOLD, GLORY & GOSPEL.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 19
20. POLITIK
₱ Banyak penguasa tempatan
terpaksa membuat perjanjian dgn
wakil Eropah.
₱ Wakil Eropah syarikat
berpiagam seperti
- Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC),
- Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC),
- Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC).
₱ Syarikat berpiagam telah
berdagang ke Carribean, Amerika
Latin, Afrika, India, Asia Tenggara
dan Asia Timur.
₱ Namun, peranan syarikat
berpiagam di Perancis dan
Denmark kurang terserlah.
EKONOMI
₱ Daerah di luar Eropah telah menjadi
pembekal kpd keperluan masyarakat
Eropah.
₱ Pusat Emporium Dunia (Goa &
Melaka) telah dikuasai oleh Portugal.
Barangan dr Timur telah
memperkayakan ekonomi dan gaya
hidup masyarakat Eropah.
₱ Jalan pelayaran perdagangan (Lautan
Hindi & Asia Tenggara) yg dulunya
dikuasai oleh orang Islam, telah
dikuasai oleh Portugal. termasuk
Laut China Selatan di China dan
Jepun.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 20
21. Sosial
₱ Masyarakat tempatan terpengaruh
dengan gaya hidup Eropah &
menerima agama Kristian yg dibawa
oleh mubaligh Kristian.
₱ Penjelajahan Sepanyol banyak
mengubah kehidupan di Dunia Baru
(Amerika Latin) dan Asia.
₱ Di Amerika Tengah dan Selatan,
Sepanyol telah:
- berperang dan menakluk Mexico dgn
menundukkan tamadun Aztec, dan
- menakluk Peru dgn menghapuskan
tamadun Inca.
₱ Selain itu, penghijrahan orang
Sepanyol ke Amerika Latin telah
mewujudkan sebuah masyarakat
baru.
₱ Kerajaan Sepanyol melihat daerah
Amerika Latin sebagai tempat
m’dapatkan emas & perak.
₱ Golongan gereja melihat sebagai
tempat untuk menyebarkan agama
Kristian.
₱ Para pemodal Sepanyol,
mengeksploitasi buruh peribumi
untuk bekerja di lombong & ladang
mereka.
₱ Bahasa Sepanyol:
- Conquista penjelajahan &
penaklukan.
- Conquistadores para penakluk
CIK NURSYUHADAH RAHWI 21
22.
23. Revolusi = suatu perubahan besar
yg berlaku secara mendadak dan
menyeluruh.
BRITAIN, merupakan negara
pertama yg mengalami Revolusi
Perindustrian.
Sebelum Revolusi Perindustrian
berlaku, telah terdapat Revolusi
Pertanian.
Revolusi pertanian merupakan
asas bagi revolusi perindustrian.
Sebelum Revolusi Pertanian,
pengeluaran makanan dibuat
secara kecil-kecilan.
Pengeluaran makanan b’kembang
secara besar-besaran dan
membawa kpd Revolusi
Pertanian.
Faktor revolusi pertanian:
i. Sistem penggunaan dan
pemilikan tanah,
ii. Penggunaan kaedah/teknik
saintifik,
iii. Kaedah pemasaran produk
pertanian secara meluas dan
berkesan.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 23
24. Sebelum Revolusi Pertanian,
terdapat 2 sistem pemilikan
tanah:
1) Sistem pemilikan tanah
persendirian
dimiliki oleh orang kaya
2) Sistem pemilikan tanah awam
dimiliki oleh orang perseorangan
tetapi dibenarkan rakyat biasa
menggunakan tanah untuk
tujuan bercucuk tanam,
menternak, memburu @
memancing.
Amalan tersebut mempunyai
fungsi sosial memberi peluang
kpd orang biasa untuk
menampung keperluan
kehidupan harian mereka.
Britain telah mengalami
pertambahan penduduk, maka
hasil pertanian perlu
dipertingkatkan.
Oleh itu, banyak tuan-tuan tanah
memanfaatkan tanah awam bagi
tujuan pengeluaran pertanian
secara besar-besaran.
Tambahan dari itu, harga gandum
turut mengalami meningkat.
CIK NURSYUHADAH RAHWI
24
25. Tuan tanah mengambil alternatif
untuk memagari tanah awam
mereka.
Proses tersebut telah mendapat
kelulusan drpd Parlimen untuk
dikuatkuasakan.
Hampir 500 ribu ekar tanah telah
dipagari melalui Akta Pemagaran
Tanah.
Terdapat 2 Kesan drpd tindakan
tersebut:
1) Penanaman secara besar-besaran
dapat dijalankan di atas kawasan
tanah yang lebih luas dikenali
sebagai Ladang.
2) Rakyat biasa yg bergantung pada
tanah awam sebelum ini, telah
kehilangan punca rezeki.
Ekoran itu, terdapat golongan
petani kecil-kecilan yg bekerja
sebagai buruh ladang.
Apabila Britain mengalami
Revolusi Perindustrian mereka
berhijrah ke bandar menjadi
buruh kilang.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 25
26. Kaedah & ciptaan peralatan
membolehkan penanaman
dilakukan dengan efisien dan
lumayan.
Kaedah baru pertanian
Penanaman secara bergilir.
Tanah digunakan secara
berterusan dengan menanam
jenis tanaman yg berbeza
mengikut musim.
Maka, tidak ada tanah yg
dibiarkan kosong seperti dahulu.
Selain itu, tanaman baru turut
diperkenalkan seperti Turnip dan
ubi kentang.
Penciptaan peralatan pertanian
turut memainkan peranan
penting.
Jethro Tull, telah mencipta
sejenis peralatan yang berfungsi
menggali dan menugal tanah.
Kelebihan Alat Jethro Tull:
i. membolehkan banyak lubang
digali secara serentak
ii. penugalan dan penanaman biji
benih dapat dilakukan dengan
lebih pantas.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 26
27. Aktiviti revolusi ini telah
m’pertingkatkan kuantiti
hasil pertanian.
Penggunaan baja, telah
menyuburkan tanah &
m’pertingkatkan lagi hasil
pertanian.
Peningkatan ini telah
membawa kepada
lebihan produk.
Iaitu terdapat baki @
lebihan daripada produk
yg dihasilkan oleh para
pedagang.
Maka, lebihan tersebut
mereka perdagangkan.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 27
28. Sumbangan
Revolusi
Pertanian kpd
Revolusi
Perindustrian
1) Penyediaan
modal
Para peladang telah melaburkan
lebihan modal mereka dlm
bidang perindustrian.
Situasi tersebut m’gambarkan
perubahan sikap sanggup
m’gambil risiko untuk melaburkan
modal dlm bidang baru.
2) menyediakan bahan
makanan untuk
keperluan pekerja
kilang yg semakin
meningkat.
Britain tidak lagi bergantung kpd
pengimportan bahan dr luar.
Maka, dana digunakan untuk
pertumbuhan @ perkembangan
industri dalam negara.
28 CIK NURSYUHADAH RAHWI
29. ℗ Sebelum Revolusi
Perindustrian produk
dihasilkan secara kecil-kecilan
m’gunakan tenaga buruh.
℗ Penciptaan peralatan dan
kaedah baru barangan
dapat dihasilkan secara besar-besaran
dan melebihi paras
keperluan.
℗ Maka, berlaku lebihan produk
diperdagangkan @
dikomersialkan kerana pasaran
tempatan yg terhad.
Rumusannya:
℗ Revolusi perindustrian
merangkumi perubahan dlm
teknik pengeluaran,
℗ Pertambahan skala
pengeluaran (lebihan produk),
℗ Berlaku aktiviti komersial
(perdagangan).
CIK NURSYUHADAH RAHWI 29
30. ℗ Pembelian mesin melibatkan
pelaburan yg besar.
℗ Maka, para pemodal
mengkhusus kepada satu
bidang contoh bidang
tekstil.
Faedahnya:
℗ Pekerja semakin mahir,
℗ Majikan dapat menimba
pengalaman dan membaiki
prestasi.
℗ Hasil usaha membaiki prestasi
maka kuantiti & kualiti
barang dapat dipertingkatkan.
℗ Oleh demikian, produk dapat
dipasarkan secara meluas di
dalam & di luar negara Britain.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 30
31. ℗ Tenaga manusia, haiwan @ air
banyak digunakan sebelum
teknologi baru diperkenalkan.
Contoh:
℗ Sebelum enjin berkuasa wap
wujud untuk memacu bot, tenaga
manusia digunakan untuk
mendayung.
℗ Tenaga kuda digunakan untuk
menggerakkan gerabak.
℗ Tenaga manusia & haiwan
lama-kelamaan akan mengalami
kepenatan dan aktiviti tidak
dapat diteruskan secara
berterusan.
℗ Penggunaan teknologi telah
mengatasi masalah kepenatan
tersebut.
Kelebihan penggunaan Mesin:
℗ Barangan dpt dikeluarkan dgn
kuantiti yg banyak,
℗ Kos pengeluaran barangan
menjadi lebih murah,
℗ Barangan mudah dipasarkan kpd
masyarakat tempatan,
℗ Dikomersial ke peringkat
antarabangsa.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 31
32. ℗ Para usahawan memperoleh
keuntungan yg besar melalui
aktiviti perdagangan
antarabangsa.
℗ Keuntungan tersebut digunakan
untuk m’pertingkatkan aktiviti
pengeluaran & perdagangan
selain dpt menampung kos
pengeluaran.
℗ Pelbagai mesin telah direka oleh
para ahli teknologi & saintis
untuk tingkatkan pengeluaran
produk.
℗ TenagaWap sumber tenaga
awal yg berjaya dihasilkan.
℗ Menggunakan arang batu untuk
proses pembakaran bg mghasilkan
tenaga wap Britain kaya dgn
sumber arang batu.
℗ Namun, arang batu perlu digali
terlebih dahulu.
℗ Maka, John Newcomen mencipta
Enjin berkuasa wap yg berfungsi
mengepam & mengeringkan air di
dalam lombong arang batu maka
banyak arang batu dpt dikeluarkan.
℗ Selain itu, kuasa wap membantu
pkembangan sistem pengangkutan.
Enjin kereta api dan kapal laut
dikendalikan melalui proses
pembakaran arang batu.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 32
33. Pertanian Sebagai Punca
Ekonomi
℗ Kegiatan pertanian telah
dikomersialkan dimana
lebihan produk pertanian
telah diperdagangkan.
℗ Selain itu, revolusi pertanian
telah menyediakan:
- makanan (keperluan) yg cukup
dan
- tenaga buruh yg ramai untuk
perkembangan bidang
perindustrian.
℗ Apabila berlaku Revolusi
Perindustrian kegiatan
pembuatan dan pengilangan
telah m’gantikan aktiviti
pertanian.
℗ Ramai rakyat yg bekerja
sebagai buruh industri
perindustrian telah menjadi
punca ekonomi baru.
℗ Selain itu, kedudukan tuan-tuan
tanah telah digantikan
dgn para pengusaha dan
pemilik kilang.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 33
34. Peningkatan Perdagangan
Antarabangsa.
℗ Lebihan produk terpaksa
diperdagangkan ke peringkat
antarabangsa pasaran
tempatan yg terhad.
℗ Britain sebuah negara penjajah
utama & sebuah kuasa Maritim
mudah menjalankan aktiviti
perdagangan.
℗ Import-Eksport 2 komponen
penting dlm kegiatan
perdagangan antarabangsa.
℗ Bagi memastikan kelangsungan
aktiviti perindustrian Britain
memerlukan bahan mentah yg
banyak & berterusan.
℗ Maka, sistem pengangkutan
dalam negara & antarabangsa
dipertingkatkan.
℗ Britain turut mengeksport modal
ke seberang laut untuk kegiatan
ekonomi.
℗ Kesannya sumbangan sektor
pertanian berkurangan.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 34
35. Kemajuan Bidang
Pengangkutan
℗ Penggunaan kereta kuda & baj
pembikinan jalan raya
dibaiki.
p/s: penggunaan Baj
menyebabkan kilang turut
dibina di tepi sungai @ terusan.
℗ Penggunaan Kereta Api
rekaan enjin berkuasa wap,
menjadikan
(i) gerabak b’gerak lebih laju,
(ii) lebih byk gerabak boleh
ditarik untuk mengangkut
barangan & pekerja kilang.
℗ Rel kereta api, awalnya dibuat
dr kayu berubah ke besi
kemudian m’gunakan keluli.
℗ Sistem pengangkutan laut
kemunculan kapal laut yg
dikendalikan menggunakan
jentera berkuasa wap.
℗ Rumusnya, rekaan enjin
berkuasa wap banyak
membantu dalam
perkembangan bidang
pengangkutan.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 35
36. Kemunculan Golongan Buruh
dan Majikan
℗ Kemunculan bidang
perindustrian, m’yebabkan rakyat
yg bekerja sendiri semakin
berkurang.
℗ Mereka mula bekerja sebagai
buruh ladang atau buruh kilang
mengendalikan mesin2.
℗ Penggunaan mesin membawa
kepada kewujudan sistem
perkilangan.
℗ Peringkat awal revolusi kilang
tekstil paling byk dibina.
℗ Peringkat awal revolusi juga
golongan buruh tidak mendapat
layanan atau pembelaan yg
sewajarnya.
℗ Mereka juga, tidak berupaya
menyesuaikan diri dengan perubahan
sosial & ekonomi yg berlaku.
℗ Contoh:
- Para penenun & tukang jahit
tradisional memprotes &
memusnahkan mesin2 pemidang yg
membuat renda & stokin.
- Perkenalan mesin, m’yebabkan
kemahiran tukang jahit tradisional
tidak diperlukan lagi.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 36
37. ℗ Pergerakan Luddite antara
pergerakan yg memprotes kaedah
pengeluaran baru oleh kilang.
℗ Maka wujud Akta
Antipenggabungan melarang
pekerja drpd bergabung untuk
mendapatkan gaji/layanan yg lebih
baik drpd majikan.
℗ Sesiapa yg melanggari akta boleh
dikenakan hukuman berat oleh
pemerintah.
℗ Situasi ini telah menyulitkan
keadaan pekerja kerana tidak semua
majikan bersikap timbang rasa
terhadap kebajikan pekerja.
℗ Terdapat majikan yg berpengaruh
menyatakan pihak kerajaan tidak
patut masuk campur dalam kegiatan
ekonomi.
℗ Lama-kelaman masyarakat mula
sedar penggunaan mesin tidak dpt
disekat malah berkembang lebih
besar & kompleks.
℗ Kebajikan buruh semakin baik
masyarakat mula sedar dan Akta
Antipenggabungan dimansuhkan.
℗ Kesatuan Sekerja diwujudkan
majikan tidak boleh sewenang-wenangnya
memanfaatkan tenaga
buruh untuk m’peroleh keuntungan.
CIK NURSYUHADAH RAHWI 37